You are on page 1of 12

MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

BAB 1 : KONSEP KENEGARAAN

DEFINISI ‘NEGARA’

 ialah sebuah wilayah fizikal yang didiami oleh sekumpulan penduduk, mempunyai sempadan,dan ditadbir
oleh sebuah kerajaan.
 Suatu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap.
 Suatu masyarakat @ komuniti yang mendiami sebuah kawasan @ wilayah secara tetap & diperintah oleh
sebuah kerajaan.

Konsep NEGARA/ Ciri Asas sebuah NEGARA ialah:

 Mempunyai Sempadan/wilayah fizikal yang jelas.


 Mempunyai penduduk yang tetap.
 Mempunyai kerajaan yang teratur dan sistematik

KONSEP KEDAULATAN

 Oleh itu, Kedaulatan dapat ditakrif sebagai hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah
kawasan pentadbiran, rakyat atau diri sendiri dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

 Kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-undang dan menguatkuasakan undang-
undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada lantaran sifatnya yang mutlak

 Kedaulatan wujud kerana adanya wilayah.

 Kedaulatan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:


o Kedaulatan politik
o Kedaulatan yang sah

 Kedaulatan politik ialah kuasa rakyat yang dilaksanakan melalui pilihan raya untuk memilih kerajaan.

 Kedaulatan yang sah ialah kuasa ketertinggian Perlembagaan dan undang-undang negara yang
dilaksanakan oleh kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat.

• Malaysia sebagai sebuah negara merupakan negara berdaulat dengan sebuah kerajaan pusat dan 13 buah
kerajaan negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya).

CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT (umum)

 Merdeka iaitu bebas dari dijajah oleh kuasa lain.


 Berkuasa sendiri. Iaitu berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara tanpa dipengaruhi oleh
kuasa asing.
 Berwibawa. Diiktiraf oleh negara luar kewibawaannya dan mengadakan hubungan diplomatik dengan
negara lain.
 Beridentiti. Mempunyai ideologi sendiri seperti bendera dan jata negara untuk corakkan politik dan
sosial sendiri.

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 1


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

CIRI-CIRI NEGARA MALAYSIA YANG BERDAULAT

1. Sempadan yang jelas.


 Sempadan Malaysia diiktiraf oleh semua negara dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Malaysia berkuasa penuh terhadap kawasan perairan dan ruang udara Malaysia. Kuasa autonomi
ini dihormati oleh kuasa asing.

2. Penduduk yang tetap.


 Penduduk tetap di Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.

3. Kerajaan yang sistematik.


 Pertukaran kerajaan di Malaysia berlandaskan undang-undang yang ditetapkan dan melalui proses
pilihan raya. Maka, penguakuasaan undang-undang berlangsung sepanjang masa.

4. Mempunyai kedaulatan/ merdeka.


 Malaysia berupaya mengawal hal ehwal dalam negeri dan kebebasan untuk mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.

5. Mempunyai Ideologi sendiri.


 Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku individu,
masyarakat dan negara.

6. Mempunyai identiti sendiri.


 Mempunyai perlembagaan bertulis, agama rasmi iaitu agama islam, bahasa rasmi, iaitu bahasa
Malaysia, simbol atau lambang negara, bendera negara, lagu Negaraku dan lain-lain.

sempadan jelas Penduduk tetap Kerajaan teratur


dan sistematik

Berdaulat Beridentiti Berideologi sendiri

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 2


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

SISTEM KERAJAAN

• Kerajaan terdiri daripada 3 komponen iaitu:

a) Badan Perundangan/Legislatif.
b) Badan Eksekutif/Badan Pelaksana/Kabinet.
c) Badan Kehakiman/Judisiari

YDPA

MRR

BADAN BADAN BADAN


PERUNDANGAN EKSEKUTIF KEHAKIMAN

• Ketiga-tiga badan di atas membantu sesebuah kerajaan menjalankan tugas seperti berikut:

 Menjalankan urusan pentadbiran.


 Menguatkuasakan undang-undang.

Peranan Badan Perundangan/Badan Eksekutif /Badan Kehakiman:-

BADAN FUNGSI

Perundangan Menggubal Undang-Undang

Eksekutif Menguatkuasa dan melaksana


undang-undang.
Melaksana dasar-dasar awam.

Kehakiman Mentafsir undang-undang.


Menjatuhkan hukuman.

CIRI-CIRI SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

1. Mengamalkan demokrasi berparlimen(Parlimen dwidewan dan bercorak (Westminster)


2. Mempunyai Raja Berperlembagaan (YDPA sebagai ketua negara)
3. Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (Terdapat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri)
4. Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
5. Mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan.

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 3


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

PERANAN /TANGGUNGJAWAB KERAJAAN

1. Mentadbir negara.
i. Melaksanakan tadbir urus negara berdasarkan prinsip tadbir urus terbaik (good governance)

2. Penyedia kemudahan ekonomi


i. Kemudahan insfrastruktur, peraturan dan aturan yang penting untuk keperluan
pembangunan ekonomi
ii. Menyediakan rangka kerja ekonomi untuk membantu sistem ekonomi beroperasi mengikut
garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan

3. Memastikan kestabilan ekonomi.


i. Kerajaan perlu melaksanakan strategi terbaik untuk memastikan kestabilan ekonomi.

4. Penyedia pelbagai perkhidmatan


i. Berperanan menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan
ii. Segala perkhidmatan ini disediakan untuk keperluan masyarakat (kerajaan dan swasta)

5. Menjaga keamanan dan kedaulatan negara.


i. Memastikan situasi negara terkawal dan stabil

6. Penstabil persaingan
i. Tindakan dan pemantauan perlu bagi memastikan persaingan antara peniaga wujud dalam
konteks seimbang

7. Perlindungan Alam Sekitar


i. Berperanan menjaga kebersihan alam sekitar supaya tidak tercemar.
ii. Pembangunan hendaklah dilaksanakan secara lestari

8. Menjaga kebajikan rakyat.


i. Memastikan keperluan asas rakyat di lengkapi terutama golongan berpendapatan rendah
ii. Kemudahan seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan.

Penyedia
pelbagai
perkhidmatan
Menjaga Penyedia
keamanan dan kemudahan
kedaulatan ekonomi
negara

Penstabil Peranan Mentadbir


persaingan Kerajaan negara

Menjaga
Perlindungan
kebajikan
Alam Sekitar
rakyat
Memastikan
kestabilan
ekonomi

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 4


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

JENIS KERAJAAN

Antara jenis kerajaan utama ialah :


a) Kerajaan Konfederasi
b) Kerajaan Kesatuan
c) Kerajaan Persekutuan

KESATUAN

KONFEDERASI
JENIS
KERAJAAN

PERSEKUTUAN

KERAJAAN KONFEDERASI
Ciri-Ciri:
• Kuasa kerajaan terletak dibawah penguasaan “Kerajaan Negeri”.
• Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penentuan pentadbiran yang lebih tinggi. Di
mana kerajaan negeri mempunyai kebanyakkan kuasa pemerintahan.
• Kerajaan Pusat mempunyai kuasa terhad.
• Pada amnya, tiada negara yang mengamalkan sistem kerajaan ini.

KERAJAAN KESATUAN
Ciri-Ciri:
• Gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
• Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dominan berbanding kerajaan Negeri.
• Kerajaan Pusat boleh membatalkan sebarang perundangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
• Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat.
• Contoh Kerajaan Kesatuan: New Zealand, Britain, Perancis, Denmark dan Indonesia.

KERAJAAN PUSAT

KERAJAAN
NEGERI

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 5


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

KERAJAAN PERSEKUTUAN
Ciri-Ciri:
• Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bergabung melaksanakan pentadbiran negara.
• Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.
• Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi perundangan dalam perkara-perkara
tertentu.
• Lazimnya, Kerajaan Pusat bertanggungjawab dalam perkara umum seperti pertahanan, kewangan,
pendidikan dan sebagainya dan hal ehwal luar negara.
• Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas hal-hal dalam negeri seperti agama,tanah,perhutanan
dan sebagainya yang tidak perlukan keseragaman.
• Contoh: Malaysia, Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India

KERAJAAN KERAJAAN
PUSAT NEGERI

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 6


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

BENTUK NEGARA

• Terdapat pelbagai bentuk negara yang diamalkan di seluruh dunia.

Bentuk negara Ciri-Ciri Contoh

Monarki  kuasa penuh di tangan raja atau sultan. Brunei Darussalam


 raja atau sultan mempunyai kata putus Arab Saudi
 Tiada parti politik kuwait
 warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan
 pentadbiran dijalankan oleh kaum kerabat atau sultan
 menjadi pentadbir utama dan memonopoli kuasa

Autokrasi  diperintah oleh seorang individu / badan politik berkuasa Cuba dan Korea
mutlak Utara.
 pemerintahan secara kejam dan kekerasan untuk kekalkan
kuasanya.

Totalitarian  Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan ideologinya.


 Mempunyai banyak tanah jajahan.
 Arahan pemimpin tidak boleh ditentang.
 Pemimpin berkuasa mutlak.

Sosialis  bersifat kemasyarakatan (utamakan Algeria, Laos


 rakyat berpendapatan rendah).
 Hak perseorangan tidak dipentingkan
 tetapi milik negara.

Republik  ketua negara ialah Presiden yang merupakan rakyat biasa India dan
 Tiada raja yang memerintah. Singapura
 mengamalkan demokrasi(pemilihan Presiden dilantik atau Amerika Syarikat
melalui pilihanraya) Filipina
 Sesebuah republik boleh mengamalkan sistem presiden Peranchis
atau sistem separa presiden. Portugal
Taiwan
Pakistan

Komunis  Semua anggota masyarakat sama dari aspek sosial. Korea Utara
 Tidak percaya wujudnya Tuhan.
 Menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan.
 Ekonomi dimiliknegarakan.

Demokrasi  Kerajaan dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya bebas. Malaysia dan
Berparlimen  Hak Asasi rakyat terjamin. Thailand.
 Rakyat bebas bersuara dan mengeluarkan idea
 Raja sebagai ketua negara dan Perdana Menteri sebagai
ketua kerajaan.
 Pengundian dalam pilihanraya dibuat secara sulit.
 konsep ‘kerajaan rakyat,oleh rakyat dan untuk rakyat’
 mengamalkan doktrin pengasingan kuasa

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 7


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

Cadangan Pembentukan Malaysia

27 Mei 1961 semasa Tuanku Abdul Rahman


Jawatankuasa Perundingan
menghadiri Persidangan mengadakan lawatan ke Sabah,
Perpaduan Kaum (JPPK)
Sarawak dan Brunei untuk
Persatuan Wartawan Luar menerangkan konsep dan
ditubuhkan pada bulan Julai 1961
Negeri Asia Tenggara di untuk menerangkan pembentukan
matlamat pembentukan
Malaysia kepada penduduk.
Singapura Persekutuan Malaysia.

Anggotanya:
Ogos 1962, Jawatankuasa antara
Suruhanjaya Cobbold juga •Lord Cobbold
Kerajaan (JAK) yang dianggotai
ditubuhkan pada Januari 1962 •Sir David Watherston wakil dari Tanah Melayu, Britain,
oleh Kerajaan British •Sir Anthony Abell Sabah, dan Sarawak ditubuhkan
•Muhammad Ghazali bin Shafie
•Wong Pow Nee

Jun1963, Tunku Abdul Rahman


September 1962, kerajaan
telah mengadakan rundingan
Singapura mengadakan Ogos 1963, Pertubuhan Bangsa-
dengan pihak British di London.
referendum untuk meninjau Bangsa Bersatu membuat tinjauan
Perjanjian Malaysia
pendapat penduduknya tentang sekali lagi
ditandatangani di Malborough
pembentukan Malaysia
House, London pada 9 Julai 1963

Pada 16 September 1963, negara


Malaysia yang merangkumi
Persekutuan Tanah Melayu,
Sawarak, Sabah dan Singapura
ditubuhkan secara rasminya

 Selepas Merdeka, Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan kepada kerajaan British supaya
Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia.

 Kerajaan British menolak cadangan kerana Singapura pada awalnya diketepikan.

 Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura ketika itu juga menyarankan agar Singapura digabungkan
dengan Persekutuan Tanah Melayu.

 Cadangan pembentukan Malaysia dikemukakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al Haj, Perdana
Menteri Pertama Tanah Melayu pada 27 Mei 1961 semasa menghadiri Persidangan Persatuan
Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura.

 Gagasan Malaysia ialah cadangan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei dalam satu unit politik.

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 8


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

Proses-proses ke arah pembentukan Malaysia

a. Setelah mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia, Tuanku Abdul Rahman mengadakan


lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menerangkan konsep dan matlamat pembentukan
Persekutuan Malaysia.
b. Rundingan juga diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan
pegawai-pegawai British dari Sabah, Sarawak dan Singapura.
c. Hasil daripada rundingan itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan
pada bulan Julai 1961 untuk menerangkan pembentukan Malaysia kepada penduduk.

Peranan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum:

 Memberitahu orang ramai tentang Malaysia


 Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia
 Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia

o JPPK telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan
mengenai gagasan Malaysia

o JPPK telah mengadakan empat mesyuarat, iaitu di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18
Disember 1961) Kuala Lumpur (6 januri 1962) dan Singapura (1 Februari 1962)

o Hasil rundingan yang dijalankan, Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4
Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962.

Kandungan Memorandum kertas putih ini ialah:

 Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia


 Kerajaan persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan
 Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama
 Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan
 Hak Istimewa seperti orang Melayu juga diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak
 Sabah dan Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri
 Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold:

Suruhanjaya Cobbold juga ditubuhkan pada Januari 1962 oleh Kerajaan British untuk:

 Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia


 Membuat pernilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British

Antara cadangan yang dikemukakan oleh suruhanjaya Cobbold ialah:

 Perlembagaan Malaysia yang baharu harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah


Melayu 1957
 Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
 Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
 Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak
 Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk serta tarikh penubuhan Malaysia

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 9


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

 Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) yang dianggotai wakil dari Tanah Melayu,
Britain, Sabah, dan Sarawak ditubuhkan untuk:

 Mengkaji laporan suruhanjaya Cobbold


 Membincangkan hak serta kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

 September 1962, kerajaan Singapura mengadakan referendum untuk meninjau pendapat penduduknya
tentang pembentukan Malaysia dan hasilnya menunjukkan penduduk Singapura bersetuju untuk
menyertai Malaysia.

 Berunei yang pada mulanya menyokong Malaysia, telah menarik diri daripada menyertai Malaysia pada
bulan Julai 1963.

 Ogos 1963, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan sekali lagi dan mendapati penduduk
kedua-dua negara itu berhasrat untuk menyertai Malaysia.

Perjanjian Malaysia

 Pada bulan Jun1963, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan pihak British di
London. Perjanjian Malaysia ditandatangani di Malborough House, London pada 9 Julai 1963.

 Pada 16 September 1963, negara Malaysia yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sawarak,
Sabah dan Singapura ditubuhkan secara rasminya.

Perkara dalam Perjanjian Malaysia adalah seperti berikut:-

 Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan


 Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak tetapi masih
boleh digunakan
 Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh
digunakan
 Untuk Sabah dan Sarawak , bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa kebangsaan sehingga 10
tahun selepas pembentukan Malaysia
 Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
awam
 Rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama (hak istimewa)sama
dengan orang Melayu di Tanah Melayu

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 10


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

Faktor atau sebab pembentukan Malaysia:

1. Mempercepat Proses Kemerdekaan.


2. Mengimbangi penduduk.
3. Keselamatan.
4. Kemajuan Ekonomi.

i. Mempercepat proses kemerdekaan untuk Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang masih dijajah oleh
pihak British.
 Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan untuk mempercepat proses kemerdekaan bagi Sabah dan
Sarawak, Brunei dan Singapura yang pada masa itu masih dibawah kekuasaan British.
 British berjanji akan memberikan kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei
dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia.
 Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan
dan keselamatan wilayah-wilayah ini daripada ancaman kuasa luar.

2. Mengimbangi penduduk Bumiputera dengan BUKAN bumiputera.


 Tunku Abdul Rahman menjangkakan bahawa jika Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dengan
Tanah Melayu, hal ini akan mendatangkan faedah sosial.
 Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menimbulkan masalah
ketidakseimbangan berbangsa Cina.

 Kemasukan Sabah, Sarawak, dan Brunei akan mengimbangi kadar penduduk berdasarkan kaum
kerana 70 peratus daripada penduduk Borneo Utara ialah Bumiputera.

3. Membawa kemajuan ekonomi yang lebih pesat kepada negara anggota.


 Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi
bersama.
 Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan,
tetapi Sabah dan Sarawak ialah negeri yang mundur.
 Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan.
 Kekayaan dari kawasan maju akan dipindahkan ke kawasan mundur untuk membiayai projek
pembangunan.

4. Untuk Keselamatan. Bagi menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara terutamanya di Singapura
dan Sarawak yang boleh menggugat kestabilan politik serantau.

PERISTIHARAN MALAYSIA

 Persetujuan telah diperoleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 ogos 1963


 Filipina dan Indonesia menentang kuat penubuhan Malaysia.
 Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara Tanah Melayu. Akhirnya MAPHILINDO
ditubuhkan.
 Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka
dalam gagasan Malaysia.
 Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos- 5
September 1963.
 Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda kerana laporan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu tentang misinya ke Sabah dan Sarawak hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963
 Oleh itu, penubuhan Malaysia ditunda ke 16 September 1963.
 Mengikut laporan PBB, lebih 70 peratus rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Gagasan Malaysia.
Pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diistiharkan secara rasminya.

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 11


MODUL NOTA KECEMERLANGAN STPM, SEMESTER 1, 2021

RINGKASAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Reaksi Pembentukan Msia

Reaksi Dalam Negeri


Pembentukan  Rakyat Persekutuan Tanah

Faktor-Faktor
Malaysia Melayu menyokong
Penubuhan Malaysia
 Pas dan Barisan Sosialis
Faktor Politik meminta dirundingkan
dikalangan penduduk
 Menyekat pengaruh Persekutuan Tanah Melayu
Komunis di Asia Langkah-Langkah  UMNO bersetuju tanpa
Tenggara terutamanya di Pembentukan Malaysia penyertaan Singapura
Singapura.
 Mempercepatkan
kemerdekaan Singapura,  Tunku Ab.Rahman
Reaksi Singapura
Sabah dan Sarawak mengadakan lawatan
 Rundingan dengan  Lee Kuan Yew dan PAP
Pegawai-pegawai Kanan menyokong kerana bimbang
Faktor Ekonomi Persekutuan Tanah Melayu pengaruh komunis.
dengan pegawai-pegawai  Pembangkang Singapura
 Membawa kemajuan British dari Sarawak, Sabah ( Barisan Sosialis ]
dan kerjasama ekonomi dan Singapura menentang.
yang lebih pesat kepada  Penubuhan Jawatankuasa
negara anggota Perundingan Perpaduan
Reaksi di Sabah dan Sarawak
 Pasaran yang lebih luas Malaysia untuk
 Menggalakkan pelaburan menerangkan konsep  Peringkat awal menentang
dan perkembangan Malaysia  Akhirnya bersetuju setelah
industri pertanian  Penubuhan Suruhanjaya diberi penerangan kebaikan
 Mengukuhkan ekonomi Cobbold untuk menyertai Malaysia
Malaysia mendapatkan pandangan
penduduk Sabah dan
Reaksi Brunei
Sarawak
Faktor Sosial  Penubuhan Jawatankuasa  Sultan Omar Ali Saifuddin
Antara Kerajaan ( JAK ) menyokong Gagasan
 Mengimbangkan yang telah memperincikan Malaysia
jumlah penduduk lagi cadangan yangterdapat  Ditentang oleh Parti Rakyat
antara kaum di dalam Suruhanjaya di bawah A.M.Azahari
bumiputera dan bukan Cobbold
bumiputera  Perjanjian Malaysia telah
 Mengawal jumlah dan Reaksi Indonesia
ditandatangani di Landon
kadar Pertumbuhan pada 9 Julai 1963.  Menentang Pembentukan
kaum  Akta Malaysia telah Malaysia dan menjalankan
diluluskan oleh Parlimen Dasar Konfrantasi terhadap
British Malaysia
 Pada 16 September 1963  Slogan Ganyang Malaysia
negara Malaysia telah digunakan
ditubuhkan secara rasmi
Reaksi Filipina
 Filipina menentang gagasan
Malaysia dan Presiden
Macapagal menuntut hak ke
atas Sabah

SALMIAH RAMLI (RASAHATI) 12

You might also like