You are on page 1of 34

CADANGAN JAWAPAN KERTAS 3 TAHUN 2014

DEMOKRASI BERPARLIMEN
Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran


kerajaan telah diperkemaskan.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah


berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Negara demokrasi lahir dpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.

Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi.

Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan


raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri

Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja


Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957.

Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem


pemerintahan negara

Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat

Rakyat berpeluang membentuk kerajaan

Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya

Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia


ada melalui pilihanraya

Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan


demokrasi berparlimen di Malaysia.

Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem


pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.

Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,


sejahtera dan stabil.
Konsep Perlembagaan


Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas
kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.

Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan


untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.

Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui


peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963


mengandungi 183 perkara.

Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan


persekutuan, kerajaan negeri dan senarai bersama.

Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan


kehakiman.

Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan


persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara
persekutuan

Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak,


kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri

Keluhuran perlembagaan

Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan


itu sendiri.

Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang


Dipertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh
perlembagaan

Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan

Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.

Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong,


parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah

Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan


Malaysia adalah tidak sah

Sebab-sebab pindaan Perlembagaan

Melindungi kepentingan rakyat.

Menjaga keselamatan Negara.

Melicinkan urusan.

Supaya sentiasa releven.

Sesuai dengan keperluan semasa.

Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.

Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.

Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan


seorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya.

Mengelakkan perbalahan kaum.

Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Maksud dan Latar Belakang Pilihan Raya

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada
peringkat negeri atau persekutuan.

Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan
teratur.

Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.

Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.

Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.

Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan


Majlis Raja-Raja Melayu.

Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan
bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.

Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian


pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya
sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Tujuan Pilihan Raya

Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan
Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.

Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana


kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian,


peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.

Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung
Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

Proses Pilihan Raya di Malaysia

Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan


Raya (SPR).

Penamaan calon.

Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.

Pelancaran kempen pilihan raya.


Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh
SPR.

Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal
dipilih kepada pengundi di tempat pengundian.

Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan


memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.

Pembuangan undi.

Pengiraan undi.

Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

Kelayakan Calon

Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti


politik yang mereka gemari.

Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.

Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara
Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang
yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak
disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.

Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau


ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan
atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.

Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau
atas nama individu sebagai calon bebas.

Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan


calon.

Kelayakan Pengundi

Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya


didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.

Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang


berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana

kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam
pilihanraya tersebut.

Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan


pilihanraya sahaja.

Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar


negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos
dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

Kempen Pilihan Raya

Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam


pilihanraya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang
bertanding dibenarkan berkempen.

Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.

SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang
berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.

Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.

Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.

Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil.

Kepentingan Pilihan Raya

Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan


demokrasi.

Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan


politik semasa.

Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta
menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan
raya.

Sebab-Sebab Demokrasi Berparlimen diamalkan di Malaysia

Melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang
dipilih.

Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara.

Memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin.

Dapat menentukan pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.

Rakyat mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan.

Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada


rakyat.

Ekonomi negara akan berkembang maju.

Mengekalkan kestabilan politik negara.

Kebaikan Amalan Demokrasi

Mengekalkan kedaulatan kerajaan.

Kerajaan dipilih oleh rakyat.

Berpeluang menentukan kepimpinan negara.

Menentukan masa depan negara.

Segala pemasalahan diselesaikan melalui rundingan.

Kecekapan pentadbiran negara.

Kestabilan negara aman.

Memudahkan perancangan kerajaan.

Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Menjamin hak rakyat.

Mengurangkan tekanan antarabangsa.

Memperkukuhkan perpaduan.

Mengekalkan perkongsian kuasa.

Kerajaan stabil.

Kemajuan ekonomi.

Menarik pelaburan asing.

Cara-Cara Sistem Demokrasi di Malaysia Dapat dikekalkan

Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.

Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.

Mengelakkan campur tangan asing dalam urusan negara.

Mengekalkan keharmonian hidup pelbagai kaum.

Semangat demokrasi harus disuburkan di peringkat sekolah.

Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.

Kekalkan sistem pilihanraya yang adil dan bebas.

Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.

Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.

Mengutamakan kepentingan negara.

Kebaikan Sistem Pemerintahan Demokrasi

Rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan.

Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan.

Pemimpin tidak berkuasa mutlak.

Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya.

Menjamin hak asasi rakyat.

Memastlkan keamanan.

Menjamin kerajaan yang adil dan stabil.

Kedaulatan di tangan rakyat.

Cara-Cara Mengekalkan Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara

Menjaga nama baik negara.

Mewujudkan kerjasama.

Sanggup berkorban demi kebaikan bersama.

Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat.

Bertolak ansur dalam politik.

Merealisasikan dasar-dasar kerajaan.

Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara.

Menghormati lambang-lambang negara.

PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH

Badan kehakiman

Menentukan kesahihan undang-undang

Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.

Perkara sivil berkaitan dengan saman.

Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat


sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam).

Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan.

Sistem mahkamah

Berkuasa mentafsir perlembagaan negara.

Mentfsir undang-undang.

Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan


Negeri.

Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi


undang-undang.

Melaksanakan undang-undang

Tidak boleh meminda undang-undang.

CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)

Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen.

Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.

Dewan Negara

Merupakan dewan tertinggi

Mengandungi 69 orang ahli.

Mewakili setiap negeri.

Ahli digelar Senator.

Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun.

Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.

Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen.

Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan


berpengalaman.

Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti


perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu
kumpulan minoriti seperti Orang Asli.

Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah
Perekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.

40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada
individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional.

Dewan Rakyat

Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting.

Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli.

Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya.

Tempoh keanggotaannya lima tahun.

Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan


Rakyat.

BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Jemaah Menteri

Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet.

Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan.

Pembuat dasar tertinggi negara.

Diketuai oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau


beberapa kementerian.

Kementerian

Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.

Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial.

Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri.

Menteri

Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan


Setiausaha Politik.

Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali


sebagai Menteri Tak Berportfolio.

Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan Awam diketuai oleh setiausaha Negara(KSN).

Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.

Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK).

KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai


perkhidmatan awam.

Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah.

Badan Berkanun

Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan.

Mempunyai kuasa autonomi tertentu.

Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.

Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada


Menteri yang berkenaan.

Suruhanjaya

Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan


disiplin.

Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya


Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan
Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen.

Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh kementerian.

Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara.

Pembacaan pertama di Dewan Negara dan

Pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.

Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan.

Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang pada peringkat


jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dan

Rang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk


dikemukakan ke Dewan Negara.

Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama seperti di


Dewan Rakyat

Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada


DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor.

Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.

Kepentingan pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiran

Menjamin kesejahteraan hidup rakyat

Pengagihan kuasa bagi mengelakkan pemusatan kuasa berlaku.

Berperanan untuk mengimbangi check and balance dalam pentadbiran.

Pengagihan kuasa dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat.

Dapat menjamin kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dilindungi.

Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran.

Menjadikan sistem pentadbiran yang sistematik.

Pengagihan kuasa dapat mengurangkan bebanan tugas.

Dapat membantu pembangunan negara yang pantas.

Dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam pentadbiran.

Mengelakakan perbalahan dalam bidang pentadbiran.

Usaha-usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran

Kerajaan perlu memberi keutamaan kerja berpasukan.

Mengamalkan budaya kerja yang mesra pelangan

Menggunakan kemajuan teknologi dalam pentadbiran seperti dikaunter


perkhidmatan.

Mengamalkan dan memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas.

Memastikan sifar rasuah dalam pentadbiran.

Ciri-ciri pemimpin negara

Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan sosial.

Menggunakan sistem pentadbiran yang moden .

Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam pentadbiran.

Seorang yang menepati masa dan melicinkan urusan pentadbiran.

Pemimpin yang mahir dalam ICT dan menggunakannya dalam urusan


pentadbiran.

Seorang yang profesional dalam tindakanya.

Peranan badan perlaksana

Pembuat dasar tertinggi Negara.

Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.

Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri.

Mengetuai kementerian dan beberapa kementerian.

Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan / merancang


dan menyelaras program pembangunan ekonomi dan social.

Terdapat 26 kementerian.

Kementerian diketuai seorang menteri.

Dibantu oleh timbalan menteri / setiausaha parlimen/ politik.

Menteri tak berpotfolio.

Perkhidmatan awam diketuai setiausaha Negara.

Pentadbiran diketuai Ketua Setiausaha Negara

Dibantu oleh kakitangan kerajaan.

Bertanggungjawab melaksanakan tugas.

Jabatan diketuai oleh ketua pengarah.

Jabatan di peringkat pusat/ daerah.

Badan berkanun berkuasa autonomi.

Mempunyai kewangan sendiri.

Ditadbir lembaga pengarah.

Penubuhan suruhanjaya.

Kebaikan sistem pemerintahan demokrasi

Rakyat terlibat dalam memilih/ membentuk kerajaan.

Rakyat boleh bersuara/ kemukakan pandangan

Pemimpin tidak berkuasa mutlak

Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya

Menjamin hak asasi rakyat

Memastikan keamanan

Menjamin kerajaan yang adil/ stabil

Kedaulatan di tangan rakyat

Kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negara

Mengekalkan kedaulatan negara.

Kerajaan dipilih oleh rakyat.

Berpeluang menentukan kepimpinana negara.

Menentukan masa depan negara

Berpeluang menentukan kepimpinan negara

Menentukan masa depan negara.

Segala permasalahan di selesaikan melalui rundingan.

Kecekapan pentadbiran negara

Kestabilan negara aman.

Memudahkan perancangan kerajaan

Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Menjamin hak rakyat.

Mengurangkan tekanan antarabangsa.

Memperkukuhkan perpaduan.

Mengekalkan perkongsian kuasa.

Kerajaan stabil.

Kemajuan ekonomi.

Menarik pelaburan asing.

Cara sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan.

Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.

Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.

Mengelakkan campur tangan asing.

Mengekalkan keharmonian hidup pelbagainkaum.

Semangat demokrasi harus disuburkan sejak di sekolah lagi.

Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.

Kekalkan sistem pilihanraya dan adil dan bebas.

Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.

Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.

Mengutamakan kepentingan negara.

Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita.

Menganggotai mana-mana parti politik.

Mendaftar sebagai pemilih.

Menjadi calon pilihan raya.

Bertanding atas parti atau calon bebas.

Memilih pemimpin yang bertanggungjawab.

Memilih pemimpin yang amanah.

Memilih pemimpin berwawasan.

Memilih pemimpin yang mesra rakyat.

Tidak menyertai demonstrasi haram.

Tidak menganggotai pertubuhan haram.

Memilih pemimpin.

Menghormati hak asasi manusia.

Patuh pada undang-undang negara.

Bertolak ansur.

Bekerjasama.

Hormat-menghormati

Kejayaan yang dicapai oleh negara kita

Pemodenan pertanian.

Perkembangan teknologi.

Pelaksanaan k-ekonomi.

Tumpuan pelancong asing.

Hubungan antarabangsa berkembang

Kemajuan sistem pengangkutan.

Kemajuan sistem komunikasi.

Pembuatan automobil/ industri berat.

Sektor perkilangan.

Industri elektronik.

Pembangunan wilayah.

Koridor raya multimedia.

Penganjuran sukan antarabangsa.

Hub pendidikan bermutu.

Pusat kecemerlangan pendidikan.

Pusat kecemerlangan pendidikan.

Universiti berkembar dengan universiti terkenal luar negara.

Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.

Kemunculan golongan radikal.

Masalah perpaduan.

Kewujudan pelbagai kaum.

Gejala sosial.

Perlakuan jenayah.

Kebanjiran pendatang asing.

Peluang pekerjaan.

Globalisasi.

Masalah kemiskinan.

Jurang ekonomi antara kaum.

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

Memperkukuh perpaduan.

Penguatkuasaan undang-undang.

Mewujudkan konsep 1 Malaysia.

Memastikan Wawasan 2020 tercapai.

Menghayati Rukun Negara.

Mewujudkan rakan cop.

Menambah peluang pekerjaan

Memperketatkan kawalan sempadan.

Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil daripada pelaksanaan sistem
demokrasi berparlimen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara ialah

Memelihara perpaduan

Mengekalkan keamanan

Bersikap toleransi

Bersedia menerima perubahan

Saling memahami

Bertanggungjawab

Bersikap inovatif dan kreaktif.

Patuh kepada undang-undang

Menghormati pemimpin

Semangat cintakan Negara

Menghormati lambang Negara

Cara mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan Negara

Menjaga nama baik Negara

Mewujudkan kerjasama

Sanggup berkorban demi kebaikan bersama

Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat

Bertolak ansur dalam politik

Merealisasikan dasar dasar kerajaan

Menghayati sejarah perjuangan para pejuang Negara

Menjayakan konsep 1 Malaysia

Patuh kepada undang-undang

Setia kepada pemimpin

Menjaga kedaulatan negara

Aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di Malaysia.

Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar

Menghormati lambang-lambang kebesaran.

Menganjurkan pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan


yang di Pertuan Agong dan raja.

Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja

Mencari maklumat berkaitan melalui internet

Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu

Kembara Tengku Mahkota dilaksanakan.

CADANGAN KESIMPULAN
Pengetahuan:

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan,


badan pelaksanaan, dan badan kehakiman.

Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.

Iktibar

Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara.

Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan


kemakmuran ekonomi.

Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan


keharmoniam negara.

Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti


negara dan bangsa Malaysia.

Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.

Harapan

Ialah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya


dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada
dunia.

Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran


negara demi kemakmuran negara.

SPM 2014 KERTAS 3 BAB 7 ( TEKS TINGKATAN 5)


KERTAS 3 SPM 2014.
Soalan SPM 2014: Selepas pembentukan Malaysia 1963, jentera pentadbiran Kerajaan
Malaysia telah diperkemaskan berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Berdasarkan pernyataan di atas, murid akan diminta bagi membincangkan soalan2 di
bawah. UNTUK PELAJAR SMKDJ, EDARAN AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP ORANG
PELAJAR.
Sila tulis dalam perenggan dengan kemas. Key word boleh digaris dengan warna pensil
atau highlight supaya jelas. (berwarna merah dalam perenggan)
Terdapat 17 soalan yang dijangka boleh ditanya dalam tajuk ini. Pelajar boleh print
(mencetak) dan membawa masuk info semasa SPM. (copy, paste, dan jadikan page

berwarna putih supaya lebih jelas)

Soalan 1
Berikan latar belakang demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.(5 markah)
Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat
dua corakpemerintahan negara demokrasi, iaitu

Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem

Republik. Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat
negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi
beraja dan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. (m/s 161-162)

Soalan 2
Bolehkan anda berikan definisi atau maksud demokrasi berparlimen (5 markah)

Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan


negara. Raja-Raja Melayu

menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan

demokrasi

berparlimen rakyat

perwakilan

melalui pilihan

berpeluang

membentuk

raya. Rakyat

kerajaan. Rakyat

berhak menyokong,

menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

bebas

mengekalkan

memilih
atau

(m/s 161-162)

Soalan 3
Senaraikan Ciri-ciri demokrasi berparlimen
Ciri-ciri

Demokrasi

Berparlimen

(15 markah)
di

Malaysia

terbahagi

kepada

perlembagaan,

Raja Berpelembagaan, Parlimen, Pilihan Raya, Kuasa pemerintahan Parti-parti politik dan
Kebebebasan hak asasi. Ciri-ciri demokrasi berparlimen pada peringkat Kerajaan Persekutuan
atau pusat diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Negara.
Pada peringkat negeri atau Kerajaan Negeri adalah sultan atau raja. Yang di-Pertuan
Agong

akan

dibantu

olehPerdana

Menteri manakala

sultan

oleh Menteri

Besar.

Rakyatterlibat dalam pemerintahan dan Raja-Raja Melayu menjadilambang taat setia rakyat.
Rakyat juga berpeluang membentuk kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.

Di samping itu, rakyat juga berhak menyokong, mengekal dan menukar kerajaan melalui pilihan
raya.
Pemerintahan

dalam

sistem

demokrasi

berparlimenberasaskan

perlembagaan dan membenarkan perlembagaan dipinda. Di samping itu, menjaga hak kebebasan
rakyat yangmembenarkan parti-parti politik dibentuk dan menyertai pilihan raya. Di samping itu,
terdapat Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan
Negara. Demokrasi berparlimen juga berasaskan konsep Raja Berperlembagaan. (m/s 161-162)

Soalan 4
Jelaskan kepentingan Perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen

(15 markah)

Kepentingan perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan


demokrasi berparlimen ialah menjamin kestabilan sesebuah negara denganmenentukan rangka
dan bentuk pemerintahan. Selain itu, perlembagaan menentukan bentuk kerajaan dan menjadi
panduan kepada

kerajaan

perlembagaan dan aspirasi

supaya pemerintahannya

rakyat. Rakyat

menepati

memegang matlamat

yang

kehendak
sama supaya

semangat patriotismedapat dibentuk. Contohnya Perkara 25 menyebut, seseorang warganegara


Malaysia boleh dilucutkan kerakyatannya jikaterbukti tidak setia kepada Negara.
Perlembagaan menjamin

taat

setia

rakyat kepada

negara.

Perlembagaan

juga

menjamin hak asasi dankebebasan rakyat. Contohnya, hak kebebasan berpersatuan, beragama
dan memiliki harta. Dengan itu, rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undangundang.
Kepentingan

lain

ialah

perlembagaanmemperuntukkan

peranan

Yang

di

Dipertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak tanpa mengabaikan hak-hak kaum lain. Hak tersebut adalah biasiswa, lessen
perniagaan dan sebagainya.

Perlembagaan juga boleh menjamin kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan
dan negeri dan dengan situasi ini, pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa ada perbalahan.
(m/s 163-164)

Soalan 5
Jelaskan tujuan dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia yang terdapat dalam
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. (15 markah)

Tujuan pindaan perlembagaan dibuat oleh Parlimen Malaysia adalah untuk melindungi
kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara.

Selain itu pindaan juga bertujuan supaya perlembagaansentiasa relevan dan sesuai dengan
keperluan

semasa.

Pindaan

ini

menjadikan

perlembagaan

sebagai

undang-

undang

yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan yang
dipinda

melarang Perkara

Sensitif dalam

perlembagaan

yang

tidak

boleh

dipersoalkan

seperti pemerintahan beraja, kedudukan Bahasa Melayu, Hak Keistimewaan Bumiputera.


Akta hasutan 1970, melarang individu daripada membincangkan

atau bercakap dan

menyentuh sensitiviti atau menimbulkan hasutan sehingga menimbulkan perbalahan kaum.


Tujuannya bagi memelihara keselamatan dan ketenteraman serta keharmonian masyarakat.
Terdapat

empat kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen. Kaedah pertama

melibatkan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga dewan parlimen dan persetujuan Majlis
Raja- Raja. Perkara pindaan yang termasuk dalam kaedah ini ialah Tugas dan Kuasa Majlis RajaRaja Melayu, kewarganegaraan dan perubahan sempadan negeri.

Manakala kaedah kedua

melibatkan persetujuan majoriti lebih dua pertiga dewan

parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara yang dipinda seperti
keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah tinggi di Sarawak dan Sabah. Perkara Perundangan

dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan keistimewaan orang bumiputera Sabah dan
Sarawak.

Kaedah ketiga

pula

ialah

melibatkan persetujuan lebih suara dua pertiga dewan

parlimen dalam perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana kaedah pindaan.
Kaedah keempat pula melibatkan persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara
pindaannya berkaitan dengan kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar,pemilihan dan persaraan
ahli dewan Negara serta persempadanan pilihanraya. (m/s 165-166)
Soalan 6
Huraikan dengan terperinci bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Yang

di-Pertuan

Agong

(YDA)

selain

mengetuai

(10 Markah)

tiga

badan

iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman, adalah juga

Kerajaan
Ketua

Negara Malaysia. Baginda bertindak mengikut perlembagaan Malaysia, di mana baginda


boleh memanggil dan membubarkan parlimen.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Kuasa tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda
boleh mengampundan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Selainitu, bidang kuasa
baginda yang lain menjaga, memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda
juga berkuasa menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu bersidang.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga merangkumi Ketua agama Islam bagi negeri
baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Baginda juga
berkuasa melantik Perdana Menteri,memecat menteri dan timbalan menteri atas nasihat Perdana
Menteri.
YDA juga boleh mengisytiharkan undang-undang Darurat di bawah Undang-undang X jika
keselamatan Negara terancam.

(m/s 168)

Soalan 7
Huraikan ciri-ciri /Fungsi Badan-badan Kerajaan. (30 markah)

Badan

kerajaan

terdiri

daripada

Badan

Perundangan/Legislatif,

Badan

Pelaksanaan/Eksekutif dan Badan Kehakiman/Judisiari


a) Badan Perundangan/Legislatif (10 markah)

Perundangan merujuk pada undang-undang yangdigubal oleh badan perundangan


yangdipertanggungjawabkan oleh

perlembagaan.

Fungsi

badan

perundangan, menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.


Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di
negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Ahli
Dewan Negara digelarSenator yang mewakili setiap negeri. Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong. Seseorang senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan mestilah berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen dan boleh dilantik
menjadi ahli Jemaah Menteri. (P172)

b) Badan Pelaksanaan/Eksekutif (10 markah)


Badan

Pelaksana

terdiri

daripada Jemaah

Menteri atau

Kabinet.

Kabinet

merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasardasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri meupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana
Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
Dewan Rakyat terdiri daripada ahli yang dilantik melalui proses pilihan raya. Tempoh
jawatan

mereka

adalah

lima

tahun.

Tugas

ahli, menggubal

dan

meluluskan

undang-

undang peringkat Dewan Rakyat.


Setiap kementerian bertanggungjawab

menggubal

dasar-dasar

kerajaan.

Setiap

kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik. Menteri yang tidak diberkan tugas dalam kementerian tertentu
dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau
bertanggungjawab mengawasiperjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Beliau dibantu
oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam, contohnya

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Badan kerajaan dikenali sebagai Badan Berkanun, iaitu
separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.(p 172)

c) Badan Kehakiman/Judisiari (10 markah)


Sistem mahkamah diwujudkan bagi melaksanakantugas kehakiman di Negara ini. Sistem
ini

disusun

berasaskansistem

hieraki

piramid.

Badan

Kehakiman

mempunyai kuasa

mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman
biasanya
Kehakiman

memerlukan
boleh

perundangan dan

afidavit.

Perkara jenayah juga melibatkan kanun

menentukan kesahihan
pihak

badan

undang-undang yang
pelaksana. Badan

keseksaan.Badan

dibuat

oleh

Kehakiman

badan
juga

berkuasa mentafsirPerlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.


Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Hakim
tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungidaripada pengaruh
politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negarayang berperanan sebagai Pendakwa
Raya atau Peguam Belabagi kerajaan dan dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang
dan Kehakiman.

Soalan

8.

Jelaskan dengan terperinci konsep pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.


Soalan 8.
Jelaskan konsep pilihan raya dalam yang diamalkan di Malaysia.
Pilihan raya adalah elemen penting dalam amalan demokrasi. Pilihan raya ialah proses
memilih wakil rakyat samada di peringkat negeri atau persekutuan. Terdapat dua jenis pilihan raya
di Malaysia iaitu Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan untuk memilih Ahli
Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat. Pilihan Raya Umumdiadakan serentak di seluruh
Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak yang menjalankan pilihan raya berasingan bagi memilih
Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka.

Pilihan Raya Kecil diadakan apabila berlaku kekosongan pada mana-mana kerusi parlimen
atau DUN hasil daripada kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan dan biasanya
diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
Kesemua proses pilihan raya ini dijalankan secara sulit dengan menggunakan prosedur
telus dan teratur oleh Badan Bebas iaiti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Proses pengiraan
undi dibuat secaraterbuka dan direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira sebagai
pemenang. (m/s 177)

Soalan 9
Jelaskan manafaat atau keistimewaan/kelebihan pilihan raya kepada rakyat dan Negara
/keistimewaan perlaksaan demokrasi dalam Negara. (10 markah)

Pilihan raya mendidik pemimpin bertanggung jawabapabila diberi mandat, dan akan hilang
mandat jika tidak bertanggung jawab. Melalui pilihan raya akan berlakupersaingan sihat di
kalangan ahli politik untuk membantu rakyat. Pilihanraya juga menjadikan rakyat bertanggung
jawab untuk memilih pemimpin. Rakyat berpeluang memilih parti politik yang baik untuk
membentuk kerajaan.
Saya

juga

berpendapat

melalui

pilihan

raya,

mana-mana individu

berpeluang

untuk menjadi calon ahli dewan Rakyat (peringkat pusat atau negeri) Idea-idea baharu dapat
dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin baharu. Pilihan raya memberi peluang rakyat untuk
samada mengekalkan atau menukarkan kerajaan. Saya juga berpendapat pilihan raya memberi
peluang parti politik menyediakan manifesto atau akur janji untuk rakyat. Akhirnya, pilihan raya
mendidik rakyat untuk mengambil tahu perkembangan politik semasa yang berlaku di negara
kita, dan menentukan corak pemerintahan demokrasi yang tulen melalui pilihan raya.

Soalan 10
Huraikan dengan terperinci konsep dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)
(15 markah)
Malaysia

merupakan

sebuah Negara

persekutuan.

Persekutuan

bermaksud penyatuan beberapa buah negeriyang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta
beberapa

buah Kerajaan

Negeri. Kedua-dua

kerajaan

ini

menjalankan

tugas

berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.


Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam pentadbiran negara meliputi aspek ekonomi, sosial,
keselamatan dan pendidikan. Kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang diPertuan Agong. Jemaah Menteri pula menjalankan kuasa bagi pihak Yang di-Pertuan Agong yang
diketuai oleh Perdana Menteri.
Kerajaan Negeri berkuasa dalam pentadbiran negeri.Badan Pelaksana Negeri terletak pada
Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak
Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Tertinggi dan Kabinet
diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh
Sultan atau YDP Negeri.
Bidang

kuasa

Kerajaan

Persekutuan

mengikut Senarai

Persekutuan meliputi Hal

Ehwal Luar Negeri, Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Manakala bidang kuasa Kerajaan
Negeri pula mengikut Senarai Negeri merangkumi Undang-Undang Islam dan Tanah. Bidang
kuasa

Kerajaan

Persekutuan

dan

Kerajaan

Negeri

mengikut Senarai

Bersamamerangkumi Kebajikan Sosial, Biasiswa dan Taman Negara.

Soalan 11 Jelaskan Kebaikan/Kepentingan/Faedah/Manfaat sistem demokrasi berparlimen yang


diamalkan dalam Negara ini.

(10 markah)

Sistem demokrasi Berparlimen banyak memberi kebaikan kepada negara dan rakyat. Dari
sudut social, Negara akan menjadi aman dan terhindar dari berlakunya perpecahan kaum kerana
pemilihan dijalankan secara telus, benar dan teratur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. (SPR)
Hal ini akan memberi lonjakan dari segi ekonomi, di mana situasi Negara akan menarik
ramai pelabur asing dan mereka akan menanam modal di negara kita, sekaligus membentuk
situasi ekonomi yang lebih stabil dan dinamik. Ekonomi yang stabil juga akhirnya akan
membentuk situasinegara yang aktif dalam persada perdagangan antarabangsa.
Jika dilihat dari sudut politik, melalui Sistem demokrasi berparlimen juga rakyat bebas
bersuara. Mereka bebas memilih pemimpin dan ini akan menjamin kestabilan politik dalam
negara. Ramai pelancong asing akan datang dan hal ini akan menaikkan imej negara . Malaysia
akan dapatbersaing di peringkat antarabangsa dalam semua bidang.

Soalan 12 Bincangkan kebaikan/kepentingan/keistimewaan pengagihan kuasa antara kerajaan


persekutuan dengan kerajaan negeri.)

(10 markah)

Kebaikan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri


mewujudkan keadaanpolitik yang lebih stabil. Kerajaan Pusat tidak akan campurtangan dalam
pentadbiran negeri dan sebaliknya.
Di samping itu, akan mewujudkan pentadbiran yang seragam. Seterusnya, pengagihan
kuasa juga akan menyebabkan pentadbiran menjadi lebih cekap.Pembangunan antara negeri akan
menjadi lebih mantap. Selain itu, perpaduan akan menjadi lebih erat di kalangan rakyat.
Pengagihan

kuasa

kerajaan

persekutuan

dan

kerajaan

negeri

juga

akan

menyebabkan program pembangunan Negara yang disusun akan menjadi lebih lancar. Hal ini juga
dapat memupuk semangat taat setia kepada negara.Keamanan negara akan dapat dikekalkan.
Seterusnya,keharmonian

masyarakat

tetap

terpelihara.

Akhir

sekali,

pengagihan

ini

dapat mengurangkan beban kerajaan pusatyang terpaksa menanggung kos bagi semua elemen
dalam pentadbiran negeri.

Soalan 13
Bagaimanakah kejayaan dapat dibentuk Malaysia melalui amalan demokrasi berparlimen sehingga
Malaysia dihormati di persada antarabangsa.

(10 markah)
Amalan demokrasi berparlimen dapat mewujudkan kestabilan politik yang menyebabkan
negara kita dapat mengamalkan dasar dasar berkecuali. Amalan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen

telah

menjadikan

Malaysia

pusat

tumpuan

pelaburan

antarabangsa akibatkemakmuran ekonomi negara.


Amalan

sistem

demokrasi

yang mementingkan pilihan

rakyat dengan

pengekalan perpaduan kaum telah menjadikan Malaysia dihormati sebagai negara aman dan
damai. Selain
berwibawa dan

itu,

amalan

terserlah

pilihan

sebagai

raya
tokoh

yang

telus

dihormati

di

berjaya melahirkanpemimpin
peringkat

antarabangsa.

yang
Sistem

pemerintahan demokrasi yang berjaya membangunkan bidang sosial dan pendidikan telah
menyebabkan Malaysia menjadi hub pendidikan antarabangsa. .
Amalan
membuka peluang

demokrasi
pekerjaan

berparlimen
kepada

yang

penduduk

berjaya
Negara

meningkatkan

ekonomi telah

Dunia Ketiga.. Amalan

demokrasi

berparlimen yang berjaya membentuk identiti Malaysia menyebabkan Malaysia dianggap


sebagai Negara berbilang kaum yang paling unik.. Amalan memberikan kebebasan kepada Negara
agar mencapai objektif Wawasan 2020 iaitu melahirkan masyarakat berminda kelas pertama.

Soalan 14
Nyatakan usaha-usaha yang boleh dijalankan bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi
berparlimen/ nyatakan peranan warganegara Malaysia menjayakan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen di Malaysia. / Bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh
warganegara Malaysia bagi memastikan amalan demokrasi dijalankan.
(10 markah)

Usaha bagi memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen di negara kita ialah


senantiasa menghormati keluhuran perlembagaan negara. Sebagai rakyat, kita mestilah mematuhi
syarat-syarat yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia. Contohnya, menghormati Raja dan
pemimpin Negara Malaysia.

Selain itu, kita haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh. Sebagai
rakyat, sudah menjadi keperluan tidak terlibat dengan anasir yang boleh merosakka negara
seperti perhimpunan di jalanan.
Seterusnya mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan daripada pengamalan
demokrasi berparlimen di negara kita. Kita juga seharusnya menyemai semangat cinta akan
negara di kalangan rakyat. Semangat perpaduandiperkukuhkan dalam kalangan masyarakat
agar kedaulatan negara terpelihara. Kita dilarang menimbulkan isu-isu sensitifdan sentiasa
berpegang teguh dengan nilai sejagat.
Pengenalan dakwat kekal semasa pilihan rayacontohnya oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya
(SPR)

juga

merupakan

usaha

berparlimen. Penguatkuasaan

kerajaan

dalam

undang-undangyang

memantapkan
lebih

tegas

pelaksanaan

perlu

demokrasi

dilaksanakan

untuk

membanteras golongan pelampau dalam negara.

Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang yang telah
ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kita juga haruslahmenyokong dasar-dasar yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan. Seterusnya, kita mestilah meningkatkan semangat jati diri agar tidak
terpengaruh

dengan

gejala

negara danmengamalkan

negatif.

semangat

Setiap

warganegara

perlu menghormati

toleransi serta meningkatkan

ilmu

pemimpin

pengetahuan.

Kita

haruslah berusaha meningkatkan taraf hidup. Akhir sekali, mewujudkan perpaduan antara
kaum danmengutamakan rundingan dalam menyelesaikan masalah.

Soalan 15
Jelaskan cabaran-cabaran yang mungkin akan dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut)
(10 markah)

Cabaran yang dihadapi ialah berlakunya masalah rasuah dalam proses pemilihan
pemimpin dalam Parti-parti politik. Pilihanraya juga tercemar dengan tindakan pihak-pihak

tertentu yang sering mengadakan protes ataudemonstrasi

jalanan. Rakyat juga mudah

terpengaruh dengan idea media sosial baru terutamanya campurtangan negara luar. Media-media
asing termasuk saluran intenet sering menggunakan elemen negatif bagi memburukkan negara.
Selain itu,institusi beraja akan turut dipersendakan danperpaduan kaum akan sukar dicapai.
Segelintir rakyat jugakurang menghayati semangat patriotik.

Untuk mengatasi cabaran di atas pihak SPRM dan Badan Pencegah Rasuah
mestilah menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas untuk membendung masalah
rasuah. Badan Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan segera kepada ahli-ahli politik yang
mencemarkan sistem pilihan raya. Selain itu, akta baru perlu digubal bagi membendung hak
kebebasan bersuara yang melampau. Peranan SPR perludimantapkan lagi, bagi menjamin
pilihanraya yang lebih adil.
Pihak polis perlu memperketatkan pemberian permitdan mengambil tindakan yang lebih
tegas

kepada

penganjur

yang

mengadakan

perhimpunan.

Rakyat

pula

perlu

diberiilmu keagamaan yang secukupnya supaya dapat menilai baik buruk bahan yang terdapat
dalam media sosial terkini. Manakala pihak-pihak yang mempersendakan institusi beraja perlulah
menerima hukuman setimpal. Seluruh rakyat perlu mengamalkan konsep 1 Malaysia dan
mengamalkanpenghayatan Rukun Negara secara mendalam.

Soalan 16
Nyatakan nilai-nilai murni & Iktibar yang boleh didapati daripada perlaksanaan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen)

(5 markah)

Nilai-nilai dan iktibar yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen ialah memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memimpin negara.
Setiap warganegara bertanggungjawabmemilih pemimpin yang jujur,dan amanah agar dapat
membina negara yang berintegriti. Setiap rakyat mestimenghormati pemimpin negara yang telah
dipilih secara adil dalam proses pilihan raya agar pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita
mesti memikul tanggungjawabmengekalkan keamanan negara supaya keadaan politik negara
menjadi stabil.

Kita juga mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu supaya setiap rakyat
dapat

membuat

keputusan

hendaklah mematuhi undang-undang

untuk

mengekalkan

negara agar

kerajaan

keselamatan

berwibawa.

negara

terjamin.

Kita
Sebagai

warganegara yang baik, kita mestilah menghormati agama dan budaya kaum lain agar konsep 1
Malaysia dapat dihayati oleh setiap warganegara.

SOALAN 17 : KESIMPULAN
(Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan)

(5 markah)

a. Pengetahuan yang diperoleh

Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem ini merupakan satu sistem pemerintahan yang
membolehkanrakyat memilih pemimpin dan kerajaan melalui pilihan raya. Kerajaan yang
memerintah

perlu

menunaikan tanggungjawab

terhadap

rakyat. Di

samping

itu,

rakyat

berpeluangmembentuk sebuah kerajaan yang teguh.

b. Iktibar kepada diri bangsa dan negara


Nilai murni

dan patriotisme yang diperoleh denganmemupuk semangat cinta akan

negara. Kestabilan negara bergantung kepada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan. Di
samping itu, negara terus dihormati keranakestabilan politik. Kita hendaklah berganding
bahu untuk memajukan negara dan bangsa.

c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil


Saya berharap agar negara akan terus aman dan makmur. Selain itu, kerajaan yang adil
dapat

dikekalkan

hasilkerjasama dalam

kalangan

rakyat. Perasaan setia

dan

banggaperlu

diteruskan oleh generasi akan datang. Amalan demokrasi yang dijalankan di Malaysia perlulah
diteruskan bagi memastikan pentadbiran demokrasi berparlimen terus dilaksanakan.

You might also like