You are on page 1of 139

3.

0 SISTEM DAN STRUKTUR


PENTADBIRAN NEGARA :
FEDERALISME ,
DEMOKRASI BERPARLIMEN &
KOMPONEN UTAMA KERAJAAN
PENGENALAN : FEDERALISME

• Secara umumnya, terdapat tiga jenis sistem kerajaan yang


diamalkan dlm dunia kini :
 Kerajaan Persekutuan (Federalism)
 Kerajaan kesatuan (unitary)
 Kerajaan Gabungan (federation)
• Birch (1957) :
 Satu system di mana terdapatnya pembahagian kuasa di antara
satu kerajaan pusat dan beberapa kerajaan wilayah. Setiap
satunya dalam bidang kuasa masing-masing adalah sedarjah
dengan yang lain dan setiap satunya bertindak secara langsung
ke atas rakyat melalui agensi perkhidmatan masing-masing.
• Riker (1964) :
 Dua peringkat kerajaan di atas tanah dan orang yang sama.
Sistem ini tidak perlu melihat dari aspek perundangan tetapi
perlu melihat kepada aspek ekonomi, sosial, budaya dan politik
sesebuah masyarakat itu.
Sistem Kerajaan Kuasa Pemerintahan Contoh Negara

Kerajaan Persekutuan Kerajaan pusat dan -Amerika Syarikat


negeri berkongsi -Australia
kuasa pemerintahan -Brazil
dan perundangan -India
-Kanada
Kerajaan Kesatuan Kuasa pemerintahan -Great Britain
dan perundangan -Denmark
tertumpu kepada -Indonesia
kerajaan pusat -Norway

Kerajaan Gabungan Kuasa pemerintahan -Konfederasi Jerman


dan perundangan Utara, 1867 – 71
terletak kepada -Perlembagaan
kerajaan negeri dan Jerman 1871 - 1918
kuasa kerajaan pusat
adalah terhad
Ciri-Ciri Federalisme
• Terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis
tentang fungsi kerajaan di mana sebuah kerajaan mempunyai
kuasa bebas ke atas sekurang-kurangnya satu bidang perkara.
• Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi ke atas bidang
kuasa yang diagihkan kepadanya.
• Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus / langsung dengan
rakyatnya.
• kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari
rakyat
• Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini (yang
terkandung dalam perlembagaan yang dipersetujui) dengan sendiri
• Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri.
Persekutuan Kesatuan

Konfederasi
CIRI-CIRI PERSEKUTUAN MALAYSIA

• Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah berdasarkan kerajaan


pusat yang lebih kuat daripada kerajaan-kerajaan negeri tetapi identiti
negeri-negeri masih dipelihara.
• Hubungan antara kerajaan dalam mana-mana negara yang
mengamalkan sistem persekutuan adalah memihak kepada kerajaan
pusat.
• Oleh yang demikian, kuasa kerajaan negeri semakin hari semakin
merosot, disebabkan oleh beberapa perkara;
Ciri-Ciri Persekutuan

Kuasa Kuasa Kuasa


Perundangan Pemerintahan Kewangan
a) Keagungan Perlembagaan / Kuasa Perundangan

 Perkara 73

i. Parlimen boleh membuat undang-undang yang


berkuatkuasa bagi seluruh atau mana-mana bahagian
Persekutuan dan juga undang-undang yang berkuatkuasa
luar serta dalam Persekutuan.

ii. Dewan Negeri boleh membuat undang-undang yang


berkuatkuasa bagi seluruh atau mana-mana bahagian
Negeri itu.

Kuasa kerajaan persekutuan membuat undang-undang


bukan sahaja terhad kepada bidang kuasa yang
tersenarai dalam Senarai (Persekutuan) tetapi juga
termasuk bidang Perkara dalam Senarai II (Negeri)
 Artikel 74 dan Jadual Kesembilan :

Kuasa perundangan dibahagikan kepada Senarai


Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama

i. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang


mengenai perkara-perkara dalam Senarai 1 Jadual
Kesembilan
 Perkara-perkara yang penting berada dalam bidang
kuasa Parlimen
ii. Dewan Negeri mempunyai kuasa membuat undang-
undang mengenai perkara-perkara dalam Senarai II
Jadual Kesembilan

iii. Kedua-dua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri


mempunyai kuasa membuat undang-undang mengenai
perkara-perkara dalam Senarai III Jadual Kesembilan.
 Perkara 75
“Jika mana-mana undang-undang Negeri adalah berlawanan
dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang
undang Persekutuan itu hendaklah dipakai dan undang
undang Negeri itu hendaklah terbatal, setakat mana ianya
berlawanan dengan undang-undang persekutuan itu”.
Kes : Hudud di Terengganu
 Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen adalah lebih
tinggi daripada undang-undang Negeri.

 Perkara 76
Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang
mengenai Perkara dalam Senarai II untuk mencapai tiga
tujuan yang berikut:
 Perkara 77
Kuasa bakian iaitu kuasa yang tidak dinyatakan
dalam Senarai
I dan II – terletak kepada negeri.
 Perkara 76A(1)
Parlimen mempunyai kuasa membenarkan Dewan-
Dewan
Negeri membuat undang-undang mengenai perkara-
perkara
dalam Senarai I Jadual Kesembilan yang terletak
dalam
bidangkuasa Parlimen.
b. Pembahagian Kuasa Antara Kerajaan / Kuasa Pemerintahan

• Satu ciri utama sistem persekutuan ialah pembahagian kuasa


yang jelas dan bertulis di antara tingkat-tingkat kerajaan. Setiap
tingkat kerajaan adalah agung di dalam bidang kuasa yang
diperuntukkan kepadanya.
• Di Malaysia, pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan
dan kerajaan negeri adalah juga jelas dan terkandung di dalam
peruntukan-peruntukan perlembagaan persekutuan.
• Kuasa pemerintahan yang diberikan kepada kerajaan pusat
adalah merangkumi semua perkara-perkara yang terletak dalam
bidangkuasa Parlimen manakala kuasa pemerintahan kerajaan
negeri adalah merangkumi semua perkara yang terletak dalam
bidangkuasa Dewan Negeri.
 Kuasa pemerintahan kerajaan pusat dan negeri diperluaskan
bersama dengan kuasa perundangan mereka masing-masing

• Terdapat 3 senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan


Persekutuan yang mengagihkan kuasa ini iaitu :
 Senarai Persekutuan (I):
• Menyenaraikan bidang kuasa kerajaan persekutuan di mana
kerajaan persekutuan sahaja mempunyai bidang kuasa ke
atasnya.
• Mengandungi 27 Perkara yang bersifat nasional : Hubungan
luar, pertahanan, kewangan dll.

 Senarai Negeri (II) :


• Menyenaraikan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada
negeri di mana kerajaan negeri sahaja yang mempunyai
bidang kuasa ke atasnya.
• Mengandungi 12 Perkara yang bersifat kenegerian dan
wilayah : Kanun Tanah, Pertanian, Perhutanan, Kerajaan
Tempatan
 Senarai Bersama (III) :
• Menyenaraikan bidang kuasa bersama kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri, dan kedua-dua kerajaan
mempunyai kuasa ke atasnya.
• Mengandungi 18 perkara : Biasiswa, perlindungan binatang
liar, Taman negara, perancangan bandar dan wilayah

 Kuasa Risidual
• Perkara 77 Perlembagaan, memperuntukan bahawa
kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mana-mana
bidang kuasa yang tidak disenaraikan di mana-mana
Senarai dalam Jadual ke-Sembilan Perlembagaan
Persekutuan, kecuali jika parlimen mempunyai kuasa ke
atasnya kerana mana-mana peruntukkan dalam
perlembagaan.
c. Bidang kuasa Kewangan (Senarai 1, Item 7 Jadual Kesembilan
• Bidang kuasa kewangan kerajaan pusat adalah menyeluruh kerana
sebahagian besar dari punca kewangan negeri datangnya daripada
peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan pusat.
 Perkara 96:
• Kerajaan pusat adalah pihak berkuasa pencukai yang utama
persekutuan dan diperuntukkan hasil-hasil dari sumber-
sumber yang terpenting.
Sumber Kewangan Negeri
 Perkara 110(1) dan Bahagian III Jadual Kesepuluh
• Kerajaan negeri diperuntukkan hasil-hasil daripada
sumber-sumber yang termasuk
i. Hasil dari kedai tuak
ii. Hasil dari tanah, lombong dan hutan
iii. Hasil daripada lesen-lesen yang lain daripada lessen-
lesen mengenai kereta-kereta yang didorongi jentera,
pepasangan-pepasangan letrik dan pendaftaran-
pendaftaran perniagaan.
iv. Hasil daripada bayaran bekalan air
v. Duti hiburan.
 Kelebihan kuasa kewangan pada kerajaan persekutuan
dan pengantunggan kewangan negeri-negeri kepada
kerajaan pusat memberi kesukaran terutamanya bagi
sesebuah negeri yang kerajaannya datang dari parti yang
berlainan dari parti yang memerintah di peringkat
persekutuan.
 Perkara 108 (Majlis Kewangan Negara)
Anggotanya terdiri dari PM atau wakilnya dan seorang wakil
dari setiap negeri yang dilantik oleh Sultan/Raja/ YDPN.
Kerajaan persekutuan dikehendaki berunding dengan Majlis
Kewangan Negara berkenaan dengan perkara berikut:
i. Pemberian yang akan diberi oleh Persekutuan kepada
negeri-negeri;
ii. Menyerahkan kepada negeri-negeri 1 atau 2 atau apa-apa
bahagian daripada
pendapatan cukai atau bayaran persekutuan;
iii. Pinjaman tahunan yang dikehendaki oleh Persekutuan dan
negeri-negeri dan bagaimana Persekutuan dan negeri-
negeri itu menjalankan kuasa-kuasa bagi meminjam wang;
iv. Memberi pinjaman kepada mana-mana negeri;
v. Membuat rancangan pembangunan mengikut Perkara 92;
vi. Perkara-perkara yang disebut dalam Item 7 (f) dan (g)
Senarai Persekutuan;
vii. Apa-apa cadangan hendak mengemukakan suatu rang
undang-undang untuk dijadikan undang-undang yang
tersebut dalam Perkara 109(2) atau Perkara 110(3) atau
3(a); dan
viii. Apa-apa perkara lain yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan ini atau oleh undang-undang Persekutuan
supaya rundingan diadakan mengenainya dengan Majlis
Kewangan Negara.
Pemberian Kepada Negeri
 Perkara 109 (Geran kepada Negeri)
Pemberian wang daripada kerajaan pusat kepada kerajaan
negeri terdiri dari empat (4) jenis :
i. Pemberian wang mengikut bilangan orang
– 100,000 kepala pertama : RM 72.00
– 500,000 kepala berikutnya : RM 10.20
– 500,000 kepala berikutnya : RM 10.80
– selebihnya : RM 11.40
Laporan Akhbar :
ii. Pemberian wang menyenggara jalan negeri
Jumlah yang akan diberikan ditentukan mengikut kaedah
yang peruntukan dalam Bahagian II, Jadual ke-Sepuluh,
PP, dan setelah merujuk kepada Majlis Kewangan Negara.
Nota : i dan ii adalah pemberian tetap.
iii. Pemberian wang untuk sesuatu maksud tertentu oleh
undang-undang persekutuan dengan mengikut syarat-
syarat di dalam undang-undang itu
iv. Pemberian wang untuk maksud pembangunan dan untuk
menambah hasil negeri secara amnya.
Hal Ehwal Tanah
• Walaupun hal-ehwal tanah berada di bawah kuasa kerajaan Negeri,
tetapi kerajaan persekutuan boleh, setelah berunding dengan kerajaan
negeri mengambil tanah (yg bukan miliknya) bagi maksud-maksud
persekutuan.
 Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengambil mana-mana tanah
yang dikhaskan bagi maksud negeri,
kecuali untuk kepentingan negara.
 Perkara 92 – PP memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan
untuk mengambil tanah bagi tujuan sesuatu rancangan
pembangunan.
• Rancangan Pembangunan – sesuatu rancangan untuk
membangun, memaju dan memelihara hasil bumi dalam sesuatu
kawasan pembangunan, mengusahakan hasil bumi itu atau
menambahkan peluang-peluang pekerjaan dalam kawasan itu.

Nota : MMK mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan ke


atas apa sahaja mengenai tanah asalkan keputusan itu tidak
bercanggah dengan undang-undang Persekutuan atau undang-
undang negeri atau apa-apa dasar yang telah dipersetujui dalam
Majlis Tanah Negara, malah berhak menolak apa-apa nasihat
mengenai tanah daripada jabatan-jabatan teknikal negeri.
BAB 9
DEMOKRASI
BERPARLIMEN
PENGENALAN
 Pengamalan Sistem demokrasi bertujuan untuk memperlihatkan
landasan pemerintahan bagi sesebuah negara adalah
berteraskan kepada kebebasan, di mana kebebasan hanya
dapat dinikmati dalam sesebuah negara yang mengamalkan
demokrasi.
APA ITU DEMOKRASI
 Demokrasi boleh diertikan dengan banyak makna. Berkongsi
satu elemen utama “that is “power” that resides and emanates
from the peoples”.
 Istilah demokrasi : Yunani – Demokratia
 Demos – rakyat
 Kratia - pemerintah
 Satu ungkapan popular “the government of the people, by the
people and for the people”.
 Pertama kali digunapakai di Athens.
 Inti kepada demokrasi ialah penyertaan rakyat dalam proses
pembuatan keputusan.
 Demokrasi (i) Langsung
(ii) Tidak Langsung
APA ITU DEMOKRASI
 Robert A. dahl
satu sistem politik di mana anggotanya saling bergantungan di
antara satu sama lain, sebagai orang yang sama dari segi politik
dan mereka itu sama-sama berdaulat dan memiliki kemampuan
serta sumber daya yang mereka perlukan demi untuk
memerintah diri mereka sendiri.
 Jack Lively (1975)
Adalah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Satu
bentuk pemerintahan di mana pemerintah bertanggungjawab
ke atas yang diperintah.
 K. Ramanathan (1987)
kepada kerajaan berperwakilan atau wakil kerajaan yang terdiri
dari sekumpulan orang atau seorang wakil yang dipilih daripada
pilihanraya demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam
masa tertentu berdasarkan kehendak rakyat.
FALSAFAH DEMOKRASI
 Rasional
 Bermoral
 Samarata
 Kebolehan mencapai kemajuan
 Berkerajaan sendiri – kerajaan dengan kehendak rakyat
 Kebebasan
PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI

 Hak untuk mengundi


 Hak untuk bersuara
 Kebebasan kehakiman
 Persamaan di sisi undang-undang
 Kebebasan untuk menganut apa-apa fahaman
 Kebebasan berpersatuan
 Kebebasan media-massa
 Pilihanraya yang bebas
 Kebebasan untuk berpolitik, menyokong dan menjadi calon.
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
 Ciri-ciri :
 Pembentukan kerajaan berasaskan persetujuan ramai
 Pemerintahan negara dijalankan secara perwakilan
 Rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-
wakil yang dipilih dalam pilihanraya
 Negara Demokrasi Berparlimen
 Raja Berperlembagaan – kuasa YDPA ditetapkan dlm
perlembagaan
 Perlembagaan – garis panduan pemerintahan negara
 Pilihanraya – rakyat diberi peluang memilih dan melibatkan diri
 Badan Perundangan – gubal undang-undang
 Badan Perlaksana – gubal dasar negara dan laksana kuasa
eksekutif
 Badan Kehakiman – tafsirkan undang-undang
 Parti-parti politik – beri peluang rakyat untuk bersuara.
DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA : PILIHANRAYA
 D. Robertson (1993) :
 Pilihanraya adalah satu kaedah untuk memilih calon bagi
jawatan / kerusi tertentu. Merupakan satu kaedah yang
berwibawa bagi memlih pemimpin-pemimpin politik atau
ketua negara di seluruh dunia.
 A. Rashid Rahman (1994) :
 Pilihanraya merupakan pemilihan umum ke atas seseorang
untuk sesuatu jawatan dan pemilihan dibuat menerusi undi
sesebuah perkumpulan (constituent body). Pemilihan
mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang.
Maka dalam satu-satu pilihanraya terdapat dua objek yang
terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.
 Tujuan mengadakan pilihanraya adalah untuk memilih orang
atau orang-orang yang yang akan mewakili kepentingan
pemilih-pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa
organisasi di mana orang atau individu-individu berkenaan
dipilih untuk bertugas.
PILIHANRAYA
 Proses untuk memilih kerajaan berasaskan kepada demokrasi.
 Ala Westminster : pengundi cuma memilih wakil rakyat
untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN)
yang kemudiannya menentukan pembentukan kerajaan.
 Sistem berpresiden : rakyat mengundi semata-mata untuk
menentukan eksekutif yakni presiden dan juga ahli-ahli
dewan perundangan yang dipilih dalam pilihanraya secara
berasingan.
 Dari sudut lain, pilihanraya juga penting kerana ia juga
menentukan sesebuah kerajaan itu benar-benar efektif dalam
pemerintahannya.
 Perlukan mandat rakyat untuk jalankan polisi dan program-
programnya.
 Kunci penting kepada demokrasi
 Sebahagian dari prasyarat yang perlu wujud sekiranya
sesuatu system itu benar-benar ingin menepati tuntutan dan
semangat perlembagaan.
 Mekanisme yang membolehkan rakyat menukar kerajaan secara
aman
 Tidak harus bersifat kosmetik semata-mata
 Pilihanraya yang demokratik menuntut kepada kewujudan
pelbagai aspek kebebasan asasi seperti bercakap, berhimpun,
dan berpersatuan yang dijamin oleh undang-undang dan
perlembagaan.
 Perlu disertai oleh semua lapisan dan golongan
 Tun Muhammad Salleh Abas dalam bukunya Prinsip Perlembagaan
dan Pemerintahan di Malaysia (1997) menulis bahawa ada syarat-
syarat yang perlu diadakan untuk memastikan wujudnya suatu
pilihanraya yang bersih dan bebas. Antaranya ialah :
 Pilihanraya berkenaan hendaklah dijalankan oleh satu badan
yang bebas dan dipercayai oleh rakyat;
 Undang-undang pilihanraya hendaklah berasaskan kepada
keadilan, di samping memastikan bahawa perkara-perkara yang
tidak baik tidak boleh dilakukan;
 Segala pertelingkahan mestilah diselesaikan dengan segera
oleh sebuah mahkamah yang dikhususkan untuk mengadili kes-
kes sedemikian.
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

 Salah satu ciri demokrasi di Malaysia. Ia diadakan sekali


setiap lima tahun.
Pada dasarnya melalui pilihan raya rakyat boleh memilih
wakil-wakil untuk memerintah sama ada di peringkat
persekutuan atau negeri
System pilihan raya yang diamalkan adalah berasaskan
kelebihan suara mudah ( simple majority, first past-the-post).
•Dalam sesuatu pilihan raya 3 pihak terlibat : badan
pengendali pilihan raya, calon bertanding dan pengundi.

•Pilihan raya di Malaysia telah diadakan sebanyak 12 kali


bermula dengan pilihan raya pertama pada 1955 (sebelum
kemerdekaaan) dan yang terakhir pada 2004.
BADAN PENTADBIR PILIHANRAYA

SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)


Sejarah Ringkas
 Dibentuk pada 4 September 1957 mengikut peruntukan
perlembagaan di bawah Perkara 113 dan 114 Perlembagaan
Persekutuan.
 SPR bertanggungjawab untuk memelihara, menyelia dan
mengendalikan proses pilihan raya sebagai ciri dalam
demokrasi dan dijalankan secara adil dan saksama. Namun
beberapa persoalan mengenai peranan ini telah ditimbulkan
oleh pelbagai pihak
Penubuhan SPR
 Perkara 114(1) menetapkan bahawa ahli SPR hendaklah
dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan MRR.
 Suruhanjaya Reid dalam laporannya, menekankan bahawa
adalah menjadi tugas YDPA, dalam melantik pengerusi dan
ahli-ahli SPR, untuk memastikan bahawa kredebiliti
Suruhanjaya itu tidak dipertikaikan.
 Hakim Abdul Hamid : berpendapat bahawa YDPA perlu
diberi kebebasan untuk menggunakan pertimbangan
baginda sekiranya perlu.
 Perlantikan Ahli SPR mestilah dilakukan oleh YDPA selepas
mendengar nasihat dari Perdana Menteri atau kerajaan yang
memerintah.
 YDPA tidak boleh melantik sesuka hati.
 PM dan kerajaan yang memerintah memainkan peranan
penting dalam perlantikan ahli SPR yang merupakan
sebuah institusi yang penting dalam negara.
• Tidak dapat mengenepikan kepentingan politiknya
seratus peratus.
 Perlukah YDPA mendengar nasihat Perdana Menteri atau
kerajaan yang memerintah.
 Dr Sothi Rachagan dalam bukunya Law and The Electoral
Process in Malaysia (1993) berpendapat bahawa YDPA
mesti mendengar nasihat kerajaan yang memerintah.
 Pendapat ini tidak sepenuhnya mematuhi kehendak
peruntukan yang mengehendaki YDPA memastikan bahawa
kebebasan dan kredebiliti Suruhanjaya tidak dipersoalkan.
 Ekoran adanya hubungan antara kerajaan yang memerintah
dengan SPR tersebut, terdapatnya kritikan terhadap tahap
kebebasan SPR.
 Lebih utama ialah kewujudan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya
yang tidak diragui kemampuan dan kebebasannya.
 Kebebasan Suruhanjaya adalah merupakan satu isu yang real.
Ahli-Ahli Suruhajaya
 Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, YDPA
dikehendaki oleh perlembagaan, hendaklah memandang kepada
mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihanraya yang
mendapat kepercayaan awam.
 Mengikut Perkara 114(1), ahli-ahli SPR adalah terdiri daripada
 Seorang Pengerusi
 Seorang Timbalan Pengerusi
 Lima orang ahli lain.
• Salah seorang ahlinya hendaklah memegang jawatan
mengikut giliran sama ada dari Sabah dan Sarawak
 Ahli SPR boleh memegang jawatan sehingga berumur 66 tahun,
tetapi boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan
menulis surat kepada YDPA.
 Setiap ahli mempunyai kedudukan yang istimewa iaitu tidak boleh
dilucutkan jawatannya melainkan dengan tatacara yang sama
melucutkan jawatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan dan
Mahkamah Tinggi.
 Bagaimanapun YDPA mempunyai kuasa untuk memecat
seseorang ahli yang :
 Adalah seorang bangkrap yang belum dilepaskan;
 Mengambil bahagian dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan
bergaji di luar tugas jawatannya
 Adalah seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen atau Dewan
Negeri
 Ahli SPR juga boleh dilucutkan jawatan sekiranya:
 Berkelakuan yang boleh mencemarkan nama jawatan
 Tidak mampu untuk meneruskan tugas akibat :
 Masalah kesihatan yang teruk
 Masalah mental
 Apabila berlaku, PM dikehendaki melaporkannya kepada YDPA
untuk membentuk satu tribunal :

 Hendaklah mengandungi tidak kurang dari lima orang


 Yang terdiri dari Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan, ataupun Mahkamah Tinggi, ataupun seseorang
yang mempunyai kedudukan yang sama dalam mana-mana
negara
 Berdasarkan kepada laporan tribunal tersebut, YDPA
berdasarkan pengesyoran dari PM, boleh melucutkan
jawatan seseorang Ahli dari menjalankan tugasnya.
Fungsi SPR
 SPR pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihanraya
yang bebas dan adil di Malaysia (free and fair election).
 Perlembagaan Malaysia mengariskan empat fungsi penting
SPR seperti berikut iaitu:
 Menjalankan pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau
pilihanraya kecil
• Berdasarkan kepada Perkara 113(1) memberikan kuasa
kepada SPR
 Menjalankan pendaftaran pemilih,
• Berdasarkan kepada Perkara 113(1) memberikan kuasa
kepada SPR
 Mempersempadankan bahagian-bahagian pilihanraya;
• Perlu mendapat persetujuan Dewan Rakyat dan PM
terlebih dahulu.
• Mestilah tidak mengambil masa lebih dari dua tahun
• Mestilah sekurang-kurangnya 8 tahun dari
persempadanan semula yang dilakukan sebelum itu.
 Membuat undang-undang pilihanraya
• Cap ibu jari
• Kempen
PILIHANRAYA DAN KEKERAPANNYA

Jenis Pilihanraya

 Terdapat dua jenis pilihanraya


 Pilihanraya Umum
• Berlangsung biasanya setiap lima tahun sekali, kecuali
Parlimen atau Dun dibubarkan sebelum tarikh yang
sepatutnya.
• Akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh parlimen
dibubarkan
 Pilihanraya Kecil
• Berlangsung bila untuk mengisi kekosongan pemegang
kerusi samada parlimen atau negeri.
• Akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung
dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
• Kekosongan biasanya berlaku bilamana :
– Berlakunya kematian kepada wakil rakyat;
– Hilang kelayakan sebagai ahli parlimen atau DUN
– Bersara

• Kekosongan juga boleh berlaku bilamana :


– Undang-undang Anti Lompat Parti
– Menang pilihanraya kemudiannya bertukar parti.
• Secara automatic, menerusi anti lompat parti,
kerusi akan kosong.
– Apabila parti yang diwakili dibubarkan
– Telah diistiharkan sebagai unconstitutional oleh
mahkamah.
Bila Pilihanraya Mesti Diadakan

 Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mempunyai


tempoh selama 5 tahun, melainkan ianya dibubarkan
dengan lebih awal.
 Pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh :
 60 hari di Semenanjung
 Kempen dibenarkan sebelum pilihanraya diadakan.
 Mengikut pindaan terbaru yang dibuat, walaupun
berlakunya kekosongan dalam mana-mana kerusi
samada di Dewan Rakyat atau DUN, pilihanraya kecil
tidak akan diadakan sekiranya tempoh penggal yang
ada adalah kurang dari 2 tahun.
Kawasan Pilihanraya
 Dibahagikan kepada dua :
 Parlimen (P) – Dewan Rakyat
 Negeri (N) – Dewan Undangan Negeri

Tahun Jumlah Kerusi


1999 193
2004 219
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
 Apabila kerajaan yang memerintah membubarkan Parlimen
ataupun DUN, SPR akan merangka rancangan untuk menjalankan
pilihanraya dan akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan
juga tarikh pilihanraya.
Penamaan Calon
 Kelayakan Calon :
 Warganegara Malaysia dan 21 tahun ke atas
 Bermastautin secara tetap dalam sesuatu kawasan Pilihanraya
dan mendaftar dalam daftar pengundi dengan SPR
 Sempurna akal dan tidak muflis
 Tidak memegang jawatan yang berpendapatan dengan
perkhidmatan awam
 Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh Mahkamah
dan dihukum penjara tidak kurang dari 12 bulan atau didenda
tidak kurang daripada RM2000.00 dan belum mendapat
pengampunan
 Pilihanraya akan diadakan bila ada lebih dari satu calon yang
mendaftar
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
Penamaan Calon
 Hari penaman calon :
 Kertas penamaan hendaklah diserahkan antara jam 9 am-
10 am pada hari penamaan calon
 Wang pertaruhan
• Parlimen : RM10,000.00
• Dun : RM5,000.00
 Wang pertaruhan akan hilang jika gagal dapat sekurang-
kurangnya satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi.
 Boleh gunakan label parti masing-masing. Calon bebas
gunakan lambang yang disediakan oleh SPR.
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
Perjalanan Pilihanraya
 Apabila kerajaan yang memerintah membubarkan Parlimen
ataupun DUN, SPR akan merangka rancangan untuk
menjalankan pilihanraya dan akan mengumumkan tarikh
penamaan calon dan juga tarikh pilihanraya.
 Parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya hanya boleh
memulakan kempen mereka secara rasmi selepas penamaan
calon diadakan.
 Kempen dibenarkan sehingga kepada tengah malam sebelum
hari pengundian.
 Kempen juga tertakluk kepada pembatasan dan undang-
undang tertentu.
 Dilakukan untuk memastikan tiada masalah berlaku dan
menjamin keamanan dalam Negara.
 Supaya insiden 13 Mei 1969 tidak lagi berulang.
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
 Peraturan Kempen
 Tidak menggunakan tingkah laku atau peribadi calon lain sebagai
bahan kempen
 Semua risalah dan bahan bercetak yang diedarkan mengandungi
alamat pencetak dan penerbit
 Mengelak dari perbuatan menyogok atau menjamu – pengaruhi undi
 Gunakan kekerasan
 Memberi rasuah
 Biasanya, kempen pilihan raya adalah berupa:
 Pengedaran risalah dan surat;
 Poster;
 Ceramah tertutup dan ceramah umum;
 Kempen dari rumah ke rumah.
 Seseorang calon dibenarkan membelanjakan sejumlah wang bagi
tujuan kempen
 Parlimen : RM200,000.00
 DUN : RM100,000.00
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
 Pengundiaan
 Waktu mengundi : 8 am-5.00 pm
 Sabah Sarawak : 2 hari di kawasan yang mempunyai
masalah perhubungan
 Undi adalah rahsia Pemilih mengundi dengan memangkah
x di dalam kotak khas
 Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon
sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama
calon yang dipilih.
 Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu
melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya
memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan.
 Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri) kertas-kertas undi mestilah
ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang
berasingan yang ditanda “PARLIMEN” dan “NEGERI”.  
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
 Undi Pos
 Undi pos dihantar dengan pos seawal yang mungkin kepada
pemilih yang layak mengundi melalui pos. Biasanya
pengundi pos terdiri daripada anggota tentera, Pasukan
Polis Hutan, petugas-petugas pilihan raya, pegawai-pegawai
kerajaan yang bertugas di luar negara, pelajar yang
menuntut di luar negara, serta isteri atau suami masing-
masing.
 Kertas undi pos mesti sampai kepada Pegawai Pengurus
selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada hari mengundi.
Prosedur-prosedur yang lengkap telah disediakan untuk
menjaga kerahsiaan undi.
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA
 Ejen Mengundi
 Undang-undang membenarkan calon melantik ejen
mengundi bagi tujuan menjaga kepentingan calon di setiap
tempat mengundi di sepanjang masa.
 Peranan ejen adalah untuk memastikan pengundian
dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan-
peraturan yang berkaitan.
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA  

 Pengiraan Undi
 Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi di
tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang
telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan
raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi
yang ditetapkan
 Orang yg layak berada dlm kawasan pengiraan
• Ahli dan Pegawi SPR
• Pegawai yang dilantik SPR
• Kerani mengira undi
• Calon, wakil calon, dan ejen mengira undi
 Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan
pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul
seperti yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan
dan bagi memastikan urusan pengiraan undi itu betul, adil
dan telus
SISTEM DAN PROSES PILIHANRAYA  

 Keputusan Pilihanraya
 Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi
dan pusat pengiraan undi, keputusan-keputusan
pengundian dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di
pusat penjumlahan undi. Pegawai Pengurus akan
menjumlahkan semua undi, termasuk undi pos, untuk
menentukan pemenang.
 Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu
akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti,
sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya
berkenaan
Petisyen Pilihanraya

 Akta pilihanraya Malaysia juga telah menetapkan mengenai


petisyen pilihanraya, iaitu satu bentuk tindakan undang-undang
yang boleh diambil oleh seseorang calon, agen pilihanraya atau
pengundi dalam mana-mana pilihanraya, jika mereka
tidakberpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang telah
diadakan.
 Berlaku penyogokan atau perbuatan yang menyalahi
undang-undang
 Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihanraya
 Calon atau wakil calon hilang kelayakan
 Berlaku penipuan atau ugutan

 Petisyen pilihanraya ini hendaklah dikemukakan kepada


Mahkamah Tinggi dalam negeri di mana pilihanraya itu
diadakan, dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihanraya
disiarkan dalam warta kerajaan.
 Semua dokumen yang berkaitan dengan pilihanraya seperti
kertas undi dan daftar pemilih akan disimpan selama 6 bulan
selepas pilihanraya. Boleh dibuka hanya dengan arahan Hakim
Mahkamah Tinggi, apabila didapati perlu
 Penyata pilihanraya perlu diserahkan kepada Pegawai
Pilihanraya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas keputusan
pilihanraya diwartakan. Kegagalan berbuat demikian
merupakan satu kesalahan yang menyalahi undang-undang
pilihanraya.
PENGUNDI DAN KELAYAKAN MENGUNDI
 Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh
mengundi jika namanya telah didaftarkan dalam Daftar Pemilih.
 Menurut Perkara 119, Perlembagan Persekutuan, kelayakan
menjadi pemilih ialah;
 mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan
 Bermastautin dalam sesuatu bahagian pilihanraya pada
tarikh kelayakan itu atau, jika tidak bermastautin
sedemikian, adalah seorang pengundi yang tidak hadir;
 Didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-
undang yang berhubungan dengan pilihanraya, dalam daftar
pemilih dalam bahagian pilihanraya tempat dia bermastautin
pada tarikh kelayakan.
 berhak mengundi dalam bahagian pilihanraya itu bagi
mana-mana pilihanraya Dewan Rakyat atau pilihanraya
Dewan Undangan Negeri, melainkan jika dia hilang
kelayakan di bawah Perkara 119 (3) Perlembagaan
 Tiap-tiap pengundi mempunyai satu undi dan dia mengundi
secara undi rahsia.
Hilang Kelayakan Menjadi Pengundi

 Mengikut Perkara 119(3) Perlembagaan Persekutuan,


seseorang adalah hilang kelayakan untuk menjadi pemilih
dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan rakyat atau Dewan
Negeri jika –
 Pada tarikh kelayakan ia adalah ditahan sebagai seorang
yang tidak sempurna akal atau adalah menjalani hukuman
penjara; atau
 Sebelum tarikh kelayakan ia telah disabitkan suatu
kesalahan dalam mana-mana bahagian Komanwel dan
dijatuhkan hukum bunuh atau hukum penjara selama lebih
daripada dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan ia
masih tertanggung menjalani apa-apa hukuman bagi
kesalahan itu.

Proses Pilihanraya Di Malaysia


KESIMPULAN
 Dalam system demokrasi, suara rakyat menjadi perkara penting.
 Perjalanan system pilihanraya mengambarkan wujudnya
demokrasi dalam sesebuah Negara.
 Suruhanjaya Pilihanraya akan dinilai dari peranan yang
dimainkan dalam pilihanraya dan sejauhmanakah badan SPR
betul-betul berkecuali dalam menjalankan tugasnya.
 Beberapa isu timbul yang dikatakan menjejaskan kredibiliti SPR.
Terdapat rungutan-tungutan yang telah dikemukakan seperti :
 Pengundi hantu
 Bukan warganegara juga telah mengundi dalam pilihanraya
 Perpindahan pengundi untuk menangkan sesuatu kawasan
pilihanraya
 Peruntukan perlembagaan yang seakan berat sebelah
 Cara dan perjalanan pilihanraya
• Berkaitan dengan undang-undang dan peraturan-
peraturan perjalanan pilihanraya
3.3 KOMPONEN UTAMA KERAJAAN MALAYSIA :
EKSEKUTIF, PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

PENGENALAN
• Dalam sistem demokrasi moden, kerajaan sesebuah negara
lazimnya terdiri daripada 3 badan pemerintah, iaitu eksekutif,
perundangan dan kehakiman.
Teori Pengasingan Kuasa
• Teori Pengasingan Kuasa yang dikemukakan oleh ahli fikir
Peranchis, Montesquie:
 Badan Eksekutif – bahagian pelaksana undang-undang
 Badan Perundangan – bahagian pengubal dan lulus undang-
undang
 Badan Kehakiman – bahagian penegak, pengadil dan penafsir
undang-undang demi keadilan.
• Cabang-cabang kuasa hanya boleh diberi satu jenis kuasa sahaja.
 Eksekutif umpamanya tidak boleh membuat undang-undang.
 Perlu dipisahkan dan tidak berhubung antara satu sama lain.
 Untuk mengelakkan berlakunya monopoli dan kezaliman.
E P

K
Teori Pembahagian kuasa dan semak dan imbang
• John Locke –
 menghalang kuasa mutlak pemerintahan berpusat pada
satu badan
 menjaga supaya kuasa tidak disalahgunakan oleh sesuatu
badan bagi kepentingan yang sempit.
• Pengasingan kuasa ini secara umumnya bertujuan untuk
mengelakkan wujudnya sebarang bentuk permuafakatan atau
komplot antara badan pemerintah dengan badan-badan lain
dan seterusnya dapat menghindar kezaliman dan salah guna
kuasa
• Ia juga dapat mengelakkan berlakunya pemusatan kuasa
antara ketiga-tiga badan dan dapat memainkan peranan check
and balance
Praktiknya
• Dari segi praktiknya, pemisahan yang jelas
sebenarnya tidak berlaku.
 Dalam system politik Westminster umpamanya
eksekutif (kerajaan yang memerintah) dan dewan
perundangan mempunyai hubungan.
• Kerajaan di bentuk di Parlimen
• PM, Menteri, MB, KM terdiri dari ahli parlimen
atau DUN.
 Berbeza dengan system berpresiden di Amerika.
• Tetapi berlaku juga kekadang berlaku
campurtangan.
EKSEKUTIF
Erti Pembahagian Kuasa Eksekutif

• Kuasa dan cabang eksekutif tidak mudah untuk didefinisikan atau


dikenal pasti. Perlembagaan Persekutuan sendiri tidak
menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kuasa atau cabang
eksekutif.
• Bagaimanapun, para sarjana dan mahkamah mentafsirkan kuasa
eksekutif sebagai kuasa yang tinggal setelah kuasa-kuasa yang
lain; yakni perundangan dan kehakiman diambil.
• Kabinet atau Jemaah Menteri :
 Sebuah badan pembuat dasar tertinggi negara yang
menjalankan kuasa eksekutif.
 Tugas : menggubal dasar-dasar kerajaan dan memberi
arahan kepada jentera kerajaan di peringkat Persekutuan
untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut.
EKSEKUTIF
Erti Pembahagian Kuasa Eksekutif

• Sistem Kabinet (Jumaah Menteri) :


 Ditiru daripada sistem kabinet di England di mana jawatan
Perdana Menteri tidak bergantung kepada kesukaan Raja
dan kewujudan Perdana Menteri dan Kabinet bergantung
kepada majoriti di Parlimen.
• Sekali imbas, nampak kuasa eksekutif menjadi kecil dan terhad.
Bagaimanapun pada praktiknya ia terlalu luas, betapa kedua-
dua kuasa perundangan dan kehakiman yang nampak dominan
di segi teori menjadi terbatas dan sukar dilaksanakan.
• Mengapa cabang eksekutif menjadi dominan?
 Ia mungkin boleh dijelaskan berdasarkan sifat dan keadaan
kuasa eksekutif yang menyebabkan cabang eksekutif
menjadi begitu dominan.
 Bukan hanya berlaku dinegara yang mengamalkan system
Westminster sahaja, malah di US, Presiden sering dikatakan
sebagai ‘orang yang paling berkuasa di muka bumi ini’.
• Di Malaysia, kerajaan Persekutuan terdiri daripada 3 badan
utama :
 Eksekutif : 5 Perkara (Perkara 39-43)
 Perundangan : 25 Perkara (Perkara 44-68)
 Kehakiman : 11 Perkara (Perkara 121-131)
KABINET
• Merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif
kerajaan Persekutuan atas nama YDPA.
 Artikel 39 PP :
Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang
di Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukkan mana-mana
undang-undang persekutuan, dan peruntukan Jadual Kedua,
kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau
oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri,
tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-
tugas pemerintah kepada orang lain.
• Walaupun dari segi teori, eksekutif hanya boleh melaksanakan polisi
dan undang-undang, pada praktiknya ia turut memainkan peranan
memulakan inisiatif meluluskan undang-undang.
• Kabinet terdiri daripada YDPA, PM dan Jemaah Menteri.
 Saiz tidak ditetapkan oleh Perlembagaan.
 Diberi wibawa menentukan dasar dan arah pentadbiran negara.
KABINET MALAYSIA KINI

Ketua Negara
Yang Dipertuan Agong
• Secara formal apabila perlembagaan menyebut eksekutif, ia
turut merangkumi YDPA.
 Peruntukan yang menyebut tentang kuasa eksekutif
persekutuan meletakkan kuasa berkenaan di tangan
baginda.
 Bagaimanapun oleh kerana perlembagaan mengehendaki
kerajaan bertanggungjawab kepada Parlimen, ungkapan
eksekutif merujuk kepada kerajaan yang memerintah
(government of the day).
 Kerajaan yang memerintah pula pada hakikatnya merujuk
kepada kabinet selaku elemen yang dipilih dan boleh pula
dilucutkan kedudukannya melalui pilihanraya.
• Kedudukan YDPA dalam konteks perbincangan mengenai
eksekutif hanyalah sebagai simbol atau lambang buat autoriti
pemerintahan
 Teori disebalik mengapa tindakan-tindakan pihak berkuasa
dibuat di atas nama baginda.
 Penjelasan bagi Ungkapan “Seri Paduka Baginda “ yang
digunakan dalam surat-surat rasmi kerajaan.
• Mempunyai beberapa peranan penting berhubung dengan
badan eksekutif atau Jemaah Menteri.
 Baginda dibenarkan oleh Perlembagaan menggunakan budi
bicaranya, disamping dikehendaki mematuhi konvensyen
dan kebiasaan yang mengelilingi demokrasi berparlimen
dan sistem raja berperlembagaan.
 Baginda dibenarkan oleh Perlembagaan menggunakan budi
bicaranya, disamping dikehendaki mematuhi konvensyen
dan kebiasaan yang mengelilingi demokrasi berparlimen
dan sistem raja berperlembagaan.
• YDPA memainkan 4 peranan penting dalam bidang kuasa
badan eksekutif:
 Kuasa eksekutif ditangan YDPA
• Perkara 39 - bermakna segala urusan kerajaan
dijalankan di atas nama baginda.
• Perkara 40 – mentafsirkan kuasa eksekutif sebenar
baginda.
– Perkara 40(1) – dikehendaki bertindak atas nasihat
– Perkara 40(1[a])(pindaan) – mesti bertindak di atas
nasihat yang diberikan
 Sebagai Ketua Negara
• Perkara 40(2[a]) - memperuntukkan kuasa kepada
Baginda untuk melantik Perdana Menteri.
– dikehendaki oleh konvensyen dan kebiasaan
Parlimen mematuhi amalan biasa
 Kuasa budi bicara melantik Jemaah Menteri atas nasihat
Perdana Menteri
• Perkara 43(2) – susunan yang patut diikuti baginda
– 43([a]) – lantik PM dahulu
– 43(2[a]) – lantik Jemaah Menteri atas nasihat PM
 Kuasa budi bicara mempersetujui atau tidak permintaan
untuk membubarkan Parlimen
• Perkara 40(2[b])

• Selain peranan-peranan yang bersifat simbolik dan fungsional,


YDPA, Raja-Raja dan Yang di Pertua Negeri juga turut
memainkan peranan sebagai penjaga (ultimate guardian)
terhadap perlembagaan dan negara.
 Istiharkan darurat
 Tidak bersifat rutin
 kekal dan tidak dipindahkan kepada sesiapa.
Kuasa ini tidak hancur atau lesap

• Juga ada kuasa-kuasa yang bersifat kuasa simpanan


 Perkenan kepada rang undang-undang
 Kuasa YDPA istihar darurat.
Ketua Kerajaan
• Perdana Menteri adalah merupakan Ketua Kerajaan.
• Perlembagaan menetapkan bahawa YDPA, pertamanya perlu melantik PM
selepas pilihanraya umum.
 Kerajaan perlu dilantik seberapa segera; ia tidak harus dilengah-
lengahkan – secepat yang boleh.
 Hak ketua negara untuk memanggil pemimpin parti yang menang untuk
membentuk kerajaan.
Kabinet :
• diketuai oleh Perdana Menteri –
 seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pandangan Yang di-Pertuan
Agung mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli
dewan
• Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Jemaah menteri
adalah dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan
tugasnya
 dianggotai oleh semua menteri kabinet yang telah mengangkat sumpah
memegang jawatan
 boleh dilantik sama ada daripada kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat atau
Dewan Negara, tetapi Perdana Menteri mestilah dilantik daripada
kalangan ahli Dewan Rakyat sahaja
Perlantikan Kabinet Kini
• Perkara 43(1) : Perlantikan kabinet oleh YDPA untuk menasihati
Baginda dalam menjalankan tugasnya.
• Kuasa melantik PM, baginda dikehendaki oleh Perlembagaan:
 Perkara 43(2 (a) (b):
Kabinet terdiri daripada Perdana Menteri, yang merupakan ahli
Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan sebilangan besar
ahli-ahli Dewan itu, dan menteri-menteri yang dilantik di atas
nasihat Perdana Menteri di mana setiap menteri hendaklah
merupakan ahli salah satu daripada Majlis Parlimen.
 Hanya formaliti sahaja kerana hakikatnya ahli dewan yang
memberi sokongan majority.
 Senario politik, telah gariskan barisan kepimpinan parti secara
jelas.
# Jawatan TPM tidak diperuntukkan oleh PP tetapi berlandaskan
konvensyen.

Gaji Menteri
Bolehkah PM dipecat oleh YDPA
• Artikel 43 (4) :
 PM memegang jawatan selagi dia mendapat kepercayaan sebilangan
besar ahli-ahli Dewan Rakyat. Jadi apabila PM hilang kepercayaan
sebilangan besar ahli-ahli DR, PM hendaklah melakukan salah satu
daripada perkara berikut:
1. Meletakkan jawatannya bersama-sama semua menteri-menteri
yang lain atau
2. Meminta YDPA membubarkan Parlimen (YDPA mempunyai kuasa
budibicara sama ada mempersetujui permintaan membubarkan
Parlimen).

 Apakah akibatnya jika PM enggan letak jawatan dan YDPA


enggan bubar Parlimen

 Usul undi tidak percaya - Kerajaan PAS di Kelantan 1977

• Bolehkah menteri-menteri dipecat dari jawatan mereka


 Artikel 43 (5)
Menteri-menteri selain daripada PM memegang jawatan atas
perkenan YDPA di mana menteri boleh dipecat dari jawatannya
oleh YDPA atas nasihat PM.
Tugas-tugas kabinet ialah:
• Menasihati YDPA dalam urusan pentadbiran Negara.
 Jemaah Menteri bertanggungjawab bersama kepada Parlimen.
 Bermaksud bahawa walaupun seorang menteri itu tidak bersetuju
dengan keputusan jemaah, beliau tetap dikehendaki oleh jawatan
yang dipegang itu membela sebarang tuduhan yang diajukan
kepada keputusan jemaah tersebut. Dan adalah melanggar etika
jawatannya sekiranya seorang ahli Jemaah itu membantah secara
terbuka.
 Kabinet memulakan langkah perundangan dan melaksanakan
fungsi-fungsi eksekutif yang lain
 Kabinet bukanlah satu badan dalam jentera pentadbiran tetapi
merupakan satu badan pemerintah
• Sebagai pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan.
 Hanya boleh dikemukakan oleh Menteri di Parlimen.
 Alternatifnya, ia juga boleh dikemukakan oleh Timbalan Menteri
atau Setiausaha Parlimen jika diarahkan.
Tanggungjawab Menteri Kepada Parlimen
• Merupakan satu konvensyen yang penting dalam pemerintahan
demokrasi berparlimen di mana menteri-menteri hendaklah
menjadi ahli salah satu daripada Majlis Parlimen.
* Berdasarkan kepada Teori Pengasingan Kuasa, menteri
tidak sepatutnya menjadi ahli Parlimen. Tetapi oleh sebab
wujudnya demokrasi berparlimen dan tanggungjawab
menteri terhadap Parlimen di mana mereka terpaksa
menjawab soalan-soalan yang dibuat dalam Parlimen,
menteri-menteri hendaklah menjadi ahli salah satu daripada
Majlis Parlimen.
• Prinsip Tanggungjawab bersama :
 Tunjukkan imej bersatu dan sekata
• Tujuan:
 Membolehkan dan memudahkan rakyat, khususnya Parlimen
memantau tindak tanduk kabinet
a. Tanggunjawab menteri secara individu (individual responsibility)
i. Seseorang menteri bertanggungjawab atas
tindakan peribadinya
ii. Setiap menteri bertanggunjawab kepada Parlimen atas tiap-tiap
tindakan atau ketinggalan yang dilakukan oleh Kementeriannya
atau pegawai-pegawai atasan Kementeriannya.

b. Tanggungjawab kabinet secara kolektif (Collective Responsibiity) :


Semua menteri-menteri bersama-sama bertanggungjawab sebagai
satu pasukan kepada Parlimen
i. Seseorang menteri perlu bersetuju dengan semua keputusan
yang dibuat di dalam mesyuarat Kabinet:
Jika tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Kabinet,
menteri itu hendaklah berhenti daripada menjadi menteri.
Jadi setiap keputusan yang dibuat dan dijalankan oleh
seseorang menteri mestilah disokong oleh menteri-menteri lain
dalam kabinet

• Seseorang menteri boleh tidak bersetuju dengan sesuatu


keputusan kabinet, tetapi tidak boleh meluahkan bantahan
di khalayak ramai.
ii. Sekiranya undi tidak percaya dibawa terhadap Perdana
Menteri dan Perdana Menteri meletakkan jawatan, semua
menteri-menteri dalam kabinet mestilah bersama-sama
meletakkan jawatannya.

• Artikel 43 (3) : Kabinet bersama bertanggungjawab kepada


Parlimen
Bagaimana tanggungjawab Kabinet terhadap Parlimen
dilaksanakan:
a) Soal-jawab dalam Parlimen :
setiap ahli Parlimen boleh menyoal mana-mana menteri
tentang perjalanan kementeriannya
b) Perdebatan atas Titah Ucapan Diraja, atas belanjawan dan
atas laporan Jawatankuasa Akaun Umum
c) Satu usul boleh dikemukakan meminta supaya perbincangan
mengenai satu-satu hal ditangguhkan bagi maksud
membincangkan sesuatu hal tertentu mengenai kepentingan
orang ramai dan berkehendak disegerakan.
d) Ucapan penanguhan di akhir persidangan
• Setakat mana tanggungjawab Kabinet terhadap Parlimen
berkesan di Malaysia :

Faktor-faktor yang perlu diambil kira :

a) Kekuatan parti pemerintah dalam Parlimen


b) Kewujudan anggapan dalam masyarakat bahawa menteri yang
tidak bertindak secara betul mengenai kementeriannya
hendaklah meletakkan jawatannya
c) Kesediaan ahli-ahli politik untuk membahaskan perkara-
perkara kepentingan awam secara terbuka dan ikhlas
BADAN PEMERINTAHAN 2 :
PERUNDANGAN

Pengenalan
Badan Perundangan (Legislatif)
 Abdul Monir Yaacob (1989) :
 Perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang
digubal oleh badan khas yang bertanggungjawab dari segi
perlembagaan.
 Kuasa perundangan di Malaysia telah ditetapkan melalui Perkara
44, Perlembagaan Malaysia.
 Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen
yang mengandungi Yang diPertuan Agong dan dua majlis yang
dinamakan Dewan Negara dan Dewan rakyat.
 Parlimen Malaysia terdiri dari tiga komponen :-

 Yang Di-Pertuan Agong


 Dewan Negara
 Dewan Rakyat
YDPA

DEWAN DEWAN
RAKYAT NEGARA

YANG DI YANG
PERTUA DIPERTUA

MEMBERS : MEMBERS :
222 70
 Fungsi Parlimen :-
 Artikel 44 : membuat undang-undang bagi Persekutuan
 Artikel 96 : melevi apa-apa cukai atau kadar
 Berunding dan membincang isu-isu kepentingan awam
 Mengawal kabinet
 Mempersetujui atau menolak pindaan-pindaan terhadap
Perlembagaan Persekutuan
 Membuat undang-undang mengenai urusannya
 Menghukum kerana penghinaan terhadapnya
Yang Di-Pertuan Agong

 Baginda menjalankan tugas-tugas berikut:-


 Artikel 55 :
 Memanggil, menangguh dan membubar Parlimen
 Artikel 60 :
 Memberi ucapan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dalam
masa yang sama atau berasingan
 Artikel 66 :
 memberi persetujuan kepada rang undang-undang yang
diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen
Dewan Negara.
 Keahlian :
 Artikel 45 (1) (a) : ahli-ahli yang dipilih oleh setiap Dewan Negeri
 Artikel 45 (1) (aa) : ahli-ahli yang dilantik bagi WP KL dan WP Labuan
 Artikel 45 (1) (b) dan 45 (2) :
Ahli-ahli yang dilantik oleh YDPA yang pada pendapatnya telah
membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah
mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan,
perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan
masyarakat atau mewakili mana-mana kaum yang kecil bilangannya
atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang Asli
 Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili
13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing
dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.
Statistik
Dewan Negara.

 Artikel 45 (4) :
 Kedudukan Dewan Negara boleh dipinda oleh Parlimen
dengan undang-undang. Pindaan yang boleh dibuat oleh
Parlimen ialah:
 Menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-
tiap satu negeri hingga tiga orang;
 Meminda cara pemilihan ahli-ahli yang dipilih oleh negeri-
negeri supaya ahli-ahli itu dipilih melalui undi rakyat;
 Mengurangkan atau menamatkan keahlian mereka yang
dilantik oleh YDPA
Dewan Negara.
 Tempoh Jawatan :
 Artikel 45 (3) dan seksyen 8 Bahagian II Jadual Ketujuh :
tempoh jawatan adalah tiga tahun tetapi sekiranya seseorang ahli
dipilih atau dilantik oleh sebab mengantikan seseorang ahli yang
telah mati atau berhenti, tempoh jawatan adalah tempoh baki
sahaja.
Nota : jawatan ahli Dewan Negara tidak terjejas dengan
pembubaran Parlimen
 Artikel 51 :
seseorang ahli boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan
menulis surat yang ditandatangi kepada Yang di Pertua Dewan
Megara
 Artikel 52:
Sekiranya seseorang ahli Dewan Negara tidak hadir dalam setiap
persidangan Dewan Negara selama tempoh enam bulan, Dewan
Negara boleh mengistiharkan kerusinya sebagai kosong.
Dewan Negara.
 Tempoh Jawatan :
 Artikel 59 (2) :
Sekiranya seseorang ahli Dewan Negara tidak mengambil tempat
dalam masa enam bulan dari tarikh Dewan Negara bersidang buat
pertama kalinya atau dalam masa lanjutan yang ditetapkan oleh
Dewan Negara, tempatnya akan dikosongkan
 Artikel 54 (1):
Sekiranya berlaku kekosongan dalam Dewan Negara, kekosongan
hendaklah dipenuhi dalam masa enam puluh hari daripada tarikh
kekosongan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dan pemilihan
dan perlantikan baru hendaklah dibuat.
Nota : Artikel 54 (3) : sekiranya kekosongan akan dipenuhi oleh
ahli yang dipilih mengikut Jadual Ketujuh, syarat dalam Artikel 54
(1) adalah tidak terpakai.
 Kelayakan :-
Artikel 47 (a) :
Setiap warganegara yang bermastautin di dalam Persekutuan dan
tidak hilang apa-apa kelayakannya serta berumur tidak kurang
daripada tiga puluh tahun boleh menjadi ahli Dewan Negara.
 warganegara Malaysia
 tidak kurang dari 30 tahun
 waras fikiran
 bukan seorang muflis
 tidak mempunyai rekod jenayah
 Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga
tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama
ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada
peringkat negeri.
 Tempoh maksimum perlantikan ialah selama 6 tahun
 Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran
Parlimen.
 Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan
mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah
mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing,
dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan
atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan
bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan
orang-orang asli
 Peranan dalam proses perundangan

 Dewan Negara mempunyai kuasa untuk “melambat-lambatkan”


untuk selama setahun (1 tahun) bagi rang undang-undang yang
lain daripada rang undang-undang kewangan atau rang undang-
undang yang meminda perlembagaan.
 Dewan Negara mempunyai kuasa untuk “melambat-lambatkan”
untuk selama sebulan bagi rang undang-undang kewangan
Nota : Rang undang-undang kewangan tidak boleh dimulakan di
Dewan Negara
 Dewan Negara mempunyai kuasa seakan-akan “veto” bagi rang
undang-undang yang meminda perlembagaan yang lain daripada
pindaan yang hanya memerlukan kelebihan suara biasa.

 Artikel 56 : Yang di Pertua dan Timbalan Yang di Pertua


 Adalah dipilih daripada ahli-ahli Dewan Negara.
Dewan Rakyat

 Dewan Rakyat terdiri daripada 219 (Pilihanraya ke 11-2004),


222 (Pilihanraya ke 12 – 2008) orang ahli yang telah dipilih oleh
rakyat melalui pilihanraya umum setiap lima tahun.
 Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya.
 Pemilihan ahli-ahli dijalankan setiap lima tahun sekali.
 Keahlian :
 Perkara 46 (1) : Bilangan ahli Dewan Rakyat
 Perkara 46 (2) : Keahlian ahli dari tiap-tiap negeri adalah
dihuraikan
 Tempoh jawatan :
 pembubaran Parlimen diikuti dengan pilihanraya
 Artikel 51:
Ahli boleh berhenti dengan menulis sepucuk surat kepada Yang di
Pertua Dewan Rakyat
 Artikel 52:
Sekiranya ahli tidak hadir dalam setiap persidangan Dewan Rakyat
selama enam bulan tanpa kebenaran Dewan Rakyat, Dewan Rakyat
boleh mengistiharkan kerusinya sebagai kosong.
 Artikel 59 (2) :
Sekiranya seseorang ahli tidak mengambil tempat daripada tarikh
Dewan Rakyat bersidang buat kali pertamanya selepas ahli itu dipilih
tempatnya adalah dikosongkan
 Artikel 54 :
Sekiranya berlaku kekosongan dalam Dewan Rakyat, kekosongan ini
hendaklah dipenuhi dalam masa enam puluh hari daripada tarikh
kekosongan disahkan oleh Dewan Rakyat dan pilihanraya kecil
hendaklah diadakan.
 Kelayakan :-
Artikel 47 (b) :
Setiap warganegara yang bermastautin di dalam Persekutuan dan
tidak hilang apa-apa kelayakannya serta berumur tidak kurang
daripada dua puluh satu tahun boleh menjadi ahli Dewan Rakyat.
 warganegara Malaysia
 tidak kurang dari 21 tahun
 waras fikiran
 bukan seorang muflis
 tidak mempunyai rekod jenayah
 Yang di Pertua dan Timbalan Yang di Pertua :-
 Artikel 57 (1) (a) : seseorang Yang di Pertua adalah dipilih
daripada ahli-ahli Dewan Rakyat atau orang-orang yang
mempunyai kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat
 Artikel 57 (1) (b) : dua orang Timbalan Yang di Pertua adalah
dipilih daripada ahli-ahli Dewan Rakyat
Nota : Berbeza dengan Dewan Negara kerana Dewan Negara
tidak boleh memilih seorang yang bukan ahli Dewan sebagai
Yang Di-Pertua Dewan
Hilang kelayakan Ahli Parlimen :-

 Artikel 48 (1) : orang-orang yang dianggap hilang kelayakannya


menjadi ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah orang-orang
seperti berikut :
1. Orang-orang yang tidak sempurna akal
2. Orang bangkrap yang belum dilepaskan
3. Orang yang memegang jawatan pendapatan
Nota : Jawatan berpandapatan :
Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Tinggi
Ketua Audit Negara
Ahli Suruhanjaya Pilihanraya, ahli Suruhanjaya Perkhidmatan
Persekutuan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri
Apa-apa jawatan lain yang ditetapkan oleh undang-undang
persekutuan sebagai jawatan pendapatan
4. Orang yang gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya
bagi Parlimen atau Dewan Negeri yang ditetapkan oleh undang-
undang setelah dia mengambil bahagian dalam pilihanraya itu
sebagai calon atau ejen pilihanraya.
5. Orang yang telah disabit melakukan kesalahan jenayah oleh
mana-mana Mahkamah di Persekutuan dan telah dihukum
penjara tidak kurang daripada satu tahun atau dikenakan
denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak
mendapat ampun.
6. Orang yang telah memperolehi kewarganegaran negara asing
atau telah menggunakan hak-hak kewarganegaraan negara
asing atau telah mengaku taat setia kepada negara asing itu.

 Artikel 48 (2) : orang yang telah melakukan kesalahan mengenai


pilihanraya tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara atau Dewan
Rakyat dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang
persekutuan.
 Artikel 49 : Larangan dua keanggotaan :
 Melarang dua keahlian bagi kedua-dua Majlis Parlimen dalam
satu masa
 Melarang seseorang dipilih untuk mewakili lebih daripada satu
bahagian pilihanraya atau dipilih menjadi ahli Dewan Negara
untuk lebih daripada satu negeri, dan juga melarang seseorang
dipilih dan dilantik kedua-duanya sekali bagi Dewan Negara.
 Dato’ Mustafa Muhammad

Nota :
Artikel 50 (2) :
sekiranya sesuatu pilihan dan perlantikan adalah bercanggah
Artikel 49, pilihan atau perlantikan adalah terbatal.
Proses Perundangan
 Perkara 66 (1) : Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang
dengan cara Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan sesuatu
undang-undang dan dipersetujui oleh YDPA.
 Artikel 66 (2) : Rang Undang-undang itu boleh dimulai dalam salah
satu Majlis Parlimen.
 Tetapi jika Rang Undang-Undang itu mengenai kewangan, Rang
Undang-Undang itu hendaklah dimulai dalam Dewan Rakyat, oleh
kerana Dewan Rakyatlah yang berkuasa dalam hal-hal kewangan.
 Juga, ianya hendaklah dikemukakan oleh seorang Menteri.
 Artikel 68 (4) : setiap rang undang-undang yang hendak diluluskan oleh
kedua-dua Majlis Parlimen hendaklah mengikuti peraturan-peraturan
tertentu Majlis.
 Pihak yang boleh mengemukakan rang undang-undang dalam Parlimen
 Pihak kerajaan
 Ahli Majlis Parlimen
 Rang undang-undang kerajaan digubal oleh bahagian pengubal
undang-undang dalam Jabatan Peguam Negara atas perintah
Kementerian yang tertentu atau mengikut polisi-polisi yang ditentukan
oleh kementerian itu atau kabinet
Empat jenis Rang Undang-Undang yang dibentangkan di Parlimen

Jenis Rang Undang-Undang Pembentangan

1. Rang Undang-Undang • dibentangkan oleh menteri yang


Awam mewakili kerajaan dan melibatkan
kepentingan awam
2. Rang Undang-Undang •Melibatkan pertubuhan, persatuan,
Persendirian perbadanan dan orang tertentu
sahaja
3. Rang Undang-Undang Ahli
Persendirian •Dibentangkan oleh ahli-ahli parti
daripada parti pembangkang
4. Rang Undang-Undang Hibrid
• dibentangkan oleh ahli-ahli parlimen
(kerajaan atau pembangkang) yg
mempunyai kepentingan tertentu.
Prosedur Perundangan
 Tiap-tiap Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh sesuatu majlis
Parlimen itu hendaklah melalui empat (4) peringkat :
 Bacaan pertama
 Bacaan kedua
 Perbincangan dalam jawatankuasa; dan
 Bacaan yang ketiga.

 Bacaan Pertama
 Bacaan pertama bermaksud bacaan atas tajuk rang undang-
undang yang akan dibentangkan.
 Apabila rang undang-undang dibaca buat kali pertama kalinya, rang
undang-undang ini dicetak sekiranya belum dicetak dan menanti
untuk dibaca buat kali yang kedua
 Menteri juga akan beritahu secara lisan bila bacaan kali kedua
akan dilakukan.
 Bacaan Kedua
 Bacaan kedua juga bermaksud bacaan atas tajuk rang undang-undang
selepas usul mencadangkan bacaan kedua dipersetujui oleh Majlis Parlimen
 Bacaan kedua adalah penting oleh sebab ia memberi publisiti tentang apa
yang dikemukakan dan memberi peluang bagi perbahasan mengenai rang
undang-undang dari segi prinsip da kebaikan dan keburukan rang undang-
undang itu kepada rakyat dan negara
 Menteri akan menjawab segala pertanyaan yang dikemukakan dalam
sidang dewan
 Rang undang-undang itu diundi untuk mendapatkan kelulusan sama ada
melalui majoriti mudah atau majoriti dua pertiga.
 Peringkat Jawatankuasa
 Rang undang-undang itu dibentang di peringkat jawatankuasa untuk
dibahaskan dengan lebih teliti dengan melihat semua fasal, jadual dan
pendahuluan rang undang-undang serta pindaan yang sesuai dibuat.
 Jawatankuasa merangkumi semua ahli Majlis Parlimen
 Jawatankuasa perbekalan
 Jawatankuasa pilihan
 Bacaan Ketiga
 Bacaan ketiga adalah bacaan tajuk rang undang-undang dan adalah
bacaan yang terakhir.
 Bacaan dibuat apabila usul yang mencadangkan bacaan ini dipersetujui
oleh Majlis Parlimen dan usul dibuat setelah jawatankuasa yang
berkenaan membahaskan rang undang-undang itu.
 Menteri akan mengusulkan Dewan Rakyat supaya rang undang-
undang itu diluluskan
 Dengan bacaan ketiga, rang undang-undang itu dianggap diluluskan
oleh Majlis Parlimen.
 Apabila rang undang-undang sudah diluluskan, ia dihantar kepada Majlis
yang satu lagi.
 Apabila diluluskan oleh Majlis yang satu lagi, rang undang-undang
dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong.
nota : Artikel 66 (3) : sekiranya berlaku pindaan terhadap rang undang-
undang, hendaklah dipersetujui oleh Majlis Parlimen yang mengemukakan
rang undang-undang itu sebelum dipersembahkan kepada YDPA
 Artikel 66 (4) : Yang di Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh
hari selepas rang undang-undang itu dipersembahkan kepada baginda
memberi persetujuan kepada rang undang-undang itu dan persetujuan itu
dimeterikan dengan dicapkan rang undang-undang itu dengan Mohor
besar.
 Sekiranya YDPA tidak memberi persetujuan kepada rang undang-undang
itu dalam masa tiga puluh hari, rang undang-undang itu hendaklah
menjadi undang-undang apabila tamat tempoh tiga puluh hari itu seolah-
olah baginda telah memberi persetujuan
 Artikel 66 (5) : rang undang-undang itu kemudiannya disiarkan sebagai
undang-undang yang dibuat dalam warta kerajaan dan undang-undang
itu berkuatkuasa pada tarikh siaran, tetapi Parlimen mempunyai kuasa
menanguhkan kuatkuasa undang-undang itu kepada masa yang akan
datang atau memberi kuatkuasa kepada rang undang-undang itu
sebelum disiarkan.
Perhubungan Antara Dewan Rakyat dan Dewan Negara

 Mengikut Perkara 68, Dewan Negara hanya berkuasa (dalam


perkara membuat undang-undang) untuk menangguhkan
perlulusan undang-undang itu sahaja. Dewan Negara tidak
berkuasa menolak Rang Undang-Undang yang telah diluluskan
oleh Dewan Rakyat.
 Dewan Negara juga tidak berkuasa membuat sebarang pindaan
keatas Rang Undang-Undang itu, sekiranya pindaan itu tidak
diterima oleh Dewan Rakyat.
 Paling lama boleh ditangguhkan oleh Dewan Negara ialah satu (1)
bulan bagi Rang Undang-Undang Kewangan dan satu tahun bagi
Rang Undang-Undang lain dari tempoh ianya dihantar kepada
Dewan Negara.
Jawatankuasa Parlimen
Jawatankuasa Memilih ahli untuk jawatankuasa Dewan
Pemilih
Jawatankuasa Hak d menimbangkan perkara-perkara yg diserahkan oleh
an Kebebasan Dewan Rakyat demi kepentingan ahli-ahli Dewan

Jawatankuasa Peratu menimbang dan menyerahkan penyata yg diserah


ran Mesyuarat oleh DN tentang perkara-perkara yang berkaitan
dengan peraturan Majlis Dewan
Jawatankuasa Dewan Menasihati Yang Dipertua Dewan untuk menyediakan
kemudahan dan keselesaan untuk ahli Majlis Dewan
Jawatankuasa Kira-Ki -Memeriksa kira-kira kerajaan dan peruntukan wang
ra Wang Negara oleh Parlimen menepati perbelanjaan negeri
-Memeriksa kira-kira badan-badan pentadbiran dan
pertubuhan yang mengurus wang negeri yang akan
dibentang dalam Majlis Dewan
-Memeriksa Penyata Kira-Kira Negara yang dibentang
dalam Majlis Mesyuarat Dewan
Keistimewaan Parlimen

 Terkandung di dalam Ordinan (Kuasa dan Keistimewaan)


Dewan Parlimen, 1952 dan dalam Perkara 63 Perlembagaan.
 Keistimewaan ini membolehkan perbahasan secara bebas
diadakan. Keistimewaan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
 kuasa Dewan Parlimen;
 kedudukan seseorang Ahli Parlimen;
 kedudukan seseorang yang bukan ahli.
Hak-Hak Keistimewaan

 Artikel 63 : tiap-tiap badan tertinggi mesti mempunyai hak


keistimewaan supaya membolehkan badan itu menjalankan tugas-
tugasnya.
 Artikel 63 (1) : majlis Parlimen mempunyai hak menentukan sama
ada sah atau tidak sesuatu perjalanan dalam Majlis itu, dan hal ini
tidak boleh disoal dalam mana-mana mahkamah.
 Artikel 63 (2) : ahli-ahli kedua-dua Majlis Parlimen tidak boleh
didakwa dalam mahkamah mengenai ucapan dan pembuangan
undinya dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan mana-mana
jawatankuasanya.
 Artikel 63 (3) : seseorang tidak boleh didakwa mengenai penyiaran
Majlis Parlimen dan jawatankuasa-jawatankuasanya sekiranya
dibuat dengan perintah Majlis Parlimen yang berkenaan.
Hak-Hak Keistimewaan

 Artikel 63 (4) : hak keutamaan Parlimen tidak terpakai kepada ahli-


ahli Parlimen yang menimbulkan persoalan-persoalan mengenai
perkara-perkara “sensitif” iaitu :
 kewarganegaraan,
 bahasa kebangsaan dan bahasa kaum-kaum lain,
 kedudukan istimewa dan keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan
sah kaum lain di Malaysia dan
 kedaulatan Raja-Raja sebagaimana yang dilindungi dalam Artikel
10(4) dan Akta Asutan.
 Artikel 63 (5) : Ahli Parlimen tidak boleh didakwa dalam Mahkamah
mengenai ucapannya dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan
jawatankuasa-jawatankuasanya tentang YDPA atau seseorang raja
kecuali mereka menganjurkan penghapusan kedudukan
berperlembagaan YDPA sebagai Kepala Utama Negara Persekutuan
atau kedudukan berperlembagaan Raja sesuatu negeri.
Kedudukan seseorang Ahli Parlimen

1. Perkara 63(2) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa


seseorang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah
dengan sebab perkataannya atau undinya dalam sesuatu Dewan
Parlimen atau Jawatankuasa Dewan itu. Seseorang Ahli parlimen
berhak bercakap dan berbahas dengan bebas.
2. Tetapi kebebasan bercakap bukanlah bererti seseorang boleh
menggunakan perkataan-perkataan yang keji dan yang tidak diingini.
Yang Dipertua Dewan Parlimen berhak mengawal segala kata-kata
dan percakapan dalam Dewan untuk memelihara kemuliaan dan
ketenteraman Dewan.
3. Ahli Parlimen yang dituduh melakukan kesalahan menyoal perkara-
perkara sensitive, seperti yan disebut dalam Perkara 10(4)
Perlembagaan, tidak berhak mendapat keistimewaan di bawah
perkara 63(2).
4. Untuk menjamin kebebasan berbahas dalam Dewan Parlimen,
peruntukan dibuat untuk melarang seseorang Ahli Parlimen daripada
menjadi juri dan menjadi saksi dalam mana-mana perbicaraan pada
masa Parlimen bersidang.
Bidang Tugas Beberapa Jawatan Penting Di Dewan Rakyat

Nama Jawatan Bidang Tugas


Yang Di Pertua - Dikenali juga sebagai speaker yang ditugaskan untuk
Dewan Rakyat mempengerusikan sidang dewan
Setiausaha Dewan - Menjadi Ketua Pentadbir Jabatan Parlimen yang
Rakyat berperanan menguruskan sidang parlimen

Timbalan Yang di - Dikenali sebagai Timbalan Speaker yang terdiri daripada


Pertua Dewan dua orang yang dipilih oleh ahli DR untuk membantu tugas
Rakyat speaker
Ketua Pembangkang -Dilantik dari kalangan ahli parti pembangkang DR dan
dibayar elaun bulanan
-Berperanan sebagai ketua parti pembangkang
Ketua Whip - Gelaran yg diberikan kpd ahli parlimen yg dilantik oleh
parti politik bagi menentukan kehadiran ahli bagi
menyokong sesuatu usul atau tindakan yang dibuat oleh
ketua-ketua parti
Ketua Majlis - Ketua parti yang memerintah, iaitu PM yang berperanan
dalam menentukan tarikh untuk mengadakan mesyuarat
BADAN KEHAKIMAN
Pengenalan

 Undang2 merangkumi setiap perkara yg dilakukan. Sistem


perundangan malaysia melalui satu jangka masa yg panjang iaitu 600
tahun lamanya.
 British memperkenalkan sistem kerajaan berperlembagaan &
common law
 Amat penting mengetahui sistem perundangan & kehakiman Malaysia
 Berbanding dengan kedua-dua cabang eksekutif dan perundangan,
kehakiman adalah satu-satunya kuasa yang diletakkan kesemuanya
kepada persekutuan; kecuali hal-hal yang berkaitan dengan hukum-
hukum syariah yang diletakkan di bawah bidang kuasa negeri;
khususnya Mahkamah-Mahkamah Syariah. Sebab itu kehakiman
dalam konteks perlembagaan bolehlah dikatakan sebagai merujuk
kepada mahkamah-mahkamah sivil.
 Mengenal dan mengetahui tentang sistem perundangan dan
kehakiman di sesebuah negara seperti Malaysia adalah amat penting.
Pada asasnya,akan dapat membantu seseorang mengetahui hak dan
obligasi masing-masing dalam sesebuah negara.
Apa itu kehakiman
 D. Robertson (1993): kehakiman merupakan satu badan
hakim2 ( body of judges) dalam satu perlembagaan.
 Kuasa dan peranan kehakiman berbeza-beza antara satu
negara dengan negara lain. Yang penting ialah para hakim
mempunyai kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-
undang dengan kuasa (authority) yang diberikan kepada
mereka.
 Kuasa perundangan ditetapkan melalui perkara 44, pp.
 Parlimen menggubal undang2 persekutuan &
 dewan undangan negeri menggubal undang2 di peringkat negeri
berdasarkan senarai persekutuan, negeri & bersama
KUASA KEHAKIMAN
 Definisi :
 KHN Tun Mohamed Suffian sebagai “kuasa untuk mendengar dan
mengadili pertikaian”.
 Hakim Mahkamah Agung Tan Sri Eusoffe Abdoolcader sebagai
“kuasa untuk meneliti persoalan-persoalan yang dikemukakan untuk
tujuan penentuan dan keputusan yang autoritatif tentang hak-hak
dan liability pihak-pihak yang bertikai”.
 Suruhanjaya Reid memberikan perhatian yang khusus terhadap badan
kehakiman.
 Mengesyorkan bahawa kuasa mentafsir perlembagaan hendaklah
diletakkan di bawah bidang kuasa badan kehakiman.
 Kuasa kehakiman yang diberikan kepada mahkamah ialah kuasa untuk
membicara dan menentukan pertikaian tentang hak dan liabiliti. Kuasa
kehakiman juga bermakna kuasa untuk menentukan sama ada
seseorang telah melakukan jenayah atau tidak, dan hukuman yang
wajar ke atasnya.
 Pembahagian bidang kuasa mahkamah-mahkamah di negara ini dibuat
berdasarkan berat, penting atau jumlah wang yang terlibat di dalam
sesuatu kes.
 Peranan/kuasa hakim sebagai seorang pengadil.
 Seseorang hakim tidak boleh menolong mana-mana pihak dalam
mengemukakan kes masing-masing.
Kuasa Kehakiman
 Artikel 121 : Kuasa kehakiman di Malaysia terletak pada dua
buah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-Mahkamah Rendah
yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan dan
dua buah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-Mahkamah
Rendah ini mempunyai bidangkuasa dan kuasa-kuasa
sebagaimana yang diberi oleh atau di bawah undang-undang
Persekutuan.
 Dua buah Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi Malaya
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
 Kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan
memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa.
Untuk melaksanakan semua fungsi kehakiman ini,
Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menyediakan satu
peruntukan yang besar mengenainya, terkandung dalam
Bahagian 9, Perkara 121-131A.
Kuasa Kehakiman
 Artikel 121 (1B) : Mahkamah untuk mendengar rayuan daripada
keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang
hakimnya (kecuali keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi yang
diberikan oleh Pendaftar atau pegawai lain Mahkamah itu) adalah
Mahkamah Rayuan.
 Selain daripada mendengar rayuan daripada keputusan-
keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya,
Mahkamah Rayuan juga mempunyai bidangkuasa yang lain
sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang
Persekutuan
 Artikel 121 (2) (a): mahkamah untuk mendengar rayuan-rayuan
daripada keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Tinggi atau seseorang hakimnya adalah Mahkamah Persekutuan.
 Selain daripada mendengar rayuan daripada keputusan-
keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau
seseorang hakimnya, Mahkamah Persekutuan mempunyai
empat jenis bidangkuasa yang lain bidangkuasa yang lain:
Kuasa Kehakiman
Artikel 128 (1) : Mahkamah Persekutuan mempunyai
bidangkuasa asal yang eksklusif yang merujuk kepada dua
perkara berikut :
1.Apa-apa soal samada sesuatu undang-undang yang dibuat
oleh Parlimen atau oleh sesuatu Dewan Undangan Negeri
adalah terbatal oleh sebab badan perundangan itu membuat
peruntukan mengenai sesuatu perkara yang badan
perundangan itu tidak berkuasa membuat undang-undang
dan pertikaian mengenai apa-apa soal lain di antara Negeri-
negeri atau di antara Persekutuan dengan mana-mana negeri.
2.Artikel 128 (2) : bidangkuasa rujukan untuk memutuskan soal
dalam sesuatu pembicaran di suatu mahkamah yang lain
mengenai kuatkuasa mana-mana peruntukan Perlembagaan
Persekutuan dan menghantar balik kes itu kepada Mahkamah
yang lain untuk diselesaikan mengikut keputusan itu.
Kuasa Kehakiman

3.Artikel 130 : bidangkuasa penasihat untuk memberi


pendapat mengenai soal tentang kuatkuasa mana-mana
peruntukan perlembagaan yang dirujukkan oleh YDPA
4.Artikel 121 (2) (c) : bidangkuasa lain sebagaimana
diberikan atau di bawah undang-undang persekutuan.
Fungsi-Fungsi Utama Kehakiman
 Dalam usaha melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara ini,
sistem mahkamah telah diwujudkan. Mahkamah di negara ini
mempunyai kuasa yang besar terhadap badan perundangan dan
kuasa eksekutif kerana ;
 Mentafsirkan perlembagaan
 Mengistiharkan undang-undang sebagai tidak sah dalam tiga
keadaan berikut:
Sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau
DUN bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau
DUN adalah dibuat di luar kuasa Parlimen atau DUN
Sesuatu undang-undang negeri bercanggah dengan
undang-undang Persekutuan
 Mentafsirkan undang-undang bertulis
 Menentukan sama ada undang-undang perwakilan (delegated
legislation) bercanggah dengan Akta Induk (doktrin “ultra-
vires’).
 Badan perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang
dan pihak mahkamah pula melaksanakan undang-undang itu, jika
ianya digubal dengan betul.
 Pihak mahkamah boleh mentafsirkan bahagian-bahagian tertentu
undang-undang (akta, enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah
kerana bercanggah dengan bidang kuasanya.
 Andaikan undang-undang itu digubal secara tidak sah, maka fungsi
mahkamah ialah mentafsirkannya. Para hakim bertanggungjawab
memberi kesan kepada makna perkataan dalam statut-statut itu.
Maka dalam hal ini, tanggungjawab hakim ialah :
 menentukan makna peruntukan undang-undang itu dalam
hubungannya dengan keadaan tertentu; dan
 menerima (accommodate) undang-undang itu ke dalam badan
undang-undang yang sedia ada, iaitu common law dan statut.
 Oleh itu, kedudukan dan peranan kehakiman dalam konteks doktrin
pengasingan kuasa amat penting kerana ia menjadi pengadil bila
berlakunya pertikaian.
 Makna/ takrifan yang dibuat terhadap undang-undang oleh hakim
akan menjadi satu ikutan penghakiman (precedent).
HUBUNGAN UNDANG-UNDANG DENGAN KEHAKIMAN

 Tujuan undang-undang diwujudkan di sesebuah negara


seperti Malaysia ialah untuk mencapai keadilan dalam
masyarakat. Maka tujuan satu-satu undang-undang itu
ialah untuk mengalakkan ahli masyarakat melakukan
sesuatu yang baik dan adil dalam mana-mana keadaan
tertentu.
 Undang-undang bukan sahaja berkhidmat untuk
masyarakat, malah ia merupakan hasil dari proses
interaksi sosial. Undang-undang itu mengambarkan
masyarakat itu sendiri dari aspek ekonomi, politik, sosial
dan nilai-nilai moral. Maka, adalah wajar undang-undang
di Malaysia berlainan dengan undang-undang di negara-
negara lain, jika mahukannya berfungsi dengan baik
berdasarkan ethos sejarah dan budaya tempatan.
 Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, sesuatu undang-
undang itu tidak semestinya selalunya adil.
BAGAIMANA UNDANG-UNDANG DIKUATKUASAKAN?
 Bergantung kepada jenis undang-undang yang berkaitan.
 Dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang jenayah,
bermakna telah melakukan kesalahan terhadap negara.
 Maka badan-badan kerajaan akan mengambil tindakan
terhadap orang yang melakukan kesalahan itu.
 Dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang
persendirian sivil adalah menjadi tanggungjawab
 mereka yang rugi (damages) membawa mana-mana kesnya
ke mahkamah.
 Pihak mahkamah akan bertindak untuk menyelesaikan
pertikaian antara dua pihak atau lebih.
 Dalam hal penguatkuasaan, undang-undang jenayah adalah
berbeza dengan undang-undang sivil.
 Penguatkuasaan undang-undang jenayah dilaksanakan oleh
badan-badan tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-
undang negara. Badan-badan yang bertanggungjawab itu
ialah Polis, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan,
Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran dan Kerajaan
Tempatan, dan badan-badan lain yang diberi kuasa dari
semasa ke semasa.
• PROSEDUR MEMBAWA SATU KESALAHAN ITU
ADALAH BERBEZA2 SEPERTI BERIKUT;
• KES SAMAN
• BAGI MERUJUK KESALAHAN YG BUKAN BERCORAK
TANGKAPAN
• MAJISTRET AKAN MENGELUARKAN SURAT SAMAN

• WARAN TANGKAP
• KES SERIUS- MAJISTRET AKAN MENGELUARKAN WARAN &
NYATAKAN TUDUHANNYA
• PERINTAH TIMBALAN PENDAKWARAYA
• KES TIDAK BOLEH TANGKAP ITU SERIUS
• POLIS AKAN MENDAPATKAN PERINTAH DARI TIMB.
PENDAKWARAYA
• KES BOLEH TANGKAP
• BOLEH MENANGKAP TANPA WARAN (TIDAK PERLU RUJUK
PADA MAJISTERT @ TIMB. PENDAKWARAYA)
• POLIS BOLEH MELAKUKAN SIASATAN;
- SAKSI, ORANG YG DISYAKI (KEMUDIAN TANGKAP),
MENGUMPUL BARANG KES, LEPAS TANGKAP KENA BAWA KE
MAHKAHAM DALAM MASA 24 JAM
Ketua Hakim Negara : Ketua Badan Kehakiman
 KHN merupakan ketua badan kehakiman di Malaysia.
 Biasanya dilantik dari kalangan Hakim yang paling
senior dan dihormati.
 Perlantikan Hakim Mahkamah Atasan
 Perkara 122B (1) : Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan, Presiden Mahkamah Persekutuan dan
hakim-hakim lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah-Mahkamah Tinggi kesemuanya
dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri dan
perlantikan dibuat selepas berunding dengan MRR.
 Perkara 122B (2) : Sebelum PM memberi nasihat kepada
YDPA, PM hendaklah rundingkan perlantikan itu dengan
KHN kecuali perlantikan itu adalah perlantikan Ketua
Hakim Mahkamah Persekutuan sendiri.
 Perkara 122B (3) : Sebelum PM memberi nasihat kepada
YDPA mengenai perlantikan seseorang Hakim Besar, PM
hendaklah rundingkan perlantikan ini dengan Hakim Besar
yang telah terlantik, dan sekiranya perlantikan itu adalah
kepada Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, PM hendaklah
rundingkan perlantikan itu dengan Ketua Menteri negeri itu.
 Perkara 122B(4)
Sebelum PM beri nasihat kepada YDPA mengenai :
• Perlantikan hakim Mahkamah Persekutuan selain daripada
Ketua Hakim Negara, PM perlu rundingkan dengan KHN
• Perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan selain daripada
Presiden Mahkamah Rayuan, PM perlu rundingan dengan
Presiden Mahkamah Rayuan
• Perlantikan hakim mana-mana mahkamah Tinggi selain
daripada seseorang Hakim Besar, PM perlu rundingkan
dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.
 Artikel 123 : Kelayakan menjadi hakim Mahkamah
Atasan
 Warganegara Malaysia
 Sebelum dilantik menjadi hakim, dalam tempoh
sepuluh tahun dia telah berkhidmat sebagai peguam
mana-mana mahkamah itu, atau telah berkhidmat
dalam perkhidmatan kehakiman dan Undang-Undang
bagi Persekutuan, atau bagi sebahagian daripada
tempoh sepuluh tahun itu dia telah berkhidmat sebagai
peguam dan sebahagian lagi dia telah berkhidmat
dalam perkhidmatan itu.

 Dilantik oleh YDPA di atas nasihat PM yang mengikut


perlembagaan diperlukan untuk menasihati MRR sebelum
menamakan calon untuk jawatan KHN.

Hakim Mahkamah Atasan


Jenis Pengadil Yang Berunding
Mahkamah Dilantik Dengan
Mahkamah Hakim-Hakim Ketua Hakim Negara
Persekutuan
Mahkamah Rayuan Presiden Ketua Hakim Negara

Mahkamah Tinggi Hakim Besar Hakim Besar / bekas


Hakim Besar
Mahkamah Tinggi Hakim Besar Ketua Menteri Sabah
Sabah dan Sarawak dan Sarawak
STRUKTUR MAHKAMAH DI MALAYSIA
 SIS. KEHAKIMAN MALAYSIA TERBAHAGI DUA:
 MAHKAMAH ATASAN
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo
 MAHKAMAH RENDAH
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret Kelas 1
Mahkamah tuntutan Kecil
Mahkamah Penghulu
 MAHKAMAH KHAS
Mahkamah Khas Raja-Raja
Mahkamah Juvenil
Mahkamah Syariah
Mahkamah Tentera
Mahkamah Bumiputera
Mahkamah Perusahaan
KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN
 Kedudukan badan kehakiman dalam teori pengasingan kuasa,
kebebasan kehakiman adalah amat penting.
 Kehakiman ialah badan yang menyelesaikan pertikaian
antara pihak berkuasa awam (termasuk kerajaan yang
memerintah) dengan rakyat biasa, atau sesama rakyat dan
dalam konteks Negara persekutuan seperti Malaysia, antara
pihak berkuasa persekutuan dengan pihak berkuasa negeri.
 Peranan ini menuntut badan kehakiman memiliki imej dan
kewibawaan yang tidak diragui. Disinilah sebenarnya terletak
kepentingan kebebasan kehakiman.
 Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan kehakiman :
kebebasan kehakiman bermaksud mahkamah berupaya
membuat keputusan dalam sesuatu kes tanpa campurtangan
daripada pihak eksekutif atau perundangan atau sesiapa pun
supaya pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kes, secara
amnya menaruh kenyakinan bahawa kes tersebut akan
diputuskan oleh mahkamah dengan adil dan saksama tanpa pilih
kasih
Kepentingan Kebebasan Kehakiman

 Mahkamah memainkan peranan penting dalam teori


pengasingan kuasa di mana semakin perundangan dikawal
oleh eksekutif, semakin penting pengawasan mahkamah
terhadap perundangan dan eksekutif.
 Mahkamah mengekalkan keutamaan perlembagaan dan
mengawasi supaya tindakan perundangan dan eksekutif
tidak bercanggah dengan perlembagaan
 Mahkamah adalah pelindung kedaulatan undang-undang
 Mahkamah adalah pelindung kebebasan asasi supaya
kebebasan asasi tidak dicerobohi oleh badan perundangan
dan eksekutif
 Mahkamah memutuskan pertikaian di antara orang awam
dan pihak kerajaan atau antara satu sama lain.
Bagaimana Perlembagaan Persekutuan Menjamin
Kebebasan Ini Wujud di Malaysia
 Perlembagaan Persekutuan memberi beberapa perlindungan
bagi menjamin wujudnya kebebasan badan kehakiman.
 Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi memegang jawatannya bukan
atas perkenan YDPA, seperti menteri atau pegawai
perkhidmatan awam yang boleh diberhentikan tanpa sebab.
Jaminannya ialah :
 Kedudukan hakim-hakim lebih terjamin daripada kedudukan
kakitangan kerajaan.
 Memegang jawatan sehinggga cukup umur 66 tahun dan
selepas umur itu dia boleh terus memegang jawatan
hanya selama tempoh enam bulan lagi, sekiranya YDPA
meluluskannya.
 Boleh meletakkan jawatannya sebelum mencapai umur
66 tahun
Pemecatan hakim.
 Di mana seseorang hakim yang dilantik tidak boleh dilucutkan
jawatannya oleh YDPA sebelum ia mencapai umur bersara iaitu 65
tahun (Perkara 125(1), kecuali
 jika didapati melakukan apa-apa pelanggaran mana-mana
peruntukkan Kod Etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3A)
 Kurang cekap @ kurang berusaha serta membelakangi tugas2
kehakiman
 Berkelakuan tidak jujur sehingga encemarkan nama badan
kehakiman
 Melengah2kan kes tanpa sebarang alasan @ sebab yang
munasabah
 Tidak mematuhi sebarang arahan statutori
 Tidak hadir di mahkamah pada waktu pejabat tanpa alasan &
kebebaran drpd ketua hakim @ presiden mahkamah rayuan @
hakim besar, mengikut mana2 yg berkenaan
 Seseorang hakim perlu mengisytiharkan secara bertulis segala
harta miliknya kepada ketua hakim negara
 atas alasan ataupun kerana tidak berupaya, disebabkan tubuh atau
otaknya telah uzur atau sebab-sebab lain bagi menyempurnakan
tugas jawatannya dengan sepatutnya (Perkara 125(3),
 maka barulah ia boleh dipecat dengan syor sebuah
tribunal (atas nasihat Perdana Menteri) yang dilantik oleh
YDPA.
 Tribunal ini terdiri dari lima (5) orang atau lebih hakim
yang sedang memegang jawatan dan atau hakim yang
telah bersara di Malaysia atau mana-mana negara
komanwel (Perkara 125 (4).
 YDPA kemudiannya hendaklah melantik satu tribunal
yang akan menyiasat dan membuat laporan dan syor
tentang perlunya pemecatan itu kepada YDPA dan hanya
atas syor tribunal ini, seseorang hakim boleh dipecat
daripada jawatannya.
Saraan
 Artikel 125 (6) : saraan hakim dipertanggungkan kepada
Kumpulan Wang Disatukan dan mestilh dimasukkan ke
dalam suatu Akta Parlimen.
 Artikel 125 (6A) : saraan hakim dan lain-lain syarat
jawatan (termasuk hak pencen) tidak boleh selepas
perlantikknnya diubah untuk merugikannya.
 Hakim-hakim juga berhak menerima pencen (berbeza
dengan anggota perkhidmatan awam yang cuma layak
menerima pencen).
 Syarat-syarat perkhidmatan para hakim juga tidak boleh
dipinda jika dengan perubahan itu boleh mengakibatkan
kerugian tehadap apa yang mereka terima.
 Jika gaji dan syarat-syarat perkhidmatan para hakim
boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya sukarlah
bagi mereka, sebagai manusia biasa, untuk
menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka
dengan bebas.
 Parlimen juga tidak boleh mengugut mereka.
 Perkara 127 secara jelas memperuntukkan kelakuan
seseorang hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-
mana majlis Parlimen, kecuali atas usul yang tersendiri
dan notis mengenainya telah diberi tidak kurang daripada
satu perempat daripada jumlah bilangan ahli dewan
Parlimen itu dan tidak boleh dibincangkan sama sekali
dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri.
 Perkara 126 pula memperuntukan bahawa Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
berkuasa menghukum sesiapa yang melakukan apa-apa
penghinaan keatasnya.
 Ianya adalah untuk menjamin bahawa kemuliaan
Mahkamah dan Hakim sentiasa terpelihara dengan
memberi kuasa kepada hakim-hakim menghukum sesiapa
sahaja yang melakukan penghinaan terhadap mahkamah.
 Seseorang hakim tidak boleh didakwa mengenai apa yang
dikatakannya dan yang dibuat olehnya ketika dia
menjalankan fungsi-fungsinya.
Dalam kes Peguam Negara, & YL lwn Arthur Lee Meng Kuang,
Mahkamah Agung telah membuat pandangan berikut;

“Dalam negara ini, keperluan untuk melindungi kemuliaan


dan kejujuran Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi
adalah diiktiraf oleh Perkara 126, Perlembagaan
Persekutuan dan juga oleh Seksyen 13 Akta Mahkamah
Kehakiman 1964. Ini adalah suatu imbangan yang betul dan
sudah semestinya dipertahankan seperti yang
diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan
Persekutuan dan demi keperluan melindungi kemuliaan
dan kejujuran mahkamah-mahkamah atasan untuk
kepentingan memelihara kepercayaan orang ramai
terhadap badan kehakiman.”.
KESIMPULAN
• PERUNDANGAN & KEHAKIMAN MALAYSIA MERUPAKAN DUA
AGENSI KERAJAAN YG PENTING BAGI MEMASTIKAN RAKYAT
NEGERA INI HIDUP DALAM KEADAAN HARMONI, RUKUN &
DAMAI. BADAN INI BERJAYA MEMPERTAHANKAN
KEDUDUKANNYA & KEKAL SEBAGAI JENTERA KERAJAAN YG
AKTIF, PROGRESIF & MATANG. KITA SEBAGAI RAKYAT
NEGARA INI SEPATUTNYA BERBANGGA, MEMBERI
PENGHORMATAN, SOKONGAN SUPAYA KEJAYAAN
CEMERLANG INI BERTERUSAN & MEMBERI MANFAAT KEPADA
RAKYAT SELURUHNYA.

You might also like