You are on page 1of 39

PERNIAGAAN 3766

#Learning@home

BAB 1
TUJUAN PERNIAGAAN DAN
PEMILIKAN PERNIAGAAN

TINGKATAN 4
TAHUN 2020

C) STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN/OBJEKTIF PEMBELAJARAN


STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
KANDUNGAN
Murid boleh: Nota:
1.1 Tujuan
Perniagaan dan 1.1.1 Menerangkan tujuan -Tujuan perniagaan:
Pemilikan perniagaan. Penawaran barang dan perkhidmatan
Perniagaan (i) Untuk keuntungan; dan
(ii) Bukan keuntungan:-
a) Sebagai barang percuma
b) Jualan pada harga kos
c) Jualan bawah kos

-Bentuk pemilikan perniagaan:


1.1.2 Menjelaskan (i) Milikan Tunggal
pelbagai bentuk pemilikan (ii) Perkongsian
perniagaan. (iii) Syarikat Berhad
(iv) Koperasi
(v) Francais
(vi) Usahasama

- Klasifikasi perniagaan
a) Kelompok Sektor:
(i) Sektor utama - perladangan, perikanan,
1.1.3 Mengklasifikasikan perhutanan.
perniagaan mengikut saiz (ii) Sektor kedua - pembuatan, perkilangan,
kecil, sederhana dan pembinaan, kejuruteraan
besar. (iii) Sektor ketiga-perkhidmatan
swasta, perkhidmatan awam, perkhidmatan
sukarela tidak berasaskan keuntungan.

1.1.4 Menerang dan b) Kelompok Saiz:


menganalisis saiz dan (i) Kecil;
skala perniagaan (ii) Sederhana; dan
berdasarkan kriteria (iii) Besar.
tempatan, zon dan
kebangsaan.
c) Skala Perniagaan (keluasan pasaran):
(i) Tempatan;
(ii) Zon;
(iii) Negara; dan
1.1.5 Menjelas dan (iv) Global.
menghubungkaitkan
sesuatu perniagaan
berdasarkan penawaran
barang dan perkhidmatan, Cadangan Aktiviti:
pemilikan, saiz dan skala,
serta klasifikasi - Mengumpul maklumat melalui aktiviti;
perniagaan. (i) keratan akhbar
(ii) melayari internet
(iii) keratan majalah
1.1.6 Menjelaskan (iv) rumusan pembacaan
perkembangan perniagaan (v) kajian kes
pada sektor utama, kedua
dan ketiga.

- Menonton rakaman video atau siaran


televisyen:
(i) Perbincangan kumpulan
(ii) Membuat ulasan
(iii) Membuat pembentangan

-Mengadakan lawatan:
(i) Tinjauan ke atas perniagaan tempatan
(ii) Lawatan sambil belajar
(iii) Lawatan sambil membeli

-Mengelaskan aktiviti perniagaan berdasarkan


sektor utama, kedua dan ketiga berpandukan
petikan teks atau gambar foto.

-Merumuskan perkembangan semua sektor


perniagaan.
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
Menyatakan tujuan perniagaan dan pemilikan perniagaan.
1
2 Menerangkan perniagaan dari aspek penawaran barang dan perkhidmatan, pemilikan
perniagaan, saiz, skala, dan klasifikasinya.

3 Membanding dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai bentuk pemilikan


perniagaan

4 Menjelaskan dengan contoh sesuatu perniagaan mengikut penawaran barang dan


perkhidmatannya, pemilikan, saiz, skala, dan klasifikasinya

5 Menjelas dan merumuskan perkaitan bentuk pemilikan perniagaan dengan saiz, skala
dan klasifikasinya

6 Menilai perkembangan sesebuah perniagaan setempat berdasarkan aktiviti, bentuk


pemilikan, saiz, skala dan klasifikasinya.

NOTA BAB 1 : TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN


1.1 TUJUAN PERNIAGAAN
a) menawarkan barang atau perkhidmatan.
b) memenuhi keperluan dan kehendak manusia
c) untuk mendapatkan keuntungan (untuk organisasi bermotifkan untung)
d) Bukan bermatlamatkan untung (untuk organisasi bukan bermotifkan untung)
e) Membantu masyarakat yang memerlukan
f) menjalankan tanggungjawab sosial

- Terdapat pelbagai jenis perniagaan wujud untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu.
Contoh barang dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah makanan, telefon bimbit dan
perubatan(perkhidmatan).

Barang

-Benda yang dapat dilihat, disentuh@dipegang

-Dihasilkan dari proses pengeluaran

-Untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia

Perkhidmatan

Aktiviti seseorang/individu yang beri manfaat pada orang lain

-seperti sumbangan tenaga fizikal dan mental,kemahiran,kepakaran dan pengalaman.

Gabungan barang dan perkhidmatan

-Perniagaan yang menjual barang dan juga perkhidmatan

-Contoh: Salon kecantikan

-Perkidmatan : Rawatan muka

-Barang : Produk kecantikan(pencuci muka, krim pelembab)

ORGANISASI BERMOTIFKAN UNTUNG (OBU)

 Terlibat secara langsung dalam pengeluaran barang.

 Jual barang @ perkhidmatan untuk dapat untung

 Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

KEPENTINGAN KEUNTUNGAN KEPADA PERNIAGAAN.


a) Ukur tahap prestasi dan hala tuju perniagaan.

b) Mengembangkan perniagaan.

c) Melambangkan imej perniagaan.

d) Menarik pelaburan baru.

e) Menjalankan tanggungjawab sosial(sumbang semula keuntungan untuk masyarakat)

ORGANISASI BUKAN BERMOTIFKAN KEUNTUNGAN (OBBU)

 Memenuhi keperluan orang awam

 Contoh :pendidikan,keagamaan,sosial,budaya

 Membantu orang kurang upaya, miskin, gelandangan,warga tua dan haiwan terbiar.

MATLAMAT PENUBUHAN

-Tidak bermotifkan keuntungan.

-Meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan.

-Penglibatan semua golongan membantu golongan yang tidak berkemampuan.

KAEDAH PERNIAGAAN BAGI OBBU

a) Secara Percuma

Barang secara percuma disediakan oleh kerajaan atau NGO. Contoh : Jabatan Kebajikan
Masyarakat

b) Jualan pada harga Kos


-Penjual tidak dapat untung/Harga barang sama dengan harga kos.
-Harga yang dikenakan hanya untuk tampung kos jualan
c) Jualan pada harga Di bawah kos
-Harga jualan rendah berbanding dengan kos sebenar.
-Mendapat subsidi dari kerajaan

1.2 BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN


a) Milikan Tunggal
b) Perkongsian
c) Koperasi
d) Syarikat Berhad

https://companiesinc.com/ms/start-a-business/non-profit/

MILIKAN TUNGGAL
 Dimiliki dan dikawal oleh seorang individu sahaja.

 Sumber pembiayaan daripada wang simpanan, pinjaman saudara mara, agensi


kerajaan,institusi kewangan/modal sendiri

 Cukai rendah/Keuntungan akan dikenakan cukai pendapatan perseorangan

 Didaftarkan di pejabat pendaftaran perniagaan di SSM(suruhanjaya Syarikat malaysia)

 Kos overhead yang lebih rendah

 Menikmati kesuluruhan untung perniagaan

 Fleksibel dari segi masa operasi

 Mudah ubah strategi/ bebas buat keputusan

 Cepat selesaikan masalah dan rungutan pelanggan

 Mudah ditubuhkan/ tak banyak syarat penubuhan

 Mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan

 Perlu daftar dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh mula berniaga

PENDAFTARAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL

Mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan

Hantar kepada
Isi borang Mengisi Borang
pendaftar
carian nama A
perniagaan, SSM

Buat bayaran. Dapatkan Borang D


Nama sendiri :RM30 iaitu Sijil Perakuan
Nama Tred : RM60 Pendaftaran Perniagaan

a) Mendapatkan lessen perniagaan daripada pihak Berkuasa Tempatan

https://www.smeinfo.com.my/my/perniagaan-yang-sah/panduan-proses-pendaftaran-perniagaan)

https://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Syarikat_Malaysia

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MILIKAN TUNGGAL


KELEBIHAN KEKURANGAN

Mudah ditubuhkan Diuruskan secara berseorangan

Tak banyak syarat Sukar berkembang

Mudah diurus-saiz kecil Beban kerja semua ditanggung pemilik

Pemilik bebas urus perniagaan Perniagaan tidak berterusan

Keputusan dibuat oleh pemilik Perniagaan tutup jika pemilik meninggal dunia

Beban cukai rendah Sukar kongsi kepakaran

Pemilik hanya perlu bayar cukai individu Pemilik tanggung liabiliti tidak terhad

PERKONGSIAN

 Kerjasama antara 2 atau lebih individu

 Bersetuju jalankan perniagaan bersama

 Kongsi modal, kepakaran,pemgalaman dan pengetahuan

 Rakan kongsi akan mengikat perjanjian melalui perjanjian perkongsian.

KANDUNGAN PERJANJIAN PERKONGSIAN

 Nama firma

 Nama semua rakan kongsi

 Hak dan tanggungjawab rakan kongsi

 Jenis dan tempat perniagaan

 Pembahagian untung dan rugi

 Cara jalankan perniagaan

 Cara tamatkan perniagaan

(https://www.permohonan.my/cara-daftar-ssm-online/)
CIRI-CIRI PERKONGSIAN

 Bilangan rakan kongsi antara 2 hingga 20 orang

 Untuk profesion tertentu(doktor,peguam,akauntan) boleh sehingga 50 orang

 Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

 Berkongsi modal/ kepakaran/pengalaman/pengetahuan

 Rakan kongsi ikat perjanjian melalui perjanjian perkongsian

JENIS-JENIS RAKAN KONGSI DAN LIABILITI

JENIS RAKAN KONGSI LIABILITI

1 Rakan kongsi berhad -liabliti setakat jumlah modal yang dilaburkan sahaja
-tiada kuasa urus perniagaan
-boleh semak rekod dan akaun perniagaan

2 Rakan kongsi lelap -liabiliti tidak terhad


-tidak aktif dalam pengurusan
-sumbang modal sahaja

3 Rakan kongsi biasa -liabiliti tidak terhad


-berhak urus perniagaan

4 Rakan kongsi aktif -liabiliti tidak terhad


-aktif dalam pengurusan
-dibayar gaji

5 Rakan kongsi nominal -liabiliti tidak terhad


-hanya guna nama sahaja
-tidak keluarkan modal

TANGGUNGJAWAB RAKAN KONGSI

 Menjaga kepentingan rakan kongsi yang lain


 Lindungi rahsia perniagaan
 Memajukan perniagaan(cari sumber dan peluang
 Selesaikan masalah perniagaan(beri idea dan pendapat)
JENIS- JENIS PERKONGSIAN DAN BILANGAN RAKAN KONGSI

-Perkongsian ada 3 jenis iaitu :

1) Perkongsian Biasa- Bilangan rakan kongsi antara 2 hingga 20 orang

2) Perkongsian Berhad-Bilangan rakan kongsi antara 2 hingga 50 orang

3) Perkongsian Liabiliti Terhad-Bilangan rakan kongsi ialah 2 orang dan tiada had maksimum.

Perkongsian biasa Perkongsian berhad Perkongsian liabiliti terhad(PLT)

1.terdiri daripada ahli 1. Terdiri daripada ahli rakan 1.gabungan ciri perkongsian
rakan kongsi biasa kongsi dengan syarikat sdn. Bhd.

2. Menanggung liabiliti 2. Liabiliti terhad setakat modal 2. Liabiliti terhad


tidak terhad yang dilaburkan
3.entiti berasingan
3. Berhak urus 3. Tiada kuasa urus perniagaan
perniagaan Boleh periksa rekod dan akaun 4. Hayat berterusan(perniagaan
perniagaan blh diteruskan walaupun ada
rakan kongsi yg meninggal,tdk
siuman atau muflis

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PERKONGSIAN

KELEBIHAN KEKURANGAN

Modal besar-blh kumpul dari rakan kongsi Modal terhad-sukar berkembang berbanding sykt
berhad

Mudah ditubuhkan-tak banyak peraturan Perniagaan tak berterusan-kalau rakan kongsi


meninggal,muflis perniagaan kena bubar

Kongsi kepakaran Liabiliti tidak terhad-aset peribadi guna untuk


bayar hutang
SYARIKAT BERHAD

 Didaftar dengan ssm di bawah akta syarikat 1965

 Ditubuhkan oleh sekumpulan individu

 Tujuan menjalankan perniagaan

 Terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan pemegang saham

KEANGGOTAAN SYARIKAT BERHAD

1. AHLI LEMBAGA PENGARAH

-yg paling kanan akan dilantik menjadi pengarah urusan

-ALP yg lain akan dilantik menjadi pengarah eksekutif

2. PEMEGANG SAHAM

-pihak yang pegang saham

-hak pemegang saham:-

a)Mengundi dalam mesyuarat agung tahunan

b)Beri pendapat tentang aktiviti dan kewangan syarikat

c)Mempersoal polisi syarikat

d)undi/terima/tolak cadangan ALP yang lain

e)Undi utk lantik ALP

JENIS-JENIS SYARIKAT BERHAD

1. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)


2. Syarikat Awam berhad

CIRI-CIRI SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

 Tertakluk di bawah akta syarikat 1965

 Ahli antara 1 hingga 50 orang

 Saham tidak boleh dijual beli di bursa saham

 Pindah milik saham perlu dapat kebenaran alp

 Modal besar

 Modal tambahan melalui terbitan syer

 Liabiliti terhad
https://www.ssm.com.my/Pages/Home.aspx
 Jika muflis-rugi setakat modal yg dilaburkan sahaja

 Harta peribadi tidak diguna utk bayar hutang

 Pemegang saham paling banyak boleh kawal syarikat.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SYKT SDN.BHD.

KELEBIHAN KEKURANGAN

Modal besar Penawaran syer terhad-max 50 org

Liabiliti terhad Beban cukai tinggi-cukai syarikat

Hal ehwal syarikat dirahsiakan Syer tidak boleh dipindah milik sesuka hati

CIRI-CIRI SYARIKAT AWAM BERHAD

 Ahli antara 2 orang hingga tiada had maksimum

 Saham dijual di bursa saham

 Jika ada pihak yg beli saham dalam kuantiti yg banyak maka pemegang saham asal tanggung
risiko hilang kuasa kawalan syarikat.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SYARIKAT AWAM BERHAD

KELEBIHAN KEKURANGAN

Modal lebih besar Proses tubuh syarikat rumit

Ekonomi bidangan-perniagaan besar-besaran Beban cukai tinggi-cukai syarikat

Liabiliti terhad Pemilik dan pengurusan terpisah

Kewujudan kekal Tiada kerahsiaan


KOPERASI

 Ditubuhkan oleh sekumpulan orang tertentu

 Secara sukarela

 Tujuan-untuk melindungi kepentingan anggotanya

 Konsep “Milik Bersama”

 Contoh:

 Koperasi sekolah-anggotanya ialah pelajar dan kakitangan sekolah

 Koperasi Nelayan-anggotanya ialah nelayan

 Koperasi peladang-anggotanya ialah petani

CIRI-CIRI KOPERASI

 Melaksanakan kegiatan ekonomi untuk memenuhi keperluan anggotanya

 Tidak berunsurkan politik

 Diuruskan berdasarkan akta,peraturan dan undang-undang kecil koperasi

 Modal disumbang oleh anggota

 Anggota boleh buat keputusan dlm perniagaan

 Liabiliti terhad

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

1. Keanggotaan secara sukarela


2. Kawalan secara demokratik
3. Penglibatan dalam ekonomi
4. Kebebasan autonomi
5. Pendidikan,latihan dan maklumat
6. Kerjasama antara koperasi
7. Prihatin terhadap komuniti

KEANGGOTAAN KOPERASI

 Ada 2 aspek tentang keanggotaan iaitu:

i) Jumlah anggota

- Jumlah anggota sekurang-kurangnya 50 org

- Setiap anggota mesti beli modal syer

ii) Hak anggota


https://www.skm.gov.my/index.php/my/perkhidmatan/panduan-penubuhan-koperasi
Setiap anggota ada hak untuk:-

a) Mengundi dalam mesyuarat agung tahunan

b) Terlibat dalam proses buat keputusan

c) Mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi

d) Menerima dividen

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KOPERASI

Kelebihan Kekurangan

Liabiliti terhad Kadar pulangan rendah

Pentadbiran demokrasi-anggota ada hak Pengurusan dan pemilik terpisah-tiada


mengundi dorongan untuk majukan perniagaan

Dikecualikan dari cukai Pemilikan syer terhad-tak boleh lebih 20%

Rebat-insentif kepada pelanggan koperasi Syer tidak boleh dipindah milik

1.3 BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN LAIN


a) Francais
b) Usahasama

FRANCAIS

Ciri-ciri perniagaan francais :-

1. Perniagaan dikendalikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh francaisor

2. Mengikut tempoh seperti dalam perjanjian

3. Menggunakan cap atau rahsia dagangan francaisor

4. Dikawal oleh francaisor

5. Francaisor akan beri bantuan kepada francaisi

6. Francaisi perlu bayar fi kepada francaisor

7. Francaisor dan francaisi menjalankan perniagaan secara berasingan

https://smeinfo.com.my/my/francais/langkah-langkah-untuk-perniagaan-francais-anda
PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS

FRANCAISOR

 Ialah syarikat Induk yang memiliki hak asal jenama sesuatu produk

 Francaisor akan sediakan produk dan sistem perniagaan

PERANAN FRANCAISOR:

1. Beri hak kepada francaisi untuk guna imej,jenama,sistem operasi dan format perniagaan.

2. Francaisor perlu sediakan panduan pelaksanaan perniagaan

3. Menyediakan khidmat latihan dan bimbingan kepada francaisi

4. Membiayai kos pengiklanan

5. Bantuan dalam bentuk ramuan khas serta alatan dan perkakas

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PERNIAGAAN FRANCAIS KEPADA FRANCAISOR

KELEBIHAN KEKURANGAN

Perniagaan dapat dikembangkan Boleh jejaskan prestasi


francaisor jika francaisi tidak
patuhi kualiti produk

Menikmati ekonomi bidangan Kos opearasi tinggi

Mekanisma berkesan untuk pasaran baru Sukar pilih francaisi yang baik
dan berdaya saing

Berkongsi risiko dan tanggungjawab

Sturktur pengurusan tidak besar kerana francaisi akan urus sendiri

FRANCAISI

 Ialah syarikat yang beli hak kebenaran guna jenama daripada francaisor

 Perlu sediakan modal dan sumber manusia

PERANAN FRANCAISI :
 Menjalankan perniagaan ikut perturan dan sistem yang ditetapkan oleh francaisor(jika gagal-
kontrak tamat

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PERNIAGAAN FRANCAIS KEPADA FRANCAISI

KELEBIHAN KEKURANGAN

Perniagaan yang sistematik Perlu jaga kualiti barang

Rekabentuk perniagaan seragam Terikat dengan perjanjian

Sokongan daripada francaisor Tiada inovasi

Risiko rendah

Jenama terkenal dan jaringan perniagaan luas

Tidak perlu banyak pengalaman

USAHASAMA

 Perkongsian antara 2 atau lebih individu atau syarikat.

 Bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan

 Dalam jangkamasa tertentu

 Modal akan disumbangkan bersama

 Bersama-sama kawal dan urus syarikat

 Berkongsi aset, hasil dan perbelanjaan

 Kedua-dua pihak akan menjadi pemegang saham.

 Kedua-dua pihak perlu patuh dengan perjanjian perniagaan.

TUJUAN USAHA SAMA

 Untuk meningkatkan kedudukan syarikat

 Untuk berkongsi kepakaran

 Untuk meningkatkan keuntungan perniagaan

 Untuk meningkat dana perniagaan


https://www.hmetro.com.my/node/45109
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN USAHASAMA

KELEBIHAN KEKURANGAN

1. Dapat luaskan perniagaan 1. Perbezaan Visi dan Misi antara 2


2. Dapat tingkatkan dana kewangan pihak
3. Tingkatkan keluaran 2. Perbezaan budaya dan cara
4. Penggunaan teknologi baharu pengurusan.
5. Mudah dapatkan bahan mentah
6. Harta individu, aset dan pegangan dikekalkan
7. Berkongsi risiko

1.4 KLASIFIKASI PERNIAGAAN


- Penyusunan Perniagaan
- Dalam kelompok tertentu
- Mengikut kriteria
- Terbahagi kepada 2 kelompok iaitu saiz dan sektor

Klasifikasi
perniagaan

Saiz Sektor

Kecil Sederhana Besar Utama Kedua Ketiga

SAIZ
-Saiz perniagaan ada 3 iaitu :
a) Kecil
b) Sederhana
c) Besar

-Faktor yang menentukan saiz perniagaan ialah :


a) jumlah jualan tahunan
b) Bilangan Pekerja tetap

- Kedua-dua aspek ini berbeza untuk perniagaan yang terlibat dalam aktiviti pengilangan dan
aktiviti perkhidmatan.
AKTIVITI PENGILANGAN
JUMLAH JUALAN BILANGAN PEKERJA
TAHUNAN TETAP
KECIL Rm 300,000 hingga kurang 5 hingga kurang daripada 75
daripada rm 15 juta. orang
SEDERHANA RM 15 juta hingga kurang 75 hingga kurang daripada
daripada RM50 Juta 200 orang
BESAR RM 50 Juta dan ke atas 200 dan ke atas

AKTIVITI PERKHIDMATAN
JUMLAH JUALAN BILANGAN PEKERJA
TAHUNAN TETAP
KECIL Rm 300,000 hingga kurang 5 hingga kurang daripada 30
daripada RM 3 juta. orang
SEDERHANA RM 3 juta hingga kurang 30 hingga kurang daripada 75
daripada RM20 Juta orang
BESAR RM 20 Juta dan ke atas 75 dan ke atas

PERNIAGAAN BERSAIZ KECIL

Kelebihan dan kekurangan perniagaan bersaiz kecil

KELEBIHAN KEKURANGAN

1.Kos overhead rendah 1.Kos pengeluaran tinggi

2.Cepat selesaikan masalah/rungutan 2.Kurang daya saing


pelanggan

3.Fleksibel-mudah ubah strategi perniagaan 3.Pekerja tidak mahir/tiada pengalaman

4.Kos upah rendah 4.Kurang sumber kewangan

CABARAN PERNIAGAAN BERSAIZ KECIL


1.masalah aliran tunai-pelanggan lambat bayar hutang
2.bebanan kerja-Tiada pengkhususan kerja
3. Kekalkan pelanggan lama dan dapatkan pelanggan baru
4. Memotivasikan pekerja
5.kos overhead tinggi
PERNIAGAAN BERSAIZ SEDERHANA

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PERNIAGAAN BERSAIZ SEDERHANA

KELEBIHAN KEKURANGAN

1.Mudah ditubuhkan 1.Sukar sediakan latihan-tiada sumber untuk


sediakan latihan

2.Fleksibel 2.Sukar majukan kerjaya-tiada peluang kenaikkan


pangkat

3.Semangat pasukan yang tinggi 3.Wujud jurang hubungan-hubungan antara


majikan dgn pekerja tidak rapat

4.Laporan kewangan syarikat dirahsiakan

CABARAN PERNIAGAAN BERSAIZ SEDERHANA


1.meningkatkan perbelanjaan/kos
2.perlu lebih ramai pekerja mahir
3.persaingan dengan perniagaan besar
4.undang-undang dan peraturan kerajaan yang banyak

PERNIAGAAN BERSAIZ BESAR

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PERNIAGAAN BERSAIZ BESAR

KELEBIHAN KEKURANGAN

1. Menikmati ekonomi bidangan-perniagaan 1. Komunikasi kurang berkesan-lambat


besar-besaran,kos seunit dikurangkan,jual proses hantar maklumat
pada harga lebih murah

2.Dapat menguasai pasaran 2.Birokrasi-banyak peraturan

3.Wujud pengkhususan 3.Risiko tinggi


CABARAN PERNIAGAAN BERSAIZ BESAR

1.KETIDAKPASTIAN PASARAN-Ekonomi dan politik tidak menentu, peraturan berubah,


perubahan teknologi, pesaing

2.PENGAMBILAN PEKERJA-pesaingan mendapat pekerja pakar

3.TINGKATKAN UNTUNG TAHUNAN

4.PERUNDANGAN PERATURAN KERAJAAN-peka pada perubahan undang-undang


pengguna

SEKTOR

SEKTOR

UTAMA/ KEDUA/ KETIGA/


TERTIER
PREMIER SEKUNDER

1.Perlombongan 1.Pembuatan dan 1.Perkhidmatan


pengilangan awam
-Petroleum,gas
asli, emas,bijih 2.Kejuruteraan 2.Perkhidmatan
timah,mineral lain Swasta
bukan logam 3. Pembekalan
Tenaga 3.Perkhidmatan
2.Pertanian sukarela/kebajikan
4.Pembinaan
-kelapa sawit,
getah

3.Pembalakan

-Kayu merbau,
cengal, meranti

4.Perikanan

-perikanan laut
dalam, air tawar,
akuakultur,ikan
hiasan
HURAIAN SEKTOR UTAMA

-ialah aktiviti pengekstrakan sumber alam semula jadi


-keluarkan bahan mentah dari bumi atau laut
-aktiviti perniagaan-memberikan nilai tambah kepada hasil bumi yang diperoleh.
Contoh sektor utama :-
1) Perlombongan :- petroleum, gas asli, emas, kuprum, bijih timah, mineral lain bukan logam
2) Pertanian;- tanaman jualan untuk pasaran tempatan atau eksport seperti kelapa sawit dan
getah
3) Pembalakan;- kayu merbau, cengal, merati
4) Perikanan;- perikanan laut dalam, pinggir pantai, air tawar, akuakultur dan ikan hiasan.

HURAIAN SEKTOR KEDUA

-Memproses bahan mentah dari sektor utama


-untuk menghasilkan barang siap atau separuh siap
-nilai tambah lebih tinggi dari sektor utama
-industri pembinaan dan pembekalan tenaga elektrik juga termasuk sektor kedua
-ada 4 kategori iaitu :-

1. PEMBUATAN DAN PENGILANGAN


-Menghasilkan barang melalui proses transformasi
-dari input kepada output yang lebih bernilai
-Contoh : kilang roti
-Proses tepung(bahan mentah/input) menjadi roti(output)

2. KEJURUTERAAN
-Menyediakan jentera dan mesin untuk pengeluaran
-bergantung kepada aktiviti pengilangan
-ada yang perlukan mesin saintifik dan ada yang perlukan jentera berat
-Contoh: Syarikat proton Holdings Berhad perlukan mesin khas untuk reka bentuk kereta

3. PEMBEKALAN TENAGA
-pembekalan tenaga elektrik, petroleum dan air
-Untuk kegunaan industri dan isi rumah
-Contoh: TNB, PETRONAS

4. PEMBINAAN
-ialah aktiviti pemasangan, pembinaan dan pengubahsuaian
-menggunakan barang siap atau separuh siap
-Contoh : pembinaan bangunan, jambatan
HURAIAN SEKTOR KETIGA

-Aktiviti membekalkan perkhidmatan


-Daripada pengeluar terus kepada pengguna
-Juga dikenali sebagai aktiviti ekonomi peringkat ketiga atau tertier
-berperanan menyokong perkembangan sektor primer dan sektor sekunder.
-penyumbang terbesar dalam KDNK negara.
-Contohnya perkhidmatan pelancongan, pengangkutan, telekomunikasi, perbankan, perdagangan
dan perkhidmatan awam dan swasta.
-Tebahagi kepada 3 kategori iaitu :-

1. PERKHIDMATAN AWAM
2. PERKHIDMATAN SWASTA
3. PERKHIDMATAN SUKARELA/KEBAJIKAN

1.PERKHIDMATAN AWAM
-Perkhidmatan awam disediakan untuk rakyat yang tidak mampu membayar kos perkhidmatan
swasta
-masih ada bidang yang tidak diswastakan sepenuhnya iaitu pendidikan dan kesihatan

2. PERKHIDMATAN SWASTA
-Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih selesa, sejahtera, kebajikan dan keselamatan
rakyat.
-Ditawarkan oleh perniagaan yang dimiliki secara persendirian.

3.PERKHIDMATAN SUKARELA/KEBAJIKAN
-Disediakan oleh badan amal dan sukarela
-contoh kesihatan komuniti dan alam sekitar

1.5 SKALA PERNIAGAAN


-Skala perniagaan terbahagi kepada 2 iaitu:-
a) Domestik
b) Antarabangsa

-Pasaran Domestik terbahagi kepada 3 tahap iaitu :-


a) Skala Tempatan
b) Skala Negeri
c) Skala Kebangsaan

-Pasaran Antarabangsa terbahagi kepada 2 tahap iaitu:-


a) Skala zon
b) Skala Global
SKALA PERNIAGAAN

DOMESTIK
ANTARABANGSA

TEMPATAN NEGERI KEBANGSAAN ZON GLOBAL

1.6 PERKAITAN ANTARA PENAWARAN BARANG DAN PERKHIDMATAN, BENTUK


PEMILIKAN, KLASIFIKASI DAN SKALA PERNIAGAAN.

- Perniagaan menawarkan barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna.
- Pemilik perniagaan boleh pilih samaada hendak menubuhkan perniagaan milikan tunggal,
perkongsian, syarikat berhad atau koperasi.
- Perniagaan boleh diketegorikan mengikut skala iaitu domestic dan antarabangsa.
- Saiz perniagaan tidak mempengaruhi skala perniagaan.
- Sesebuah perniagaan tidak perlu bersaiz besar untuk menawarkan barang atau perkhidmatan
ke peringkat global.
- Penggunaan teknologi/internet akan bantu perniagaan kecil tembusi pasaran antarabangsa
- Terdapat 3 sektor dalam perniagaan iaitu sektor utama, kedua dan ketiga.
- Lazimnya, sektor utama seperti pertanian adalah untuk memenuhi pasaran domestik.
- Sektor kedua seperti perkilangan adalah untuk pasaran domestik dan antarabangsa
- Semua sektor perlukan aktiviti perniagaan untuk agih barang dan perkhidmatan dan
seterusnya mendapat keuntungan.

1.7 PERKEMBANGAN SEKTOR PERNIAGAAN DI MALAYSIA

-Perkembangan sektor perniagaan di Malaysia dapat dilihat pada3 tahap iaitu :

a) Selepas merdeka

- Selepas merdeka penduduk Malaysia menjalankan aktiviti berasaskan pertanian ( Sektor Utama)
-Malaysia terkenal sebagai pengeluar utama seperti getah dan bijih timah.

b) Era 1990-an

-Kerajaan menggalakkan rakyat untuk ceburi sektor kedua.


-Sektor kedua menjadi penyumbang utama eksport Malaysia

c) Menjelang abad ke-21

-Perkembangan dalam sektor ketiga iaitu sektor perkhidmatan.


LATIHAN OBJEKTIF

NO SOALAN
1. Apakah tujuan Perniagaan ?

A meningkatkan taraf hidup masyarakat


B menawarkan barang dan perkhidmatan
C memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
D memastikan perniagaan dapat beroperasi lama
2. Gambar berikut menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan.

Mengapakah Siti memilih untuk membuka perniagaan tersebut?

A Perniagaan tidak berterusan


B Diuruskan secara berseorangan
C Saiz kecil dan mudah diurus
D Pemilik menanggung liability tidak terhad
3. Pemilihan anggota lembaga koperasi dilaksanakan semasa…?

A Mesyuarat Agung Tahunan


B Mensyuarat Lembaga Pengarah
C Perhimpunan Bulanan Koperasi
D Mesyuarat Pengurusan Koperasi
4. En.Saiful ingin mengusahakan sebuah perniagaan. Beliau membeli hak
kebenaran daripada francaisor untuk menjalankan perniagaan. Apakah kelebihan
Encik Kamal boleh nikmati dengan membuka bentuk perniagaan tersebut ?

A Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual


B Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor
C Kerugian perniagaan akan ditanggung oleh Francaisor
D Dapat menjual barang dan perkhidmatan di pasaran tempatan
5. Apakah tujuan pembentukan usaha sama?
i Menjaga kebajikan masyarakat
ii Melahirkan usahawan yang yang inovatif
iii Menambahkan keuntungan syarikat bersama
iv Perkongsian kepakaran dan teknologi bersama

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6. Antara yang berikut, yang manakah menentukan saiz sesebuah perniagaan?
I Bilangan pekerja
II Jumlah modal yang dilaburkan
III Bilangan cawangan perniagaan
IV Bilangan jenis produk yang dijual
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Rajah berikut berkaitan dengan sektor perniagaan.

Sektor Perniagaan

X Sekunder Tertier

Antara yang berikut, manakah yang mewakili X?


I Pertanian
II Pembinaan
III Perhotelan
IV Perhutanan

A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. II dan IV

8. Antara yang berikut, manakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil?


I Kos overhed yang rendah
II Menikmati kos pengeluaran yang rendah
III Mudah untuk mengubah strategi perniagaan
IV Mudah untuk mendapatkan pekerja yang mahir

A. I dan III
B. II dan III
C. I dan IV
D. II dan IV

9. Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Hasan, pengusaha kilang keropok.

Encik Hasan adalah seorang pengusaha kilang keropok di Besut,


Terengganu. Beliau menghasilkan pelbagai jenis keropok yang
diedarkan melalui para pemborong. Beliau menggaji seramai 15
orang pekerja tetap di kilangnya. Pada puratanya, hasil jualan
tahunan adalah sebanyak RM750, 000.

Klasifikasikan saiz perniagaan Encik Hasan mengikut saiz dan sektor


Saiz Sektor
A. kecil Perkilangan
B. Kecil pembinaan
C. sederhana Perkilangan
D. besar perkhidmatan
10. Maklumat berikut menunjukkan syarikat-syarikat di Malaysia.

• Air Asia
• Tabung Haji
• Felda Global Venture Holding Berhad
Syarikat-syarikat di atas telah berjaya menembusi pasaran?

A Zon
B Global
C Tempatan
D Kebangsaan

SOALAN BAHAGIAN A
(Setiap soalan 10 markah)

1 (a) Rajah berikut berkaitan dengan dua organisasi yang mempunyai tujuan perniagaan berbeza.
Organisasi

Terangkan kaedah yang digunakan oleh organisasi di Y apabila menjalankan perniagaan.


[ 4 markah ]
(b) Mengapakah keuntungan penting kepada sesebuah perniagaan ? [ 3 markah ]

(c) Huraikan satu trend persekitaran dalam perniagaan. [ 3 markah ]

2 Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk perniagaan.

AGENSI
PELANCONGAN
INDRALOKA

Perniagaan X Perniagaan Y

(a) Tentukan bentuk perniagaan X. [ 1 markah ]

Jelaskan kelebihan bentuk perniagaan di 2(a) kepada pihak yang membeli hak kebenaran
(b) untuk menggunakan jenama. [ 4 markah ]

(c) Apakah sektor di Y ? [ 2 markah ]


(d) Bagaimanakah sektor di Y membantu sektor-sektor lain di Malaysia? [ 3 markah ]

3. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bentuk pemilikan perniagaan.

Nama Perniagaan : Dobi Sri Maju dan Rakan-rakan


Alamat : No 60, Jalan Setia, Kota Bharu, Kelantan
Pemilik : Pn Sarah, Pn Ani dan Encik Halim
Aktiviti Pasaran : Perkhidmatan mencuci pakaian secara layan diri

(i) Nyatakan jenis bentuk pemilikan perniagaan di atas? [1 markah]

(ii) Apakah kelebihan bentuk pemilikan perniagaan tersebut? [2 markah]

(b) Rajah 1 menunjukkan bentuk perniagaan lain.

Promosi

Kawalan mutu Persetujuan Bayaran berkala


bayaran,
prosedur operasi
Pembangunan dan hak
produk baharu

FRANCAISI

i) Terangkan kelebihan perniagaan di atas kepada X. [3 markah]

c) rajah di bawah menunjukkan skala perniagaan

ANTARABANGSA

ZON X

i) Apakah x? [1 markah]
ii) Jelaskan kelebihan skala perniagaan X? [3 markah]

4. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan penjual dan pembeli? [2 markah]


(b) Gambar di bawah menunjukkan dua jenis aktiviti perniagaan.
Gambar A Gambar B
Nyatakan dua perbezaan aktiviti perniagaan tersebut. [4 markah]
(c) Apakah hak yang dimiliki oleh pemegang saham dalam syarikat berhad?
[4 markah]

5. (a) Mengapakah peniaga mementingkan keuntungan dalam perniagaan? [4 markah]


(b) Gambar 1 menunjukkan dua jenis milikan perniagaan.

Gambar 1

Bandingkan milikan perniagaan berdasarkan gambar tersebut. [6 markah]

SOALAN BAHAGIAN B
(SETIAP SOALAN 15 MARKAH)
SOALAN 1

Maklumat berikut ialah tentang perniagaan Puan Rohani.


Puan Rohani bt Abu dan suaminya En. Hassanudin bin Ibrahim adalah pengasas Restoran
Ani Sop Utara yang ditubuhkan pada tahun 2005 di Shah Alam, Selangor. Resepi pelbagai
aneka sup yang dijual di restoran adalah hasil ciptaan mereka sendiri. Pada tahun 2010,
mereka menubuhkan Little Cash (M) Sendirian Berhad untuk menguruskan rangkaian
restoran yang semakin bertambah. Syarikat mempunyai 40 orang pekerja tetap dan
pada tahun lepas mendapat jualan tahunan sebanyak RM 5 juta. Syarikat telah
membuka 25 buah restoran di seluruh Malaysia. Pada tahun 2018 Syarikat mensasarkan
untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan menawarkan pembukaan 100 restoran
kepada peniaga yang berminat.

a) Jelaskan Klasifikasikan perniagaan Little Cash (M) Sendirian Berhad mengikut saiz
dan sektor. [ 5 markah ]

b) Mengapakah pada tahun 2010, Puan Rohani menukar bentuk pemilikan


perniagaannya? [ 5 markah ]

c) Mengapakah bentuk perniagaan tersebut digunakan oleh Little Cash (M) Sdn Bhd
untuk mengembangkan pernigaannya? [ 5 markah ]

SOALAN 2

Maklumat berikut menunjukkan Sijil Perakuan Saham sebuah Sayrikat.

a) Jelaskan bentuk milikan perniagaan bagi Kumpulan Jaya Satu Berhad? [2 Markah]

b) Jelaskan hak yang dimiliki oleh Encik Kamal dalam Kumpulan Jaya Satu Berhad.

[5 Markah]

c) Terangkan kelebihan penubuhan kumpulan jaya Satu Berhad berbanding milikan tunggal

[8 Markah]
SOALAN 3

Maklumat berikut berkaitan tentang perniagaan di Malaysia.

Haji Salim membuka sebuah kedai kuih keria di Bandar taiping. Modal awal perniagaan diperoleh
dari simpanan peribadi dan juga pinjaman daripada saudara mara. Beliau dibantu oleh isterinya Hajag
Salmah untuk menguruskan perniagaan. Terdapat seramai 15 orang pekerja yang bekerja di kedai Haji
Salim. Jualan tahunan perniagaannya mencecah RM300 000 setahun.

a) Terangkan jenis milikan perniagan yang diceburi oleh Haji Salim [6 Markah]

b) Jelaskan proses pendaftaran penubuhan perniagaan Haji Salim. [5 Markah]

c) Wajarkah perniagaan Haji Salim ini diketegorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil?

Jelaskan alasan anda. [4 Markah]

SOALAN 4

Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Faiza.

Puan Faiza membuka kedai runcit “ Faiza Enterprise” pada tahun 1982 dan mejalankan aktiviti
perniagaan beras. Dalam tempoh 9 tahun, perniagaan jenama Beras Faiza semakin dikenali dan
untung semakin meningkat. Puan Faiza mengambil keputusan bentuk milikan pernigaannya mengikut
keperluan perniagaannya. Pada tahun 1992, Faiza Enterprise dikenali sebagai Syarikat Faiza Sdn.
Bhd. (SFSB). Kini semua produk Faiza boleh diperoleh di Pasar Raya Tesco, Carefour, Bilion, Giant
dan Mydin di seluruh Negara. Jumlah jualan tahunan SFSB yang direkodkan adalah melebihi RM 55
juta pada tahun 2016

a) Jelaskan faktor yang mempengaruhi Faiza bersetuju mengubah bentuk pemilikan

perniagaannya pada tahun 1992? [6 Markah]

b) Jelaskan Sektor perniagaan yang diceburi oleh Faiza. [4 Markah]

c)(i) Nyatakan klasifikasi perniagaan Syarikat Faiza Sdn. Bhd. (SFSB) mengikut sektor dan skala.

[2 Markah]

c)(ii) Senaraikan 3 cabaran perniagaan yang di hadapi oleh Syarikat Faiza Sdn. Bhd. Berdasarkan

kepada saiz perniagaannya. [3 Markah]

SOALAN 5

a) Dengan mengunakan Maybank Berhad sebagai contoh, jelaskan perkaitan dari aspek Bentuk

Milikan, Klasifikasi Perniagaan, dan Saiz Perniagaan. [9 Markah]


b) Bandingkan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz kecil dengan perniagaan bersaiz

besar [6 Markah]

SKEMA SOALAN OBJEKTIF

1 B 6 A
2 C 7 C
3 A 8 A
4 B 9 A
5 D 10 B

SKEMA JAWAPAN: BAHAGIAN A

Soalan Butiran Markah


1 (a) F1 Secara percuma 1
H1 Barang/ perkhidmatan yang disediakan tidak dikenakan bayaran / percuma 1
F2 Jualan pada harga kos 1
H2 Barang / perkhidmatan yang ditawarkan tanpa keuntungan 1
F3 Jualan pada harga di bawah kos 1
H3 Harga yang dikenakan lebih rendah berbanding dengan kos sebenar Barang/ 1
Perkhidmatan dapat subsidi kerajaan/ bantu rakyat kurang mampu 1
Mana –mana 2F + 2H Mak4
1(b) H1 Mengukur tahap prestasi 1
H2 Menentukan hala tuju sesebuah perniagaan 1
H3 Mengembangkan/ memastikan kelangsungan perniagaan 1
H4 1
Melambangkan imej perniagaan
H5 1
Menjalankan tanggungjawab sosial MAK3

1 (c ) F1 Trend meningkat 1
H1 aktiviti dan operasi perniagaan yang semakin Meningkat/ Berkembang. 1
C1 Contoh : FAKTOR DALAMAN pengurusan cekap 1

F2 Trend Menurun 1
H2 aktiviti/ operasi perniagaan semakin Menurun/ perniagaan tidak Memberangsangkan 1
C2 Contoh : faktor dalaman pemasaran tidak sesuai 1

F3 Trend Mendatar 1
H3 keadaan konsisten dalam perniagaan kerana tiada perubahan faktor dalaman/ luaran 1
C3 Contoh pasaran tepu perlu cari pasaran baru 1
MAK3
2(a) F Francais 1m
2(b) H1 dpt menjalankan satu perniagaan yg sistematik dari francaisor 1
H2 dapat guna rekabentuk yg seragam 1
H3 dapat sokongan pihak pengurusan/ pentadbiran francaisor/ Sy induk 1
H4 Latihan bimbingan dari francaisor meningkatkan kecekapan/maju 1
H5 Risiko kegagalan perniagaan rendah 1
H6 jenama perniagaan terkenal / imej / nama baik / jaringan perniagaan yg luas 1
H7 tidak perlu byk pengalaman dlm perniagaan 1
H8 Boleh mulakan perniagaan dengan segera 1
H9 dpt bantuan kerajaan/ pembangunan francais/ inisiatif KPDN 1
H10 kawalan mutu perkhidmatan/penyelidikan dan pembangunan/R&D produk baharu 1
Francaisor membiayai kos pengiklanan/ aktiviti promosi bersepadu
Mak4

2(c) F Sektor ketiga/ Tertier 1m

2(d) H1 Y - sektor ketiga 1


H2 menyokong /perkembangan sektor primer/ berasas alam semulajadi pertanian/taman 1
tema/ pusat percutian
H3 Menyokong /perkembangan sector sekunder/ kedua/ 1
H4 Pembinaan hotel/ homestay/ pembuatan /pengilangan/ penghasilan produk 1
H5 pelancongan 1
H6 Merupakan Penyumbang terbesar kepada KDNK negara 1
H7 Meningkatkan pendapatan isi rumah/kuasa beli pengguna/ keuntungan negara 1
Menyediakan peluang pekerjaan di sektor pelancongan/ pengangkutan/ perdagangan/
H8 mengurangkan kadar pengangguran 1
H9 Pendapatan perniagaan meningkat /menyumbang kpd pendapatan negara melalui 1
H10 cukai 1
Meningkatkan taraf hidup Mak3
Pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan

3 a(i) Pemilikan Perniagaan Perkongsian 1


a(ii) Modal lebih besar dapat dikumpulkan melalui rakan kongsi 1
Mudah ditubuhkan kerana tidak banyak peraturan 1
Berkongsi kepakaran di kalangan rakan kongsi 1
Mak 2
b(i) H1- Kembangkan periagaan secara Global 1
H2-Menikmati ekonomi bidangan/meningkatkan pengeluaran 1
H3-mendapat pasaran baru 1
H4-berkongsi risiko /tanggungjawab dengan francaisi 1
H5-Outlet francais dilakukan oleh francaisi sendiri/struktur pengurusan tidak besar 1

Mak 3
c(i) F1-X ialah Global 1
C(ii) H1-liputan pasaran luas 1
H2-melangkaui sempadan negara/jual di luar negara 1
H3-wujud sasaran pasaran baharu 1
H4-meningkatkan keuntungan perniagaan 1
H5-Penggunaan aplikasi seperti emel/laman web/internet 1
H6-mendapat galakan/bantuan dari kerajaan 1
Mak 3
4. a) H1-Penjual ialah individu yang menawarkan barang / perkhidmatan. 1
H2-Pembeli ialah pihak yang memerlukan / menghendaki barang / perkhidmatan 1
tersebut.
Mak 2
b) Dua perbezaan aktiviti

Gambar A Gambar B

Aktiviti berasaskan perkhidmatan Aktiviti berasaskan barang [1+1]


[1+1]
Penggunaan faktor pengeluaran
Penawaran barang tidak nyata untuk menghasilkan barang
fizikal
[1=1]
Cth:perubatan Cth: pakaian

Mak 4
C) Hak pemegang saham:

H1- Mengundi dalam mesyuarat agung tahunan 1


H2-Mendengar dan memberi pendapat tentang laporan tahunan 1
aktiviti dan laporan kewangan syarikat
H3-Mempersoalkan polisi syarikat jika difikirkan perlu 1
H4-Mengundi untuk meluluskan atau menolak setiap cadangan yang dibawa 1
oleh ahli lembaga pengarah
H5-Mengundi untuk melantik ahli lembaga pengarah 1
Mak 4
5 a) H1- Petujuk perniagaan 1
H2-Mengukur tahap prestasi / untuk capai VMO 1
H3-Memastikan kelangsungan perniagaan/dapat meneruskan perniagaan/operasi
diteruskan 1
H4-Mampu mengembangkan perniagaan 1
H5-Melambangkan imej baik 1
H6-Menarik pelaburan baharu/yakinkan pihak luar 1
H7-Menjalankan tanggungjawab social/derma/meyumbang kepada masyarakat 1
H8-menambahkan sumber modal 1
H9-Sumber pendapatan 1
[mana-mana 4H]
Mak 4
b) Persamaan :
H1-Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965/kewujudan kekal/ syarikat merupakan entiti 1
berasingan daripada pemilik
H2- Diketuai oleh ahli lembaga pengarah 1
H3- Pemegang saham menanggung liabiliti terhad 1
H4- Modal perniagaan yang besar/menanggung beban cukai yang tinggi 1

Perbezaan :
Syarikat Sdn. Bhd Syarikat Awam Berhad
H5a Ahli antara 2 hingga 5 orang H5b Ahli 2 hingga tiada had maksimum 1+1
H6a Laporan kewangan dirahsiakan H6b Laporan kewangan perlu 1+1
diumumkan kepada orang awam
H7a Saham tidak diniagakan di Bursa H7b Saham boleh diniagakan di Bursa
Malaysia Malaysia 1+1
H8a Penjualan/pembelian saham mesti H8b Penjualan/pembelian saham
mendapat persetujuan pemegang saham tidak perlu mendapat persetujuan 1+1
yang lain pemegang saham yang lain

[mana-mana 6H]

Nota : Sekurang-kurangnya ada 1 persamaan untuk mendapat 6 markah. Jika hanya


tulis perbezaan, maksimum markah 5.

Mak : 6

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B

SOALAN BUTIRAN MARKAH


1 (a) H1 Sektor ketiga / Tertier 1
1
H2 Membekal perkhidmatan dari pengeluar kepada pengguna 1
H3 Perkhidmatan swasta 1
H4 Restoran Ani Sop Utara 1
H5 Saiz Sederhana
1
H6 Little Cash mempunyai Jumlah pekerja 40 orang 1
H7 Jumlah pekerja 30 hingga 75 orang 1
H8 Little Cash dapat jualan tahunan RM 5 juta 1
H9 Jumlah jualan tahunan antara RM 30 juta dan RM 20 juta Mak :5
(b) H1 Menukar Perkongsian kpd Syarikat Sendirian Bhd 1

Kelebihan perkongsian/ Kelemahan perkongsian :


H2 Menanggung liabiliti terhad / Menanggung liabiliti tidak terhad 1
H3 tanggungan ahli hanya setakat modal yang disumbangkan / tidak 1
melibatkan harta peribadi / Melibatkan harta peribadi
H4 lebih berkeupayaan mendapat modal besar / Modal kecil 1
H5 bilangan ahli boleh sehingga 50 orang/ hanya 2 orang / 2 hingga 20
1
orang sahaja
H6 berupaya menjalankan perniagaan yang lebih besar/ membuka 1
tambahan 100 restoran / sukar untuk berkembang
H7 kewujudan kekal/unsur berterusan / Kewujudan tak berterusan / cth 1
H8 senang meyakinkan pembiaya/bank utk dapat pinjaman / Sukar 1
mendapat pinjaman bank
H9 Hal ehwal syarikat rahsia 1

Terima jwpn samada dlm bentuk kelebihan syarikat sdn bhd atau
kelemahan perkongsian
Mak : 5
(c) F1 Francais 1

H1 Rohani dapat mengembang perniagaan dgn segera 1


H2 Boleh meluas pernigaan ke seluruh dunia 1
H3 memberi kebenaran/ hak kepada ramai peniaga/francaisi di seluruh 1
negeri.
H4 boleh menyaingi pengeluar lain 1
H5 boleh mengawal tindakan pemegang lesen melalui perjanjian dan 1
syarat yang ditetapkan
H6 Rohani tidak perlukan modal banyak/ Modal dikeluarkan oleh fancaisi 1
H7 Menerima royalti dpd francais 1
H8 Menikmati ekonomi bidangan 1
H9 Berkongsi risiko dgn francaisi 1
H10 Pengurusan dijalankan oleh francaisi 1

Mak : 5

2 (a) F1- Syarikat Awam Berhad 1


H1- Ahli antara 2 orang hingga tiada had maksimum 1
H2-Saham dijual di bursa saham 1
H3-Jika ada pihak yg beli saham dalam kuantiti yg banyak maka pemegang 1
saham asal tanggung risiko hilang kuasa kawalan syarikat.
Mak : 2
(b) H1-Mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan 1
H2-Beri pendapat tentang aktiviti dan kewangan syarikat 1
H3-Mempersoal polisi syarikat 1
H4-undi/terima/tolak cadangan ALP yang lain 1
H5-Undi utk lantik ALP 1
Mak : 5
( c) H1- Modal Lebih besar 1
H2-Bilangan pemegang syer tidak terhad 1
H3-dapat menikmati ekonomi bidangan 1
H4-dapat kemabngkan perniagaan 1
H5-Liabiliti terhad 1
H6-Tidak libatkan harta peribadi pemegang saham 1
H7-kewujudan kekal 1
H8-Peniagaan dan pemegang saham adalah dua entity yang berbeza 1
Mak : 8
3 (a) F1- Milikan Tunggal 1
H1-Dimiliki dan dikawal oleh seorang individu sahaja iaitu Haji Salim 1
H2-Sumber pembiayaan daripada wang simpanan, pinjaman saudara mara, 1
H3-Cukai rendah/Keuntungan akan dikenakan cukai pendapatan 1
perseorangan
H4-Didaftarkan di pejabat pendaftaran perniagaan di SSM(suruhanjaya 1
Syarikat 36alaysia)
H5-Kos overhead yang lebih rendah 1
H6-Menikmati kesuluruhan untung perniagaan 1
H7-Fleksibel dari segi masa operasi 1
H8-Mudah ubah strategi/ bebas buat keputusan 1
H9-Cepat selesaikan masalah dan rungutan pelanggan 1
H10-Mudah ditubuhkan/ tak banyak syarat penubuhan 1
H11-Mewujudkan hubungan baik dengan pelanggan 1
H12-Perlu daftar dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh mula berniaga 1

( 1F + 5H)
Mak : 6
(b)
Isi borang carian nama Isi borang A Hantar Borang ke SSM

Buat bayaran/RM30/RM60 Dapatkan borang D

Mak : 5
( c) F1- Wajar 1
H1- Perniagaan haji Salim terlibat dalam aktiviti perkhidmatan 1
H2- saiz Kecil 1
H3-Jumlah Jualan Tahunan ialah RM 300 000/ kurang dari 3 juta 1
H4-Bilangan pekerja tetap 15 orang/ pekerja 5 – 30 orang 1
Mak : 4

4. (a) H1-Modal lebih besar 1


H2-modal dapat dikumpul melalui terbitan syer/ tidak hanya terhad kepada 1
modal dari pemilik sahaja
H3-Liabiliti terhad 1
H4-Rugi hanya setakat modal yang dilaburkan sahaja 1
H5-Boleh kembangkan perniagaan 1
H6- Pembukaan cawangan di seluruh negara/global 1
H7-saiz pasaran lebih besar 1
H8-boleh menarik lebih ramai pelanggan 1
H9-Hal ehwal syarikat dirahsiakan 1
Mak : 6
(b) H1- sektor kedua 1
H2-melibat pemprosesan bahan mentah jadi barang siap 1
H3-padi proses jadi beras 1
H4-Terlibat dalam aktiviti Pembuatan dan Pengilangan 1
H5-Melalui proses tranformasi/input kepada output 1
H6-output bernilai lebih tinggi 1
Mak : 4
(c )(i) Klasifikasi perniagaan Syarikat faiza ialah :
H1-Sektor Kedua 1
H2-Skala Kebangsaan 1
H3-Pasaran Domestik 1
Mak :2
(c )(ii) 3 cabaran perniagaan :
H1-ketidakpastian pasaran 1
H2-Ekonomi dan politik tidak menentu, peraturan berubah, perubahan 1
teknologi, pesaing
H3-pengambilan pekerja 1
H4-pesaingan mendapat pekerja pakar 1
H5-tingkatkan untung tahunan 1
H6-perundangan peraturan kerajaan 1
Mak :3
5. (a) H1-Pemilik perniagaan Maybank Berhad ialah Syarikat Awam Berhad. 1
H2-Terdapat 3 sektor dalam perniagaan iaitu sektor utama, kedua dan 1
ketiga
H3- Mayabank Berhad menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan 1
H4-Perniagaan yang berskala global 1
H5- perniagaan merentasi sempadan negara 1
H6-menjalankan perdagangan Antarabangsa 1
H7-mempunyai banyak cawangan 1
H8-Saiz perniagaan tidak mempengaruhi skala perniagaan. 1
H9-Sesebuah perniagaan tidak perlu bersaiz besar untuk menawarkan 1
barang atau perkhidmatan ke peringkat global.
H10-Penggunaan teknologi/internet akan bantu perniagaan tembusi pasaran 1
antarabangsa
H11-Terdapat 3 sektor dalam perniagaan iaitu sektor utama, kedua dan 1
ketiga.
H12-Semua sektor perlukan aktiviti perniagaan untuk agih barang dan 1
perkhidmatan dan
H13-bermotifkan keuntungan. 1

Mak : 9

(b) Cabaran perniagaan bersaiz kecil


H1-masalah aliran tunai-pelanggan lambat bayar hutang 1
H2-bebanan kerja-Tiada pengkhususan kerja 1
H3- Kekalkan pelanggan lama dan dapatkan pelanggan baru 1
H4-Memotivasikan pekerja 1
H5-kos overhead tinggi 1

Cabaran Perniagaan bersaiz besar


H6-ketidakpastian pasaran 1
H7-Ekonomi dan politik tidak menentu, peraturan berubah, perubahan 1
teknologi, pesaing
H8-pengambilan pekerja 1
H9-pesaingan mendapat pekerja pakar 1
H10-tingkatkan untung tahunan 1
H11-perundangan peraturan kerajaan 1

( mana-mana 6H) Mak : 6

LINK : https://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Syarikat_Malaysia

QR CODE :

You might also like