You are on page 1of 18

Pengajian Malaysia

Disediakan oleh Harini Selvarajoo


Bab 2: Perlembagaan Malaysia

2.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Pada tahun 1954,rundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman di
London telah gagal British menganggap Tanah Melayu belum bersedia untuk diberi
kemerdekaan penuh. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan
di London buat kali kedua bagi membuat rundingan berkenaan tarikh kemerdekaan
untuk negara serta membincangkan tentang penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga Februari 1956 dan dikenali
sebagai London Constitutional Conference 1956. Hasil daripada konferensi ini,Britain
bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta menubuhkan
suruhanjaya bebas untuk membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
2.2.1 Suruhanjaya Reid

• Pada Mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan telah ditubuhkan untuk


merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
• Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord William Reid ( Hakim Mahkamah
Rayuan England) dan dianggotai oleh empat orang ahli dari negara
Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (ahli akademik dari Britain), Sir William
Mckell (ahli politik dari Australia), Tuan B.S Malik ( Ketua Hakim
Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah
Pakistan).
• Ahli yang dilantik untuk menganggotai Surahanjaya Reid telah
dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan Menteri Perikatan.
Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut,mereka
dibekalkan dengan terma rujukan yang berikut

a) Memeriksa perlembagaan di Tanah melayu.


b) Mengambil kira kedudukan Raja Melayu.
c) Syor supaya perlembagaan persekutuan berasakan demokrasi berparlimen.
d) Mempunyai dua dewan perundangan dengan peruntukan;
i) Kerajaan pusat yang kuat.
ii) Memelihara kedudukan dan martabat Raja Berperlembagaan
iii) Memilih seorang ketua negara (YDPA) dalam kalangan Raja-raja Melayu.
iv) Kewarganegaraan yang sama untuk seluruh Persekutuan.
v) Menjaga kedudukan istimewa masyarakat Melayu serta hak-hak sah kaum lain.
• Lord Reid melawat Tanah Melayu pada Mei 1956, manakala ahli
suruhanjaya yang lain adalah pada Jun 1956 untuk memulakan
tugas mereka. Suruhanjaya Reid telah menerima pandangan dan
pendapat secara langsung daripada semua peringkat masyarakat.
Sebanyak 118 pertemuan telah diadakan antara Jun hingga
Disember 1956 dan 131 memorandum telah diterima daripada
pelbagai pihak seperti Raja-raja Melayu, parti politik, pertubuhan
dan orang perseorangan Memorandum daripada Parti Perikatan
menjadi rujukan asas bagi penyediaan laporan oleh suruhanjaya
ini.
2.2.2 Jawatankuasa Kerja
• Pada Februari 1957, draf pertama syor perlembagaan dan laporan yang
diumumkan oleh Suruhanjaya Reid telah mendapat maklum balas meluas
daripada pelbagai pihak.
• Penyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid mengetepikan syor
dan tuntutan daripada orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu
yang berkaitan dengan kerakyatan, bahasa, agama dan hak istimewa
orang Melayu.
• Sebaliknya, suruhanjaya ini mengandungi kelebihan untuk kaum bukan
Melayu yang menuntut hak persamaan dengan orang Melayu.
• Antara isu yang mendapat perhatian ialah pemberian dua kerakyatan tapi
kepada rakyat Komanwel dan kerakyatan jus soli.
• Berdasarkan prinsip kerakyatan jus soli, semua kaum akan mendapat hak
sama rata dan hal ini akan melemahkan lagi kedudukan orang Melayu.
Berikutan itu, satu Jawatankuasa Kerja dibentuk bagi mengaji semula syor tersebut.
Jawatankuasa Kerja tersebut terdiri daripada 11 orang, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British, Ketua
Setiausaha, Peguam Negara, empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang Parti
Perikatan. Jawatankuasa Kerja ini dipengerusikan oleh MacGillivray (Pesuruhjaya Tinggi British)

Jadual 2.2 Ahli Jawatankuasa Kerja


Pengerusi Sir Donald MacGillivray (Pesuruhjaya
Tinggi British)
Wakil Raja-Raja Melayu • Mustapha Albakri ( Penyimpan Mohor
Besar Raja-raja)
• Shamsudin Nain
•Tunku Ismail Tunku Yahya
•Neil Lawson
Wakil Perikatan • Tunku Abdul Rahman (UMNO)
• Dato Abdul Razak Hussein (UMNO)
• Ong Yoke Lin (MCA)
• V.T Sambathan (MIC)
Ahli Lain • Sir David Watherston (Ketua Setiausaha
Kerajaan)
• T.V.A Brodie (Peguam Negara)
Setiausaha • E.O Laird
• Tugas utama Jawatankuasa Kerja tersebut adalah untuk memastikan bahawa
perlembagaan yang digubal bersesuaian dengan bentuk pemerintahan di
Malaya. Walau bagaimanapun, jawatankuasa ini tidak boleh mengubah
struktur umum draf perlembagaan yang diasaskan kepada Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sebanyak 23 kali pertemuan telah diadakan,
iaitu antara 22 Februari hingga 27 April 1957 bagi membentuk draf
Perlembagaan yang diterima oleh semua pihak. Antara isu yang dibincangkan
ialah isu kerakyatan, agama, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu.
• Perbincangan akhir Jawatankuasa Kerja telah diadakan pada 13 hingga 21 Mei
1957 di London yang diketuai oleh Setiausaha Tanah Jajahan British serta
dihadiri oleh kerajaan British dan kerajaan Tanah Melayu yang diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman serta wakil Raja-raja Melayu. Kertas Putih atau
Constitutional Proposals for the Federation of Malaya telah diterbitkan dan
kandungannya ialah beberapa pindaan terhadap Laporan Suruhanjaya Reid
serta rangka perlembagaan yang telah dipersetujui semua ahli rundingan.
• Pada Jun 1957, Rang Undang-undang Perlembagaan telah diperkenankan
oleh Majlis Raja-Raja. Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan ini
turut dibahas pada 12 Julai 1957 di House of Commons, England dan
diluluskan tanpa sebarang pindaan. House of Lord pula telah meluluskan
Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan tanpa pindaan setelah
dibahaskan pada 29 Julai 1957.
• Majlis Perundangan Persekutuan pula telah meluluskan Rang Undang-
undang Perlembagaan Persekutuan pada 15 Ogos 1957. Perlembagaan
Persekutuan dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957, iaitu sebaik sahaja
perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan tamat. Namun,
Perlembagaan Persekutuan ini berkuatkuasa secara rasmi pada 31 Ogos
1957 bersempena dengan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.
.Kemudian, Perlembagaan Persekutuan ini dipinda apabila Singapura,
Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu semasa pembentukan
Malaysia.
2.3 Konsep Keluhuran Perlembagaan

Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yang ketiga.


Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian perlembagaan atau ketertinggian
undang-undang. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sebagai
undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-
undang. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri
daripada bahan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada
Perlembagaan Persekutuan.
Melalui konsep ini, tidak terdapat institusi yang mengatasi ketinggian Perlembagaan
Persekutuan sekali gus menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat. Badan
Kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan
ketinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu
undang-undang.
2.3.1 Tujuan Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen penting di Malaysia. Tujuan
Perlembagaan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.3.

Tujuan Keterangan
Mewujudkan pemerintahan yang adil • Perlembagaan Persekutuan digubal
berdasarkan tolak ansur dan
permuafakatan kaum.
• Memastikan keadilan ekonomi antara kaum
tetepi turut memelihara hak istimewa
orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan
Sarawak.
• Pembentukan integrasi kaum yang bersatu
padu dan setia kepada negara.
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta • Yang di-Pertuan Agong serta sistem
mengawal pergerakan kerjaan dan rakyat pemerintahan kerajaan yang terdiri
daripada badan perundangan, kehakiman
dan eksekutif juga tertakluk kepada
Perlembagaan Persekutuan.
• Perlembagaan Persekutuan merupakan panduan
dalam pemerintahan dan tindakan pemerintah
adalah berdasarkan kepada Perlembagaan.
• Perlembagaan Persekutuan menjamin keadilan,
kecekapan dan ketelusan dalam sistem
pentadbiran dan pemerintahan.
• Menjelaskan bidang kuasa pemerintahan yang
menjamin kerjasama antara kerajaan negeri
dan persekutuan.
Menjaga keamanan dan kestabilan negara • Sekatan-sekatan dalam Perlembagaan yang
membataskan kebebasan individu akan
menjamin keamanan dan kestabilan negara
serta mengekalkan perpaduan
• Pindaan terhadap Perlembagaan tidak boleh
dibuat dengan sewenang-wenangnya
• Perubahan pemimpin selepas pilihan raya tidak
mengubah corak pemerintahan
• Rakyat mendapat jaminan undang-undang serta
tiada diskriminasi dalam perlembagaan.
Alat rujukan bagi menyelesaikan masalah • Hukuman kepada individu yang melakukan
kesalahan adalah dirujuk dalam
Perlembagaan.
• Menjadi rujukan tertinggi dalam undang-
undang yang bertentangan

Mengekalkan identiti negara/menjamin • Unsur-unsur tradisi dan perkara utama


keutuhan dan kedaulatan negara dalam Perlembagaan Persekutuan akan
menjamin riwayat negara bangsa serta
mengekalkan nilai dan identiti masyarakat
Malaysia.
2.3.2 Ciri-ciri Perlembagaan

Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia adalah seperti yang berikut:


a) Kestabilan dalam pemerintahan — Pemerintah melaksanakan tatacara lazim yang
menjadi kebiasaan umum supaya rakyat dapat mengambil bahagian dalam
pembangunan negara.
b) Tanggungjawab ke atas rakyat — Permintaan rakyat merupakan panduan bagi kerajaan
untuk bertindak. Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerjaan disampaikan melalui
saluran yang betul.
c) Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan raya
d) Kerajaan bersifat terbuka — Perbincangan di Parlimen seperti belanjawan negara dan
pembuat dasar-dasar baharu diumumkan menerusi media supaya rakyat maklum.
2.3.3 Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa. Tujuan sesuatu pindaan adalah untuk
melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara, melicinkan urusan negara,
memastikan perlembagaan sesuai dengan keperluan semasa, munasabah dan kandungannya
dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati serta pindaan bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan
secara terbuka. Pindaan yang besar pernah dibuat terhadap Perlembagaan Malaysia adalah
berkaitan dengan pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi YDPA dan raja yang memerintah negeri
daripada kesalahan jenayah pada tahun 1993. Namun terdapat beberapa perkara yang tidak boleh
dipersoalkan, iaitu:
a) Agama Islam sebagai agama Persekutuan
b) Kedududkan istimewa Raja-raja Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
c) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
d) Soal kerakyatan
Jadual 2.4 Pindaan Perlembagaan Malaysia
Kaedah Perkara Butiran Contoh isu
1 Perkara 159 (1) & (4) Melalui sokongan • Pindaan kepada
majoriti mudah ahli jadual tertentu
Parlimen yang hadir dalam Bahagian III
Perlembagaan
(peruntukan
tambahan
kewarganegaraan)
• Kemasukan atau
penggabungan
negeri-negeri
dengan Persekutuan
• Bentuk-bentuk
sumpah dan ikrar
(Jadual ke-6)
• Pindaan dan
pelantikan Ahli
Dewan Negara
• Perkara 74 dan 76
berhubung
pembahagian kuasa
badan perundangan
Kaedah Perkara Butiran Contoh isu
2 Perkara 159 (3) Melalui sokongan • Perkara yang tiada
majoriti 2/3 ahli dalam 3 kaedah
Parlimen pindaan yang lain
3 Perkara 159 (5) Melalui sokongan • Kedaulatan Raja-
majoriti 2/3 ahli raja
Parlimen Malaysia •Kedudukan
dan perkenan istimewa orang
daripada Majlis Raja- Melayu dan
Raja Bumiputera sabah
dan Sarawak
•Kewarganegaraan
(Perkara 14-31)
•Bahasa Kebangsaan
•Perubahan
sempadan negeri
4 Melalui sokongan • Melibatkan
majoriti 2/3 ahli kepentingan Sabah
Parlimen serta dan Sarawak
persetujuan Yang di- •Bahasa, agama dan
Pertua Negeri Sabah kedudukan istimewa
dan Sarawak Bumiputera Sabah
dan Sarawak
Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan
Malaysia adalah tidak sah dan terbatal. Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan dengan nyata bahawa:

“Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan


apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka dan
yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal
setakat yang berlawanan itu “

Setiap warganegara Malaysia bertanggungjawab menjunjung tinggi,mendaulat dan


mempertahankan Perlembagaan Malaysia. Rakyat yang tidak menerima, tidak
menghormati, mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Malaysia dianggap
telah melakukan satu bentuk penghinaan kepada bangsa dan negara.

You might also like