You are on page 1of 9

1127 Lahirnya sebuah cinta

TAJUK 1 : Negara Malaysia

Unit 1 : Lahirnya sebuah cinta

A. Pembentukan Malaysia

Gagasan pembentukan Malaysia telah dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman


Putra Al-Haj pada 27 Mei 1961 di dalam satu majlis Persatuan Wartawan Luar
Asia Tenggara di Singapura. Pembentukan Malaysia dibuat atas beberapa
sebab

Menjamin Keselamatan negara

 Singapura dan Sarawak menghadapi


ancaman komunis.
 Komunis ingin menjadikan Sarawak
sebagai sebuah negara komunis
untuk menyebarkan pengaruhnya ke
Asia Tenggara
 Persekutuan Tanah Melayu telah
mempuyai pengalaman dalam
menghadapi ancaman komunis
Sebab-sebab pembentukan
Malaysia
Memajukan sosioekonomi

 Meningkatkan permintaan barangan


tempatan
 Menarik pelabur luar
 Memajukan taraf hidup rakyat

Mencapai keseimbangan kaum

 Pembentukan malaysia dapat


membentuk keseimbangan kaum
 Penting untuk membentuk
keharmonian semua kaum
1127 Lahirnya sebuah cinta

B. Langkah langkah pembentukan Malaysia

Langkah-langkah pembentukan Malaysia

1961
• Mei - Gagasan Pembentukan Malaysia
telah disarankan
• Julai - Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan

1962
• Januari - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan
• September - Referendum diadakan di
Singapura
• Penduduk Singapura bersetuju menyertai
Malaysia

1963
• Julai - Laporan suruhanjaya Cobbold
dibentangkan - Persetujuan dicapai untuk
menubuhkan Malaysia
• Ogos - Indonesia dan Filipina mementang
pembentukan Malaysia
• September - Malaysia telah diishtiharkan
pada 16 September 1963
1127 Lahirnya sebuah cinta

C. Pengisytiharan Malaysia

Pembentukan Malaysia telah Berjaya dilaksanakan setelah melalui


pelbagai rundingan.

Pemasyhuran Malaysia telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia


YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pengisytiharan Malaysia dibuat ekoran daripada perjanjian pada 9 Julai 1963
antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan
Singapura. Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, negeri Sabah, Sarawak
dan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Ketiga-tiga
negeri tersebut juga tidak lagi menjadi negeri jajahan takluk British.

Dokumen Pemasyhuran Malaysia dalam tulisan jawi dan inggeris


1127 Lahirnya sebuah cinta

Pemasyhuran Malaysia pada 16 September 1963 telah diadakan serentak di


Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching

Pengisytiharan Pemasyhuran
Malaysia

Tunku Abdul Rahman Tan Sri Mohd Khir bin


Putra Al-Haj Tunku Abdul Razak bin Johari, Menteri Pertanian
mengisytiharkan Dato’ Hussein dan Koperasi
Pemasyuran Malaysia di mengisytiharkan mengisytiharkan
Stadium Merdeka, Kuala Pemasyuran Malaysia di Pemasyuran Malaysia di
Lumpur Kota Kinabalu, Sabah Padang Central, Kuching,
Sarawak

…..Maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah,


Negeri Sarawak, dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri
Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Neferi Perak,
Negeri perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri melakadan bahawa
persekutuan itu hendaklah dinamakan Malaysia
Sumber: PemasyhuranMalaysia, Arkib Negara
1127 Lahirnya sebuah cinta

Soalan :

Arahan: Jawab soalan berikut

1. Apakah yang dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 27
Mei 1961 di dalam satu majlis Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara di
Singapura?

A. Kemerdekaan
B. Wawasan 2020
C. Gagasan 1 Malaysia
D. Gagasan pembentukan Malaysia

2. Apakah faktor pembentukan malaysia?

A. Menjamin keselamatan negara


B. Mengamalkan sistem demokrasi
C. Mengaut hasil keuntungan setiap negeri
D. Rakyat senang bergerak antara negeri

3. Apakah negeri yang tidak terlibat dalam pembentukan Malaysia?

A. Filipina
B. Thailand
C. Singapura
D. Pulau Pinang

4. Pihak manakah yang telah mengancam keselamatan Singapura dan


Sarawak pada masa tersebut?

A. Jepun
B. British
C. Komunis
D. Persekutuan Tanah Melayu

5. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘memajukan sosioekonomi’ rakyat?

A. Mempunyai pengalaman dalam menghadapi musuh


B. Dapat mempertahankan serangan komunis
C. Dapat membentuk keseimbangan kaum
D. Dapat menarik pelabur luar
1127 Lahirnya sebuah cinta

6. Bilakah Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPPM) ditubuhkan?

A. Mei 1961
B. Julai 1961
C. Januari 1962
D. September 1962

7. Apakah peranan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPPM) ini?

A. Menilai reaksi penduduk negeri-negeri yang terlibat


B. Menilai ancaman keselamatan terhadap penduduk
C. Memberi penerangan tentang pembentukan Malaysia
D. Menyebar idea-idea dan kebaikan pembentukan Malaysia

8. Sebuah suruhanjaya untuk menilai reaksi penduduk negeri-negeri yang


terlibat telah ditubuhkan. Apakah nama suruhanjaya tersebut?

A. MAGERAN
B. Suruhanjaya Reid
C. Suruhanjaya Cobbold
D. Suruhanjaya perundingan perpaduan Malaysia

9. Pembentukan Malaysia mendapat tentangan dari Negara jiran iaitu


_________________ dan __________________________.

A. Singapura, Filipina
B. Thailand, Indonesia
C. Indonesia, Singapore
D. Filipina, Indonesia

10. Bilakah tarikh Malaysia diisytiharkan?

A. 20 Mei 1942
B. 31 Ogos 1957
C. 16 September 1963
D. 20 Januari 1978
1127 Lahirnya sebuah cinta

Langkah-langkah Pembentukan Malaysia :

Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

Mei 1961 Januari 1962 September 1962

Julai 1963 Ogos 1963

1 Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan Januari 1962

2 Laporan Suruhanjaya Cobbold dibentangkan Julai 1963

3 Gagasan Pembentukan Malaysia dinyatakan Mei 1961

4 Referendem diadakan di Singapura September 1962

5 Indonesia dan Filipina menentang Pembentukan Ogos 1963


Malaysia
1127 Lahirnya sebuah cinta

B. Arahan: Jawab soalan di bawah

1. Bilakah tarikh sambutan Hari Malaysia?

16 September setiap tahun

2. Dimanakah tempat Pemasyhuran Malaysia yang diistiharkan oleh Tunku


Abdul Rahman diadakan?

Di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

3. Pemasyhuran Malaysia diadakan di tiga tempat secara serentak. Berikan


tempat tersebut

a. Kuala Lumpur

b. Kota Kinabalu, Sabah

c. Kuching, Sarawak

4. Namakan tiga negeri yang baru menyertai Malaysia

a. Singapura

b. Sabah

c. Sarawak

5. Nyatakan kebaikan pembentukan Malaysia?


1127 Lahirnya sebuah cinta

* Jawapan murid

Dapat membentuk Negara yang maju/ mengurangkan ancaman komunis/


memberi kemerdekaan kepada singapura, sabah dan sarawak

You might also like