Professional Documents
Culture Documents
html
hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera. Penubuhan UMNO 1946 Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan hasil perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak memainkan peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru hasil daripada beberapa memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan tersebut kepada pihak British. Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Raja-raja dan Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato Onn Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan Malayan Union. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutuan 1948. Pilihanraya Pertama Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja. Rundingan Kemerdekaan Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya.
Suruhanjaya Reid Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Rajaraja Melayu dan parti Perikatan. Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut. Kemerdekaan Tanah Melayu Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat orang ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga pertengahan bulan April tahun yang sama. Sewaktu bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk berjumpa dengan lebih 4000 orang dan menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang dikemukakan oleh persatuanpersatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan sekerja. Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu laporan berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia. Penubuhan Malaysia Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu,
Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.
perkataan Melayu atau Tanah Melayu itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini. Nama-nama ini terkenal di kalangan negeri-negeri China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma-Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis) (R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985: 85). Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11, barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa. Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu dan Malaysia serta Malaya jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu (Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, 1985). Namun, kedatangan penjajah British telah merubah landskap politik Tanah Melayu. Tanah Melayu yang dahulunya dihuni oleh orang Melayu di Kepulauan Melayu telah menjadi sebuah negara berbilang bangsa. Tunku Abdul Rahman pernah berkata pada tahun 1953, orang Cina melalui MCA telah menerima dan mengiktiraf negara ini sebagai negara Melayu dan segala hak kepada orang Melayu tidak boleh dipersoalkan lagi. Tujuan Tunku meletakkan syarat ini adalah untuk menarik kesedaran pihak MCA tentang taraf orang Melayu yang sebenar, sambil menguji tentang kejujuran pemimpin-pemimpin MCA dalam perhubungannya dengan UMNO. Akhirnya pihak MCA telah menerima dan mengakui hakikat itu serta bersetuju rundingan tersebut berjalan atas dasar yang telah ditetapkan (Mansor et al, 2006). Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh Chandra Muzaffar dengan menyatakan, sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada 1957 memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada mereka yang berhak tanpa mengira latar belakang. Keterbukaan itu harus difahami oleh semua pihak kerana melalui proses akomodasi para pemimpin pada masa itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan jus soli. Ini sesuatu yang luar biasa. Melalui proses kewarganegaraan yang dikatakan sebagai stroke of a pen ini, demografi negara berubah serta-merta. Hampir 40 peratus daripada warganegaranya ialah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. Nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu. Inilah sifat negara ini yang harus kita fahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlu juga difahami bahawa Malaysia juga tidak sama dengan negara-negara lain yang menjadi berbilang kaum kerana tekanan kolonialisme. Ini kerana polity Melayu itu jauh lebih kukuh sebagai sistem kenegaraan. Kerajaan Melayu Melaka dan selepas itu Johor diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ciri-ciri polity itu diterima sebagai ciri-ciri sebuah negara dan sistem pemerintahan. Ini adalah sebahagian daripada ingatan kolektif masyarakat Melayu. Perkara ini tidak difahami bukan saja oleh ahli-ahli politik, malah sebahagian besar cendekiawan serta mereka yang boleh mempengaruhi pandangan umum termasuk media. Itu sebabnya dari semasa ke semasa timbul isu-isu yang menjadi kontroversi menyentuh soal bahasa, agama dan sistem pendidikan. Ini kerana tidak ada kefahaman tentang latar belakang sejarah dan polity Melayu dan pengaruhnya terhadap sistem kenegaraan Melayu. Malangnya, tidak ada usaha di kalangan pemimpin masyarakat untuk memahami perkara ini, bahawa kita masyarakat berbilang kaum yang berakar umbi dalam polity Melayu.
Menurut Chandra lagi, Malaysia lebih mudah untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam konteks masyarakat berbilang kaum sekiranya memahami sejarah ini. Jika ada yang menafikannya, sengaja tidak mahu memahami, sukar untuk menjalinkan hubungan kaum yang harmonis. Oleh kerana wujudnya polity Melayu dalam sejarah, maka bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi dan raja-raja menjadi ketua negeri dan negara. Sejarah sebegini perlu difahami. Oleh kerana adanya polity Melayu dan sebahagian besar masyarakat Melayu dan peribumi begitu miskin dan mundur pada 1957, dan dalam keadaan begitu, kewarganegaraan dianugerahkan dengan begitu liberal, masyarakat Melayu dan peribumi itu memerlukan perlindungan. Itu adalah tuntutan yang sah dalam konteks pembentukan negara. Perlindungan yang dipersetujui itu adalah untuk memperbaiki kedudukan masyarakat Melayu dari segi sosioekonomi. Semua pandangan ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak dapat lari daripada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairanlah bagi mereka yang memahami sejarah akan menghormati bukti-bukti dan seterusnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan lunak, berhikmah dan begitu bertoleransi. Jika benar-benar kita ikhlas dalam memahamkan sejarah, jauhkan penglibatan orang politik, biarkan ilmuan dan ahli akademik yang berhujah dan menulis fakta. Keadaan hari ini menjadi kelam kabut kerana kita terlalu banyak berpolitik. Setiap parti politik mahu menjadi jaguh bangsa, bukannya mahu berkata benar walaupun pahit.
Kedua-dua peruntukan Perlembagaan ini menjamin keselamatan politik kerana institusi Yang di-Pertuan Agong adalah lambang demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang menjadi ideologi nasional negara. Tindakan merobah kerajaan secara tidak sah pula adalah mencanggahi prinsip-prinsip demokrasi. Keselamatan Masyarakat Keselamatan masyarakat adalah mengenai kemampanan pola tradisional bahasa, kebudayaan dan agama serta identiti dan adat resam dalam suatu keadaan yang melalui evolusi (Buzan (1991:19). Lazimnya, keselamatan masyarakat juga merangkumi keselamatan insan seperti keselamatan peribumi, keselamatan etnik dan keselamatan identiti. Aspek keselamatan ini terangkum dalam Perkara 149(1)(a) yang mencegah tindakan menyebabkan kekerasan yang dirancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan kekerasan itu; Perkara 149(1)(c) yang mencegah perbuatan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk yang mungkin menyebabkan kekerasan; Dan, Perkara 149(1)(f) yang melarang tindakan yang mendatangkan mudarat ketenteraman awam atau keselamatan, dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya. Peruntukan ini juga terkandung dalam Mukadimah ISA yang melarang individu melakukan keganasan terancang dan Fasal 8(1) ISA yang mengizinkan tahanan pencegahan ke atas individu yang berhasrat mendatangkan mudarat kepada keselamatan Malaysia. Seluruh peruntukan ini selaras dengan ciri-ciri keselamatan masyarakat kerana api perkauman dan konflik etnik, jika tidak dicegah, boleh menjejaskan kesejahteraan serta identiti rakyat Malaysia yang majmuk. Ini membuktikan ISA yang bersumberkan Perkara 149 bukan undang-undang yang bertujuan untuk melenyapkan pengkritik kerajaan, ketua parti pembangkang, pemimpin pelajar dan peneraju kesatuan sekerja, seperti dipropagandakan oleh pemimpin pembangkang tertentu di Malaysia. Sebaliknya, Perkara 149 dan ISA adalah undang-undang yang menghalalkan tindakan sesiapa juga yang memerintah Malaysia untuk melindungi keselamatan rakyat supaya identiti mereka tidak terjejas, konflik etnik dapat dibendung dan keganasan etnik dapat dielakkan. Keselamatan Ekonomi Buzan (1991:19) menghuraikan, keselamatan ekonomi melibatkan akses kepada sumber-sumber, kewangan dan pasaran yang diperlukan untuk memelihara tahap kebajikan rakyat dan kuasa negara. Aspek keselamatan ini termaktub dalam Perkara 149(1)(a) yang melarang tindakan kekerasan yang dirancang terhadap harta, dan Perkara 149(1)(e) yang melarang tindakan yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam atau keselamatan dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya. Aspek ini juga terkandung dalam Fasal 8(1) ISA mengenai tindakan individu yang boleh mendatangkan mudarat kepada penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalam negara atau kepada kehidupan ekonominya. Huraian ini membuktikan bahawa keselamatan ekonomi negara dan rakyat adalah dilindungi oleh Perkara 149 dan ISA. Sebarang dakyah sebaliknya adalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat supaya mendesak kerajaan memansuhkan ISA.
Keselamatan Rejim Seluruh peruntukan dalam Perkara 149 dan ISA juga memberikan perlindungan kepada keselamatan rejim yang memfokus kepada negara, individu, dan kumpulan sosial di sesebuah negara. Antara nilai-nilai teras yang dipertahankan menerusi konsep keselamatan rejim adalah ideologi politik pemerintah, perpaduan etnik, keharmonian agama, institusi raja, pembangunan dan kemakmuran. Keselamatan rejim disifatkan sebagai keselamatan kerajaan (Buzan 1985) kerana ia memelihara kelangsungan negara Dunia Ketiga, khususnya bila masyarakat majmuknya tidak berkongsi nilai dan kepentingan nasional yang serupa. Keselamatan Peribumi Keselamatan peribumi dihuraikan secara tidak langsung menerusi konsep keselamatan etnik dan identiti yang antara lainnya adalah mengenai migrasi serta dampaknya kepada penduduk asal di sesebuah negara. Menurut Sheehan (2005:92), Buzan menyifatkan migrasi sebagai ancaman kepada masyarakat kerana ia mengancam identiti warganegara (peribumi) di sesebuah negara. Isu migrasi dikategorikan sebagai ancaman keselamatan sejak tahun 1990-an. Scherrer (2003:95-97) pula menyatakan, serangan terhadap identiti sesuatu kelompok boleh mendorong pemberontakan; perbuatan mempolitikkan etnisiti makin bertambah; dan etnisiti terus menjadi elemen dalam sesuatu pertelingkahan sosial. Huraian ini membuktikan tindakan mempertikaikan peruntukan Perlembagaan mengenai Islam, Raja Melayu, Bahasa Melayu, orang Melayu, Bumiputera dan keistimewaan mereka, adalah tindakan antinasional. Ini kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan perasaan jahat atau permusu han antara beberapa kaum atau golongan penduduk yang mungkin menyebabkan kekerasan, seperti yang dihuraikan dalam Perkara 149(1)(c). Tindakan Futuristik Oleh sebab itu para pejuang kemerdekaan Malaysia menangani masalah etnisiti seperti ini secara proaktif. Ia dilakukan menerusi kewujudan konsep peribumi yang ditafsir secara Perlembagaan dalam Perkara 160, 161A, (6)(a)), 161A(7) dan 161A(6)(b) Perlembagaan Persekutuan. Konsep kewarganegaraan rakyat bukan peribumi pula ditafsir secara Perlembagaan menerusi Perkara 14, 15, 15A, 16, 16A, 18, 19 dan 22 Perlembagaan Persekutuan. Tafsiran ini juga berasaskan prinsip muafakat dan toleransi antara kaum. Menurut Leong H. Liew (2005:88), pemberian hak-hak kewarganegaraan kepada bukan Melayu di Malaysia adalah sebagai pertukaran kepada pengiktirafan bukan Melayu kepada hak-hak istimewa orang Melayu. Etnik keturunan Cina khususnya, wajar menginsafi hakikat ini kerana Mackerras (2003) membuktikan bahawa layanan terhadap masyarakat minority di Malaysia adalah lebih baik berbanding di China, Indonesia dan Thailand. Etnisiti di negara-negara tersebut, melainkan di Indonesia dan Thailand, memang belum pernah mencetuskan konflik seperti tragedi 13 Mei. Ini kerana ketiadaan aktor politik yang mengeksploitasikan isu-isu etnisiti. Ini membuktikan bahawa masalah etnisiti di Malaysia boleh dibendung dan dielakkan
sekiranya tiada pemimpin politik menggunakan isu berkenaan untuk mendapatkan pengaruh dan sokongan. Menurut Leong H. Liew (2005: 92-93), eksploitasi isu-isu etnik dilakukan secara agresif oleh parti-parti pembangkang Cina sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1969. Mereka memperolehi pertambahan kerusi. Tetapi, tindakan mereka menyebabkan orang Melayu terancam sehingga mencetuskan ketakutan dan kemarahan yang belum pernah terjadi sejak Perang Dunia Kedua. Akibatnya adalah Tragedi 13 Mei 1969. Pelindung Rakyat Kesimpulannya, Tagedi 13 Mei boleh berulang jika masih ada pihak mengeksploitasi isu-isu etnik. Ia juga boleh meletus kerana isu etnik yang digandingkan dengan isu hak-hak asasi kini jadi semakin ketara. acana mengenai hak-hak asasi ini dimunculkan menerusi pelbagai tuntutan hak-hak sivil, politik, etnik dan demokrasi. Wacana ini terbahagi kepada aliran universalis yang menerima dukungan Barat dan aliran komunitarian yang wujud di Asia (Mackerras 2003:4-5). Pendukung aliran universalis menitikberatkan hak-hak sesuatu kelompok. Mereka ketepikan elemen sejarah dan permuafakatan kaum. Mereka juga tidak pedulikan dampak negatif perjuangan mereka kepada keselamatan negara dan rakyat. Gerakan ini kian menonjol di Malaysia. Kes-kes membabitkan Islam diheret ke mahkamah sivil. Keistimewaan peribumi terus dipolitikkan. Bahasa Melayu cuba disinonimkan dengan bahasa etnik lain, termasuk untuk kegunaan di papan tanda jalan. Fenomena ini membuktikan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan ISA adalah penting untuk melindungi seluruh peruntukan Perlembagaan mengenai peribumi yang masih dipolitikkan oleh sesetengah pemimpin parti politik di Malaysia. Ia juga memperkukuhkan hujah bahawa seluruh peruntukan Perlembagaan mengenai Agama Islam, Raja-Raja Melayu, orang Melayu, Bumiputera, dan Bahasa Melayu tidak akan mencetuskan konflik etnik jika tidak dieksploitasi oleh sesetengah pemimpin politik dan pertubuhan sivil. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak harus terpengaruh dengan dakyah kononnya ISA yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah akta yang menindas rakyat. Sebaliknya, semua undangundang keselamatan di Malaysia yang bersumberkan Perkara 149, termasuk ISA adalah penting untuk menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat jelata. Undang-undang seperti ini tidak wajar dimansuhkan. Sebarang pindaan mengenainya tidak boleh mengkompromikan matlamat Perkara 149 yang melindungi kepentingan serta kelangsungan peribumi, rakyat bukan peribumi, dan lain-lain peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan. Nota: Jika ISA hendak dimansuhkan, pastikan Akta Hasutan dipinda agar sesiapa yang menghasut terhadap hak istimewa orang Melayu hendaklah di sebat dengan rotan minima 6 kali sebatan dan penjara tidak kurang daripada 3 tahun.