You are on page 1of 37

BAB 7

FEDERALISME :
KERAJAAN PUSAT DAN
KERAJAAN NEGERI
PENGENALAN : FEDERALISME

 Secara umumnya, terdapat tiga jenis sistem kerajaan yang


diamalkan dlm dunia kini :
 Kerajaan Persekutuan (Federalism)

 Kerajaan kesatuan (unitary)

 Kerajaan Gabungan (federation)

 Birch (1957) :
 Satu system di mana terdapatnya pembahagian kuasa di antara

satu kerajaan pusat dan beberapa kerajaan wilayah. Setiap


satunya dalam bidang kuasa masing-masing adalah sedarjah
dengan yang lain dan setiap satunya bertindak secara langsung
ke atas rakyat melalui agensi perkhidmatan masing-masing.
 Riker (1964) :
 Dua peringkat kerajaan di atas tanah dan orang yang sama.

Sistem ini tidak perlu melihat dari aspek perundangan tetapi


perlu melihat kepada aspek ekonomi, sosial, budaya dan politik
sesebuah masyarakat itu.
Sistem Kerajaan Kuasa Pemerintahan Contoh Negara

Kerajaan Persekutuan Kerajaan pusat dan -Amerika Syarikat


negeri berkongsi -Australia
kuasa pemerintahan -Brazil
dan perundangan
-India
-Kanada

Kerajaan Kesatuan Kuasa pemerintahan -Great Britain


dan perundangan -Denmark
tertumpu kepada -Indonesia
kerajaan pusat
-Norway

Kerajaan Gabungan Kuasa pemerintahan -Konfederasi Jerman


dan perundangan Utara, 1867 – 71
terletak kepada -Perlembagaan
kerajaan negeri dan Jerman 1871 - 1918
kuasa kerajaan pusat
adalah terhad
Ciri-Ciri Federalisme
 Terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis
tentang fungsi kerajaan di mana sebuah kerajaan mempunyai
kuasa bebas ke atas sekurang-kurangnya satu bidang perkara.
 Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi ke atas bidang
kuasa yang diagihkan kepadanya.
 Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus / langsung dengan
rakyatnya.
 kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari
rakyat
 Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini (yang
terkandung dalam perlembagaan yang dipersetujui) dengan sendiri
 Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri.
LATAR BELAKANG SISTEM PERSEKUTUAN
 Sebelum 1957 dan 1963, kebanyakkan negeri dalam Persekutuan
Malaysia telahpun mempunyai pengalaman masing-masing dengan
sistem pemerintahan persekutuan, kesatuan dan konfederasi.
 Sistem federalisme telah diterima sebagai sistem yang paling sesuai di
untuk mengimbangi antara unsur-unsur tradisional dengan pelbagai
inovasi yang dibawa oleh sistem baru tersebut.
 Sebelum ini, NNMB, NNMTB dan NNS merupakan identiti politik yang
berasingan tetapi diperintah secara tidak langsung.

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu


 Percubaan memperkenalkan sistem federalisme boleh dikatakan
bermula dengan satu usaha menyatukan negeri-negeri Melayu melalui
Perjanjian Persekutuan 1895 dan telah melahirkan NNMB pada tahun
1896. (Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor). ‘
 Sebab-sebab
 Kelemahan sistem pentadbiran residen

 Menyelaraskan pentadbiran dan undang-undang di negeri-negeri

Melayu bagi memudahkan urusan perniagaan.


 Merapatkan lagi hubungan dan kerjasama sambil menyeimbangkan

pembangunan di antara negeri-negeri yang kaya dan miskin.


 Sistem pemerintahan meletakkan NNMB di bawah naungan British.
 Kerajaan Persekutuan berpusat di Kuala Lumpur dan diketuai oleh
seorang Residen Jeneral (1909 dikenali sebagai Ketua Setiausaha
dan 1931 sebagai Setiausaha Persekutuan).
 Dua peringkat kerajaan ditubuhkan
 Kerajaan Persekutuan

• ditubuhkan pada 1909 dan terdiri daripada:


 4 Raja Melayu

 Pesuruhjaya Tinggi

 Ketua Setiausaha

 4 Residen British

 4 pegawai yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi

 diwujudkan sebagai forum perbincangan antara Raja-Raja

Melayu dan Penasihat-penasihat mereka tentang dasar


pemerintahan .
 Kerajaan Negeri
• Residen British memerintah atas nama Sultan
• kerajaan negeri dibahagikan kepada daerah di bawah
seorang Pegawai Daerah British
• Kuasa Pegawai Daerah terhad sebagai pengutip cukai
tanah, majistret, pentadbir umum ke atas penduduk dalam
daerah berkenaan.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
 Berkonsepkan konfederasi.
 Persamaan ialah di mana NNMTB mempunyai Penasihat British

disetiap negeri, disamping setiap negeri mempunyai autonomi


untuk memerintah sendiri.
 NNMTB terdiri dari buah buah negeri Melayu iaitu Kelantan,

Terengganu, Kedah dan Perlis.


 Peringkat awal sebelum penjajahan Inggeris, berada di bawah
kekuasaan Siam.
 Perjanjian Inggeris Siam 1826 – Bitish mengakui kekuasaan

Siam terhadap negeri-negeri tersebut.


 British hanya berjaya menguasai negeri-negeri terbabit pada

tahun 1909 apabila kerajaan Siam menyerahkan hak dan


kuasanya kepada British.
 Hanya Johor sahaja yang samada termasuk dalam kategori NNMB
atau NNMTB.
 Sebuah kerajaan yang diperintah sendiri oleh kerajaan Johor.

 Sepanjang sejarah, ada tentangan daripada Johor, Kelantan dan


Terengganu tetapi mereka telah disatukan dalam tahun 1957.
Kesatuan Malaya (Malayan Union)
 Ditubuhkan pada 1 April 1946 sebagai usaha untuk mengabungkan
semua negeri-negeri Melayu, NNMB, NNMTB dan NNS.
 Sebab dan Kesan
 mengantikan sistem residen yang didapati tidak lagi berkesan

 menyatukan untuk penyelarasan dan keseragaman semua

negeri-negeri Tanah Melayu dan Selat di bawah British.


 Ekoran kesatuan, status sebagai “negara perlindungan” bertukar

kepada “Tanah Jajahan Inggeris”.


Persekutuan Tanah Melayu
 Ditubuhkan berikutan tentangan hebat orang-orang Melayu
terhadap Kesatuan Malaya dan bagi mengantikan system Kesatuan
Malaya.
 Ditubuhkan melalui Perintah dalam Majlis Persekutuan Malaya
1948.
 PTM terdiri dari 11 buah negeri iaitu NNMB, NNMTB dan NNS
 Sistem kerajaan
 Kerajaan Pusat yang kuat dan berkuasa dan dengan institusi-

institusi seperti berikut :


Pesuruhjaya Tinggi British (PT)
Majlis Eksekutif Persekutuan
 untuk membantu dan menasihati PT terdiri:

• 3 ahli ex-officio (Ketua Setiausaha, Peguam Negara,


Setiausaha kewangan
• 4 orang anggota rasmi lantikan P
• sekurang-kurangnya 5 dan tidak lebih 7 anggota
tidak rasmi, lantikan PT
Majlis Perundangan Persekutuan
 3 pegawai ex-officio
 Sembilan MB serta dua wakil Majlis tempatan Pulau
Pinang dan Melaka
 Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
• 11 anggota rasmi
• 50 tidak rasmi lantikan PT
Persekutuan Malaya (Merdeka)
 Perbincangan kearah kemerdekaan bermula seawal tahun 1952,
iaitu selepas pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur di mana
perikatan telah memenangi sebanyak 51 daripada 52 kerusi.
 Rundingan awal antara pihak Malaya dan Britain mempersetujui
dua peringkat dalam perkembangan memerdekakan Malaya.
 Suatu tempoh perantaraan; dan

 Kemerdekaan

 Berikut adalah beberapa ciri-ciri penting Perlembagaan Malaya


merdeka 1957:
 Ketua Negara
• YDPA
• dipilih dari kalangan 9 Raja-Raja Melayu
 memegang jawatan selama 5 tahun

 Ketua Kerajaan
• Perdana Menteri
 dilantik dari ketua parti yang menang majoriti dalam

Dewan rakyat
 membentuk dan mengetuai jemaah menteri yang

bertangungjawab kepada Parlimen.


 Parlimen
• terdiri dari 2 dewan
 Dewan Rakyat – dipilih melalui pilihanraya

 Dewan Negara – 2 orang setiap DUN yang dipilih oleh

DUN berkenaan, dan selebihnya oleh YDPA.


 Kerajaan Peringkat Negeri
• Ketua Negeri : Sultan / Raja / Yang Dipertua Negeri
• Ketua Kerajaan Negeri : MB atau KM
• DUN : dipilih melalui pilihanraya
Pembentukan Persekutuan Malaysia, 1963
 Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia ditubuhkan atas
pelbagai sebab seperti
 Kegiatan komunis

• kegiatan dan masalah komunis semakin merebak di Asia


Tenggara, terutamanya di Singapura
• membawa Singapura masuk ke dalam Persekutuan adalah
satu strategi supaya Malaya dapat memainkan peranan
langsung dalam menangani masalah ini.
 Imbangan penduduk

• Penglibatan Sabah,Sarawak dan Brunei penting untuk


mengimbangi penduduk berketurunan Cina Singapura.
• Majoriti penduduk Sarawak, Sabah dan Brunei terdiri daripada
pelbagai kelompok asli (pribumi).
 Kemerdekaan

• Menyertai Persekutuan Malaysia dikaitkan dengan isu


“memerdekakan” Sarawak, Sabah dan Brunei
 Pelepasan tanggungjawab

• penglibatan Sabah, Sarawak dan Brunei adalah satu jalan


keluar bagi Britain melepaskan tanggungjawabnya terhadap
koloni-koloninya.
PERLEMBAGAN MALAYSIA,1963 SATU KOMPROMI

 Untuk mengatasi pelbagai masalah seperti di atas, kelongaran-


kelongaran tertentu dijadikan asas Sarawak, Sabah dan Singapura
turut sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia.
 Faktor-faktor yang mendorong Sabah dan Sarawak kedalam
Persekutuan
 Peluang memperolehi kemerdekaan

 “equal partnership” antara negeri-negeri

 pemberian hak dan keistimewaan kepada Sabah dan Sarawak

yang termasuk kawalan imigresen, hal kewarganegaraan, hak


memberi persetujuan bagi pindaan-pindaan perlembagaan yang
tertentu, hasil daripada duti dan eksport balak, hasil-hasil
daripada pelabuhan dan pemberian wang tambahan daripada
kerajaan pusat
 Perlembagan Malaysia, 1963
 Senarai I (Persekutuan) (Jadual ke-Sembilan, Perkara 74 dan

77)
 Senarai II (Negeri) (Jadual ke-Sembilan, Perkara 74 dan 77)

 Senarai III (Bersama) (Jadual ke-Sembilan, Perkara 74 dan 77)

 Senarai IIA : Senarai Tambahan kepada Negeri Sabah dan

Sarawak (Jadual ke-Sembilan, Perkara 95B 1(a)).


 Senarai IIIA (Bersama) (Jadual ke-Sembilan, Perkara 95B 1(b)).
Persekutuan Kesatuan

Konfederasi
CIRI-CIRI PERSEKUTUAN MALAYSIA

 Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah berdasarkan kerajaan


pusat yang lebih kuat daripada kerajaan-kerajaan negeri tetapi identiti
negeri-negeri masih dipelihara.
 Hubungan antara kerajaan dalam mana-mana negara yang
mengamalkan sistem persekutuan adalah memihak kepada kerajaan
pusat.
 Oleh yang demikian, kuasa kerajaan negeri semakin hari semakin
merosot, disebabkan oleh beberapa perkara;
Ciri-Ciri Persekutuan

Kuasa Kuasa Kuasa


Perundangan Pemerintahan Kewangan
a) Keagungan Perlembagaan / Kuasa Perundangan

 Perkara 73

i. Parlimen boleh membuat undang-undang yang


berkuatkuasa bagi seluruh atau mana-mana bahagian
Persekutuan dan juga undang-undang yang berkuatkuasa
luar serta dalam Persekutuan.

ii. Dewan Negeri boleh membuat undang-undang yang


berkuatkuasa bagi seluruh atau mana-mana bahagian
Negeri itu.

Kuasa kerajaan persekutuan membuat undang-undang


bukan sahaja terhad kepada bidang kuasa yang
tersenarai dalam Senarai (Persekutuan) tetapi juga
termasuk bidang Perkara dalam Senarai II (Negeri)
 Artikel 74 dan Jadual Kesembilan :

Kuasa perundangan dibahagikan kepada Senarai


Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama

i. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang


mengenai perkara-perkara dalam Senarai 1 Jadual
Kesembilan
 Perkara-perkara yang penting berada dalam bidang
kuasa Parlimen
ii. Dewan Negeri mempunyai kuasa membuat undang-
undang mengenai perkara-perkara dalam Senarai II
Jadual Kesembilan

iii. Kedua-dua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri


mempunyai kuasa membuat undang-undang mengenai
perkara-perkara dalam Senarai III Jadual Kesembilan.
 Perkara 75
“Jika mana-mana undang-undang Negeri adalah berlawanan
dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang
undang Persekutuan itu hendaklah dipakai dan undang
undang Negeri itu hendaklah terbatal, setakat mana ianya
berlawanan dengan undang-undang persekutuan itu”.
Kes : Hudud di Terengganu
 Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen adalah lebih
tinggi daripada undang-undang Negeri.

 Perkara 76
Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang
mengenai Perkara dalam Senarai II untuk mencapai tiga
tujuan yang berikut:
a. Untuk melaksanakan perjanjian dengan negeri-negeri lain
atau keputusan pertubuhan antarabangsa yang mana
Malaysia adalah ahlinya tetapi perjanjian atau keputusan ini
tidak boleh menyentuh agama Islam atau adat istiadat orang
Melayu dan undang-undang atau adat istiadat bumiputera
Sabah dan Sarawak serta undang-undang untuk
melaksanakan perjanjian atau keputusan ini tidak boleh
dikemukakan dalam salah satu Majlis Parlimen sehingga
dirundingkan dengan kerajaan negeri yang berkenaan.
b. Mengadakan keseragaman undang-undang bagi dua atau
lebih negeri-negeri tetapi undang-undang ini tidak boleh
berkuatkuasa ni negeri-negeri yang berkenaan sehingga
undang-undang ini diterima oleh Dewan Negeri berkenaan
sebagai undang-undang yang dibuat olehnya yang mana
undang-undang itu boleh dipinda atau dimansuhkan olehnya.
 Tambahan : undang-undang yang bertujuan mengadakan
keseragaman mengenai hal ehwal tanah dan kerajaan
tempatan tidak perlu diterima oleh Dewan Negeri yang
berkenaan
Kes : isu Air
c. jika diminta sedemikian oleh mana-mana Dewan Negeri
tetapi undang-undang ini tidak boleh berkuatkuasa di
negeri-nergi yang berkenaan sehingga undang-undang itu
diterima oleh Dewan Negeri berkenaan sebagai undang-
undang yang dibuat olehnya yang mana undang-undang
ini boleh dipinda atau dimansuhkan olehnya.

 Perkara 77
Kuasa bakian iaitu kuasa yang tidak dinyatakan dalam Senarai
I dan II – terletak kepada negeri.
 Perkara 76A(1)
Parlimen mempunyai kuasa membenarkan Dewan-Dewan
Negeri membuat undang-undang mengenai perkara-perkara
dalam Senarai I Jadual Kesembilan yang terletak dalam
bidangkuasa Parlimen.
b. Pembahagian Kuasa Antara Kerajaan / Kuasa Pemerintahan

 Satu ciri utama sistem persekutuan ialah pembahagian kuasa


yang jelas dan bertulis di antara tingkat-tingkat kerajaan. Setiap
tingkat kerajaan adalah agung di dalam bidang kuasa yang
diperuntukkan kepadanya.
 Di Malaysia, pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan
dan kerajaan negeri adalah juga jelas dan terkandung di dalam
peruntukan-peruntukan perlembagaan persekutuan.
 Kuasa pemerintahan yang diberikan kepada kerajaan pusat
adalah merangkumi semua perkara-perkara yang terletak dalam
bidangkuasa Parlimen manakala kuasa pemerintahan kerajaan
negeri adalah merangkumi semua perkara yang terletak dalam
bidangkuasa Dewan Negeri.
 Kuasa pemerintahan kerajaan pusat dan negeri diperluaskan
bersama dengan kuasa perundangan mereka masing-masing

 Terdapat 3 senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan


Persekutuan yang mengagihkan kuasa ini iaitu :
 Senarai Persekutuan (I):
• Menyenaraikan bidang kuasa kerajaan persekutuan di mana
kerajaan persekutuan sahaja mempunyai bidang kuasa ke
atasnya.
• Mengandungi 27 Perkara yang bersifat nasional : Hubungan
luar, pertahanan, kewangan dll.

 Senarai Negeri (II) :


• Menyenaraikan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada
negeri di mana kerajaan negeri sahaja yang mempunyai
bidang kuasa ke atasnya.
• Mengandungi 12 Perkara yang bersifat kenegerian dan
wilayah : Kanun Tanah, Pertanian, Perhutanan, Kerajaan
Tempatan
 Senarai Bersama (III) :
• Menyenaraikan bidang kuasa bersama kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri, dan kedua-dua kerajaan
mempunyai kuasa ke atasnya.
• Mengandungi 18 perkara : Biasiswa, perlindungan binatang
liar, Taman negara, perancangan bandar dan wilayah

 Kuasa Risidual
• Perkara 77 Perlembagaan, memperuntukan bahawa
kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mana-mana
bidang kuasa yang tidak disenaraikan di mana-mana
Senarai dalam Jadual ke-Sembilan Perlembagaan
Persekutuan, kecuali jika parlimen mempunyai kuasa ke
atasnya kerana mana-mana peruntukkan dalam
perlembagaan.
Peruntukan-peruntukan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak

 Adalah seperti berikut :


 Senarai Negeri (IIA), Jadual ke-Sembilan Perlembagaan

Persekutuan seperti Jadual 7.3b


 Senarai Bersama (IIIA), Jadual ke-Sembilan Perlembagaan

Persekutuan seperti Jadual 7.4


 Perlindungan-perlindungan tambahan bagi Sabah dan Sarawak

adalah seperti Jadual 7.5


 Peruntukan khas kewangan bagi negeri-negeri Sabah dan

Sarawak, Bahagian IV, Jadual ke-Sepuluh, Perlembagan


 Peruntukan Tambahan Kewangan bagi negeri-negeri Sabah dan

Sarawak, Bahagian V, Jadual ke-Sepuluh, Perlembagaan


 Kuasa pemerintahan kerajaan Pusat merangkumi perkara-perkara
dalam Senarai II dalam keadaan-keadaan berikut:
 Kerajaan pusat menjalankan siasatan, membenarkan tinjauan

dan mengumpul dan menyiarkan perangkaan-perangkaan


mengenai perkara-perkara dalam Senarai II.
 Kerajaan pusat menjalankan penyelidikan, mengadakan dan

menyenggara pusat percubaan dan pertunjukkan, memberi


nasihat dan bantuan teknik kepada mana-mana Kerajaan
Negeri, dan mengadakan pelajaran, membuat penyiaran dan
pertunjukkan bagi penduduk-penduduk mana-mana negeri yang
berkaitan dengan perkara-perkara dalam Senarai II.
 Pegawai-pegawai pusat memeriksa jabatan dan kerja-kerja

kerajaan negeri yang berkaitan dengan siasatan, penyelidikan,


penubuhan pusat percubaan, pertunjukkan, pemberian nasihat
dan bantuan teknik, mengadakan pelajaran, penyiaran dan
pertunjukkan bagi maksud membuat satu laporan kepada
kerajaan pusat.
Kuasa pemerintahan kerajaan pusat merangkumi perkara-
perkara dalam Senarai III adalah terhad kepada apa-apa
yang diberikan oleh undang-undang persekutuan dan
undang-undang negeri tetapi undang-undang persekutuan
atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa
pemerintahan yang mutlak kepada kerajaan pusat mengenai
perkara-perkara dalam Senarai III.
Kuasa pemerintahan yang diberikan kepada kerajaan pusat
oleh undang-undang persekutuan yang bertujuan
menyeragamkan undang-undang mengenai hal ehwal tanah
dan kerajaan tempatan tetapi undang-undang ini tidak
berkuatkuasa sehingga diluluskan oleh Dewan Negeri
dengan suatu ketetapan.
Kuasa pemerintahan yang diberikan kepada kerajaan negeri
mengenai perkara-perkara tertentu dan kuasa dan kewajipan
yang diberikan kepada mana-mana pihak berkuasa dalam
negeri itu oleh undang-undang persekutuan.
c. Bidang kuasa Kewangan (Senarai 1, Item 7 Jadual Kesembilan
 Bidang kuasa kewangan kerajaan pusat adalah menyeluruh kerana
sebahagian besar dari punca kewangan negeri datangnya daripada
peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan pusat.
 Perkara 96:
• Kerajaan pusat adalah pihak berkuasa pencukai yang utama
persekutuan dan diperuntukkan hasil-hasil dari sumber-
sumber yang terpenting.
Sumber Kewangan Negeri
 Perkara 110(1) dan Bahagian III Jadual Kesepuluh
• Kerajaan negeri diperuntukkan hasil-hasil daripada
sumber-sumber yang termasuk
i. Hasil dari kedai tuak
ii. Hasil dari tanah, lombong dan hutan
iii. Hasil daripada lesen-lesen yang lain daripada lessen-
lesen mengenai kereta-kereta yang didorongi jentera,
pepasangan-pepasangan letrik dan pendaftaran-
pendaftaran perniagaan.
iv. Hasil daripada bayaran bekalan air
v. Duti hiburan.
 Kelebihan kuasa kewangan pada kerajaan persekutuan
dan pengantunggan kewangan negeri-negeri kepada
kerajaan pusat memberi kesukaran terutamanya bagi
sesebuah negeri yang kerajaannya datang dari parti yang
berlainan dari parti yang memerintah di peringkat
persekutuan.
 Perkara 108 (Majlis Kewangan Negara)
Anggotanya terdiri dari PM atau wakilnya dan seorang wakil
dari setiap negeri yang dilantik oleh Sultan/Raja/ YDPN.
Kerajaan persekutuan dikehendaki berunding dengan Majlis
Kewangan Negara berkenaan dengan perkara berikut:
i. Pemberian yang akan diberi oleh Persekutuan kepada
negeri-negeri;
ii. Menyerahkan kepada negeri-negeri 1 atau 2 atau apa-apa
bahagian daripada
pendapatan cukai atau bayaran persekutuan;
iii. Pinjaman tahunan yang dikehendaki oleh Persekutuan dan
negeri-negeri dan bagaimana Persekutuan dan negeri-
negeri itu menjalankan kuasa-kuasa bagi meminjam wang;
iv. Memberi pinjaman kepada mana-mana negeri;
v. Membuat rancangan pembangunan mengikut Perkara 92;
vi. Perkara-perkara yang disebut dalam Item 7 (f) dan (g)
Senarai Persekutuan;
vii. Apa-apa cadangan hendak mengemukakan suatu rang
undang-undang untuk dijadikan undang-undang yang
tersebut dalam Perkara 109(2) atau Perkara 110(3) atau
3(a); dan
viii. Apa-apa perkara lain yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan ini atau oleh undang-undang Persekutuan
supaya rundingan diadakan mengenainya dengan Majlis
Kewangan Negara.
Pemberian Kepada Negeri
 Perkara 109 (Geran kepada Negeri)
Pemberian wang daripada kerajaan pusat kepada kerajaan
negeri terdiri dari empat (4) jenis :
i. Pemberian wang mengikut bilangan orang
 100,000 kepala pertama : RM 72.00
 500,000 kepala berikutnya : RM 10.20
 500,000 kepala berikutnya : RM 10.80
 selebihnya : RM 11.40
Laporan Akhbar :
ii. Pemberian wang menyenggara jalan negeri
Jumlah yang akan diberikan ditentukan mengikut kaedah
yang peruntukan dalam Bahagian II, Jadual ke-Sepuluh,
PP, dan setelah merujuk kepada Majlis Kewangan Negara.
Nota : i dan ii adalah pemberian tetap.
iii. Pemberian wang untuk sesuatu maksud tertentu oleh
undang-undang persekutuan dengan mengikut syarat-
syarat di dalam undang-undang itu
iv. Pemberian wang untuk maksud pembangunan dan untuk
menambah hasil negeri secara amnya.
Peminjaman Wang
 Perkara 111 (1)
Kerajaan pusat mengawal kuasa peminjaman negeri-negeri
i. Setiap pinjaman wang oleh kerajaan negeri hendaklah
dikuasai oleh undang-undang dan kerajaan negeri hanya
boleh meminjam wang daripada kerajaan pusat.
 Kes kerajaan Malaysia lwn Kerajaan Negeri Kelantan
ii. Sekiranya pinjaman wang oleh kerajaan negeri adalah
untuk tempoh yang tidak lebih dari lima tahun, kerajaan
negeri boleh meminjam daripada sesuatu bank yang
dipersetujui oleh kerajaan pusat.
 Kerajaan Negeri Sembilan & KWSP
 Perkara 92
Kuasa untuk membangunkan negara
Kuasa untuk membangunkan negara adalah diberikan
kepada kerajaan pusat di mana kerajaan pusat diberikan
kuasa menjalankan rancangan pembangunan di mana-mana
kawasan atau kawasan-kawasan dalam satu atau beberapa
buah negeri untuk dijadikan kawasan pembangunan .
 Walaubagaimanapun sebelum sesuatu rancangan
pembangunan disiarkan dan kawasan yang berkenaan
diistiharkan sebagai kawasan pembangunan, rancangan
pembangunan itu hendaklah melalui peringkat-peringkat yang
berikut:
i. disyorkan oleh suatu jawatankuasa pakar
ii. Dirundingkan oleh Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah
Negara dan kerajaan-kerajaan negeri yang berkenaan
iii. YDPA berpuashati bahawa rancangan pembangunan itu
membawa faedah bagi kepentingan negara.
 Dengan pengistiharan sesuatu kawasan sebagai kawasan
pembangunan, Parlimen berkuasa membuat undang-
undang untuk melaksanakan rancangan pembangunan itu
secara keseluruhannya atau sebahagiannya walaupun
Dewan Negeri berkuasa membuat undang-undang
mengenai rancangan pembangunan itu.
 Hak Negeri untuk bersuara mengenai haluan, bentuk atau kuasa
kerajaan pusat sekiranya sesebuah negeri yang lain ingin
memasuki Persekutuan
 Government of the State of Kelantan v. The Government of the

Federation of Malaya and Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj


(1963) MLJ 355.
Hal Ehwal Tanah
 Walaupun hal-ehwal tanah berada di bawah kuasa kerajaan Negeri,
tetapi kerajaan persekutuan boleh, setelah berunding dengan kerajaan
negeri mengambil tanah (yg bukan miliknya) bagi maksud-maksud
persekutuan.
 Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengambil mana-mana tanah

yang dikhaskan bagi maksud negeri, kecuali untuk kepentingan


negara.
 Perkara 92 – PP memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan

untuk mengambil tanah bagi tujuan sesuatu rancangan


pembangunan.
• Rancangan Pembangunan – sesuatu rancangan untuk
membangun, memaju dan memelihara hasil bumi dalam sesuatu
kawasan pembangunan, mengusahakan hasil bumi itu atau
menambahkan peluang-peluang pekerjaan dalam kawasan itu.

Nota : MMK mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan ke


atas apa sahaja mengenai tanah asalkan keputusan itu tidak
bercanggah dengan undang-undang Persekutuan atau undang-
undang negeri atau apa-apa dasar yang telah dipersetujui dalam
Majlis Tanah Negara, malah berhak menolak apa-apa nasihat
mengenai tanah daripada jabatan-jabatan teknikal negeri.

You might also like