You are on page 1of 1

ESEI PENDEK

Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Negara kita selepas


Merdeka

Sistem Raja Berperlembaggan dan Demokrasi di negara kita diamalkan selepas


Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Pembentukan Durbar Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1897 merupakan
permulaan kepada Majlis Raja-Raja. Durbar ditubuhkan bagi membincangkan hal ehwal
pentadbiran Kerajaan Persekutuan dangan pihak British. Durbar ini ditubuhkan bagi Raja-Raja
Melayu di negeri Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan sahaja. Selepas tamatnya
Perang Dunia Kedua Majlis Sultan-Sultan ditubuhkan oleh Perlembagaan Malayan Union.
Majlis ini dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gent. Majlis ini ditubuhkan
bagi membincangkan undang-undang agama Islam dan untuk menasihati Gabenor tentang
perkara yang dibangkitkan oleh Raja-Raja Melayu. Selepas Persekutuan Tanah Melayu
dibentuk untuk menggantikan Malayan Union kerana Raja-Raja Melayu menentang
pelaksanaan Malayan Union, Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948. Majlis
Raja-Raja diurus sepenuhnya oleh Sembilan Raja Melayu di Tanah Melayu. Selepas Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Majlis Raja-Raja mempunyai beberapa
perubahan. Antaranya ialah, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjdi ahli
dalam Majlis Raja-Raja. Setelah Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Yang di-Pertua Negeri
Sabah dan Sarawak turut mengambil bahagian dalam Majlis Raja-Raja.
Ketua negara kita iaitu Yang di-Pertuan Agong disebut dalam Perkara 32 Perlembagaan
Persekutuan. Sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mewakili kedaulatan, ketaatan,
perpaduan, kebesaran dan kemuliaan negara. Yang di-Pertuan Agong diberikan keutamaan
tertinggi daripada segala orang lain dalam Parlimen dan Pentadbiran manakala Isteri Yang di-
Pertuan Agong, juga digelar Raja Permaisuri Agong diberikan keutamaan selepas Yang di-
Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong akan dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap tempoh 5
tahun. Selain dipilih, Yang di-Pertuan A gong juga boleh meletakkan jawatan melalui surat yang
diberikan kepada Majlis Raja-Raja yang mempunyai tandatangannya.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan peranan tersendiri. Kuasa Yang di-
Pertuan Agong dibahagi kepada 4 iaitu kuasa eksekutif, kuasa perundangan, kuasa kehakiman
dan kuasa pengampunan. Kuasa Eksekutif adalah kuasa untuk melantik Perdana Menteri dan
Menteri-Menteri lain untuk membantu mentadbir kerajaan. Yang di-Pertuan Agong bertindak
mengikut Jemaah Menteri. Kuasa Perundangan adalah kuasa untuk memperkenankan Undang-
Undang di seluruh negara. Kuasa Kehakiman adalah kuasa untuk melantik hakim Mahkamah
Atasan atas nasihat Perdana Menteri melalui Suruhanjaya. Kuasa Pengampunan adalah kuasa
untuk mengampuni seseorang yang telah melakukan jenayah di Wilayah Persekutuan.
Penjenayah tersebut boleh memohom ampun daripada Yang di-Pertuan Agong.
Sebagai rakyat, kita mestilah taat setia kepada pemerintah supaya Yang di-Pertuan
Agong mendapat kedaulatan. Jika kita tidak taat setia, pemimpin kita tidak dapat menjalankan
tugas dengan baik. Selain itu, negara lain juga akan mengambil kesempatan untuk
menjatuhkan taraf negara kita. Kestabilan organisasi juga akan terjejas.

You might also like