You are on page 1of 20

PENGAJIAN

MALAYSIA
C
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : SAKINAH ZAHRA BINTI ZARIZAL
KELAS :DLS1A
NO MATRIKS : 30DLS18F2040
PENGENALAN

Perlembagaan merupakan undang-undang yang diamalkan


oleh semua negara termasuk Malaysia yang mengandungi
peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada
pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada
kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran
negara .
Terdapat 2 jenis perlembagaan ,iaitu:

PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN
BERTULIS TIDAK BERTULIS
• Prinsip-prinsip • Sejenis perlembagaan
perlembagaan yang yang tidak dikanunkan
dikumpul dan di dalam satu
dikanunkan di dalam dokumen
satu dokumen
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai


Perlembagaan Persekutuan yang diperkenalkan buat
kali pertama pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia diperkenalkan
pada 16 September 1963 dan ia merupakan satu
dokumen undang-undang bertulis yang tertinggi dan
mustahak serta menjadi rujukan bagi pentadbiran
negara.
Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan Perjanjian
Perseketuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan 1957.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu asalnya
digunakan untuk Tanah Melayu pada tahun 1957 dan
Perlembagaan ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada
tahun 1963 selepas kedua –dua negeri itu menyertai
Persektuan Malaysia.
Perlembagaan Perseketuan yang asal mengandungi 14
bahagian dengan 181 Perkara
Pada tahun 1984, pindaan telah dibuat dengan menambah
satu lagi Bahagian dengan dua Perkara dan kini
mengandungi 15 Bahagian,183 Perkara dan 13 jadual.
Perlembagaan Persekutuan menyentuh bidang kuasa kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-
Pertuan Agong (YDPA), parlimen,kabinet, badan kehakiman,
kewarganegaraan, Bahasa kebangsaan ,kedudukan agama
Islam , kedudukan istimewa Orang Melayu , kedudukan
Bumiputera Sabah dan Sarawak , perkhidmatan awam , hak asasi
dan pilihan raya.
Perlembagaan ini boleh dipinda sekiranya mendapat sokongan
majoriti , sekurang-kurangnya dua per tiga di Parlimen.
SEJARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN

Pada tahun 1954,rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh


Tunku Abdul Rahman di London telah gagal kerana British
menganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi
kemerdekaan penuh.
Pada Januari 1956,Tunku Abdul Rahman mengadakan
rundingan di London buat kali kedua bagi membuat
rundingan berkenaan tarikh kemerdekaan untuk negara serta
membincangkan tentang penggubalan Perlembagaan
Persekutuan .
Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6
Februari 1956 dan dikenali sebagai London Constitutional
Conference 1956.
Hasil daripada konferensi ini ,British bersetuju untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta
menubuhkan suruhanjaya bebas untuk membentuk
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
SURUHANJAYA REID
Pada Mac 1956,satu Suruhanjaya Perlembagaan telah
ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord William Reid (Hakim
Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh empat
orang ahli dari negara Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (ahli
akademik dari Britain),Sir William McKell (ahli politik dari
Australia),Tuan B.S Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi
India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan).
Ahli yang dilantik untuk menganggotai Suruhanjaya Reid
telah dipersetujui oleh Majilis Raja-Raja dan Menteri Perikatan.
Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut,mereka
dibekalkan dengan terma rujukan yang berikut :
a) Memeriksa perlembagaan di Tanah Melayu
b) Mengambil kira kedudukan Raja Melayu
c) Syor supaya perlembagaan persekutuan berasaskan
demokrasi berpalimen
d) Mempunyai dua dewan perundangan dengan peruntukan;
i.Kerajaan pusat yang kuat
ii.Memelihara kedudukan dan martabat Raja Berpelembagaan
iii.Memilih seorang ketua negara (YDPA) dalam kalangan
Raja–raja Melayu
iv. Kewarganegaraan yang sama untuk seluruh Persekutuan
v.Menjaga kedudukan istimewa masyarakat Melayu serta
hak-hak sah kaum lain

Lord Reid melawat Tanah Melayu pada Mei 1956, manakala


ahli suruhanjaya yang lain adalah pada Jun 1956 untuk
memulakan tugas mereka.
Suruhanjaya Reid telah meminta pandangan dan
pendapatan secara langsung daripada semua peringkat
masyarakat .
Sebanyak 118 pertemuan telah diadakan antara Jun hingga
Disember 1956 dan 131 memorandum telah diterima daripada
pelbagai pihak seperti Raja-raja Melayu,parti
politik,pertubuhan dan orang perseorangan.
Memorandum daripada Parti Perikatan menjadi rujukan asas
bagi penyediaan laporan oleh suruhanjaya ini.
JAWATANKUASA KERJA
DRAF PERTAMA SYOR (Februari 1957)
Perlembagaan dan laporan diumumkan oleh Suruhanjaya
Reid
Penyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid
mengetepikan syor dan tuntutan daripada orang Melayu dan
pertubuhan-pertubuhan Melayu yang berkaitan dengan
kerakyatan,Bahasa,agama dan hak istimewa Orang Melayu.
Suruhanjaya ini mengandungi kelebihan untuk kaum bukan
Melayu yang menuntut hak persamaan dengan Orang
Melayu.
Antara isu yang mendapat perhatian ialah pemberian dua
kerakyatan kepada rakyat Komanwel dan kerakyatan jus soli.
Berdasarkan prinsip kerakyatan jus soli,semua kaum akan
mendapat hak sama rata dan hal ini akan melemahkan lagi
kedudukan Orang Melayu.
Berikutan itu , satu Jawatankuasa Kerja terdiri daripada 11
orang dibentuk bagi mengkaji semula syor tersebut.
TUGAS UTAMA
Sebanyak 23 kali pertemuan (22 Februari-27 April 1957)
Memastikan bahawa perlembagaan baharu yang digubal
bersesuaian dengan bentuk pemerintahan di Malaya tetapi
tidak boleh mengubah struktur umum draf perlembagaan
yang diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948.

TUJUAN: Membentuk draf Perlembagaan yang diterima oleh


semua pihak untuk membincangkan isu
kerakyatan,agama,hak keistimewaan orang Melayu dan
bahasa Melayu
PERBINCANGAN AKHIR JAWATANKUASA KERJA

Diadakan pada 13 higga 21 Mei 1957 di London yang


diketuai oleh Setiausaha Tanah Jajahan British serta dihadiri
oleh kerajaan British dan kerajaan Tanah Melayu yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman serta wakil Raja-raja
Melayu.
Kertas putih atau Constitutional Proposals for the Federation
of Malaya telah diterbitkan dan kandungannya ialah
beberapa pindaan terhadap Laporan Suruhanjaya Reid serta
rangka perlembagaan yang telah dipersetujui semua ahli
rundingan.
RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN

Diperkenalkan pada Jun 1957 oleh Majlis Raja-raja.


Dibahas pada 12 Julai 1957 di House of Commons ,England
dan diluluskan tanpa sebarang pindaan.
House of Lord pula telah meluluskan Rang Undang-undang
Perlembagaan Persekutuan tanpa pindaan setelah
dibahaskan pada 29 Julai 1957.
Pada 15 Ogos 1957,Majlis Perundangan Persekutuan pula
telah meluluskan.
Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada 27 Ogos
1957,iaitu sebaik sahaja perbahasan Majlis Perundangan
Persekutuan tamat.
Perlembagaan Persekutuan ini berkuatkuasakan secara rasmi
pada 31 Ogos 1957 bersempena dengan pengisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan ini dipinda apabila
Singapura,Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah
Melayu semasa pembentukan Malaysia.

You might also like