You are on page 1of 103

Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 1

SUKATAN PELAJARAN
Tajuk Hasil Pembelajaran
1.1 Pengenalan kepada perniagaan Pelajar seharusnya dapat:
1.1.1 Perniagaan dan bukan a) mentakrifkan maksud perniagaan.
perniagaan b) membandingkan organisasi yang bermotifkan untung (perniagaan) dengan organisasi
yang tidak bermotifkan untung.
1.1.2 Perniagaan dan untung c) menjelaskan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan.
1.1.3 Peranan perniagaan d) membincangkan peranan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi dan
negara.
1.1.4 Faktor pengeluaran e) menjelaskan faktor pengeluaran meliputi bahan mentah, modal, modal insan, teknologi
dan keusahawanan.
1.1.5 Proses perniagaan f) menjelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses perniagaan yang meliputi
input, proses tambah nilai, output, pemasaran dan untung/rugi.
1.1.6 Cabaran perniagaan g) menerangkan perkembangan perniagaan masa kini dan cabaran-cabarannya termasuk
perubahan faktor persekitaran.

1.2 Persekitaran perniagaan Pelajar seharusnya dapat:


1.2.1 Persekitaran umum a) menjelaskan jenis-jenis persekitaran perniagaan yang merangkumi persekitaran umum
1.2.2 Persekitaran tugas dan persekitaran tugas (pihak berkepentingan atau pemilik taruh) dan hubung kait
antara kedua-duanya.
b) menjelaskan faktor-faktor persekitaran umum yang merangkumi ekonomi, persaingan
dan jaringan, sosiobudaya, politik dan perundangan, teknologi, prasarana dan
antarabangsa.
c) membincangkan pengaruh persekitaran umum dan persekitaran dan persekitaran tugas
terhadap perniagaan.
d) menjelaskan tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan termasuklah
pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal/pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja dan
masyarakat.

1.3 Entiti dan aktiviti perniagaan Pelajar seharusnya dapat:


1.3.1 Jenis pemilikan entiti a) menjelaskan organisasi perniagaan berdasarkan pemilikan, aktiviti, sektor dan tahap
perniagaan perniagaan.
b) membincangkan pemilikan organisasi perniagaan yang merangkumi pemilikan
tunggal, perkongsian, syarikat, koperasi dan mengaitkan dengan undang-undang yang
berkaitan.
c) menjelaskan langkah-langkah penubuhan organisasi tersebut.
1.3.2 Aktiviti perniagaan d) membandingkan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran dan perkhidmatan.
e) menjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran seperti ekstraktif, barangan
pengguna (konsumer), barangan industri, pembuatan, pemasangan dan seumpamanya.
f) menjelaskan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan seperti peruncitan,
pemborongan, kewangan, profesional, perhotelan, pendidikan dan seumpamanya.
1.3.3 Sektor perniagaan g) membincangkan peranan sektor industri seperti swasta, awam dan badan berkanun
dalam perkembangan perniagaan.
1.3.4 Tahap perniagaan h) menjelaskan tahap-tahap perniagaan dari perspektif berikut:
(i) Primer, sekunder dan tertiar
(ii) Huluan dan hiliran
(iii) Domestik dan antarabangsa
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 2

1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

1.1.1 PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN


Maksud perniagaan  aktiviti jual beli barang dan penyediaan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna dengan tujuan mendapatkan keuntungan
 perniagaan mesti mempunyai elemen-elemen berikut:
 barang atau perkhidmatan
 memuaskan kehendak dan keperluan pengguna
 wujud pertukaran nilai
 keuntungan perniagaan
Membandingkan Organisasi bermotifkan Organisasi bukan bermotifkan
organisasi Aspek
untung untung
bermotifkan untung
Matlamat dan memaksimumkan keuntungan menjaga kepentingan dan
(perniagaan)
tujuan perniagaan kebajikan sosial ahli-ahli
dengan organisasi
penubuhan organisasi
bukan bermotifka
untung Sumber modal sendiri, keuntungan yuran ahli, sumbangan
kewangan perniagaan, pinjaman bank masyarakat atau geran daripada
atau simpanan peribadi kerajaan
Aktiviti utama pengeluaran produk dan bercorak kemasyarakatan,
penjualan produk atau rekreasi, aktiviti sosial atau
perkhidmatan aktiviti suka rela
Perundangan tertakluk di bawah Akta tertakluk di bawah Akta
Syarikat 1965 Pertubuhan 1966
Pendaftaran didaftarkan di Suruhanjaya didaftarkan di Pendaftar
organisasi Syarikat Malaysia (SSM) Pertubuhan (ROS)
Percukaian dikenakan cukai syarikat ke atas tidak dikenakan cukai
keuntungan yang diperoleh

1.1.2 PERNIAGAAN DAN UNTUNG


Maksud untung  lebihan daripada hasil jualan setelah ditolak belanja atau kos
 keuntungan diperoleh jika jumlah hasil melebihi jumlah perbelanjaan / jumlah kos
Kepentingan untung  ganjaran dan pulangan kepada pemilik perniagaan kerana kesanggupan menanggung
kepada sesebuah risiko dalam perniagaan
perniagaan  sebagai penakatan untuk kekal bersaing dalam pasaran dan meneruskan perniagaan
 sumber modal untuk membesarkan perniagaan atau membuka cawangan baharu
 sebagai lambang kejayaan dan membentuk imej yang positif kepada perniagaan
 digunakan untuk meningkatkan kualiti dan dapat meningkatkan daya saing produk
dalam pasaran
 sebagai alat untuk menilai prestasi perniagaan dengan membandingkan sasaran
keuntungan dengan keuntungan yang diperolehi
 dapat menarik dan mendorong bakal pelabur melabur dalam perniagaan untuk
meningkatkan modal dalam perniagaan
 memberi motivasi dan semangat kepada pemilik perniagaan untuk bekerja lebih kuat
dan terus berjaya
 membolehkan perniagaan menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
yang boleh memberi imej positif kepada perniagaan
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 3

1.1.3 PERANAN PERNIAGAAN


Peranan perniagaan  menawarkan produk secara berterusan bagi memenuhi keperluan dan kehendak
terhadap pengguna pengguna
 menyediakan pelbagai jenis produk untuk memberi pilihan kepada pengguna
 memastikan produk yang dikeluarkan adalah berkualiti selaras dengan cita rasa dan
permintaan pengguna
 memastikan produk mencapai tahap piawai keselamatan yang ditetapkan untuk
menjamin keselamatan pengguna
 memastikan produk dapat disediakan dan sampai kepada pengguna tepat pada
masanya
 memastikan produk dijual kepada pengguna pada harga yang berpatutan
Peranan perniagaan  menghasilkan pelbagai produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak
terhadap masyarakat yang berbeza
masyarakat  mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat dan seterusnya dapat meningkat
taraf hidup masyarakat
 mewujudkan peluang-peluang perniagaan sampingan kepada masyarakat seperti
pembekalan bahan mentah dan produk separuh siap
 menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk kegunaan masyarakat
seperti jalan raya dan taman rekreasi
 menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat seperti sumbangan derma
dan biasisawa
 memastikan alam sekitar dijaga dengan baik untuk keselesaan masyarakat setempat
Peranan perniagaan  mengurangkan kadar pengangguran melalui kewujudan banyak peluang pekerjaan
terhadap ekonomi  meningkatkan tabungan negara melalui kutipan cukai atas keuntungan perniagaan
 menstabilkan harga produk di pasaran atau mengurangkan kadar inflasi melalui
penawaran produk yang mencukupi dengan permintaan daripada pengguna
 memastikan bahan mentah digunakan dengan cekap dan mengurangkan pembaziran
sumber
 membangunkan dan mengembangkan industri huluan dan hiliran
 dapat meningkatkan eksport produk ke luar negara dan seterusnya meningkat
permintaan terhadap mata wang negara
 membangunkan sesebuah kawasan melalui pembinaan bandar dan penempatan
baharu
Peranan perniagaan  mengurangkan bebanan negara untuk mengimport produk bagi memenuhi
terhadap negara permintaan dalam negara
 meningkatkan taraf hidup rakyat melalui kewujudan banyak peluang pekerjaan
 meningkatkan eksport negara seterusnya membantu meningkatkan imej negara
 menyumbang kepada pendapatan negara melalui kutipan cukai atas keuntungan
perniagaan
 meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara dan menarik minat pelabur dari luar
negara untuk melabur di dalam negara
 membantu kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan
kemudahan komunikasi untuk keselesaan rakyat
 mewujudkan peluang-peluang perniagaan sokongan
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 4

1.1.4 FAKTOR PENGELUARAN


- sumber atau input yang digunakan untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan
Bahan mentah  input penting yang digunakan dalam proses pengeluaran
 sumber alam semula jadi seperti hasil pertanian, hasil laut, petroleum dan sumber
hutan
 juga merujuk kepada barang separuh siap yang digunakan dalam proses pengeluaran
Modal  wang atau aset yang dilaburkan dalam perniagaan
 sumber kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan lebih banyak kejayaan
Modal insan  sumber manusia yang menyumbang tenaga fizikal atau mental untuk menjalankan
perniagaan
 terdiri daripada tenaga mahir, separuh mahir dan tidak mahir
 juga merujuk kepada kepakaran dan kemahiran yang dimiliki pekerja
Teknologi  kaedah, peralatan atau pengetahuan yang membolehkan manusia menjalankan kerja
dengan lebih baik atau memudahkan proses pengeluaran
 membantu penghasilan produk yang lebih berkualiti melalui proses pengeluaran
yang lebih cekap dan cepat
Keusahawanan  merujuk kepada individu yang berupaya menggabungkan faktor-faktor pengeluaran
untuk menukar input kepada output dalam proses pengeluaran
 berupaya mengenal pasti peluang perniagaan dan merebutnya
 memiliki ciri-ciri kreatif dan inovatif dalam proses penghasilan produk
 sanggup menanggung risiko perniagaan

1.1.5 PROSES PERNIAGAAN


Langkah-langkah  proses perniagaan melibatkan aktiviti nilai tambah dalam proses transformasi
dalam proses terhadap input-input
perniagaan  memastikan output-output dapat diagihkan di pasaran dengan tujuan mendapatkan
keuntungan

Input
 faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan produk
Proses transformasi
 aktiviti tambah nilai yang menukar input kepada output, iaitu barang siap atau
barang separuh siap
Output
 hasil atau produk akhir yang diperoleh daripada proses transformasi
Proses pemasaran
 aktiviti campuran pemasaran seperti penjenamaan, pembungkusan, menetapkan
saluran agihan, menetapkan harga dan melakukan promosi
 memastikan produk dapat dijual kepada pelanggan
 pelanggan akan membayar dengan nilai sebagai pulangan yang dijadikan hasil
pendapatan kepada pengeluar
Untung / rugi
 untung ialah lebihan hasil ke atas kos dan rugi ialah kekurangan hasil berbanding kos
 untung yang diperolehi digunakan untuk mengembangkan perniagaan
 contohnya, menambah kuantiti input untuk menghasilkan produk yang lebih banyak
dan berkualiti atau membesarkan operasi perniagaan
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 5

1.1.6 CABARAN PERNIAGAAN


Globalisasi / dunia  persaingan sengit dari segi kualiti, harga dan penyampaian produk
tanpa sempadan  terpaksa bersaing dengan produk dari luar negara yang lebih berkualiti dan harga
yang lebih rendah
 akan berlaku mobiliti pekerja iaitu pekerja bebas berpindah dari satu negara ke satu
negara
 organisasi perlu lebih peka dengan adat, budaya dan sensitiviti pekerja dari luar
negara
Kemajuan teknologi  organisasi perlu bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang perubahan
teknologi untuk mengekalkan kebersaingan dalam pasaran
 produk boleh dikeluarkan dengan lebih cepat
 memerlukan pekerja berkemahiran tinggi
 memerlukan pelaburan modal yang tinggi
 perlu memastikan pekerja sentiasa diberi latihan supaya tidak ketinggalan dalam
perkembangan teknologi
Peningkatan  desakan atau tekanan daripada NGO supaya organisasi perniagaan menyumbang
tanggungjawab sesuatu kepada masyarakat
sosial  kegagalan menjalankan tanggungjawab sosial menyebabkan imej organisasasi
terjejas
 memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak menjejaskan alam sekitar
 prihatin kepada golongan OKU seperti peluang kenaikan pangkat yang sama dengan
pekerja normal
 patuh kepada undang-undang kerajaan yang melarang penggunaan buruh kanak-
kanak
Peningkatan sistem  kesedaran yang semakin tinggi terhadap sistem perniagaan Islam seperti sistem
perniagaan Islam perbankan Islam
 perniagaan yang mematuhi syariah
 perlu diwujudkan untuk menjadi alternatif kepada pelanggan beragama Islam
 kegagalan mewujudkannya akan menyebabkan kehilangan pelanggan yang ramai
Kewujudan  diwujudkan untuk memudahkan aktiviti perniagaan di kalangan ahli-ahli blok
blok-blok  blok perdagangan juga menyebabkan batasan perdagangan kepada negara-negara
perdagangan yang bukan ahli blok berkenaan
 negara bukan ahli blok mengalami kesukaran untuk menembusi pasaran
 dikenakan cukai yang lebih tinggi jika ingin berdagang dengan negara ahli blok
berkenaan
Sumber semakin  organisasi perlu mencari sumber alternatif
berkurangan  perlu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan semasa proses pengeluaran
 mengurangkan pembaziran sumber
 meningkatkan inovasi terhadap produk supaya fungsi sesuatu produk dipelbagaikan
Perubahan struktur  peningkatan pekerja wanita dalam pasaran
demografi  memerlukan kemudahan dan suasana kerja yang berbeza
 perlu peka dengan keselesaan dan keperluan pekerja wanita
 organisasi perlu bijak menguruskan isu berkaitan wanita, contohnya gangguan
seksual dan pengambilan cuti pekerja wanita seperti cuti bersalin
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 6

Konsep perniagaan  perniagaan antarabangsa akan membuka peluang pasaran yang luas kepada
antarabangsa organisasi perniagaan tempatan
 eksport produk yang dibuat akan menyebabkan pengeluaran produk meningkat
 seterusnya akan meningkatkan keuntungan organisasi
 boleh melakukan usaha sama atau perikatan strategik dengan perniagaan luar negara
untuk menembusi pasaran antarabangsa
Pekerjaan jarak  konsep pekerjaan jarak jauh diperkenalkan berikutan wujudnya teknologi internet
jauh  boleh bekerja di rumah tanpa perlu ke pejabat
 boleh bermesyuarat dengan menggunakan sidang video walaupun ahli-ahli
mesyuarat berada jauh antara satu sama lain
 dapat mengurangkan kos operasi perniagaan
 promosi dan penjualan produk dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui
e-pemasaran dan e-dagang

Ulang kaji subtajuk - 1.1 Pengenalan kepada perniagaan


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 7

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

1.2.1 PERSEKITARAN UMUM


- unsur-unsur persekitaran di luar organisasi perniagaan yang memberi kesan secara tidak langsung
kepada prestasi sesebuah perniagaan

i) Jenis-jenis persekitaran umum


Persekitaran  keadaan ekonomi di dalam dan luar negara
ekonomi  sistem ekonomi yang diamalkan
 pendapatan penduduk dan kuasa beli pengguna
 perubahan harga barang
 risiko pasaran dan ketidakpastian pasaran seperti masalah inflasi/deflasi, turun naik
nilai mata wang
 isu pengangguran dan guna tenaga
Persekitaran  persekitaran persaingan - jenis struktur pasaran yang dimasuki, persaingan harga dan
persaingan dan persaingan kualiti
jaringan  ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau
pengganti di pasaran yang sama dengan produk usahawan
 persekitaran jaringan - hubungan perjanjian formal atau pakatan strategik antara
perniagaan dengan pihak lain seperti pembekal, pengilang dan pengedar
Persekitaran  kepercayaan agama, budaya, adat resam dan gaya hidup penduduk di sesebuah
sosiobudaya negara
 nilai budaya sosial yang menjadi amalan penduduk di sesuatu kawasan
 amalan dan etika penduduk setempat
 perubahan populasi penduduk
Persekitaran politik  keadaan dan kestabilan politik di sesebuah negara
dan perundangan  sistem pemerintahan / pentadbiran sesebuah negara
 polisi, peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan
 sokongan dan galakan kerajaan terhadap aktiviti perniagaan
 sistem percukaian yang diamalkan
Persekitaran  kaedah baharu untuk melakukan sesuatu kerja
teknologi  inovasi yang dapat menghasilkan produk baharu atau meningkatkan kualiti produk
 meningkatkan produktiviti pengeluaran produk dan memudahkan proses
pengeluaran
Persekitaran  kemudahan fizikal / kemudahan asas yang memudahkan perniagaan beroperasi
prasarana  sistem pengangkutan, sistem perhubungan, utiliti, zon perdagangan dan pergudangan
Persekitaran  sistem perniagaan antarabangsa yang meliputi aktiviti eksport dan import
antarabangsa  konsep globalisasi dan dunia tanpa sempadan
 kebergantungan kepada negara-negara lain dari segi bekalan bahan mentah dan
sumber tenaga kerja
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 8

ii) Pengaruh persekitaran umum kepada perniagaan


Persekitaran  keadaan ekonomi akan mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna
ekonomi  jika ekonomi meleset, pendapatan pengguna jatuh dan menyebabkan kuasa beli jatuh
 pengguna akan mengurangkan pembelian produk
 menyebabkan aktiviti perniagaan menjadi perlahan
 jika ekonomi stabil dan maju, aktiviti perniagaan akan berkembang
 kuasa beli pengguna meningkat dan seterusnya akan meningkatkan jualan
Persekitaran  persaingan akan menyebabkan setiap perniagaan akan melakukan inovasi untuk
persaingan dan menghasilkan produk yang lebih berkualiti
jaringan  perniagaan akan berusaha mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna
 perniagaan juga berusaha meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos produk
 jaringan yang dibentuk dengan pihak-pihak lain akan memudahkan proses
pengeluaran dan strategi pemasaran
Persekitaran  perniagaan harus sensitif terhadap budaya dan adat resam penduduk setempat
sosiobudaya  sebarang tindakan yang bertentangan dengan sosiobudaya masyarakat akan
menjejaskan imej perniagaan
 akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk seterusnya akan
menjejaskan penjualan produk
 perniagaan juga harus peka dengan sebarang perubahan trend, gaya hidup dan cita
rasa masyarakat
 supaya produk yang dipasarkan memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
Persekitaran politik  kestabilan politik di sesebuah negara akan menjamin kelancaran aktiviti perniagaan
dan perundangan  peniaga berasa selamat dan yakin untuk menjalankan perniagaan
 dapat menggalakkan pelaburan dan perkembangan aktiviti perniagaan
 perniagaan harus peka kepada peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan
 sebarang pelanggaran peraturan akan mendatangkan masalah kepada perniagaan
seperti disaman oleh kerajaan dan menjejaskan imej perniagaan
Persekitaran  penggunaan teknologi baharu dapat meningkatkan produktiviti dan menjimatkan
teknologi masa pengeluaran produk
 dapat mengurangkan kos operasi perniagaan
 kemajuan teknologi seperti teknologi interner mewujudkan persekitaran dunia tanpa
sempadan
 promosi dan penjualan produk dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat
 penggunaan teknologi baharu akan meningkatkan daya saing sesebuah perniagaan
Persekitaran  sistem pengangkutan yang cekap akan mempercepatkan penghantaran produk dan
prasarana mengurangkan kerosakan produk
 sistem perhubungan dan komunikasi yang canggih dapat mempercepatkan urusan
perniagaan seperti memudahkan tempahan bahan mentah dan penjualan produk
 kemudahan utiliti yang baik akan memastikan kelancaran operasi perniagaan
 kemudahan pergudangan akan memudahkan penyimpanan produk sementara
menunggu produk dijual kepada pelanggan
Persekitaran  konsep globalisasi akan menyebabkan wujud persaingan yang sengit
antarabangsa  produk tempatan perlu bersaing dari segi kualiti dan harga dengan produk import
 kegagalan perniagaan tempatan meningkatkan kualiti produk akan menyebabkan
pelanggan membeli produk import
 perniagaan tempatan juga perlu merebut peluang pasaran yang lebih luas di pasaran
antarabangsa
 kenaikan harga bahan mentah dunia akan meningkatkan kos produk di pasaran
tempatan
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 9

1.2.2 PERSEKITARAN TUGAS


- pihak berkepentingan atau pemilik taruh
- pihak-pihak yang terlibat atau mempunyai pengaruh secara langsung terhadap operasi dan prestasi
sesebuah perniagaan

i) Jenis-jenis persekitaran tugas


Pelanggan  individu atau pihak yang membeli barang atau perkhidmatan yang dijual oleh
perniagaan
Pembekal  pihak yang membekalkan bahan mentah atau barang separuh siap kepada perniagaan
yang akan digunakan dalam proses pengeluaran
Pembiaya  pihak yang memberi pinjaman kepada perniagaan
Pemodal / Pelabur  pihak yang menyumbangkan atau melabur modal dalam perniagaan
Pesaing  perniagaan lain yang beroperasi dalam industri yang sama dengan perniagaan
 perniagaan lain yang menawarkan produk yang sama atau hampir sama dengan
perniagaan
Kerajaan  pihak yang menggubal dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang
wajib dipatuhi oleh perniagaan
Pekerja  individu yang menyumbang tenaga fizikal dan mental dalam perniagaan
Masyarakat  penduduk setempat yang mempunyai kepentingan dan pengaruh langsung ke atas
perniagaan
 masyarakat yang menjadi pembeli, pengguna dan penyokong perniagaan

ii) Pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan


Pelanggan  perubahan cita rasa pelanggan akan mempengaruhi jenis produk, harga dan kualiti
produk yang dikeluarkan oleh perniagaan
 permintaan pelanggan ke atas produk yang ditawarkan akan mempengaruhi
keuntungan perniagaan
 pelanggan hanya akan membeli produk yang dapat memberi kepuasan dan
memenuhi keperluan atau kehendaknya
Pembekal  bekalan bahan mentah yang cekap dan tepat pada masanya akan mempengaruhi
kelancaran proses pengeluaran
 bekalan bahan mentah yang berkualiti akan menghasilkan produk yang berkualiti
 bekalan bahan mentah yang sering terputus akan menyebabkan proses pengeluaran
tergendala
Pembiaya  pinjaman yang diberi membolehkan perniagaan menjalankan operasinya atau
membesarkan perniagaannya
 dapat mengatasi masalah kekurangan modal
Pemodal / Pelabur  sumbangan modal yang tinggi akan memastikan perniagaan mempunyai modal yang
mencukupi untuk terus berkembang maju
Pesaing  persaingan dari segi harga dan kualiti
 memberi tekanan kepada perniagaan untuk melakukan inovasi bagi meningkatkan
kualiti produk
 untuk terus berdaya saing dalam pasaran
Kerajaan  cukai yang diwajibkan oleh kerajaan akan mengurangkan keuntungan perniagaan
 sistem kawalan harga yang ditetapkan kerajaan boleh mengurangkan keuntungan
perniagaan
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 10

Pekerja  pekerja yang cekap dan berkemahiran akan meningkatkan produktiviti dalam proses
pengeluaran produk
 semangat kerjasama antara pekerja akan membantu perniagaan mencapai matlamat
yang ditetapkan
 sikap pekerja yang tidak bertanggungjawab akan menjejaskan perjalanan operasi
perniagaan
Masyarakat  peningkatan kuasa beli masyarakat akan meningkatkan penjualan produk dan
seterusnya meningkatkan keuntungan
 perubahan cita rasa masyarakat akan mempengaruhi produk yang dikeluarkan
 sokongan daripada masyarakat di sekitar perniagaan akan memberi kesan positif
kepada perniagaan

iii) Tanggungjawab perniagaan kepada persekitaran tugas (pihak berkepentingan)


Pelanggan  menawarkan produk yang berkualiti dan selamat digunakan
 menawarkan produk mengikut cita rasa dan kehendak pelanggan
 mengenakan harga yang berpatutan kepada pelanggan
 memberikan maklumat yang benar tentang produk
Pembekal  membayar hutang tepat pada masa yang ditetapkan
 mematuhi perjanjian jual beli dengan pembekal
 tidak mendiskriminasi pembekal-pembekal kecil dengan membeli bahan mentah
pada harga yang terlalu rendah
Pembiaya  membayar balik pinjaman termasuk faedah pinjaman mengikut tempoh yang
ditetapkan
Pemodal / Pelabur  berusaha memperoleh keuntungan yang tinggi bagi membolehkan pemodal / pelabur
mendapat dividen yang tinggi
 tidak menyembunyikan maklumat kewangan kepada pemodal / pelabur
Pesaing  mengamalkan persaingan yang sihat
 tidak memburukkan nama baik pesaing
Kerajaan  membayar cukai kepada kerajaan tepat pada masanya
 menjalankan perniagaan mengikut peraturan yang ditetapkan
 menyokong kempen-kempen berkaitan perniagaan yang dianjurkan oleh kerajaan
Pekerja  membayar gaji dan upah yang bersesuaian dengan bidang tugas pekerja
 menyediakan suasana tempat kerja yang kondusif dengan keperluan pekerja
 menjaga kebajikan pekerja
 bersikap adil kepada pekerja berkaitan kenaikan pangkat dan penilaian prestasi
Masyarakat  melaksanakan tanggungjawab sosial seperti derma, tajaan dan biasiswa
 memastikan proses pengeluaran tidak mencemarkan alam sekitar sehingga
menjejaskan masyarakat setempat
 menyediakan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan masyarakat

Ulang kaji subtajuk - 1.2 Persekitaran perniagaan


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 11

1.3 ENTITI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

1.3.1 JENIS PEMILIKAN AKTIVITI PERNIAGAAN


- Milikan tunggal
- Perkongsian
- Syarikat
- Koperasi

Milikan tunggal Ciri-ciri milikan tunggal


 dimiliki oleh seorang pengusaha
 mempunyai liabiliti tidak terhad
 operasi dan moal yang kecil
 perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Kebaikan milikan tunggal
 mudah ditubuhkan kerana tidak terikat dengan Akta Syarikat 1965
 kebebasan untuk membuat keputusan dan bertindak kerana tidak perlu berunding
daripada orang lain
 beban cukai yang rendah iaitu hanya dikenakan cukai pendapatan individu
 pemilik menikmati semua keuntungan
Kelemahan milikan tunggal
 liabiliti tidak terhad iaitu melibatkan harta peribadi untuk membayar hutang
 modal yang terhad menyebabkan perniagaan sukar berkembang
 sukar mendapat pinjaman daripada bank
 pemilik tiada kemahiran / mempunyai kemahiran yang terhad
 terpaksa mengurus sendiri perniagaan
 kerugian ditanggung sepenuhnya oleh pemilik
 perniagaan tidak akan kekal sekiranya pemilik meninggal dunia
Langkah penubuhan milikan tunggal
1. membuat permohonan carian nama dengan menggunakan borang PNA 42
2. membuat permohonan pendaftaran dengan menggunakan Borang A
3. membayar yuran pendaftaran
4. mendapatkan sijil perakuan pendaftaran (Borang D) dan mempamerkannya
Perkongsian Ciri-ciri perkongsian
 dimiliki oleh 2 hingga 20 orang pemilik
 modal disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut jumlah yang dipersetujui
 agihan untung atau rugi mengikut sumbangan modal
 liabiliti tidak terhad
 beban cukai yang rendah iaitu hanya dikenakan cukai pendapatan individu
 dikawal oleh Akta Perkongsian 1961
Kebaikan perkongsian
 modal yang lebih banyak dapat dikumpulkan
 mudah ditubuhkan kerana tidak terikat dengan Akta Syarikat 1965
 kemahiran dan kepakaran yang berlainan dapat dikumpulkan dan digabungkan
antara rakan kongsi
 risiko dan kerugian perniagaan ditanggung bersama oleh semua rakan kongsi
 beban cukai yang rendah iaitu hanya dikenakan cukai pendapatan individu ke atas
untung yang diperoleh oleh setiap rakan kongsi
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 12

Kelemahan perkongsian
 liabiliti tidak terhad iaitu melibatkan harta peribadi untuk membayar hutang
 kewujudan perkongsian terpaksa dibubarkan sekiranya ada rakan kongsi meninggal
dunia, muflis atau menarik diri dari perkongsian
 boleh timbul konflik atau ketidaksefahaman di kalangan rakan kongsi
 masalah yang dibuat oleh seorang rakan kongsi akan memberi kesan negatif kepada
rakan kongsi yang lain
Langkah penubuhan perkongsian
1. membuat permohonan pendaftaran dengan menggunakan Borang A yang
mengandungi butiran berikut:
 nama dan alamat rakan kongsi
 nama dan jenis perniagaan yang dijalankan
 tempoh perkongsian
 sumbangan modal setiap rakan kongsi
 nisbah pembahagian untung
 tanggungjawab dan kuasa setiap rakan kongsi
2. membayar yuran pendaftaran
3. mendapatkan sijil perakuan pendaftaran (Borang D) dan mempamerkannya
Syarikat Ciri-ciri syarikat sendirian berhad
i. Syarikat sendirian  dimiliki oleh 2 hingga 50 orang pemilik
berhad  perkataan “Sdn. Bhd.” pada sebahagian dari nama syarikat
ii. Syarikat awam  liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan sahaja
berhad  pemegang saham adalah pemilik syarikat
 tidak boleh menawarkan saham syarikat kepada orang ramai
 pemegang saham biasanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan rakan
 penjualan saham perlu mendapat persetujuan daripada semua pemegang saham
 diuruskan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang saham
 agihan untung dalam bentuk dividen
 keuntungan syarikat dikenakan cukai syarikat
 perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
 tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
Ciri-ciri syarikat awam berhad
 dimiliki oleh 2 hingga tiada had pemilik
 pemegang saham adalah pemilik syarikat
 perkataan “Bhd.” pada sebahagian dari nama syarikat
 liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan sahaja
 pemegang saham adalah pemilik syarikat
 boleh menjual saham kepada orang ramai melalui bursa saham
 pemegang saham bebas menjual beli saham di bursa saham
 diuruskan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh pemegang saham
 agihan untung dalam bentuk dividen
 keuntungan syarikat dikenakan cukai syarikat
 perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
 tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
Kebaikan syarikat
 dapat mengumpul modal yang lebih besar melalui penjualan saham syarikat
 pemilik syarikat menanggung liabiliti yang terhad kepada sumbangan modal sahaja
 perniagaan akan terus kekal walaupun berlaku kematian pemegang sahamnya
 terdapat pengkhususan dalam pengurusan untuk operasi yang lebih cekap dan
berkesan
 pemilik dan pihak pengurusan merupakan entiti berasingan, jadi syarikat boleh
mendakwa dan didakwa di mahkamah
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 13

Kelemahan syarikat
 proses penubuhan syarikat yang rumit kerana tertakluk kepada syarat-syarat ketat
dalam Akta Syarikat 1965
 cukai syarikat yang tinggi iaitu 24% ke atas keuntungan syarikat
 boleh timbul konflik antara pemegang saham dengan pihak pengurusan
 kurang kerahsiaan kerana laporan kewangan perlu didedahkan kepada orang ramai
(syarikat awam berhad)
 penubuhan syarikat melibatkan kos yang tinggi
Langkah penubuhan syarikat
1. membuat pendaftaran dengan Pendaftar Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
2. membuat bayaran yuran pendaftaran syarikat berdasarkan jumlah modal dibenarkan
3. memohon untuk carian nama dengan menggunakan Borang 13A
4. menyediakan dokumen berikut untuk tujuan pendaftaran:
 dokumen tata urus syarikat (maklumat prosedur penerbitan saham,
pelantikan pengarah dan penyediaan laporan kewangan)
 dokumen tata wujud syarikat (nama syarikat, tujuan penubuhan dan butir-
butir saham)
 borang 48F (pengakuan sebelum pelantikan sebagai setiausaha)
 borang 48A (akuan berkanun pelantikan pengarah/penaja)
 borang 6 (perakuan pematuhan)
5. menyerahkan semua dokumen yang terlibat
6. mendapatkan sijil perakuan syarikat (Borang 9)
Perbezaan antara syarikat sendian berhad dengan syarikat awam berhad
Aspek Syarikat sendirian berhad Syarikat awam berhad
Nama ada perkataan ‘Sendirian ada perkataan ‘Berhad’ atau
Berhad atau Sdn. Bhd. pada Bhd. pada penghujung nama
penghujung nama syarikat syarikat
Bilangan sekurang-kurangnya 2 orang sekurang-kurangnya 2 orang
pemegang sehingga 50 orang sehingga tiada had pemegang
saham saham
Pemilik saham terdiri daripada ahli keluarga, terdiri daripada orang ramai
saudara dan rakan-rakan yang berminat untuk melabur
Pengurusan diletakkan di bawah diletakkan di bawah
perniagaan tanggungjawab pemegang tanggungjawab pemegang
saham terutama pemegang saham majoriti atau pihak luar
saham majoriti yang terdiri daripada golongan
profesional
Pemindahan perlu mendapat persetujuan saham bebas dijual kepada
hak milik daripada pemegang saham yang sesiapa sahaja tanpa perlu
saham lain mendapat persetujuan
pemegang saham lain
Laporan tidak perlu diumumkan kepada perlu diumumkan kepada orang
kewangan orang ramai ramai
Penyenaraian tidak dibenarkan untuk saham syarikat akan
saham di bursa menyenaraikan saham di bursa disenaraikan di bursa saham
saham saham
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 14

Koperasi Ciri-ciri koperasi


 bilangan ahli sekurang-kurangnya 50 orang
 modal diperolehi daripada ahli-ahli melalui penjualan saham koperasi / yuran
koperasi
 ditadbir oleh ahli lembaga pengarah koperasi yang dilantik oleh ahli-ahli semasa
mesyuarat agung tahunan
 liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dimiliki
 pengagihan untung dalam bentuk dividen dan bonus
 motif utama adalah untuk meningkatkan kebajikan, ekonomi dan sosial ahli
Kebaikan koperasi
 mengutamakan kepentingan ahli dan bukannya keuntungan
 memupuk sikap kerjasama dan saling membantu antara ahli
 pengurusan dijalankan secara demokrasi
 mendapat sokongan daripada pihak kerajaan
 keuntungan koperasi dikecualikan daripada cukai keuntungan perniagaan
Kelemahan koperasi
 mempunyai modal yang kecil dan kedudukan kewangan yang lemah kerana
sumbangan ahli adalah kurang
 tidak bebas bergerak kerana di kawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
 masalah pengurusan yang lemah disebabkan kekurang pengalaman berniaga dan
pertukaran ahli lembaga yang kerap
 pengurusan koperasi mungkin dimanipulasi oleh individu yang ada kepentingan
peribadi
 ramai ahli tidak aktif menyebabkan matlamat penubuhan koperasi tidak tercapai
 tidak mampu bersaing dengan bentuk perniagaan lain
Langkah penubuhan koperasi
1. membuat permohonan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
2. apabila kelulusan diperoleh daripada SKM, jawatankuasa penaja akan dilantik
untuk menjalankan tugas-tugas awalan berikut:
 menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan
 menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan sampingan koperasi
 menggubal undang-undang kecil koperasi
 mendaftarkan sekurang-kurangnya 100 orang bakal ahli
3. mesyuarat agung penubuhan akan diadakan dengan tujuan berikut:
 mendapatkan ketetapan dari bakal anggota untuk menubuhkan koperasi
 menerima undang-undang kecil koperasi
 memilih anggota lembaga pengarah koperasi
 mendengar taklimat dari pegawai SKM tentang hak dan tanggungjawab ahli
4. dokumen pendaftaran berikut perlu diserahkan kepada SKM tidak lewat dari 7 hari
selepas mesyuarat agung penubuhan:
 borang permohonan yang ditandatangani oleh 10 ahli jawatankuasa penaja
 3 naskhah undang-undang kecil koperasi
 minit mesyuarat agung penubuhan yang ditandatangani oleh 50 orang ahli
yang hadir
5. sijil perakuan akan dikeluarkan oleh SKM setelah koperasi didaftarkan
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 15

1.3.2 AKTIVITI PERNIAGAAN


i) Perbandingan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran dan perkhidmatan
Perbezaan  aktiviti berasaskan pengeluaran menghasilkan barang nampak dalam bentuk fizikal
manakala aktiviti berasaskan perkhidmatan menghasilkan barang tak nampak atau
barang yang tidak ketara
Persamaan  aktiviti berasaskan pengeluaran dan perkhidmatan mengeluarkan barang yang
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

ii) Aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran


Ekstraktif  aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah dari perut bumi
 hasil pengeluaran ini tidak boleh digunakan terus oleh pengguna
 perlu diproses untuk menghasilkan barang siap atau separuh siap
 contoh - perikanan, perladangan dan perlombongan
Barangan pengguna  barang yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri dan keluarga
(konsumer)  contoh - pisang dibeli untuk dimakan oleh ahli keluarga atau dibuat kek untuk
dimakan oleh ahli keluarga
Barangan industri  barang yang dibeli untuk dijual semula kepada pelanggan
 barang yang dibeli untuk diproses semula menjadi barang baharu dan dijual kepada
pelanggan
 contoh - pisang dibeli untuk diproses menjadi kek dan kek tersebut dijual kepada
pelanggan
Pembuatan  aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau separuh
siap
 contoh - aktiviti memproses kayu balak untuk dijadikan kerusi dan meja
Pemasangan  aktiviti memasang atau mencantum komponen-komponen untuk menghasilkan
barang siap
 contoh - aktiviti memasang komponen-komponen elektronik untuk menghasilkan
televisyen dan radio

iii) Aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan


Peruncitan  aktiviti menjual pelbagai jenis barang keperluan harian dalam kuantiti yang kecil
Pemborongan  aktiviti membeli barang dalam kuantiti yang banyak (pukal) dan menjual semula
kepada peruncit atau pelanggan dalam kuantiti yang lebih kecil
Kewangan  aktiviti yang menawarkan perkhidmatan penyimpanan dan pinjaman wang kepada
pengguna
Profesional  aktiviti yang menawarkan perkhidmatan khusus yang melibatkan kepakaran dan
kemahiran tertentu
Perhotelan  aktiviti yang menawarkan perkhidmatan penginapan, makanan, minuman dan
rekreasi kepada pengguna
Pendidikan  aktiviti yang menawarkan kemudahan pengajian dan latihan formal kepada
masyarakat bagi menyediakan modal insan / sumber tenaga manusia
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 16

1.3.3 SEKTOR PERNIAGAAN


Sektor swasta Maksud sektor swasta
 organisasi yang dimiliki oleh individu atau sekumpulan individu secara peribadi dan
menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan
Peranan sektor swasta
 mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna
 membantu sektor awam dengan menawarkan barangan dan perkhidmatan yang tidak
mampu disediakan oleh sektor awam
 menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat dan seterusnya dapat
meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran
 menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran cukai keuntungan
syarikat
 membantu kerajaan dalam penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam
 membangunkan kawasan baharu seperti kawasan perindustrian dan bandar baharu
Sektor awam Maksud sektor awam
 organisasi yang dimiliki, dibiayai dan diuruskan oleh pihak kerajaan
Peranan sektor awam
 menyediakan kemudahan infrastruktur seperti kemudahan pengangkutan,
perkhidmatan keselamatan, kesihatan dan pendidikan
 mengamalkan monopoli semula jadi seperti melaksanakan projek berisiko atau
projek yang memerlukan modal dan kepakaran yang tinggi, contohnya membina
empangan hidroelektrik
 menggubal dan melaksana dasar-dasar fiskal dan kewangan seperti menentukan
kaedah percukaian yang sesuai dan memberi bantuan subsidi
 menggubal dan menguatkuasakan undang-undang dan kawalan seperti mengawal
dan memantau aktiviti sektor swasta dan awam serta menjamin kepentingan
pengguna
 mewujudkan peluang pekerjaan yang dapat mengurangkan kadar pengangguran dan
meningkatkan taraf hidup rakyat
Badan berkanun Maksud badan berkanun
 agensi kerajaan yang diperbadankan bagi melaksanakan dasar-dasar dan
tanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara khusus
 contohnya, MARA (membantu usahawan bumiputera), MARDI (penyelidikan
pertanian) dan KWSP (simpanan persaraan pekerja)
Peranan badan berkanun
 melibatkan diri dalam kegiatan sosioekonomi negara yang tidak diceburi oleh sektor
swasta kerana kurang menguntungkan atau memerlukan modal yang besar
 membantu kerajaan meningkatkan penglibatan golongan bumiputera dalam aktiviti
ekonomi
 menyediakan kemudahan latihan dan pembangunan dalam usaha melahirkan modal
insan terlatih
 menguatkuasakan undang-unang yang digubal oleh kerajaan seperti mengawal selia
aktiviti perniagaan oleh sektor swasta
Tajuk 1 - Perniagaan dan Persekitarannya 17

1.3.3 TAHAP PERNIAGAAN


i) Primer, sekunder dan tertier
Primer  aktiviti pengeluaran sumber semula jadi atau bahan mentah yang diperoleh dari alam
semula jadi
Sekunder  aktiviti memproses bahan mentah yang diperolehi daripada aktiviti peringkat primer
menjadi barang siap atau separuh siap
Tertier  aktiviti perniagaan yang melibatkan produk tak ketara atau perkhidmatan produk
yang tidak perlu diproses lagi
 tahap yang membantu kelancaran operasi perniagaan
 contoh - perkhidmatan pengangkutan, perbankan, insurans dan pergudangan

ii) Huluan dan hiliran


Huluan  aktiviti perniagaan yang berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dapat dijalankan
 perniagaan yang terlibat dalam peringkat ekstraktif atau pengeluaran bahan mentah
Hiliran  perniagaan yang wujud disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan tahap
huluan
 perniagaan yang memproses bahan mentah yang diperolehi dari perniagaan huluan
 sekiranya perniagaan tahap huluan tidak wujud, perniagaan tahap hiliran tidak dapat
dijalankan

iii) Domestik dan antarabangsa


Domestik  aktiviti perniagaan yang dijalankan dan berlaku dalam lingkungan sempadan sebuah
negara sahaja
 berlaku dalam kalangan peniaga-peniaga tempatan sahaja
 melibatkan perniagaan runcit dan borong
Antarabangsa  aktiviti perniagaan yang berlaku antara sebuah negara dengan negara yang lain
 perniagaan yang melangkaui sempadan sesebuah negara
 melibatkan aktiviti eksport dan import
 melibatkan pertukaran mata wang asing

Ulang kaji subtajuk - 1.3 Entiti dan aktiviti perniagaan


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 2 - Pengeluaran 18

SUKATAN PELAJARAN
Tajuk Hasil Pembelajaran
2.1 Skop dan proses pengeluaran Pelajar seharusnya dapat:
2.1.1 Peranan pengeluaran a) mentakrifkan pengeluaran/operasi (termasuk servis) dan peranannya.
2.1.2 Evolusi b) menjelaskan evolusi pengeluaran bermula dengan revolusi industri, pendekatan
saintifik, hubungan manusia, penyelidikan operasi, kualiti, globalisasi dan revolusi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
2.1.3 Cabaran c) menghuraikan cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran.
2.1.4 Perkaitan dengan d) menjelaskan hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran, kewangan dan
jabatan lain sumber manusia.
2.1.5 Proses pengeluaran e) menjelaskan proses pengeluaran merangkumi input, proses transformasi dan output.
f) menjelaskan sistem dan subsistem pengeluaran.

2.2 Perancangan pengeluaran Pelajar seharusnya dapat:


2.2.1 Reka bentuk a) menjelaskan reka bentuk pengeluaran merangkumi simplification, standardization dan
pengeluaran modular.
2.2.2 Jenis-jenis pengeluaran b) menjelaskan jenis pengeluaran mengikut tempahan, secara massa dan secara
berkelompok.
2.2.3 Susun atur proses c) menjelaskan objektif susun atur dan jenis-jenis susun atur secara tetap, proses, produk
pengeluaran dan selular.
2.2.4 Lokasi kilang d) menjelaskan objektif pemilihan lokasi kilang dan faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan lokasi.

2.3 Kawalan kualiti Pelajar seharusnya dapat:


2.3.1 Konsep dan proses a) menjelaskan maksud kawalan kualiti, kepentingannya dan proses (rancang, buat,
kawalan kualiti semak dan tindakan – PDCA).
2.3.2 Kaedah pemeriksaaan b) menghuraikan kaedah pemeriksaan termasuklah pemeriksaan menyeluruh dan pelan
pensampelan.
2.3.3 Alat kawalan kualiti c) menghuraikan alat kawalan kualiti iaitu kawalan proses secara statistik (statistical
process control), analisis nilai tambah, carta kawalan, kajian kualiti/kos, pasukan
penambahbaikan kualiti dan penanda aras (benchmarking).
2.3.4 Pendekatan kawalan d) membincangkan pendekatan kawalan iaitu kawalan input, kawalan proses dan kawalan
kualiti output.

2.4 Kawalan inventori Pelajar seharusnya dapat:


2.4.1 Jenis-jenis inventori a) menjelaskan maksud kawalan inventori, sistem dan kepentingannya.
b) menjelaskan jenis-jenis inventori iaitu bahan mentah, kerja dalam proses dan produk
siap.
2.4.2 Alat/kaedah kawalan c) mengenal pasti alat-alat kawalan inventori.
inventori d) mengaplikasikan kaedah kuantiti pesanan ekonomi [Economic order quantity (EOQ)],
dan titik pesanan semula [Reorder point (ROP)]
e) menghuraikan konsep/kaedah tepat pada masa [Just-in-time (JIT)].

2.5 Isu-isu pengurusan Pelajar seharusnya dapat:


pengeluaran moden
2.5.1 Standard pengeluaran a) menjelaskan maksud standard pengeluaran dan International Organisation for
Standardization (ISO).
b) menjelaskan jenis-jenis standard ISO, tujuan dan kriterianya.
2.5.2 Pengurusan kualiti c) menjelaskan maksud pengurusan kualiti menyeluruh dan prinsip-prinsipnya.
menyeluruh (TQM)
2.5.3 Konsep-konsep sistem d) menghuraikan konsep-konsep dalam sistem pengeluaran
pengeluaran (i) Merekayasa (reengineering)
(ii) Reka bentuk berbantu komputer [Computer-aided design (CAD)] dan
Pembuatan berbantu komputer [Computer-aided manufacturing (CAM)]
(iii) Pembuatan berbantu komputer bersepadu [Computer integrated
manufacturing (CIM)]
(iv) Pembuatan pembuatan luwes
Tajuk 2 - Pengeluaran 19

2.1 SKOP DAN PROSES PENGELUARAN

2.1.1 PERANAN
Takrif pengeluaran  proses mengubah input kepada output dengan menambahkan nilainya
 melibatkan aktiviti memproses bahan mentah kepada barang siap atau separuh siap
Takrif pengurusan  aktiviti merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber
pengeluaran perniagaan bagi menghasilkan sesuatu barangan dan perkhidmatan
Peranan  merancang penggunaan sumber untuk pengeluaran
pengurusan  merancang kaedah pengeluaran
pengeluaran  menghasilkan output
 mengawal kualiti produk dan perkhidmatan
 mengawal kos pengeluaran
 mengawal kecekapan penggunaan sumber
 memastikan produktiviti berada ditahap maksimum
 memastikan kelancaran proses pengeluaran
 memastikan produk yang dikeluarkan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

2.1.2 EVOLUSI
Revolusi industri  bermula dan berkembang dengan pesat sekitar tahun 1760-an
 James Watt mencipta enjin stim ekoran penemuan arang batu dan bijih besi
Pendekatan saintifik  Adam Smith pada tahun 1776 telah mengemukakan konsep pengkhususan kerja
 konsep ini telah membawa kepada penciptaan senjata api, jam, jam tangan dan mesin
jahit
 Frederick Taylor pada tahun 1911 telah menetapkan satu piawaian untuk pekerja
bagi melakukan setiap kerja
 idea tersebut dikembangkan oleh Henry Ford sehingga berjaya menghasilkan kereta
Ford model T
Hubungan manusia  pendekatan / konsep yang berkaitan dengan hubungan kemanusiaan telah
diperkenalkan oleh Elton Mayo, Maslow dan McGregor
 menekankan hubungan manusia (pekerja) dengan pihak pengurusan
 hubungan ini telah diabaikan dalam pendekatan / konsep sebelum ini
Penyelidikan  berfokuskan kepada peningkatan produktiviti pengeluaran
operasi  Henry Gantt telah memperkenalkan Carta Gantt iaitu carta penjadualan aktiviti
 F.W. Harris telah mengemukakan model matematik untuk pengurusan inventori
Penyelidikan kualiti  negara Jepun muncul sebagai kuasa ekonomi dengan mengutamakan kualiti dan
bukannya kuantiti
 memberi keutamaan kepada kualiti, fleksibiliti dan kepentingan pelanggan
 konsep-konsep pengeluaran moden diperkenalkan seperti JIT, TQM dan Kaizen
Globalisasi  mewujudkan konsep dunia tanpa sempadan
 dunia berada di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan
kedudukan geografi sesebuah negara
 mewujudkan pasaran yang luas kepada perniagaan dari segi pelanggan dan bahan
mentah
Revolusi Teknologi  teknologi komputer menjadi semakin penting kerana ia dapat meningkatkan
Maklumat dan produktiviti, kualiti dan mengurangkan kos
Komunikasi (ICT)  penggunaan CAD/CAM dapat memudahkan proses reka bentuk dan pengeluaran
produk
 meningkatkan penyambungan dan keupayaan pemindahan maklumat, contohnya
penggunaan internet
Tajuk 2 - Pengeluaran 20

2.1.3 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PENGURUS PENGELUARAN


Peningkatan  pengurus perlu peka kepada perubahan teknologi baharu
teknologi  teknologi baharu dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran
 kos yang tinggi diperlukan untuk menggantikan teknologi lama dengan teknologi
baharu
Penekanan pada  perlu memastikan penghasilan produk mengikut piawaian kualiti yang ditetapkan
kualiti  ini kerana kualiti produk semakin diberi perhatian oleh pengguna
 memastikan produk yang dikeluarkan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh
industri seperti pematuhan kepada SIRIM atau ISO
Isu penjagaan alam  perlu memastikan kebersihan dan keindahan alam sekitar tidak tercemar akibat
sekitar aktiviti pengeluaran yang dijalankan
 perlu peka dengan peraturan berkaitan alam sekitar yang ditetapkan oleh kerajaan
 perlu mengambil langkah-langkah pemuliharaan alam sekitar
 juga perlu sedar tentang masyarakat sekarang yang mementingkan penjagaan alam
sekitar
Sumber semakin  perlu menyedari masalah kekurangan sumber manusia, tenaga, bahan mentah dan
berkurangan kewangan yang boleh menjejaskan proses pengeluaran
 perlu menguruskan sumber dengan bijak dengan cara menggunakan secara optimum
tanpa mewujudkan pembaziran
 perlu memastikan bahan mentah dan pekerja sentiasa mencukupi untuk
mengelakkan proses pengeluaran tergendala
 sumber kewangan perlu diuruskan sebaik mungkin untuk mengelakkan proses
pengeluaran tergendala akibat masalah kewangan
 berusaha mencari sumber alternatif seperti sumber tenaga yang boleh diperbaharui
Fleksibiliti dalam  corak permintaan dalam pasaran mempengaruhi kefleksibelan sistem pengeluaran
sistem pengeluaran  pengurus perlu menyesuaikan sistem pengeluaran dengan perubahan yang berlaku
dalam aspek reka bentuk, campuran produk dan tingkat teknologi
Cita rasa pengguna  kejayaan sesuatu produk bergantung pada keupayaannya memenuhi cita rasa
yang pelbagai pengguna
 perlu peka dengan perubahan cita rasa pengguna
 perlu mengeluarkan pelbagai jenis produk baharu
 perlu sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap produk sedia ada supaya
memenuhi cita rasa pengguna
Isu globalisasi  perlu bersedia bersaing dengan syarikat-syarikat dari luar negara
 syarikat-syarikat tersebut berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dengan
kos yang lebih rendah
 perlu meningkatkan kecekapan supaya produktiviti dan kualiti produk meningkat
Tajuk 2 - Pengeluaran 21

2.1.4 PERKAITAN DENGAN JABATAN LAIN


Hubungan jabatan Jabatan Pemasaran
pengeluaran dengan  membuat tempahan produk kepada Jabatan Pengeluaran
jabatan pemasaran  membuat perancangan jumlah produk yang perlu dihasilkan untuk dipasarkan
 mendapatkan maklum balas tentang kehendak pelanggan terhadap spesifikasi
produk
 memasarkan produk yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengeluaran
Jabatan Pengeluaran
 mengeluarkan produk berdasarkan tempahan dan spesifikasi daripada Jabatan
Pemasaran
 membuat penambahbaikan dan perubahan berdasarkan perubahan cita rasa
pelanggan yang dikenal pasti oleh Jabatan Pemasaran
 melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan produk berdasarkan
maklumat pelanggan daripada Jabatan Pemasaran
Hubungan jabatan Jabatan Kewangan
pengeluaran dengan  menyediakan peruntukan kewangan berdasarkan keperluan Jabatan Pengeluaran
jabatan kewangan  mengendalikan urus niaga kewangan seperti pembelian bahan mentah dan
pembayaran gaji pekerja Jabatan Pengeluaran
 membuat pelaburan seperti pembelian mesin dan pembesaran kilang mengikut
cadangan daripada Jabatan Pengeluaran
 menyediakan laporan kewangan kepada Jabatan Pengeluaran berkaitan kos overhed
dan kos pengeluaran untuk tindakan sewajarnya
Jabatan Pengeluaran
 memberi maklumat berkaitan keperluan kewangan untuk sebarang aktiviti operasi
pengeluaran kepada Jabatan Kewangan
 membuat cadangan kepada Jabatan Kewangan untuk mendapatkan sumber
kewangan bagi meningkatkan kapasiti dan kecekapan pengeluaran
Hubungan jabatan Jabatan Sumber Manusia
pengeluaran dengan  memberi maklumat kebersediaan Jabatan Sumber Manusia kepada Jabatan
jabatan sumber Pengeluaran untuk merancang sebarang program dalam jabatan
manusia  merekrut, membuat pemilihan, mengadakan program orientasi dan melaksanakan
program latihan yang berkaitan dengan Jabatan Pengeluaran
 memastikan tenaga kerja yang sesuai dan mencukupi untuk Jabatan Pengeluaran
Jabatan Pengeluaran
 membuat unjuran keperluan sumber manusia dalam Jabatan Pengeluaran kepada
Jabatan Sumber Manusia
 memaklumkan kepada Jabatan Sumber Manusia apabila berlaku pemecatan,
persaraan atau pengurangan bilangan pekerja dalam Jabatan Pengeluaran
Tajuk 2 - Pengeluaran 22

2.1.5 PROSES PENGELUARAN


Proses pengeluaran

Input
 faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan produk
 iaitu bahan mentah, modal, modal insan, teknologi dan keusahawanan
Proses transformasi
 proses mengubah input kepada produk siap atau separuh siap
 memberi tambah nilai kepada bahan mentah
Output
 produk siap atau separuh siap yang akan dijual kepada pengguna akhir atau
pengguna industri
Sistem dan Sistem pengeluaran
subsistem  terdiri daripada pelbagai bahagian atau elemen yang saling berkaitan dan
pengeluaran bergantungan dalam menjalankan operasi sesebuah organisasi. Elemen-elemen
tersebut ialah input, proses transformasi, output, aset yang digunakan, sumber
manusia, sumber modal dan teknologi yang digunakan
Subsistem pengeluaran
 merujuk bahagian-bahagian yang lebih kecil dalam sistem pengeluaran yang terlibat
secara langsung dalam membentuk satu sistem pengeluaran. Ia Meliputi unit-unit
yang kecil seperti unit kawalan inventoti, pengurusan logistik, unit kawalan kualiti
dan sebagainya

Ulang kaji subtajuk - 2.1 Skop dan proses pengeluaran


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 2 - Pengeluaran 23

2.2 PERANCANGAN PENGELUARAN

2.2.1 REKA BENTUK PENGELUARAN


Simplification  usaha untuk memudahkan proses pengeluaran
 menggabungkan pelbagai langkah yang terlibat dalam proses pengeluaran
 juga melibatkan usaha mengurangkan bilangan bahagian pemasangan
 supaya dapat mempercepatkan dan memudahkan pemasangan
 dapat mengurangkan kos dan membantu meningkatkan kualiti produk

Standardization  satu proses untuk membentuk standard atau reka bentuk produk yang seragam
 dapat mewujudkan kecekapan dan keberkesanan serta mengurangkan kos inventori
 menjimatkan masa, pekerja dan peralatan dapat digunakan sepenuhnya
 sesuai untuk pengeluaran produk dalam skala yang besar
 dapat mengurangkan kos per unit produk

Modular  melibatkan gabungan komponen untuk menghasilkan pelbagai jenis produk


 komponen mudah ditukar ganti dengan mudah
 untuk mengeluarkan produk yang unik mengikut keperluan dan kehendak pengguna
 mementingkan aspek keluwesan atau kelenturan dalam pengeluaran produk

2.2.2 JENIS-JENIS PENGELUARAN


Pengeluaran  penghasilan produk yang unik dalam kuantiti yang kecil
mengikut tempahan  hanya dibuat apabila ada tempahan daripada pelanggan
 dihasilkan mengikut spesifikasi dan ciri-ciri yang dikehendaki oleh pelanggan
 memerlukan modal dan pelaburan yang besar serta penggunaan teknologi tinggi
 memerlukan pekerja yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi
 contoh – projek pembinaan kapal terbang, pelabuhan, lapangan terbang dan
tempahan makanan katering
Pengeluaran secara  pengeluaran produk secara besar-besaran dengan volum pengeluaran yang besar
massa  kadang-kala melibatkan pengeluaran secara berterusan selama 24 jam
 menghasilkan produk yang seragam
 melibatkan penggunaan mesin dan jentera yang dikawal oleh komputer
 produk akan disimpan dalam gudang sementara menunggu pesanan daripada
pelanggan
 kos per unit roduk yang rendah kerana pengeluaran secara besar-besaran
 melibatkan barangan keperluan harian seperti gula, minyak masak dan sabun
Pengeluaran secara  pengeluaran produk dalam bentuk kelompok-kelompok tertentu
berkelompok  kelompok-kelompok tersebut dihasil mengikut kehendak dan spesifikasi yang
berbeza-beza daripada pelanggan
 pengeluaran dibuat mengikut satu kelompok dan diikuti dengan kelompok yang lain
 dikeluarkan dalam kuantiti yang sederhana
 mesin dan pekerja mempunyai fleksibiliti untuk menghasilkan produk yang berbeza-
beza
 contoh – pencetakan buku dan majalah, pemasangan barangan elektronik,
penghasilan kek dan roti
Tajuk 2 - Pengeluaran 24

2.2.3 SUSUN ATUR PROSES PENGELUARAN


Takrif susun atur  cara penyusunan mesin, jabatan dan stesen kerja untuk memastikan pengaliran kerja
proses pengeluaran atau bahan yang efisien dan licin serta penggunaan ruang dengan baik
Objektif susun atur  mengurangkan kos pengendalian bahan dan kos sewaan ruang
 menggunakan ruang kilang secara berkesan
 menggunakan tenaga buruh secara berkesan
 memudahkan interaksi dan komunikasi pekerja, penyelia dan pengurus
 menghapuskan kesesakan dalam proses pengeluaran
 membolehkan fleksibiliti terhadap keadaan yang sentiasa berubah
Jenis susun atur Susun atur tetap
proses pengeluaran  proses pengeluaran adalah kekal di satu lokasi dari awal hingga siap
i. Susun atur tetap  semua input pengeluaran akan dibawa ke lokasi pengeluaran
ii. Susun atur proses  ciri-ciri produk adalah besar, berat dan mudah pecah
iii. Susun atur produk  melibatkan kos yang tinggi
iv. Susun atur selular  produk dihasilkan mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh pelanggan
 contoh – pembinaan jambatan, bangunan, kapal laut, lapangan terbang dan
empangan
Susun atur proses
 juga dikenali sebagai susun atur fungsian atau job shop
 melibatkan pengumpulan semua input pengeluaran yang mempunyai fungsi yang
serupa dalam jabatan tertentu
 penghasilan produk adalah tidak seragam dan berbeza mengikut kuantiti keluaran
 pelanggan adalah berbeza mengikut keperluan dan kehendak yang diingini
 berlaku perkongsian sumber iaitu peralatan dan mesin boleh dikongsi oleh
kumpulan pekerja yang berbeza
 contoh – perkhidmatan hospital, bank, pasar raya dan bengkel kereta
Susun atur produk
 juga dikenali sebagai lini pemasangan atau assembly lines
 melibatkan penyusunan satu barisan mesin mengikut urutan proses pengeluaran
 melibatkan penghasilan produk yang seragam
 sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran atau secara massa
 volum pengeluaran adalah tinggi
 contoh – kilang kereta, pemprosesan makanan, pemasangan barangan elektronik dan
tempat membasuh kereta
Susun atur selular
 merupakan kombinasi susun atur produk dan proses
 satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk yang berbeza dengan
hanya menggunakan bahan dan alatan yang sedikit
 peralatan dan kerja yang serupa diletakkan dalam satu unit/kumpulan supaya
bahagian proses pengeluaran menjadi lebih kecil
 ia dapat menjimatkan ruang serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan
 contoh – kilang pengeluaran telefon bimbit
Tajuk 2 - Pengeluaran 25

2.2.4 LOKASI KILANG


Objektif pemilihan  menentukan kapasiti dan lokasi sesuatu kemudahan fizikal
lokasi kilang  memudahkan pengurusan logistik
 mengurangkan kos pengeluaran
Faktor-faktor yang  bekalan tenaga buruh yang tersedia
mempengaruhi  sistem pengangkutan dan logistik yang memuaskan
pemilihan lokasi  wujud pengguna dan pasaran
kilang  pembekal dan sumber yang cukup
 wujud prasarana yang mencukupi
 politik dan sosiobudaya setempat yang baik
 iklim yang sesuai
 kos utiliti yang murah
 tiada halangan peraturan dan kawalan undang-undang
 saiz dan kos tanah yang berpatutan
 ciri-ciri sosial yang baik
 jarak lokasi dengan tempat kemudahan yang dekat

Ulang kaji subtajuk - 2.2 Perancangan pengeluaran


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 2 - Pengeluaran 26

2.3 KAWALAN KUALITI

2.3.1 KONSEP DAN PROSES KAWALAN KUALITI


Maksud kawalan  satu proses semakan produk atau perkhidmatan untuk memastikan produk menepati
kualiti piawaian kualiti yang ditetapkan
Kepentingan  mengurangkan kos pengeluaran
kawalan kualiti  mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna
 meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan
 membentuk imej perniagaan yang baik
Proses kawalan Rancang
kualiti –  mengkaji proses pengeluaran, mengenal pasti masalah, menentukan matlamat dan
Proses PDCA membangunkan perancangan untuk penambahbaikan kualiti
i. Rancang  menyenaraikan cadangan-cadangan untuk menyelesaikan masalah kualiti yang ada
ii. Buat
iii. Semak Buat
iv. Tindakan  melaksanakan proses kawalan kualiti mengikut kaedah yang dirancang
Semak
 membuat pemantauan / penilaian ke atas setiap proses kawalan yang dilaksanakan
 mengenal pasti segala kecacatan atau pelanggaran piawaian yang telah ditetapkan
untuk tindakan seterusnya
Tindakan
 proses mengambil tindakan penambahbaikan atau pembetulan terhadap semua
kecacatan dan kesilapan yang dilaporkan

2.3.2 KAEDAH PEMERIKSAAN


Pemeriksaan  kaedah pengawalan kualiti terhadap semua produk yang dikeluarkan
menyeluruh  sesuai mengawal kualiti produk yang dihasilkan dalam kuantiti yang kecil
 dapat mengelak produk yang rosak sampai ke tangan pengguna
 tidak sesuai untuk proses pengeluaran secara massa kerana melibatkan masa yang
panjang untuk memeriksa semua produk
Pelan pensampelan Pelan pensampelan tunggal
i. Pelan pensampelan  pemeriksaan ke atas beberapa sampel produk yang diambil secara rawak dari satu
tunggal kumpulan produk
ii. Pelan pensampelan
berganda  jika didapati sampel yang diambil rosak, keseluruhan produk dari kumpulan tersebut
akan ditolak
 kumpulan produk tersebut akan diterima jika sampel yang diperiksa menepati
piawai kualiti yang ditetapkan
Pelan pensampelan berganda
 pemeriksaan ke atas produk dibuat untuk kali kedua jika pemeriksaan kali pertama
mendapati sampel produk tidak menepati piawai kualiti yang ditetapkan
 untuk pemeriksaan kali pertama, sampel produk akan diambil secara rawak dari satu
kumpulan produk
 jika didapati tidak menepati piawai kualiti yang ditetapkan, pemeriksaan kali kedua
perlu dilakukan
 sampel produk juga akan diambil secara rawak dari kumpulan produk yang sama
 jika didapati masih tidak menepati piawai kualiti yang ditetapkan, keseluruhan
kumpulan produk tersebut akan ditolak
Tajuk 2 - Pengeluaran 27

2.3.3 ALAT KAWALAN KUALITI


Kawalan proses  proses pengawalan kualiti berdasarkan kaedah statistik yang dijalankan sepanjang
secara statistik aktiviti pengeluaran
(SPC – Statistical  sampel produk akan diambil secara rawak daripada keseluruhan produk bagi
process control) memastikan kualitinya
Had kawalan atas
Garis tengah
Had kawalan bawah

 carta SPC mempunyai garis tengah, had kawalan atas dan had kawalan bawah
 setiap titik dalam carta merupakan sampel daripada produk yag dikeluarkan
 garis tengah menandakan kualiti sebenar yang diingini
 had kawalan atas dan had kawalan bawah menandakan kualiti yang masih boleh
diterima walaupun tidak memenuhi standard yang ditetapkan
 sampel yang tidak berada dalam lingkungan had kawalan atas atau had kawalan
bawah menunjukkan kualiti sampel yang tidak dapat diterima
Analisis nilai  satu proses menilai ke atas aktiviti proses pengeluaran yang boleh mewujudkan
tambah peningkatan faedah ke atas produk yang dihasilkan berbanding perubahan kos yang
dihadapi
 penilaian yang dibuat akan mendedahkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan
membazir yang boleh dibuang tanpa menjejaskan kualiti
 aktiviti yang menyebabkan peningkatan kos tanpa memberi nilai tambah kepada
produk akan disingkirkan
 hanya aktiviti yang meningkatkan nilai tambah yang berguna kepada pengguna akan
diteruskan
Kajian kualiti/kos Kos pencegahan
 penilaian kualiti  kos yang dibayar untuk mencegah berlakunya ketidakpatuhan produk kepada
produk yang keperluan pengguna
berkaitan dengan kos  cuba menghalang produk yang berkualiti rendah daripada sampai ke tangan
 dikenali sebagai kos
pelanggan
kualiti
 contoh – kos latihan, kos aktiviti peningkatan kualiti, kos penyemakan semula
 kos pencegahan dan
kos penilaian ialah spesifikasi reka bentuk produk
kos untuk mencapai Kos penilaian
produk berkualiti
 kos untuk menentukan sesuatu bahan, proses dan produk mematuhi kehendak
tinggi
 kos kegagalan
pelanggan
dalaman dan kos  contoh – kos kutipan data, kos menguji peralatan dan kos menilai produk
kegagalan luaran Kos kegagalan dalaman
merupakan kos yang
terpaksa ditanggung
 kos yang berlaku apabila produk yang berkualiti rendah ditemui sebelum dihantar
akibat produk yang kepada pelanggan
rendah kualitinya  contoh – kos kerja semula, kos skrap dan kos pembaikan
Kos kegagalan luaran
 kos yang berlaku apabila pelanggan telah menerima produk yang berkualiti rendah
 contoh – kos tuntutan jaminan, kos liabiliri produk kos rungutan pelanggan, kos
gantian produk dan kos kehilangan jualan
Tajuk 2 - Pengeluaran 28

Pasukan  satu kumpulan pekerja dari jabatan atau proses kerja yang berlainan
penambahbaikan  mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman
kualiti  diwujudkan untuk mengenal pasti masalah, menganalisis, menyelesaikan masalah
dan mengimplementasikan perubahan yang berkaitan dengan peningkatan kualiti
yang berterusan
Penanda aras  proses membandingkan prestasi dan merit sendiri dengan prestasi dan merit yang
(benchmarking) terbaik dalam industri yang sama atau berlainan
 mempelajari amalan-amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi lain dengan
melakukan pengubahsuaian ataupun tidak

2.3.4 Pendekatan kawalan kualiti


Kawalan input  juga dikenali sebagai kawalan awalan
 kawalan ke atas semua input pengeluaran seperti bahan mentah, peralatan, mesin
dan modal insan
 dilakukan sebelum aktiviti proses pengeluaran dilaksanakan
 dilakukan dengan cara memeriksa, membaiki atau menggantikan input yang rosak
 untuk memastikan semua input adalah yang terbaik dan tiada sebarang masalah
Kawalan proses  juga dikenali sebagai kawalan semasa
 kawalan semasa proses pengeluaran sedang berjalan
 bagi memastikan proses pengeluaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah
 sampel produk yang dalam proses akan diperiksa
 jika berlaku masalah, tindakan pembetulan dan pemulihan akan dilakukan dengan
segera
Kawalan output  juga dikenali sebagai kawalan selepas
 kawalan selepas proses pengeluaran tamat
 produk dibandingkan dengan standard atau piawai kualiti yang ditetapkan
 bertujuan untuk membuat penambaikan atau tindakan pembetulan terhadap proses
pengeluaran yang berikutnya
 juga dapat mengelakkan produk yang rosak sampai ke tangan pengguna

Ulang kaji subtajuk - 2.3 Kawalan kualiti


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 2 - Pengeluaran 29

2.4 KAWALAN INVENTORI

2.4.1 JENIS-JENIS INVENTORI


Maksud kawalan  sistem pengurusan stok atau inventori dalam sesebuah perniagaan
inventori  bagi memastikan proses pengeluaran berjalan lancar dan permintaan pengguna dapat
dipenuhi sepanjang masa
Kepentingan  memastikan inventori berada pada tahap optimum
kawalan inventori  memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan
 memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan
 mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian inventori
 meminimumkan kos pemegangan inventori
 menstabilkan harga produk di pasaran
Jenis-jenis inventori Bahan mentah
i. Bahan mentah  bahan asas atau sumber-sumber semula jadi yang digunakan dalam proses
ii. Kerja dalam pengeluaran untuk menghasilkan produk
proses
iii. Produk siap
Kerja dalam proses
 barang-barang yang masih dalam proses pengeluaran
 mempunyai nilai kewangan kerana modal telah dilaburkan untuk menghasilkannya
Produk siap
 hasil yang dikeluarkan setelah proses pengeluaran tamat
 ia akan disimpan sebagai inventori sebelum diedarkan kepada pengedar
 juga boleh dipasarkan terus kepada pengguna

2.4.2 ALAT/KAEDAH KAWALAN INVENTORI


i) Kuantiti pesanan ekonomi [Economic order quantity (EOQ)]
Definisi EOQ  satu kaedah untuk menentukan kuantiti pesanan optimum yang dapat
meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan inventori
Andaian  permintaan adalah tetap dan konstan
 kekurangan tidak wujud dalam pasaran
 masa menunggu untuk menerima pesanan (lead time) adalah malar
 semua tempahan diterima pada suatu masa
 hanya terdapat dua jenis kos iaitu kos pemegangan dan kos pemesanan
Formula D = permintaan sebenar sesuatu item/kuantiti pesanan dalam unit
O = kos pemesanan bagi setiap pesanan
C = kos pemegangan/simpanan seunit inventori bagi satu jangka
masa
Contoh kiraan 1 Diberi:
Permintaan = 5,000 unit setahun
Kos pesanan = RM80 setiap pesanan
Kos pegangan = RM5 per unit
Tentukan EOQ dan jumlah pesanan yang dibuat dalam setahun.
Tajuk 2 - Pengeluaran 30

Contoh kiraan 2 King’s Bakery memerlukan 50 bungkus tepung setiap 3 bulan. Kos pesanan ialah
RM8 bagi setiap pesanan, manakala kos penyimpanan adalah RM3 setiap bungkus.
Tentukan EOQ dan jumlah pesanan yang dibuat dalam setahun.

ii) Titik pesanan semula [Reorder point (ROP)]


Definisi ROP  penetapan satu tahap kuantiti yang memerlukan pihak pengurusan memesan semula
inventori supaya inventori berada pada tahap mencukupi dan pada masa yang sama
dapat meminimumkan kos inventori
Formula ROP = d x L d = permintaan harian
L = lead time – waktu menunggu pesanan tiba (dalam hari)
Contoh kiraan 1 Diberi:
Permintaan harian inventori = 45 unit
Penghantaran pesanan dari tarikh pesanan dibuat = 5 hari
Hitung titik pesanan semula (ROP).

Contoh kiraan 2 Syarikat ABC mempunyai permintaan inventori dalam setahun sebanyak 8000 unit.
Bilangan hari bekerja dalam setahun ialah 200 hari. Secara purata, penghantaran
pesanan mengambil masa 3 hari bekerja. Hitung titik pesanan semula bagi syarikat
tersebut.

iii) Analisis ABC


Definisi Analisis  kaedah kawalan yang menggunakan pengelasan tahap penggunaan inventori
ABC mengikut nilai ringgit penggunaan
 semakin tinggi nilai ringgit penggunaan suatu inventori, semakin tinggi tahap
kepentingannya
Tahap ABC  Tahap A – paling penting (penggunaan yang paling tinggi dari segi nilai ringgit dan
kerap digunakan
 Tahap B – sederhana penting (penggunaan ringgit yang sederhana)
 Tahap C – kurang penting (penggunaan ringgit yang paling kurang dan paling
jarang digunakan)
Tajuk 2 - Pengeluaran 31

iv) Kaedah tepat pada masa [Just-in-time (JIT)]


Definisi JIT  sistem di mana item-item inventori tiba apabila diperlukan dalam proses pengeluaran
tanpa perlu disimpan dalam stor
 juga dikenali sebagai sistem inventori sifar
 berasal dari Jepun
Ciri-ciri JIT  penganalan sistem tarik terhadap aliran bahan-bahan
 pengekalan kualiti yang tinggi secara konsisten
 penekanan kepada saiz lot yang sekecil mungkin
 masa penyediaan yang pendek
 beban stesen kerja yang seragam
 hubungan rapat dengan pihak pembekal
 pekerja mampu bekerja dalam masa kerja yang anjal

Ulang kaji subtajuk - 2.4 Kawalan inventori


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 2 - Pengeluaran 32

2.5 ISU-ISU PENGURUSAN PENGELUARAN MODEN

2.5.1 STANDARD PENGELUARAN


Maksud standard  satu ukuran yang konsisten daripada peraturan, garis panduan dan tindakan dalam
pengeluaran menghasilkan sesuatu produk supaya kualiti produk tersebut boleh diterima secara
bersama oleh pihak lain
Maksud ISO 9000  suatu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan tentang elemen asas
yang perlu ada dalam sistem pengurusan kualiti sesebuah organisasi
Prinsip-prinsip  standard bagi sistem pengurusan kualiti dan bukannya bagi produk dan
ISO 9000 perkhidmatan yang dihasilkan
 organisasi memerlukan organisasi mendokumenkan proses kerja kritikal, patuh
kepada proses yang didokumenkan dan pembuktian kepada kepatuhan
 menekankan kepada pencegahan berlakunya sesuatu masalah dan bukan
penyelesaian masalah
 satu standard umum (universal) tentang elemen asas yang perlu ada dalam sistem
kualiti
Faedah-faedah  boleh mengurangkan proses tindakan pembetulan
ISO 9000  boleh mengenal pasti dan memperincikan tugas-tugas yang patut dilaksanakan
 dapat mendokumentasikan semua amalan pengurusan dan cara melaksanakan kerja
 boleh mengenal pasti dan mengatasi masalah serta mengelakkannya daripada
berulang
 tugas yang dilaksanakan adalah “right the first time and everytime” iaitu sentiasa
betul dari awal sehingga bila-bila
 membolehkan pembuatan keputusan yang lebih baik dan tepat
Jenis-jenis standard ISO 9001
ISO 9000  standard yang menentukan kualiti produk yang dihasilkan dan piawai yang
merangkumi 20 aspek program kualiti seperti reka bentuk pengeluaran, reka bentuk
perkhidmatan, tanggungjawab pengurusan, sistem dokumentasi berkualiti, latihan,
pemuliharaan dan pertimbangan pembelian
ISO 9002
 standard yang mengkhusus kepada penghasilan reka bentuk untuk pelanggan dan
reka bentuk bagi tujuan pemasangan dan pengeluaran di lokasi lain
ISO 9003
 standard yang menekankan aspek pencegahan melalui pemeriksaan dan pengujian
terhadap proses pengeluaran
ISO 9004
 standard yang memberikan garis panduan bagi melaksanakan pengurusan kualiti dan
elemen-elemen sistem kualiti
Cara-cara untuk 1. komitmen pengurusan atasan
mendapatkan 2. mengenal pasti semua proses utama yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000
ISO 9000 3. perlu memberi latihan dan kemahiran kepada pasukan pelaksana ISO 9000
4. perlu melakukan analisis varians
5. sentiasa menyediakan dokumentasi mengenai prosedur, arahan kerja, dokumen
sokongan, kawalan ke atas dokumen dan manual kualiti
6. perlu melatih pegawai dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah
didokumentasikan
7. melaksanakan ISO 9000
8. mendapat pengiktirafan dan pensijilan
Tajuk 2 - Pengeluaran 33

2.5.2 PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM)


Maksud TQM  proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, penambaikan secara
berterusan, melibatkan semua bahagian dalam organisasi dan penyelesaian masalah
secara berpasukan
Objektif TQM  memuaskan hati pelanggan dengan menghasilkan produk yang lebih baik
 menghasilkan output yang sentiasa tepat (right the first time)
 menghasilkan output tanpa cacat (zero defect)
 meningkatkan kualiti produk dengan harga yang kompetitif
Prinsip-prinsip  memberi fokus kepada penambahbaikan kualiti produk dan perkhidmatan mengikut
TQM kehendak pelanggan
 pekerja diberi autoriti untuk membuat keputusan
 mewujudkan semangat kerjasama dan kepercayaan antara ahli organisasi
 pekerja sentiasa diberi galakan untuk meningkatkan kualiti
 amalan berkualiti pihak pengurusan menjadi contoh kepada pekerja
 semua aktiviti dalam organisasi perlu menekankan aspek penambaikan berterusan
(kaizen)
Kebaikan TQM  dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi pada kos yang rendah
 dapat menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan
 dapat meningkatkan daya saing organisasi dalam pasaran
 dapat mengurangkan pembaziran dan menurunkan kos operasi organisasi
 dapat meningkatkan komitmen dan kerjasama di kalangan pekerja dan pihak
pengurusan
Kelemahan TQM  melibatkan kos yang tinggi dalam memberi latihan, penambahbaikan dan kawalan
 pekerja kurang memberi komitmen dan kurang memberi kerjasama
 kekurangan pekerja yang mahir
 masa yang lama untuk melaksanakan TQM

2.5.3 KONSEP-KONSEP SISTEM PENGELUARAN


Merekayasa Definisi
(reengineering)  proses mereka bentuk semula proses-proses kerja yang kritikal dan struktur
organisasi secara radikal dan besar-besaran untuk meningkatkan kecekapan dan
mencapai kemajuan yang lebih besar
Objektif
 mengenal pasti proses yang dapat meningkatkan kecekapan organisasi
 menghapuskan aktiviti atau proses kerja yang tidak mendatang hasil kepada
organisasi
 menghasilkan produk yang berkualiti
 meningkatkan daya saing dan prestasi organisasi
Reka bentuk Definisi
berbantu komputer  CAD ialah satu sistem perisian grafik komputer yang digunakan untuk mereka
[Computer-aided bentuk dan mengubah suai sesuatu reka bentuk produk
design (CAD)] dan  CAM ialah penggunaan komputer dan teknologi robotik dalam proses pengeluaran
Pembuatan produk
berbantu komputer
[Computer-aided Objektif
manufacturing  menjimatkan masa pengeluaran produk
(CAM)]  memastikan produk yang dihasilkan adalah tepat
 memudahkan proses mereka bentuk, penyemakan dan pengubahsuaian reka bentuk
produk mengikut kehendak pelanggan
Tajuk 2 - Pengeluaran 34

Pembuatan Definisi
berbantu komputer  gabungan penggunaan alat-alat yang dikawal komputer untuk menjalankan proses
bersepadu pengeluaran produk
[Computer  melibatkan penggunaan robot dan peralatan berteknologi tinggi
integrated  menggabungkan penggunaan CAD/CAM, Flexible Machining Systems (FMS),
manufacturing Automated Guided Vehicles (AGV), Computer Numerical Control Machine Tools
(CIM)] (CNC) dan Computer-Aided Process Planning (CAPP)
Objektif
 mengurangkan pembaziran dalam aspek tenaga kerja, kewangan, masa dan peralatan
dan sebagainya
 meningkatkan produktiviti dan kecekapan
 meningkatkan kelebihan bersaing dalam pasaran
Sistem pembuatan Definisi
luwes  sistem pengeluaran dengan menggunakan mesin yang boleh menghasilkan pelbagai
produk dengan cepat
 melbatkan penggunaan beberapa buah komputer yang dikawal oleh satu komputer
pusat
 komputer pusat berfungsi untuk menyelaras operasi pengeluaran secara keseluruhan
Objektif
 mengeluarkan pelbagai produk yang berkualiti secara konsisten
 mengurangkan kos buruh
 meningkatkan penggunaan mesin-mesin

Ulang kaji subtajuk - 2.5 Isu-isu pengurusan pengeluaran moden


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 3 - Pemasaran 35

SUKATAN PELAJARAN
Tajuk Hasil Pembelajaran
3.1 Pendekatan pemasaran Pelajar seharusnya dapat:
3.1.1 Orientasi pengurusan a) mentakrifkan pemasaran dan menjelaskan kepentingannya.
pemasaran b) menjelaskan pendekatan pemasaran termasuk pengeluaran, produk, penjualan,
pemasaran dan pemasaran kemasyarakatan.
3.1.2 Proses pemasaran c) menjelaskan proses pemasaran yang merangkumi menilai peluang-peluang pemasaran,
memilih sasaran pasaran, membina campuran pemasaran dan mengurus usaha
pemasaran.
3.1.3 Pendekatan strategik d) membincangkan pendekatan strategi pemasaran meliputi:
(i) analisis portfolio perniagaan (Matriks BCG)
(ii) analisis kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang (SWOT)
e) menentukan strategi dan objektif pemasaran (penembusan pasaran, pembangunan
pasaran, pembangunan produk dan pempelbagaian).
f) menentukan sasaran pasaran dan campuran pemasaran dan pelaksanaan sertas
penilaiannya.

3.2 Gelagat pengguna Pelajar seharusnya dapat:


3.2.1 Model gelagat pengguna a) menjelaskan rangsangan pemasaran dan persekitaran, kotak hitam pembeli dan respons
pembeli.
b) membincangkan faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna termasuklah budaya,
sosial, individu, psikologi dan situasi.
3.2.2 Jenis-jenis keputusan
pembelian
(i) Proses pembelian c) menjelaskan proses keputusan pembelian produk pengguna yang merangkumi
produk pengguna mengenal pasti keperluan, mencari maklumat, menilai alternatif, membuat keputusan
pembelian dan gelagat selepas pembelian.
(ii) Proses pembelian d) menjelaskan proses pembelian produk baru merangkumi menyedari, meminati,
produk baru menilai, mencuba dan menerima.
(iii) Proses pembelian e) menjelaskan proses pembelian produk industri merangkumi mengenal pasti masalah,
produk industri mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan spesifikasi produk, mencari
pembekal, membuka tender, memilih pembekal, memesan produk dan menilai prestasi
pembekal.

3.3 Penyelidikan pemasaran Pelajar seharusnya dapat:


a) menjelaskan kepentingan penyelidikan pemasaran
b) menerangkan langkah-langkah penyelidikan pemasaran yang merangkumi mengenal
pasti masalah dan menetapkan objektif, membentuk rancangan penyelidikan,
melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data dan menginterprestasikan dan
melapor penemuan.

3.4 Segmentasi Pelajar seharusnya dapat:


3.4.1 Segmentasi pasaran a) membincangkan asas-asas segmentasi pasaran merangkumi geografi, demografi,
3.4.2 Sasaran pasaran psikografi dan gelagat pengguna/manfaat produk.
3.4.3 Peletakan pasaran b) menjelaskan strategi menyasarkan pasaran (market targeting) merangkumi ap.
3.4.4 Perbezaan segmentasi, c) mengenal pasti alat-alat kawalan inventori.
sasaran dan peletakan d) mengaplikasikan kaedah kuantiti pesanan ekonomi [Economic order quantity (EOQ)],
pasaran dan titik pesanan semula [Reorder point (ROP)]
e) menghuraikan konsep/kaedah tepat pada masa [Just-in-time (JIT)].
Tajuk 3 - Pemasaran 36

Tajuk Hasil Pembelajaran


3.5 Campuran pemasaran Pelajar seharusnya dapat:
3.5.1 Produk a) mentakrifkan campuran pemasaran.
b) mentakrifkan produk dan membandingkan produk fizikal dan produk perkhidmatan
(servis).
c) menghuraikan klasifikasi produk merangkumi produk pengguna dan produk
perkhidmatan.
d) menjelaskan atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan dan khidmat
sokongan.
e) menjelaskan lini produk yang merangkumi kedalaman produk dan kelebaran produk.
f) membincangkan kitaran hayat produk.
3.5.2 Pengedaran / g) menjelaskan saluran agihan produk.
pengagihan h) menghuraikan perantaraan dalam saluran agihan produk yang merangkumi
pemborong, ejen dan peruncit.
3.5.3 Penetapan harga i) menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga.
j) menjelaskan pendekatan penentuan harga secara umum berasaskan kos, nilai dan
persaingan.
k) menjelaskan penentuan harga produk baru.
3.5.4 Promosi l) menjelaskan campuran promosi merangkumi pengiklanan, promosi jualan, publisiti,
perhubungan awam dan jualan bersemuka.
m) menghuraikan konsep dan tujuan komunikasi pemasaran bersepadu (IMC).
Tajuk 3 - Pemasaran 37

3.1 PENDEKATAN PEMASARAN

3.1.1 ORIENTASI PENGURUSAN PEMASARAN


Takrif pemasaran  satu proses perancangan dan pelaksanaan konsep, perletakan harga, promosi serta
pengagihan idea, barang dan perkhidmatan yang dapat memuaskan keperluan
individu dan objektif organisasi
 segala aktiviti yang bertujuan memaksimumkan kepuasan pelanggan dan pada masa
yang sama mencapai objektif jualan dan pemasaraan perniagaan
 juga melibatkan aktiviti jual beli antara pemasar dengan pengguna
Kepentingan  memastikan wujud proses pertukaran barang dan perkhidmatan
pemasaran  memperkenalkan produk yang dikeluarkan kepada masyarakat
 boleh membantu menghasilkan produk yang berkualiti
 memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
 membantu perniagaan meningkatkan jualan dan keuntungan
Pendekatan Pendekatan pengeluaran
pemasaran  anggap pengguna akan terima sahaja barang yang dikeluarkan
i. Pendekatan  konsep penawaran dengan sendiri akan mewujudkan permintaan
pengeluaran  produk yang dikeluarkan diyakini akan habis dijual
ii. Pendekatan produk  pengeluaran secara massa
iii. Pendekatan  tidak mementingkan kualiti produk
penjualan
iv. Pendekatan Pendekatan produk
pemasaran moden  lebih mementingkan kualiti dan fungsi produk
v. Pendekatan  menganggap pelanggan suka membeli produk yang berkualiti
pemasaran  memfokuskan kepada inovasi produk
kemasyarakatan
 mewujudkan kepelbagaian fungsi kepada produk
Pendekatan penjualan
 menekankan kepada aktiviti penjualan dan promosi
 menganggap pengguna akan membuat pilihan belian
 usaha jurujual yang agresif dan kreatif akan mempengaruhi pembeli
 penawaran melebihi permintaan
Pendekatan pemasaran moden
 mengeluarkan produk berdasarkan permintaan / kehendak pengguna
 mengimbangi keperluan dan kepuasan pengguna dengan matlamat keuntungan
organisasi
 membuat penyelidikan pemasaran tentang keperluan pengguna
 mementingkan aktiviti campuran pemasaran
Pendekatan pemasaran kemasyarakatan
 memfokuskan kepada kebajikan pelanggan dan masyarakat yang menjadi pengguna
produk
 sentiasa memastikan masyarakat mendapat hak mereka sebagai pengguna
 sentiasa menjaga tanggungjawab sosial terhadap masyarakat
Tajuk 3 - Pemasaran 38

3.1.2 PROSES PEMASARAN

Menilai peluang-  membuat penyelidikan pemasaran


peluang pemasaran  membuat ramalan permintaan untuk menilai potensi jualan
 mengambil kira faktor persekitaran pemasaran seperti demografi, ekonomi,
teknologi, pembekal, pesaing dan lain-lain
Memilih sasaran  menentukan segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan perletakan pasaran
pasaran  membahagikan pasaran kepada beberapa segmen dan memilih segmen yang mampu
menjana keuntungan yang banyak
 membentuk strategi pemasaran
Membina campuran  merujuk kepada penggabungan aktiviti dalam elemen pemasaran atau dikenali
pemasaran sebagai 4P
 melibatkan elemen produk (product), pengedaran (place), penetapan harga (price)
dan promosi (promotion)
Mengurus usaha  menjalankan aktiviti pemasaran
pemasaran  memastikan semua perancangan dalam aktiviti pemasaran berjalan lancar

3.1.3 PENDEKATAN STRATEGIK


Analisis portfolio  direka bentuk oleh Kumpulan Pakar Perunding Boston
perniagaan  untuk mengenal pasti perkaitan antara prestasi perniagaan atau produk dengan
(Matriks BCG) potensi pasaran
 untuk membantu pihak pengurusan sesebuah organisasi menganalisis jenis
perniagaan atau produk sedia ada supaya tindakan pembaikan boleh dilakukan jika
perlu
 gambar rajah Matriks BCG:

Keluaran bintang (star)


 merujuk kepada keluaran yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi
dan syer pasaran relatif yang tinggi
 memerlukan pelaburan yang sangat besar untuk membiayai pertumbuhan pesat dan
mengatasi pesaing-pesaing yang lain
 menggunakan strategi pempelbagaian sebagai strategi pemasaran seperti menambah
lini produk untuk mengambil kesempatan dari syer pasaran yang tinggi
Keluaran lembu kontan (cash cow)
 merujuk kepada keluaran yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang rendah
dan syer pasaran relatif yang tinggi
 menghasilkan tunai yang banyak kepada organisasi
 hanya melibatkan pelaburan yang sedikit dalam usaha mengekalkan kedudukannya
 perolehan tunai yang banyak membolehkan organisasi menceburi portfolio yang lain
seperti membangunkan produk baharu
 menggunakan strategi pembangunan produk sebagai strategi pemasaran
Tajuk 3 - Pemasaran 39

Keluaran tanda tanya (question mark)


 merujuk kepada keluaran yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi
tetapi syer pasaran relatif yang rendah
 memerlukan pelaburan yang besar bagi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran
 organisasi berhadapan dengan risiko kerana pontensi keluaran masih belum
diketahui sepenuhnya
 perlu menggunakan strategi pembangunan produk sebagai strategi pemasaran
 membuat penambahbaikan produk sedia ada untuk menarik perhatian pelanggan
Keluaran anjing (dog)
 merujuk kepada keluaran yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang rendah
dan syer pasaran relatif yang rendah
 keluaran ini hanya mendatangkan keuntungan yang minimum atau kerugian
 perlu menggunakan strategi penembusan pasaran sebagai strategi pemasaran
 memberi diskaun ke atas produk sedia ada untuk menarik perhatian pelanggan
 dapat membantu menghabiskan stok sedia ada
Contoh Matriks BCG Syarikat Toyota Motor Corporation:

Analisis SWOT  satu analisis terhadap kekuatan dan kelemahan organisasi bersama dengan peluang
dan ancaman yang wujud dalam persekitaran luaran.
 ia melibatkan proses pengutipan dan pengumpulan maklumat berkaitan faktor-faktor
dalaman dan luaran yang boleh atau mungkin memberi kesan kepada organisasi
 ia merupakan satu rangka kerja yang memberi peluang kepada pengurus untuk
mensintesis maklumat-maklumat yang diperolehi dalam membuat perancangan
organisasi
 terbahagi kepada empat faktor iaitu kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses),
peluang (opportunities) dan ancaman (threats)
Kekuatan (Strengths)
 faktor dalaman yang memberi kelebihan kepada organisasi berbanding pesaing-
pesaing
 organisasi perlu mengukuhkan kekuatan yang ada
Kelemahan (Weaknesses)
 faktor dalaman yang akan memudaratkan organisasi jika gagal mengatasinya dan
pesaing-pesaing mengambil kesempatan terhadapnya
 organisasi perlu memperbaiki kelemahan yang ada dengan segera
Peluang (Opportunities)
 faktor luaran yang boleh memberi kelebihan daya saing kepada organisasi jika
organisasi mengambil kesempatan terhadapnya
 organisasi perlu merebut peluang yang ada dalam pasaran
Tajuk 3 - Pemasaran 40

Ancaman (Threats)
 faktor luaran yang tidak menguntungkan dan memberi kesan negatif sehingga boleh
menjejaskan organisasi
 organisasi perlu berusaha mencari jalan untuk mengurangkan impak daripada
ancaman yang ada

Contoh analisis SWOT Syarikat Toyota Motor Corporation:

Kekuatan (S) Kelemahan (W)


 Kedudukan pasaran yang kukuh  Panggilan semula produk untuk
dan jenama yang diiktiraf pembaikan
 Kekuatan dalam penyelidikan dan  Penurunan jualan di beberapa
pembangunan (R&D) segmen geografi utama
 Sistem pengeluaran yang intensif  Gagal menguasai jualan di negara
dan rangkaian pengedaran yang pasaran menimbul seperti China
luas dan India
Peluang (O) Ancaman (T)
 Kesedaran pengguna kepada  Penguatkuasaan dalam peraturan
produk yang mesra alam standard kereta di negara-negara
 Peningkatan harga petrol tertentu
 Perubahan dalam citarasa  Peningkatan harga bahan mentah
pengguna  Bencana alam seperti banjir dan
gempa bumi
 Persaingan sengit dari pesaing-
pesaing

Strategi dan objektif Penembusan pasaran


pemasaran  strategi meningkatkan jualan produk sedia ada dalam kalangan pelanggan sedia ada
i. Penembusan atau segmen sedia ada
pasaran  tidak melakukan sebarang perubahan terhadap produk
ii. Pembangunan  melakukan potongan harga produk, meningkatkan pengiklanan dan melakukan
pasaran pameran jualan
iii. Pembangunan
pasaran Pembangunan pasaran
iv. Pempelbagaian  strategi produk sedia ada cuba memasuki pasaran baharu
 mencari lebih banyak pengguna baharu yang berminat dengan produk
 meneroka kawasan baharu atau segmen pasaran baharu untuk produk tersebut
Pembangunan produk
 strategi memperkenalkan produk baharu atau membuat pengubahsuaian terhadap
produk sedia ada untuk segmen pasaran sedia ada
 memperkenalkan satu jenama baharu untuk produk
 mencipta produk baharu dengan ciri-ciri yang lebih baik berbanding produk yang
lain
Pempelbagaian
 strategi produk baharu cuba memasuki pasaran baharu
 untuk mengurangkan risiko kerana bergantung kepada perniagaan sedia ada
 mengelakkan diri daripada menghadapi kitaran hayat produk yang tidak stabil
 mencapai kadar pertumbuhan perniagaan yang lebih tinggi
Tajuk 3 - Pemasaran 41

Sasaran pasaran dan Menentukan sasaran pasaran


campuran  mengkategorikan pasaran atau melakukan segmentasi pasaran
pemasaran  menentukan sasaran pasaran
 membuat perletakan produk di pasaran
Menentukan campuran pasaran
 strategi produk – jenis produk yang ditawarkan dan menonjolkan kelebihan produk
berbanding pesaing
 strategi harga – harga yang boleh bersaing dan harga mampu beli
 strategi saluran agihan – memastikan produk dapat diperolehi dengan mudah
 strategi promosi – melakukan promosi secara menyeluruh
Pelaksanaan dan penilaian
 pengagihan tugas pelaksanaan kepada unit-unit tertentu
 membuat pengawalan dan penilaian terhadap semua proses yang terlibat

Ulang kaji subtajuk - 3.1 Pendekatan pemasaran


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 3 - Pemasaran 42

3.2 GELAGAT PENGGUNA

3.2.1 MODEL GELAGAT PENGGUNA


Rangsangan Model Gelagat Pengguna (dikemukakan oleh Kurt Lewin)
pemasaran dan
persekitaran, kotak
hitam pembeli dan
respons pembeli

Kotak hitam pembeli

Respons pembeli

Faktor yang Faktor demografi


mempengaruhi  umur  remaja mempunyai gelagat pembelian yang berbeza dengan orang tua
gelagat pengguna  pendidikan  taraf pengetahuan mempengaruhi keputusan pembelian seseorang
i. Faktor demografi  bangsa  keturunan seseorang seperti Melayu, Cina dan India mempuayai gelagat
ii. Faktor psikografi pembelian yang berbeza
iii. Faktor psikologi  jantina  lelaki dan perempuan mempunyai gelagat pembelian yang berbeza
iv. Faktor situasi
v. Faktor campuran Faktor psikografi
pemasaran  kebudayaan  cara hidup yang menggabungkan segala idea, adat resam,
kepercayaan dan lain-lain yang dikongsi bersama oleh satu kumpulan tertentu
 kelas sosial  sekumpulan manusia yang mempunyai status yang sama berdasarkan
pendapatan, pekerjaan, pendidikan dan kemewahan
 kumpulan rujukan  seseorang pengguna yang cuba membandingkan dirinya
dengan satu kumpulan atau individu yang lain
 gaya hidup  status yang diingini oleh seseorang individu seperti membeli barang
mewah
Faktor psikologi
 persepsi  tanggapan pengguna terhadap produk akan mempengaruhi keputusan
pembelian
 pembelajaran  pengalaman pembelian / penggunaan seseuatu produk
mempengaruhi keputusan pembelian
 personaliti  sifat atau perilaku seseorang yang konsisten
 sikap  kelakuan / tingkah laku yang dipamerkan pengguna terhadap sesuatu produk
 motivasi  dorongan / galakan yang mempengaruhi pembelian sesuatu produk
Tajuk 3 - Pemasaran 43

Faktor situasi
 masa pembelian  seseorang akan membeli dengan banyak semasa musim perayaan
 perasaan semasa membeli  emosi seseorang sama ada marah atau gembira akan
mempengaruhi gelagat pembelian seseorang
 tujuan pembelian  seseorang yang inginkan sebuah kereta akan mudah
terpengaruh dengan tawaran pembelian oleh penjual kereta
 cara pembelian  pengguna akan mudah membeli sesuatu produk jika dibenarkan
menggunakan kad kredit atau bayaran ansuran
Faktor campuran pemasaran
 produk  kepelbagaian barang yang ditawarkan dari segi bentuk, warna, khidmat
selepas jualan dan lain-lain akan mempengaruhi gelagat pembelian seseorang
 harga  jumlah nilai yang ditukarkan bagi faedah yang diperoleh daripada
penggunaan barangan adalah berbeza dan akan mempengaruhi gelagat pembelian
seseorang
 pengedaran / saluran agihan  pengguna akan membeli produk jika produk itu
mudah didapati dan tidak memerlukan masa yang lama
 promosi  pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan jualan langsung yang
diadakan akan mempengaruhi seseorang membeli produk di pasaran

3.2.2 JENIS-JENIS KEPUTUSAN PEMBELIAN


i) Proses pembelian produk pengguna

Mengenal pasti  wujud keperluan untuk membeli akibat suatu masalah atau memenuhi keperluan dan
keperluan kehendak
Mencari maklumat  maklumat dikumpul melalui sumber peribadi, pengalaman, iklan dan beberapa
sumber lain
 alternatif-alternatif dikenalpasti dari segi produk dan jenama yang terdapat di
pasaran
Menilai alternatif  membuat pertimbangan terhadap kelebihan dan kelemahan setiap alternatif yang ada
Membuat pembelian  pembelian dibuat berdasarkan pilihan alternatif yang terbaik
 alternatif tersebut dapat memenuhi keperluan pengguna
Gelagat selepas  berpuas hati jika produk yang dibeli dapat menyelesaikan masalah yang wujud
pembelian  jika berpuas hati, pengguna mungkin akan membuat pembelian ulangan

ii) Proses pembelian produk baharu

Menyedari  menyedari tentang wujudnya produk baharu


 masih tidak mempunyai maklumat yang mencukupi
Meminati  pengguna mencari maklumat tentang produk baharu tersebut
 maklumat diperolehi melalui sumber peribadi, pengalaman, iklan dan beberapa
sumber lain
Menilai  menilai sama ada produk tersebut mampu memenuhi keperluan atau tidak
 membuat pertimbangan sama ada hendak mencuba produk tersebut atau tidak
Tajuk 3 - Pemasaran 44

Mencuba  mencuba produk baharu tersebut untuk melihat keserasian produk dengan pengguna
 boleh dilakukan dengan membeli dalam kuantiti yang kecil atau mencuba sampel
percuma yang diberi
Menerima  jika pengguna berpuas hati, pengguna akan membuat keputusan membeli produk
baharu tersebut

iii) Proses pembelian produk industri

Mengenal pasti  mengenal pasti produk yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dan
masalah memenuhi keperluan organisasi
Mengenal pasti  menentukan produk yang perlu dibeli untuk digunakan dalam proses pengeluaran
keperluan organisasi
Menentukan  menentukan jenis, kuantiti, kualiti dan saiz produk
spesifikasi produk
Mencari pembekal  menyenaraikan pembekal-pembekal yang dapat memenuhi keperluan
Membuka tender  membuat tawaran kepada pembekal-pembekal yang sanggup membekalkan produk
Memilih pembekal  membuat pilihan dan menentukan pembekal yang dapat memenuhi kriteria yang
ditetapkan
Memesan produk  membuat pesanan produk mengikut kuantiti yang diperlukan dari pembekal yang
telah dipilih
Menilai prestasi  berdasarkan tahap kepuasan yang diperolehi, penilaian akan dibuat terhadap
pembekal pembekal
 organisasi akan menentukan sama ada meneruskan hubungan dengan pembekal,
membuat pengubahsuaian hubungan dengan pembekal atau menamatkan
perkhidmatan pembekal tersebut

Ulang kaji subtajuk - 3.2 Gelagat pengguna


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 3 - Pemasaran 45

3.3 PENYELIDIKAN PEMASARAN

i) Kepentingan penyelidikan pemasaran


Meramal masa  penyelidikan membolehkan ramalan tentang kehendak pengguna dibuat
depan dalam  kehendak dan cita rasa pengguna sentiasa berubah
persekitaran  wujud tekanan persaingan yang tinggi dari pesaing-pesaing
pemasaran yang
sentiada berubah
Menentukan strategi  maklumat yang lebih banyak dapat diperolehi melalui penyelidikan pemasaran
dalam pengurusan  untuk membentuk strategi pemasaran yang lebih berkesan
campuran  strategi menggabungkan elemen produk, pengedaran, harga dan promosi untuk
pemasaran menarik perhatian pengguna
Dapat  penyelidikan dapat mengumpul maklumat tentang kesilapan yang dilakukan
menggelakkan  dapat membuat tindakan pembetulan
kesilapan dan  dapat mengelak berlaku kesilapan yang sama
menjimatkan kos  ini kerana kos pemasaran adalah tinggi
Memenuhi  membolehkan maklum balas pengguna diperolehi
kehendak dan  membuat penambahbaikan terhadap produk dapat dibuat supaya dapat memenuhi
keperluan pengguna keperluan pengguna

ii) Langkah-langkah dalam penyelidikan pemasaran

Mengenal pasti  mengenal pasti masalah pemasaran yang wujud di dalam organisasi atau
masalah dan di persekitaran organisasi
menetapkan objektif  menetapkan objektif yang ingin dicapai dalam penyelidikan yang dilakukan
Membentuk  membentuk satu kaedah kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat
rancangan  mengandungi jenis maklumat yang diperlukan, sumber makumat, tempoh
penyelidikan pengumpulan maklumat, kos yang terlibat, kaedah pengumpulan dan cara
menganalisis maklumat
Melaksanakan  mengumpul data melalui data primer atau data sekunder
penyelidikan dan  data yang dikumpul harus relevan, tepat, diterima umum dan tidak berat sebelah
menganalisis data  data yang diperolehi akan diproses untuk dijadikan maklumat dalam kajian
Menginterpretasikan  data yang telah diproses akan ditafsir untuk membuat kesimpulan dan rumusan
dan melaporkan  laporan hasil kajian akan dibuat bersama dengan cadangan penyelesaian
penemuan  dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya

Ulang kaji subtajuk - 3.3 Penyelidikan pemasaran


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 3 - Pemasaran 46

3.4 SEGMENTASI

3.4.1 SEGMENTASI PASARAN


Takrif segmentasi  proses membahagikan pasaran yang besar kepada beberapa segmen pasaran atau
pasaran beberapa kumpulan pengguna yang lebih kecil mengikut asas-asas tertentu
Asas-asas Geografi
segmentasi pasaran  proses membahagikan pasaran mengikut lokasi seperti daerah, zon, negeri, bandar,
i. Geografi iklim, negara atau benua
ii. Demografi  contoh:
iii. Psikografi  McDonald’s menjual ayam goreng pedas di pasaran Malaysia, muffin & pai
iv. Gelagat pengguna /
lemon di pasaran Switzerland dan golden mozzarella cheese sticks di
manfaat produk
pasaran Korea
 siaran radio RTM berbeza mengikut negeri seperti Mutiara FM, Kedah FM
dan Selangor FM
Demografi
 pembahagian pasaran mengikut umur, jantina, saiz keluarga, pendidikan, tingkat
pendapatan, bangsa, agama atau taraf perkahwinan
 contoh:
 Perodua menyasarkan kereta Perodua Axia kepada pengguna yang belum
berkahwin manakala Perodua Alza disasarkan kepada pengguna yang
berkeluarga
 Avon memperkenalkan produk yang berbeza untuk kegunaan pengguna
wanita dan lelaki
Psikografi
 pembahagian pasaran berdasarkan personaliti, gaya hidup atau kelas sosial
 contoh:
 pusat membeli belah Suria KLCC menyasarkan golongan pengguna yang
mempunyai kelas sosial yang tinggi
 Hotel Seri Malaysia menyediakan penginapan kepada pengguna yang
mempunyai gaya hidup yang sederhana dan ringkas
Gelagat pengguna / manfaat produk
 pasaran dibahagikan mengikut tabiat pembelian pengguna, tabiat memilih produk,
kesetiaan kepada sesuatu jenama, kekerapan penggunaan atau kepekaan terhadap
promosi dan manfaat yang diperolehi daripada penggunaan sesuatu produk
 contoh:
 TECSO memberi baucer tunai kepada pelanggan-pelanggan setianya
 ubat gigi jenama ZACT dijual khas untuk perokok
Tajuk 3 - Pemasaran 47

3.4.2 SASARAN PASARAN


Takrif sasaran  proses menilai setiap segmen pasaran dan memilih beberapa segmen mempunyai
pasaran kelebihan dan mempunyai bakal pengguna yang berpotensi untuk membeli produk
yang dipasarkan
Strategi Pemasaran tidak dibezakan
menyasarkan  produk yang sama dipasarkan kepada semua segmen pasaran
pasaran  tidak mengambil kira perbezaan yang terdapat dalam psaran
(market targetting)  menggunakan strategi campuran pemasaran yang sama untuk semua segmen
i. Pemasaran tidak pasaran
dibezakan  pihak syarikat dapat menikmati ekonomki bidangan dan mengurangkan kos
ii. Pemasaran pengeluaran kerana mengeluarkan satu produk secara besar-besaran
dibezakan  contohnya, syarikat air mineral menjual air mineral yang sama untuk semua
iii. Pemasaran
golongan pengguna
tertumpu
iv. Pemasaran mikro Pemasaran dibezakan
 beberapa segmen dipilih untuk dipasarkan produk
 memasarkan produk yang berbeza mengikut segmen yang berbeza
 menggunakan strategi campuran yang berbeza untuk setiap segmen yang dipilih
 tujuan strategi ini ialah memenuhi keperluan dan kehendak segmen pasaran yang
berlainan
 contohnya, Proton menawarkan kereta yang berbeza dengan harga dan promosi
yang berbeza mengikut keperluan pengguna seperti Proton Iriz bagi golongan
wanita dan bujang manakala Proton Exora bagi golongan berkeluarga
Pemasaran tertumpu
 memilih satu atau dua segmen pasaran dan mengabaikan segmen-segmen yang lain
 hanya memasarkan produk di segmen yang diplih
 usaha pemasaran hanya ditumpukan di segmen yang dipilih
 sesuai diamalkan oleh syarikat bersaiz kecil yang kekurangan sumber kewangan dan
syarikat yang baru beroperasi
 juga diamalkan oleh syarikat yang mengeluarkan produk mewah
 contohnya, syarikat kereta Ferrari hanya dipasarkan kepada segmen pengguna yang
berpendapatan tinggi
Pemasaran mikro
 menyesuaikan produk dengan program pemasaran yang memenuhi cita rasa individu
atau lokasi pengguna yang spesifik
 terbahagi kepada dua iaitu pemasaran tempatan dan pemasaran individu
 pemasaran tempatan melibatkan strategi pemasaran untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan tempatan seperti kawasan bandar, kawasan perumahan dan
kedai-kedai
 pemasaran individu melibatkan konsep jualan langsung yang memfokuskan kepada
individu tertentu yang memerlukan produk tersebut
Tajuk 3 - Pemasaran 48

3.4.3 PELETAKAN PASARAN


Takrif peletakan  usaha syarikat mengaitkan produknya dengan imej atau kualiti tertentu yang berbeza
pasaran daripada produk pesaing
 melibatkan pembentukan imej positif produk dalam ruang fikiran pengguna supaya
produk syarikat sentiasa menjadi pilihan utama pengguna semasa membuat
keputusan pembelian
Peranan peletakan  memberikan definisi produk kepada pengguna
pasaran  mengingatkan pengguna tentang kewujudan sesuatu produk
 mengekalkan pandangan pengguna terhadap imej produk dalam minda pengguna
Proses peletakan
pasaran

Menentukan pasaran sasaran


 menilai semua segmen dalam pasaran
 mengenal pasti dan memilih segmen pasaran yang ingin ditembusi
Menyesuaikan produk dengan pasaran
 berusaha mengetahui dan memahami keperluan dan jangkaan pengguna apabila
melakukan pembelian
 mengeluarkan produk yang bersesuai dengan cita rasa pengguna yang berada dalam
segmen pasaran yang dipilih
 strategi pemasaran yang sesuai akan dilakukan untuk menarik minat pengguna
 juga untuk mengekalkan imej produk yang baik dalam minda pengguna
Mengkomunikasikan ciri-ciri produk
 menggunakan campuran promosi seperti pengiklanan, promosi jualan dan jualan
bersemuka untuk menerangkan ciri-ciri produk
 ciri-ciri produk seperti reka bentuk, fungsi, warna, ciri keistimewaan dan sebagainya
akan didedahkan kepada pengguna
 untuk menarik minat pengguna dan seterusnya membuat pembelian
Strategi peletakan Atribut produk
pasaran  ciri-ciri produk yang membezakan dengan produk pesaing
i. Atribut produk  terbahagi kepada ciri ketara dan ciri tidak ketara
ii. Manfaat  ciri ketara  jenama, warna, saiz dan bentuk
iii. Kekerapan  ciri tidak ketara  ketahanan, ketepatan, jaminan dan khidmat selepas jualan
penggunaan
iv. Pengguna Manfaat
v. Klasifikasi produk  faedah atau nilai kepuasan yang diperoleh pengguna apabila menggunakan produk
 syarikat perlu menonjolkan faedah tersebut lebih baik berbanding produk pesaing
Kekerapan penggunaan
 kekerapan menggunakan produk syarikat berbanding kekerapan menggunakan
produk pesaing
 kekerapan penggunaan yang tinggi menyebabkan produk mendapat permintaan yang
tinggi kerana sering digunakan
Pengguna
 kumpulan pengguna yang boleh menggunakan produk yang dijual oleh syarikat
 perlu mengenal pasti siapa pengguna sasaran
Klasifikasi produk
 produk boleh dibahagikan kepada produk pengguna (konsumer) dan produk industri
 produk pengguna boleh diklasifikasikan kepada produk mudah beli, produk beli
belah, produk istimewa dan produk tidak dicari
 setiap kategori produk mempunayi aras permintaan yang berbeza dan melibatkan
strategi pemasaran yang berbeza
Tajuk 3 - Pemasaran 49

3.4.4 PERBEZAAN SEGMENTASI, SASARAN DAN PELETAKAN PASARAN


Perbezaan antara Aspek Segmentasi pasaran Sasaran pasaran Peletakan pasaran
segmentasi, sasaran Skop Pembahagian pasaran Membuat penilaian Pembentukan imej
dan peletakan pelaksanaan yang besar kepada dan mengenal pasti positif sesuatu produk
pasaran pasaran-pasaran kecildaya tarikan dalam dalam fikiran
mengikur keperluan, setiap segmen dan pengguna berbanding
ciri-ciri dan gelagatmemilih segmen produk pesaing
yang sama sasaran untuk
dimasuki
Asas Segmentasi mengikut Pemasaran tidak Atribut produk,
penetapan geografi, demografi, dibezakan, manfaat, kekerapan
strategi psikografi dan pemasaran penggunaan,
gelagat / manfaat dibezakan, pengguna dan
pemasaran tertumpu klasifikasi produk
dan pemasaran
mikro
Kepentingan Membolehkan Membolehkan Memberikan
pemasar membentuk pemasar kelebihan daya saing
campuran pemasaran menggunakan kepada pemasar
yang berbeza bagi sumber-sumber yang dalam segmen yang
memenuhi keperluan terhad secara lebih dipilih
segmen yang berbeza potimum untuk
segmen yang dipilih

Kepentingan  meningkatkan kecekapan pemasaran dengan memfokuskan aktiviti pemasaran


segmentasi pasaran kepada kumpulan pengguna tertentu
 dapat menghadapi sebarang perubahan dalam permintaan pasaran kerana syarikat
telah mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna
 memaksimumkan penggunaan sumber pemasaran yang terhad supaya dapat
digunakan dengan lebih cekap dan berkesan
Kepentingan  memilih segmen pasaran yang paling menguntungkan
sasaran pasaran  mengelakkan diri daripada segmen pasaran yang tidak berpotensi dan penuh dengan
persaingan
 menilai potensi permintaan produk dan mengenal pasti produk pesaing dalam
segmen pasaran
Kepentingan  mempengaruhi persepsi pengguna, jangkaan dan nilai yang sanggup dibayar oleh
peletakan pasaran pengguna
 membentuk strategi pemasaran yang kompetitif untuk mengatasi pesaing lain
 meningkatkan kelebihan daya saing supaya memperoleh untung yang banyak

Ulang kaji subtajuk - 3.4 Segmentasi


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 3 - Pemasaran 50

3.5 CAMPURAN PEMASARAN

Takrif campuran  gabungan instrumen atau strategi pemasaran iaitu produk, pengedaran, harga dan
pemasaran promosi oleh pemasar untuk berhadapan dengan pelanggan
(marketing mix)  gabungan strategi pemasaran yang digunakan untuk mempengaruhi pelanggan bagi
meningkatkan permintaan terhadap produk yang dipasarkan
 lebih dikenali sebagai 4P iaitu merujuk kepada product (produk), place
(pengedaran), price (harga) dan promotion (promosi)

3.5.1 PRODUK
Takrif produk  barang, perkhidmatan atau idea yang ditawarkan oleh peniaga dan dibeli oleh
pelanggan
 penggunaan produk akan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan
 produk boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu:
 produk teras  sebab utama atau faedah yang ingin diperoleh pengguna
apabila membeli sesuatu produk
 produk ketara  ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu produk seperti reka
bentuk, jenama, kualiti dan pembungkusan
 produk sampingan  faedah tambahan atau perkhidmatan tambahan yang
ditawarkan kepada pengguna seperti waranti, pemasangan dan perkhidmatan
selepas jualan
Perbandingan Produk fizikal Produk perkhidmatan
produk fizikal dan produk ketara kerana mempunyai produk tidak ketara kerana tidak
produk bentuk mempunyai bentuk
perkhidmatan boleh dilihat, boleh disentuh, boleh tidak boleh dilihat, dimiliki atau dimiliki
(servis) dimiliki secara langsung dan diguna secara langsung
berulang kali
ciri-ciri yang dapat dikenal pasti melalui ciri-ciri yang dapat dikenal pasti melalui
pancaindera seperti bentuk, warna, label, penggunaan atau penikmatan seperti
pembungkusan, berat dan saiz produk ketepatan, kecekapan, kepantasan,
keselesaan dan sebagainya
Klasifikasi produk Produk mudah beli
pengguna  produk yang selalu dibeli oleh pengguna
i. Produk mudah beli  keputusan pembelian dibuat serta merta tanpa perancangan atau tanpa membuat
ii. Produk beli belah perbandingan harga dan kualiti
iii. Produk istimewa  biasanya berharga rendah
iv. Produk tidak dicari  mudah diperoleh oleh pengguna
 terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
 produk asas  produk keperluan harian yang kerap dibeli seperti beras,
garam dan gula
 produk gerak hati  produk yang dibeli tanpa perancangan seperti gula-gula
dan makanan ringan
 produk kecemasan  produk yang dibeli apabila terdesak seperti membeli
ubat apabila sakit
Produk beli belah
 produk yang tidak kerap dibeli
 pengguna akan membuat perbandingan beberapa produk
 perbandingan dibuat dari segi harga, kualiti, jenama dan lain-lain
 contoh - pakaian, perabot dan peralatan elektrik
Tajuk 3 - Pemasaran 51

Produk istimewa
 produk yang mempunyai ciri unik atau tarikan istimewa
 produk yang sukar dicari atau sukar dihasilkan atau mempunyai nilai sentimental
dan klasik
 pengguna sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkannya
 contoh - kereta mewah, barang antik dan jam tangan mewah
Produk tidak dicari
 produk yang pengguna tidak sedar tentang kewujudannya
 produk yang pengguna tidak terfikir untuk membelinya
 selalunya menggunakan promosi secara jualan bersemuka untuk mencari pelanggan
dan menarik minat pelanggan
 contoh - insurans, ensiklopedia dan produk kesihatan
Klasifikasi produk  produk yang dibeli oleh pengguna bagi menjalankan perniagaan atau diproses
perindustrian semula bagi menghasilkan produk lain
 terbahagi kepada tiga iaitu:
 bahan dan bahagian  bahan mentah dan bahan separuh siap yang digunakan
dalam proses pengeluaran seperti petroleum, kayu balak dan getah
 barang modal  produk tahan lama produk yang membantu melicinkan
operasi pengeluaran seperti mesin, jentera, kenderaan dan komputer
 pembekalan dan perkhidmatan  perkhidmatan pembaikan dan
penyelenggaraan peralatan kilang, pembaikan komputer, perundingan
pengurusan dan lain-lain
Keputusan produk Atribut produk
individu  ciri-ciri produk yang ketara dan tidak ketara
- keputusan yang  ciri ketara seperti warna, saiz, bentuk dan jenama
dibuat dalam usaha  ciri tidak ketara seperti kualiti, ketahanan, ketepatan dan jaminan
pembangunan dan
pemasaran produk Penjenamaan
 nama, istilah, simbol dan tanda yang memberikan identiti kepada sesuatu produk
 jenama menggambarkan kualiti sesuatu produk
 jenama yang dikenali ramai boleh menambahkan nilai kepada produk
Pembungkusan
 aktiviti mereka bentuk dan menghasilkan bekas atau bungkusan untuk produk
 dilakukan untuk melindungi produk, membezakan produk dengan produk pesaing,
menarik pelanggan dan menambahkan nilai produk
 reka bentuk pembungkusan yang menarik akan dapat meningkatkan daya saing dan
jualan produk
Pelabelan
 penerangan ringkas dalam bentuk nota atau grafik yang dilekatkan pada bungkusan
produk
 membekalkan maklumat penting seperti jenama produk, nama dan alamat pengeluar
atau pengimport, tarikh pengeluaran, tarikh luput, kandungan produk serta cara
penggunaan
Khidmat sokongan
 perkhidmatan sokongan kepada produk sebenar
 contohnya, perkhidmatan pengangkutan, pemasangan, jaminan, waranti,
penyelenggaraan berkala, perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan
 penawaran khidmat sokongan yang menarik akan dapat menambahkan nilai produk
berbanding produk pesaing
Tajuk 3 - Pemasaran 52

Lini produk Kelebaran produk


 bilangan lini / barisan produk yang ditawarkan oleh pengeluar kepada pelanggan
 bilangan barisan produk yang banyak membolehkan pengeluar memasuki lebih
banyak segmen pasaran dan menarik lebih ramai pelanggan
Kedalaman produk
 bilangan item produk yang terdapat dalam sesuatu barisan produk
 bilangan item produk yang lebih dalam dapat memberi lebih pilihan kepada
pelanggan
Contoh kelebaran dan kedalaman produk ADABI

Kitaran hayat  produk baharu yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan kebiasaannya akan
produk melalui satu pusingan hayat
 ini disebabkan oleh perubahan cita rasa pengguna, persaingan, barangan pengganti,
perubahan sosial dan sebagainya
 jangka masa kitaran hayat produk berbeza mengikut jenis produk
 terdapat empat peringkat dalam kitaran hayat produk iaitu peringkat pengenalan,
peringkat pertumbuhan, peringkatan kematangan dan peringkat kemerosotan
Tajuk 3 - Pemasaran 53

 ciri-ciri dalam setiap peringkat kitaran hayat produk

Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat


Aspek
pengenalan pertumbuhan kematangan kemerosotan
Produk produk baru produk mula produk sudah pelanggan
diperkenalkan dikenali ramai dikenali ramai telah bosan /
kepada jemu terhadap
pelanggan produk
Kos seunit kos seunit kos seunit kos seunit kos seunit
produk tinggi / tiada semakin pada tingkat meningkat
ekonomi menurun paling kembali
bidangan minimum
Keuntungan keuntungan keuntungan keuntungan keuntungan
adalah sedikit adalah positif adalah semakin
/ sifar / negatif dan semakin maksimum merosot / sifar
bertambah / negatif
Jumlah jualan jumlah jualan jualan jualan jualan
kecil / kadar meningkat / meningkat dan menurun pada
pertumbuhan jualan bertambah kadar negatif
jualan bertambah pada kadar
perlahan pada kadar perlahan tetapi
menaik stabil
Promosi promosi yang promosi terus promosi mula promosi
agresif dan dijalankan dikurangkan dibuat hanya
besar-besaran untuk dan tumpuan untuk
menambah lebih untuk menghabiskan
jualan mengekalkan stok / promosi
pelanggan dihentikan
setia
Persaingan belum ada persaingan persaingan pesaing yang
persaingan / semakin sengit stabil kerana lemah mula
persaingan kerana ramai tiada pesaing keluar dari
adalah sedikit pesaing mulai baru memasuki pasaran /
memasuki pasaran wujud produk
pasaran pengganti
Syer pasaran syer pasaran syer pasaran syer pasaran syer pasaran
masih sedikit meningkat mencapai merosot / amat
tahap sedikit / sifar
maksimum
Harga harga seunit harga seunit harga berada harga seunit
tinggi menurun tahap stabil meningkat
semula
Bilangan pelanggan pelanggan pelanggan pelanggan
pelanggan masih kurang / semakin ramai paling ramai semakin
baru mula kerana produk berbanding berkurang
mengenali sudah semakin peringkat lain
produk dikenali
Cabaran berusaha berusaha berusaha berusaha
untuk mengekalkan mengekalkan membuat
memperkenal- pasaran kerana pelanggan modifikasi
kan produk ada pelanggan yang setia dan produk /
beralih kepada menguruskan mencari
produk kos pasaran baru /
pesaing produk baru
Tajuk 3 - Pemasaran 54

3.5.2 PENGEDARAN / PENGAGIHAN


Takrif saluran  perantaraan yang digunakan oleh pemasar untuk mengedarkan atau memindahkan
agihan produk produk dari tangan pengeluar ke tangan pengguna akhir pada masa dan tempat
tertentu
 sekumpulan organisasi yang saling bergantungan bagi memastikan produk
diedarkan dan boleh diperolehi oleh pengguna
Fungsi saluran  memastikan produk yang dikeluarkan oleh pengeluar sampai ke tangan pengguna
agihan pada masa dan tempat tertentu
 mengumpul dan membekalkan maklumat yang berkaitan dengan pengguna, pesaing
dan faktor lain dalam persekitaran pemasaran kepada pengeluar
 menjalankan promosi untuk menarik minat pengguna terhadap produk pengeluar
 mengadakan perhubungan yang baik dengan pengguna semasa dan pengguna
berpotensi
 menjalankan aktiviti pemasangan, pembungkusan dan penggredan untuk
menyesuaikan produk kepada keperluan pengguna supaya cita rasa dan kepuasan
mereka dapat dipenuhi
 membekalkan kemudahan penyimpanan di gudang dan perkhidmatan pengangkutan
bagi produk fizikal
 mengadakan perundingan dengan pengeluar untuk mencapai persetujuan tentang
harga dan syarat tawaran lain supaya proses pengagihan produk kepada pengguna
boleh berjalan dengan lancar
 menanggung semua risiko yang mungkin berlaku semasa menjalankan aktiviti
pengagihan
Ahli dalam saluran Pemborong
agihan  pihak yang menjalankan aktiviti pembelian produk secara pukal daripada pengeluar
dan menjual semula produk tersebut kepada peruncit atau pengguna akhir
 pemborong akan menjual semula produk yang dibeli dalam kuantiti yang lebih kecil
Peruncit
 pihak yang menjalankan aktiviti penjualan produk secara langsung kepada pengguna
akhir
 peruncit akan membeli barang daripada pemborong atau membeli terus daripada
pengeluar dalam kuantiti yang kecil
Ejen
 orang tengah yang membantu dalam penjualan dan pembelian produk
 ejen tidak mempunyai hak ke atas produk yang akan dijual
 bertindak sebagai ejen pengeluar untuk memasarkan produk di sesuatu kawasan
 juga boleh menjadi ejen pembeli untuk membantu proses pembelian produk
daripada pengeluar
 akan menerima komisen daripada penjualan atau pembelian produk yang dibuat
Tajuk 3 - Pemasaran 55

Reka bentuk saluran


agihan berdimensi
menegak

* Saluran agihan 1 hingga 5  pengedaran tak langsung


* Saluran agihan 6  pengedaran langsung

Saluran agihan 1 (Pengeluar  Pemborong  Peruncit  Pengguna)


 pengeluar menyalurkan produknya kepada pengguna akhir melalui pemborong dan
peruncit
 sesuai digunakan untuk barang tahan lama atau barang keperluan harian seperi gula,
beras dan tepung
Saluran agihan 2 (Pengeluar  Pemborong  Pengguna)
 pengeluar menyalurkan produknya kepada pengguna akhir melalui pemborong
 sesuai digunakan untuk bahan pembinaan seperti simen, pasir dan batu
Saluran agihan 3 (Pengeluar  Peruncit  Pengguna)
 pengeluar mengambil alih peranan pemborong dengan menyalurkan produknya
terus kepada peruncit untuk dijual kepada pengguna akhir
 sesuai digunakan untuk barang yang memerlukan khidmat nasihat seperti peralatan
elektrik atau batang beli belah seperti pakaian
Saluran agihan 4 (Pengeluar  Ejen  Peruncit  Pengguna)
 pengeluar melantik seorang ejen sebagai wakil rasmi untuk memasarkan produknya
kepada peruncit
 sesuai digunakan untuk penjualan bahan penerbitan seperti buku dan majalah
Saluran agihan 5 (Pengeluar  Ejen  Pengguna)
 pengeluar melantik sekumpulan ejen untuk memasarkan produknya terus kepada
pengguna akhir
 sesuai digunakan untuk perniagaan jualan langsung seperti produk kosmetik
Saluran agihan 6 (Pengeluar  Pengguna)
 pengeluar menyalurkan produknya terus kepada pengguna akhir tanpa melalui
pemborong, peruncit atau ejen
 sesuai digunakan untuk bahan tidak tahan lama seperti barang pertanian, barang
tempahan khas seperti pakaian, barang bernilai tinggi seperti kapal terbang dan
perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan doktor
Tajuk 3 - Pemasaran 56

Reka bentuk saluran


agihan berdimensi
mendatar

Pengedaran intensif
 pengagihan produk secara meluas
 pengeluar akanmengedarkan produknya ke seberapa banyak kedai yang boleh
 memastikan produk mudah diperoleh oleh pengguna
 sesuai untuk barang mudah beli
Pengedaran selektif
 pengagihan produk dihadkan kepada beberapa kedai di dalam satu kawasan pasaran
 pengeluar akan memilih beberapa kedai yang sesuai untuk mengedarkan produknya
 pengeluar ingin memastikan peruncit benar-benar berkeupayaan dalam pemasaran
produk
 sesuai untuk barang beli belah
Pengedaran eksklusif
 pengeluar hanya memilih satu kedai dalam satu kawasan pasaran
 membolehkan pengeluar mengawal produk dari aspek harga dan kualiti
 sesuai untuk barang istimewa
Pengurusan saluran Memilih ahli saluran agihan
agihan  pemilihan berdasarkan pengalaman, rekod prestasi, reputasi, komitmen, kedudukan
kewangan, kerjasama yang diberi, perkembangan perniagaan, jenis produk yang
dijual dan lain-lain
Memotivasikan ahli saluran agihan
 pengeluar cuba mewujudkan hubungan yang baik dengan ahli-ahli saluran agihan
 mewujudkan dorongan seperti komisen yang tinggi, elaun pengiklanan,
pertandingan jualan, khidmat nasihat dan lain-lain
 pengeluar mengharapkan ahli-ahli saluran agihan dapat memberi kerjasama dan
perkhidmatan yang terbaik dalam menjalankan aktiviti pengedaran
Menilai ahli saluran agihan
 memeriksa prestasi ahli saluran dari masa ke semasa
 penilaian terhadap kuota jualan, tahap purata inventori, masa penghantaran kepada
pelanggan, pengendalian produk dan lain-lain
 ganjaran akan diberi kepada ahli saluran agihan yang cemerlang
 bimbingan dan bantuan akan diberi kepada ahli saluran agihan yang bermasalah
Tajuk 3 - Pemasaran 57

Pengurusan logistik Pengangkutan


 aktiviti-aktiviti yang  proses menggerakkan produk dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain
terlibat semasa  merupakan aktiviti utama dalam pengurusan logistik
pemindahan produk  memastikan produk sampai ke tempat yang betul pada masa yang tepat
dari pengeluar  merangkumi pengangkutan darat, laut atau udara
kepada pengguna
 jenis pengangkutan yang digunakan bergantung kepada jenis produk dan lokasi
penghantaran
Pergudangan
 aktiviti penyimpanan produk di dalam stor
 disediakan oleh pengeluar atau ahli-ahli saluran agihan
 aktiviti pergudangan amat penting bagi menyediakan produk untuk memenuhi
permintaan pengguna apabila diperlukan
Pengendalian bahan
 aktiviti pemunggahan produk di tempat pengeluaran, gudang atau tempat
pengangkutan
 melibatkan pemegangan fizikal ke atas produk
 cara pemunggahan bergantung pada jenis produk dan jenis pengangkutan
 perlu dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan kerosakan produk
Pemprosesan pesanan
 aktivit memproses pesanan seperti menerima pesanan daripada pelanggan, kelulusan
pemberian kredit, penyediaan invois dan mengutip bayaran
 pemprosesan pesanan yang tepat dan cepat akan memastikan produk diagihkan
kepada pengguna mengikut kuantiti dan masa yang ditetapkan
 ia juga dapat memberi kelebihan bersaing kepada perniagaan
Pengurusan inventori
 aktiviti mengawal kuantiti dan masa penyimpanan produk di dalam gudang
 matlamatnya untuk meminimumkan jumlah wang yang terikat pada inventori yang
tidak dijual
 penyimpanan inventori yang terlalu banyak akan meninggikan kos penyimpnan,
risiko kecurian, kerosakan dan keusangan
 penyimpanan inventori yang terlalu sedikit boleh menyebabkan tidak dapat
memenuhi permintaan keseluruhan pasaran
Tajuk 3 - Pemasaran 58

3.5.3 PENETAPAN HARGA


Takrif harga  nilai pertukaran dalam mata wang yang dikenakan oleh penjual bagi barang dan
perkhidmatan yang dijual kepada pelanggan
 penetapan harga amat penting untuk mencapai matlamat memaksimumkan
keuntungan serta meningkatkan hasil jualan dan syer pasaran
Faktor-faktor Objektif pemasaran
dalaman yang  bergantung kepada objektif pemasaran yang ditetapkan oleh syarikat
mempengaruhi  penakatan  memastikan harga yang ditetapkan mampu mendapat hasil yang
penetapan harga membolehkan syarikat terus beroperasi
i. Objektif pemasaran  memaksimumkan keuntungan semasa  menetapkan harga yang dapat
ii. Strategi campuran memberikan keuntungan maksimum dalam tempoh semasa
pemasaran  memimpin pasaran  menetapkan harga yang dapat menjadi produk sebagai
iii. Kos pilihan utama pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan permintaan dan
iv. Pertimbangan
menguasai pasaran
organisasi
 memimpin kualiti produk  menetapkan harga yang berpadanan dengan kualiti
produk
Strategi campuran pemasaran
 penetapan harga harus mengambil kira reka bentuk produk, cara pengedaran dan
jenis promosi yang dijalankan
Kos
 harga yang ditetapkan mesti dapat menampung semua kos tetap dan kos berubah
yang terlibat dalam proses pengeluaran serta boleh mendapat keuntungan yang
dikehendaki
Pertimbangan organisasi
 harga yang ditetapkan bergantung kepada jenis organisasi, saiz organisasi,
kemampuan organisasi dan pembuat keputusan berkaitan harga
Faktor-faktor Keadaan pasaran dan permintaan
luaran yang  keadaan ekonomi yang baik dan permintaan yang tinggi membolehkan syarikat
mempengaruhi meletakkan harga yang bersesuaian dengan kuasa beli pengguna
penetapan harga  juga bergantung kepada jenis pasaran yang terlibat seperti pasaran persaingan
i. Keadaan pasaran sempurna, monopolistik, oligopoli dan monopoli
dan permintaan  pasaran persaingan sempurna  harga tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya
ii. Persaingan kerana pengguna akan mudah beralih kepada produk pesaing
iii. Faktor persekitaran  pasaran monopolistik  boleh ditetapkan harga yang berbeza jika produk ada ciri-
ciri yang berbeza dengan produk pesaing
 pasaran oligopoli  bilangan penjual yang sedikit di pasaran menyebabkan jika
harga produk diturunkan, syarikat pesaing akan turut menurunkan harga tetapi jika
harga produk dinaikkan, syarikat pesaing tidak akan mengikuti langkah tersebut
 pasaran monopoli  terdapat penjual tunggal di pasaran dan penjual mempunyai
kebebasan menetapkan harga untuk memperoleh untung maksimum
Persaingan
 mengambil kira harga dan kualiti produk yang ditawarkan oleh syarikat pesaing
 jika produk syarikat mempunyai kualiti yang lebih rendah berbanding produk
pesaing, harga yang ditawarkan perlu lebih rendah dari produk pesaing berkenaan
Faktor persekitaran
 kawalan harga oleh kerajaan akan mempengaruhi harga yang ditetapkan
 keadaan ekonomi negara dan dunia seperti keadaan kemelesetan dan inflasi akan
memberi kesan kepada penetapan harga produk
 jika ekonomi meleset menyebabkan kuasa beli pengguna akan jatuh, syarikat akan
menetapkan harga yang lebih rendah untuk menggalakkan pembelian
 syarikat mempertimbangkan faktor tanggungjawab sosial dengan tidak menetapkan
harga yang terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna
Tajuk 3 - Pemasaran 59

Pendekatan Penentuan harga tokokan kos


penetapan harga  harga ditentukan dengan menambahkan margin untung yang dikehendaki ke atas
berasaskan kos kos pengeluaran produk tersebut
i. Penentuan harga  ia sesuai digunakan apabila pengeluar terpaksa menggunakan bahan mentah yang
tokokan kos harganya sentiasa berubah-ubah
ii. Penentuan harga
pulangan modal dan  formula - Kos seunit
untung sasaran 1 - Pulangan yang diingini
- Kos seunit = Kos tetap seunit + Kos berubah seunit
 contoh kiraan
Dalam pengeluaran buku rujukan, kos tetap = RM300,000, kos berubah = RM15
seunit, jumlah jualan yang dijangka = 200,000 unit. Jika pengeluar buku rujukan
tersebut ingin menikmati tokokan kos ke atas jualan sebanyak 40%:-
a) kirakan harga tokokan kos pengeluar tersebut.
b) berapakah untung yang dapat diperoleh daripada setiap unit buku rujukan.
c) sekiranya kos berubahnya meningkat 20%, kirakan harga tokokan kos yang
baru.

Penentuan harga pulangan modal dan untung sasaran


 harga ditentukan pada tingkat yang dapat memberi pulangan modal atau untung
sasaran yang telah ditetapkan
 memastikan harga dan jangkaan kuantiti produk yang akan dijual boleh mendapat
balik modal yang dilaburkan atau mendapat untung yang disasarkan
 menggunakan kaedah graf atau analisis pulang modal
Tajuk 3 - Pemasaran 60

Pendekatan  kaedah meletakkan harga berdasarkan persepsi pembeli tentang nilai produk
penetapan harga  syarikat akan menganalisis keperluan pengguna dan persepsi nilai terhadap sesuatu
berasaskan nilai produk, kemudian penentuan harga disesuaikan dengan persepsi nilai yang telah
dikenal pasti
 pengguna akan membeli produk berdasarkan nilai produk dan bukan berdasarkan
kos produk
 pengguna yang mempunyai persepsi yang baik terhadap sesuatu produk berani
membayar lebih agar dapat memiliki nilai dari produk berkenaan
 contohnya harga secawan kopi yang dijual di hotel lebih mahal berbanding dengan
yang dijual di warung kerana persepsi nilainya mengambil kira persekitaran,
suasana dan imej
Pendekatan Penentuan harga kadar kini
penetapan harga  meletakkan harga yang sama, lebih tinggi atau kurang daripada harga pesaing
berasaskan  ia bergantung kepada jenis produk, jenama, kos pengeluaran produk, objektif
persaingan organisasi dan jenis pasaran
i. Penentuan harga  sekiranya syarikat inginkan keuntungan yang normal, syarikat boleh meletakkan
kadar kini harga yang sama dengan harga produk pesaing
ii. Penentuan harga  jika syarikat ingin menguasai pasaran dengan cepat, syarikat akan meletakkan harga
bida tertutup yang lebih rendah berbanding harga pesaing
Penentuan harga bida tertutup
 penentuan harga ini dilakukan apabila sesebuah syarikat ingin memasuki tender
untuk mendapatkan sesuatu kontrak
 syarikat akan cuba meletakkan harga yang lebih rendah daripada syarikat-syarikat
lain yang turut memohon mendapatkan kontrak yang sama
 peluang mendapat kontrak adalah lebih cerah jika harga yang diletakkan lebih
rendah berbanding pesaing
Penetapan harga Penentuan harga penarahan pasaran
produk baharu  Takrif:
i. Penentuan harga  meletakkan harga permulaan yang sangat tinggi
penarahan pasaran  untuk mendapatkan untung maksimum dari pasaran yang mampu
ii. Penentuan harga membayarnya
penembusan
pasaran  keuntungan diperolehi dalam jangka masa pendek
 Tujuan:
 mendapat pulangan yang cepat untuk menampung kos penyelidikan dan
pembangunan (R&D)
 mendapatkan hasil yang maksimum sebelum pesaing memasuki pasaran
 Kesesuaian:
 permintaan adalah tidak anjal harga
 kualiti dan imej produk mesti menyokong harganya yang tinggi
 pasaran mempunyai bilangan pembeli yang cukup dan mampu membayar
pada harga tersebut
Tajuk 3 - Pemasaran 61

Penentuan harga penembusan pasaran


 Takrif:
 meletakkan harga permulaan yang rendah
 supaya mudah menembusi pasaran dengan menarik ramai pengguna dengan
cepat
 keuntungan diperolehi dalam jangka masa panjang
 Tujuan:
 mendapat pasaran yang luas
 membentuk kesetiaan pengguna terhadap jenama baru
 menghalang persaingan
 Kesesuaian:
 permintaan adalah anjal harga
 harga yang rendah mesti mampu menghalang pesaing memasuki pasaran
 hasil yang diperolehi pada peringkat awal mampu menampung kos
pengeluaran produk
 pengeluaran produk dalam kuantiti yang banyak
 kos per unit produk mesti menurun apabila jumlah jualan meningkat
Tajuk 3 - Pemasaran 62

3.5.4 PROMOSI
Takrif promosi  satu proses komunikasi yang digunakan oleh pemasar untuk memberitahu, memberi
penerangan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk
Tujuan promosi  memperkenalkan produk baharu  menyedarkan penguna tentang kewujudan
produk baru di pasaran
 memujuk dan mempengaruhi pengguna  menambah minat dan keyakinan
pengguna untuk memiliki produk
 meningkatkan permintaan terhadap produk  dapat meningkatkan jualan dan
seterusnya keuntungan bertambah
 mengekalkan pasaran  mengekalkan permintaan pelanggan lama yang setia dan
menarik pelanggan baru
 membantu menjaga imej produk dan syarikat  menjelaskan faedah produk supaya
imej produk dan syarikat tidak terjejas
 menandingi pesaing  menonjolkan produk dari segi kelebihan dan mutu produk
berbanding produk pesaing
 meluaskan pasaran  menarik lebih ramai pengguna dan pasaran produk dapat
diperluaskan
Campuran promosi  strategi-strategi promosi yang boleh digunakan oleh pemasar untuk menggalakkan
penjualan produk
 terbahagi kepada:
 pengiklanan
 promosi jualan
 publisiti
 perhubungan awam
 jualan bersemuka
Pengiklanan  satu proses komunikasi yang memberitahu, memujuk, mengingat dan
mempengaruhi pengguna agar mereka membeli produk syarikat yang terdapat di
pasaran
 pihak syarikat akan dikenakan bayaran oleh pihak yang menyiarkan iklan
 tujuan pengiklanan ialah:
 memperkenalkan atau memberitahu pengguna tentang produk baharu atau
produk sedia ada
 memujuk pengguna membeli produk
 mengingatkan pengguna tentang produk sedia ada
 meningkatkan jualan produk
 menggunakan saluran media massa iaitu media elektronik atau media cetak
 ciri-ciri pengiklanan yang penting ialah:
 melibatkan persembahan awam
 penyebaran dan pengulangan mesej yang sama berulang kali
 pengenalan produk dengan bantuan suara, gambar, ilustrasi dan warna
 komunikasi bukan peribadi dan komunikasi sehala
 mewujudkan imej produk jangka panjang bagi produk
 terbahagi kepada dua iaitu:
 pengiklanan produk  mempromosikan sesuatu produk dari aspek ciri,
faedah dan kegunaan
 pengiklanan institusi  mempromosikan sesebuah syarikat, industri atau
sekumpulan produk
Tajuk 3 - Pemasaran 63

Promosi jualan  aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan jualan produk dalam jangka masa pendek
 penawaran insentif-insentif jangka pendek untuk mendorong pengguna membeli
produk
 tujuannya ialah:
 meningkatkan kesedaran jenama
 membentuk jualan tanpa dirancang
 menggalakkan pengguna mencuba produk baharu
 memberi pilihan produk yang pelbagai kepada pengguna
 menggalakkan belian ulangan
 jenis promosi jualan ialah:
 kupon  digunakan untuk mendapat tawaran harga yang rendah apabila
membeli sesuatu produk
 sampel  bungkusan percubaan yang diedarkan kepada pengguna
 premium  sesuatu yang ditawarkan secara percuma atau pada harga
yang rendah sebagai insentif pembelian produk yang lain
 potongan harga  menawarkan potongan harga pada hari atau musim
tertentu untuk menggalakkan pembelian
 rebat/pemulangan tunai  pengurangan harga jualan atau pemberian
semula wang dalam jumlah tertentu yang diberikan apabila pengguna
menggunakan sesuatu produk
 peraduan  suatu pertandingan yang terbuka kepada pembeli dengan
mematuhi syarat peraduan seperti memerlukan bukti resit pembelian
 tawaran istimewa  pemberian khas sesuatu produk percuma kerana
pembelian oleh pengguna
Publisiti  satu komunikasi yang disampaikan kepada pengguna melalui cerita dan berita yang
ada kaitan dengan produk yang dikeluarkan oleh perniagaan melalui media massa
 publisiti yang diperolehi oleh perniagaan tidak perlu dibayar
 boleh menimbulkan kesan positif atau kesan negatif kepada perniagaan
 kadang kala publisiti yang dibuat di luar kawalan perniagaan
 contoh publisiti ialah siaran berita, artikel, wawancara dan sidang akhbar
Perhubungan awam  aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan untuk menjalinkan hubungan yang baik
dengan masyarakat
 contohnya ialah mengeluarkan majalah, buletin syarikat, menjalankan aktiviti
kemasyarakatan, membina laman web perniagaan dan menghasilkan cenderamata
yang menggambarkan imej syarikat
Jualan bersemuka  satu promosi yang melibatkan hubungan bersemuka dan peribadi antara pembeli
dengan penjual
 penjual dapat memberi maklumat mengenai ciri-ciri produk serta memujuk mereka
supaya membeli prosuk tersebut
 pembeli dapat menilai produk tersebut dan dapat berhubung secara langsung dengan
penjual
 langkah-langkah dalam jualan bersemuka ialah:
 membuat tinjauan bakal pembeli
 melakukan pra-pendekatan
 mendekati bakal pembeli
 membuat penyampaian jualan dan menunjukkan demonstrasi
 mengendalikan sebarang pertanyaan daripada bakal pembeli
 membuat penutupan jualan apabila mendapat pesanan
 melakukan tindakan susulan untuk mendapatkan maklum balas
Tajuk 3 - Pemasaran 64

Konsep dan tujuan  satu bentuk komunikasi pemasaran yang berintegrasi dengan pelbagai media
komunikasi  melibatkan penggabunggan dan penyelasaran antara elemen campuran pemasaran
pemasaran iaitu pengiklanan, promosi jualan, publisiti, perhubungan awam dan jualan
bersepadu (IMC) bersemuka
 tujuan IMC ialah:
 membentuk jenama produk yang kuat dan konsisten dalam pasaran
 menyampaikan mesej yang jelas tentang ciri-ciri dan kelebihan produk
 mengurangkan kekeliruan pengguna tentang sesuatu produk
 meningkatkan keyakinan pengguna terhadap jenama dan produk yang
ditawarkan
 meningkatkan permintaan dan jualan produk
 mewujudkan kelebihan bersaing dalam pasaran

Ulang kaji subtajuk - 3.5 Campuran pemasaran


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 65

SUKATAN PELAJARAN
Tajuk Hasil Pembelajaran
4.1 Peranan dan objektif kewangan Pelajar seharusnya dapat:
a) mentakrifkan maksud pengurusan kewangan dan kepentingannya.
b) menjelaskan peranan pengurus kewangan.
c) menjelaskan peranan pengurusan kewangan dan kaitannya dengan bidang-bidang lain
termasuklah pemasaran, pengeluaran, perakaunan dan sumber manusia.
d) menjelaskan objektif kewangan iaitu meningkatkan kekayaan pemegang saham.

4.2 Penyata kewangan Pelajar seharusnya dapat:


a) menjelaskan pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan.
b) menganalisis penyata kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, kunci kira-
kira dan penyata aliran tunai.
c) menyediakan dan menaksir nisbah kewangan yang merangkumi nisbah kecairan,
nisbah keberuntungan, nisbah penggearan dan nisbah pasaran.

4.3 Sumber (pembiayaan) dan Pelajar seharusnya dapat:


penggunaan dana a) menjelaskan jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang termasuklah bon, ekuiti
dan saham keutamaan.
b) menjelaskan jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek termasuk overdraf,
pemfaktoran, penerimaan jurubank (BA), trust receipt dan pinjaman berjangka.
c) menjelaskan jenis penggunaan dana mengikut keperluan semasa, jangka masa pendek
dan jangka masa panjang.

4.4 Perancangan kewangan (bajet) Pelajar seharusnya dapat:


a) menyediakan bajet tunai.
b) mengaplikasikan bajet tunai kepada peniaga.

4.5 Pengurusan risiko dan insurans Pelajar seharusnya dapat:


a) mentakrif maksud pengurusan risiko dan kepentingannya.
b) menjelaskan prinsip insurans termasuklah ganti rugi (termasuklah subrogasi, caruman
dan limpah), doktrin punca terdekat, kepentingan boleh diinsuranskan dan penuh
percaya mutlak.
c) menjelaskan maksud takaful termasuklah kepatuhan syariah (gharar, maisir, riba,
akad, jual beli), menanggung risiko bersama, tabarru’ (sedekah) dan simpanan atau
pelaburan.
Tajuk 4 - Kewangan 66

4.1 PERANAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN

a) Pengurusan kewangan dan kepentingannya


Maksud kewangan  satu fungsi perniagaan yang berkaitan dengan wang
 melibatkan aktiviti menyediakan penyata kewangan, menerima dan membayar
wang, pengurusan harta atau aset dan menguruskan hutang perniagaan
Maksud pengurusan  aktiviti perancangan, penyusunan dan pengawalan dana atau wang perniagaan
kewangan dengan cekap dan berkesan dalam usaha mencapai matlamat kewangan sesebuah
perniagaan
Kepentingan  membuat perancangan kewangan yang cekap dan berkesan
pengurusan  mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang telah ditetapkan
kewangan  mengawal penggunaan kewangan setiap jabatan supaya digunakan secara cekap dan
berkesan
 mengelakkan berlaku penyelewengan kewangan dalam organisasi
 memastikan objektif kewangan tercapai iaitu memaksimumkan kekayaan pemegang
saham
 memastikan organisasi mempunyai aliran tunai yang mencukupi
 memastikan organisasi tidak mempunyai beban hutang yang terlalu tinggi

b) Peranan pengurus kewangan


Membuat analisis  perlu menganalisis data-data kewangan yang relevan dengan keperluan perniagaan
dan perancangan dan pelaburan
kewangan  membuat perancangan kewangan berasaskan data-data yang dianalisis
 membuat perancangan kewangan untuk jangka pendek dan jangka panjang
 harus menganggarkan jumlah kewangan atau dana yang diperlukan mengikut jangka
masa atau tempoh tertentu
Menjaga kecairan  perlu menentukan nisbah kecairan yang sesuai untuk syarikat
dan keberuntungan  perlu memastikan syarikat mempunyai kadar kecairan yang mencukupi bagi
syarikat memastikan kelancaran perjalanan operasi syarikat
 perlu menentukan tingkat keuntungan yang diperlukan supaya dapat mencapai
objektif kewangan syarikat
 juga perlu membuat keputusan tentang kombinasi pelaburan yang terbaik supaya
dapat menjana keuntungan kepada syarikat dalam jangka masa pendek dan masa
panjang
Menilai dan memilih  sumber kewangan boleh diperoleh dengan pembiayaan ekuiti atau pembiayaan
sumber kewangan hutang
terbaik  sumber kewangan terbaik ialah yang melibatkan kos kewangan paling rendah
 perlu membuat analisis dari segi kos pembiayaan, kesesuaian pembiayaan, masa dan
tempoh yang diperlukan
Mengurus dana  perlu memantau penggunaan dana syarikat
syarikat  memastikan dana yang dibelanjakan akan menghasilkan pulangan yang terbaik
kepada syarikat
 memastikan semua perbelanjaan dilakukan mengikut prosedur supaya
penyelewengan dapat dielakkan
 perlu mengurus struktur aset dan struktur modal syarikat dengan cekap
 juga mengurus perbelanjaan untuk aset bukan semasa dan aset semasa serta kredit
dan pengutipannya
Tajuk 4 - Kewangan 67

c) Perkaitan bidang kewangan dengan bidang-bidang lain


Pemasaran  membantu pengurus pemasaran membuat belanjawan bagi merancang strategi
pemasaran
 membantu pengurus pemasaran menilai aspek kewangan semasa merancang
promosi, pengedaran atau harga produk untuk memastikan sumber kewangan yang
digunakan dapat menjana keuntungan
Pengeluaran  membantu pengurus pengeluaran dalam membuat keputusan pembelian keperluan
pengeluaran seperti bahan mentah atau mesin
 membantu pengurus pengeluaran menginterpretasi analisis hasil dan kos untuk
mencapai keputusan pengeluaran yang tepat
 membantu mendapatkan dana untuk membiayai aktiviti pengeluaran
Sumber manusia  membantu pengurus sumber manusia membuat perancangan dan keputusan
berkaitan pengurusan sumber manusia
 berkaitan aspek gaji dan bonus pekerja, kursus latihan atau seminar, bengkel, dan
kebajikan pekerja
 membantu mendapatkan dana untuk membiayai aktiviti sumber manusia
Perakaunan  membantu pengurus perakaunan menyediakan laporan kewangan tahunan
 membantu pengurus perakaunan dalam penyediaan dokumen untuk tujuan audit

d) Objektif kewangan syarikat


Meningkatkan  pemegang saham merupakan pemilik syarikat yang menlaburkan modal ke dalam
kekayaan pemegang syarikat
saham  syarikat harus memastikan setiap pelaburan yang dibuat oleh pemegang saham akan
memberi pulangan yang maksimum
 pemegang saham akan merujuk kepada nisbah perolehan sesaham (EPS) untuk
menentukan sama ada pelaburannya mendapat pulangan yang sepatutnya atau pun
tidak
 peningkatan perolehan sesaham bergantung kepada faktor keuntungan syarikat
 jika syarikat memperoleh keuntungan besar, ia boleh meningkatkan nilai EPS dan
seterusnya meningkatkan kekayaan pemegang saham
 pemegang saham juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bentuk dividen
jika syarikat mendapat keuntungan yang tinggi
 jadi, syarikat harus berhati-hati dalam membuat keputusan perniagaan kerana ia
melibatkan wang pemegang-pemegang saham
 syarikat harus memastikan setiap perbelanjaan dan pelaburan akan menghasilkan
keuntungan yang tinggi kepada syarikat
 kegagalan syarikat meningkatkan kekayaan pemegang saham boleh menyebabkan
pemegang saham menarik balik modal mereka
 jika ini berlaku maka syarikat akan menghadapi masalah kewangan dan sukar
meneruskan operasi

Ulang kaji subtajuk - 4.1 Peranan dan objektif kewangan


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 68

4.2 PENYATA KEWANGAN


- penyata kewangan ialah ringkasan laporan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh
tertentu, biasanya setahun
- menunjukkan pendapatan diterima dan perbelanjaan yang dilakukan, kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti
pemilik
- terdapat tiga penyata utama dalam penyata kewangan iaitu penyata pendapatan, kunci kira-kira dan
penyata aliran tunai / dana

a) Pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan


Lembaga pengarah  menilai prestasi perniagaan dengan membandingkan pencapaian syarikat dari tahun
syarikat ke tahun
 membuat pertimbangan dalam menentukan ganjaran seperti bonus dan dividen
 membandingkan pencapaian sebenar kewangan dengan bajet
Pengurus-pengurus  menilai kedudukan kewangan syarikat bagi tempoh tertentu
syarikat  membandingkan penggunaan dana bagi setiap jabatan dengan bajet yang dibuat
 membuat perancangan bajet untuk tahun berikutnya
Pemegang saham  melihat tahap keuntungan syarikat
 memastikan wang yang dilaburkan digunakan sebaik mungkin untuk menjana
keuntungan yang banyak
Agensi kerajaan  asas pengiraan cukai yang perlu dibayar kepada pihak kerajaan
Pembekal  menilai kedudukan kewangan syarikat sebelum memberi kemudahan kredit
dagangan
 menilai kemampuan syarikat membayar balik kredit dagangan dalam tempih yang
ditetapkan
Pelabur / Pemodal  mengetahui kedudukan kewangan syarikat
 menentukan potensi syarikat pada masa hadapan
 bagi memastikan pelaburan yang bakal dibuat akan mendapat pulangan yang
sepatutnya
Bank  menilai kedudukan kewangan syarikat sebelum memberi pinjaman
 menilai kemampuan syarikat membayar balik pinjaman dan faedah pinjaman dalam
tempoh yang ditetapkan
Kesatuan sekerja  melihat kedudukan kewangan syarikat sebagai asas tuntutan kenaikan gaji, bonus
dan sebagainya
Tajuk 4 - Kewangan 69

b) Penyata kewangan
Penyata pendapatan  penyata yang menunjukkan ringkasan hasil, belanja dan untung atau rugi sesebuah
syarikat dalam tempoh tertentu
 juga dikenali sebagai Penyata Untung dan Rugi
 kegunaan penyata pendapatan ialah:
 membantu pengurusan syarikat membuat perancangan bagi menentukan
sasaran jualan tahunan, bulanan atau harian
 membantu pengurus merancang kos barang di jual
 menentukan belanja operasi yang rasional
 mempengaruhi keputusan pelabur atau pemberi pinjaman
Tajuk 4 - Kewangan 70

Kunci kira-kira  satu penyata yang menyenaraikan aset, liabiliti dan ekuiti syarikat pada satu tarikh
tertentu
 memberi gambaran kasar mengenai pelaburan syarikat ke atas aset-aset serta sumber
kewangan yang digunakan bagi membiayai aset-aset tersebut
 juga dikenali sebagai Lembaran Imbangan
 kegunaan Kunci Kira-Kira ialah:
 membantu pihak pengurusan mengetahui jumlah aset, liabiliti dan modal
yang dimiliki
 membantu pihak pengurusan menyediakan nisbah-nisbah kewangan
melalui data-data yang ada dalam Kunci Kira-Kira
 membolehkan pihak pengurusan melihat tahap kecairan syarikat bagi
melancarkan operasi perniagaan
Tajuk 4 - Kewangan 71

Penyata aliran tunai  penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan dana atau tunai bagi
/ dana satu tempoh tertentu
 kegunaan penyata aliran tunai / dana ialah:
 menunjukkan keupayaan syarikat menjelaskan liabiliti semasa seperti
bayaran kepada pembekal dan bayaran gaji pekerja
 menunjukkan anggaran perolehan dan pelupusan aset jangka panjang
 menunjukkan sebarang pelaburan lain yang tidak dikira dan tidak
melibatkan tunai
 menunjukkan aktiviti yang merubah modal ekuiti dan struktur pembiayaan
syarikat
Tajuk 4 - Kewangan 72

c) Nisbah kewangan

Nisbah kecairan Nisbah semasa


 nisbah yang  mengukur keupayaan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek sekiranya
mengukur tahap aset-aset semasanya ditunaikan
kecairan aset yang  formula:
dimiliki sama ada
perniagaan mampu
membuat  x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)
pembayaran dalam
jangka pendek Nisbah cepat
kepada bank dan  mengukur kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka pendek dengan
pemiutang lain cepat tanpa mengambil kira inventori (stok akhir)
 menunjukkan  formula:
keupayaan syarikat
membayar liabiliti
semasa apabila
dituntut  x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)

Nisbah kecekapan Tempoh purata masa kutipan


 menunjukkan  purata jangka masa yang diambil oleh syarikat untuk mengutip hutang daripada
kecekapan syarikat pelanggan-pelanggan
mengurus aset-  menilai keberkesanan polisi kredit dan polisi pengutipan hutang yang diamalkan
asetnya dalam oleh syarikat
usaha menjana  formula:
keuntungan

 x hari (x - nombor bulat)

Pusing ganti inventori


 mengukur berapa kali inventori diganti dengan inventori yang baharu
 formula:

 x kali setahun (x - 2 titik perpuluhan)

Pusing ganti aset bukan semasa (aset tetap)


 menunjukkan kecekapan syarikat menggunakan aset bukan semasa untuk menjana
jualan
 formula:

 x kali setahun (x - 2 titik perpuluhan)

Pusing ganti jumlah aset


 menunjukkan kecekapan syarikat menggunakan semua aset yang ada untuk menjana
jualan
 formula:

 x kali setahun (x - 2 titik perpuluhan)


Tajuk 4 - Kewangan 73

Nisbah keuntungan Margin untung kasar


 mengukur  peratus keuntungan yang diperoleh melalui jualan setelah ditolak kos barang yang
keupayaan syarikat dijual
menghasilkan  mencerminkan kecekapan syarikat menentukan harga jualan barang dan mengawal
keuntungan dan kos bahan mentah
pulangan daripada  formula:
jualan dan
pelaburan syarikat
 x % (x - 2 titik perpuluhan)

Margin untung bersih


 peratus untung bersih yang diperoleh melalui jualan
 mencerminkan kecekapan syarikat mengawal perbelanjaan operasi
 formula:

 x % (x - 2 titik perpuluhan)

Pulangan atas jumlah aset


 mengukur untung bersih yang dapat dihasilkan bagi setiap ringgit yang dilaburkan
untuk membeli aset-aset
 formula:

 x % (x - 2 titik perpuluhan)

Pulangan atas ekuiti


 mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik atau pemegang saham bagi setiap
ringgit yang dimilikinya dalam syarikat
 formula:

 x % (x - 2 titik perpuluhan)
Nisbah penggearan Nisbah hutang atas aset
 menilai keupayaan  menunjukkan sumbangan hutang dalam membiayai jumlah aset yang ada
syarikat untuk  formula:
menguruskan
hutang-hutangnya
 x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)

Nisbah hutang atas ekuiti


 menunjukkan modal syarikat yang disumbangkan oleh hutang-hutang jangka
panjang
 formula:

 x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)
Tajuk 4 - Kewangan 74

Nisbah pasaran Nisbah perolehan sesaham


 memberi gambaran  mengukur pulangan kepada pelabur bagi setiap unit saham yang dimiliki oleh
tentang tanggapan pemegang saham
para pelabur  formula:
terhadap
keupayaan
pengurusan
 RMx
syarikat
Nisbah harga / perolehan
 mengukur harga pasaran saham berbanding dengan perolehan sesaham syarikat
 membandingkan nilai pasaran kini dengan perolehan sesaham
 formula:

 x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)

Nisbah pasaran / buku


 menunjukkan kesanggupan pelabur membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku
saham syarikat
 formula:

 x : 1 (x - 2 titik perpuluhan)

Ulang kaji subtajuk - 4.2 Penyata kewangan


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 75

4.3 SUMBER (PEMBIAYAAN) DAN PENGGUNAAN DANA

a) Jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang


Saham biasa  syer yang diterbitkan oleh syarikat untuk dibeli oleh pelabur-pelabur awam atau
institusi
 akan dijual pada harga melebihi nilai tara
 akan menghasilkan aliran tunai masuk yang meliputi nilai tara saham dan premium
 premium ialah lebihan harga jualan ke atas nilai tara saham
 pemegang saham mempunyai hak tuntutan ke atas syarikat dan boleh mengundi
untuk memilih Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
 pemegang saham akan dibayar dividen oleh syarikat tetapi pembayaran dividen itu
bukan satu kemestian dan bergantung kepada keuntungan syarikat
Saham keutamaan  saham yang menggabungkan sebahagian ciri-ciri saham biasa dan ciri-ciri bon
 pemegang saham keutamaan berhak menerima dividen yang tetap dan tidak
bergantung kepada keuntungan syarikat
 dividen yang diterima adalah tetap dan terjamin serta dibayar terlebih dahulu
sebelum pembayaran dividen kepada pemegang saham biasa
 jika berlaku pembubaran syarikat, pemegang saham keutamaan mendapat
keutamaan ke atas pembahagian aset syarikat selepas semua pembayaran hutang
diselesaikan
 pemegang saham keutamaan tidak berhak mengundi atau campur tangan dalam
urusan syarikat
Pendapatan  keuntungan bersih syarikat yang tidak dibahagikan kepada pemegang-pemegang
tertahan saham dalam bentuk dividen
 disimpan bagi kegunaan perkembangan perniagaan
Pinjaman tetap atau  pinjaman yang diperoleh daripada bank atau agensi kerajaan
bertempoh  pinjaman yang melebihi tempoh setahun
 jumlah pokok pinjaman dan faedah pinjaman perlu dibayar balik secara ansuran
Bon  satu bentuk sekuriti jangka pangjang yang diterbitkan oleh syarikat untuk
mendapatkan pembiayaan jangka panjang
 individu atau institusi yang membeli bon ialah pihak yang meminjamkan wang
kepada syarikat
 pemilik bon akan mendapat semula wang yang dipinjam apabila tiba tempoh matang
 sementara menunggu tempoh matang. syarikat akan membayar faedah (kupon)
kepada pemilik bon secara berkala mengikut kadar yang ditetapkan
Tajuk 4 - Kewangan 76

b) Jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek


Overdraf  satu jenis kemudahan yang disediakan oleh bank kepada pemegang akaun semasa
 pemegang akaun semasa dibenarkan mengeluarkan wang yang melebihi baki yang
terdapat dalam akaun semasa
 perlu membayar balik lebihan wang tersebut bersama faedahnya
Pemfaktoran  kemudahan pembelian akaun penghutang syarikat oleh institusi kewangan atau
firma pemfaktoran
 akaun penghutang akan dibeli dengan harga diskaun
 syarikat akan memperolehi wang selepas akaun penghutang dibeli oleh firma
pemfaktoran
 selepas itu, tugas pengutipan hutang daripada penghutang akan diuruskan oleh firma
pemfaktoran terbabit
Penerimaan  satu kaedah pembiayaan jangka pendek yang disediakan oleh bank kepada
jurubank pelanggan yang sering melakukan kegiatan import dan eksport
 satu draf atau bil pertukaran akan dikeluarkan oleh pelanggan kepada pihak bank
 pihak bank mempunyai komitmen untuk membayar jumlah yang dinyatakan dalam
draf berkenaan pada satu tarikh ditetapkan
Trust receipt  satu kemudahan yang disediakan oleh bank untuk membiayai pembelian barang
import
 pengimport boleh memohon trust receipt daripada bank untuk menuntut barang-
barang yang dihantar oleh pengeksport
 pihak bank akan menjelaskan bayaran terlebih dahulu kepada pengeksport
 pengimport dibenarkan menjual barang-barangnya dan hasil jualan akan digunakan
untuk menjelaskan trust receipt kepada pihak bank
Pinjaman berjangka  satu bentuk pinjaman bank kepada perniagaan untuk memperoleh aset tetap
 pembayaran balik pinjaman dilakukan secara ansuran berkala iaitu secara bulanan,
setiap tiga tahun, enam bulan atau tahunan
Kredit dagangan  kemudahan kredit yang disediakan oleh pembekal kepada pelanggannya
 peniaga boleh membeli bahan mentah secara kredit (hutang) daripada pembekal
 bayaran balik kepada pembekal biasanya akan dibuat dalam tempoh 30 hari hingga
60 hari
Kredit pusingan  satu perjanjian antara pihak bank dengan pihak peminjam
 peminjam boleh meminjam sejumlah wang pada bila-bila masa apabila diperlukan
Surat kredit  kemudahan surat kredit yang diberikan oleh bank kepada perniagaan yang
menjalankan perniagaan antarabangsa
 surat ini akan dihantar oleh pengimport kepada pengeksport
 ia merupakan jaminan bahawa semua bayaran akan dijelaskan oleh pemgimport
setelah semua syarat penghantaran barang oleh pengeksport telah dipatuhi
 surat ini amat penting kerana urus niaga perniagaan antarabangsa memelukan
jaminan pembayaran yang kukuh
Tajuk 4 - Kewangan 77

c) Jenis penggunaan dana


Jenis penggunaan  keperluan tunai untuk membiayai urusan harian
dana mengikut  memastikan operasi perniagaan harian berjalan lancar
keperluan semasa  contoh:
 menjelaskan akaun belum bayar iaitu bayaran kepada pemiutang atau
pembekal bahan mentah
 membayar perbelanjaan-perbelanjaan luar jangka
Jenis penggunaan  keperluan pembiayaan perniagaan dalam tempoh kurang setahun
dana mengikut  melibatkan pembiayaan perngurusan modal kerja
keperluan jangka  contoh:
masa pendek  belanja jualan dan promosi serta komisen juru jual
 belanja am dan pentadbiran seperti bil air, elektrik dan internet
 belanja langsung perkilangan seperti kos bahan mentah dan kos buruh
 belanja langsung perniagaan seperti angkutan masuk, duti kastam, duti
import dan sewa gudang
Jenis penggunaan  keperluan pembiayaan perniagaan yang melebihi tempoh setahun
dana mengikut  melibatkan pembiayaan pelaburan modal
keperluan jangka  contoh:
masa panjang  membaiki atau menggantikan mesin dan jentera
 membeli kelengkapan pejabat
 membeli aset baharu seperti pembelian tanah, bangunan dan kenderaan
 menambah atau membesarkan ruang perniagaan

Ulang kaji subtajuk - 4.3 Sumber (pembiayaan) dan penggunaan dana


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 78

4.4 PERANCANGAN KEWANGAN (BAJET)

Takrif bajet tunai  satu penyata perancangan kewangan yang menunjukkan anggaran pengaliran masuk
dan keluar tunai ke dalam perniagaan dalam suatu tempoh tertentu
 menentukan sama ada perniagaan mempunyai tunai yang mencukupi untuk
memenuhi keperluan perniagaan
Kepentingan bajet  menunjukkan keupayaan tunai perniagaan bagi menjalankan operasi perniagaan
tunai pada masa akan datang
 merancang serta mengawal pemabayaran dan penerimaan tunai
 menganggarkan penerimaan tunai agar strategi jualan dan polisi pemberian kredit
yang tepat dapat dilaksanakan
 merancang pemebelian aset bukan semasa dan merancang pelaburan jika terdapat
lebihan tunai
 membolehkan tindakan awal dapat diambil untuk menghadapi masalah kekurangan
tunai
 membolehkan pihak bank mendapat panduan untuk mempertimbangkan
permohonan pinjaman
 menunjukkan jangkaan punca penerimaan tunai dan jenis pembayaran tunai
Format bajet tunai  kebiasaannya sesebuah perniagaan akan menyediakan bajet tunai untuk tempoh tiga
hingga enam bulan akan datang
 sepanjang tempoh tersebut, perniagaan akan menganggarkan jenis dan jumlah
penerimaan tunai dan pembayaran tunai
 anggaran ini dibuat berdasarkan pengalaman dan rekod-rekod perniagaan yang lepas
 bajet tunai merekodkan:
 aliran tunai masuk atau penerimaan tunai
 aliran tunai keluar atau pembayaran tunai
 aliran tunai bersih
 lebihan atau kurangan tunai
 sumber penerimaan tunai adalah daripada semua aktiviti perniagaan yang
menghasilkan tunai seperti:
 jualan tunai
 kutipan daripada penghutang
 jualan aset tetap
 penerimaan faedah, dividen dan sewa
 terbitan saham
 sumber pembayaran tunai adalah terdiri daripada aktiviti pembayaran yang
menggunakan tunai seperti:
 bayaran kepada pemiutang
 belian bahan mentah
 pembayaran dividen
 pembayaran cukai dan insurans
 pembelian aset tetap
 aliran tunai bersih ialah perbezaan antara penerimaan tunai dengan pembayaran
tunai
 jika penerimaan tunai melebihi pembayaran tunai, aliran tunai adalah positif
 manakala jika penerimaan tunai kurang daripada pembayaran tunai, aliran tunai
adalah negatif
 aliran tunai bersih akan ditambah dengan baki awal tunai dari bulan sebelumnya
untuk menentukan sama ada perniagaan mengalami lebihan atau kurangan tunai
Tajuk 4 - Kewangan 79

 contoh bajet tunai:

Cara mengatasi  melakukan jualan secara tunai sahaja


masalah kekurangan  meningkatkan jualan tunai
tunai  menawarkan diskaun tunai bagi menggalakkan pembelian tanpa hutang
 mempercepatkan tempoh pungutan jualan kredit (hutang)
 memanjangkan tempoh pembayaran balik kepada pemiutang
 membuat pinjaman jangka pendek / overdraf
 mengurangkan perbelanjaan yang kurang penting
 mengetatkan syarat jualan secara kredit
 meningkatkan pembelian bahan mentah secara kredit
 mendapatkan pinjaman tidak formal daripada keluarga atau rakan-rakan

Ulang kaji subtajuk - 4.4 Perancangan kewangan (bajet)


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 80

4.5 PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS

a) Pengurusan risiko dan kepentingannya


Maksud risiko  kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini
 contohnya, risiko kemalangan, risiko kecurian, risiko kebakaran dan risiko banjir
Maksud pengurusan  satu proses yang sistematik bagi mengenal pasti risiko yang berkemungkinan
risiko dihadapi dan menilai tahap risiko serta tindakan yang boleh diambil untuk
menangani risiko yang akan berlaku
Kepentingan Mengelak berlakunya kerugian
pengurusan risiko  mengenal pasti beberapa kemungkinan kejadian atau peristiwa yang boleh
membawa kerugian
 menyediakan pelan tindakan yang sesuai untuk menangani risiko yang boleh berlaku
Memberi perlindungan
 dapat mengenal pasti jenis-jenis risiko yang boleh diinsuranskan
 membolehkan perniagaan mengambil insurans demi melindungi harta dan nyawa
Meningkatkan motivasi dan keyakinan
 dapat mengenal pasti teknik yang sesuai untuk menghadapi sebarang risiko
 pihak perniagaan boleh melihat dengan jelas sebarang kemungkinan yang akan
berlaku
 dapat mengurangkan rasa kebimbangan daripada sebarang kerugian
Melancarkan aktiviti perniagaan
 sebarang kerugian yang disebabkan sesuatu risiko akan mendapat ganti rugi
 kerugian tersebut tidak akan menghalang operasi perniagaan
Merancakkan pertumbuhan ekonomi negara
 wujudnya syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan perlindungan
 akan mewujudkan peluang pekerjaan
 pendapatan negara akan meningkat melalui kutipan cukai daripada syarikat insurans
Jenis-jenis risiko Risiko yang boleh diinsuranskan
 risiko kemungkinan berlakunya kejadian yang tidak diingini boleh ditentukan secara
statistik atau perangkaan
 rekod perangkaan yang ada akan digunakan oleh syarikat insurans
 mengira kekerapan berlaku kejadian risiko dan jumlah kerugian yang dialami
 data itu akan membolehkan syarikat insurans menaksir jumlah premium dan
pampasan dalam memberi perlindungan terhadap jenis risiko tersebut
 contoh risiko ialah kemalangan, kebakaran, kecurian dan kematian
Risiko yang tidak boleh diinsuranskan
 risiko yang kekerapan berlakunya kejadian tidak dapat ditentukan secara perangkaan
 kekerapan berlakunya kejadian risiko serta kerugian tidak dapat ditentukan
 menyebabkan syarikat insurans tidak dapat menaksir jumlah premium dan
pampasan untuk memberi perlindungan terhadap risiko tersebut
 contoh risiko ialah kejadian bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan
letusan gunung berapi, peperangan, kemelesetan ekonomi, perubahan cita rasa
pelanggan dan pencemaran
Tajuk 4 - Kewangan 81

Takrif insurans  satu skim penyatuan risiko yang membolehkan golongan bernasib baik membantu
golongan yang kurang bernasib baik dan risiko dapat disebarkan kepada lebih
seorang individu pada kos yang lebih rendah
 melibatkan kontrak atau perjanjian antara penginsurans (syarikat insurans) dengan
si diinsurans (orang yang membeli insurans)
 si diinsurans bersetuju membayar sejumlah premium yang telah ditetapkan dan
penginsurans akan melindunginya daripada risiko yang diinsuranskan sebagai
balasan
 kontrak atau perjanjian antara penginsurans dengan si diinsurans dikenali sebagai
polisi insurans
Takrif takaful  skim insurans yang berasaskan prinsip al-mudharabah (perjanjian perkongsian) dan
berlandaskan syariah Islam
 syarikat insurans yang memberi perlindungan takaful dikenali sebagai pengusaha
manakala si diinsurans dikenali sebagai peserta
 pengusaha dan peserta-peserta bersetuju saling bantu-membantu peserta yang
menghadapi kesusahan atau kemalangan berkaitan risiko yang diinsuranskan
 premium atau caruman yang dibayar oleh peserta akan dibahagikan kepada dua
akaun iaitu akaun pelaburan (95%) dan akaun tabarru’ (5%)

b) Prinsip insurans
Prinsip ganti rugi  si diinsurans yang mengalami kerugian akan dibayar pampasan setakat kerugian
yang dialami untuk memulihkan keadaannya kepada keadaan asal
 tidak ada unsur keuntungan kerana pampasan hanya setakat menggantikan kerugian
yang sebenar dan tidak akan mendatangkan keuntungan kepada si diinsurans
 prinsip ini dikecualikan untuk insurans nyawa dan insurans kemalangan kerana
nyawa manusia tidak boleh dinilai dengan wang ringgit
 contoh kes:
 Ali menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran dengan nilai
lindungan RM200,000. Kebakaran telah berlaku dan kerugian yang
ditanggung oleh Ali berjumlah RM100,000. Maka, Ali hanya akan dibayar
pampasan sebanyak RM100,000 kerana itu kerugian sebenar yang dialami.
Namun, jika kerugian sebenar RM230,000, Ali akan dibayar RM200,000
sahaja kerana jumlah tersebut merupakan jumlah maksimum yang
diiinsuranskan.
 terdapat tiga prinsip tambahan di bawah prinsip ganti rugi iaitu subrogasi, caruman
dan limpah
Prinsip doktrin  pampasan dibayar terhadap kerugian akan dibayar jika punca kerugian berlaku
punca terdekat secara langsung daripada risiko yang diinsuranskan
 kerugian yang berlaku bukan dari risiko yang diinsuranskan tidak akan dibayar
pampasan
 contoh kes:
 Ali menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran dengan nilai
lindungan RM200,000. Banjir besar telah berlaku di kawasan rumahnya
dan menyebabkan kerosakan rumah Ali. Ali menuntut pampasan insurans
ke atas kerosakan yang dialaminya. Syarikat insurans tidak akan
membayar pampasan tersebut kerana banjir bukan risiko yang
diinsuranskan oleh Ali.
Tajuk 4 - Kewangan 82

Prinsip kepentingan  si diinsurans hanya boleh menginsuranskan harta atau nyawa yang mempunyai
yang boleh kepentingan langsung dengan dirinya, iaitu dia akan mengalami kerugian sekiranya
diinsuranskan risiko yang diinsuranskan berlaku
 prinsip ini bertujuan untuk mengelakkan seseorang mendapat keuntungan daripada
harta orang lain akibat tindakan sengaja merosakkan harta tersebut untuk menuntut
pampasan
 contoh kes:
 Ali hanya boleh menginsuranskan rumahnya dengan risiko kebakaran
kerana dia akan mengalami kerugian besar apabila rumahnya terbakar.
Dia tidak boleh menginsuranskan rumah rakannya kerana dia tidak akan
mengalami apa-apa kerugian apabila rumah rakannya terbakar.
Prinsip penuh  si diinsurans mesti memberikan maklumat yang lengkap ke atas harta dan nyawa
percaya mutlak yang diinsuranskan
 syarikat insurans juga mesti mendedahkan segala syarat dalam polisi insurans
dengan jelas
 penyembunyian maklumat dianggap sebagai pelanggaran kontrak insurans
 pemberian maklumat yang palsu oleh si diinsurans akan mengakibatkan polisi
insurans dibatalkan
 contoh kes:
 Ali menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran dengan nilai
lindungan RM200,000. Ali tidak mengisytiharkan kepada syarikat insurans
bahawa rumah mempunyai setor yang menyimpan bahan-bahan mudah
terbakar. Kebakaran telah berlaku dan punca kebakaran adalah dari
bahan-bahan mudah terbakar tersebut. Pampasan tidak akan dibayar
kepada Ali kerana polisi insurans antara Ali dengan syarikat insurans telah
terbatal kerana Ali didapati sengaja tidak mendedahkan maklumat dengan
benar dan jujur
Prinsip tambahan di Subrogasi
bawah prinsip ganti  Syarikat insurans mempunyai kuasa untuk mengambil alih hak milik terhadap harta
rugi yang diinsuranskan setelah pampasan dibayar
i. Subrogasi  si dinsurans tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap harta tersebut setelah
ii. Caruman menerima wang pampasan
iii. Limpah  contoh kes:
 Leong telah kehilangan keretanya. Setelah membuat laporan polis dan
tuntutan insurans, beliau telah mendapat ganti rugi daripada syarikat
insurans. Beberapa hari kemudian, pihak polis memaklumkan bahawa
keretanya telah dijumpai. Leong tidak berhak lagi untuk menuntut kereta
tersebut kerana beliau telah dibayar ganti rugi terhadap kerugian yang
dialami. Sekarang syarikat insurans yang mempunyai hak terhadap
kereta berkenaan
Caruman
 sekiranya si dinsurans menginsuranskan hartanya dengan lebih daripada satu
syarikat insurans, setiap syarikat insurans akan berkongsi sama rata untuk
membayar pampasan jika berlaku kerugian
 ia bertujuan untuk menghalang si diinsurans daripada mendapat keuntungan dengan
membuat tuntutan yang berlebihan
 contoh kes:
 Muthu menginsuranskan kedainya yang bernilai RM800,000 daripada
kebakaran. Beliau juga membeli insurans yang sama dengan dua buah
syarikat insurans yang lain. Apabila kebakaran berlaku, Muthu akan
hanya menerima RM800,000 sebagai ganti rugi daripada ketiga-tiga
penginsurans mengikut bahagian masing-masing.
Tajuk 4 - Kewangan 83

Limpah
 si diinsurans tidak boleh menginsuranskan hartanya pada nilai perlindungan yang
melebihi nilai sebenar harta tersebut
 jika berlaku kerugian, si diinsurans hanya akan dibayar pampasan setakat nilai
sebenar harta semasa kerugian berlaku
 contoh kes:
 Farid telah membeli sebuah rumah lima tahun dahulu dengan harga
RM150,000. Walau bagaimanapun, nilai rumah itu sekarang ialah
RM200,000. Memandangkan nilai rumah tersebut meningkat dari semasa
ke semasa, Farid telah menginsuranskan rumahnya terhadap kebakaran
dengan nilai lindungan RM250,000. Apabila rumah Farid terbakar,
penginsurans hanya akan membayar ganti rugi sebanyak RM200,000
sahaja iaitu mengikut nilai semasa rumah tersebut

c) Prinsip takaful
Kepatuhan syariah Gharar
 takaful tidak  ketidakjelasan atau kesamaran dalam perjanjian insurans konvensional
mempunyai ciri-ciri  si diinsurans tidak diberitahu bagaimana wang caruman dilaburkan dan tidak pasti
yang terdapat dalam mengenai sumber pampasan yang diterima
insurans konvensional  pelaburan yang dibuat dalam insurans konvensional tidak jelas pematuhannya
iaitu gharar, maisir
terhadap kehendak syariah
dan riba
 takaful juga perlu
 syarat perkongsian untung juga tidak dinyatakan dengan jelas
mempunyai akad dan  dalam takaful, syarat perkongsian untung termasuk bagaimana caruman peserta
jual beli diuruskan dan cara pelaburan dibuat dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian
Maisir
 bermaksud perjudian
 dalam insurans konvensional, jika si diinsurans tidak mengalami kerugian, wang
yang dicarumkan dianggap hangus dan tidak mendapat sebarang pulangan
 situasi tersebut menyamai konsep perjudian
 dalam takaful, wang yang dicarum peserta akan dilaburkan dan keuntungan yang
diperoleh akan diagihkan kembali kepada peserta
Riba
 faedah yang diberi atau dikenakan kepada seseorang yang terlibat dalam urus niaga
perkhidmatan kewangan
 dalam insurans konvensional, si diinsurans telah dijanjikan satu kadar faedah yang
akan diberikan kepada mereka
 mereka akan tetap menerima pulangan dengan kadar yang tetap tanpa mengambil
kira syarikat insurans mengalami keuntungan atau kerugian
 dalam takaful, konsep pembahagian untung (al-mudharabah) diamalkan
 jika pengusaha takaful memperolehi keuntungan, peserta akan memperolehi
sebahagian untung tersebut mengikut pembahagian yang telah dipersetujui
 jumlah keuntungan tersebut tidak sama pada setiap tempoh pembahagian
Akad
 merujuk kepada satu janji yang mengikat kedua-dua pihak yang ingin membuat satu
urusniaga
 iaitu satu perjanjian yang mengikat antara peserta dengan pengusaha takaful
Jual beli
 wujud satu pertukaran antara pengusaha takaful dengan peserta takaful
 pengusaha takaful bersetuju memberi perlindungan kepada peserta pada satu nilai
yang dipersetujui antara kedua-dua pihak
Tajuk 4 - Kewangan 84

Menanggung risiko  skim takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan
bersama dan saling membantu antara peserta-peserta takaful
 mereka bersetuju untuk menanggung bersama risiko dan membantu peserta lain
yang mengalami kerugian akibat risiko kematian, kemalangan dan sebagainya
 prinsip ini menggalakkan sikap tolong-menolong dan perpaduan di kalangan peserta
takaful
Tabarru’ (sedekah)  semua peserta akan menyumbang dengan ikhlas kepada satu tabung khas untuk
membantu peserta-peserta lain yang mengalami bencana atau kemalangan
 caruman peserta akan dimasukkan sebanyak 5% ke dalam tabung khas (akaun
tabarru’)
 dana di dalam akaun ini akan digunakan untuk membantu peserta lain yang
mengalami kerugian akibat risiko yang diinsuranskan
Simpanan atau  caruman yang dibayar peserta akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan
pelaburan sebanyak 95%
 dana tersebut akan digunakan oleh pengusaha takaful untuk melakukan pelaburan
 keuntungan hasil pelaburan tersebut akan dibahagikan kepada peserta berdasarkan
prinsip al-mudharabah
 prinsip ini merupakan persetujuan perkongsian keuntungan mengikut jumlah yang
dipersetujui bersama

Ulang kaji subtajuk - 4.5 Pengurusan risiko dan insurans


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 85

SUKATAN PELAJARAN
Tajuk Hasil Pembelajaran
5.1 Pengurusan sumber manusia Pelajar seharusnya dapat:
5.1.1 Fungsi dan peranan a) mentakrifkan pengurusan sumber manusia dan menjelaskan kepentingannya.
pengurus sumber manusia b) menjelaskan fungsi pengurus sumber manusia.
c) membincangkan cabaran pengurusan sumber manusia.
5.1.2 Pengurusan sumber d) menjelaskan pengurusan sumber manusia strategik yang merangkumi menarik,
manusia strategik membangun dan mengekal sumber manusia.

5.2 Perancangan sumber manusia Pelajar seharusnya dapat:


5.2.1 Proses perancangan a) menjelaskan maksud dan objektif perancangan sumber manusia.
sumber manusia b) menjelaskan proses perancangan sumber manusia yang meliputi analisis kerja
(penghuraian kerja dan spesifikasi kerja), menentukan keperluan dan memenuhi
keperluan.
c) menjelaskan analisis kerja yang merangkumi penghuraian dan spesifikasi kerja.
5.2.2 Penentuan keperluan d) menjelaskan kaedah menentukan keperluan sumber manusia termasuklah meramal
sumber manusia sumber dalaman dan luaran, carta penggantian dan inventori kemahiran.
e) menghuraikan faktor-faktor keperluan sumber manusia termasuklah perubahan
teknologi, perubahan sosioekonomi, pertumbuhan perniagaan dan penamatan
perkhidmatan.
5.2.3 Pengambilan sumber f) menjelaskan proses pengambilan yang merangkumi menarik minat, pemilihan,
manusia penawaran kerja dan induksi.
(i) merekrut g) menjelaskan tindakan menarik minat termasuklah iklan, hebahan umum, head-
hunting, walk-in dan lain-lain.
(ii) pemilihan h) menjelaskan aspek pemilihan yang merangkumi borang pemohonan, semakan
rujukan, temu duga dan ujian.
(iii) penawaran kerja i) menjelaskan penawaran kerja meliputi syarat-syarat perkhidmatan.
(iv) induksi j) menjelaskan induksi yang merangkumi tujuan, kandungan program dan masalah
pelaksanaan.

5.3 Latihan dan pembangunan Pelajar seharusnya dapat:


a) mentakrifkan maksud latihan dan pembangunan serta peranan dan kepentingannya.
b) menjelaskan jenis-jenis latihan yang dikendalikan dan menilai kebaikan dan
kelemahannya.

5.4 Penilaian prestasi kerja Pelajar seharusnya dapat:


a) mentakrifkan maksud penilaian prestasi serta menjelaskan peranan dan
kepentingannya.
b) menjelaskan kaedah-kaedah penilaian prestasi.
c) menjelaskan ciri-ciri penilaian prestasi yang berkesan.
d) membincangkan masalah dalam penilaian prestasi.

5.5 Pampasan Pelajar seharusnya dapat:


a) menjelaskan maksud pampasan, tujuan dan kepentingannya.
b) menjelaskan ganjaran merangkumi gaji, upah dan elaun [elaun sara hidup (COLA),
elaun khidmat awam, elaun perumahan dan sebagainya].
c) menjelaskan faedah yang berbentuk wang dan bukan wang termasuklah insurans
pekerja, caruman KWSP, kemudahan kesihatan, percutian, kemudahan pinjaman,
tempat penjagaan kanak-kanak, keahlian badan profesional dan kelab, kemudahan
kebajikan dan keselamatan pekerja dan seumpamanya.
d) menjelaskan penentu-penentu pampasan.
Tajuk 4 - Kewangan 86

Tajuk Hasil Pembelajaran


5.6 Tindakan disiplin dan penamatan Pelajar seharusnya dapat:
perkhidmatan a) mentakrifkan maksud disiplin dalam perjawatan.
b) menjelaskan proses tindakan disiplin yang merangkumi amaran lisan, amaran
bertulis, surat tunjuk sebab, inkuiri dan hukuman.
c) menjelaskan masalah dalam tindakan disiplin.
d) menjelaskan jenis-jenis hukuman berkaitan disiplin.
e) menjelaskan skim kemudahan penamatan perkhidmatan sama ada secara wajib,
sukarela atau diberhentikan (rentrenchment).

5.7 Perhubungan industri Pelajar seharusnya dapat:


a) mentakrifkan maksud perhubungan industri dan kepentingannya.
b) menjelaskan fungsi peranan dan kepentingan kesatuan sekerja termasuklah Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan lain-lain.
c) menjelaskan kaedah mengekalkan hubungan harmoni antara majikan dan pekerja.
Tajuk 4 - Kewangan 87

5.1 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

5.1.1 FUNGSI DAN PERANAN PENGURUS SUMBER MANUSIA


Takrif pengurusan  objektif, falsafah, polisi, amalan dan prosedur yang dilakukan dalam sesebuah
sumber manusia organisasi untuk menguruskan sumber manusia
 melibatkan aktiviti merancang dan mengambil sumber manusia, menjalankan
induksi, memberi latihan, membangunkan pekerja, menilai prestasi pekerja,
memberi faedah dan ganjaran serta menguatkuasakan tindakan disiplin
Kepentingan  memastikan organisasi mempunyai bilangan tenaga kerja yang mencukupi supaya
pengurusan sumber semua aktiviti organisasi berjalan lancar
manusia  memastikan pekerja yang berkebolehan dan berkelayan sentiasa ada dalam
organisasi apabila diperlukan supaya peluang perniagaan tidak terlepas
 memastikan sumber dan kaedah pemilihan yang sesuai digunakan supaya calon
yang sesuai dan tepat dipilih menyertai organisasi
 memastikan organisasi mencapai tahap tenaga kerja yang optimum supaya kos
pengeluaran dan perkhidmatan dapat diminimumkan
 membangunkan sistem ganjaran dan pampasan yang adil untuk memastikan tahap
motivasi pekerja yang tinggi
 memastikan sumber tenaga kerja sentiasa berkualiti untuk meningkatkan daya saing
 merancang dan mengurus program latihan dan pembangunan yang dapat
meningkatkan kompetensi pekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi atau
meningkatkan kelebihan daya saing
 membangunkan program penilaian prestasi yang dapat mengenal pasti tahap
kemahiran dan keupayaan pekerja bagi membantu pihak pengurusan membuat
keputusan dari aspek kenaikan pangkat, program latihan dan pembangunan,
tindakan disiplin atau pemberian bonus
Fungsi pengurus Pengantara
sumber manusia  bertindak sebagai orang tengah antara pekerja dengan pengurusan atasan dan antara
i. Pengantara pekerja dengan kesatuan sekerja
ii. Perancang  membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan pekerja seperti tindakan disiplin
iii. Penilai prestasi  membawa pendapat atau idea pekerja kepada pengurusan atasan
iv. Fasilitator
v. Penyelaras Perancang
 merancang dan mengurus aktiviti pengrekrutan, pemilihan dan pengambilan pekerja
 merancang program latihan dan pembangunan yang sesuai
 menganalisis dan merancang keperluan sumber manusia pada masa hadapan

Penilai prestasi
 menilai prestasi pekerja dengan menggunakan kaedah penilaian prestasi yang
sistematik
 memastikan pekerja menerima ganjaran atau hukuman yang bersesuian dengan
prestasi kerja mereka
Fasilitator
 merancang dan menyediakan program latihan dan pembangunan yang sesuai dengan
matlamat organisasi
 membimbing pekerja semasa program latihan dan pembangunan bagi memastikan
program mencapai matlamat yang ditetapkan
Penyelaras
 menyelaras hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja
 memastikan pekerja mendapat perlindungan yang bersesuaian dengan jenis kerja
yang dilakukan
Tajuk 4 - Kewangan 88

Cabaran Peningkatan bilangan pekerja wanita


pengurusan sumber  perlu peka dengan keperluan dan masalah pekerja wanita
manusia  perlu menyelesaikan beberapa isu seperti pengambilan cuti yang banyak seperti cuti
i. Peningkatan bersalin, penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak, masalah gangguan seksual dan
bilangan pekerja masalah diskriminasi pekerja wanita oleh pekerja lelaki
wanita  memastikan pekerja wanita yang berkelayakan tidak dinafikan peluang kenaikan
ii. Kepelbagai tenaga pangkat
kerja
iii. Globalisasi Kepelbagaian tenaga kerja
iv. Peningkatan buruh  kepelbagaian dari segi jantina, agama, bangsa, keupayaan, kemahiran, pendidikan
asing dan sebagainya
v. Perkembangan
 perlu peka kepada setiap perbezaan pekerja dari aspek budaya, kepercayaan dan
teknologi
vi. Sistem perundangan
sensitiviti kaum
vii. Perubahan semasa  memastikan tidak wujud diskriminasi di kalangan pekerja terutamanya terhadap
pekerja dalam kategori orang kelainan upaya (OKU)
Globalisasi
 pekerja bebas untuk berpindah dari satu organisasi ke organisasi lain yang
menawarkan gaji, kemudahan dan faedah yang lebih baik
 organisasi yang berkemampuan akan mengambil pekerja-pekerja terbaik dari luar
negara
 perlu memastikan organisasi mempunyai sistem ganjaran yang terbaik untuk
bersaing dengan organisasi lain serta mengelakkan perpindahan pekerja
 perlu meningkatkan kualiti pekerja supaya organisasi kekal kompetitif dalam
pasaran
Peningkatan buruh asing
 perlu peka dengan perbezaan budaya, bahasa dan latar belakang
 perlu menyediakan persekitaran kerja yang saling memahami dan menghormati
masyarakat setempat
 perlu mengambil kira isu masalah sosial yang dilakukan oleh buruh-buruh asing
 merancang program latihan yang sesuai bagi memastikan mereka mampu
menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi
Perkembangan teknologi
 pekerja perlu didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini seperti
perkembangan teknologi maklumat
 penting untuk meningkatkan kecekapan pekerja dan daya saing organisasi
 perlu menyediakan program latihan yang sesuai bagi memastikan pekerja tidak
ketinggalan dalam arus perkembangan pesat teknologi
Sistem perundangan
 perlu mematuhi semua undang-undang atau akta berkaitan pekerja yang digubal
oleh kerajaan
 supaya tidak berhadapan dengan masalah atau tindakan undang-undang oleh
kerajaan
 antara akta-akta yang terlibat ialah Akta Pekerjaan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Akta Keselamatan Sosial
Perubahan semasa
 perlu peka terhadap setiap perubahan yang berlaku dalam dunia perniagaan
 antaranya ialah perubahan dasar-dasar kerajaan seperti penetapan gaji minimum dan
visa pekerja asing
 perlu peka dengan perubahan dalam peruntukan akta yang berkaitan pekerja
 sentiasa merujuk dengan agensi kerajaan yang berkaitan
Tajuk 4 - Kewangan 89

5.1.2 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA STRATEGIK


Menarik sumber  merancang pengambilan pekerja mengikut keperluan organisasi dalam jangka
manusia pendek dan jangka panjang
 merancang keperluan pekerja dari aspek kuantiti dan kualiti
 merancang program pengrekrutan yang sesuai untuk memilih pekerja yang sesuai

Membangun sumber  menyediakan program latihan dan pembangunan yang dapat memenuhi keperluan
manusia semasa dan masa hadapan organisasi
 memastikan pekerja sentiasa menguasai dan mengasah kemahiran dan pengetahuan
baharu
Mengekal sumber  menyediakan sistem ganjaran, faedah dan pampasan yang baik dan kompetitif
manusia  supaya dapat meningkatkan motivasi pekerja dan mempengaruhi pekerja untuk
kekal dalam organisasi

Ulang kaji subtajuk - 5.1 Pengurusan sumber manusia


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 90

5.2 PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

5.2.1 PROSES PERANCANGAN SUMBER MANUSIA


Maksud  aktiviti sistematik dan komprehensif yang melibatkan proses membuat ramalan dan
perancangan perancangan tentang keperluan sumber manuasia pada masa kini dan masa akan
sumber manusia datang
 serta mengenal pasti langkah-langkah yang sesuai untuk memenuhi keperluan
sumber manusia tersebut
Objektif  meramalkan bilangan dan jenis pekerja pada masa hadapan
perancangan  memastikan bilangan dan jenis pekerja pada masa kini adalah mencukupi
sumber manusia  membandingkan permintaan dan penawaran sumber manusia
 membentuk dan melaksanakan rancangan sumber manusia
 menilai rancangan yang terlaksana untuk menentukan keberkesanannya

Proses perancangan
sumber manusia

Analisis kerja
 proses mengumpul dan menganalisis maklumat berkenaan kerja
 mengenal pasti kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan keperluan lain yang
penting untuk melaksanakan sesuatu kerja
 terbahagi kepada dua iaitu:
 Penghuraian kerja
 satu dokumen formal yang menerangkan tugas dan tanggungjawab
individu yang memegang jawatan tersebut
 mengandungi aspek-aspek seperti tujuan sesuatu kerja, tugas-tugas
utama, tanggungjawab kerja dan bagaimana kerja tersebut harus
dilakukan
 Spesifikasi kerja
 satu dokumen formal yang menerangkan kelayakan yang perlu
dimiliki oleh individu yang memegang jawatan tersebut
 mengandungi penyataan kelayakan minimum dari aspek kelulusan,
pendidikan dan pengalaman, kebolehan, kemahiran fizikal dan
pelesenan
Menentukan keperluan
 menentukan keperluan sumber manusia dari aspek kuantiti, kualiti dan jenis pekerja
yang diperlukan
 membandingkan peramalan sumber manusia dengan inventori sumber manusia
 menentukan sama ada wujud lebihan atau kurangan sumber manusia

Memenuhi keperluan
 memastikan matlamat organisasi untuk mendapat pekerja yang dikehendaki tercapai
 melakukan aktiviti-aktiviti seperti program pengrekrutan untuk memilih pekerja
yang sesuai
Tajuk 4 - Kewangan 91

5.2.2 PENENTUAN KEPERLUAN SUMBER MANUSIA


Kaedah menentukan Meramal sumber dalaman
keperluan sumber  mengenal pasti pekerja yang sedang berkhidmat dalam organisasi untuk mengisi
manusia kekosongan jawatan
i. Meramal sumber  mengenal pasti pekerja yang boleh dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat atau
dalaman dipindahkan ke jabatan lain untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ada
ii. Meramal sumber
luaran Meramal sumber luaran
iii. Carta penggantian  mengenal pasti calon dari luar organisasi untuk mengisi kekosongan jawatan
iv. Inventori kemahiran  terdiri daripada pekerja organisasi lain, graduan universiti dan penganggur
v. Analisis trend
Carta penggantian
 senarai pemegang jawatan semasa dan senarai calon pekerja yang bakal
menggantikan pemegang jawatan jika berlaku kekosongan jawatan
Inventori kemahiran
 fail peribadi pekerja yang mengandungi maklumat tentang pendidikan, pengalaman,
minat, kemahiran, latihan yang dihadiri dan lain-lain
 membolehkan organisasi mengenal pasti calon-calon yang sesuai untuk mengisi
kekosongan jawatan
Analisis trend
 kaedah menganalisis trend kuantiti dan kualiti pekerja pada tahun-tahun sebelumnya
 membolehkan organisasi membuat unjuran keperluan pekerja untuk masa hadapan

Faktor-faktor Perubahan teknologi


keperluan sumber  perkembangan teknologi telah membawa perubahan besar dalam cara kerja dalam
manusia organisasi
i. Perubahan  organisasi memberi keutamaan kepada pekerja yang berkemahiran, cekap dan
teknologi berkesan serta sesuai dengan perkembangan teknologi pada masa kini dan msa
ii. Perubahan hadapan
sosioekonomi
iii. Pertumbuhan Perubahan sosioekonomi
perniagaan  peningkatan golongan rakyat berpendidikan tinggi, peningkatan jangka hayat rakyat
iv. Penamatan dan peningkatan golongan wanita yang bekerja antara faktor yang mempengaruhi
perkhidmatan corak pengambilan sumber manusia sesebuah organisasi
 kemajuan dan kemelesetan ekonomi juga akan mempengaruhi penawaran dan
permintaan tenaga kerja
Pertumbuhan perniagaan
 peningkatan jumlah perniagaan baharu akan menyebabkan permintaan terhadap
tenaga kerja akan meningkat
 perkembangan perniagaan sedia ada seperti pembukaan cawangan baharu juga
mempengaruhi corak keperluan tenaga kerja
Penamatan perkhidmatan
 tindakan menamatkan kontrak antara pekerja dengan pihak majikan
 disebabkan organisasi ingin mengurangkan bilangan tenaga kerja atau
mengurangkan saiz organisasi bagi tujuan pengurangan kos
 ini akan menyebabkan berlaku perubahan dalam keperluan sumber manusia
organisasi berkenaan
Tajuk 4 - Kewangan 92

5.2.3 PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA


Proses pengambilan
sumber manusia

Menarik minat  melibatkan usaha mencari dan menarik minat sekumpulan calon-calon yang
(Merekrut) berpotensi dan berkelayakan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong dalam
organisasi
 menggunakan sumber dalaman iaitu mendapatkan calon pekerja dari kalangan
pekerja sedia ada dalam organisasi bagi mengisi kekosongan jawatan
 menggunakan sumber luaran iaitu mendapatkan calon pekerja dari pelbagai sumber
luar organisasi bagi mengisi kekosongan jawatan
 antara tindakan yang dilakukan untuk menarik minat sumber luaran ialah:
 Iklan
 pengumuman melalui media cetak atau media elektronik mengenai
jawatan kosong dalam organisasi
 Hebahan umum
 tindakan organisasi menyebarkan kekosongan jawatan melalui
agensi-agensi tertentu seperti jabatan buruh dan agensi pekerjaan
 Head-hunting
 tindakan proaktif organisasi mencari calon yang berkelayakan di
luar organisasi seperti pelajar universiti yang akan tamat pengajian
 Walk-in
 juga dikenali sebagai temu duga terbuka
 organisasi membuat temu duga secara terus pada tarikh dan
tempat yang ditetapkan
 calon pekerja boleh terus menghadiri temu duga berkenaan tanpa
perlu membuat janji temu
Pemilihan  proses mengenal pasti individu yang mempunyai kelayakan yang relevan dan
i. Borang permohonan memenuhi syarat daripada sekumpulan calon yang memohon
ii. Semakan rujukan  aspek-aspek pemilihan ialah:
iii. Temu duga
iv. Ujian  Borang permohonan
 mengandungi butiran peribadi, kelayakan akademik, pengalaman
kerja, minat dan lain-lain butiran yang berkaitan
 juga dilampirkan salinan sijil-sijil yang berkaitan
 Semakan rujukan
 senarai individu yang akan dihubungi oleh organisasi untuk
memeriksa kebenaran maklumat calon atau mendapatkan
maklumat tambahan berkenaan calon
 biasanya terdiri daripada majikan terdahulu atau tenaga pengajar
di tempat calon itu belajar
 Temu duga
 proses pertukaran maklumat antara organisasi dengan calon
 organisasi akan cuba mendapatkan maklumat terperinci daripada
calon tentang pengalaman, kemahiran, sikap calon, personaliti dan
sebagainya
 memberi peluang kepada organisasi untuk mengenali calon dengan
mendalam terutama dari aspek emosi dan sikap calon
Tajuk 4 - Kewangan 93

 Ujian
 bertujuan untuk mengenal pasti calon yang benar-benar memiliki
pengetahuan, kebolehan, kemahiran dan keupayaan berkaitan
jawatan yang dipohon
 contoh ujian ialah ujian kecerdasan, ujian personaliti, ujian
kecekapan, ujian kesihatan, ujian fizikal dan ujian bakat
Penawaran kerja  tindakan menawarkan kerja secara rasmi kepada calon yang layak setelah pemilihan
dibuat
 tawaran dibuat melalui surat tawaran atau surat pelantikan yang mengandungi
syarat-syarat perkhidmatan seperti jawatan yang ditawarkan, tarikh mula bekerja,
tempoh percubaan dan pengesahan jawatan, gaji, faedah-faedah sampingan, waktu
dan tempat bekerja, peraturan dan syarat kerja, cuti tahunan dan cuti-cuti lain serta
hak majikan dan pekerja
Induksi  satu program orientasi untuk memberi pendedahan awal kepada pekerja baharu
supaya mereka dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan
serta memahami budaya dan persekitaran organisasi
 tujuan program induksi ialah:
 membantu pekerja baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja
yang baharu serta mengurangkan perasaan cemas dan bimbang
 membolehkan pekerja baharu menjalankan tugas dengan lancar dan
berkesan
 memupuk perhubungan yang mesra dengan pihak pengurusan dan
pekerja lain dalam organisasi
 menerangkan aspek-aspek penting yang berkaitan skop kerja, peraturan,
polisi dan budaya organisasi kepada pekerja baharu
 meningkatkan keyakinan pekerja dan membentuk tanggapan positif
terhadap organisasi
 kandungan program induksi ialah:
 organisasi  pekerja akan didedahkan kepada sejarah dan latar
belakang organisasi, polisi, budaya dan produk atau perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh organisasi
 perkenalan  pekerja akan diperkenalkan kepada pihak pengurusan
atasan, ketua jabatan, rakan sejawat dan pekerja-pekerja lain
 ganjaran  pekerja akan diberi penerangan tentang jenis faedah dan
ganjaran seperti gaji, bonus dan komisen serta faedah bukan kewangan
seperti cuti dan kemudahan perubatan
 tugas  pekerja akan diberi penerangan mengenai tugas dan
tangungjawab kerja, waktu kerja, keadaan tempat kerja dan syarat-syarat
perkhidmatan
Tajuk 4 - Kewangan 94

 masalah dalam pelaksanaan program induksi ialah:


 penceramah tidak mempunyai kemahiran komunikasi untuk
menyampaikan maklumat
 pengurus jabatan tidak memberikan kerjasama untuk membenarkan
pekerjanya menyertai program induksi atas alasan kekurangan tenaga
kerja
 kekurangan maklumat dan pengetahuan penceramah mengenai perkara-
perkara tertentu berkaitan kerja dan organisasi
 program induksi melibatkan kos pengendalian yang tinggi
 kesukaran memilih masa dan tempat yang sesuai untuk mengadakan
program induksi
 sikap pekerja yang sambil lewa semasa menyertai program induksi

Ulang kaji subtajuk - 5.2 Perancangan sumber manusia


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 95

5.3 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Maksud latihan  satu program yang dibentuk untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan
keupayaan pekerja untuk memenuhi keperluan pekerjaan semasa
Maksud  satu program yang dibentuk untuk membangunkan kerjaya pekerja dalam organisasi
pembangunan pada masa hadapan
 sebagai persediaan untuk pekerja menerima tanggungjawab dan tugas yang lebih
berat pada masa hadapan
Peranan dan  meningkatkan produktiviti pekerja kerana pengetahuan, kemahiran dan kecekapan
kepentingan pekerja meningkat
program latihan dan  mengurangkan kesilapan pekerja dan dapat menjimatkan kos penyelenggaraan
pembangunan  meningkatkan semangat dan motivasi pekerja apabila pekerja mendapat kemahiran
dan pengetahuan baharu dan seterusnya akan diaplikasi semasa menjalankan tugas
 pekerja akan berasa dihargai oleh organisasi apabila dipilih mengikuti program
latihan dan pembangunan
 meningkatkan kesetiaan pekerja kerana pekerja mempunyai tanggapan positif
tentang kepentingan sumbangan mereka kepada organisasi
 mendedahkan pekerja kepada perkembangan teknologi terkini
 membentuk reputasi sebagai organisasi yang mementingkan pembangunan pekerja

Jenis-jenis latihan Latihan sambil kerja


i. Latihan sambil  pekerja dilatih sambil menjalankan tugas di tempat pekerjaan sebenar
kerja  pekerja melakukan kerja dengan bimbingan daripada penyelia atau jurulatih yang
ii. Latihan di luar berpengalaman
kerja  dapat membekalkan pengalaman bekerja sebenar kepada pekerja
iii. Pembelajaran
 contohnya ialah pusingan kerja, latihan perantisan, melakukan tugas khas,
kendiri
iv. Simulasi pemindahan atau pertukaran kerja secara mendatar
v. Kajian kes Latihan di luar kerja
 latihan diberikan di lokasi yang lain daripada tempat kerja sebenar
 latihan dilakukan di luar waktu kerja dengan pekerja diberi pelepasan atau cuti
seperti cuti belajar atau cuti tanpa rekod
 contohnya ialah pekerja menghadiri kursus atau seminar seperti seminar motivasi
dan kepimpinan atau menjalani sangkutan (attachment) di luar organisasi
Pembelajaran kendiri
 dilakukan sendiri oleh pekerja dengan mengambil inisiatif sendiri seperti
mendapatkan maklumat melalui pembacaan atau melayari laman web tertentu
 membuat penilaian kendiri untuk menilai tahap penguasaan

Simulasi
 dijalankan dengan menggunakan teknik sebenar berdasarkan model yang serupa
 menggunakan peralatan sebenar supaya pekerja mengalami pengalaman seolah-olah
berada di tempat kerja yang sebenar
Kajian kes
 menggunakan kes-kes yang mempunyai masalah atau kes yang perlu diselesaikan
 pekerja akan membuat analisis, pendapat dan cadangan untuk menyelesaikan
masalah tersebut

Ulang kaji subtajuk - 5.3 Latihan dan pembangunan


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 96

5.4 PENILAIAN PRESTASI KERJA

Maksud penilaian  proses menilai pencapaian pekerja dalam melaksanakan tugasnya dari aspek kualiti
prestasi dan kuantiti bagi suatu tempoh tertentu secara sistematik
 proses menilai semula aktiviti kerja yang dilakukan oleh seorang individu pada
masa lalu bagi memastikannya telah memberi sumbangan ke arah pencapaian
objektif organisasi
Peranan dan Menentukan kadar ganjaran
kepentingan dari  sebagai asas untuk menentukan pemberian bonus, kenaikan gaji, kenaikan pangkat
aspek pentadbiran dan ganjaran-ganjaran lain
i. Menentukan kadar
ganjaran Sebagai kawalan sumber manusia
ii. Sebagai kawalan  untuk menentukan penambahan atau pengurangan pekerja
sumber manusia  sebagai asas untuk penentuan bidang tugas dan tanggungjawab pekerja
iii. Pemberian latihan
dan pembangunan Pemberian latihan dan pembangunan
iv. Keberkesanan  untuk mengenal pasti program latihan dan pembangunan yang perlu diberikan
pemilihan dan kepada pekerja
latihan  untuk mengenal pasti pekerja-pekerja yang perlu diberi latihan dan pembangunan
v. Tahap pencapaian
dan kekuatan Keberkesanan pemilihan dan latihan
sumber manusia  sebagai maklum balas kepada organisasi tentang keberkesanan pemilihan pekerja
vi. Bukti tuntutan di dan program latihan yang dijalankan
mahkamah
Tahap pencapaian dan kekuatan sumber manusia
 sebagai maklum balas berkaitan tahap pencapaian pekerja-pekerja
 memberi maklumat kepada organisasi tentang kekuatan sumber manusia yang
terdapat dalam organisasi
Bukti tuntutan di mahkamah
 sebagai sumber bukti yang berguna apabila pekerja mengemukakan tuntutan
terhadap organisasi di mahkamah
Peranan dan Piawaian prestasi pekerja
kepentingan dari  menjadi asas dalam menetapkan piawaian atau tahap prestasi yang perlu dicapai
aspek pembangunan oleh pekerja
pekerja
i. Piawaian prestasi Sebagai motivasi dan dorongan
pekerja  pekerja akan lebih berusaha dengan gigih supaya memperoleh markah penilaian
ii. Sebagai moticasi yang paling baik
dan dorongan
iii. Nasihat dan Nasihat dan bimbingan
bimbingan  pekerja diberi nasihat dan bimbingan secara khusus untuk memperbaiki prestasi
iv. Hubungan antara kerja
pekerja dan
pengurusan Hubungan antara pekerja dan pengurusan
v. Pengiktirafan  memberi peluang kepada pekerja untuk mengadakan perbincangan dengan pihak
kepada pekerja pengurusan organisasi mengenai aspek penilaian dan pencapaian
 ia dapat mengeratkan hubungan antara pekerja dengan pihak pengurusan

Pengiktirafan kepada pekerja


 markah penilaian yang baik dan ganjaran yang diberikan kepada pekerja merupakan
satu pengiktirafan kepada pekerja
 ia akan menjadi motivasi untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik
Tajuk 4 - Kewangan 97

Kaedah penilaian Prosedur perbandingan


prestasi  melibatkan perbandingan prestasi antara seorang pekerja dengan pekerja yang lain
i. Prosedur  pemeringkatan akan dibuat daripada pekerja yang menunjukkan prestasi paling baik
perbandingan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi paling lemah
ii. Skala perkadaran
sifat Skala perkadaran sifat
iii. Senarai semakan  membuat penilaian dengan menggunakan skala ke atas setiap sifat atau elemen
kelakuan penilaian seperti personaliti, kualiti kerja, sikap, kepimpinan dan lain-lain
iv. Teknik penilaian  setiap sifat mempunyai skala markah tertentu
esei  skala yang rendah menggambarkan prestasi yang lemah manakala skala yang tinggi
menggambarkan prestasi yang cemerlang
 penilai perlu memberi markah yang sepadan dengan tahap pencapaian pekerja

Senarai semak
 penilai akan menanda pada satu senarai semak berkaitan ciri-ciri atau tingkah laku
pekerja terhadap kerja yang dilakukannya
 penilai akan menanda ciri-ciri yang ada pada pekerja berkenaan
 setiap ciri diberi wajaran tertentu
 ciri-ciri yang ditanda oleh penilai akan dijumlahkan nilai wajarannya

Teknik penilaian esei


 penilai akan menghuraikan prestasi pekerja secara terperinci dalam bentuk esei
 ia merangkumi kekuatan dan kelemahan pekerja yang dinilai
 penilai akan mengemukakan cara-cara untuk memperbaiki prestasi pekerja
berkenaan jika terdapat kelemahan
Ciri-ciri penilaian  penilaian secara berterusan iaitu harus dilakukan sepanjang masa dan bukannya
prestasi yang pada satu-satu tempoh tertentu sahaja
berkesan  aspek penilaian harus mengambil kira aspek penghuraian kerja dan spesifikasi kerja
 penilaian secara adil dan saksama serta bebas daripada unsur pilih kasih
 kaedah penilaian yang sistematik dan mempunyai piawaian yang jelas
 membuat perbandingan yang tepat antara seorang pekerja dengan pekerja yang lain
 kriteria penilaian perlu didedahkan kepada pekerja
 maklum balas terhadap penilai prestasi perlu disampaikan kepada pekerja
 panel penilai hendaklah diberi latihan yang secukupnya mengenai teknik dan
keperluan penilaian
 sistem penilaian yang mudah difahami dan senang untuk dipraktikkan
Tajuk 4 - Kewangan 98

Masalah dalan  kurang objektif bagi pengukuran yang bersifat subjektif seperti rajin atau malas
penilaian prestasi  kesan halo iaitu penilai menilai pekerja berasaskan satu faktor positif dan kemudian
mengandaikan faktor yang lain adalah sama dengan faktor asas tersebut
 kesan horn iaitu penilai menilai pekerja berasaskan satu faktor negatif dan kemudian
mengandaikan faktor yang lain adalah sama dengan faktor asas tersebut
 penilai terlalu bermurah hati dalam memberi markah kepada pekerja yang dinilai
 penilai terlalu tegas dalam memberi markah kepada pekerja yang dinilai
 penilaian bersifat kecenderungan memusat seperti cenderung memberi markah
sederhana kepada semua pekerja yang dinilai
 penilai bersifat bias dalam memberi markah, misalnya dari aspek jantina, bangsa,
mempunyai talian persaudaraan dan hubungan dengan pekerja yang dinilai
 sikap penilai yang sambil lewa dalam melaksanakan penilaian kerana tiada
pemantauan dari pengurusan atasan
 recency error iaitu penilai menilai berdasarkan tingkah laku pekerja yang terkini
 penilaian hanya berdasarkan maklum balas daripada satu sumber sahaja, contohnya
penilaian oleh penyelia tanpa mengambil kira maklum balas pelanggan
 penilai gagal membuat penilaian secara berterusan, contohnya hanya membuat
penilaian pada hujung tahun sahaja
 sistem penilaian prestasi yang lemah seperti tidak mengemas kini elemen-elemen
penilaian berdasarkan perubahan persekitaran, contohnya perkembangan teknologi

Ulang kaji subtajuk - 5.4 Penilaian prestasi pekerja


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 99

5.5 PAMPASAN

Maksud pampasan  pulangan dalam bentuk ganjaran dan faedah kepada pekerja yang telah menjalankan
tanggungjawab dan kerja yang telah diarahkan
 berbentuk kewangan dan bukan kewangan
Tujuan pampasan  ganjaran kepada pekerja yang berusaha dan membantu organisasi mencapai
matlamat yang ditetapkan
 dapat meningkatkan motivasi pekerja
 dapat meningkatkan kesetiaan pekerja kepada organisasi
 memastikan semua pekerja mencapai prestasi yang diharapkan
Kepentingan  untuk membiayai kos sara hidup pekerja
pampasan  sebagai satu pematuhan majikan terhadap peruntukan undang-undang
 memberi motivasi yang tinggi kepada pekerja
 dapat menjamin masa depan pekerja
 dapat mewujudkan hubungan harmonis antara majikan dengan kesatuan sekerja

Ganjaran  gaji
 bayaran asas yang dibayar kepada pekerja sama ada mengikut bulanan,
mingguan atau harian
 dibayar mengikut perjanjian pekerjaan yang dibuat antara majikan dengan
pekerja
 upah
 dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja atau mengikut hari
bekerja atau mengikut output/hasil kerja
 akan dibayar oleh pihak majikan setelah pekerja menyelesaikan tugas yang
diberikan
 elaun
 bayaran tambahan yang akan dibayar oleh majikan kepada pekerjanya
 pemberian elaun bergantung pada jenis jawatan dan tugas yang dijalankan
 contoh-contoh elaun ialah elaun sara hidup (COLA), elaun khidmat awam,
elaun perumahan, elaun pakaian, elaun kerja lebih masa, elaun
pengangkutan dan elaun kritikal
Faedah kewangan  komisen
 bonus
 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 caruman Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO)
 pinjaman kewangan
 perkongsian untung
 biasiswa pendidikan
Faedah bukan  kemudahan perubatan
kewangan  kemudahan percutian
 tempat penjagaan kanak-kanak
 tempat penyusuan bayi
 kemudahan keselamatan
 kemudahan pengangkutan
 kemudahan penginapan
 keahlian badan profesional atau kelab rekreasi
Tajuk 4 - Kewangan 100

Penentu-penentu Kemampuan organisasi


pampasan  bergantung kepada kemampuan kewangan organisasi
 semakin kukuh kewangan organisasi, semakin banyak ganjaran dan faedah yang
diberikan
Jenis tugas dan tanggungjawab
 semakin sukar pelaksanaan tanggungjawab sesuatu kerja, semakin tinggi ganjaran
dan faedah yang diberikan
Undang-undang dan peraturan kerajaan
 kerajaan menetapkan gaji minimum yang perlu dibayar oleh organisasi kepada
pekerja
 kerajaan mewajibkan organisasi membuat caruman ke dalam KWSP dan PERKESO
Ganjaran yang dibayar oleh pesaing
 organisasi perlu memastikan ganjaran dan faedah yang diberikan tidak terlalu
rendah berbanding apa yang ditawarkan oleh pesaing
 bertujuan mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran
Permintaan dan penawaran pekerja
 jumlah ganjaran dan faedah yang ditawarkan bergantung kepada jumlah tenaga kerja
di pasaran dan permintaan industri terhadap pekerja
 apabila sesuatu pasaran mempunyai tenaga kerja yang sedikit sedangkan peluang
pekerjaan adalah banyak, pekerja akan menerima ganjaran dan faedah yang tinggi
Kesetaraan pampasan
 pemberian ganjaran dan faedah bergantung kepada kesetaraan pampasan yang
ditawarkan di dalam dan di luar organisasi bagi industri yang sama

Ulang kaji subtajuk - 5.5 Pampasan


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 101

5.6 TINDAKAN DISIPLIN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN

Maksud disiplin  syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang secara nyata termaktub dalam sesebuah
dalam perjawatan organisasi yang akan mengikat semua ahli dalam organisasi
 seseorang yang memegang sesuatu jawatan bertanggungjawab untuk
melaksanakannya dengan sempurna dan perlu mematuhi disiplin berdasarkan
jawatan yang disandang
Maksud tindakan  hukuman yang dikenakan terhadap pekerja yang didapati melanggar peraturan yang
disiplin telah ditetapkan oleh organisasi
Proses tindakan
disiplin

Amaran lisan
 teguran secara lisan yang tidak didokumenkan
Amaran bertulis
 surat amaran yang dikeluarkan kepada pekerja dan difailkan dalam fail peribadi
pekerja
Surat tunjuk sebab
 meminta pekerja menjelaskan mengapa tindakan disiplin tidak harus dikenakan
terhadapnya
Inkuiri
 majikan menjalankan penyiasatan iaitu meminta penjelasan dengan mengemukakan
soalan kepada pekerja berkaitan kesalahan yang dilakukan
Hukuman
 jika didapati bersalah, pekerja akan dijatuhkan hukuman bersesuaian dengan jenis
kesalahan yang dilakukan
Masalah dalam  pembuktian salah laku iaitu rekod dan bukti yang jelas mesti dikemukakan
tindakan disiplin  makluman tentang peraturan dan prosedur kesalahan salah laku iaitu pekerja mesti
diberikan taklimat dan penerangan yang secukupnya mengenai peraturan-peraturan
syarikat sebelum tindakan boleh diambil
 cabaran perundangan iaitu majikan mestilah memastikan tindakan disiplin diambil
selepas pekerja diberikan hak membela diri selaras dengan peruntukan undang-
undang yang sedang berkuat kuasa
 proses yang mesti diikuti (due process) iaitu majikan terpaksa mengambil langkah-
langkah intervensi yang ditetapkan sebelum tindakan diambil melalui nasihat,
kaunseling dan memberikan peluang kepada pekerja untuk menghentikan
perbuatannya selepas dinasihati kerana kegagalan mematuhi due process akan
meningkatkan risiko majikan didakwa di mahkamah
Jenis-jenis hukuman  menurunkan pangkat
 menggantung pekerja untuk satu tempoh tertentu
 kehilangan faedah yang diterima mengikut syarat-syarat perkhidmatan
 menahan kenaikan gaji tahunan pekerja
 memecat pekerja mengikut prosedur yang ditetapkan dalam undang-undang
pekerjaan
Tajuk 4 - Kewangan 102

Skim kemudahan Penamatan perkhidmatan secara wajib


penamatan  berlaku apabila seseorang pekerja telah mencapai peringkat umur persaraan
perkhidmatan  pekerja yang tamat kontrak dilepaskan oleh organisasi tanpa sebarang syarat
Penamatan perkhidmatan secara sukarela
 seseorang pekerja ingin berhenti daripada terus berkhidmat dalam organisasi secara
sukarela
 perlu mengikuti terma yang ditetapkan oleh kontrak seperti memberi notis dalam
tempoh tertentu atau membuat bayaran balik kepada organisasi
Penamatan perkhidmatan secara pemberhentian
 disebabkan penutupan syarikat, penyusunan semula syarikat, pengurangan
pengeluaran, penggabungan syarikat, pengambilalihan syarikat dan kemelesetan
ekonomi
 juga disebabkan perlanggaran syarat kontrak perkhidmatan oleh pekerja

Ulang kaji subtajuk - 5.6 Tindakan disiplin dan penamatan perkhidmatan


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan
Tajuk 4 - Kewangan 103

5.7 PERHUBUNGAN INDUSTRI

Maksud  hubungan antara pekerja atau kesatuan sekerja dengan majikan


perhubungan  melibatkan tiga pihak iaitu majikan, pekerja dan kerajaan
industri  melibatkan Akta Perhubungan Industri 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959
Kepentingan  tindakan mencegah dan menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat atau pertikaian
perhubungan  memelihara hak dan kepentingan pekerja
industri  menggariskan tujuan mengadakan perundingan kolektif
 memperuntukkan kuasa pada mahkamah perusahaan
Maksud kesatuan  satu pertubuhan yang menggabungkan pekerja atau majikan dalam satu industri,
sekerja kumpulan pekerjaan atau perniagaan yang sama
Fungsi kesatuan  mengadakan perundingan yang melibatkan pekerja dan majikan
sekerja  memperjuangkan nasib pekerja dan melindungi hak pekerja daripada dieksploitasi
oleh majikan
 mewakili pekerja sekiranya pekerja terlibat dalam kes-kes mahkamah perusahaan
 menganjur dan membiayai kempen seperti mogok dan piket
 menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan kepada pekerja
 memperjuangkan tingkat gaji dan upah yang adil
Kesatuan-kesatuan  Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Malaysia Trade Union Congress - MTUC)
sekerja di Malaysia  Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Congress of
Union of Employees in the Public and Civil Services - CUEPACS)
 Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia (National Union of the Teaching
Profession - NUTP)
 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank Malaysia (National Union of Bank
Employees - NUBE)
 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang (National Union of Plantation
Workers - NUPW)
Kaedah  mewujudkan suasana tempat kerja yang aman dan selesa
mengekalkan  menguatkuasakan undang-undang buruh dan pekerjaan bagi melindungi pekerja
hubungan harmoni daripada ditindas oleh majikan
antara majikan  memastikan perundingan antara majikan dan pekerja diadakan secara aman
dengan pekerja  kedua-dua pihak harus menunjukkan sikap bersedia untuk berunding
 kedua-dua pihak harus bersedia untuk bekerjasama demi pembangunan organisasi
perniagaan dan pembangunan pekerja sendiri
 menggalakkan komunikasi secara berkesan apabila wujudnya isu-isu berkenaan
pekerjaan
 menggunakan pihak ketiga sebagai orang tengah dalam usaha mencari jalan
penyelesaian terbaik
 sebarang perubahan / pembaharuan peraturan organisasi hendaklah dimaklumkan
dan dirundingkan dengan pihak kesatuan sekerja
 kedua-dua pihak perlu membuat penyiasatan dan memperoleh maklumat yang
lengkap sebelum mengambil sebarang tindakan / tuntutan

Ulang kaji subtajuk - 5.7 Perhubungan industri


Tarikh
ulang kaji
Refleksi /
Catatan

You might also like