You are on page 1of 11

SOALAN

TARGET
SEJARAH SEM
3

AINUR NAZIRA, NUR AISHAH, NUR ATIRAH


NILAIKAN PERANAN
YANG DI-PERTUAN
AGONG DALAM
PEMERINTAHAN RAJA
BERPELEMBAGAAN DI
MALAYSIA
PENGENALAN
– Merupakan Raja Berpelembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia
– Jawatan baginda diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan
Malaysia
– Dipilih oleh Majlis Raja-Raja dalam kalangan sembilan orang sultan Melayu
mengikut peraturan pemilikan
– Jawatan ini dipegang secara bergilir-gilir dan bukan diwariskan mengikut
keturunan
– Dipegang selama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih
– Tidak memiliki kuasa mutlak kerana terikat dengan kuasa Perlembagaan
Persekutuan
– Menjalankan pemerintahan berdasarkan nasihat Perdana Menteri
ISI 1: BADAN EKSEKUTIF
– Baginda selaku YDPA ialah eksekutif utama negara
– Baginda perlu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau PM
– Berhak memperoleh maklumat tentang perjalanan dan perkembangan sistem
pentadbiran dan pemerintahan negara daripada Kabinet
– Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik PM, menerima atau menolak
permintaan PM supaya membubarkan Parlimen serta meminta diadakan mesyuarat
Majlis Raja-Raja bagi membincangkan tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan
serta kebesaran raja-raja Melayu.
– Berkuasa melantik YDPN bagi P.Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, Peguam
Negara, Ketua Audit negara, Pengerusi dan tiga orang ahli SPR, Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta ahli Perkhidmatan
Kehakiman
– Mercu pihak berkuasa negara dan simbol kenegaraan tertinggi di M’sia
ISI 2: BADAN PERUNDANGAN
– Bertanggungjawab utk memperkenankan rang undang-undang yg diluluskan
oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diisytiharkan menjadi
undang-undang yang sah.
– Semua pelaksanaan undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen memerlukan
pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan.
– Baginda mestilah mengiktiraf undang-undang yg baharu dlm tempoh 30 hari
selepas diluluskan oleh Parlimen
– Sekiranya baginda tidak bersetuju dgn rang undang-undang tersebut,
baginda boleh merujuknya kepada Parlimen utk dibincangkan semula
– Mempunyai kuasa memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa,
menangguhkan dan membubarkan Parlimen, memberi ucapan dlm mana-mana
majlis Parlimen serta melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara
– Berperanan melantik 2 org senator utk Wilayah Persekutuan KL dan
seorang utk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta
melantik 40 org senator lain sbg ahli Dewan Negara
– YDPA merupakan piagam utama perlembagaan dan entiti legislative
Parlimen Malaysia dan menandatangani semua akta Parlimen yang
diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
ISI 3: BADAN KEHAKIMAN
– Berperanan melantik Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim
Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan mengikut nasihat PM
dan setelah berunding dgn Majlis Raja-Raja
– Mempunyai kuasa pengampunan dan menangguhkan sesuatu hukuman yg
dibicarakan di Mahkamah Tentera
– Melalui proses tertentu, pengampunan juga boleh diberikan terhadap
segala kesalahan yg dilakukan di Wilayah Persekutuan (KL, Labuan dan
Putrajaya) serta segala hukuman yg dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di
Melaka, P.Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
– YDPA merupakan lambang kedaulatan dan ketertinggian kuasa negara.
Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh rakyat tanpa mengira bangsa
dan negara.
ISI 4: PEMERINTAH TERTINGGI
ANGKATAN TENTERA
– Pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan
Malaysia
– Majlis Angkatan Tentera di bawah kuasa am YDPA bertanggungjawab
utk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir dan menguruskan
segala perkara yg berhubung dengan angkatan tentera
– Sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera, YDPA merupakan
lambang kedaulatan dan menjadi penaung kepada kekuatan negara
ISI 5: KETUA AGAMA ISLAM
– Ketua agama Islam bagi negerinya sendiri dan negeri-negeri yang
tidak beraja seperti P.Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan
– Dengan kedudukan dan perana tersebut, YDPA merupakan pelindung
dan penaung agama Islam bagi kawasan-kawasan tersebut
ISI 6: PERANAN LAIN YDPA
– Berperana memelihara kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan kaum
bumiputera di Sabah dan Sarawak
– Bertanggungjawab utk mentauliahkan duta-duta yg dihantar ke luar negara dan
menerima tauliah duta dari negara asing
– Berperanan menyambut tetamu luar negara yg setaraf dgn baginda seperti Ratu
England dan Maharaja Jepun
– Berperanan menganugerahkan pingat kebesaran kpd individu yg telah berjaya
atau banyak berjasa kpd negara
– Mempunyai peranan mengisytiharkan undang-undang Darurat di bawah “Undang-
Undang X” jika didapati keselamatan negara terancam
– Peranan dan tugas YDPA amat luas di sisi perlembagaan Persekutuan menjadikan
baginda simbol keunikan pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia
KESIMPULAN
– YDPA sebagai ketua negara memikul peranan dan tanggungjawab tidak
terhad di dalam dan luar negara
– Dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda bertindak atas nasihat
Perdana Menteri seperti melucutkan jawatan atau melantik hakim,
Jemaah Menteri, Ketua Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan
Pengerusi Suruhanjaya
– YDPA adalah simbol perpaduan, penyatuan, kehormatan dan kedaulatan
negara
– Menghormati YDPA bermakna menghormati kerajaan Baginda dan
Malaysia

You might also like