You are on page 1of 120

BAB 1- KONSEP KENEGARAAN

DEFINISI NEGARA
1.

Negara sebagai satu kumpulan orang yang menghuni satu kawasan tetap, yang bebas
daripada kawalan luar, dan yang memiliki satu kerajaan yang tersusun kepada mana
sebahagian besar penduduknya memberikan ketaatan yang tabii.

2.

Definisi negara yang lebih khusus dalam ertikata peranan politiknya


Negara ialah satu jentera yang tersusun untuk membuat dan menjalankan keputusankeputusan politik dan untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturanperaturan sesuatu kerajaan

KERAJAAN DAN NEGARA

Negara melibatkan seluruh anggota ahlinya, sebaliknya kerajaan melibatkan sebahagian


kecil dari penduduk seluruhnya.
Apabila disebut perkataan "kedaulatan," umpamanya, ia bermaksud "kedaulatan
negara" bukan kedaulatan kerajaan.
Negara, dan bukannya kerajaan, yang menjadi tumpuan ketaatan tertinggi ahli-ahlinya.
Daripada semua segi, negara adalah lebih tinggi tarafnya dan lebih kukuh
kedudukannya daripada kerajaan.
Negara ialah satu entiti yang lebih kekal manakala kerajaan pula sering sahaja silih
berganti.
Dari segi undang-undang perlembagaan, negara dan kerajaan adalah dua entiti yang
hampir synonymous; fungsi kerajaan sebagai wakil dalam mentadbirkan negara dalam
satu jangkamasa tertentu telah menjadikannya hampir kalaupun tidak sepenuhnya
seertian dengan negara itu sendiri.

CIRI-CIRI NEGARA
Terdapat empat ciri utama negara, iaitu identiti ruang, kedaulatan, rakyat dan kerajaan.
1.

IDENTITI RUANG.

2.

Negara mempunyai identiti ruang dengan sempadan-sempadan tertentu yang dipanggil


negeri yang ditakrifkan sebagai kawasan geografik yang mengandungi unsur-unsur
ekonomi, fizikal dan juga psikologikal yang saling berhubung dan saling bergantung di
antara satu sama lain.
KEDAULATAN

3.

Kedaulatan dalam negeri bererti keagungan kuasa negara membuat dan


menguatkuasakan undang-undang dan peraturan dalam mengendalikan penghunipenghuninya.
RAKYAT

Dari segi fizikal, rakyat bererti wujudnya unit-unit individu yang menghuni sesuatu

4.

negara dan negara tidak mungkin wujud tanpanya.


Dalam negara moden, "rakyat" dalam pengertian ini sering sahaja disamakan dengan
perkataan "warganegara".
KERAJAAN.

Akhimya, satu ciri negara ialah kerajaan.


Kerajaan bertanggungjawab untuk mempertahankan keutuhan dan kedaulatan negara,
sambil mentadbirkan kehidupan rakyatnya dan mengagihkan nilai-nilai dalam ruang
sempadan negerinya dan dalam hubungannya dengan negara-negara lain.
Definisi Kerajaan.
- Kerajaan adalah satu institusi Negara yang berfungsi mengekalkan kewujudan
dan kedudukan, merancang masa depan, dan mencapai dasar-dasar dan
matlamat-matlamat Negara.

SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA


1. Sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai sistem dan struktur
pentadbiran negara yang tersendiri.
2. Negara Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Bagi
Malaysia sistem dan struktur pentadbiran bernegaranya agak unik. Sungguhpun
Malaysia mempunyai warisan sistem beraja yang kukuh dan masih lagi dipertahankan
sehingga sekarang, namun hakikatnya ialah 'rakyat yang memerintah'. Ini bermaksud
rakyat berkuasa membentuk kerajaan. Ini dilakukan menerusi proses pilihan raya di
mana rakyat akan memilih wakil-wakil mereka yang seterusnya pada peringkat yang
lebih tinggi membentuk kabinet.
3. Kabinet atau jemaah menteri ini adalah kerajaan yang memerintah.
4. Namun raja dan kerabat diraja tidak diketepikan, malah diperkukuhkan lagi menerusi
institusi raja berperlembagaan dan Majlis Raja-Raja yang masing-masing mempunyai
sistem dan peranan yang telus. Institusi-institusi ini sama-sama menyokong kepada
corak pemerintahan demokrasi itu sendiri.
5. Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan pemerintahan
(eksekutif), perundangan (legislatif) dan kehakiman (judicial) yang dipraktikkan baik di
peringkat pusat (Persekutuan) atau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini
berasaskan Perlembagaan.

STRUKTUR KERAJAAN PERSEKUTUAN


1. Dalam struktur Kerajaan Persekutuan, kuasa kerajaan dibahagikan melalui peruntukan
dalam perlembagaan antara sebuah Kerajaan Pusat dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri.
2. Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan bagi perkara-perkara
tertentu serta mempunyai kedudukan yang seimbang.
3. Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa perundangan dan eksekutif atas perkaraperkara tertentu dan bebas daripada campur tangan peringkat kerajaan yang lain.
4. Kerajaan Pusat mempunyai kuasa perundangan atas perkara-perkara umum yang
memerlukan keseragaman seperti hal ehwal luar negara, kewangan dan pertahanan.
5. Kerajaan-kerajaan Negeri pula mempunyai kuasa atas perkara-perkara yang tidak
memerlukan keseragaman seperti kerajaan tempatan, tanah, hutan dan lain-lain.

6. Contoh-contoh Kerajaan Persekutuan termasuklah Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada,


Australia, Brazil dan lain-lain.
STRUKTUR KERAJAAN KESATUAN / KERAJAAN UNITARI
1. Dalam kerajaan Kesatuan/ Unitari, Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
2. Peringkat-peringkat kerajaan-kerajaan yang lain seperti kerajaan tempatan mempunyai
taraf yang lebih rendah
3. Peringkat kerajaan yang lebih rendah ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat yang berhak
mengubah kuasa-kuasa atau sempadan kerajaan tersebut.
4. Kerajaan Pusat boleh membatalkan perundangan yang diluluskan oleh peringkatperingkat kerajaan yang lain
5. Contoh-contoh Kerajaan Kesatuan termasuklah Britain, New Zealand, Perancis,
Sweeden, Norway dan Denmark.
STRUKTUR KERAJAAN KONFEDERASI/ KERAJAAN GABUNGAN
1. Kebanyakan kuasa kerajaan dalam sistem kerajaan konfederasi atau kerajaan
gabungan terletak di tangan kerajaan-kerajaan negeri atau wilayah.
2. Kuasa yang diberikan kepada Kerajaan Pusat adalah untuk mengawal hal-hal yang
membabitkan kepentingan bersama
3. Kerajaan Konfederasi dianggap tidak mempunyai kuasa yang mencukupi yang
melayakkannya boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan yang berkesan
4. Dokumen yang mewujudkan pertubuhan bersama ini [ Kerajaan Konfederasi ] dianggap
sebagai satu permuafakatan atau satu perjanjian tetapi tidak melibatkan perlembagaan.
5. Contoh-contoh Kerajaan Konfederasi termasuklah Konfederasi Jerman Utara [1867-71],
Perlembagaan Empayar Jerman [1871-1918]
6. Kerajaan Konfederasi tidak wujud lagi pada era selepas Perang Dunia Pertama.
KERAJAAN DEMOKRASI.
Ciri-ciri sebuah Kerajaan Demokrasi termasuklah :
1. Terdapat lebih daripada satu kumpulan politik yang bersaing untuk mendapatkan kuasa
politik
2. Persaingan untuk kuasa adalah terbuka berdasarkan peruntukan undang-undang yang
wujud dan berdasarkan kepada standard antarabangsa/ ukuran-ukuran sejagat
3. Terdapat pilihanraya umum berdasarkan hak-hak mengundi yang sejagat
4. Kumpulan pendesak atau kumpulan berkepentingan dibenarkan untuk wujud bagi
mempengaruhi keputusan-keputusan kerajaan
5. Kebebasan-kebebasan orang awam seperti kebebasan bersuara, kebebasan beragama,
kebebasan daripada ditahan sewenang-wenangnya diiktiraf dan dipertahankan
6. Terdapat kebebasan yang luas bagi media massa dan alat-alat perhubungan awam
lainnya
7. Terdapat unsur-unsur pemisahan kuasa antara pihak Legislatif, Eksekutif dan
Kehakiman
8. Kewujudan sama ada Kerajaan Berparlimen atau Kerajaan Berpresiden

KERAJAAN TOTALITARIAN.
Ciri-ciri sebuah Kerajaan Totalitarian termasuklah :
1. Terdapat satu idealogi yang rasmi
2. Terdapat satu parti massa yang dikawal oleh seorang Pemimpin Agung
3. Penggunaan elemen kekerasan dan ugutan atau ketakutan untuk mendapatkan
kepatuhan daripada rakyat
4. Kerajaan mempunyai monopoli atas rangkaian komunikasi dan senjata
5. Terdapat arahan/ panduan pusat terhadap sistem dan struktur ekonomi
6. Persatuan bukan kerajaan dikawal rapi oleh pemerintah/ menjadi sebahagian daripada
pemerintah
KERAJAAN AUTOKRATIK
Ciri-ciri Kerajaan Autokratik termasuklah:
1. Terdapat had-had penting ke atas persaingan politik sekali pun wujudnya berbagai-bagai
parti politik dalam negara
2. Tidak terdapat satu idealogi yang jelas dan tersusun walaupun kerajaan menekankan
kepada unsur-unsur nasionalisme yang tinggi
3. Terdapat penggunaan kekerasan dan ugutan untuk mendapatkan kepatuhan rakyat
4. Kebebasan-kebebasan awam tidak dipentingkan
5. Kebebasan kehakiman adalah terhad/ tidak wujud
6. Media massa dikawal ketat/ rapi oleh kerajaan
7. Asas-asas kuasa dan pemerintahan adalah tidak jelas dimana kuasa terletak di tangan
satu elit politik tradisional atau moden yang selalunya didokong oleh tentera
8. Pertubuhan bukan kerajaan [NGO] dikawal rapi oleh kerajaan
9. Konsep pemisahan kuasa tidak diterima
BAB 2 PERLEMBAGAAN
TAKRIFAN PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan ditakrifan sebagai undang-undang tubuh yang merupakan undangundang TERTINGGI sesebuah negara dan menjadi ASAS RUJUKAN kepada undangundang lain.
2. Perlembagaan menentukan PEMBAHAGIAN kuasa institusi-institusi penting dalam
sebuah negara.
3. Di Malaysia, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi yang menjadi
tonggak kepada undang-undang lain.
4. Kewujudan perlembagaan memastikan perjalanan pemerintahan dan pentadbiran
negara pada landasan yang betul.
KONSEP PERLEMBAGAAN
1. Sesebuah negara yang ditubuhkan perlu mempunyai garis panduan utama yang
dipanggil pelembagaan negara.

2. Perlembagaan ini merupakan sumber rujukan utama yang tertinggi sama ada dalam
bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
3. Dalam bidang perundangan, parlimen boleh menggubal undang-undang dan meminda
perlembagaan, tetapi mesti berpandukan bidang kuasa yang diberi oleh perlembagaan.
4. Mahkamah boleh membatalkan undang-undang yang dibuat oleh parlimen jika
bercanggah dengan perlembagaan.
5. Jika ada undang-undang lain yang bercanggah dengan perlembagaan, undang-undang
lain itu akan terbatal dan tidak sah.
6. Di malaysia, perlembagaan ini telah dirangka oleh satu suruhanjaya perlembagaan yang
dinamakan suruhanjaya reid.
7. Yang Dipertuan Agong dan perdana menteri memerintah dan mentadbir negara
mengikut peruntukan perlembagaan.
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Hal ini bererti mana-mana
undang-undang atau peraturan yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal
setakat mana bercanggah dengan perlembagaan tersebut.
2. Sebarang pertikaian berkenaan undang-undang perlu dirujuk kepada perlembagaan.
3. Ketua Negara Malaysia iaitu Yang Dipertuan Agong juga tertakluk kepada perlembagaan
dan undang-undang negara.
4. Perdana Menteri dan para menteri menjalankan tugas dan bertindak di bawah bidang
yang diberikan oleh perlembagaan.
5. Badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Negeri boleh menggubal undangundang, namun semua kuasa itu, tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara seperti yang diberikan di
dalam jadual.
Bahagian
Butir-butir
Perkara
1
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang
Perkara 1- 4
Persekutuan
2
Kebebasan Asasi
Perkara 5-13
3
Kewarganegaraan
Perkara 14-31
4
Persekutuan
Perkara 32-69
5
Negeri-negeri
Perkara 70-72
6
Perhubungan antara Persekutuan dengan
Perkara 73-95E
Negeri-negeri
7
Peruntukan-peruntukan Kewangan
Perkara 96-112D
8
Pilihan raya
Perkara 113- 120
9
Kehakiman
Perkara 121-131A
10
Perkhidmatan Awam
Perkara 132-148
11
Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan
Perkara 149-151
Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat
12
Am dan Pelbagai
Perkara 152-160

12A
13
14
15

Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri


Sabah dan Sarawak
Peruntukan Sementara dan Peralihan
Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan
sebagainya
Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-raja

Perkara 161-161H
Perkara 162-180
Perkara 181
Perkara 182-183

CIRI-CIRI KERAJAAN MALAYSIA


Jenis Kerajaan Persekutuan

Raja Berperlembagaan

Demokrasi Berparlimen dan bercorak Westminster

Dwidewan

Ketinggian Perlembagaan

HAK ASASI WARGANEGARA


setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:
(a) tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut
undang-undang
(b) tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke
hadapan seorang majistret / pegawai daerah untuk mendapatkan perintah
tahanan.
(c) Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa
dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan secepat mungkin
(d) Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi perkhidmatan
kerahan (kerja paksa) yang mengikut undang-undang
(e) Berhak mendapat perlindungan undang undang dan seseorang yang telah
dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan
yang sama
(f) Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
(g) Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan
dari segi agama, keturunan dan budaya
(h) Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana
bahagian Persekutuan
(i) Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
(j) Kebebasan beragama
(k) Kebebasan pemilikan harta
KEWARGANEGARAAN
1. 4 kaedah utk menjadi warganegara:
Kuat kuasa undang-undang
Pendaftaran
Naturalisasi / masukan

Cantuman wilayah
2. Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang
Dilahirkan sebelum Hari Malaysia(16 Sept. 1963) dan merupakan seorang warganegara
Persekutuan menurut peruntukan yang terkandung dalam Bahagian 1 Jadual Ke-2.
Dilahirkan pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai kelayakan yg ditentukan
dalam Bahagian 2 Jadual Ke-2
3. Kewarganegaraan secara pendaftaran (untuk isteri & anak wraganegara)
Untuk isteri yang masih bersuami dengan warganegara bermula pada Okt. 1962,
bermaustautin 2 tahun sebelum permohonan, berniat untuk terus tinggal di Persekutuan
dengan berkelakuan baik.
Bagi anak yang berumur kurang daripada 21 tahun teleh didaftar oleh ibu bapa
/penjaga jika salah satu pihak tersebut(atau pada masa kematiannya) merupakan
warganegara.
4. Kewarganegaraan secara masukan (naturalisasi)
Bukan warganegara berumur lebih 21 tahun yang ingin menjadi waganegara Malaysia .
Perkara yang perlu dipenuhi :
individu berkenanan telah bermaustautin di Persekutuan selama 10
daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
-

Berniat untuk tinggal di Persekutuan


Berkelakuan baik
Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang memadai

5. Kewarganegaraan secara cantuman wilayah


Mana-mana negara yang bergabung dengan Persekutuan, maka dengan
Perlembagaan yang sedia ada, penduduk negera berkenaan boleh menjadi
warganegara.
Perkara 22 perlembagaan Persekutuan membenarkan parlimen menentukan kumpulan
tertentu dan tarikh permulaan menjadi warganegara

PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Kaedah

Perkara-perkara Pindaan

Memerlukan sokongan
majoriti 2/3 ahli Majlis
Parlimen dan perkenan
Majlis Raja-raja

Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumipitera di


Sabah dan Sarawak
Kepentingan-kepentingan sah kaum-kaun yang lain
Hak-hak dan kedaulatan raja-raja
Tugas dan kuasa Majlis Raja-raja
Hal-ehwal Islam
Kedudukan bahasa kebangsaan
Kewarganegaraan
Keistimewaan Parlimen
Pengubahan sempadan antara negeri di
Semenanjung Malaysia

Memerlukan sokongan
majoriti 2/3 ahli Majlis
Parlimen dan persetujuan
Yang di-Pertua Negeri
Sabah dan Yang di-Pertua
Negeri Sarawak

Memerlukan sokongan
majoriti mudah ahli Majlis
Parlimen

Memerlukan sokongan
majoriti 2/3 ahli Majlis
Parlimen
SENARAI BIDANG
KUASA KERAJAAN
PERSEKUTUAN
- Hal-ehwal luar negara
- Pertahanan
- Keselamatan dalam negeri
- Undang-undang sivil dan
jenayah
- Pentadbiran keadilan
- Kewarganegaraan
- Jentera kerajaan
- Kerja raya dan bekalan
kuasa
- Perdagangan dan
perusahaan
- Perkapalan
- Perhubungan dan

Hak warga Sabah dan Sarawak menjadi


warganegara Malaysia
Pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi
di Sabah dan Sarawak
Soal agama, bahasa dan keistimewaan
bumiputera di Sabah dan Sarawak
Kuasa perundangan negeri di Sabah dan
Sarawak
Hak kesamarataan penduduk di Sabah dan
Sarawak

Bentuk sumpah dan ikrar


Pelantikan dan persaraan ahli Dewan Negara
Peruntukan tambahan kewarganegaraan
Persempadanan kawasan pilihan raya
Perkara-perkara dalam Senarai Negeri dalam
Senarai Perundangan yang melibatkan
Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana
tiga kaedah pindaan di atas
SENARAI BIDANG
KUASA KERAJAAN
NEGERI
- Hukum syarak
- Undang-undang diri dan
keluarga
- Tanah pertanian dan
perhutanan
- Kerajaan tempatan diluar
Wilayah
- Persekutuan
- Kerja air
- Hari kelepasan negeri
- Penyu dan penangkapan
ikan
- Undang-undang dan adat
istiadat bumiputera

SENARAI BERSAMA
- Kebajikan masyarakat
- Biasiswa
- Perlindungan binatang dan
burung liar
- Taman negara
- Penternakan
- Perancangan bandar dan
kampung
- Kutu rayau dan penjaja
beredar
- Kesihatan awam
- Kebersihan dan pencegahan
penyakit
- Perparitan dan pengairan

pengangkutan
- Pelayaran dan perikanan
- Siasatan dan penyelidikan
- Perubatan dan keshihatan
- Kebajikan orang asli
- Pelajaran
- Hari kelepasan am
- Perumahan
- Akhbar, terbitan dan penerbit
- Pawagam dan tempat
hiburan
- Perkhidmatan bomba dan
penyelamat

- Perbadanandan pihak
berkuasa negeri
- Ukuran tanah
- Perpustakaan
- Muzium

- Pemulihan tanah lombong

BAB 3 : SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA


Pengenalan
1. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Demokrasi Berparlimen, Raja
Berperlembagaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
2. Bidang kuasa pentadbiran dibahagikan kepada 3 iaitu; Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri di negeri masing-masing dan Kerajaan Tempatan di daerah masingmasing.

Sistem pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia


Struktur kerajaan persekutuan merangkumi komponen berikut
Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
1.
2.
3.
4.
5.
6.

YDPA ketua Negara dan raja berperlembagaan yang dilantik oleh Majlis Raja-raja
(MRR) setiap lima tahun sekali mengikut giliran, kecuali baginda meletak jawatan.
YDPA hanya boleh dipecat oleh MRR atas usul yang disokong oleh 5/9 orang raja
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Sarawak, Melaka, Pulau Pinang tidak boleh memilih
YDPA
Raja tidak boleh dipilih jika tidak cukup umur, tidak mahu dipilih dan MRR membuat
undian sulit disebabkan baginda tidak waras dan uzur.
YDPA mempunyai kuasa dalam badan pentadbiran (eksekutif), perundangan (legislatif)
dan kehakiman (judiciary)
Kuasa budi bicara YDPA ialah
- Melantik Perdana Menteri.
- Bersetuju atau menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen
- Memanggil mesyuarat MRR untuk membincangkan hal bersabit dengan Hal Ehwal
Diraja.

Majlis Raja-raja
1.
2.

Melantik YDPA dan membincangkan hal-hal dasar Negara.


Tugas MRR ;
- Memilih dan memecat YDPA dan Timbalan YDPA
- Membincangkan hal-hal dasar Negara
- Berbincang hal ehwal raja-raja
- Menyetujui atau menolak rang undang-undang yang dibuat oleh parlimen berkaitan
pindaan Perlembagaan Persekutuan.
- Menjaga perkara berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu
- Mempertimbangkan pengubahan sempadan negeri
- Menjaga kepentingan kaum lain

Kabinet / Jemaah Menteri


1.
2.

Menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA dan dibentuk oleh parti yang
menang atau memperolehi undi majoriti dalam dalam Dewan Rakyat
Fungsi Kabinet ;
- Menentukan dasar-dasar Negara
- Membuat dan menggubal dasar-dasar Kerajaan Persekutuan
- Memberi arahan bagi pelaksana dasar
- Mengatasi masalah kecemasan yang melibatkan Negara dan rakyat

Jabatan Perdana Menteri.


Kementerian utama yang membentuk dan menyelaraskan dasar kerajaan serta terdiri daripada
PM, TPM, menteri-menteri dan timbalan menteri.
Kementerian
1.

Agensi pentadbiran tertinggi untuk menggubal dasar, merancang program dan


melaksanakannya di bawah arahan menteri
2. Sesebuah kementerian beribu pejabat sendiri dan setiap menteri dibantu oleh timbalan
menteri yang akan membantu menggubal dasar dan merancang program dalam
kementeriannya
3. Kementerian dibahagikan kepada 2 iaitu;
-Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan
-Kementerian yang beroperasi di peringkat Persekutuan dan cawangan negeri serta daerah.
4. Sistem kewangan kementerian dibahagikan kepada 2 iaitu kementerian yang mengakaun
sendiri (Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan ) dan
yang tidak mengakaun sendiri.
Jabatan

Agensi kerajaan yang terletak di bawah pengawasan kementerian yang berkenaan dan
bertanggungjawab melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan
kementeriannya.
Agensi Pusat
1.

Menyelaras dan bertanggungjawab mengawal perjalanan agensi pelaksana dan


membekalkan personel dan kewangan kepada agensi pelaksana.
Perbendaharaan Melaksanakan dasar kewangan dan belanjawan kerajaan
Persekutuan, mengagih sumber wang, menentukan system perolehan , penggunaan,
pengurusan dan pelupusan barang-barang kepunyaan kerajaan dan menjadi penyelia
industry insurans.
Bertanggungjawab:
a) menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara
b) membekalkan tenaga kerja dan peruntukan kewangan bagi agensi-agensi Kerajaan
Persekutuan
c) memberi perkhidmatan yang diperlukan agensi pelaksana
d) memastikan segala dasar dan perancangan dilaksanakan oleh agensi pelaksana

2.

3.

Senarai Agensi Pusat


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
1. Merancang dan melaksanakan dasar kerajaan yang berkenaan dengan perkhidmatan
awam.
2. Fungsi:
- menggubal dasar-dasar berkaitan kakitangan kerajaan iaitu:
a. Pengambilan dan pengamatan kerja.
b. Skim gaji,elaun dan pencen
c. Pelantikan kenaikan pangkat dan disiplin
- menyediakan kemudahan latihan kakitangan awam menerusi INTAN(Institusi Tadbir
Awam Negara).
- menyediakan biasiswa dan hadiah latihan
- memutuskan pertukaran dan penghantaran kakitangan kerajaan ke tempat atau
jawatan yang sesuai
Unit Perancangan Ekonomi
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Menyediakan rancangan pembangunan 5 tahun (rancangan Malaysia)


Menyediakan anggaran belanjawan tunai untuk rancangan ekonomi.
Menilai dan mengawal pencapaian program dan projek pembangunan.
Mengkaji semula rancangan 5 tahun yang telah dilaksanakan.
Menasihati kerajaan tentang kedudukan ekonomi negara.
Menjalankan penyelidikan sistem ekonomi yang difikirkan perlu.
menjadi urus setia kepada:
a. Majlis Perancangan Negara.
b. Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara.
c. Program bantuan taknik Malaysia negara-negara membangun.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan.


1. Menyelaras dan mengesan pelaksanaan projek-projek pembangunan negara.
2. Memastikan dasar ekonomi negara mencapai matlamat.
3. Memastikan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam
pelaksanaan program pembangunan.
4. Menyelia dan mengawasi agensi-agensidan perbadanan awam supaya selaras dengan
dasar kerajaan.
5. Membantu kerajaan untuk meningkatkan pengelibatan kaum bumiputera dalam bidang
perdagangan dan perindustrian.
6. Menyediakan pusat khidmat bagi menyelesaikan masalah kontraktor buniputera.
7. Menjadi urus setia majlis pembangunan negara .
Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.
1.
2.
3.
4.

Memodenkan system pentadbiran kerajaan.


Memberi khidmat rundingan pengurusan kepada organisasi kerajaan .
Meningkatkan kecekapan dikalangan kakitangan kerajaan .
Membangunkan system teknologi maklumat dan penggunaan automasi perjabat di
sektor swasta.

Perbendaharaan (Kementerian Kewangan)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Merancang dan melaksanakan dasar kewangan negara


Merancang peruntukan belanjawan negara
Menganalisis kedudukan ekonomi negara dan antarabangsa.
Mengurus wang kerajaan
Mendapatkan wang untuk kerajaan menerusi pecukaian dan pinjaman
Menyelia dan mengawa industri insyuran negara
Mengagihkan sumber kewangan kepada agensi kerajaan
Mengubar dasar dan mengurusan pinjaman perumahan serta kereta untuk kakitangan
kerajaan.

Ketua Audit
1. Ketua audit negara dilantik oleh YDPA atas nama PM setelah berunding dengan Majlis
Raja-raja .
2. Seseorang yang dilantik jawatan ketua audit negara tidak boleh memegang apa-apa
jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan /negeri
3. Tugas ketua audit ialah menyemak semua akaun perbelanjaan bagi:
a. Kerajaan Persekutuan.
b. Kerajaan Negeri
c. Badan-badan lain yang telah ditetapkan oleh undang-undang/pemerintah YDPA
seperti badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
4. Beliau bertanggungjawab menyediakan satu laporan mengenai akaun-akaun tersebut
untuk perhatian YDPA/Raja/sultan/YDPN.

5. Laporan tersebut akan diarahkan untuk dibentangkan di DR/di DUN


6. Setelah laporan dibentang,alaporan itu dikaji oleh jawatankuasa akaun awam yang
dibantu sama ada di DR/DUN
7. Beliau boleh meletak jawatan pada bila-bila masa tetapi hanya boleh dipecat melalui
satu tribunal khas atas alasan:
a. berkelakuan buruk
b. tidak berupaya
8. Saraan beliau dipertanggungjawabkan kepada wang kumpulan yang disatukan.
Perbadanan Awam
1.
2.
3.

4.

Organisasi yang menjalankan kegiatan yang berunsurkan perniagaan dan kerajaan


mempunyai kepentingan atau ekuiti dalam perbadanan awam.
Perbadanan awam terdiri daripada 2 iaitu Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun
Tujuan penubuhan perbadanan awam ialah membolehkan kerajaan terlibat secara terus
dalam pembangunan sosioekonomi, menceburi bidang yang kurang menguntungkan
dengan modal yang besar dan membolehkan pembangunan sosioekonomi bergerak
lebih cekap dan berkesan.
Ciri-ciri Badan Berkanun dan Tidak Berkanun ditunjukkan seperti jadual di bawah.
Ciri-ciri

Badan Berkanun

Badan Tidak Berkanun

Penubuhan

Ditubuhkan dibawah Akta


Perlimen atau Enakmen
negeri

Ketua

Pengurus Besar yang dilantik Pengurus Besar yang dilantik oleh


oleh YDPA
YDPA

Kawalan

Fungsi

Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat

Dikawal secara
langsung oleh
menteri
JPA dan
Perbendaharaan
mesti dirujuk sebelum
mengubah bilangan
pekerja

Melicinkan
pentadbiran kerajaan
dengan
mengurangkan
birokrasi
Bermotifkan
kebajikan

Dikawal secara tidak


langsung oleh Kerajaan
yang mempunyai ekuiti di
dalamnya.
Bebas mengambil
kakitangan tanpa merujuk
kepada agensi pusat.
Menjalankan kegiatan
perniagaan untuk
memperoleh keuntungan
bagi kerajaan
Menceburi bidang
sosioekonomi yang tidak
mampu diceburi oleh pihak

swasta.
Contoh

FELDA, UDA, MARA

MAS, MISC, PERNAS,HICOM

Suruhanjaya
1. Merupakan badan yang mentadbir hal ehwal awam tertentu dengan cara yang lebih cekap
dan bebas.
2. Suruhanjaya tetap terbahagi kepada 3:
a. Suruhanjaya Perkhidmatan
b. Suruhanjaya Pilihanraya
c. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
3. Suruhanjaya Perkhidmatan terbahagi kepada 5:
a. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
b. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
c. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
d. Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
e. Majlis Angkatan Tentera
SUHAKAM
1. Ditubuhkan pada tahun 1999 bagi tujuan memberi kesedaran tentang hak-hak asasi
manusia.
2. mempunyai 1 pengerusi dan 16 ahli pada masa sekarang
3. Fungsi SUHAKAM:
a. Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan tentang hak-hak asasi manusia.
b. Menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan aliran serta
tatacara pentadbiran disamping mengesorkan langkah-langkah yang perlu diambil.
c. Mengesyorkan kerajaan menyertai perjanjian antarabangsa dalam bidang hak asasi
manusia.
d. Menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak-hak asasi manusia.
4. Bagi melaksanakan fungsi-fungsi ini,SUHAKAM diberi kuasa untuk:
a. Memupuk kesedaran tentang hak asasi manusia dengan menjalankan penyelidikan
serta mengendalikan program, seminar dan bengkel.
b. Mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut
peruntukan akta
c. Melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang
berhubung dengan tempat tahanan itu dengan membuat syor yang perlu
d. Mengeluarkan pernyataan awam mengenali hak asasi manusia apabila perlu.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
1. Terdiri daripada pengerusi,naib pengerusi dan 4-30 orang ahli
2. Pengerusi dan Naib Pengerusi mestilah pesara perkhidmatan awam dan bersara tidak lebih
daripada 5 tahun
3. Tugas-tugas SPA ialah:

a.
b.
c.
d.
e.

Melantik kakitangan awam


Mengesan dan memasukkan kakitangan awam ke dalam jawatan tetap/berpencen
Menaikkan pangkat kakitangan
Menukar kakitangan
Menjalankan kawalan tatatertib terhadap kakitangan

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran


1. Ahli-ahlinya terdiri daripada pengerusi,naib pengerusi dan 4-8orang ahli
2. Fungsi suruhanjaya ini adalah sama dengan SPA tetapi tanggungjawabnya kepada guruguru dan anggota perkhidmatan pelajaran
Suruhajaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang
1. Ahli-ahlinya terdiri daripada pengerusi SPA,Peguam Negara,Setiausaha SPA dan beberapa
orang ahli/bekas hakim yang berkhidmat dalam bidang kehakiman dan undang-undang
2. Ahlinya dilantik oleh YDPA atas nasihat Ketua Hakim Negara
3. Fungsa sama dengan SPA meliputi anggota polis
Majlis Angkatan Tentera
1. Ahlinya Pengerusi(Menteri Ketahanan),wakil YDPA yang dilantik oleh Majlis RajaRaja,Ketua Turus Angkatan Tentera yang dilantik oleh YDPA,Ketua Setiausaha Kementerian
Pertahanan dan 2 orang Pegawai Kanan Angkatan Tentera yang dilantik oleh YDPA.
2. Fungsi utama suruhanjaya ini ialah:
- Mengawasi tatatertib angkatan tentera dan pentadbiran angkatan tentera
Majlis-majlis Penyelarasan.
1. Badan penyelaras perlu diwujudkan bagi mencapai matlamat meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan perkhidmatan awam.
2. Penyelarasan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dapat mengelakkan
pertindihan kerja.
3. Majlis-majlis yang ditubuhkan oleh perlembagaan persekutuan
a. Majlis kewngan negara.
b. Majlis tanah negara.
c. Majlis negara bagi kerajaan tempatan.
d. Majlis raja-raja.
Majlis Kewangan Negara.
1. Ahli-ahli terdiri daripada
a. Perdana Menteri (pengerusi).
b. Menteri Kewangan.
c. Menteri-menteri lain yang dilantik oleh PM.
d. Seorang wakil dari setiap kerajaan negeri yang negeri yang dilantik oleh ketua negeri
masing-masing.

Peranan Majlis Kewangan Negara.


1. Sebagai badan perundangan bagi;
a. Peruntukan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.
b. Pinjaman yang hendak dibuat oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
c. Projek-projek pembangunan yang dirancang oleh kerajaan persekutan dan kerajaan
negeri.
d. Pinjaman oleh kerajaan negeri daripada kerajaan persekutuan.
2. Setiap tahun kerajaan memperolehi hasil daripada kerajaan persekutuan berdasarkan
bilangan penduduk dan panjang jalan raya.
3. Mesyuarat majlis mesti diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Majlis Tanah Negara.
1. Anggota;
a. Pengerusi (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).
b. Seorang wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh Ketua Negeri.
c. Tidak lebih daripada 10 orang wakil tetapi tidak boleh mengundi.
d. Pegerusi majlis boleh mengundi tetapi tiada kuasa undi pemutus.
Peranan Majlis Tanah Negara.
1. Menyelaras dan menyeragamkan pengawalan dan penggunaan tanah diseluruh negara.
2. Memperuntukkan kegunaan tanah utuk tujuan-tujuan perlombongan,pertanian,perhutanan
dan perindustrian.
3. Menyeragamkan undang-undang dan dasar tanah.
4. Walaupun tanah adalah kuasa negeri,tetapi kerajaan persekutuan boleh meminta hak milik
daripada kerajaan negeri jika tanah tersebut dikehendaki kerajaan persekutuan.
5. Kerajaan persekutuan perlu membayar premium serta cukai kepada kerajaan negeri.
6. Pertikaian tentang hal tanah boleh dirujuk kepada tribunal tanah.
Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan.
1. Anggota;
a. Pengerusi (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
b. Seorang wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh ketua negeri kecuali Sabah dan
Sarawak.
c. Tidak lebih daripada 10 orang wakil kerajaan persekutuan.
d. Pengerusi mempunyai kuasa undi pemutus.
2. Peranan;
a. Membentuk dasar-dasar kerajaan tempatan setelah berunding dengan kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri
b. Mentadbir undang-undang berkaitan kerajaan tempatan
c. Menjadi badan perunding kepada sebarang cadangan undang-undang tentang kerajaan
tempatan.
d. Menasihati kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tentang sebarang undang-undang
yang dicadangkan oleh kerajaan tempatan.

Majlis Perancang Negara.


1. Bertujuan merancang program-program pembangunan negara dari segi ekonomi.
2. Dipengerusikan oleh PM dan beberapa menteri kanan.
3. Dibantu oleh jawatankuasa perancangan dan pembangunan negara dan unit
pembangunan ekonomi.
4. Meneliti, mengkaji dan merancang projek ekonomi seperti rancangan Malaysia 5 tahun.

Majlis Pembangunan Negara.


1. Menyelaraskan pelaksanaan semua program dan projek pembangunan.
2. Dipengerusikan oleh PM dan beberapa menteri kanan.
3. Dibantu oleh beberapa buah agensi kerajaan seperti unit penyelarasan pelaksanaan.
Majlis Keselamatan Negera.
1. Bermatlamat menyelesaikan isu-isu keselamatan negara.
2. Dipengerusikan oleh PM dan beberapa menteri kanan.
3. Dibantu oleh beberapa buah agensi kerajaan seperti Jabatan Polis, Jabatan Imigresen, dan
Angkatan Tentera Malaysia.
Majlis Penyelarasan Lain.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
1. Ditubuhkan pada awal 1998 untuk membantu kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi.
2. Membantu kerajaan merangka dasar untuk;
a. Memulihkan keyakinan orang ramai dan pelabur terhadap ekonomi negara.
b. Memastikan negara tidak dilanda kegawatan ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit dan
pasaran saham.
c. Memulihkan ekonomi negara agar bersaing diperingkat antarabangsa.
d. Memperkukuh asas ekonomi negara agar mampu mencapai taraf negara maju melalui
pertumbuhan ekonomi yang pesat.
3. Dipengerusikan oleh PM dan dianggotai oleh beberapa menteri kanan.
Majlis Khidmat Negara.
1. Ditubuhkan pada tahun 2003 untuk mengurus PLKN.
2. objektif PLKN:
a. menyemai dan menyemarakkan semangat patriotic dan cinta akan negara
b. Menbentuk perwatakan oositif dan sifat kepimpinan di kalangan generasi muda
menerusi penerapan nilai-nilai murni.
c. Mengeratkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan memupuk integrasi nasional
d. Menyemarakkan semangat kesukarelaan untuk berjasa kepada negara.

KERAJAAN NEGERI
Raja , Sultan / YDPN( Yang Dipertua Negeri)
1. Raja atau sultan menjalankan tugas mengikut perlembagaan negeri dengan menggunakan
budi bicaranya dalam perkara-perkara berikut:
a) Melantik Menteri Besar.
b) Bersetuju/menolak permintaan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN).
c) Melantik waris takhta, permaisuri, pemangku raja / jemaah pemangku raja.
d) Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang hak keistimewaan
raja-raja.
e) Melaksanakan tugas sebagai ketua agama Islam di negeri baginda.
f) Memberi anugerah bintang-bintang kehormat, pangkat, gelaran kemuliaan kepada
orang-orang yang berjasa.
2. Kuasa budi bicara YDPN ialah:
a) Melantik Ketua Menteri.
b) Bersetuju/menolak permintaan pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Sekatan keatas Kuasa Raja
1. Raja/sultan/YDPA
a) Tidak boleh memegang jawatan bergaji.
b) Tidak boleh terlibat secara aktif dalam perniagaan/politik.
2. Raja/sultan boleh didakwa di Mahkamah Khas atas sifat peribadi dan YDPN didakwa di
Mahkamah awam atas sifat peribadi/rasmi.
Perbezaan Antara Raja/Sultan/YDPA
NO
PERKARA
1
Cara Pemilihan

3
4

RAJA/SULTAN
YDPN
Dipilih berdasarkan pewaris Kerajaan negeri
takhta negeri
mengemukakan calon YDPN
kepada PM dan
mempersembahkan nama itu
kepada YDPA untuk dilantik
secara kuat kuasa undangundang.
Cara Pelantikan
Pertabalan Raja dilaksanakan
Dilantik oleh YDPA untuk
sebelum baginda menjadi
tempoh 4 tahun dan boleh
raja/sultan
dilantik semula untuk penggal
seterusnya.
Keahlian Majlis Raja- Ahli Majlis Raja-Raja yang
Ahli Majlis Raja-Raja yang
Raja
terlibat dalam pemilihan YDPA.
tidak berhak memilih YDPA.
Pendakwaan
Hanya boleh didakwa di
Boleh didakwa di Mahkamah
Mahkamah Khas Raja-Raja atas Awam atas kesalahan
sifat peribadi.
peribadi/rasmi dan boleh
dipecat oleh YDPA selepas
mendapat persetujuan 2/3 ahli

Kuasa eksekutif

Agama Islam

DUN.
Melantik Menteri Besar untuk Melantik Ketua Menteri untuk
mengetuai Majlis Mesyuarat mengetuai Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri.
Ketua Agama Islam di Negeri Tidak menjadi ketua agama
baginda sendiri.
Islam dan YDPA ketua agama
Islam di negeri itu.

Tugas Utama YDPN


1.
2.
3.
4.

Melantik Ketua Menteri.


Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negweri.
Merasmikan persidangan dan membubarkan DUN.
Melantik majistret di negeri sendiri.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)


1. Kuasa eksekutif Kerajaan Negeri terletak pada Raja/Sultan/YDPN.
2. MMKN menjalankan kuasa eksekutif atas nama Raja/Sultan YDPN.
3. MMKN menyerupai kabinet peringkat persekutuan.Ahli-ahlinya dipilih oleh Menteri
Besar/Ketua Menteri dan dilantik oleh Raja/Sultan/YDPN.
4. MMKN pada kebiasaannya terdiri daripada 4 hingga 12 orang ahli DUN.Mereka dikenali
sebagai EXCO.
5. MMKN diketuai oleh Menteri Besar/Ketua Menteri.
6. Menteri Besar/Ketua Menteri dibantu oleh 3 orang pegawai tinggi/EXOFICIO iaitu:
a) Setiausaha Kerajaan Negeri.
b) Pegawai Kewangan Negeri.
c) Penasihat Undang-Undang Negeri.
7. Ketiga-tiga pegawai ini mengambil bahagian dalam prosiding DUN tetapi tidak boleh
mengundi (negeri beraja)
8. Di Pulau Pinang dan Melaka penasihat undang-undang negeri mengambil bahagian
manakala di Sabah dan Sarawak ketiga-tiga pegawai ini tidak dibenarkan mengambil
bahagian dalam prosiding DUN.
9. Fungsi utama MMKN:
a) Membuat dasar-dasar peringkat negeri.
b) Terlibat sama dalam penggubalan undang-undang dalam senarai negeri dan
bersama.
c) Menjalankan pentadbiran negeri dalam perkara-perkara dalam senarai negeri.
10. Ahli MMKN akan memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh
raja/sultan/YDPN.
11. Ahli MMKN tidak boleh melibatkan diri dalam perniagaan/jawatan bergaji yang lain.
12. MMKN Sabah dikenali sebagai Kabinet Negeri manakala bagi Sarawak dikenali sebagai
Majlis Tertinggi.
13. Ahli MMKN Sabah dan Sarawak dipanggil Menteri.
Menteri Besar dan Ketua Menteri

1.
2.
3.
4.

Menteri besar dilantik oleh Raja/Sultan negeri berkenaan.


Ketua Menteri dilantik oleh YDPN.
Menteri Besar/Ketua Menteri mestilah mendapat sokongan majoriti ahli DUN.
Tugas utama Menteri Besar/Ketua Menteri ialah:
a) Mentadbir Kerajaan Negeri dan menjadi penasihat kepada sultan/YDPN dalam
perkara-perkara pentadbiran negeri.
b) Mengetuai MMKN.
c) Memilih ahli-ahli MMKN.
d) Pengerusi Majlis Tindakan Negeri.
e) Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.
f) Membekalkan maklumat pentadbiran dasar dan hal ehwal negeri kepada sultan
atau YDPN.
g) Mengiringi sultan YDPN ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Sistem Pentadbiran Berjawatankuasa


1. Pentadbiran Kerajaan Negeri menggunakan sistem pentadbiran berjawatankuasa yang
menyerupai sistem kabinet kerajaan persekutuan.
2. Ahli MMKN diberi tanggungjawab dalam hal-hal yang dikelolakan oleh jawatankuasajawatankuasa MMKN.
3. Sebelum sesuatu perkara diputuskan oleh MMKN perkara tersebut terlebih dahulu
dibincangkan pada peringkat jawatankuasa.
4. Tugas utama jawatankuasa ialah:
a) Mengawasi pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh agensi awam dibawah
tanggungjawab mereka.
b) Membantu MMKN bagi membuat keputusan.
Jawatankuasa Penyelarasan
1. Penyelarasan pentadbiran negeri terbahagi tiga iaitu:
a) Majlis Perancangan Negeri-Merancang pembangunan ekonomi negeri.
b) Majlis Pembangunan Negeri-Menyelaras dan melaksanakan program kerajaan
negeri.
c) Majlis Keselamatan Negeri-Menyelaras aspek keselamatan negeri.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
1. Merupakan jabatan utama dalam pentadbiran negeri yang diketuai oleh setiausaha
kerajaan negeri.
2. Di Sabah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dikenali sebagai Pejabat Ketua Menteri.
3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mempunyai peranan yang hampir sama dengan
Jabatan Perdana Menteri di peringkat persekutuan.
4. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi penasihat kepada Menteri Besar/Ketua
Menteri dan MMKN dalam hal-hal pentadbiran negeri.
5. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, merancang dan menyelaras segala dasar kerajaan
negeri serta memastikan agensi-agensi negeri melaksanakan dasar-dasar tersebut.
6. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga, menyelaras perhubungan antara kerajaan
negeri dengan kerajaan persekutuan.

7. Setiausaha kerajaan negeri berfungsi sebagai pengerusi jawatankuasa peringkat negeri


untuk menyelaraskan agensi-agensi negeri.
8. Beliau bertindak sebagai ketua pentadbir negeri, ketua perkhidmatamn awam negeri,
dan penasihat utama kepada Menteri Besar/Ketua Menteri dan MMKN.
9. Disamping itu, beliau juga berfungsi sebagai ahli jawatankuasa perhubungan antara
kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang diketuai oleh Ketua Setiausaha
Negara.
10. Setiausaha kerajaan negeri yang berada dibawah Jabatan Perkhidmatan Negeri ialah:
a) Johor
b) Kedah
c) Perlis
d) Kelantan
e) Terengganu
11. Setiausaha kerajan negeri yang lain berada dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam
Persekutuan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
1. Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dilantik oleh sultan/YDPN atas nasihat
Menteri Besar /Ketua Menteri.
2. Fungsi utamanya ialah:
a) Melantik kakitangan perkhidmatan awam negeri.
b) Menguruskan kenaikan pangkat.
c) Mengenakan tindakan tatatertib.
d) Menguruskan pertukaran/petempatan pegawai/kakitangan.
3. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri terdapat di negeri:
a) Johor.
b) Kedah.
c) Kelantan.
d) Pahang.
e) Perak.
f) Sabah.
g) Sarawak.
h) Selangor.
i) Terengganu.
4. Bagi negeri-negeri lain, pelantikan pegawai/kakitangan perkhidmatan awam dalam
jawatan perkhidmatan awam dkendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Persekutuan yang mempunyai cawangan di negeri berkenaan.
Jabatan Negeri
1. Jabatan diperingkat negeri memainkan peranan sebagai agensi pelaksanaan negeri
yang berkait rapat dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
2. Antara jabatan kerajaan negeri ialah:
a) Pejabat Kewangan Negeri.
b) Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.
c) Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Pejabat Kewangan Negeri


1. Diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri.
2. Fungsnya menyerupai perbendaharaan persekutuan.
3. Tugas utama ialah:
a) Merancang dan Menguruskan Kewangan Negeri.
b) Melaksanakan dasar-dasar kewangan negeri.
c) Menyediakan belanjawan kewangan negeri.
d) Memeriksa belanjawan tanggungan negeri.
e) Mengagihkan sumber-sumber kewangan kepada agensi kerajaan.
f) Merancang penggunaan wang melalui cukai dan pinjaman negeri.
Pejabat Penasihat Undang-Undang.
1. Diketuai oleh penasihat undang undang negeri.
2. Bertanggungjawab memberi penasihat undang-undang kepada sultan/YDPN, Menteri
Besar/Ketua Menteri, MMKN, dan jabatan-jabatan peringkat negeri.
3. Pejabat ini merangka draf undang-undang bagi kerajaan negeri untuk dibentangkan
dalam Dewan Undangan Negeri(DUN).
Unit Perancang Ekonomi Negeri
1. Diketuai oleh Ketua Pengarah Perancang Ekonomi Negeri.
2. Fungsi utamanya ialah:
a) Merancang pembangunan ekonomi negeri 5 tahun.
b) Menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan dan pelaburan.
c) Memberi nasihat kepada kerajaan negeri dalam hal-hal yang berkaitan dengan
ekonomi dan pembangunan negeri.

Kerajaan Tempatan
1. Penubuhan kerajaan tempatan bertujuan melicinkan pentadbiran awam setempat di
samping memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian
dalam pentadbiran mereka.
2. Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan sesebuah kerajaan tempatan untuk:
a) Membuat undang-undang kecil untuk dilaksanakan di sesuatu kawasan.
b) Mengutip cukai harta benda ,bayaran perkhidmatan sewa gerai kepunyaan
kerajaan tempatan dan mengeluarkan lesen kedai kopi dan lesen penjaja.
c) Menubuhkan dan menguruskan kumpulan wang Pihak Berkuasa Tempatan.
3. Fungsi utama Kerajaan Tempatan ialah:
a) Menerima dan melaksanakan arahan-arahan kerajaan negeri.

b) Menerima dan melaksanakan arahan-arahan Majlis Negara bagi Kerajaan


Tempatan.
c) Menyelaraskan dasar-dasar kerajaan tempatan dengan dasar-dasar kerajaan
pusat.
d) Menjalankan dasar-dasar kerja-kerja pembersihan kawasan.
e) Mengawal, menyewa, dan menguruskan pasar dan pasar malam.
f) Menjaga keindahan kawasan dan menyediakan kemudahan rekriasi.
4. Tujuan penyusunan semula Kerajaan Tempatan ialah:
a) Menyeragamkan undang-undang yang diguna pakai oleh pihak berkuasa
tempatan.
b) Meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran.
c) Menentukan keupayaan kewangan hasil usaha sendiri.
d) Melaksanakan pembangunan sosio ekonomi dengan lebih berkesan.
e) Mewujudkan autonomi dalam kewangan dan pentadbiran.
Dewan Bandar Raya
1. Kriteria status Kerajaan Tempatan dibawah Dewan Bandar Raya atau Majlis Bandar
Raya:
a) Pusat pentadbiran negeri.
b) Penduduk melebihi 300 000 orang.
c) Sumber kewangan melebih RM80 juta setahun.
d) Tempoh perkhidmatan anggota Dewan Bandar Raya atau Majlis Bandar Raya
ialah 2 tahun dan ahli majlisnya seramai 24 orang.
2. Bandar raya diketuai oleh seorang Datuk Bandar.
3. Tempoh perkhidmatan anggota Dewan Bandar Raya atau Majlis Bandar Raya ialah 2
tahun dan ahli-ahli majlisnya seramai 24 orang.
Majlis Perbandaran
1. Kriteria status:
a) Pusat Bandar.
b) Hasil pendapatan tahunannya melebihi RM10 juta setahun.
c) Penduduk melebihi 100 000 orang.
2. Diketuai oleh seorang Yang Dipertua.
3. Tempoh perkhidmatan anggota majlis perbandaran selama 1 tahun (boleh diperbaharui)
4. Ahli majlisnya ialah 8 hingga 24 orang.
Majlis Daerah
1. Kriteria status:
a) Sebuah pekan di luar bandar.
b) Jumlah penduduk kurang 100 000 orang.
c) Hasil pendapatan tahunan kurang daripada RM10 juta setahun.
2. Majlis Daerah diketuai oleh seorang Yang Dipertua.Jawatan ini biasanya dipegang oleh
Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah.
3. Tempoh perkhidmatan ahli Majlis Daerah selama 1 tahun.
4. Anggota Majlis Daerah ialah 8 hingga 12 orang.

Pentadbiran Peringkat Daerah(Semenanjung Malaysia)


1. Pentadbiran peringkat daerah diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah dan diketuai
oleh Pegawai Daerah.
2. Fungsi:
a) Merancang pembangunan daerah dan tanah.
b) Menyelaras dan melaksanakan projek-projek pembangunan diperingkat daerah.
c) Memastikan agensi negeri dan penghulu melaksanakan projek pembangunan.
d) Mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi negeri dan persekutuan.
e) Bertanggungjawab kepada setiausaha kerajaan negeri dalam pembangunan
peringkat daerah.
3. Dua buah jawatankuasa penting:
a) Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Wilayah.
b) Jawatankuasa Keselamatan Daerah.
* Di Kelantan Daerah disebut Jajahan.
Pentadbiran Peringkat Mukim
1. Pentadbiran diurus oleh Pejabat Penghulu yang diketuai oleh penghulu(kakitangan
awam).
* Di Kelantan dikenali sebagai Penggawa.
2. Penghulu dilantik oleh Ketua Negeri(Sultan).
3. Fungsi penghulu ialah membantu Pejabat Daerah dan Tanah dan agensi-agensi keajaan
lain melaksanakan projek pembangunan di peringkat mukim.
4. Penghulu bertanggungjawab menyelaraskan kegiatan kampung dibawah jagaannya.
Pentadbiran Peringkat Kampung
1. Diketuai oleh Ketua Kampung.
* Di Kelantan dikenali sebagai Penghulu.
2. Ketua kampung bukan kakitangan perkhidmatan awam tetapi dibayar elaun.
3. Membantu agensi kerajaan membangunkan kampung melalui Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK).
4. JKKK memberi peluang kepada penduduk tempatan melibatkan diri dalam perancangan
pembangunan kampung.
Pentadbiran Peringkat Daerah Di Sabah
1. Ditadbir oleh Pegawai Dalam dan dibantu oleh Ketua Daerah (suku kaum).
2. Suku kaum daerah diketuai oleh Ketua Anak Negeri / Ketua Bumuputera yang
merupakan penjawat awam.(undang-undang personel awam).
Pentadbiran Peringkat Kampung
1. Diketuai oleh Ketua Kampung(bukn kakitangan awam).

2. Ketua kampung membantu agensi kerajaan membangunkan kampungnya melalui


JKKK.
Pentadbiran Peringkat Bahagian di Sarawak
1. Diketuai oleh Residen.
2. Residen dibantu oleh Temenggung yang bertindak sebagai ketua masyarakat.
Pentadbiran Peringkat Daerah
1. Diketuai oleh Pegawai Daerah yang dibantu oleh ketua masyarakat yang dipanggil
Pemanca.
2. 2 buah jawatankuasa penting ialah:
a) Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Daerah.
b) Jawatankuasa Keselamatan Daerah.
Pentadbiran Peringkat Daerah Kecil
1. Diketuai oleh Pegawai Perkhidmatan Tadbir.
2. 2 jawatankuasa penting ialah:
a) Jawatankuasa Pembangunan dan Tindakan Daerah Kecil
b) Jawatakuasa Keselamatan Daerah Kecil.
Pentadbiran Peringkat Kampung
1. Diketuai oleh Penghulu yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.
2. Di kawasan pedalaman penghulu dipilih dari kalangan Ketua Rumah Panjang yang
bergela Tuai Rumah.
3. Penghulu membantu agensi kerajaan membangunkan kampung melalui JKKK.

BAB 4 SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA


Pengenalan
1. Undang-undang merupakan satu peraturan hidup yang dikenakan terhadap perlakuan
seseorang untuk mendisiplinkan mereka dan dikuatkuasakan terhadap penduduk sesuatu
Negara
2. Sistem perundangan di Malaysia ditentukan berdasarkan Perkara 160, Perlembagaan
Persekutuan.

Sumber Undang-undang Di Malaysia

Rajah 1: Sumber Undang-undang bertulis


Perbezaan antara undang-undang bertulis dengan undang-undang tidak bertulis
Bil Undang-undang Bertulis
1
Undang-undang diluluskan oleh Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri
2
Undang-undang yang mengutamakan
peraturan hidup manusia semasa
3
a) Undang-undang selepas merdeka
dikenali sebagai akta
b) Undang-undang sebelum merdeka
dikenali sebagai ordinan
4
Undang-undang utama Negara dan
meliputi undang-undang kecil dan
tempatan
Badan Perundangan (Legislatif)
1. Terdiri daripada dua badan utama :
a. Parlimen
b. Dewan Undangan Negeri

Undang-undang Tidak Bertulis


Tidak digubal oleh badan perundangan dan
mempunyai fahaman adat.
Undang-undang yang mengutamakan adat
Doktrin Duluan Kehakiman penggunaan
budi bicara mahkamah untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau pertikaian.
meliputi undang-undang sivil (perkahwinan,
harta warisan)

2. Kedua-dua badan ini bertanggungjawab dalam menggubal dan meluluskan undang-undang


di Peringkat Persekutuan dan Negeri
3. Parlimen

a. Kuasa perundangan di peringkat persekutuan


b. Terdapat tiga komponen utama badan perundangan persekutuan
I.
Yang di-Pertuan Agong
II.
Dewan Negara
III.
Dewan Rakyat
c. Fungsi ketiga-tiga badan ini ialah :
Badan Perundangan
Parlimen

Yang di-Pertuan Agong

Dewan Negara

Dewan Rakyat

Fungsi atau Kuasa


Forum bagi ahli-ahli dewan membahaskan hal-ehwal
berkenaan kerajaan dan Negara
Membahaskan belanjawan Negara dan rang undang-undang
Meminda undang-undang yang sedia ada
Sebagai forum kritik hal-hal pendapat orang ramai
berkenaan supaya menjadi seimbang dengan pandangan
umum
Memanggil Parlimen bersidang
Membubar atau memberhentikan persidangan Parlimen
Memperkenalkan rang undang-undang
Merupakan majlis tertinggi yang dikenali sebagai Senate
dan ahli-ahlinya dikenali sebagai senator
Mempunyai 70 orang ahli, 40 dilantik oleh YDPA, 26 orang
ialah 2 orang ahli dari setiap negeri, 2 orang dari WP K.L, 1
orang dari WP Labuan dan 1 orang dari WP Putrajaya
Tempoh jawatan ahli ialah 3 tahun (1 penggal) dan
Maksimum 6 tahun (2 penggal)
Merupakan tempat membahas rang undang-undang yang
telah dibentuk oleh Dewan Rakyat
Penyemak Rang undang-undang
Undang-undang biasa tempoh penangguhan 1 tahun
Undang-undang kewangan tempoh penangguhan 1 bulan
Boleh meminta Dewan Rakyat mengkaji semula rang
undang-undang semasa Dewan Negara menangguhkannya.
Boleh tangguh tetapi tidak berkuasa menolak
Tempat setiap wakil rakyat bersidang bagi mendapat
pembelaan rakyat yang diwakili bagi satu-satu kawasan
Parlimen
Parti yang membentuk kerajaan hendaklah memenangi
kerusi majoriti dalam pilihanraya umum
Bagi mana-mana pemimpin parti yang mendapat
kepercayaan majoriti akan dilantik sebagai Perdana Menteri
Parti yang menang dengan kerusi majoriti di Dewan Rakyat
akan membentuk kerajaan pusat
Menjadi tempat atau mempunyai kuasa pemutus dalam
undang-undang kewangan
Seseorang ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan
pilihanraya untuk menjadi ahli Dewan Rakyat dan ahli
Dewan Undangan Negeri.
Memberi kata pemutus berhubung undang-undang

kewangan
Berperanan membahas rang undang-undang dan
belanjawan Negara
Mengkaji semula rang undang-undang semasa Dewan
Negara menangguhkannya
Pentadbiran Parlimen
Terdapat lima buah jawatankuasa setiap kali sesi Parlimen bermula
Jenis Jawatankuasa
Jawatakuasa Dewan
Jawatankuasa Peraturan
Tetap Mesyuarat
Jawatankuasa Pemilihan

Jawatankuasa Hak Ahli dan


Kebebasan
Jawatankuasa Akaun Awam

Jawatankuasa Sementara
(ad hoc)

Fungsi
Penasihat Yang Dipertua Dewan yang menyediakan
kemudahan dan keselesaan untuk Majlis Dewan
Jawatankuasa ini bertangungjawab mempertimbangkan dan
mengesahkan penyata yang diserahkan oleh Dewan
Memilih ahli jawatankuasa yang lain
Mempunyai speaker dewan dan ahli sebanyak 6 orang
dipilih oleh DR dan DN
Menjaga kepentingan dan disiplin ahli dewan
Menyemak dan memastikan wang peruntukan oleh Parlimen
yang digunakan sebaik-baiknya dan menepati keperluan
negeri
Memeriksa penyata kira-kira badan pentadbiran dan penyata
kira-kira Negara
Membuat cadangan dan membaiki urusan akaun awam
Dibentuk apabila diperlukan sahaja
Bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang
berlaku dengan tiba-tiba
Mempunyai bilangan ahli yang dipilh mengikut kelayakan

Keahlian Dewan Rakyat dan Dewan Negara


Dewan Negara
Berumur 30 tahun keatas
Warganegara Malaysia
Waras fikiran
Tidak memegang jawatan berpendapatan
Bukan muflis
Tiada rekod jenayah
Tidak pernah didenda RM2000 atau lebih /
tidak dipenjara lebih satu tahun
Mempunyai jasa dan cemerlang dalam
perkhidmatan awam/ Mempunyai kepujian
dalam bidang professional, perdagangan,
perusahaan, kebudayaan dan kebajikan
masyarakat
Mewakili kaum minoriti

Dewan Rakyat
21 tahun ke atas
Warganegara Malaysia
Waras fikiran
Tidak memegang jawatan berpendapatan
Bukan muflis
Tiada rekod jenayah
Tidak pernah didenda RM2000 atau lebih/
tidak dipenjara lebih satu tahun
Mewakili sesuatu parti politik atau calon
bebas

Perlucutan keahlian Dewan Negara dan Dewan Rakyat


Dewan Negara
Ahli tidak menghadiri persidangan Dewan
Negara bagi tempoh 6 bulan
Boleh meletak jawatan dengan syarat
menulis surat kepada YDPA
Hilang kelayakan

Dewan Rakyat
Tidak menghadiri mesyuarat Dewan
Rakyat selama 6 bulan secara berterusan
Tidak mengangkat sumpah dalam tempoh
3 bulan selepas dewan itu mula-mula
bersidang
Hilang kelayakan

Hilang Kelayakan
- Tidak sempurna akal
- Menjadi lembaga pengarah atau lembaga pengurus sesuatu badan atau pertubuhan/
jawatan berpendapatan
- Memegang jawatan dalam kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat
- Diisytiharkan muflis
- Disabitkan kesalahan oleh mana-mana mahkamah Persekutuan.
- Memperoleh kewarganegaraan asing.
Yang DiPertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (Speaker Dewan)
Dewan Negara
Yang Dipertua Dewan Negara dan
timbalan dipilih dari kalangan ahli
dewan

Tugas Yang Dipertua Dewan ialah :


a) Mempengerusikan Dewan Negara
b) Menjaga ahli-ahli dewan supaya
mematuhi tatatertib dewan
c) Mengenakan tindakan disiplin
setiap ahli dewan yang melanggar
tatatertib
d) Sebagai jurucakap dewan
e) Timbalan boleh mengambil alih
tugas jika Yang Dipertua Dewan
Negara tidak dapat hadir

Dewan Rakyat
Boleh dilantik di kalangan ahli DR dan
bukan ahli DR
Perlantikan dari ahli DR dibuat oleh
YDPA atas saranan PM
Bukan ahli DR perlu mengangkat
sumpah
Tugas Yang Dipertua Dewan ialah :
a) Mempengerusikan Dewan Rakyat
b) Mengambil tindakan disiplin
terhadap ahli yang mematuhi
tatatertib dan peraturan dewan
c) Berperanan untuk menanguhkan
persidangan Majlis Parlimen
d) Menerima atau menolak soalan
yang dikemukakan oleh dewan
e) Mengambil tindakan dengan
melarang ahli menghadiri
persidangan
f) Membuat keputusan tentang
peraturan mesyuarat jika perlaku
perbalahan
g) Mengesahkan bil-bil perbelanjaan
dan kewangan sebelum bil-bil
tersebut di bawa ke DR
h) Memulakan persidangan apabila
terdapat korum sebanyak 26 orang

(tidak termasuk Speaker Dewan)


Jenis Rang Undang-undang
Rang Undang-undang
Hibrid

Persendirian
Awam
Ahli Persendirian

Huraian
Undang-undang yang dikemukakan oleh ahli Dewan
Rakyat atau bukan kerajaan yang mempunyai
kepentingan awam mengikut pandangan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat
Berdasarkan pertubuhan, badan, persatuan, organisasi
tertentu yang berkaitan masyarakat tertentu sahaja.
Dibentang oleh menteri dari kementerian tertentu
berkaitan pembangunan dan dasar awam, kemajuan,
kebaikan dan kesejahteraan rakyat.
Dibentang oleh Ahli Dewan Rakyat atau pihak bukan
kerajaan yang meliputi kepentingan pihak-pihak tertentu.

Proses Penggubalan Rang Undang-undang Awam


Menteri berkaitan membuat draf dan mengemukakan rang undang-undang
dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan
Perbendaharaan dan kementerian berkaitan
Rang Undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara

Rang ini diluluskan untuk pemerhatian kabinet dan diusul di Parlimen


Bacaan Kali Pertama
Notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha DR & DN

1.
2.
3.
4.

Bacaan Kali Kedua


Dibahaskan di DR oleh parti pembangkang dan wakil rakyat
Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat
Menteri menjelaskan sebarang persoalan
Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang oleh DR

Peringkat Jawatankuasa
1. Meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci
2. Membuat pindaan yang sesuai

Bacaan Kali Ketiga


1. Dibaca di DR dan DN
2. Dihantar untuk kelulusan
3. Mendapat undian majoriti untuk diluluskan sebagai akta

Diperkenan oleh YDPA


1. Dalam tempoh 30 hari
2. Jika tidak diperkenan, rang undang-undang akan diluluskan kemudian

Warta Kerajaan
1. Dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dan dipamerkan di
bangunan Parlimen
2. Dinyatakan tarikh penguatkuasaan untuk diamalkan

BADAN PERUNDANGAN NEGERI


1. Badan perundangan negeri adalah terdiri daripada:
a.
Raja atau yang Dipertua Negeri
b.
Dewan Undangan Negeri (DUN)
2. Kedua-dua badan ini berperanan penting dalam membuat, menggubal dan meluluskan
undang-undang di peringkat negeri.
RAJA ATAU YANG DIPERTUA NEGERI
1. Raja atau Yang Dipertua Negeri juga berfungsi seperti Yang di-Pertuan Agong di peringkat
pusat. Di peringkat negeri, raja atau Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa dan fungsifungsinya yang tersendiri. Antaranya ialah:
a. Berkuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
b. Dewan Undangan Negeri semasa pembukaan, tetapi tidak perlu menyertai mesyuarat
Dewan Undangan Negeri.
c. Memperkenalkan rang undang-undang enakmen sebelum dijadikan enakmen.
Bagaimanapun, rang undang-undang yang telah diperkenankan atau yang diluluskan
oleh raja atau Yang Dipertua Negeri akan berkuat kuasa sesudah diwartakan.
2. Penggubalan undang-undang tertakluk pada Dewan Undangan Negeri sama ada yang
diketuai oleh raja atau Yang Dipertua

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)


1. Rakyat melalui sistem pilihan raya memilih ahli-ahli Dewan Undangan Negeri untuk dipilih
sebagai wakil dalam Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah ahli Dewan Undangan Negeri adalah tidak sama dan ia tertakluk pada
perlembagaan negeri masing-masing.

Syarat -syarat Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri


1. Ahli Dewan Undangan Negeri mestilah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke
atas dan bermastautin dalam negeri berkenaan.
2. Setiap ahli Dewan Undangan Negeri memegang jawatan selama lima tahun, kecuali jika
Dewan Undangan Negeri dibubarkan oleh raja atau Yang Dipertua sebelum tempoh
tersebut.
3. Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh menjadi ahli dewan lebih daripada satu
kawasan pilihan raya satu masa
Fungsi Badan Perundangan Negeri
1. Membuat, meluluskan dan menolak sebarang rang undang-undang.
2. Membuat pindaan undang-undang yang bertindih dengan Persekutuan dalam Senarai
Negeri dan Senarai Bersama.
3. Jika ada perkara-perkara yang tersenarai dalam Senarai Persekutuan, ahli atau Dewan
Undangan Negeri boleh membuat undang-undang baru berhubung dengan perkara
tersebut.
4. Kuasa tambahan diberi bagi negeri Sabah dan Sarawak.
5. Dewan Undangan Negeri juga boleh membuat undang-undang berkait dengan perkaraperkara yang tidak ada dalam mana-mana senarai.
6. Jika ada persamaan antara undang-undang Negeri dan Persekutuan. Undang-undang
Persekutuan akan diguna pakai dan Undang- undang Negeri terbatal.
Persidangan Dewan Undangan Negeri
1. Dewan Undangan Negeri aka bersidang apabila dibuka secara rasmi oleh Yang Dipertua
atau raja-raja Melayu setiap negeri, dalam tempoh 120 hari selepas pembubaran.
2. Penggal persidangan bagi satu-satu mesyuarat ialah tidak lebih enam bulan, ertinya jarak
masa antara persidangan yang akhir dan yang berikutnya ialah enam bulan.
3. Setiap persidangan Dewan Undangan Negeri hendaklah dipengerusikan oleh Yang
Dipertua. Biasanya ia dipilih dari kalangan ahli Dewan Undangan Negeri itu sendiri.
4. Dewan Undangan Negeri berfungsi selama lima tahun, kecuali dibubarkan oleh raja atau
Yang Dipertua sebelim tempoh sama ada akibat kematian atau hal-hal lain kesahan
undang-undang.
5. Agenda mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah :
a) Melantik Speaker atau Yang Dipertua Dewan dan timbalannya.
b) Semua ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dikehendaki mengangkat sumpah.
c) Merancang takwim Dewan Undangan Negeri untuk tempoh lima penggal.
d) Raja atau Yang Dipertua Negeri hendaklah member titah ucapan kepada ahli dewan
tentang tugas-tugas dan dasar-dasarnya.
e) Sebaik saja ucapan raja atau Yang Dipartua Negeri, persidangan bolehlah dimulakan
dan akan berakhir selama beberapa hari mengikut agenda.
Keahlian Dewan Undangan Negeri
1. Seperti juga keahlian Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri mempunyai syarat-syarat
yang sama. Antaranya ialah :

a. Warganegara Malaysia yang bermastautin di negeri berkenaan.


b. Berumur 21 tahun ke atas,fikiran yang waras,tidak memegang jawatan dalam kerajaan
yang bergaji tetap dan tidak muflis.
c. Setiap ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh melakukan kesalahan mahkamah dan
akan dilucutkan jawatan sekiranya didapati bersalah seperti :
I.
Penjara selama satu tahun.
II.
Dikenakan denda sebanyak RM2000 ke atas.
d. Memegang jawatan selama lima tahun jika tidak ada pembubaran oleh raja atau Yang
Dipertua.
e. Memegang satu kawasan bagi satu kawasan DUN
f. Lain-lain adalah sama dengan peringkat ahli Dewan Rakyat
2. Di antara keistimewaan ahli Dewan Undangan Negeri ialah :
a. Di bawah Akta Hasutan 1970, ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh didakwa
kecuali isu-isu sensitive dan menyiarkan atau menghebahkan persidangan Dewan
Undangan Negeri.
b. Mahkamah tidak boleh mempersoalkan sebarang prosiding di Dewan Undangan Negeri.

Anggaran
Tambahan

Anggota Parlimen

Dewan Negara

Speaker
dewan
Negara
Bahasa yang tidak
sesuai di parlimen
Belanjawan

Celaan

Kumpulan
wang
yang disatukan

Jika Pemerintah memerlukan perbelanjaan yang tidak termasuk dalam Belanjawan,


kelulusan Parlimen harus dipinta bagi mendapatkan dana tambahan. Keperluan dana
itu dirumuskan dan dikemukakan oleh
Pemerintah kepada Parlimen sebagai anggaran perbelanjaan tambahan.
Anggaran tambahan serupa bentuknya dengan anggaran utama, iaitu memberikan
perincian jumlah dan tujuan tambahan dana yang diperlukan. Setelah dipertimbangkan
oleh Parlimen, anggaran tambahan
diluluskan dalam bentuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan atau Rang
Undang-Undang Perbekalan Akhir
Anggota Parlimen yang dipilih mewakili sesuatu kawasan undi dan memperoleh kerusi
Parlimen dengan memenangi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil bagi kawasan
undi berkenaan.
Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan
perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu
daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat.
Seramai 70 ahli Dewan Negara iaitu 40 orang yang dilantik oleh YDPA yang terdiri
daripada warganegara yang berjasa kepada Negara , 2 wakil dari kuala lumpur,
seorang dari Labuan dan seorang dari putrajaya manakala 26 orang lagi ialah dua
orang ahli dari setiap negeri.
Pengerusi dan jurucakap, bertanggungjawab dalam mengawasi perjalanan mesyuarat
serta mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mesyuarat.
Kata-kata atau ungkapan yang kesat dan menghina yang tidak seharusnya digunakan
semasa persidangan parlimen.
Belanjawan adalah usul yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun oleh kerajaan,
menunjukkan jumlah wang yang dijangka akan diterima dan bagaimana kerajaan
bercadang untuk mengumpulkan dan membelanjakan jumlah tersebut.
Celaan bererti pernyataan rasmi rasa tidak senang hati Speaker, ditujukan kepada
Anggota atau orang luar yang melanggar peraturan tata tertib. Anggota boleh dicela
sama ada di tempat duduknya atau di Palang Dewan, manakala orang luar hanya
dicela di Palang Dewan.
Segala wang / hasil yang diterima oleh Persekutuan atau sesuatu Negeri mestilah
dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi Persekutuan atau Kumpulan
Wang Disatukan bagi Negeri.
Kecuali Zakat, Fitrah, Baitul Mal atau hasil agama Islam yang seumpamannya, maka
hasil itu hendaklah dibayar masuk ke dalam suatu kumpulan wang yang berasingan.
Selain dari hasil biasa yang boleh digunakan untuk perbelanjaan am, kerajaan boleh
juga memegang wang sebagai amanah bagi maksud-maksud tertentu atau wang
sebagai pinjaman yang kena dibayar balik.

Dengar, dengar

Ungkapan tradisional parlimen bagi memuji-muji sesuatu ucapan. Ungkapan ini adalah
kependekan daripada Hear him, hear him (Dengar, dengar apa katanya). Pujian juga
boleh dinyatakan oleh para Anggota dengan bertepuk tangan atau menepuk-nepuk
bahagian tepi tempat duduk mereka.

Dewan

Dewan bererti Parlimen sebagai badan para wakil rakyat yang diberi kuasa
perundangan. Dewan jugamerujuk kepada Bangunan Parlimen. Istilah ini digunakan
bagi semua rujukan kepada Parlimen dalam usul dan kenyataan di Dewan, misalnya,
Bahawa Dewan ditangguhkan sekarang. Pengertiannya tidak sama dengan istilah
Chamber (Kamar) yang merujuk kepada ruang fizikal tempat Parlimen menjalankan
urusannya.

Gilotin

Hak
Parlimen

Perintah yang dibuat oleh Speaker atau Dewan bagi menetapkan masa yang
dibenarkan bagi perbahasan tentang sesuatu perkara. Waktu Gilotin menjadi faktor
utama dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan, kerana Gilotin dikuatkuasakan
dengan tegas agar Dewan dapat menyelesaikan perbahasan tentang anggaran
perbelanjaan dalam masa yang ditetapkan.
Istimewa

Hansard
Kebenaran Dewan

Ketua
Pembangkang
Majoriti

Kata-kata yang diucapkan di sepanjang sidang Parlimen mempunyai hak istimewa,


yang bererti kebal daripada tindakan mahkamah. Dengan adanya hak istimewa,
Anggota boleh bercakap secara terbuka dan terus terang tanpa bimbang padahnya di
sisi undang-undang. Jika hak istimewa dilanggar, Anggota boleh ditegur, didenda,
digantung keanggotaannya atau dipenjarakan, mengikut saranan Jawatankuasa Hak
Istimewa. Dewan juga berkuasa untuk menggantung hak istimewa dan kekebalan yang
melindungi Anggota daripada liabiliti terhadap tindakan sivil
Istilah khas Parlimen bagi laporan rasmi yang merekodkan prosiding sidang Parlimen.
Izin Dewan untuk melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan pada waktu
berkenaan atau dengan cara berkenaan. Apabila kebenaran diperlukan, semua
Anggota yang hadir harus menyetujui usul berkenaan, kecuali jika lain diperuntukkan
dalam Peraturan Tetap Mesyuarat
Ketua parti minoriti terbesar yang mampu dan bersedia untuk memegang jawatan
seandainya Pemerintah meletakkan jawatan.Parti ini membentuk kabinet bayangan
yang diketuai oleh Ketua Pembangkang.
Setiap soalan yang dicadangkan di Parlimen harus diputuskan dengan sokongan undi
majoriti mudah iaitu, lebih daripada separuh bilangan Anggota yang hadir semasa
pengundian, kecuali lain diperuntukkan dalam undang-undang

Menangguhkan

Menunda sesuatu hingga lain masa.

Pelapor Verbatim

Lihat Pelapor Parlimen

Pembubaran
Parlimen

Parlimen dibubarkan apabila tamat tempohnya di sisi undang-undang, iaitu paling lama
lima tahun sejak tarikh sidangnya yang pertama.

Penangguhan
Perbahasan

Ada kalanya, perkara yang sedang dibincangkan tidak dapat diselesaikan dalam satu
sidang. Misalnya,bilangan Anggota yang ingin berucap mungkin melebihi jumlah yang
diperuntukkan bagi sidang itu, atau perbahasan mungkin memakan masa beberapa
hari, seperti perbahasan tentang Amanat Presiden dan urusan Perbekalan. Dalam
keadaan demikian, seorang Anggota boleh mengajukan usul Bahawa perbahasan
ditangguhkan sekarang .
Hukuman yang dikenakan ke atas Anggota Parlimen bagi tingkah laku sangat tidak
tertib, sangat tidak menghormati kuasa Pengerusi, atau berdegil dan sengaja
menghalang urusan Dewan. Anggota yang digantung jawatannya akan diarahkan oleh
Speaker supaya mengosongkan tempat duduknya dan beredar dari kawasan
Parlimen. Penggantungan itu boleh berlangsung selama tempoh yang ditentukan oleh
Dewan.

Penggantungan
Anggota

Statut
Whip

Kata ini berasal daripada perkataan Latin statutum, yang bermaksud telahdiputuskan.
Statut bererti Akta Parlimen
Pengurus parti dalam Parlimen yang bertanggungjawab mengaturkan penyertaan para
Anggota dari partinya dalam perbahasan dan pengundian. 32 Whip Pemerintah dan
Whip Pembangkang mempunyai fungsi yang sama. Tugas mereka yang paling penting
ialah menghimpunkan para Anggota di pihak masing-masing dan memastikan mereka
menyokong pendirian parti semasa pengundian. Istilah lifting he whip (menarik balik
whip) digunakan apabila parti membenarkan Anggotanya sendiri di Parlimen mengundi
mengikut pegangan nurani masing-masing

Westminster

Kata Westminster juga digunakan untuk memerihalkan bentuk pemerintahan


Berparlimen.

Tertib di dalam
Dewan

Perbuatan atau kelakuan yang tertib dalam mesyuarat Dewan atau Jawatankuasa.
Tata tertib dijaga oleh Pengerusi. Anggota yang kelakuannya sangat tidak tertib boleh
diperintahkan oleh Speaker atau Pengerusi supaya beredar dengan serta merta dari
Parlimen hingga selesai sidang hari itu. Sebagai alternatif, dia boleh dinamakan oleh
Speaker atau Pengerusi

PILIHAN RAYA
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
1. Suruhanjaya Pilihan Raya adalah merupakan satu badan yang menguruskan pilihan raya di
Maaysia.
2. Dalam Perkara 113 hingga 120 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menjadi dasar
Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengekalkan proses demokrasi melalui sistem pilihan raya
dengan mengambil kira menyelia, memelihara proses pilihan raya secara demokrasi yang
adil dan saksama.
PERANAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Menguruskan urusan pendaftaran pemilih.


Menyemak daftar pemilih.
Memilih persempadanan semula (jika perlu) bahagian pilihan raya.
Mendaftar caon-calon yang berdaftar.
Menetukan kelayakan calon-calon yang bertanding.
Bagi pilihan raya kecil, SPR berhak mengisi kekosongan kerusi dewan rakyat dan
dewan undangan negeridengan mengadakan pilihan raya kecil
Bagi melancarkan perjalanan pilihan raya, SPR menerima dan menyelidik setiap rayuan
tentang pilihan raya.

PENGUNDI
1. Pengundi-pengundi dalam pilihan raya mestilah
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur 21 tahun ke atas.
c) Bermastautin di kawasan pilihan raya.
2. Warganegara yang tidak layak mengundi ialah
a) Yang tidak sempurna akal.
b) Menjalani hukuman penjara.
c) Didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati

PENGUNDI POS

1. Sekiranya seorang warganegara (pengundi) itu tidak bermastautin di kawasan pilihan raya
pada hari tersebut dia masih boleh mengundi secara undi pos walaupun mereka ini
disenaraikan sebagai pengundi tidak hadir. Mereka ini terbahagi kepada 3 golongan iaitu:
a) Sesorang anggota tetap yang sedang berkhidmat dalam pasukan angkatan bersenjata
Malaysia atau Komanwel.
b) Seseorang kakitangan awam Kerajaan Persekutuan , Kerajaan Negeri, Kerajaan
Tempatan atau badan berkanun yang berkhidmat di seberang laut.
c) Seseorang yang sedang balajar sepenuh masa dalam sesebuah IPT di luar
Persekutuan atas pembiayaan kerajaan
d) Mereka ini (termasuk isteri mereka) boleh mengemukakan pengundian mereka secara
pos.
e) Ahli pasukan polis, petugas-petugas pilihan raya dan mereka yang ditentukan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya.
PROSEDUR PILIHAN RAYA.
Bagi memulakan proses pilihan raya, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat
tujuannya ialah untuk menentukan dan mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh
pengundian sama ada Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Kecil. Penetapan tarikh dan
sebagainya adalah seperti berikut:
1. Tarikh penamaan calon.
a) Mestilah tidak kurang empat hari selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya.
b) Tarikh pengundian .Mestilah tidak kurang tujuh hari selepas penamaan calon.
2. Calon-calon.
a) Setiap calon yang bertanding peringkat Dewan Rakyat mesti membayar deposit
sebanyak RM 10 000.
b) Setiap calon bagi Dewan Undangan Negeri mesti membayar deposit sebanyak RM 5
000.
3. Wang deposit.
a) Setiap wang deposit akan hilang wang pertaruhan sekiranya jumlah undi tidak mencapai
jumlah undi yang ditetapkan
b) Setiap wang deposit akan dikembalikan sekiranya calon memperolehi undi 1/8 jumlah
undi yang dibuang.
4. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan perbelanjaan setiap calon dalam pilihan raya adalah
seperti berikut:
a) RM 100 000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri.
b) RM 200 000 bagi setiap kawasan Parliman atau Dewan Rakyat.
5. Notis pilihan raya.Pemberitahuan tentang pendaftaran nama pemilih diwartakan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya.
a) Pemilih baru mendaftar nama.
b) Daftar pemilih lama mendaftar semula jika ingin menukar kawasan pilihan raya.
c) Kemas kini butir-butir dan tempat pilihan raya
6. Pembubaran Parlimen.
a) Pembubaran parlimen dibuat selepas kesemua pendaftaran dan semakan nama-nama
pengundi dibuat.
b) Tarikh pilihan raya umum akan ditetapkan sebaik saja selepas pembubaran parlimen
dalam tempoh 60 hari (Semenanjung) dan 90 hari (Sabah& Sarawak). Selepas itu,

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan writ pilihan raya dan notis untuk disiarkan
sebagai pemberitahuan tentang pilihan raya yang mengandungi keterangan tentang
penetapan hari penamaan calon dan hasil pengundian.
7. Hari penamaan calon.
a) Bakal calon hendaklah mengisi borang penamaan calon untuk diserahkan kepada
pegawai atau pengurus pilihan raya yang dilantik di dewan yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya di kawasan masing-masing.
b) Biasanya kertas penamaan calon akan dipamerkan kepada orang ramai antara jam
11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sekiranya tidak ada penamaan kedua atau ketiga,
maka penamaan pertama dianggap menang tanpa bertanding. Pengistiharan pemenang
akan diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang akan dilantik ketika itu
juga.
c) Wang pendahuluan perlu dibayar seperti yang disebut dalam perkara (iii) dan (iv) di
muka surat 27 sebelum ini.
d) Kempen pilihan raya boleh dilakukan sebaik penamaan calon selesai. Pihak
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan syarat-syarat berkempen agar ia berjalan
dalam keadaan aman dan penuh keadilan. Semua kempen pilihan raya tidak lagi
dibenarkan sebaik sahaja sebelum pukul 12 tengah malam menjelang hari pengundian.
e) Calon-calon dari mana-mana pertubuhan politik boleh menggunakan simbol parti yang
disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk digunakan semasa berkempen.
8. Hari mengundi.
a) Rakyat Malaysia yang berdaftar akan keluar mengundi di awal pagi iaitu antara 8.00
pagi hingga 5.00 petang.
b) Bagi kawasan-kawasan yang menghadapi masalah pengangkutan dan perhubungan
seperti Sabah dan Sarawak masa pengundian akan dilanjutkan selama 2 hari.
c) Pengundian akan dijalankan di tempat-tempat yang di tetapkan seperti dewan sekolah,
dewan orang ramai atau balai raya mengikut kesesuaian satu-satu kawasan.
d) Dewan pengundian akan diketuai oleh ketua tempat mengundi. Tugasnya ialah untuk
menyelia tugas-tugas pengundian dengan dibantu oleh seorang kerani.
e) Setiap pengundi akan diserahkan kertas undi yang mengandungi parti-parti dan nama
calon yang bertanding.
f) Pengundi akan memangkah dengan pensil yang disediakan bagi memilih calon atau
parti yang bertanding mengikut pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi.
g) Kertas undi akan dimasukkan kedalam peti undi sama ada Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri.
9. Pengiraan undi
a) Dilakukan di tempat mengundi
b) Berkelompok
c) Bagi undi pos, dikira di tempat yang di tetapkan oleh pegawai pengurus.
10. Semasa pengiraan undi, orang ramai tidak dibenarkan masukke dewan pengiraan undi
kecuali:
a) Calon ejen pilihan raya
b) Krani mengira undi

c) Pagawai yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya


d) Ahli dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
11. Sebaik saja selesai pengiraan undi, penyata pengiraan undi akan diserah kepada pegawai
pengurus di tempat pengiraan undi rasmi.
12. Keputusan pilihan raya.
a) Pegawai pengurus pilihan raya kawasan akan mengumumkan keputusan pilihan raya
dan mengistiharkan pemenang dari mana-mana calon yang mendapat undi yang
terbanyak.
b) Semua keputusan pilihan raya, sama ada parlimen atau Dewan Undangan Negeri
(DUN) akan diumumkan satu-persatu melalui media elektronik seperti televisyen, radio
ke seluruh tanah air. Parti yang menang majoriti akan membentuk kerajaan.
c) Bantahan keputusan pilihan raya.
13. Sekiranya calon yang bertanding tidak puas hati atas keputusan pilihan raya, beliau boleh
menghantar petisyen bantahan di Mahkamah Tinggi. Masa yang diberi ialah 21 hari selepas
pengumuman pilihan raya. Walaubagaimanpun setiap bantahan mestilah berdasarkan:
a) Adanya berlaku penipuan atau ugutan.
b) Hilang kelayakan bagi calon atau ejen calon.
c) Perbuatan menyogok atau perkara yang menyalahi undang-undang.
14. Pilihan raya semula
Jika hakim piihan raya memutuskan pilihan raya tidak sah di sisi undang-undang pilihan raya,
Suruhanjaya Pilihan Raya berhak mengadakan pilihan raya semula bagi kawasan yang
berkenaan.

BAB 5 SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA


Fungsi Kehakiman
1.
a)
b)
c)
d)
e)

Fungsi kehakiman ialah:


Mentadbir keadilan secara adil dan saksama melalui mahkamah
Mengesahkan undang- undang yang digubal oleh badan perundangan
Membatalkan undang- undang yang bercanggah dengan perlembagaan
Mentafsir undang- undang
Mengisytiharkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah jika bercanggah dengan
perlembagaan

f) Memelihara hak- hak warganegara daripada apa- apa pencabulan oleh kerajaan
g) Menyelesaikan pertikaian antara sesama individu atau individu dengan kerajaan
2.

Badan kehakiman adalah satu daripada tiga komponen Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Rajah di bawah menunjukkan pengasingan tiga badan atau dikenali doktrin pengasingan
kuasa.

Yang di- Pertuan Agong

Badan Perundangan

Badan Eksekutif

Badan Kehakiman

Yang di-Pertuan Agong ialah pemegang kuasa eksekutif badan kehakiman. Fungsi baginda
banyak berhubung perlantikan hakim- hakim Mahkamah Atasan serta mempunyai kuasa
mengampun.
3. Kebebasan kehakiman
a) Bertujuan menjamin kedaulatan undang- undang
b) Dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong
c) Dapat mentafsirkan dan mentadbirkan undang- undang sendiri tanpa rasa takut
atau pilih kasih
d) Hakim memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di- Pertuan Agong,
sehingga berumur 66 tahun atau dilanjutkan tidak melebihi 6 tahun
e) Hakim bebas membuat keputusan tanpa terikat kepada hakim- hakim lain. Hakim
hanya boleh merujuk kepada keputusan penghakiman terdahulu sebagai
panduan membuat keputusan.
f) Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan di Parliman kecuali dengan sokongan
anggota Parliman dan tidak boleh dibincangkan dalam Dewan Undangan
Negeri.
g) Hakim hanya boleh dilucutkan jawatannya oleh Yang di- Pertuan Agong melalui
satu tribunal yang terdiri daripada para hakim yang lebih tinggi kedudukannya
dalan bilangan ganjil.
h) Saraan hakim ditentukan oleh Parliman manakala pembayarannya dibuat melalui
Kumpulan Wang Disatukan.
Hierarki Mahkamah Awam dan Ketua Kehakiman di Mahkamah Awam

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi
Malaysia

Mahkamah Tinggi
Sabah&Sarawak

Mahkamah Majistret K1Mahkamah Sesyen


Mahkamah Majistret K2
Mahkamah Penghulu

Mahkamah Awam
(Mahkamah Atasan/Tinggi)

Hierarki Ketua Kehakiman dalam Sesebuah


Mahkamah Atasan Malaysia

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan

Ketua Hakim Negara Mahkamah


Persekutuan
Presiden Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi Malaya

Hakim Besar Malaya

Mahkamah
Sarawak

Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Tinggi

Sabah

dan

Mahkamah Bawahan
(Mahkamah Rendah)

Hierarki Ketua kehakiman dalam Sesebuah


Mahkamah Rendah Malaysia

Mahkamah Sesyen

Hakim Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret Kelas 1

Majistret Kelas 1

Mahkamah Majistret Kelas 2

Majistret Kelas 2

Mahkamah
Penghulu
(hanya
terdapat di semenanjung Malaysia
sahaja)

Penghulu

Mahkamah Tuntutan Kecil (Kuala


Lumpur)

Majistret Kelas 2

Hierarki Mahkamah Khas dan Ketua Kehakiman di Mahkamah Khas


Mahkamah Khas

Ketua Kehakiman dalam Sesebuah


Mahkamah Khas

Mahkamah Juvana

Majistret Kelas 1

Mahkamah Syariah

Ketua Hakim Syariah

Mahkamah Tinggi Tentera

Leftenan Kolonel

Mahkamah Rendah Tentera

Mejar

Mahkamah Perusahaan

Presiden

Mahkamah Buruh

Pegawai Jabatan Buruh

Mahkamah Anak Negeri

Pegawai Daerah

Mahkamah Khas Raja- Raja

Ketua Hakim Negara

Mahkamah Ketua Bumiputera

Pegawai atau Ketua Bumiputera

Mahkamah Daerah Bumiputera

Majistret Kelas 1

Pentadbiran Kehakiman
1. Pegawai kerajaan yang menjalankan penguatkuasaan undang- undang seperti polis,
kastam dan imigresen akan mendapatkan bukti- bukti atau kesalahan yang dilakukan
serta bertindak mengikut peraturan yang berikut, iaitu sama ada:
a) Mendakwa sendiri mengikut akta seperti Akta Kastam, Akta Badan Pencegah
Rasuah, Akta Polis, atau
b) Pejabat Peguam Negara akan menentukan jenis pendakwaan yang bertepatan
dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh seseorang tertuduh. Peguam
Negara akan mengemukakan kertas pertuduhan.
2. Peguam Negara memegang kuasa untuk menentukan pertuduhan serta menetapkan
tempat atau mahkamah awam bagi membicarakan kes.
3. Ketua dalam sistem kehakiman di Malaysia ialah Ketua Hakim Negara.
4. Ketua pentadbiran di sesebuah mahkamah ialah Ketua Pendaftar. Fungsi Ketua
Pendaftar adalah mendaftarkan kes- kes yang akan dibicarakan di mahkamah. Beliau
akan menentukan tarikh perbicaraan serta hakim yang akan membicarakan kes.
Perlantikan Hakim
Kelayakan
1. Warganegara Malaysia dan berpengalaman selama 10 tahun sebagai peguam (peguam
bela/ peguam cara)
2. Berkhidmat dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang- Undang
Persekutuan atau Negeri seperti menjadi pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara
Tempoh Jawatan
Sehingga berumur 66 tahun atau boleh dilanjutkan untuk tempoh 6 bulan oleh Yang di-Pertuan
Agong.
Perlantikan Hakim
Mengikut jenis hakim seperti yang berikut.
Bil
1
2

Hakim Mahkamah Atasan


Ketua Hakim Negara (Hakim Besar
Mahkamah Persekutuan)
Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan

Pihak yang Terlibat dengan Perlantikan


YDPA + MRR + PM

YDPA + MRR + PM + KHN

Presiden Mahkamah Rayuan

Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya

Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah


dan Sarawak
Hakim hakim Mahkamah Tinggi

Pesuruhjaya Kehakiman dan UndangUndang

6
7

Bil

Hakim Mahkamah Rendah

YDPA + MRR + PM + KHN + Hakim


Besar
YDPA + PM + Hakim Besar setiap
Mahkamah Tinggi
YDPA + PM + Hakim Besar setiap
Mahkamah Tinggi + Ketua Menteri
YDPA + PM + Hakim Besar Malaya/
Sabah dan Sarawak
YDPA + PM + KHN

Pihak yang Terlibat dengan Perlantikan

Hakim Mahkamah Sesyen

YDPA + Hakim Besar

Majistret Kelas 1

Majistret Kelas 2

Penghulu (Mahkamah Penghulu)

YDPA (bagi W. Persekutuan) atau


Yang di-Pertua Negeri atau Sultan +
Hakim Besar sahaja (YDPA + Hakim
Besar)
Yang di- Pertua Negeri atau Sultan
sahaja
Lantikan
oleh
Suruhanjaya
Perkhidmatan
Negeri
(dikenali
sebagai lantikan Kerajaan Negeri)

Mahkamah dan Bidang Kuasa

Mahkamah Persekutuan
Bidang Kuasa Asal
Bidang Kuasa Rayuan
Menentukan kesahihan undang Mendengar dan memutuskan rayuan
undang oleh institusi perundangan
kes jenayah atau sivil dari Mahkamah
Rayuan
Memutuskan
pertikaian
antara
Rayuan sivil didengar bagi jumlah
Kerajaan
Persekutuan
dengan
melebihi RM250 000
Kerajaan Negeri
Memutuskan persoalan tentang
Kes jenayah untuk rayuan pembebasan
perlembagaan yang dirujuk oleh
atau pindaan hukuman
Mahkamah Tinggi

Badan rayuan terakhir sebelum mohon


pengampunan yang di-Agong

Prosiding penghakiman: Sekurang- kurangnya tiga orang hakim dengan bilangan ganjil

Mahkamah Rayuan
Bidang Kuasa Asal
Bidang Kuasa Rayuan
Tiada bidang kuasa asas/ asal
Rayuan kes jenayah dibawa dari Mahkamah
Tinggi dan 10 hari selepas penghakiman
Rayuan kes tuntutan sivil mestilah bernilai
melebihi RM250 000 selepas 14 hari
penghakiman Mahkamah Tinggi
Prosiding penghakiman: sekurang- kurangnya tiga orang hakim dengan bilangan ganjil
Mahkamah Tinggi Malaya/ Sabah dan Sarawak
Bidang Kuasa Asal
Bidang Kuasa Rayuan
Membicarakan kes bunuh atau yang
Mendengar kes rayuan daripada
membawa hukuman mati jika disabit
Mahkamah Rendah dan menyemak
kesalahan
rekod- rekod Mahkamah Rendah
Membicarakan kes- kes yang boleh
Mendengar dan menimbang rayuan
membawa hukuman mati, iaitu di
daripada
keputusan
Mahkamah
bawah:
Rendah
a) Akta Keselamatan Dalam Negeri
Menyemak
keputusan
Mahkamah
(ISA)
Rendah atau badan pengadilan lain
b) Akta Dadah Berbahaya Seksyen
seperti Mahkamah Perusahaan, dan
38B
Mahkamah Kanak- Kanak
c) Akta Penculikan 1961
d) Akta Senjata Api 1971
Membicarakan kes sivil yang
melibatkan nilai tuntutan melebihi
RM250 000
Kesalahan yang dilakukan di atas
kapal yang didaftar di Malaysia
Melakukan aktiviti pelanunan
Mendaftarkan perkahwinan
pasangan bukan Islam
Prosiding penghakiman dilakukan oleh seorang hakim tanpa bantuan juri (di Semenanjung)
atau tanpa pengapit (di Sabah dan Sarawak)
Bidang Kuasa Mahkamah Sesyen
1. Merupakan mahkamah rendah yang tertinggi. Hakim dilantik oleh Yang di- Pertuan
Agong atas nasihat Hakim Besar tanpa menerusi Perdana Menteri dan Majlis RajaRaja.
2. Bidang Kuasa Mahkamah Sesyen adalah dengan bidang kuasa asal bagi kes jenayah
dan kes sivil.
3. Tidak mempunyai bidang kuasa melaksanakan rayuan.

4. Berikut merupakan bidang kuasa Mahkamah Sesyen:


a) Mengeluarkan saman, waran dan perintah mahkamah
b) Memeriksa rekod kes- kes sivil yang berlangsung di Mahkamah Majistret dan
Mahkamah Penghulu
c) Mengendali semua kes jenayah (termasuk rasuah) kecuali yang melibatkan
hukuman mati
d) Mengendali kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM250 000
e) Bidang kuasa penyeliaan atau tuntutan sivil berkaitan kemalangan kenderaan
bermotor.
5. Prosiding penghakiman dilakukan oleh seorang hakim.
Bidang Kuasa Majistret Kelas 1
1. Membicarakan kes sivil dan jenayah kecil dan mempunyai bidang kuasa asal dan kes
rayuan.
2. Majistret Kelas 1 mempunyai kuasa untuk membicarakan:
a) Kes yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun penjara, atau
b) Yang hukumannya denda sahaja, atau
c) Kes rompakan dan kes pecah rumah pada waktu malam
3. Bentuk penghukuman:
a) Lima tahun penjara, atau
b) Denda sehinggan RM10 000, atau
c) Sebatan rotan sehingga 12 kali, atau
d) Kombinasi mana- mana hukuman di atas.
4. Berkuasa membicarakan kes sivil tidak melebihi RM25 000
5. Berkuasa mendengar rayuan kes dari Mahkamah Penghulu.
Bidang Kuasa Majistret Kelas 2 ( Mahkamah Tuntutan Kecil)
1. Berkuasa membicarakan:
a) Kes jenayah yang hukumannya tidak melebihi 12 bulan penjara, atau
b) Kes jenayah yang hukumannya denda sahaja
2. Boleh mengenakan sebarang hukuman yang lazimnya tidak melebihi:
a) Enam bulan penjara, atau
b) Denda RM1000, atau
c) Kombinasi kedua- dua hukuman di atas
Mahkamah Penghulu
1. Mahkamah Awam paling rendah dan diadili oleh Penghulu dan hanya terdapat di
Semenanjung Malaysia
2. Membicarakan kes sivil bernilai tidak lebih RM50 dan kes jenayah yang hukuman denda
tidak lebih RM25 sahaja
3. Bidang kuasa Mahkamah Penghulu hanya terhad kepada orang berbangsa Asia sahaja
4. Rayuan boleh dibawa ke Mahkamah Majistret Kelas 1
Mahkamah- mahkamah Khas
Mahkamah Khas Raja- Raja
1. Pengadilan hanya untuk Yang di- Pertuan Agong atau Raja atas sifat peribadi baginda
dengan keizinan Peguam Negara

2. Keputusan mahkamah adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan
dalam mana- mana mahkamah
3. Keanggotaan Mahkamah Khas terdiri daripada Ketua Hakim Negara, (Pengerusi),
Hakim- hakim Besar dan dua bekas Jakim Mahkamah Persekutuan atau bekas hakim
Mahkamah Tinggi
Bidang kuasa Mahkamah Syariah

Bidang Kuasa Sivil Syariah


Pertunangan
Matrimoni
(perkahwinan,
penceraian, nafkah)
Hak penjagaan terhadap anak
Wakaf dan warisan harta pusaka

Bidang Kuasa Jenayah Syariah


Tidak membayar zakat
Berkhalwat dan berzina
Tidak
berpuasa
dan
tidak
bersembahyang
Berjudi
Minum arak
Ajaran sesat

Hakim Mahkamah Syariah dilantik oleh Sultan atau Yang di- Pertuan Agong (bagi negerinegeri tidak beraja)
Mahkamah Bumiputera
1. Terdapat di Sabah dan Sarawak dan ditubuhkan di bawah Ordinan Mahkamah
Bumiputera Sabah dan Sarawak (1992)
2. Mahkamah Bumiputera berkuasa membicarakan:
a) kes kesalahan melanggar undang- undang adat
b) kes sivil yang bernilai tidak lebih RM2000
Struktur Mahkamah Bumiputera Sabah

Mahkamah Rayuan Bumiputera


Mahkamah Daerah Bumiputera
Mahkamah Ketua Kampung
Mahkamah Pegawai Daerah

Struktur Mahkamah Bumiputera


Sarawak
Mahkamah Bumiputera Residen
Mahkamah
Pegawai/
Ketua
Bumiputera
Mahkamah Rayuan Bumiputera
Mahkamah Bumiputera

Mahkamah Perusahaan
1. Matlamat fungsi mahkamah ini ialah menyelesaikan pertikaian antara pekerja dengan
majikan (Akta Perhubungan Perusahaan 1967)
2. Ketua Mahkamah ialah Presiden yang dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong. Anggota lain
dinamakan sebagai panel yang mengandungi orang- orang yang dilantik oleh Menteri
Sumber Manusia
3. Rayuan boleh dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi
Mahkamah Buruh
1. Ia bermatlamat menyelesaikan pertikaian antara majikan dengan pekerja mengenai
pembayaran gaji tidak melebihi RM1000 sebulan (Akta Buruh 1955) tetapi kemudian dipinda
menjadi gaji antara RM1500 hingga RM5000 sebulan (Pindaan 1998)

2. Penghakiman dijalankan oleh Pegawai Jabatan Buruh


Mahkamah Tentera
1. Membicarakan anggota tentera atas kesalahan dalam perkhidmatan tentera. Tidak
membicarakan kes sivil atau jenayah umum anggota tentera
2. Kesalahan yang melibatkan undang- undang umum akan dibicarakan di Mahkamah
Awam seperti kesalahan mencuri atau mengedar dadah
3. Mahkamah Tentera terdiri daripada Mahkamah Tinggi Tentera dan Mahkamah Rendah
Tentera
4. Pegawai berpangkat Staf Sarjan ke atas akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Tentera
manakala pangkat lebih rendah akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Tentera
Mahkamah Tambahan
Badan Pengadilan Lain
Tribunal Tuntutan
Pengguna
Tribunal Tuntutan
Pembeli Rumah
Majlis Peguam

Majlis Perubatan
Malaysia

Hakim
Pengerusi

Presiden

10% setiap hari kelewatan


daripada harga rumah
Tindakan disiplin dan denda

Tindakan disiplin dan denda

Jawatankuasa
Disiplin
Jawatankuasa
Disiplin

Kategori Tuntutan
Amaun kurang RM10 000

ISTILAH PENTING DALAMSISTEM KEHAKIMAN (BAHASA MAHKAMAH)


Bil
1

Perkara
Afidavit

Alibi

Bail

Bailif

5
6

Bona fide
Certiorari

Hina
Mahkamah
De facto
Aspek fakta atau logic.
Defendan
Orang yang menghadapi tuduan yang perlu membela diri sehingga
terbukti tidak bersalah.
Ex part
Permohonan oleh plantif mendengar kes tanpa kedatangan

8
9
10

Maksud
Kenyatan bertulis seseorang tentang pengakuannya terhadap
sesuatu kes jenayah atau sivil.
Menujukkan bahawa seseorang tertuduh tidak ada di tempat
kejadian semasa kejadian itu berlaku.
Wang jaminan yang membolehkan seseorang bebas sehingga
perbicaraan kes tertuduh dipanggil semula pada tarikh yang
ditetapkan.
Seseorang yang ditugaskan untuk menyampaikan writ atau saman
oleh Pejabat Pendaftran Mahkamah.
Tidak ada niat buruk.
Memohon kebenaran Mahkamah Tingg untuk mengabaikan
keputusan Mahkamah Rendah.
Mengingkari arahan hakim atau keputusan mahkamah.

11
12

Habeas
corpus
Injunksi

13
14
15

Livi
Mala fide
Mandatori
Mitigasi

16
17
18
19
20

Mutatis
mutandis
Petisyen
Plaintif

21

Prima
facie
Saman

22

Sapina

23
24
25
26
27

Sherif
Satus quo
Ultra vires
Void
Waran

28

Writ

defendan.
Arahan mahkamah supaya seseorang dalam tahanan datang ke
perbicaraan kes.
Perintah mahkamah supaya seseorang berhent melakukan
sesuatu gangguan atau tindakan bagi satu jangka masa yang
ditetapkan.
Pengutipan wang melalui cukai.
Berniat jahat
Pelaksanaan hukuman wajib (hukuman gantung sampai mati) dan
tidak boleh bertolak ansur.
Memohon untuk menggugurkah hukuman yang diputuskan oleh
mahkaman.
Melakukan perubahan bagi keadaan yang baharu bagi sesuatu
kes.
Membuat rayuan betulis tentang sesuatu pekara di mahkamah.
Orang yangmengambil tindakan undang-undang terhadap
seseorang kerana tidak puas hati atau dianiaya.
Kes yang menunjukkan terdapatnya bukti yang kukuh terhadap
tertuduh.
Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa polis atau
mahkamah untuk menghadirkan diri dalam prosiding yang
ditetapkan.
Arahan mahkamah meminta defendan hadir ke mahkamah unuk
meghadapi prosiding.
Menjalankan tugas-tugas mahkmah.
Keadaan asal
Tindakan yang melampau batas undang-undang
Dibatalkan kerana tidak sah atau palsu.
Dokumen yang
memberi kuasa kepada pihak polis untuk
menahan seseorang bagi tujuan membawanya ke mahkamah.
Dokumen atau surat perintah yang dikeluarkan atas nama
Yang Pertuan Agong

**************************************************************************

BAB 6- DASAR DALAM NEGARA

Dasar :

Sogoshosha Malaysia
1. Latarbelakang
Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang
diperkenalkan di negara Jepun.
2. Untuk mencapai taraf sogoshosha, sesebuah syarikat perdagangan mestilah
memenuhi tiga ciri penting iaitu mempunyai rangkaian antarabangsa, mengendali
barang dagangan yang banyak dan memainkan peranan utama di bidang
perdagangan luar.
3. Rasional
a) Berdasarkan jangkaan kadar pertumbuhan di negara-negara
perindustrian dan juga perdagangan antarabangsa yang lembab serta
langkah perlindungan yang semakin meluas, Malaysia perlu mencari
strategi baru di bidang perdagangan luar.
b) Pencapaian matalamat ini memerlukan Malaysia memulakan strategi
menggalakkan ekspot keluarannya secara besar-besaran. Oleh itu,
strategi pemasaran barang untuk diekspot mestilah dirangka dengan teliti
bagi mengatasi halangan dan sekatan yang ada.
4. Objektif
Sebagai institusi yang akan membantu Malaysia di bidang perdagangan
antarabangsa, sogoshosha Malaysia ditubuhkan dengan objektif-objektif berikut:(a) Menggalakkan ekspot tradisional ke pasaran bukan tradisional dan

juga kepada pengguna-pengguna baru termasuk dipasaran tradisional.


(b) Menggalakkan ekspot bukan tradisional.
(c) Mengembangkan peluang-peluang antarabangsa dari segi
menggalakkan pelaburan secara usahasama di sektor industri di Malaysia
untuk keperluan pasaran dalam dan luar negeri.
(d) Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan
teknologi baru.
(e) Menggalakkan ekspot tak ketara (invisible)
Malaysia di luar negeri.
Strategi Pelaksanaan
Strategi pelaksanaan konsep sogoshosha ini adalah
dilakukan secara menyeluruh selaras dengan dasar-dasar
baru kerajaan seperti Persyarikatan Malaysia. Malah
sogoshosha adalah dianggap sebagai peringkat
permulaan bagi pencapaian matalamat Persyarikatan
Malaysia.
Pertimbangan sedang dibuat
supaya galakan-galakan cukai dan kewangan diberikan
kepada syarikat yang terlibat
(a) Galakan Kredit - diberikan kepada syarikat
tempatan yang menghadapi masalah kewangan
untuk melaksanakan kegiatan ekspot di luar
negeri.
(b) Galakan Cukai - misalnya elaun galakan ekspot
dan lain-lain pengecualian cukai di bawah
Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1977
dan Akta Eksais 1976.
(c) Lain-lain galakan serta khidmat sokongan misalnya penglibatan Pejabat Perusahaan
Perdagangan Malaysia di luar negeri dan
sebagainya.
Dalam menyediakan galakan di atas, ianya akan
diberikan kepada syarikat yang berjaya membuktikan
keupayaan mereka untuk meningkatkan ekspot barangannya
dan juga berjaya mempelbagaikan ekspot, terutama kepasaran bukan tradisional.

Dasar :

Penswastaan

1. Latarbelakang
Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan
tahun 1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar
Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam
pembangunan dan pengurusan negara.Pengswastaan melibatkan beberapa
kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
2. Rasional
a) Sektor Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan
menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat
secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia.
b) Saiz sektor awam telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10
tahun yang lalu. Perbelanjaan sektor awam telah meningkat dengan
begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982
dan ini merupakan satu beban kewangan yang besar untuk
ditanggung oleh Kerajaan.
c) Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa
kepada Dasar Pengswastaan ini diperkenalkan.
3. Objektif
Dasar Penswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut:
(i) Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan
(ii) Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja
(iii) Menggalakkan

Pertumbuhan

Ekonomi Dan Kekesanan Negara

(iv) Pembahagian Sumber Serta Kecekapan


(v) Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru

4. Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat
mengwujudkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau
bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak
Dasar Ekonomi Baru itu.
5. Strategi Pelaksanaan
a) Kabinet telah mengarahkan satu Jawantankuasa ditubuhkan di Unit
Perancang Ekonomi (EPU) dengan dianggotai oleh Unit Penyelarasan dan
Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam (PSD)
dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi menyediakan
satu garis panduan yang lengkap untuk memudahkan

Kementerian/Jabatan mengswastakan beberapa perkhidmatan di


Kementerian/Jabatan masing-masing. Antara isu-isu yang perlu di
pertimbangkan ialah:

(a) Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation);


(b) Soal keselamatan;
(c) Perundingan;
(d) Implikasi kewangan;
(e) Penentuan harga;
(f) Implikasi kepada kakitangan;
(g) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru;

Dasar :

Persyarikatan Malaysia
Latarbelakang
Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated
ini telah pertama kalinya diutarakan oleh YAB Perdana
Menteri Datuk Sri Dr.Mahathir Mohamed di waktu
pelancaran Forum INTAN pada 25hb. Februari, 1983.
Rasional
Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua
sektor utama yang akan menentukan maju dan mundurnya
negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam.
Kedua-dua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama
dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan
pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik.
Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi
pendokong kepada aktiviti perdagangan dan ekonomi,
manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar utama
dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan
sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Dengan ini
pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi
perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan.
Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini
ujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat
beberapa perkara dan persoalan-persoalan pokok yang
menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal
matlamat organisasi, perhubungan peranan dan peraturan
di antara pihak awam dan swasta.

bawah

Objektif
Persyarikatan Malaysia bertujuan mengujudkan satu
kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara
pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan
pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang
akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.
Y.A.B. Perdana Menteri sendiri menerangkan konsep
Persyarikatan Malaysia memerlukan kedua-dua sektor
menghapuskan sikap permusuhan dan sebaliknya bersama
berkongsi maklumat, tanggongjawab, cabaran serta
memahami polisi, objektif dan prosediur-prosediur dalam
usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan sosial,
pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang
erat ini sebenarnya akan menguntungkan semua pihak
di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami, dilaksana
dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula akan
dapat dikecapi bersama-sama melalui cukai dan
penglibatan sosial secara bersungguh oleh pihak swasta.
Strategi Pelaksanaan
Kesefahaman dan kerjasama di antara kedua-dua sektor
boleh dicapai melalui:
i)

Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan


pihak swasta perlulah dihapuskan.
ii) Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu
persetujuan bagi mencapai matlamat negara.
Dengan itu kedua-dua pihak mempunyai matlamat
iaitu menjaga maruah negara dan tidak hanya
satu pihak sahaja yang akan bersungguh
membangunkan negara.
iii) Peraturan dan prosediur kerja pihak awam
hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan
jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan
dalam menggubal peraturan serta prosediur
yang ada.
iv) Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan
Berkanun di antara satu sama lain hendaklah
dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan
mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja

yang sama. Ini membolehkan pihak swasta


mudah menghubungi dan menguruskan kerja-kerja
mereka.
Dalam hubungan ini, pihak INTAN telah mengadakan
beberapa siri forum, seminar dan perbincangan dalam
usaha-usaha
mendapatkan
pandangan-pandangan
pertukaran-pertukaran maklumat
di peringkat
persekutuan dan negeri-negeri. Beberapa syarikat
swasta juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan
seminar yang serupa.
Dalam usaha mengujudkan kerjasama yang lebih erat
dan penglibatan pihak swasta dalam penggubalan dasar
dan prosediur, secara lebih berkesan, satu Surat
Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1984 yang ditandatangani
oleh Ketua Setiausaha Negara telah dikeluarkan,
mengarah supaya semua Kementerian, Jabatan, badan
berkanun dan Pejabat Daerah menubuhkan Perundingan di
antara pihak swasta dan pihak awam.
Selain dari itu beberapa program-program lain juga
telah dijalankan seperti menempatkan pegawai kerajaan
ke syarikat swasta. Sebagai permulaannya seramai 18
orang pegawai telah ditempatkan di British Malaysian
Industry and Trade Association (BMITA) mulai tahun 1984
yang lalu dengan tujuan membolehkan pegawai-pegawai itu
mempelajari selok belok pengurusan sektor swasta
tentangnya dibidang perniagaan, perdagangan dan
industri.
Penutup
Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan
sikap oleh kedua-dua sektor awam dan swasta untuk memupuk
persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar
kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan.
Ianya timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak
sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih
maju.
Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju
amatlah besar sekali memandangkan negara ini kaya dengan
sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dasar
Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumbersumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam
dan sektor swasta. Sesungguhnya pelaksanaan Dasar

Persyarikatan Malaysia yang berkesan akan dapat memberi


sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar awam
negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian
Negara, Penswastaan dan lain-lain.
Dasar :

Dasar Sains dan Teknologi Negara


Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah
pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun
2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek
kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial,
kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020,
hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh
dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang
telah ditentukan.
Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S & T) adalah
cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang
disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk
memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S & T yang ada dalam
negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah
masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu
satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh,
sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan
teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada
kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."
Matlamat meningkatkan keupayaan S & T berasaskan kepada
hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya
mampu melakukan penyesuaian. pembaharuan dan pelaburan yang
berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan
teknologi yang canggih."
Keupayaan Sains dan Teknologi dan Kaitannya Dengan
Pembangunan Sektor Perindustrian
Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada
keupayaan menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan
usaha mempercepatkan perindustrian adalah hasrat utama
Wawasan 2020. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020
telah mengenalpasti beberapa masalah perindustrian yang
perlu diatasi, antaranya ialah:
(i) Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan
sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung
kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil
sahaja. Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang
dinamik bergantung kepada usaha dan keupayaan untuk
mempelbagaikan asas sektor pembuatan;

(ii) Sungguhpun pelaburan kian bertambah, umpamanya


penambahan industri perkilangan di zon perdagangan bebas,
namun permintaan mereka terhadap barangan perantaraan
tempatan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang
perantaraan mereka masih diimport berasaskan kepada sebab
pengusaha-pengusaha barangan perantaraan negara ini tidak
berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau pada kos
dan harga yang berpatutan. Tindakan perlu diambil untuk
mengatasi kelemahan rangkaian antara industri dalam ekonomi
dan juga keupayaan teknologi pengusaha-pengusaha tempatan;
(iii) Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan
industri yang terlalu menekan kepada kerja pemasangan dan
proses pengeluaran yang mudah; dan
(iv) Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh
kenaikan kos tenaga kerja, bahan mentah dan kos
pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan
peningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Kepentingan peranan S & T dalam usaha mencapai strategi dan
matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima
pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan
industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran
pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S & T adalah merupakan
satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam
Wawasan 2020 untuk mengatasi masalah-masalah di atas.
Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan
oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti
RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan
sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di
negara ini. Pengurusan S & T yang bijak nyata telah
memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha
penyelidikan ini dapat mengekalkan taraf negara ini sebagai
pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada yang utama di
dunia. Kejayaan ini telah dicapai hasil dari kesedaran
Kerajaan tentang perhubungan yang rapat antara rancangan
membangunkan keupayaan S & T dengan rancangan pembangunan
ekonomi negara, dan perkaitan ini telah diambilkira mulai
Rancangan Malaysia Kelima apabila S & T diberi peranan yang
diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.
Walau bagaimanapun beberapa masalah baru telah timbul
apabila orientasi dan pendekatan pembangunan negara yang

selama ini menekankan pembangunan sektor pertanian semakin


bertukar kepada pembangunan sektor perindustrian.
Masalah utama adalah jentera, dasar dan institusi-institusi
sokongan S & T yang ditubuhkan lebih menekankan kepada
pembangunan sektor pertanian. Ini bermakna strategi
mempelbagaikan ekonomi negara dengan pemindahan penekanan
rancangan daripada membangunkan sektor pertanian kepada
sektor perindustrian sepatutnya diikuti oleh pemindahan
jentera dan dasar S & T yang sedia ada atau menubuhkan
infrastruktur S & T yang baru untuk menyokong usaha-usaha
pembangunan sektor perindustrian.
Sebenarnya pada peringkat awal, perkembangan dan kemajuan
sektor perindustrian tidak mendapat sumbangan yang sama
daripada sumber-sumber S & T seperti dalam pembangunan
sektor pertanian. Pendapat ini disokong oleh penemuanpenemuan yang terkandung dalam Kajian Pelan Induk
Perindustrian (PIP) yang dijalankan bersama oleh Kementerian
Perdagangan dan Perindustrian dan UNIDO. Kajian ini telah
mengenalpasti antara masalah utama yang dihadapi oleh sektor
perindustrian di negara ini ialah terlalu bergantung kepada
jenis-jenis pengeluaran yang tertentu, kekurangan keupayaan
untuk meningkatkan mutu pengeluaran dan daya saing, dan
terlalu bergantung kepada pengimport teknologi dan
perkhidmatan teknik akibat kekurangan keupayaan sendiri
untuk membangunkan S & T dalam sektor perindustrian. Antara
sebab yang dinyatakan dalam laporan PIP adalah seperti
berikut:
(i) Kekurangan keupayaan teknologi dalam industri-industri
tempatan iaitu keupayaan untuk memilih, memperolehi,
menyerap dengan jayanya, mencipta dan memperdagangkan
teknologi moden;
(ii) Kadar pemindahan teknologi yang tidak memuaskan daripada akibat keengganan pembekal teknologi untuk
memindahkan teknologi dan juga keupayaan teknologi
yang dibekalkan adalah rendah;
(iii) Peruntukan yang tidak mencukupi untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti penyelidikan khasnya Penyelidikan
dan Pembangunan (P & P) perindustrian sebagai
sumbangan kepada pembangunan sektor perindustrian;
(iv) Tiada insentif untuk menggalakkan pembangunan
teknologi tempatan dan penggunaannya;
(v) Walaupun ada beberapa institusi,agensi dan kementerian
terlibat dengan P & P, perolehan teknologi dan

pemindahan, namun tidak ada satu mekanisma yang


berkesan untuk
menyelaraskan dasar S & T,
memperuntukkan tanggungjawab dan tugas P & P,
menentukan keutamaan dan mengawal pemindahan
teknologi dengan cara yang lebih berkesan; dan
(vi) Kekurangan tenaga saintifik dan teknik untuk
menjalankan aktiviti P & P yang berterusan. Nisbah
penyelidik dalam 10,000 penduduk di negara ini adalah
sangat rendah (0.3%) berbanding dengan 15-18 peratus
di Perancis dan Jerman Timur serta antara 28-30
peratus di Jepun dan Amerika Syarikat.
Dengan itu, PIP telah memperakukan bahawa satu tindakan yang
berterusan untuk pembangunan teknologi bersama-sama dengan
pelaksanaan program pembangunkan sektor perindustrian adalah
perlu dilaksanakan. Untuk mencapai strategi ini PIP telah
menekankan bahawa program dan dasar membangunkan keupayaan
S & T perlu dijadikan sebagai satu faktor asas kepada
rancangan membangunkan sektor perindustrian.
Dasar Sains dan Teknologi
Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan S & T,
Kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains
dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara
adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan S & T sebagai satu
alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal
dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan
negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan
sosioekonomi negara."
Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada
usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang
saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi
dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan
penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam
bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang
berkaitan.
Strategi Penentuan Keutamaan
Untuk mencapai matlamat dasar S & T yang disebutkan di atas
tindakan pertama adalah untuk mengintegrasikan rancangan
pembangunan S & T dengan rancangan pembangunan ekonomi
dengan tujuan mengorientasikan sumber-sumber S & T kepada
aspek-aspek penggunaan secara praktis. Tindakan ini adalah
bertujuan membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya

memilih, memperolehi, menyerap, menginovasi dan mengubahsuai


pengetahuan S & T untuk membangunkan satu sektor pengeluaran
yang setanding dengan sektor perindustrian di negara-negara
maju.
Rancangan untuk membangunkan keupayaan S & T adalah
berasaskan kepada matlamat meningkatkan keupayaan S & T
negara sebagai sumbangan kepada pembangunan negara.
Matlamat asas ini boleh dipecahkan kepada dua, iaitu:
(i)

Pembangunan keupayaan sumber-sumber S & T negara ini


seperti tenaga teknik dan saintifik, institusiinstitusi penyelidikan,institusi-institusi pengajian
tinggi, dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan
teknologi tempatan (develop indigeneous technology
capability); dan
(ii) Pembangunan keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan
dalam memilih, merunding, menyerap, menyesuaikan,
membaih dan menginovasikan teknologi asing
(keupayaan menerima pemindahan teknologi) yang
mengalir masuk ke dalam negeri ini melalui perjanjian
kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik,
projek-projek usahasama, penggunaan lesen atau
franchise dan lain-lain.
Strategi pembangunan S & T yang menjadi asas kepada
keupayaan memajukan satu sektor perindustrian yang dinamik
akan meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:
(i) Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial
S & T akan diberi keutamaan dalam dasar pembangunan
negara. Sumber S & T
akan digunakan untuk
mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin
pekerjaan, keselamatan dan kekayaan negara ini.
(ii) Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan
Dasar-Dasar Lain
Dasar S & T akan diintegrasikan dalam Rancangan
Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama seperti
Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan
lain-lain.
(iii)Peningkatan Perkhidmatan Saintifik
Perkhidmatan S & T di negara ini yang meliputi
beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan teknik
sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbangkan
kepada kejayaan rancangan pembangunan negara.

iv) Berdikari
Matlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam
usaha membangunkan kemahiran S & T supaya mengelakkan
keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan S & T
negara-negara maju.
v) Maklumat S & T
Satu pusat maklumat S & T perlu ditubuhkan untuk
memudahkan pengumpulan data mengenai sumber-sumber
S & T. Maklumat sumber-sumber S & T adalah mustahak
untuk memudahkan tugas-tugas pengurusan, perancangan,
Penyelarasan dan pengawasan pelaksanaan dasar.
vi) Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)
Keutamaan akan diberikan kepada
(a) Penggunaan P & P dalam memajukan sumber-sumber
pertanian, teknologi pengeluaran barangan dan memajukan
proses yang sesuai serta juga bidang kesihatan.
(b) Menubuhkan satu sistem pengurusan P & P yang
berkesan dan juga membangunkan infrastruktur sokongan
S & T seperti pejabat patent, institusi P & P,
institusi rekabentuk perindustrian, perundingan teknik
dan maklumat dengan tujuan memperkukuhkan kemudahan
asas untuk menjamin pemindahan teknologi dan
memperkenalkan produk yang baru.
(c) Menggalakkan sektor perindustrian melabur dalam
usaha-usaha P & P melalui insentif, menubuhkan jentera
perhubungan antara sektor swasta dengan institusi S & T
awam, menggalakkan usahasama dalam memperdagangkan
hasil-hasil penyelidikan dan menekankan usaha-usaha
dalam P & P gunaan dan penyesesuaian.
(vi) Tenaga Manusia
Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa
panjang yang saintifik dan teknikal akan digubal untuk
memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian
berkembang. Ini melibatkan perubahan dalam sistem
pelajaran, usaha membangunkan kesedaran di kalangan
rakyat terhadap potensi S & T serta juga menjamin
supaya tenaga teknik dan saintifik dikekalkan dalam
bidang yang sesuai.
(vii)Peranan Sektor Swasta
Sektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan

bekerjasama dengan jentera S & T sektor awam untuk


memenuhi keperluan P & P mereka.
(viii)Pemindahan Teknologi
Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong
dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha P & P dan
satu mekanisma perlu ditubuhkan untuk mengkaji kemajuan
pemindahan teknologi melalui aktiviti pengawasan,
penilaian dan kajian.
(ix) Komputerisasi
Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer
dalam pelajaran, industri dan pengurusan penyelidikan
akan diberi keutamaan.
(x) Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains
Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisma untuk
mengawasi kemajuan S & T di dunia khasnya dalam bidang
kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi,
elektronik dan kajihayat dan lain-lain bidang S & T
juga akan ditubuhkan.
(xi) Pelan Tindakan
Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan
strategi-strategi tersebut.
Pelaksanaan
Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan
Malaysia Kelima (RMS) telah memperuntukkan sebanyak $4146
juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan
Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil
agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal.
Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6), Sektor
S & T telah diperuntukkan sebanyak $600 juta. Peruntukan ini
ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan projekprojek P & P dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan
teknologi tempatan. Implikasi yang penting berkaitan dengan
tindakan ini adalah rancangan pembangunan S & T pada pertama
kalinya disatukan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara
di bawah RM5. Integrasi rancangan pembangunan sumber-sumber
S & T dalam RMS5dan RM6 akan menumpukan sumbangannya kepada
usaha-usaha Pembaunan ekonomi.
Untuk menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RM5
dan RM6, MPKSN telah memperkenalkan satu skim khas, Program
Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan (IRPA:
Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat

skim ini adalah untuk menentukan supaya projek-projek


penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi
diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan
teknologi. Di bawah strategi ini, projek-projek P & P
dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri,
strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang
terkandung dalam RM6, 50 peratus daripada jumlah peruntukan
P & P di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34
peratus sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor
lain.
Skim ini telah memperkenalkan sistem pengurusan P & P yang
lebih terpusat. Mekanisma IRPA juga telah menggerakkan
proses rundingan dan pencapaian kata sepakat di kalangan
ahli sains dari sektor awam dan swasta. Tambahan pula, MPKSN
telah disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Sains dan Teknologi telah dibentuk.
Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan teknologi,
Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian
yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan
yang terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat dan pakar-pakar
teknik dan saintifik daripada institusi-institusi
penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun
1987 untuk menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi
Perindustrian.
Pelan tindakan ini digubal khas dengan tujuan menyokong
pelaksanaan PIP. Walaupun teknologi dan masalah pembangunan
keupayaan teknologi perindustrian telah dikenalpasti dalam
PIP, pelan ini masih belum menyenaraikan tindakan-tindakan
atau strategi-strategi yang jelas untuk diambil bagi
mengatasi masalah tersebut. Pelan Tindakan Pembangunan
Teknologi Perindustrian9 digubal khas untuk menentukan
strategi dan rancangan teknologi yang perlu dilaksanakan
bersama-sama dengan pelaksanaan PIP. Dua puluh sembilan
kajian yang melibatkan setiap sektor perindustrian telah
dijalankan oleh pakar-pakar tempatan dan ini diikuti dengan
perbincangan oleh ahli-ahli Konsortium Penyelidikan
Kebangsaan yang ditubuhkan khas untuk tujuan membincang dan
mendapatkan persetujuan melaksanakan Pelan tersebut. Pelan
itu dibentang dan dipersetujui oleh Kerajaan pada 30hb. Mei
1990. Kerajaan telah menerima 42 syor yang terkandung dalam
Pelan tersebut yang dikumpulkan di bawah 5 Penekanan
Strategik. Rancangan Malaysia Keenam telah memperuntukkan
sebanyak $166 juta untuk melaksanakan syor- syor tersebut.

Penutup
Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam
hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Perindustrian
membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan
pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari
aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya
juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang
tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor
perindustrian yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam
pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding
dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju,
bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan
menggunakan atau menginovasikan teknologi-teknologi
pengeluaran. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik
beratkan oleh Kerajaan menunjukkan minat dan responsif
kepada usaha membangunkan keupayaan sumber-sumber S & T ke
arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan
sektor perindustrian yang dinamik.
Dasar :

Plan Induk Perindustrian


Latarbelakang
Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di
Malaysia telah dilaksanakan ke arah kegiatan-kegiatan
yang bercorak gantian-import. Bagaimanapun strategi ini
telah mula berubah dalam tahun 1970 di mana lebih
banyak tumpuan telah dibuat terhadap kegiatan-kegiatan
yang berorientasikan eksport, memandangan kegiatan
berorientasikan
gantian-import
membantutkan
perkembangan perindustrian oleh kerana Malaysia
dianggap mempunyai skop pasaran yang kecil.
Matlamat-matlamat pembangunan Perindustrian dalam tahun
70an hingga sekarang berasaskan faktor-faktor berikut
:- tempoh 115 hingga 120 tahun.
a. Mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru
b. Mempelbagaikan industri dan megembangkannya
keseluruh negara
c. Menambahkan tukaran asing menerusi pengujudan
industri yang teknologi tinggi dan memupuk

kemahiran bagi pekerja-pekerja Malaysia


d. Menambahkan lagi industri kecil
e. Mengurangkan import barangan jentera
f. Mengekploitasi pertalian/linkage pengeluaran
dan pemerosesan
g. Menguatkan lagi keupayaan teknologi dalam
sektor pembuatan.
Rasional
Walaupun matlamat-matlamat pembangunan perindustrian ini
telah menghasilkan kemajuan yang pesat dalam tahun
70an, beberapa kelemahan telah dapat dikesan
terutamanya dalam awal tahun 80an di mana kemelesetan
sektor luar telah menjejas prestasi sektor pembuatan
Malaysia.
Pada dasarnya kelemahan-kelemahan sektor
pembuatan Malaysia adalah berasaskan kepada
strukturnya.
Pertama, asas sektor pembuatan adalah sempit
(narrow industrial base). Boleh dikatakan sebahagian
besar kegiatan-kegiatan pembuatan adalah ditumpukan
kepada pengeluaran-pengeluaran barangan-barangan
elektrik dan elektronik, bahan- bahan kimia dan petroleum, tekstail, kasut dan beberapa pengeluaran jentera
dan peralatan perhubungan.
Kedua, campurtangan kerajaan dalam memberi
galakan perindustrian seperti galakan cukai, galakan
pelaburan industri baru, galakan tempatan, Akta
Penyelarasan Perindustrian dan pengujudan Kawasan
Perdagangan Bebas telah menghasilkan keadaan yang tidak
seimbang dalam industri pembuatan. Antara kesan-kesan
yang tidak seimbang ini ialah :
a. Terlalu berat kepada 2 sektor eksport elektronik dan tekstail, iaitu hampir 65%
daripada pengeluaran adalah daripada
sektor-sektor ini.
b. 73% daripada kegiatan-kegiatan pembuatan
bertumpu di kawasan-kawasan maju.
c. Kadar kepentingan asing yang tinggi dalam
modal tetap - misalnya industri elektronik
(80%), industri tekstail (54%).
d. Galakan-galakan industri tidak berlaku

'across firm' dan 'across industry' yang


menyebabkan tidak seimbangnya kesan
galakan.
e. Kebanyakan firma yang menggunakan galakangalakan ialah firma-firma multinasional
yang berorientasikan pasaran eksport yang
kurang memberi perhatian kepada peluangpeluang mengujudkan pemerosesan (backward
linkages) dalam negeri.
Ketiga, kelemahan-kelemahan ini ditambah dengan
tidak ujudnya dasar perindustrian negara yang dapat
mengadakan matlamat dan strategi industri yang terang
dan bersesuaian buat masa kini dan masa hadapan untuk
menyelaraskan kesemua kegiatan-kegiatan pembuatan
negara, khususnya kepada industri-industri berasaskan
pertanian.
Objektif
Berasaskan faktor-faktor yang dibincangkan di atas,maka
perlulah diadakan satu perancangan yang terperinci
dalam sektor pembuatan yang dapat menggabung dan
menunjuk dengan jelas perhubungan antara berbagai-bagai
peringkat kegiatan pembuatan. Satu daripada langkah
yang menuju ke arah ini ialah penyediaan Pelan Induk
Perindustrian (PIP) yang sedang disiapkan dan akan
diumumkan dalam bulan Julai 1985. Matlamat Pelan Induk
Perindustrian yang sedang disusun meliputi perkara
seperti berikut:a. Merangka secara terperinci kegiatan sektor
perindustrian dan sektorindustri kecil untuk
menghasilkan penggunaan sumber secara optimum.
b. Menyediakan profail industri yang sesuai
seperti keluasan pasaran dan keupayaan yang
sedia ada, kedudukan permintaan dan penawaran berbagai jenis barang.
c. Menyatukan industri yang sedia ada dengan
kegiatan mengeluarkan bahan mentah
(upstream activity) dan kegiatan memproses
bahan (downstream activity).
d. Merangka keperluan Teknologi sektor dengan
melengkapkan program yang menyeluruh.

Strategi Pelaksanaan
Untuk melaksanakan matlamat PIP ini, beberapa strategi
adalah sedang disusun dan meliputi perkara-perkara
berikut :
a. Menyusun semula struktur galakan perindustrian
yang sedia ada.
b. Mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor
gantian import.
c. Memajukan semula industri gantian import
peringkat pertama misalnya barang pengguna
tahan lama dan industri gantian-import
peringkat kedua - misalnya alat perhubungan.
d. Menggalakkan pengguna-pengguna Malaysia
menggunakan lebih banyak barangan buatan
Malaysia.
e. Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk
mencari pasaran baru di negara-negara sosialis
dan negara-negara yang sedang membangun.
f. Memperluaskan kegiatan industri ke kawasankawasan kurang maju.
g. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh
pihak awam dan pihak swasta.
h. Menggalakkan industri berat bagi menjadi
penggerak perkembangan industri baru.
i. Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.
Pencapaian
Walaupun PIP masih lagi dalam penyediaan dan segala
matlamat dan strateginya sedang disusun, beberapa
langkah ke arah ini telahpun dirancangkan dan
dilaksanakan. Misalnya projek-projek industri berat
misalnya pengujudan industri kereta, kilang-kilang
simen, besi waja, methanol, anamonia dan kompleks
petro-chemikal sedang dirancangkan atau dilaksanakan.
Di samping itu kempen-kempen
menggalakkan
pengguna-pengguna menggunakan barangan buatan Malaysia
telah pun berjalan. Di samping ini galakan untuk
industri kecil dan industri berasakan pertanian sedang
dilaksanakan.
Langkah pertama untuk mencapai matlamat PIP ialah

membuat keputusan untuk menjadikan negara ini sebuah


negara perindustrian dan mengenalpasti apakah
keperluan-keperluan jangka masa panjang mengenainya.
Perkara utama yang harus dibincangkan untuk
menuju ke arah ini ialah mengenai
pemindahan
teknologi. Apa yang dipersoalkan di sini ialah mengenai
keutamaan halacara dan tempoh masa yang diperlukan
untuk menerima pemindahan teknologi secara optimum.
Pencapaian matlamat PIP juga memerlukan negara
menguatkan bidang penyelidikan dan pembangunan, dan ini
memerlukan sumber dan teknologi yang cukup serta tenaga
manusia yang pakar dan mahir bagi melaksanakannya. Di
smaping itu kita juga perlu mengujudkan sekumpulan
besar usahawan untuk mencebur diri dalam bidang- bidang
ini. Masalah yang dihadapi tidak akan selesai dengan
adanya penyediaan PIP sahaja malahan penyusulan pihak
yang membuat keputusan dan pihak yang melaksanakan dan
menyelenggarakannya adalah lebih kritikal. Bagi
menggalakkan pihak swasta mengambil bahagian dengan
lebih giat dalam perlaksanaan PIP, langkah untuk
menghapuskan atau setidak-tidaknya mengurangkan segala
halangan dan prosedur lapuk pentadbiran sektor
pembuatan perlu diusahakan selaras dengan Dasar
Pensyarikatan Malaysia.
Penutup
PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990
PIP telah diumumkan pada tahun 1985, sejak itu,
pencapaiannya adalah sangat menggalakkan;
i) PIP meramalkan kadar pertumbuhan tahunan KDNK
ialah 6.4 %. Kadar pertumbuhan KDNK bagi tahun
1986 hingga 1990 adalah 1.2%, 5.4%, 8.9%, 8.8% dan
9.4%. (KDNK adalah dirujuk pada harga tetap 1978)
ii) PIP meramalkan sektor perkilangan akan berkembang
dengan kadar 8.8% setahun. Pertumbuhan sektor ini
bagi tahun 1986 hingga 1990 adalah 7.5%, 13.4%,
17.6%, 12% dan 15.8%.
iii) Sumbangan sektor perkilangan kepada KDNK telah
bertambah kepada 26.6% dalam tahun 1990 berbanding
dengan 21% dalam tahun 1986.
iv) PIP meramalkan eksport barangan perkilangan akan
berkembang dengan kadar 8.9% setahun. Pertumbuhan

tahunan eksport ini bagi tahun 1986 hingga 1989


adalah 23.1%, 32.5%, 32% dan 36.3%.
v) Pelaburan asing ($) bagi projek-projek yang diluluskan oleh MIDA juga berkembang dengan kadar
yang tinggi. Jumlah pelaburan asing bagi sembilan
bulan pertama tahun 1990 telah mencapai 13.3
billion ringgit berbanding dengan 8.7 billion
ringgit bagi tahun 1989. Kadar pertumbuhan nilai
pelaburan asing bagi tahun 1986 hingga 1990
( sehingga Sept. 1990 ) ialah 76%, 22%, 136.8%,
77.4% dan 53.9%.
vi) Kadar pengangguran juga telah turun kepada 6.3%
dalam tahun 1990 berbanding 7.6% dalam tahun 1985.
Sektor perkilangan juga merupakan sektor yang
paling banyak menawarkan pekerjaan baru bagi tahun
tahun yang lepas dan akan datang.
vii) Kejayaan Kerajaan dalam beberapa projek industri
berat secara langsung telah mengembangkan industri
industri lain yang berkaitan, terutamanya industri
kecil.
Adalah jelas bahawa kejayaan perlaksanaan PIP
telah membantu memulihkan ekonomi Malaysia dari kemelesetan ekonomi yang dialaminya pada tahun 1985 dan
1986. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi ini secara
langsung akan membantu kerajaan dalam perlaksanaan
Dasar Ekonomi Baru.
PIP juga bertindak sebagai panduan bagi pelabur dan
kerajaan untuk memandu negara menuju kearah sebagai
sebuah negara perindustrian yang mantap secara licin
dan teratur.
Di samping kejayaan cemerlang yang dicapai dalam PIP
terdapat kesan-kesan sampingan yang negatif daripada
perlaksanaan PIP tanpa kawalan yang ketat. Kesan-kesan
yang negatif itu ialah:
i) Industrilisasi tanpa diawasi dengan ketat telah
menyebabkan pencemaran alam sekitar yang serius.
Kajian dari pertubuhan yang tertentu menunjukkan
hujan asid telah bertambah dengan kadar yang cepat
di kawasan-kawasan perindustrian dan pencemaran
sungai, laut, udara serta darat juga telah meningkat. Langkah-langkah segera harus diambil bagi
menghalang atau memperbaiki pencemaran alam

sekitar ini sebelum ia mencapai tahap yang


kritikal.
ii) Perkembangan industri yang pesat telah mempercepat
kan proses perbandaran (Urbanization), ini secara
langsung menyebabkan kekurangan tenaga buruh yang
begitu ketara dalam bidang pertanian. Keadaan ini
telah menyediakan peluang keemasan bagi pendatangpendatang haram bertapak di sini dan menimbulkan
berbagai masalah sosial.
Penyediaan Pelan Induk Perindustrian merupakan satu
langkah yang kritikal untuk Malaysia menjadi sebuah
negara perindustrian.
Ini lebih ketara apabila dilihat bahawa walaupun sektor
pembuatan telah berkembang dengan pesat, keadaan
kemelesetan ekonomi dunia telah menunjukkan beberapa
kelemahan strukturnya. Dengan adanya PIP, matlamat
strategi dan halacara untuk Malaysia memasuki zaman
perindustrian yang lebih sophisticated dan kompetitif
adalah berpadu dan komprehensif.
Dasar :

Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk


Latarbelakang
Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed
ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam
bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa
Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70
juta.
Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan
dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya
semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan
Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat
kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115
hingga 120 tahun.
Rasional
Jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan ada
faedah-faedah besar jika kependudukan Malaysia
dibesarkan dalam jangka perancangan di atas. Jika
dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan
kawasan yang seluas 334,000 km persegi mempunyai

penduduk sebanyak 45 juta, Negeri Thai dengan kawasan


seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak
50 juta dan Republik Indonesia dengan kawasan tanah
2,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150 juta.
Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70
juta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan
pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan. Ini
akan mengujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan
selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu
pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap
sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan
sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat
meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang
demikian, adalah wajar angkubah-angkubah demografik ini
diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk
mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan
yang berterusan.
Malaysia masakini mengalami kadar pertumbuhan
kependudukan sebanyak 2.5%* bagi jangkamasa 1981- 1985.
Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan menjadi
15.279 juta dalam tahun 1984, iaitu pertambahan
sebanyak 11.2% daripada jumlah 13.745 juta pada tahun
1980. Kadar pertumbuhan bagi jangkamasa-jangkamasa
tertentu adalah seperti yang berikut:Jangkamasa
---------1957 - 1960
1960 - 1870
1970 - 1980
1980 - 1985

Kadar Pertumbuhan
----------------2.8%
2.6%
2.3%
2.5%

Perbandingan antara jangkamasa di atas menunjukkan


bahawa kadar pertumbuhan sekarang ini adalah lebih
tinggi sedikit dari kadar pertumbuhan bagi 1970 - 1980.
Ini adalah disebabkan oleh kadar kesuburan yang lebih
tinggi dalam tahun lima puluhan dan enam puluhan dan
bertambahnya jumlah wanita-wanita muda yang mencapai
umur perkahwinan. Walaubagaimana pun berdasarkan
kepada arah aliran pertumbuhan penduduk sekarang,
adalah dijangkakan bahawa kependudukan Malaysia akan
mencapai jumlah kesetabilan dalam linkungan 39 juta
orang dalam tahun 2150.
Menurut Laporan Pembangunan Dunia (World Develop-

ment Report) yang diterbitkan oleh Bank Dunia dalam


bulan Julai 1983, penduduk Malaysia akan dijangka
menjadi 33 juta dalam tahun 2120. Unjuran-unjuran ini
dibuat berdasarkan kepada kadar pertumbuhan
kependudukan sebanyak 2.0% setahun (1980-2000) atas
andaian kadar kesuburan yang berkurangan secara
sederhana. Laporan ini selanjutnya menunjukkan
penduduk Malaysia akan bertambah menjadi 17 juta dalam
tahun 1990 dan mencapai jumlah 21 juta dalam tahun
2000. Unjuran-unjuran Bank Dunia ini tidaklah selari
dengan matlamat penduduk 70 juta sekarang yang dijangka
dicapai dalam tahun 2100. Ini bermakna bahawa dua
komponen utama mengenai kependudukan iaitu kadar
kesuburan dan kadar kasar kelahiran perlu
dipertingkatkan dengan sewajarnya.
Perlu dijelaskan bahawa kajian kependudukan
memerlukan pengetahuan mengenai arahaliran perkembangan
masa lepas dan masa kini. Ketetapan unjuran besar
bergantong kepada kefahaman yang mendalam terhadap
fakta-fakta dinamik kependudukan pada pada
keseluruhannya, terutama mengenai pola-pola kesuburan,
kematian dan kekeluargaan.
_______________________________________________________
* Lapuran Ekonomi 1984/85 Kementerian Kewangan Malaysia
Objektif
Objektif dasar ini adalah untuk mengujudkan jumlah
penduduk Malaysia seramai 70 juta.
Strategi Pelaksanaan
Untuk mencapai matlamat dasar kependudukan 70 juta,
beberapa alternatif telah dikaji. Antaranya adalah
seperti yang berikut:i. Sekiranya JKK*(jumlah kadar kesuburan)
sekarang iaitu sebanyak 4 dibiarkan
turun perlahan-perlahan sebanyak 0.1
mata setiap 5 tahun sehingga ia sampai
ke paras penggantian, matlamat ini
akan dicapai dalam lingkungan tahun
2100 (iaitu dalam tempuh 115 tahun)
dan penduduk akan stabil pada atau

dalam lingkungan 73 juta.


ii. Sekiranya JKK sekarang iaitu sebanyak
4 dapat
dikekalkan, matlamat ini
akan dicapai dalam lingkungan tahun
2045 (iaitu 70 tahun).
iii. Sekiranya JKK sekarang diturunkan
kepada 3 dan seterusnya dikekalkan
kepada paras tersebut, matlamat ini
akan dicapai dalam lingkungan 2085
(iaitu dalam 100 tahun).
iv. Sekiranya JKK dinaikkan kepada 5 dan
terus dikekalkan pada paras ini, maka
matlamat penduduk akan dicapai dalam
dalam lingkungan tahun 2031 (dalam 50
tahun).
v. Tempoh yang paling cepat sekali
matlamat ini akan dicapai ialah dalam
tahun 2010, (atau dalam 30 tahun)
jika sekiranya JKK ditingkatkan kepada
10 dan seterusnya dikekalkan pada
paras sekarang.
vi. Sekiranya JKK dibiarkan meningkat
kepada 5.2 dalam tahun 2000 dari 4.0
(1980) dan kemudiannya dibiarkan
menurun ke paras penggantian maka
matlamat ini akan dicapai dalam
lingkungan tahun 2070 dan akan stabil
pada 79 juta.
vii. Tempoh masa yang paling lama untuk
mencapai 70 juta ialah dengan membiarkan aliran sekarang menurun dan
meningkat secara pusingan sehingga
mencapai paras penggantian. Matlamat
ini akan dicapai dalam lingkungan
tahun 2125 iaitu dalam 135-140 tahun
dan penduduk akan stabil pada 73 juta.
Salah satu daripada masalah utama, dalam membuat
unjuran berasaskan kepada andaian JKK yang malar ialah,
sungguhpun jumlah penduduk secara teorinya boleh
mencapai 70 juta, pertumbuhan kependudukan tidak akan
berhenti pada jumlah tersebut tetapi akan terus
bertambah. Jadi langkah-langkah yang wajar dan perlu
diberi pertimbangan adalah alternatif yang pertama

iaitu memperlambatkan JKK sekarang supaya penggantian


penduduk di paras kesuburan boleh dilewatkan selama
kira-kira 40 tahun daripada tahun 2030 kepada tahun
2070. Dengan cara ini, saiz kependudukan yang muktamat
bagi Malaysia dijangka akan mencapai jumlah kira-kira
73 juta dalam tahun 2150, di mana 70 juta kependudukan
akan tercapai dalam lingkungan tahun 2100.
Alternatif ini juga akan mempastikan kadar
pertumbuhan kependudukan tahunan adalah rendah daripada
kadar pertumbuhan keluaran negara supaya usaha-usaha
pembangunan tidak terjejas oleh pertumbuhan
kependudukan.
Jangkamasa untuk mencapai matlamat ini adalah
mencukupi untuk memberi masa kepada pembangunan sosial
dan ekonomi dari segi kepadatan penduduk, taburan
penduduk, sumber keluaran dan alam melebihi 70 juta.
Jumlah 70 juta ini dianggap optima selepas
mengambilkira faktor-faktor dinamik kependudukan
berasaskan saiz tanah dan sumber-sumber yang ada.
_______________________________________________________
* JKK (Jumlah kadar kesuburan) ialah salah satu
daripada ukuran ke atas status kesuburan bagi satu-satu
kumpulan, komuniti atau negara (purata bilangan anak
bagi setiap wanita dalam lingkungan umur subur (15 49)uk
Pelaksanaan
Di sebalik tanggapan-tanggapan rumit mengenai isu
kependudukan ini, Kerajaan mempunyai sebab-sebab yang
munasabah berhubung dengan pembesaran saiz kependudukan
terutamanya dalam usaha mengujudkan penduduk yang
rajin, berdisiplin dan produktif. Ini adalah asas
penting bagi perkembangan perindustrian dan
pengujudan pasaran untuk barang keluaran tempatan.
Pertambahan penduduk sebanyak empat atau lima kali
ganda semestinya menimbulkan beberapa implikasi
sosio-ekonomi. Kesan pembesaran kependudukan sebegini
rupa akan dirasai di semua peringkat kehidupan
khususnya terhadap sumber-sumber negara. Di antara
bidang-bidang yang akan terlibat adalah seperti
berikut:i.

Bekalan Makanan:

sebahagian besar

barang-barang makanan terpaksa diimport dan ini akan menimbulkan masalah jaminan makanan dan pertukaran
asing. Dengan itu kajian yang sepatutnya perlulah dibuat mengenai keupayaan
kegunaan tanah dan penggunaan sumbersumber lain.
ii. Perumahan: sekurang-kurangnya sebanyak 10 juta unit perumahan akan diperlukan untuk menampung tambahan penduduk sebanyak 50 juta dan ini akan
mengambil masa selama 100 tahun
mengikut kadar pembinaan sekarang ini.
iii. Pekerjaan: lebih daripada 20 juta
pekerjaan baru perlu diujudkan. Dengan
demikian adalah penting untuk menggerakkan tenaga buruh menjadi berdisiplin, bermotivasi dan produktif.
iv. Kesihatan: Bilangan katil-katil
hospital perlu ditambah dari 25 ribu
sekarang ini kepada 140,000 jika matlamat jangka panjang iaitu 2 katil bagi
tiap-tiap 1,000 penduduk hendak dicapai.
Bilangan doktor-doktor pun perlu ditambah daripada 4,200 kepada lebih
30,000.
v. Pelajaran: Tempat bagi 15 juta
hendaklah disediakan dan sekurangkurangnya 4000,000 guru diperlukan.
vi. Bekalan Air: Penggunaan air adalah
dijangkakan sebanyak 15.6 billion
meter padu. Kekurangan air telah pun
dijangkakan pada tahun 2000 bagi jumlah
penduduk sebanyak 21 juta.
vii. Penggunaan Tenaga: Penggunaan tenaga
akan meningkat sebanyak 4 atau 5 kali
ganda ini akan berlipat ganda lagi
dengan adanya ekonomi perindustrian.
Masalah ini akan bertambah rumit kerana
pencapaian 70 juta akan berlaku dalam
masa Malaysia mengalami kehabisan
minyak dan gas (post-hydrocarbon).
Berikutan dari masalah-masalah di atas, adalah

penting agar dasar-dasar yang sewajarnya diberi


perhatian yang utama. Di antara dasar-dasar tersebut
adalah seperti berikut:i. Dasar pembangunan ekonomi, yang mengambilkira
pertalian antara pembangunan dan kesuburan,
kematian, penghijrahan di samping pertumbuhan
, komposisi dan taburan penduduk serta peningkatan pendapatan daya pengeluaran.
ii. Dasar tenaga manusia, yang mengambilkira
pertumbuhan tenaga buruh dan perubahan kadar
penyertaan tenaga buruh mengikut jantina dan
juga keperluan yang meningkat untuk latihan
teknologi yang termaju.
iii. Dasar sosial yang memberi tumpuan kepada
aspek-aspek seperti kesihatan, pelajaran,
perumahan, pembangunan keluarga ( termasuk
perancang kelauarga) peningkatan kebudayaan,
keseimbangan sosial dari segi kumpulan ethnik
dan jantina, kebajikan kanak-kanak dan orangorang tua dan lain-lain kerana kesemuanya ini
akan dipengaruhi oleh arus pembangunan sosioekonomi, pertumbuhan dan taburan penduduk.
iv. Dasar makanan, air dan pertanian haruslah
memberi tekanan ke atas kecukupan dari segi
taburan, perubahan corak penggunaan dan juga
ke atas peningkatan cara-cara penghasilan.
v. Dasar Tenaga haruslah dan mengenalpasti
sumber-sumber tenaga baru.
iv. Dasar alam sekitar yang mengambil kira bahaya
-bahaya akibat kerosakan eko-sistem yang
disebabkan oleh perkembangan dan pertumbuhan
penduduk yang pesat.
Kerajaan dalam usaha mencapai dasar kependudukan
ini telah memperkenalkan beberapa langkah, di antaranya
dasar percukaian dan faedah-faedah bersalin yang akan
memberi munafaat kepada keluarga beranak lima.
Kerajaan juga telah mengkaji semula dan menyelaraskan
fungsi-fungsi dan peranan Lembaga Kependudukan dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan lembaga ini
diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam
mencapai matlamat dasar ini.

Penutup
PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990
Berasaskan kepada data-data semasa, jumlah kadar
kesuburan telah menurun daripada 3.8 bagi setiap wanita
dalam tahun 1981 kepada 3.6 dalam tahun 1990. Laluan
pertumbuhan penduduk ini adalah seperti yang
ditunjukkan di Rajah 1. Pertumbuhan penduduk negara
pula mencatitkan penambahan daripada 13.8 juta dalam
tahun 1980 kepada 17.8 juta dalam tahun 1990. Pada
keseluruhannya, tren ini adalah selaras dengan matlamat
Dasar ini. Walau bagaimanapun, penurunan kadar
kesuburan ini adalah berbeza di antara kumpulankumpulan ethnik negara ini. Jumlah kadar kesuburan
Melayu dalam tahun 1990 adalah melebihi matlamat, iaitu
4.3, berbanding dengan jumlah kadar kesuburan Cina dan
India yang kini menghampiri paras penggantian.
RAJAH 1
Laluan Pertumbuhan Penduduk ke Arah
Pencapaian Matlamat 70 Juta Penduduk
--------------------------------------Tahun
Jumlah Kadar Pertumbuhan
Kesuburan Penduduk (Juta)
1990
3.6
17.6
2000
3.5
22.3
2010
3.3
27.7
2020
3.1
33.6
2030
2.9
39.8
2040
2.7
46.0
2050
2.5
51.9
2060
2.3
57.5
2070
2.05
62.1
2080
2.05
65.8
2090
2.05
68.7
2100
2.05
70.8
Dari segi penyelarasan perlaksanaan Dasar ini pula,
pada keseluruhannya faktor-faktor kependudukan mengikut
matlamat Dasar ini telah dapat diambilkira dan
diintegrasikan di peringkat perancangan sektor-sektor
pembangunan. Ini dihasilkan menerusi kerjasama yang
rapi dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

Dalam sektor kesihatan, Kementerian yang berkenaan


telah menyatukan strategi-strategi dan objektifobjektifnya dengan Dasar Kependudukan Negara dalam
merancang
dan
melaksanakan
perkhidmatanperkhidmatannya. Bagi tempoh 1984 - 89, Kementerian
ini telah dapat memenuhi keperluan kesihatan untuk
penduduk negara yang telah bertambah.
Pencapaian ini dapat ditinjau melalui kadar
kematian kasar yang telah menurun daripada 12.4 setiap
1,000 penduduk dalam tahun 1957 kepada 4.6 dalam tahun
1989. Kadar kematian bayi pula telah menurun daripada
75.5 setiap 1,000 kelahiran kepada 13.2 dalam tempoh
yang sama. Sementara kadar kematian ibu bersalin
mencatitkan penurunan kepada 0.24 setiap kelahiran
dalam tahun 1988, berbanding dengan 1.48 dalam tahun
1970. Akibat daripada penurunan kadar kematian ini,
jangka hayat penduduk negara telah meningkat daripada
55.8 tahun (1957) kepada 68.8 tahun (1989) bagi lelaki
dan dari 58.2 kepada 73.3 bagi wanita.
Bagi sektor pendidikan pula, faktor-faktor
kependudukan telah digunakan sejak tahun 1984 bagi
menganggarkan bilangan murid-murid yang akan memasuki
Darjah 1, bilangan bilik darjah dan guru, bilangan yang
akan menamatkan persekolahan dan menyertai pasaran
buruh serta taburan keciciran mengikut jantina dan
umur. Selain daripada itu, aspek-aspek kependudukan
juga telah diperkenalkan di dalam kurikulumkurikulum persekolahan menerusi mata-mata pelajaran
seperti Alam dan Manusia, Kemahiran Hidup, Ilmu Alam
dan Statistiks.
Untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam
bidang-bidang kependudukan dan kekeluargaan, LPPKN juga
telah menghasilkan beberapa usaha kajian dan
penyelidikan. Penemuan-penemuan kajian ini menyediakan
sumber rujukan dan input yang penting kepada
perancangan, pengawasan dan penilaian pencapaian
perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara.
Di bawah program Pembangunan Keluarga pula,
pencapaian yang diperolehi sehingga kini adalah pada
keseluruhannya memuaskan. Di antara aktiviti-aktiviti
yang dijalankan termasuklah perkhidmatan perancang
keluarga yang bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan
anak serta kesejahteraan keluarga melalui amalan
penjarakan kelahiran yang lebih baik. Untuk tempoh

Rancangan Malaysia Kelima (19860-90), seramai 380,621


penerima baru perancang keluarga telah didaftarkan. Ini
merupakan penambahan sebanyak 19.3% berbanding dengan
pencapaian di bawah Rancangan Malaysia Keempat (199195).
Di bawah program ini juga beberapa aktiviti
penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan dalam
bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi
manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedahkaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek
kemandulan dan kebakaan. Hasil-hasil kajian ini
digunakan bagi merumus satu program kebangsaan
perkhidmatan perancang keluarga untuk digunakan oleh
agensi-agensi yang berkenaan.
Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai
kepentigan peranan institusi keluarga, LPPKN juga telah
menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kaunseling
keluarga yang merangkumi perkara-perkara seperti
perkahwinan, penjagaan anak dan keibubapaan. Pada awal
bulan Mac, 1990, Lembaga ini dengan kerjasama
Kementerian Kebajikan Masyarakat telah melancarkan
Kempen Keluarga Bahagia di peringkat seluruh negara.
Kemuncak kempen ini yang telah mendapat sambutan baik
di kalangan orang ramai ialah pelancaran Hari Keluarga
Kebangsaan pada 11 November, 1990. Perayaan ini yang
akan diadakan setiap tahun pada tarikh berkenaan
merupakan satu pengiktirafan rasmi oleh pihak Kerajaan
mengenai pentingnya institusi keluarga di dalam proses
pembangunan negara.
Pelancaran Hari Keluarga
Kebangsaan juga meletakkan Malaysia di antara negara
yang pertama yang menetapkan satu hari yang khusus
untuk merayakan institusi keluarga.
Pihak LPPKN kini sedang berusaha untuk memantapkan
lagi perlaksanaan program Pembangunan Keluarga di masamasa akan datang. Dalam hubungan ini keutamaan
ditumpukan kepada usaha menyelaraskan aktiviti-aktiviti
kekeluargaan yang dijalankan oleh pelbagai agensi ke
arah pencapaian matlamat pengekalan dan pengukuhan
institusi keluarga sebagai unit asas masyarakat.
Masalah-masalah Yang Dihadapi
Di antara masalah-masalah yang dihadapi dalam
perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara ialah :-

i. Tahap Pemahaman Mengenai Dasar Yang Rendah.


Hasil daripada kajiselidik yang telah
dijalankan oleh LPPKN dan Jabatan Penerangan
Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat
banyak perbezaan dalam tanggapan dan persepsi
masyarakat mengenai Dasar ini. Di antara lain,
Dasar ini disalah anggap sebagai satu rancangan
untuk menggalakkan kadar kelahiran yang lebih
tinggi.
Di samping itu masih juga terdapat keadaan
di mana isikandungan mesej-mesej yang disiarkan
kepada orangramai oleh beberapa agensi Kerajaan
sering bertentangan antara satu dengan lain
atau dengan objektif-objektif Dasar
Kependudukan Negara .
Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN akan
meneruskan usaha-usaha penyebaran maklumat
mengenai Dasar ini kepada semua lapisan
masyarakat menerusi media cetak dan lain-lain
aktiviti seperti seminar, bengkel, kursus dan
majlis-majlis taklimat. Dalam usaha ini,
peranan lain-lain agensi yang terlibat dengan
penyiaran dan penerangan kepada orang ramai
juga adalah sangat mustahak untuk mengurangkan
kekeliruan dan masalah salah tafsiran Dasar
ini.
ii. Keperluan Memperkukuhkan Penyelarasan
Perlaksanaan Dasar.
Faktor-faktor Kependudukan mempengaruhi dan
juga dipengaruhi oleh pembangunan sosioekonomi.
Walaupun pada keseluruhannya pencapaian agensiagensi sektoral dalam melaksanakan Dasar
Kependudukan Negara adalah memuaskan, aspek
penyelarasan antara agensi ini masih perlu
dipertingkatkan. Usaha ini perlu dilaksanakan
lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa Dasar
baru yang telah digubal oleh Kerajaan, seperti,
Dasar dan Plan Induk Penswastaan, Dasar
Pendidikan Negara, D asar Pertanian dan lainlain.

Untuk memperkukuhkan lagi mekanisme


penyelarasan perlaksanaan Dasar Kependudukan
Negara,LPPKN sedang berusaha untuk mengwujudkan
semula Jawatankuasa Penasihat Penduduk.
Jawatankuasa ini telah ditubuhkan oleh Kerajaan
dalam tahun 1985 untuk tempoh 2 tahun bagi
mengkaji aliran pertumbuhan kependudukan negara
serta aspek-aspek yang berkaitan dengan
perlaksanaan Dasar ini. Keanggotaan Jawatankuasa ini akan terdiri daripada mereka yang
mempunyai pengalaman dalam bidang kependudukan
dari agensi-agensi Kerajaan dan pusat-pusat
pengajian tinggi. Satu daripada fungsi utama
Jawatankuasa ini kelak ialah pembentukan satu
Pelan Indikatif yang akan merangkakan keperluan
-keperluan sumber mengikut sektor bagi tempohtempoh jangka panjang, pertengahan dan jangka
pendek selaras dengan perlaksanaan Dasar
Kependudukan Negara.
Selain daripada itu, LPPKN juga akan terus
menjalankan aktiviti-aktiviti kajian untuk
mendapatkan maklumat yang lebih kemaskini
mengenai kependudukan. Dalam hubungan ini,
bermula dengan Rancangan Malaysia Keenam (199195), satu usaha mengumpul data-data demografi
akan dilaksanakan di peringkat-peringkat Negeri
dan juga Daerah. Usaha ini dijangka akan
memperkukuhkan lagi sumber data dan juga
penyelarasan perlaksanaan Dasar Kependudukan
Negara.
Malaysia adalah dalam golongan negeri-negeri yang
kecil yang secara tegasnya mempunyai dasar
kependudukan. Untuk matlamat dasar kependudukan ini
secara berkesan, adalah penting mengadakan dasar-dasar
serentak
dalam
bidang-bidang
ekonomi,
sosial,gunatenaga, alam sekitar, makanan, air,
pertanian, tenaga dan lain-lain secara menyeluruh.
Dengan itu adalah perlu supaya semua pihak iaitu
Kerajaan, sektor swasta dan yang paling penting
daripada rakyat sendiri, memainkan peranan
masing-masing dengan penuh tanggungjawab.
Dasar ini sebenarnya memperlihatkan satu perubahan
pemikiran yang penting dan radikal mengenai

kependudukan iaitu daripada dasar pertumbuhan yang


berbentuk 'restrictive' kepada yang berbentuk 'promotive'.
Dasar seperti ini diharap memelihara
kepentingan jangka panjang negara memandangkan hakikat
bahawa rakyat bukanlah merupakan 'tanggungan' negara
tetapi sebaliknya dianggap sebagai harta-harta
produktif yang penuh berpotensi. Seperti yang telah
dihuraikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sendiri,
sebarang pertambahan dari segi kependudukan sepatutnyalah diiringi dengan pertambahan daya pengeluaran yang
seimbang di segenap bidang. Perkara yang utama dalam
hal ini ialah untuk mempastikan kadar pertumbuhan
ekonomi mendahului kadar pertumbuhan kependudukan.
Dasar :

Perspektif Wawasan 2020


Latarbelakang
Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28
Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan
satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan"
yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai
matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun
2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi
merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial
dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan
antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.
Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan
dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil
dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan
ditempuh oleh negara.
Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan
sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun
2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang
ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek
kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan
dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka
akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu
berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati
kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang
demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing,
dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara

bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan


caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak
negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan
ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur
dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah
ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna
dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi
oleh negara-negara lain.
Cabaran
Objektif
Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia
dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan
yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan
sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:
(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti
menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama
sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara;
(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga
dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi
pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat
dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar
semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan
dihormati oleh rakyat negara lain;
(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang
matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;
(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai
agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika
paling tinggi;
(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur,
rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan
dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang
sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,

mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke


depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan;
(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,
iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat
lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan
tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;
(viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan
kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak
akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan
fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi
berdasarkan kaum; dan
(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, dinamik, giat dan kental.
Perspektif
Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan
beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan
Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.
Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam
kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang
rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum,
keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara
bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan
kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran
terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk
kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi
konsep ini istilah seperti perpaduan negara,
kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi
perlulah difahami dan diamalkan.
(ii) Negara Perindustrian
Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan
kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian
adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020
berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses
transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka

lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di


pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan
sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan
bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan
perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong
oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang
tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau
mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta,
menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara
perindustrian pertumbuhan ekonomi yangamat pesat
amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan
sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara
langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing,
kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan
menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan
sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi
jentera Pertumbuhan.
(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial
Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal
sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi
penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah
kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud
keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segalagalanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.
Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan
semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta
perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan,
keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara
wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar
bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya
telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir
terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum
golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah
menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki
ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap
keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke
dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan
dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan
Malaysia Keenam.
(iv) Moral dan Etika
Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang
yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-

Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang


kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan
kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah
penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai
moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan
dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak
membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni
(seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam)
akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak
menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.
Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem
sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat
bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat
dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini
membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah
negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan
masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana
keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang
mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan
pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang
merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk
masyarakat penyayang dan budaya menyayangi)
sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini
hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan
rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam
memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu
bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna.
Penutup
Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan
ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan
pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara
perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih
daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara
berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti
pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika,
kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan
lain-lain.
Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi
ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action
bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu
bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar

maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut


memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah
kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan,
perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan
teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih
dinamik.
Dasar :

Dasar Ekonomi Baru


LATAR BELAKANG
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah
British menggalakkan perkembangan masyarakat secara
'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak
British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari
negara China dan India untuk kepentingan ekonomi
penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah,
perdagangan dan perladangan.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan
ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar,
jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok
kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah
menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan
bandar dan luar bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5
tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama,
kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk
menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan
ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari
segi strategi di mana corak atau sistem semasa
penjajahan masih berterusan.
RASIONAL
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua
keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan
di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin
86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan
bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah
saperti berikut:
kaum
Melayu
Cina
India

kadar kemiskinan
pendapatan purata
(%)
keluarga sebulan
64.8
oe172.00
26.0
oe394.00
39.2
oe304.00

Lain-lain

44.8

oe813.00

Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat


Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan
rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik
dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971
adalah seperti berikut:
Pemilikan

Jumlah Pemilikan %
( oe juta )
1. Bumiputera perseorangan
279.6
4.3
dan agensi amanah
a) Bumiputera Perseorangan
168.7
2.6
b) Agensi Amanah
110.9
1.7
2. Bukan Bumiputera
2,233.2
34.0
Warganegara asing
4,051.3
61.7
------------Jumlah 6,564.1
100.0
------------Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun
1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:
Sektor
Melayu Cina India Lain-lain
1.Pertanian
67.6 19.9 11.5 1.0
2.Perlombongan
32.1 58.7 8.5 0.7
3.Perniagaan/
42.6 45.5 10.7 1.2
Perdagangan,
Pentadbiran Awam,
Pelajaran,
Pertahanan dan
Kemudahan Awam.
Kepincangan di atas dipercayakan telah merupakan
suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 mei 1969.
Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang
telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan.
Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini
adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam
tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang
wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara
wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang
sama.

OBJEKTIF
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi
itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu
pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang
melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar
Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan
ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan
mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan,
penempatan dan sebagainya.
STRATEGI PELAKSANAAN
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi
Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi
serampang dua mata:
i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan
memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua
rakyat tanpa mengira kaum.
ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi.
Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan
perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. Ianya bukan
sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar.
Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana
masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar
kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang
tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha
telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial
ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:
i.

Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan


rakyat yang menganggur.
ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di
sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada
sektor yang lebih lumayan.
iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara
kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan

antara wilayah.
v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.
vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
bumiputera.
vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan
komposisi kaum di Malaysia.
viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat
melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan
kemudahan infra-struktur dan lain-lain.
Penyusunan Semula Masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang
tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan
melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara
ini , di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40%
bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur
luar negeri.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula
Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan
golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan
luarbandar.
ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam
struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan
cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi
seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga
buruh mencerminkan bilangan kaum.
iii.Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat
Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan
pertumbuhan ekonomi.
iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera
supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam
tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA,
Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur
melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR,
KEJORA dan sebagainya.

Penutup
Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara
melalui prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara
yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar
kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang
dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas.
Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih
dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan
perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari
sektor swasta.
KECEMERLANGAN SEKTOR PERTANIAN DAN
DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN3) 1998-2010)
1. Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam
pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Di peringkat awal,
penanaman tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran, buahbuahan serta kegiatan menangkap ikan dan menternak telah
menyediakan sumber makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan
pendapatan pada penduduk-penduduk tempatan. Kegiatan pertanian
pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman
industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih
getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut
Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah
menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk
beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Tanaman kelapa sawit
mula diperkenalkan dan dimajukan pada awal 1960an diikuti dengan
koko pada tahun 1970an. Seterusnya penubuhan Institut Penyelidikan
Kelapa Sawit (PORIM) pada tahun 1979 telah menjadikan kelapa sawit
sebagai satu tanaman strategik kepada ekonomi Malaysia. Sumbangan
terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat
kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada
tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan
tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun
1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995. Penubuhan Lembaga
Koko Malaysia pada tahun 1988 untuk menjalankan penyelidikan
mengenai pengeluaran pemerosesan, penyimpanan dan penggunaan
mengukuhkan lagi kedudukan tanaman koko sebagai tanaman selingan
dalam sektor pertanian Malaysia.
2. Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan
pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi
pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru
untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi
kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan

agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia


(BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)
(1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang
(LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan
kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan
kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor
pertanian.
3. Semenjak pertengahan tahun 1980an, Malaysia telah mengalami
pertumbuhan ekonomi yang amat pesat sekali di mana ia telah
mencapai pertumbuhan KDNK melebehi 8 peratus setahun selama
sembilan tahun berturut-turut. Pertumbuhan yang pesat ini yang telah
diterajui oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan sementara sektor
pertanian telah mengalami kadar pertumbuhan yang kecil dan
sederhana 2-3 peratus setahun. Pada tahun 1987 sektor pembuatan
telah mengatasi sektor pertanian dari segi sumbangan kepada keluaran
dalam negara kasar (KDNK), peluang pekerjaan dan pendapatan
eksport akibat daripada dasar menggalakkan perindustrian.
4. Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor
pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak
3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9
bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai
eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9
bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang
merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%. Sungguhpun
demikian, perkembangan pesat dalam ekonomi sejak tahun 1991 dan
kegawatan ekonomi yang dihadapi sekarang telah menimbulkan
cabaran baru dalam pengurusan sektor pertanian. Cabaran tersebut
melibatkan masalah dan kekangan yang lazimnya berhubungkait
dengan ekonomi yang berkembang pesat secara berterusan,
terutamanya ekonomi yang mencapai tahap gunatenaga penuh serta
menghadapi masalah defisit imbangan perdagangan. Di antara
cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh sektor pertanian adalah
seperti berikut:i.

Keperluan untuk menjamin bekalan makanan yang


mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi
pada harga yang berpatutan.
ii. Keperluan untuk mengurangkan
penggunaan buruh dalam kegiatan
pertanian.
iii. Keperluan untuk memaksimakan
penggunaan sumber-sumber terhad yang

sedia ada seperti tanah dan air.


iv. Keperluan untuk memperkukuhkan
daya saingan sektor pertanian negara.
v. Keperluan untuk meningkatkan
pelaburan swasta dalam pengeluaran
makanan.
vi. Keperluan untuk merubah sektor
pekebun kecil .
vii. Keperluan untuk menyokong
perindustrian negara dan pelaburan luar
negara.
viii. Keperluan bagi memastikan
pembangunan pertanian dan perhutanan
yang mampan.
5. Untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dasar pertanian
negara yang baru (DPN3) telah digubal bagi menjamin pembangunan
pertanian dan perhutanan yang dapat disesuaikan dengan
perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan di
luar negara. Strategi pembangunan sektor pertanian dan perhutanan
disepadukan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber,
terutamanya tanah dan buruh: menggalakkan petani-petani
mengamalkan teknik-teknik pertanian moden melalui sistem bersepadu
yang menggabungkan tanaman, perikanan dan ternakan serta
dilengkapi dengan aktiviti agropelancongan.
6. Di samping itu, dasar-dasar bagi pengurusan ekonomi makro sektorsektor lain perlu diambilkira bagi mempastikan dasar pertanian adalah
konsisten, melengkapi, relevan dan selari dengan dasar-dasar
pembangunan yang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian. Dasardasar tersebut ialah dasar perindustrian, sains dan teknologi,
kepelbagaian biologi dan alam sekitar. DPN3 melengkapkan
pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian
yang telah dikenalpasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005)
melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang
akan merangkumi pembangunan dan peluasan industri sokongan dan
perantaraan. Pembangunan industri baru seperti bioteknologi, produk
kimia semulajadi yang dihasilkan daripada sumber biologi dan produk
biomass kelapa sawit adalah selaras dengan dasar pembangunan sains
dan teknologi. Strategi untuk pemuliharaan sumber biologi dan
semulajadi seperti hutan, marin dan air pula akan memenuhi kehendak
dasar kepelbagaian biologi dan alam sekitar. Rantaian pertanian dengan
sektor industri dan penekanan kepada pemuliharaan sumber semulajadi
akan mengukuhkan lagi sektor pertanian dan menjamin pembangunan

mampan. Oleh itu, DPN3 telah digubal dengan tujuan menjadikannya


satu dasar yang komprehensif, melengkapi dasar-dasar yang lain
(complementary), pragmatik serta fleksibel.

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010

7. Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan


melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia
meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta
pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif
DPN3 adalah untuk:
i Meningkatkan sekuriti makanan (food security)
ii Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
iii Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
iv Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
v Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan
8. Semua ini memerlukan pendekatan dan teras strategik yang baru
untuk mempertingkatkan sumbangan sektor pertanian dan perhutanan
kepada petumbuhan ekonomi. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua
pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani
(agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (productbased approach).
9. Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian
kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah,
buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan
pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi
dan saling melengkapi, justeru, membuka peluang untuk
dibangunkan bersama. Integrasi pertanian dan perhutanan juga
adalah bertujuan membentuk asas pengeluaran yang lebih luas bagi
kedua-dua sektor tersebut. Pendekatan ini akan memberi manfaatmanfaat berikut:
o

mewujudkan ruang yang lebih luas kepada pelbagai


gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian,
mengoptimakan penggunaan sumber terutama tanah dan
meningkatkan potensi penjanaan pendapatan dari

pelaburan-pelaburan perhutani;
o

membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan


perhutanan daripada tanah yang sama dan dengan ini
mengurangkan tekanan permintaan untuk tanah
pertanian yang baru;

menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti


penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri
untuk mengoptimakan penggunaan tanah dan
memaksimakan pulangan; dan

memberikan peluang hasil pulangan yang awal dan


berterusan daripada komponen pertanian di dalam
perusahaan campuran tersebut. Ini akan menggalakkan
penyertaan sektor swasta di dalam kegiatan tanaman
hutan komersil dan dengan demikian meningkatkan
bekalan balak untuk industri berasaskan kayu.

10. Pendekatan strategik baru yang kedua ialah pendekatan


berasaskan produk. Melalui pendekatan ini, produk-produk dan
pasaran-pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan,
potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Pendekatan berasaskan
komoditi yang diamalkan sekarang telah menghadkan keupayaan dan
keberkesanan sektor pertanian untuk menembusi pasaran yang
bersegmen dan bernilai tinggi. Dengan menggunakan pendekatan
berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada keperluan dan
cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Permintaan
dan keperluan pasaran ini digunakan untuk menggubal strategi-strategi
pengeluaran pertanian huluan. Ini akan mewujudkan peluang untuk
menambah pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran
hasil-hasil pertanian. Pendekatan ini akan dapat :o

melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok


industri berasaskan pertanian yang telah dikenalpasti di
dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005) melalui
pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi
yang akan merangkumi pembangunan dan peluasan
industri sokongan dan perantaraan.

meningkatkan pengeluaran pertanian yang lebih khusus


melalui penyampaian petunjuk-petunjuk pasaran serta
pola citarasa pengguna kepada pengeluar di peringkat
ladang. Ini akan menggalakkan pengeluaran produkproduk pertanian yang bermutu dan bernilai tinggi,
membantu penghasilan perbezaan produk dan
meningkatkan nilai ditambah produk-produk pertanian
bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen pasaran
tempatan dan antarabangsa.

mengenalpasti dan memperluaskan peluang-peluang


pasaran. Penggunaan petunjuk-petunjuk pasaran yang
disalurkan kepada pengeluar akan memudahkan mereka
membuat keputusan mengeluarkan bahan-bahan mentah
yang diperlukan untuk menyokong aktiviti pengeluaran
berasaskan pertanian dan aktiviti ekonomi yang lain. Ini
akan meluaskan lagi skop pembangunan pertanian dan
perhutanan serta mewujudkan peluang-peluang
perniagaan dalam bidang-bidang perniagaan yang lebih
luas melalui satu sistem rangkaian aktiviti pertanian
dengan aktiviti sektor lain. Rangkaian ini termasuk
penyelidikan dan pembangunan (P&P) serta penjanaan
teknologi, pengeluaran dan pemprosesan primer,
pengeluaran produk-produk pertengahan dan guna akhir,
pengedaran dan perkhidmatan pemasaran serta produk
akhir kepada pengguna.

11. Berasaskan pendekatan dan teras strategi yang baru ini, sektor
pertanian dijangka mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 2.4%
setahun di sepanjang tempoh DPN3. Sumbangan sektor pertanian
kepada KDNK dijangka turun daripada 13.5% dalam tahun 1995 kepada
7.1% dalam tahun 2010. Penurunan ini adalah selaras dengan
perubahan keseluruhan struktur ekonomi yang dialami oleh kebanyakan
negara maju di mana sektor pertanian adalah didorong oleh
peningkatan produktiviti melalui penggunaan teknologi secara intensif,
petani yang berpengetahuan di dalam amalan-amalan pertanian serta
pembangunan industri-industri baru yang berasaskan pertanian.
Kekurangan tenaga buruh yang berterusan dan persaingan faktor-faktor
pengeluaran yang lain dijangka mengurangkan lagi sumbangan getah
dan koko kepada KDNK pertanian, masing-masing daripada 10.6% dan
4.4% dalam tahun 1995 kepada 5.1% dan 2.9% dalam tahun 2010.
Sumbangan kayu gergaji juga dijangka turun daripada 13.9% kepada
hanya 5.3% dalam tempoh yang sama, seiring dengan dasar
pengurusan hutan yang mampan.
12. Sektor pertanian dijangka memperolehi sumber pertumbuhan yang
baru daripada hasil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan
kumpulan industri baru seperti perhutani, produk asli istimewa, buluh
dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan. Sektor kecil
makanan juga dijangka mengalami pertumbuhan ketara berikutan
langkah-langkah intensif yang telah diambil untuk mengatasi kekangankekangan yang dihadapi berkaitan dengan pengeluaran, serta daya
usaha lain untuk memperkukuhkan asas ekonomi sektor kecil ini.
Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka
meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995 kepada RM7.4
bilion dalam tahun 2010. Permintaan kukuh yang kian meningkat
terhadap minyak sawit di pasaran antarabangsa akan mempergiatkan
lagi pertumbuhan industri ini. Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka
meningkat daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi tempoh
tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka

meningkat daripada 42.1% kepada 44.6%.


13. Sektor pertanian khususnya sektor-sektor kecil tanaman industri
dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting sebagai
pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber.
Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih
penting apabila lebih banyak bahan mentah pertanian diproses dan
dijadikan produk akhir untuk dieksport. Bagi menampung pengeluaran
dalam negara dan memenuhi permintaan yang kian bertambah
daripada industri hiliran, perolehan strategik bahan mentah melalui
pelaburan di luar negara akan diusahakan.
14. Jumlah tenaga kerja dalam sektor pertanian akan berkurangan
sebanyak 2.8% setahun daripada 1,429,000 pekerja dalam tahun 1995
kepada 930,000 pekerja dalam tahun 2010. Ia akan dilaksanakan
melalui usaha-usaha mempertingkatkan penggunaan sistem
pengeluaran intensif berautomasi dan mekanisasi serta mengurangkan
perusahaan-perusahaan pertanian yang berintensif buruh. Peningkatan
kawasan penggunaan tanah pertanian dijangka akan menjadi terhad
dalam tempoh ini disebabkan kekurangan tanah, tenaga buruh serta
peningkatan kos pengeluaran. Oleh itu, pengeluaran dijangka
bertambah melalui peningkatan produktiviti. Produktiviti pekerja dijangka
meningkat daripada RM11,360 kepada RM24,730 setiap pekerja dalam
tempoh yang sama. Ini mencerminkan penekanan yang diberi kepada
teknologi jimat buruh, inovasi dan pengurusan ladang yang lebih cekap.
15. Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan
terus meningkat melalui penggunaan tanah yang lebih intensif walaupun
peluasan guna tanah adalah sederhana. Tanaman getah, padi, kelapa
dan koko masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas
494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan 30,700 hektar.
Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan perhutani,
kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru
pula akan hanya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak di mana masih
terdapat kawasan tanah yang luas. Dengan itu, peningkatan keluasan
guna tanah dijangka meningkat hanya pada tahap 0.5% setahun iaitu
daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.
Dasar :

Dasar Perindustrian Berat Di Malaysia


Latarbelakang
Sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar
kepada ekonomi negara setanding dengan sektor
pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK
telah meningkat dari 13.4% pada tahun 1970 kepada 20.5%
dalam tahun 1980 sementara sumbangan sektor pertanian

menurun dari 30.8% kepada 22.2% dalam tempuh yang sama.


Begitu juga dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan di
mana peraturannya dalam sektor perindustrian telah
bertambah dari 11.4% pada tahun 1970 kepada 15.8% pada
tahun 1980 sedangkan di sektor pertanian peratusannya
menurun dari 50.5% kepada 40.6%. Pertumbuhan sektor
perindustrian dalam dekad tersebut ialah 12.5% setahun
berbanding dengan hanya 4.3% bagi sektor pertanian.
Proses perindustrian telah melalui tahap-tahap yang
diperlukan bermula dengan industri tradisional
berasaskan pertanian sebelum tahun 1960an kepada
industri gantian-import pada tahun 1960an dan
seterusnya industri-industri intensif buruh dan eksport
pada tahun-tahun 1970an. Langkah seterusnya yang paling
wajar dalam proses perindustrian ini ialah dengan
mengamalkan dasar industri berat iaitu perindustrian
yang memerlukan modal yang besar, teknologi yang tinggi
dan menggunakan tenaga pekerja mahir yang ramai.
Rasional
Industri berat mempunyai potensi jangka panjang
dalam proses rancangan perindustrian negara kerana
dasar ini adalah merupakan satu langkah ke arah satu
ekonomi yang lebih kukuh dengan memperluas dan
mengukuhkan asas dan struktur perkilangan agar ianya
terus mampu menghadapi pertumbuhan dan kematangan.
Selama ini, Kerajaan adalah merupakan pelabur yang
terbesar sementara sektor swasta kurang memainkan
peranan dan pelaburannya adalah terlalu lembap. Sektor
ini tidak dinamik di mana ia lebih bertindak balas
kepada galakan dan perlindungan tanpa memberi
perhatian kepada 'new areas' dan berbelanja untuk
penyelidikan dan pembangunan. Pada masa-masa yang
lepas sektor swasta lebih memandang ke dalam (inwardlooking) dan polisi ditujukan ke arah itu iaitu gantian
import dan galakan perlindungan tanpa memikirkan
persaingan dalam pasaran dunia. Dasar perindustrian
berat diharap dapat mengubah keadaan ini agar sektor
swasta meningkatkan pelaburan mereka dan mengambil
bahagian cergas dalam pembangunan ekonomi melalui program perindustrian berat yang lebih sophisticated yang
akan mengwujudkan industri-industri sokongan dan
berkemampuan untuk bersaingan dalam pasaran dunia.

Kebanyakan pelaburan sehingga hari ini, adalah


'assembly of packaging type' yang gagal memberi peluang
untuk 'forward or backward linkages'. Akibatnya,
walaupun proses perindustrian telah berlangsung selama
25 tahun, Malaysia masih belum mempunyai 'industrial
elite' dan masyarakat perindustriannya sendiri.
Malaysia perlu mempunyai kedua-dua ini jika mahu terus
maju setanding dengan negara-negara perindustrian yang
lain.
Objektif
Dasar Industri Berat dijangka akan mencapai
objektif-objektif berikut:
(1) Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih
sophisticated untuk memajukan teknologinya
sendiri. Dengan itu, perindustrian di
Malaysia tidaklah hanya setakat memproses
dan menghasilkan barang-barang pengguna
yang mudah, tetapi sebaliknya dapat mengeluarkan bahan-bahan mentah serta jenterajentera perindustrian dan barang-barang
gantian import untuk keperluan negara secara
kompetitif.
(2) Mengelakkan pergantungan berterusan kepada
barangan dan teknologi asing. Dengan ini,
negara boleh menyelamatkan tukaran wang
asing dan seterusnya mengasaskan langkah
berjaga-jaga ke atas ketidak-tentuan harga
dan bekalan bahan-bahan keperluan strategik.
(3) Mempelbagaikan dan memperkukuhkan eksport
barangan Malaysia untuk mengatasi dasar
perlindungan yang ada di negara-negara maju
terhadap barangan yang dihasilkan oleh
perindustrian intensif buruh negara-negara
membangun.
(4) Industri berat dijangka dapat meningkatkan
keupayaan industri-industri kecil dan
industri sokongan di samping mengwujudkan
industri-industri pertengahan yang baru.
Pengalaman di negara-negara lain menunjukkan
bahawa pelaburan dan gunatenaga yang
diwujudkan oleh industri-industri pertengah-

an, sokongan dan kecil ini adalah lebih


besar dari yang ditimbulkan oleh industriindustri berat itu sendiri.
(5) Mengwujudkan peluang untuk para pekerja
dilatih dalam bidang-bidang kejuruteraan dan
kemahiran-kemahiran berkaitan.
Strategi Pelaksanaan
Industri berat memerlukan modal besar, teknologi
yang tinggi dan sophisticated dan pekerja mahir.
Selain dari Kerajaan, tidak ada pelabur-pelabur
tempatan yang sanggup melabur modal dalam projek-projek
yang sebegini besar. Pelabur-pelabur tempatan juga
tidak mempunyai teknologi yang diperlukan. Dengan
demikian, pelaburan dalam bidang ini terpaksa
diusahakan oleh Kerajaan dan pelabur-pelabur asing.
Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menubuhkan
Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun
1980. Peranan HICOM adalah untuk mengenalpasti,
memulakan, melaksanakan dan menguruskan projek-projek
dalam bidang industri berat. Berikutan dari ini
beberapa projek tajaan Kerajaan dengan usaha sama
pelabur asing telah dilancarkan. Ini termasuk logi
simen, besi panas dan pancang keluli, projek kereta
nasional, logi enjin kecil, palpa dan kertas dan
kompleks kejuruteraan.
Kesemua projek-projek ini adalah memerlukan
bahan-bahan atau komponen-komponen tertentu dalam
pengeluarnnya. Di sini timbullah peranan yang patut
dimainkan oleh industri-industri sokongan dan kecil
untuk membekalkan bahan-bahan tersebut. Dengan itu,
perlaksanaan program industri berat mempunyai serampang
dua mata; iaitu mengwujudkan projek industri berat itu
sendiri dan meningkat keupayaan industri sokongan atau
mengwujudkan industri-industri baru.
Di sini
pelabur-pelabur tempatan (swasta) haruslah memainkan
peranan aktif bagi mengwujudkan 'secondary industries'
yang berasaskan 'high-teknologi' dan berkeupayaan
mempercepatkan pertumbuhan industri pertengahan dan
sederhana. Dengan tidak secara langsung ianya akan
mengwujudkan industri gantian import pusingan kedua dan
'resource-based industries' untuk eksport.
Oleh kerana industri berat memerlukan teknologi

yang sophisticated dan kemahiran yang tinggi di mana


ianya menjadi masalah di Malaysia, dasar ini memerlukan
pengimportan kedua-dua sumber itu secara mengadakan
usahasama dengan pelabur asing. Rakan perkongsian
asing dimestikan menyediakan kerjasama dan bantuan
dalam melatih pekerja, pengendalian dan pengurusan
projek. Ini adalah bagi menentukan pemindahan
teknologi berjalan dengan berkesan dan projek mencapai
kejayaan.
Insentif berbentuk kredit, tariff atau subsidi
patutlah diberi kepada projek-projek ini bagi
membolehkan industri ini berdiri buat permulaannya.
Pengeluaran juga haruslah bukan sahaja untuk
pasaran dalam negara tetapi hendaklah juga ditujukan
kepada pasaran dunia. Dari segi ini, tindakan
pemasaran yang agresif hendaklah dijalankan dan
usaha-usaha dibuat dalam penyelidikan dan pem- bangunan
demi mengurangkan kos pengeluaran agar barangan menjadi
lebih kompetitif.
Kajian juga hendaklah dibuat bagi mengenalpasti
projek- projek yang sesuai dan paling bermunafaat
kepada Malaysia dan menentukan pilihan teknologi yang
akan digunakan.
Penutup
Oleh kerana bentuk perindustrian berat yang rumit
itu tidak menggalakkan penglibatkan sektor swasta dalam
negeri, maka Kerajaan nampaknya terpaksa mengambil daya
utama untuk menjalankan industri ini dan membiarkan
pelabur swasta menjalankan industri sampingan bagi
komplimen industri berat itu. Ini dengan sendirinya
akan mempertingkatkan proses perindustrian dan
memperluaskan asas perindustrian yang diperlukan bagi
industri berat. Buat beberapa ketika pergantungan
kepada tekno- logi asing tidak dapat dielakkan, tetapi
dengan penyusunan cara pemindahan teknologi yang
teratur, ianya akan dapat dikurangkan sedikit demi
sedikit sehingga akhirnya Malaysia boleh mengwujud- kan
teknologinya sendiri. Selain dari itu, langkah yang
patut diambil ialah dengan memberikan intensif yang
sesuai kepada industri dalam negeri bagi membolehkan ia
merangka 'capital saving equipment' melalui aktiviti
penyelidikan dan pembangunan mereka. Berdasarkan

pencapaian yang telah diperolehi dalam dasar


perindustrian negara selama ini, dasar industri berat
ini juga akan mencapai kejayaan yang sama jika
pendekatan yang sesuai dibuat.
Dasar :

Dasar Urbanisasi Negara


Latarbelakang
Setakat ini tidak ada dasar Urbanisasi Negara yang
komprehensif dan yang telah diistiharkan secara rasmi
oleh kerajaan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa
strategi dan pendekatan berhubung dengan pembangunan
bandar terutamanya dalam konteks pencapaian matlamat
pembangunan negara yang berasaskan DEB.
Kerajaan menganggap bahawa proses urbanisasi yang
di rancang dan dikawal adalah merupakan satu strategi
penting untuk mencapai matlamat DEB di samping memupuk
perseimbangan ekonomi di antara bandar dan luarbandar.
Selaras dengan ini kerajaan telah menubuhkan dua
Jawantankuasa Tertinggi, satu dianggotai oleh ahli-ahli
politik dengan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana
Menteri dan satu lagi dianggotai oleh pegawai- pegawai
Tadbir dengan dipengurusikan oleh Ketua Pengarah Unit
Perancang Ekonomi. Tugas kedua-dua jawatankuasa ini
ialah untuk merancang dan merangka satu dasar
Urbanisasi Negara yang lengkap dan komprenhensif.
Rasional
Pembangunan bandar yang seimbang adalah merupakan
sebahagian daripada strategi yang penting untuk memupuk
satu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai
melalui pengurangan jurang perbezaan antara wilayah
supaya faedah daripada pembangunan ekonomi dan
perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara
meluas dan saksama di seluruh negara. Dalam hal ini
pembentukan dasar urbanisasi negara akan dapat
mengwujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebih
teratur dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar yang
lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar yang
berbeza dari segi saiz dan peranannya.
Rantaian perhubungan antara bandar dengan
luarbandar yang lebih berkesan bukan sahaja membolehkan
lebih ramai isi rumah luarbandar menyertai

kegiatan-kegiatan berasaskan bandar yang mempunyai daya


pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapat
mempercepatkan proses pemodenan kawasan-kawasan
luarbandar.
Objektif
Selaras dengan usaha kerajaan untuk membentuk satu
Dasar Urbanisasi Negara; objektif-objektif dasar yang
khusus sedang dirangka. Dalam hal ini faktor-faktor
berikut yang berkaitan dengan proses urbanisasi dan
hubungannya dengan pembangunan ekonomi akan diambil
kira:(i) Proses demographi dan urbanisasi.
(ii) Keadaan perkaitan yang rapat yang wujud
di antara proses pembangunan sosio-ekonomi
dengan proses dan pola-pola urbanisasi.
(iii) Kesan 'spatial' berikutan dengan perlaksanaan
dasar dan program di peringkat negara dan
wilayah.
(iv) Dimensi-dimensi khusus dari segi proses
perbandaran.
(v) Peralatan-peralatan dasar (Policy Instrument)
yang telah dirangka untuk mencapai matlamat
DEB.
Strategi Pelaksanaan
Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat
pembangunan negara melalui proses pembangunan bandar
yang dirancang dan dikenalpasti maka kerajaan telah
merangka beberapa strategi khusus. Di antaranya ialah:
(i) Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih
seimbang dari segi pembangunan fizikal,
susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan
bandar melalui pengurusan sumber yang lebih
cekap seperti tanah, pengangkutan, perumahan,
tenaga manusia dan infrastruktur sosial.
(ii) Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan
luarbandar dengan cara melibatkan penerokapeneroka di sekim pembangunan tanah dan
penduduk-penduduk di kawasan in-situ dalam
kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui

perkembangan perkhidmatan, perdagangan dan


runcit serta industri-industri kecil.
Penyertaan tersebut adalah bertujuan untuk
mengurangkan pengaliran pendapatan kekawasan
lain dan juga untuk menerapkan unsur-unsur
unsur-unsur pembangunan bagi mempergiatkan
ekonomi tempatan.
(iii) Mempastikan pembangunan secara teratur di
pusat-pusat bandar yang sedia ada dengan
mengambilkira keadaan tempatan. Selaras
dengan tujuan ini pelan-pelan struktur
bagi pusat-pusat utama dan pelan-pelan
tempatan bagi kumpulan-kumpulan pusat-pusat
bandar kecil akan disediakan. Pelan-pelan ini
akan menjadi garispanduan bagi pembangunan
dan pembaharuan semula bandar di samping
meningkatkan kecekapan dalam perancanganperancangan kawasan-kawasan bandar.
(iv) Mempercepatkan pembangunan bandar didalam
kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah
dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan
memperluaskan liputan dan bidang penglibatan
sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan kegiatan-kegiatan bandar
terutamanya pembinaan, pembuatan dan
perkhidmatan dalam kawasan-kawasan pembangunan wilayah berkenaan.
(v) Memperkenalkan konsep memperbandarkan
kampong-kampong dengan cara pengelompokan
kampong-kampong kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan bandar kecil atau pusat
pembangunan desa di mana kegiatan-kegiatan
perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian
secara komersial dapat diwujudkan.
Penutup
Pembangunan bandar yang ada dan yang akan diadakan
selaras dengan usaha pembentukan satu Dasar Urbanisasi
Negara yang komprehensif amatlah penting bagi menjamin
pencapaian kepada matlamat pembangunan negara. Hasrat
kerajaan ialah untuk mempastikan supaya proses
urbanisasi, corak dan tahap pembangunan matlamat DEB
secara lebih berkesan lagi.

Setelah melihat perkembangan ekonomi dan pengaruh


kependudukan membuktikan bahawa satu dasar urbanisasi
yang komprehensif haruslah dilaksanakan dengan segera
untuk mencapai matlamat pembangunan negara dan DEB.
Tanpa dasar yang lengkap akan menyebabkan pertumbuhan
bandar yang tidak seimbang dan seterusnya tidak
membantu pembangunan negara sepenuhnya. Penumpuan
aktiviti sosioekonomi di beberapa bandar tertentu
sahaja juga akan merugikan penduduk bumiputera yang
kebanyakannya tinggal di luar bandar.

PENGENALAN DASAR LUAR NEGARA


Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar Negara bermaksud dasar
kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang
manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin
menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu
juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya
daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti
Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasakuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan
bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan.

Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan
yang menjadi punca pendapatannya.
Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan memelihara hubungan yang
baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan barangannya atau bagi mendapatkan bahan
mentah yang diperlukannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah
negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan
politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan
kebudayaan masyarakat tersebut.
DEFINISI DASAR LUAR NEGARA
Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh
sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain dalam
pengertian yang terhad, dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil
oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang
kuasanya. Bagi menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara,
hubungan di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan
penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu sama lain dalam
pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan keselamatan. Negara maju perlu
mengadakan hubungan dengan negara membangun khususnya dalam bidang perdagangan.
OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA
Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan
nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri
Luar Negeri, Dato Seri Syed Hamid Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar
negara Malaysia adalah menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan
Malaysia di peringkat global. Selain itu, dasar ini turut menjaga dan mempertahankan
kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnya mempertahankan prinsip
menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur
tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. Tambahan lagi, objektif seterusnya
adalah untuk menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial
di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat mengeratkan
kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu, pendirian serta kepentingan negara-negara
membangun dapat dipertahankan di peringkat antarabangsa.
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA
Salah satu prinsip Malaysia ialah menyelesaikan masalah menerusi rundingan'. Malaysia
mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain di samping bersedia
menjalinkan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan
negara. Malaysia memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui
perundingan atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara
kekerasan dan paksaan.Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara
aman dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara supaya

menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak luar. Di samping itu,
Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu apa yang terbaik untuk negara
mereka dan lebih memahami apa yang diperlukan. Oleh itu, Malaysia menyokong secara tidak
langsung perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran
Demokratik Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan.
AFTA
Pengenalan
AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian
yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran
tempatan semua negara-negara yang terlibat.
Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara
anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam
bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999.
AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara
anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN.
Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan tarif
AFTA.
Tujuan Perjanjian AFTA
Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai
pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan
tarif dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing
langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan
dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN.
Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz
pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran.
Perlaksanaan AFTA
Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993 dengan
tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang
bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan
Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.

Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan
dengan penghapusan duti-duti import. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah:
Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia,
Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2010.
Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam
akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun, penghapusan duti import bagi
produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1 Januari 2018.

ZOPFAN
Latarbelakang
Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN
sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah
menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone
of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai
pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi
Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.
Rasional
Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah
mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu
ialah:
(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasabesar
dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam
serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan
Amerika dari Vietnam pada awal 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut
telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya
mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN


bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam
pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan
kestabilan di rantau ini.

(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan


kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera
untuk mencapai tujuan ZOPFAN.
Objektif
Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang
aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar
khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.
Strategi Pelaksanaan
Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk
mencapai objektif tersebut adalah:(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar
tentang objektif atau usaha menjadikan

(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka
panjang.

(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada
senjata nuklear.
Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa
kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan
sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun,
usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa
mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus
berusaha mencapai konsep ZOPFAN.

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan
Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 diBangkok dengan
tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada
setiap November.
Prinsip utama ASEAN
Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:

Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti


nasional semua negara

Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur
tangan luar, subversif atau koersion (coerion)

Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman

Menolak penggunaan ketenteraan

Kerjasama effektif antara anggota.

[sunting]Ahli ASEAN

Negara-negara yang menyertai ASEAN.


Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Timur dan
Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:

Brunei Darussalam

Filipina

Indonesia

Kemboja

Laos

Malaysia

Myanmar

Singapura

Thailand

Vietnam

[sunting]Sejarah
Rencana utama: Sejarah ASEAN
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara
pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa
proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagaiDeklarasi Bangkok. Menteri
luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul
Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai
kemerdekan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli
baru.Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28
Julai 1995, Laos dan Myanmarmenjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23
Julai 1997. Walaupun Kembojasudah menyertai ASEAN bersamasama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik
dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula
ASEAN pada 30 April 1999.
[sunting]Timor Leste
Negara baru Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk
mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak
menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada
Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor
Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi.
Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara
baru ini. Timor Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN.
Walaubagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.
ASEAN dianggarkan merangkumi 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta
kilometer per segi.
ISU SEMASA

Model Ekonomi Baru (MEB)


Model Ekonomi Baru telah dibentangkan di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur
pada 30 Mac 2010. Tiga prinsip yang ditekankan ialah berpendapatan
tinggi, kemapanan danketerangkuman (inclusive). Dengan prinsip-prinsip ini ianya dapat
memacu ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya,
meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi
serantaau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti hidup secara menyeluruh.
Berikut ialah ringkasan / intipati Model Ekonomi Baru (MEB) / Summary of New Economy Model
(NEM) yang dibentangkan pada 30 Mac 2010 di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala
Lumpur:

Meningkatkan pendapatan tahunan per kapita sebanyak USD7,000 (RM22,806) kepada


USD15,000 (RM48,870) dalam tempoh 10 tahun. Ianya dapat dilakukan dengan
membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi

Pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Di
samping itu, pekerja kolar biru akan menerima upah berdasarkan kompetensi yang mereka
miliki dan prestasi diukur berdasarkan penigkatan antarabangsa. So lagi banyak kemahiran,
tanggungjawab pun lagi besar dan buat kerja pun lagi baik dan berpendapatan tinggi

Pengurangan kebergantungan terhadap buruh asing yang tidak berkemahiran dan lebih
focus kepada pekerja pelbagai kemahiran (multi-tasking worker) yang mana boleh
meningkatkan produktiviti

Mengambilkira kesan pembangunan ekonomi terhadap persekitaran dan sumber asli.

Semua pihak / rakyat akan menikmati hasi kemakmuraan negara yang semakin
meningkat. Oleh sebab itu, tidak ada seoraang pun akan terpinggir dalam menyumbang dan
mengecapi hasil penjanaan kekayaan

Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik:


1.
Menyuburkan kembali sekto swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
2.
Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan
kepada pekerja asing
3.
Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
4.
Memperkukuhkan sektor awam
5.
Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
6.
Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
7.
Meningkatkan sumber pertumbuhan
8.
Memastikan pertumbuhan yang mapan
Pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia

Pembangunan dalam pasaran modal akan terus diperkukuh di dalam Pelan Induk
Pasaran Modal Kedua yang sedang dirangka oleh Suruhanjaya Sekuriti

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk melabur lebih banyak
aset di luar negara (sekarang 6%). dengan ini ia akan mempelbagaikan portfolio dan
memberikan lebih banyak ruang domestik untuk penyertaan baru. Sekarang KWSP menguasai
50% daripada volume harian Bursa dalam pasaran ekuti dan bon tempatan.

Menjadikan Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) sebagai agensi promosi


pelaburan yang lebih efektif dengan membuat perubahan drastik. Dengan itu, MIDA akan
dikorporatkan untuk memberi lebih fleksibiliti untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja
serta bakat. MIDA akan dikenali sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

Khazanah akan melupuskan 32% pegangan di dalam Pos Malaysia melalui dua
peringkat proses pelupusan strategik
1.
Bermula serta-mertaa: kaedah urus tadbir korporat dan kawal seliaan yang
sesuai akan dipatuhi. Perbincangan menyeluruh akan dilaksanakan mengambil kira;
struktur kawal seliaan, penggunaan tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan
pekerja
2.
Kerajaan akan menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih
pemegang saham baru dengan taahap keusahawanan yang tinggi bagi memodenkan
Pos Malaysia

Beberapa lot tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol, Kuala Lumpur akan
ditender dan dibangunkan oleh sektor swasta

Kerajaan dan KWSP akan membentuk kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar
tanah di Sungai Buloh sebagai hab baru bagi Lembah Klang. Pelaburan sebanyak RM5 bilion
dijangka dapat memberi kesan positif kepada ekonomi

Kerajaan akan mengurangkan peranan dalam aktiviti-aktiviti persaingan secara


langsung dengan sektor swasta. Kerajaan adalah di dalam proses mempertimbangkan langkahlangkah penswastaan bagi Percetakan Nasional Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd,
Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio Sdn Bhd ada beberapa syarikat lain lagi

Petronas akan menyenaraikan dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik di Bursa
pada tahun ini. Ini dapat mengurangkan penglibatan Kerajaan dalam aktiviti perniagaan yang
akan menggalakkan persaingan dalam ekonomi, pengambilan risiko dan merangsang
pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan seterusnya memberi manfat kepada semuaa warga
Malaysia

Kerajaan akan mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem
subsidiyang wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui
cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (goods and services tax: GST)

1 MALAYSIA
(Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara)
1. PENGENALAN
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka
sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar

dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi
bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep 1
Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini
selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip
Rukun
Negara
1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat
Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling
mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana
Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
1 Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur,
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan
tanggungjawab kepada negara.
1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.
Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam
merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata
paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi
dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan
tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga
dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin
yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan
dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi
kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat,
tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap
bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama.
Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan
daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina
Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.
Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan,
dedikasi dan kesetiaan.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya
kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan
integiti.
2. DEFINISI
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita
mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera
asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada
golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.
2.1
Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan
masing.
Ayat yang menyebut Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People
menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masingmasing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik
dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa
mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada
perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaumkaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua
kumpulan etnik dalam negara kita lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan
negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala
keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.
2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia
Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan
dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan
keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak
melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaumkaum lain.

3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN


MALAYSIA
Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki
kelainan seperti berikut:
3.1. Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas
binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta
tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih
kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.
3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal
integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang
hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara
Malaysia.
4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep
1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam
bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas
dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN


TERDAHULU
Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh
YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan.
Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri terdahulu.
Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha
memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana
Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun
matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.
6. MATLAMAT
1 Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam
kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini
akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian
berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato Sri Najib Tun
Razak iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam
konsep 1 Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia
dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan
nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya
kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah
hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

1. BUDAYA KECEMERLANGAN
Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian
yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana
budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi
sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan
menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain
terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi
menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan
ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan
eksport.
7.2. KETABAHAN
Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka.
Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin
dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan
Negara.
7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala
rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi
memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada
dan perlu memperbaikinya secara positif.
7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin
maju dan berjaya
7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi
menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan
7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan
diri, masyarakat dan negara.
7.3 RENDAH HATI
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati
dikatakan Tawaduk. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga
dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.
7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang
lain.
7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan
dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi
mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana
kita berada.
7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah
diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai
rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.
7.4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada
ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif
menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur
terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa.
Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya
diterima dengan ketidakjujuran.
7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat
persetujuan secara bersama.
7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi
membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina,
India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat
negara ini.
7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara
adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum,
etnik, agama dan fahaman politik.
7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan
projek
perlu
adil
mencerminkan
keperluan
1
Malaysia.
7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya
ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.
7.5 KESETIAAN
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa
berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada
negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada
kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.
7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi
yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua
pihak.
7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan
ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi
menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau
kekurangan adalah lambang setia kawan.
7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan
niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu
ditegur atau dikritik.
7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian
dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak
bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak
disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6 MERITOKRASI
Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi
memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu
pembangunan negara.
7.6.1
Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan
perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan
tersebut..
7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang
ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya
cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat
melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang
ditetapkan.
7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar
dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing
membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik
merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran
globalisasi/liberalisasi.

7.7 PENDIDIKAN
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai
kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang
berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari
segala-galanya.
7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang
sentiasa terbuka.
7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah
vernakular.
7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India
hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai
bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.
7.8 INTEGRITI
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat.
Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh
semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.
7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah
perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam.
Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar
diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan
panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau
melalui saluran tidak sah.
7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan
negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri,
keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.
8. KESIMPULAN
Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana
kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan
adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat
perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan
kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya
perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat
atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada
kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan
yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak
akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah
Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk
bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat
penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan
pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan
kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu
kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

SATU MURID SATU SUKAN.


Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah
mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan. pelajar akan diberi kredit atau
markah bagi membuka peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pelajaran mereka
ke peringkat lebih tinggi. Bertujuan untuk meningkatkan kegemilangan sukan
dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama
mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi. Bagi merealisasikan hasrat itu,
pihaknya akan merombak Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian
Pelajaran dengan menjadikan sukan sebagai bidang berasingan. Bagi meralisasikan
misi ni, kerajaan akan mengkaji kurikulum yang lebih lengkap, menyediakan tenaga
pengajar, jurulatih yang berkemahiran dan aspek promosi. aktiviti sukan di sekolah juga
akan dikaji supaya ia tidak hanya diadakan dalam tempoh dua tiga bulan pertama sesi
persekolahan sebaliknya sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan.
Kerajaan akan menambah peruntukan kepada sekolah-sekolah supaya hasrat itu
menjadi kenyataan.

You might also like