You are on page 1of 14

SEJARAH

TAHUN 6 ILTIZAM
PEMBENTUKAN
MALAYSIA 
10.1.1 SEBAB PEMBENTUKAN MALAYSIA  

 Menjamin Keselamatan Negara


 Singapura dan Sarawak menghadapi ancaman komunis
 memerlukan bantuan Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai pengalaman dalam menangani ancaman komunis
 Memajukan Sosioekonomi
 Tingkatkan pemintaan pasaran barangan tempatan
 Menarik pelabur luar
 Meningkatkan taraf hidup rakyat
  Mencapai Keseimbangan Kaum
 Pelbagai kaum dalam suatu negara bersatu-padu
10.1.2 TOKOH-TOKOH YANG TERLIBAT DENGAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj Tun Abdul Razak Tun Datu Mustapha
Tun Muhammad Fuad Stephens Tun Temenggong Jugah Anak Barieng Tuan Lee Kuan Yew
10.1.3  NEGERA-NEGERA YANG TERLIBAT DENGAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PERSEKUTUAN TANAH
SARAWAK
MELAYU
SINGAPURA SABAH
BRUNEI
 10.1.4 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

 27 Mei 1961
 Tunku Abdul Rahman Putra telah menyatakan idea penubuhan Malaysia semasa beliau berucap dalam majlis Persatuan
Wartawan Luar Asia Tenggara di Singapura
 Menggabungkan 5 buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei

 Julai 1961
 Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan
 Bertujuan memberi penerangan tentang penubuhan Malaysia
 Mencapai persetujuan untuk menyokong pembentukan Malaysia
SAMBUNGAN..
 Februari – April 1962
 Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
 Persekutuan Tanah Melayu dan British setuju untuk menubuhkan pasukan bagi meninjau reaksi penduduk yang terlibat
 Suruhanjaya ini telah dianggotai oleh :
 Lord Cobbold
 Sir Anthony Abell
 Sir David Watherston
 Tan Sri Wong Pow Nee
 Tun Muhammad Ghazali Shafie
 
 9 Julai 1963
 Jawatankuasa Antara Kerajaan
 Menggariskan tentang cadangan perlembagaan
 Terhasil ‘Draf 20’ yang menyentuh kepentingan Borneo Utara dalam Malaysia
 Hal-hal seperti bahasa, agama, kewangan, undang-undang, perkhidmatan awam, perwakilan di Parlimen dan imigresen
SAMBUNGAN..
 1 November 1962
 Referendum Singapura
 Meninjau pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia
 Pungutan suara bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan
ini dengan pendirian mereka yang tertentu
 Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia

 8 Julai 1963
 Perjanjian Malaysia ditandatangani antara Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura di London 
 16 Ogos – 5 September 1963
 Filipina dan Indonesia menentang penubuhan Malaysia
 Satu pasukan khas telah ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diketuai oleh Lawrence Michaelmore
 Bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak
 Hasilnya positif apabila rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia
SAMBUNGAN..
 16 September 1963
 Pengisytiharan Malaysia dijalankan serentak di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching
 10.1.5 KEPENTINGAN PERMUAFAKATAN

 Permuafakatan dapat dilihat dalam pembentukan Malaysia melalui :

 Permuafakatan antara pemimpin Negara

 Mengamalkan sistem demokrasi

 Bijak merancang strategi

 Membentuk perpaduan kaum


 10.1.6 IKTIBAR

 Rakyat perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki negara

 Suara rakyat melalui pilihan raya adalah asas penting dalam menentukan tampuk pemerintahan dan
hala tuju negara

 Memberi pengajaran kepada bakal pemimpin pada masa akan datang agar tidak mementingkan diri
dalam segala hal, sebaliknya kepentingan semua pihak perlu diambil kira.

 Pemimpin tidak mementingkan diri , sebaliknya bersedia berkongsi kekayaan dan kemakmuran
negara dengan wilayah-wilayah jiran yang masih dalam taklukan penjajah
 10.1.6 BANGGA DENGAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

 Kita perlulah berbangga dengan kejayaan pembentukan Malaysia. Kejayaan ini membuktikan dengan
semangat perpaduan antara kaum, pemimpin dan rakyat dapat memacu ke arah kemajuan yang lebih
baik. Lihatlah Malaysia hari ini berjaya membina kemajuan adalah atas hasil usaha kita bersama.
Dengan bangga inilah yang akan membuat kita lebih patriotisme, bersemangat untuk mengharumkan
nama negara di persada dunia.

You might also like