You are on page 1of 2

Sejarah Ting.

4 KSSM Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

AB
9
B

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


1957

Nota SMART
Usaha Rundingan Kemerdekaan
• Dalam usaha merintis jalan ke arah kemerdekaan negara kita, beberapa rundingan antara Raja-raja
Melayu, pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan pihak British telah diadakan.
• Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu serta wakil Parti Perikatan berlepas ke London untuk
merundingkan kemerdekaan.
• Pihak yang menyokong rundingan ini ialah E.E.C. Thuraisingham, iaitu wakil orang Ceylon, ketua Parti
Rakyat, iaitu Ahmad Boestamam, pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani.

Wakil Raja-raja Melayu Wakil Parti Perikatan


Menteri Besar Perak: Tunku Abdul Rahman
Dato’ Panglima Bukit Gantang, iaitu Dato’ Haji Wahab Abd Aziz
Menteri Besar Selangor: Dato’ Abdul Razak Hussein
Encik Abdul Aziz Abdul Majid
Menteri Besar Johor: H.S. Lee
Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said
Menteri Besar Kelantan: Dr. Ismail Abdul Rahman
Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood

• Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London:

Rombongan kemerdekaan menaiki kapal laut,


Tunku Abdul Rahman menaiki kapal terbang dari
M.V. Asia pada 1 Januari 1956 berlepas dari
Kuala Lumpur ke Singapura.
Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.

Rombongan tiba di London pada 14 Januari Rombongan ini singgah di Karachi, Pakistan dan
1956. menaiki kapal terbang menuju ke London.

Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


• Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk
membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
• Keanggotaan Suruhanjaya Reid:
– Lord Reid (Britain) – Pengerusi
– Sir William Ivor Jennings (Britain)
– Sir William Mckell (Australia)
– Hakim B. Malik (India)
– Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 132


Sejarah Ting. 4 KSSM Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

• Gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu:


– Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat secara bertulis atau lisan.
– Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan, menghadap Raja-raja Melayu,
Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri serta bermesyuarat dan melawat negeri Melayu
dan Negeri-negeri Selat.
– Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu, mengkaji
Suruhanjaya
serta membuat laporan dan cadangan membentuk perlembagaan bagi
Reid
sebuah negara merdeka.
INFO
Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka
• Suruhanjaya Perlembagaan mendapatkan memorandum dari seluruh Tanah Melayu untuk dirujuk.
Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima.
• Suruhanjaya Perlembagaan mengeluarkan draf perlembagaan.
• Pelbagai pihak memberikan reaksi terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
• Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan
sekali lagi berlepas ke London untuk berbincang dengan kerajaan British tentang isu kewarganegaraan
dan beberapa isu lain yang belum muktamad.
• Beberapa perubahan dan pindaan dibuat pada draf perlembagaan dan hasil pindaan tersebut disembah
perkenan dan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja.
• Pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957, draf perlembagaan dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan
untuk dibentangkan dan dibahaskan.
• Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diluluskan oleh Parlimen British di London dan
kemudiannya diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957.
• Rang undang-undang diluluskan dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuat kuasa
secara rasminya pada 31 Ogos 1957.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas pembentukan perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu 1957

Inti pati Huraian

Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Seorang raja dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong dalam
sistem Demokrasi Berparlimen kalangan Raja-raja Melayu setiap lima tahun sekali.

Kewarganegaraan Setiap orang yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu


pada atau selepas hari merdeka akan menjadi warganegara.
Kewarganegaraan diberikan melalui penguatkuasaan undang-
undang, permohonan untuk didaftarkan dan permohonan untuk
menukar kewarganegaraan atau naturalisasi.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Perjanjian Persekutuan menjaga kedudukan istimewa orang
kepentingan sah kaum lain Melayu. Hak untuk masyarakat lain turut dipelihara dan
dilindungi.

Kedudukan agama Islam Agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara kita.

Kedudukan bahasa Melayu Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan
dijadikan bahasa pengantar serta bahasa komunikasi.

133 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

You might also like