You are on page 1of 7

PERBANDINGAN PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION 1946 DAN

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bermula dengan usaha
awal pihak British merancang menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai jajahan
Takluk (Koloni) Britain sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia ke
II, melalui rancangan pembentukan Malayan Union.
Penubuhan Malayan Union
Pada 10 Oktober 1945 kerajaan Inggeris mengemukakan Kertas Putih untuk
melaksanakan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Kesatuan
Malayan di Tanah Melayu. Sir Harold Mac Michael dilantik untuk mendapatkan
persetujuan raja-raja Melayu. Bagaimanapun perancangan British sebenarnya telah
dibuat seawal 1942 apabila British menubuhkan Unit Perancangan Tanah Melayu di
United Kingdom. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning
Unit (MPU) dan diketuai oleh Mejar General Ralp Hone Hone (Asnarulkhadi Abu
Saman dan Jayum A.Jawan 1997: 50; http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union).
Pada bulan Januari 1946 kerajaan Inggeris meluluskan perlembagaan Malayan
Union. Malayan Union mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dengan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis; dan
Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) manakala Singapura menjadi tanah jajahan
berasingan (Jaafar Onn 2007: 1).
Antara sebab Malayan Union diperkenalkan adalah seperti berikut (Mardiana Nordin
dan Hasnah Hussiin 2005:51-52, Zaid Ahmad et.al 2006: 50):
1.

Untuk memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu

2.

Untuk membentuk pentadbiran yang sistematik di Tanah Melayu dengan


menyeragamkan pentadbiran di bawah Malayan Union

3.

Untuk menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melayu

4.

Untuk menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.

5.

British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu memberi


kerjasama dengan Jepun sebelum ini. Malayan Union dianggap dapat
mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.

Penentangan Terhadap Malayan Union


Penentangan yang hebat daripada orang Melayu menyebabkan Malayan Union
kemudiannya dibubarkan dan ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Penubuhan UMNO
Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn Jafar telah
mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengadakan tunjuk perasaan di seluruh
bandar utama seperti di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Star. Kongres ini juga
seterusnya mengisytiharkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu pada 11 Mei 1946. Kongres
juga mengisytiharkan perjanjian-perjanjian Sir Harold Mac Michael adalah tidak sah
dan mendesak Malayan Union dimansuhkan.
CIRI-CIRI PERBEZAAN MALAYAN UNION 1946 DAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Terdapat perbezaan yang jelas antara Malayan Union dengan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat pada keduanya.
Ciri-ciri Malayan Union
Antara ciri-ciri yang dicadangkan dalam Malayan Union ialah (Mardiana Nordin dan
Hasnah Hussiin 2005:52; Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan 1997: 51;
Zaid Ahmad et.al 2006: 47-48):
a.

Ia terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka
disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh
Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.

b.

Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi kuasa penuh
terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat
Undangan dan Majlis Kerja.

c.

Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai


penasihat Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu. Sultan hanya sebagai
satu gelaran dan mereka hanya bersuara dalam soal yang menyentuh agam
Islam dan adat resam Melayu.

d.

Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan Tanah Melayu
diberikan kepada:

i.

Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah
Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari
1942 akan diberi kerakyatan

ii.

Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan


Union. Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun yang ibu bapanya
warganegara turut diberi kerakyatan.

iii.

Kerakyatan melalui permohonan diberikan kepada golongan berikut:

iv. Mereka yang bermastautin selama lima tahun daripada lapan tahun terdahulu
semasa permohonan dibuat
v.

Berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu

vi.

Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di


Malayan Union atau Singapura.
Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union tetapi dikekalkan sebagai

tanah jajahan Inggeris dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan
yang berasingan. Kesimpulannya, cadangan pembentukkan Malayan Union ini jelas
merugikan masyarakat Melayu terutama dari segi kerakyatan melalui prinsip jus soli.
Malayan Union kemudiannya mendapat tentang hebat daripada orang Melayu dan
sebahagian kecil sahaja dari orang bukan Melayu.
Antara sebab-sebab penentangan ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin
2005:52-53):
Kehilangan kedaulatan raja-raja
Pemberian kewarganegaraan secara jus soli. Ia akan menjejaskan majoriti orang
Melayu yang akhirnya menjejaskan ekonomi dan politik mereka serta hak
istimewa Melayu juga terancam.
Malayan Union digubal tanpa meminta pandangan orang Melayu
Cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tanda tangan raja-raja Melayu tidak
disukai. Beliau dikatakan menggunakan kekasaran dan paksaan.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948


Malayan Union kemudiannya mendapat tentangan hebat orang Melayu daripada
seluruh Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke utara tanah air. Respon
daripada penubuhan Malayan Union ini juga UMNO kemudiannya ditubuhkan pada
11 Mei 1946, bukan sahaja menentang Malayan Union tetapi juga berjuang untuk
menuntut kemerdekaan. Namun pihak British tetap isytiharkan Malayan Union pada
11 April 1946 namun dipulaukan oleh orang Melayu. Melihat kepada penentangan
yang hebat itu Inggeris akhirnya membubarkan Malayan Union kerana yakin tanpa
sokongan orang Melayu ia tidak akan berjaya. Malayan Union kemudiannya
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Penubuhan Jawatankuasa Kerja 1946
Bulan Julai 1946 kerajaan British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja
untuk menggubal perlembagaan baru bagi menggantikan Perlembagaan Malayan
Union. Antara ciri jawatankuasa ini ialah:
i.

Terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British

ii.

Jawatankuasa ini bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru


yang boleh diterima oleh orang Melayu

iii.

British menubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk dapatkan orang
bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan


Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Antara ciri-ciri
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah
Hussiin 2005: 54-55; Zaid Ahmad et.al 2006: 50-51):
1.

Sembilan buah negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka terlibat di dalam
Persekutuan. Namun Singapura kekalkan dibawah jajahan British.

2.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi


British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Persekutuan.

3.

Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis
rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.

Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri


daripada:
a. 14 ahli rasmi
b. 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri
c. 2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang
d. 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing
Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat
Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di
Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 12 tahun. Seorang pemohon
asing mestilah bermastautin selama 15 tahun .
Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai
pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan
mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan residen British
dan kuasa kerajaan negeri diperluaskan meliputi kewangan, kesihatan dan
kerajaan tempatan.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1948 ini, kedaulatan raja-raja Melayu
dipertahankan walaupun tiada lagi kuasa mutlak. Malah syarat kewarganegaraan
juga diperketatkan bagi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Dengan
pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 ini British
kemudiannya menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dengan tujuan
memberi latihan dan pengalaman kepada rakyat tempatan kepada sistem demokrasi
dan berkerajaan sendiri. Dalam usaha merintis kemerdekaan, pilihan raya bandaran
kemudiannya dilaksanakan bagi memberi pengalaman kepada sistem dan
perjalanan pilihan raya. UMMNO, MCA dan MIC kemudiannya bergabung
membentuk Perikatan.

KEMERDEKAAN NEGARA DAN PERPADUAN MASYARAKAT


Perlembagaan Persekutuan yang terbentuk pada 1948 sebenarnya telah menjadi
titik tolak kepada perpaduan antara kaum di Malaysia. Syarat utama pihak Inggeris
untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu ialah tiga kaum utama (Melayu,
Cina dan India) mesti menunjukkan kemuafakatan yang tinggi serta boleh bekerja
sama dalam mentadbir negara. Syarat ini telah dipenuhi oleh Perikatan (UMNO,
MCA dan MIC) apabila parti Perikatan telah berjaya memenangi 51 kerusi daripada
52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan raya Umum yang pertama pada 1955.
Ia kemudiannya merintis kepada perbincangan dua belah pihak antara British dan
Tanah Melayu (melalui Perikatan) yang dikenali sebagai Rundingan London.
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956 seperti yang termaktub dalam
Perjanjian London

telah diberi tanggung jawab untuk menggubal semula

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan 1957


kemudiannya dipersetujui dan antara lain menyatakan Ketua Negara adalah Yang Di
Pertuan Agung yang akan dilantik dari sembilan buah negeri, manakala Ketua
Kerajaan adalah Perdana Menteri yang dilantik dari parti yang mempunyai jumlah
terbesar di Dewan Rakyat.
Sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara, para pemimpin terdahulu hingga kini
sering menekankan pentingnya menjaga sensitiviti antara kaum dan sentiasa
menghormati permuafakatan yang telah dibuat semasa merdeka dahulu iaitu unsurunsur tradisi dalam perlembagaan atau kontrak sosial.
RUMUSAN
Pembentukan Malayan Union ternyata menjadi pembangkit semangat yang lebih
kental serta kesungguhan yang padu terutama di kalangan orang Melayu untuk
menentang penjajah dan akhirnya menuntut kemerdekaan. Malayan Union yang
banyak merugikan orang Melayu serta menjejaskan kedaulatan raja-raja Melayu
akhirnya

berjaya

dibatalkan

dengan

penentangan

yang

hebat

sehingga

menyebabkan British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk


perlembagaan baru yang diisytiharkan pada 1948. Menjelang kemerdekaan 1957,
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dirangka semula pada 1957 melalui
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956. Melalui perbincangan dalam

Suruhanjaya Reid ini yang mengambil kira pandangan orang Melayu dan bukan
Melayu yang akhirnya permuafakatan dibentuk atau dipersetujui yang dikenali
sebagai Kontrak Sosial. Melalui permuafakatan Kontrak Sosial ini, hak orang Melayu
dijamin dalam Perlembagaan. Ia berkaitan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera
(dalam ekonomi dan pendidikan), bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
Islam sebagai bahasa rasmi dan kedaulatan raja-raja Melayu dilindungi melalui
perlembagaan.
Permuafakatan inilah yang kemudiannya menjadi tulang belakang kepada
hubungan antara kaum di Malaysia dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian
antara kaum. Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah
dua entiti yang sangat ketara berbeza, berdasarkan ciri-ciri yang telah dijelaskan.
Malayan Union jelas menunjukkan usaha British untuk mengawal kuasa orang
Melayu dan cuba untuk mengenepikan kedaulatan orang Melayu yang diketahui
memang suatu institusi yang sangat dihormati dan penting bagi orang Melayu.
Perpaduan yang di tunjukkan oleh orang Melayu ketika itu di bawah pimpinan Datuk
Onn Jaafar berjaya memelihara hak Melayu. Kekuatan orang Melayu pada ketika itu
berjaya menggugat Inggeris sehingga mereka terpaksa memansuhkan Malayan
Union dan bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan terbentuklah
perlembagaannya.

You might also like