You are on page 1of 4

Persekutuan Tanah Melayu 1948

5.1  Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 
Diperkenalkan untuk mengganti Malayan Union 1946.
Terdapat juga rakyat yang mencadangkan perlembagaan alternatif iaitu Perlembagaan Rakyat.

 
Penubuhan Jawatankuasa Kerja

Ditubuhkan pada 25 Julai 1946.


Matlamat: membincangkan asas Perjanjian Perseketuan Tanah Melayu 1948.
Terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, UMNO dan pegawai kanan British.

 
Ahli Jawatankuasa

Wakil Kerajaan British


A.T. Newboult (Ketua Setiausaha Malayan Union).
K.K O’ Connor (Peguam Negara Malayan Union).
W.D. Godsall (Setiausaha Kewangan).
Dr. W. Linehan-MCS.
A. Williams-MCS.
D.C Watherston-Setiausaha.
Wakil UMNO
Dato' Onn Jaafar
Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin
Haji Megat Yunus
Wakil Raja-raja Melayu
Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur (Raja Kecil Tengah Perak).
Dato' Hamzah Abdulla (Orang Kaya Menteri Besar Selangor).
Haji Mohammad Sheriff Osman (Setiausaha Kerajaan Kedah).
Dato' Nik Ahmad Kamil Mahmud (Dato' Seri Setia Raja Kelantan).
Penasihat Undang-undang
Theodore Adams (Penasihat Raja-raja Melayu).
Roland Braddell (Penasihat Undang-undang UMNO).
Ralph Hone (Pemerhati dan wakil Gabenor Jeneral).

 
Cadangan Jawatankuasa Kerja

Bermula pada Ogos 1946 - September 1946.


Antara cadangan:
Satukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran serta dua-dua Neger-negeri selat.
Pulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri.
Mengenakan syarat kewarganegaraan yg ketat.

 
Gerakan Nasionalis Melayu Radikal

Menentang British menjalankan rundingan secara tertutup dengan UMNO.


British mengetepikan PKMM daripada Jawatankuasa Kerja.
Golongan ini membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Pengerusinya ialah Dr Burhanuddin alHelmi.
Angkatan Pemuda Insaf (API), Ahmad Boestamam.
Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail.
Hizbul Muslimin, Abu Bakar al-Baqir.
Barisan Tani Malaya (BATAS), Musa Ahmad.
Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Shamsiah Fakeh.

 
Gabungan PUTERA-AMCJA

Golongan bukan Melayu menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dengan Tan Cheng Lock sebagai pengerusi.
Menganggap British tidak tunduk kepada tuntutan UMNO.
Mereka menganggap Jawatankuasa Kerja ini tidak demokratik.
Bergabung dengan PUTERA dan menolak perjanjian persekutuan.
AMCJA terdiri daripada:
Pan-Malayan Union (PMFTU), Chan Loo (Setiausaha).
Malayan Democratic Union (MDU), John Eber (Ketua).
Malayan Indian Congress (MIC), John Thivy (Presiden).
Golongan AMCJA membantah Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu.

 
Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal

Matlamat perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan dan menyatukan seluruh Tanah Melayu.
Memberi penekanan kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan menerbitkan akhbar
Akhbar, Ahmad Boestaman menerbitkan akhbar Suara Rakyat untuk membuka minda rakyat ke arah ingin bebas dan merdeka.
PKMM berjaya tubuhkan cawangan di negeri Perak, Hulu Langat, Selangor dan Temerloh, Pahang.
Memperjuangkan pembelaan terhadap ketidakadilan.
Berjuang berdasarkan prinsip dan falsafah.

 
Cadangan PUTERA-AMCJA

Menentang Persekutuan Tanah Melayu 1948 kerana tidak bersetuju Jawatankuasa Kerja hanya diwakili UMNO, Raja-raja Melayu dan
British.
Cadangan PUTERA:
Kedudukan Bahasa Melayu.
Pertahanan dan hal ehwal luar negeri.
Syarat kewarganegaraan Tanah Melayu.
Bendera dan lagu kebangsaan.
Cadangan AMCJA:
Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura.
Sebuah kerajaan pusat yang kuat.
Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
Kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
Adat istiadat dan agama Islam.
Syarat Kewarganegaraan.
Akhir bulan Mac 1947, cadangan PUTERA dan AMCJA digabungkan dan membentuk Perlembagaan Rakyat.
Draf Perlembagaan Rakyat:
Tanah Melayu disatukan dengan Singapura.
Penubuhan sebuah Dewan Perundangan Pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih bagi seluruh Tanah Melayu.
Kewarganegaraan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup
curahkan kesetiaan.
Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan menerima nasihat melalui Majlis
Mesyuarat.
Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas.
Perhatian khas hendaklah diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yg tunggal di Tanah Melayu.
Hal ehwal luar negeri dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British.
Kewarganegaraan Malaya harus dinamakan Melayu.
Warna merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu.
British menolak Perlembagaan Rakyat dan terima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
PUTERA-AMCJA anjurkan hartal, 20 September 1947 (menutup kedai dan berhentikan semua kegiatan ekonomi oleh peniaga).
Hartal dilaksanakan di bandar utaman di Tanah Melayu dengan sokongan Dewan Perniagaan Cina.

5.2  Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 
Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union

Raja-raja, cendekiawan Melayu dan UMNO berganding bahu dan membantah pelaksaan Malayan Union.
Buktinya apabila Gammas dan Rees William membuat laporan kedapa British menyatakan sekiranya Malayan  Union dilaksanakan,
keadaan huru-hara akan berlaku.

Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO

Malcolm MacDonald, Gabenor Jeneral dan Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union mengadakan pertemuan dan rundingan dengan
Raja-raja Melayu.
Penubuhan persekutuan bertaraf naungan dan bukannya tanah jajahan.
Perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union.
Jawatan Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Gabenor.
Raja berkuasa dalam perundangan.
Perkataan "Negeri-negeri Melayu" perlu muncul dalam persekutuan yang baharu.

Sokongan Pentadbiran British

Pegawai British yang mendorong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu:


Sir Edward Gent
Malcom MacDonald
Sir Ralph Hone
Gammans
A.T Newboult
Ronald Braddell
W. Linehan
Theodore Adams
Cadangan Sir Ralph Hone:
Agar British melibatkan Rajaraja Melayu dalam pentadbiran berasaskan perlembagaan.
Contohnya: memberikan kuasa tertentu kepada Sultan dalam Majlis Negeri dan Majlis Perundangan.
Pembentukan Persekutuan akan mendorong pelabur luar masuk melabur di negara ini.
British laksanakan dasar dekolonisasi (proses ke arah berkerajaan sendiri) melalui Piagam Atlantik.

5.3  Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

 
Jawatankuasa Kerja merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Dibentangkan dalam Persidangan pada 20 November 1946..
Raja-raja Melayu, wakil British dan UMNO hadir dalam persidangan.

 
Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang dibincangkan

Pentadbiran
Dibentuk menerusi gabungan sembilan negeri Melayu dan dua Negeri-negeri Selat.
Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan.
Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif.
Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam hal kewangan.
Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) dan Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan untuk membantu Pesuruhjaya Tinggi British.
MMP mengandungi ahli rasmi dan tidak rasmi.
Ahli tidak rasmi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Ahli MPP terdiri daripada pelbagai kaum.
Kuasa Raja-raja Melayu
Peringkat Persekutuan
Pembentukan Majlis Raja-raja
membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pandangan.
Memperkenankan rang undang-undang
Peringkat Negeri
Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.
Perundangan
Majlis Perundangan Persekutuan diketuai Pesuruhjaya Tinggi.
Bidang kuasa MPP
hal ehwal luar.
ketenteraman awam.
kehakiman.
perdagangan.
komunikasi dan percukaian.
Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu melalui Majlis raja-raja.
Kewarganegaraan
Secara Kuat Kuasa Undang-undang
Jus Soli terbuka kepada rakyat Raja (orang Melayu dan Orang Asli yang lahir dan tinggal di negeri Melayu) dan rakyat British
(mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan mana-mana jajahan British).
Lahir di luar negeri, ayahnya mestilah rakyat Raja atau British.
Penduduk asal dari negeri Melayu.
Rakyat yang serasi, memahami adat resam dan bertutur bahasa setempat.
Secara Pendaftaran
Dilahirkan dalam PTM dan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun dari hari permohonannya
Seseorang perlu mempunyai tingkahlaku yang baik, tiada rekod jenayah, menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
Bersetuju taat setia kepada PTM.
Melalui PTM, Raja-raja Melayu diberikan semula kedaulatan baginda.
Tanah Melayu mendapat taraf naungan diperketatkan.

5.4  Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 
Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu

Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 seramai sembilan anggota.
Dipengerusikan oleh seorang Raja-raja Melayu.
Pesuruhjaya Tinggi pastikan raja perlu dirujuk terhadap bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

 
Menjaga kedudukan istimewa Orang Melayu

Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

 
Membuka ruang kewarganegaraan

Buka ruang kepada orang bukan Melayu untuk menjadi warganegara.


Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang diberikan kedudukan istimewa.

 
Mewujudkan kerjasama kaum.

Kerjasama kaum penting untuk memupuk perpaduan.


Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
Kebanyakkan cadangan CLC dimasukkan dalam usul perundangan yg diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
CLC berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.
PTM 1948 merintis pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 yg membawa kemerdekaan

© 2022 Pandai.org Hakcipta Terpelihara Didikan penuh  dari Malaysia

You might also like