You are on page 1of 5

CONTOH PANDUAN KAJIAN KES / KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 1

Pendahuluan (Esei)

Objektif (Nombor)

Kaedah kajian (Nombor)

Hasil Dapatan (Esei)

Kesimpulan dan Cadangan (Esei)

Lampiran (Nombor)

Rujukan (Nombor)

Peraturan dalam menyediakan kajian kes.

 MINIMUM 5 muka surat (guna hanya satu muka surat sahaja muka surat yang dibelakang
tidak boleh digunakan)
 Lampiran tidak dikira dalam 5 muka surat
 Ditulis dalam bentuk esei
 Ditulis menggunakan tangan
 Kajian kes yang telah selesai perlu di stapler di tepi kertas
 Pelajar diberi pilihan untuk memilih salah satu tajuk sahaja
o Tajuk A :
o Tajuk B :

Contoh panduan kajian kes.

 Pelajar boleh melihat contoh kajian kes yang guru sediakan sebagai rujukan untuk kajian kes
masing-masing.

No Perkara Catatan
.
1. Pernyataan Masalah Tamadaun Yunani merupakan pencetus kepada
perkembangan tamadun Eropah

2. Pendahuluan Contoh: Hal ini kerana dalam Tamadun Yunani


aspek pemerintahan dan pentadbiran
merupakan sumbangan terpenting dalam
perkembangan sejarah dan tamadun manusia
melalui pengenalan system demokrasi. Ini
terbukti apabila aspek ini diwarisi oleh generasi
selepas tamadun Yunani dan diamalkan oleh
kebanyakaan negera termasuk Malaysia
sehingga kini. (Boleh rujuk buku teks juga)

3. Perkembangan Idea a) Jelaskan perkembangan sistem demokrasi di


Athens (Rujuk Buku Teks)
b) Terangkan ciri-ciri sistem demokrasi di
Athens (Rujuk Buku Teks)
c) Huraikan fungsi badan pemerintahan dan
pentadbiran di Athens. (Rujuk Buku Teks)
d) Malaysia adalah salah sebuah negeri yang
mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi,. Jelaskan kebaikan amalan
demokrasi di negara kita Malaysia.
4. Objektif kajian Membina objektif merangkumi pengetahuan,
kemahiran dan nilai menggunakan kata kunci
seperti berikut:
Memahami, mengetahui, menghuraikan,
menganalisis, menyatakan, mengkaji, memenuhi,
memberikan dan mana-mana kata kerja yang
sesuai)

Contoh:
1. Menjelaskan perkembangan sistem
demokrasi di Athens
2. Menerangkan ciri-ciri sistem demokrasi di
Athens.
3. Menghuraikan fungsi badan pemerintahan
dan pentadbiran di Athens.
4. Menjelaskan kebaikan amalan sistem
demokrasi di negara kita.

5. Kaedah Kajian 1. Kaedah perpustakaan (pembacaan


(minimum 2 kaedah kajian yang buku/majalah ilmiah)
digunakan oleh pelajar) 2. Kaedah pemerhatian (melalui youtube)
3. Kaedah melayari internet
6. Rujukan dan sumber 1. Buku Ilmiah
2. Majalah
3. Akhbar
4. Jurnal
5. Internet (Website, blog, online news dan
lain-lain)
6. Rencana
7. Buku teks
8. Video (Rancangan Dokumentari / youtube)
9. Orang sumber (jika perlu/ada)
7. Laporan Kajian Pelajar merangkumi : 1. Jadual kerja
2. Pendahuluan
3. Objektif kajian
4. Kaedah kajian
5. Hasil dapatan
6. Kesimpulan dan cadangan
7. Lampiran
8. Rujukan
8. Perbentangan tajuk kajian 1. Laporan kajian secara individu (3-5 minit)
9. Tempoh perlaksanaan 21/6/20xx – 2/7/20xx (2-3 minggu)
10. Bentuk laporan Buku Skrap
Contoh kerangkan Kajian kes

No Perkara
.
1 Tajuk Kajian

2 Objektif Kajian:
1. Menjelaskan perkembangan sistem demokrasi di Athens
2. Menerangkan ciri-ciri sistem demokrasi di Athens.
3. Menghuraikan fungsi badan pemerintahan dan pentadbiran di Athens.
4. Menjelaskan kebaikan amalan sistem demokrasi di negara kita.
5. Melahirkan semangat patriotism untuk membangunkan negara Malaysia

3 Kaedah Kajian:
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat secara
terperinci. Antara kaedah yang saya gunakan ialah:
1. Melayari internet untuk mencari maklumat
2. Mencari maklumat menerusi buku ilmiah
3. Menonton video atau dokumentari

4 Pendahuluan / Pengenalan:
Tamadun Yunani
 Boleh rujuk pengenalan yang ada dalam buku teks untuk isi penting kemudian
olah menggunakan ayat pelajar sendiri.
 Dalam bentuk karangan / ayat lengkap

5 Perkembangan sistem demokrasi di Athens


 Boleh rujuk pengenalan yang ada dalam buku teks untuk isi penting kemudian
olah menggunakan ayat pelajar sendiri.
 Dalam bentuk karangan / ayat lengkap

6 Ciri-ciri Sistem demokrasi di Athens:


1. Dewan Perhimpunan
2. Majlis
3. Majistret
4. Juri
 Boleh rujuk pengenalan yang ada dalam buku teks untuk isi penting kemudian
olah menggunakan ayat pelajar sendiri.
 Dalam bentuk karangan / ayat lengkap

7 Perbezaan sistem demokrasi di Athens dengan sistem demokrasi di Malaysia.


Sistem Demokrasi Athens
1. Demokrasi di Athens berbentuk penyertaan secara langsung
2. Setiap warganeraga Athens terlibat secara langsung dalam perbincangan dan
perdebatan bagi menentukan sesuatu dasar dan peraturan yang berkaitan dengan
Athens
3. Semua warganegara berpeluang memegang jawatan selama 6 bulan hingga 1 tahun
4. Semua warganegara lelaki dewasa menjadi anggota Dewan Perhimpunan
5. Semua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan.
Sistem Demokrasi Malaysia
1. Demokrasi Malaysia berbentuk penyertaan secara tidak langsung
2. Rakyat diwakili oleh wakil rakyat dalam dewan rakyat.
3. Wakil rakyat dipilih melalui pilihan raya
4. Warganegara lelaki dan perempuan yang menang pilihan raya boleh menjadi
anggota dalam Dewan Rakyat
5. Wakil Rakyat menjadi anggota dalam Dewan Rakyat selama 5 tahun sehingga pilihan
raya umum yang akan datang
6. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun sekali.

8 Kebaikan amalan sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia


1. Rakyat terlibata dalam pembentukan kerajaan
2. Rakyat terlibat dalam pemerintahan
3. Menlicinkan pentadbiran negera
4. Pemimpin tidak berkuasa mutlak
5. Kedaulatan di tangan rakyat
6. Rakyat berpeluang memilih pemimpin melalui pilihan raya
7. Menjamin pentadbiran yang adil dan stabil
8. Membolehkan kerajaan ditukar sekiranya tidak cekap
9. Rakyat berpeluang menyuarakan pendapat
10. Melancarkan pembangunan negara
11. Menjamin perkembangan ekonomi

9 Rumusan / Penutup:
1. Tanggunjawab mempertahankan nilai-nilai demokrasi yang menjadi asas penting
dalam pembentukan negara
2. Menghargai asas-asas amalan demokrasi
3. Mempertahankan / melahirkan semangat patriotism untuk membangunkan
negara Malaysia
4. Berusaha bersungguh-sungguh demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
5. Berusaha bersungguh-sungguh demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
6. Sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita dapat dikekalkan demi kestabilan
dan kedaulatan negara.
7. Kerajaan dan rakyat berganding bahu memajukan negara kita.

10 Rujukan:
Buku Ilmiah:
Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali, Sharifah Afidah binti Syed Hamid,
2016, Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Yunani_Purba

Orang Sumber (Jika pelajar melakukan kaedah menemubual)


En. Kamarulzam Bin Ahmad, 50 tahun, No 13, Jalan Angsana Puri, 737344 Melaka.

You might also like