You are on page 1of 6

SULIT 1225

PENDIDIKAN MORAL
JULAI
2021
2 JAM 30 MINIT

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN LIMA 2021
……………………………………………………………………………
PENDIDIKAN MORAL
KERTAS 1
Dua jam
……………………………………………………………………….………………..............

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:
1. Kertas soalan ini mengandungi TIGA Bahagian.
Bahagian A mengandungi 5 soalan, Wajib jawab SEMUA soalan
Bahagian B mengandungi 2 soalan, Jawab SATU soalan sahaja
Bahagian C mengandungi 2 soalan, Wajib jawab SEMUA soalan
Bahagian A
(50 markah)
Jawab semua soalan

1. a) Jelaskan ciri-ciri individu yang berkeperibadian mulia. soalan 4 modul 1 ting 4


[4 markah]

b) Bagaimanakah anda mengamalkan keperibadian mulia dalam kehidupan seharian?


[2 markah]

c) Apakah faedah berkeperibadian mulia kepada seseorang individu?


[2 markah]

Guru PJPK telah bertanya kepada anda tentang rakan anda yang tiada semasa aktiviti
Pendidikan Jasmani. Rakan anda meminta anda berbohong dengan mengatakan bahawa
dia berjumpa dengan guru kaunseling.

d) Berdasarkan situasi di atas, jelaskan tindakan anda berdasarkan satu nilai universal.
[2 markah]

2. Maklumat berikut berkaitan perlakuan berperikemanusiaan. soalan 1 ting 4 modul 2

• Membantu mangsa bencana alam


• Memberikan perlindungan kepada haiwan
• Memberikan sumbangan kepada orang miskin.

a) Berdasarkan maklumat di atas, terangkan satu nilai universal yang anda pelajari.
[3 markah]

b) Jelaskan tiga perlakuan berperikemanusiaan lain.


[3 markah]

c) Mengapakah perlakuan berperikemanusiaan penting?


[3 markah]

d) Namakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam menghulurkan bantuan
kepada mangsa bencana alam.
[1 markah]

3. Maklumat berikut berkaitan dengan istilah glokal. SOALAN 1 UNIT 2 T5

Glokal ialah satu istilah yang digabungkan daripada perkataan global


dan lokal. Perkataan global pada dasarnya membawa maksud
sejagat, manakala perkataan lokal membawa maksud setempat.

a) Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan maksud individu glokal.


[2 markah]

b) Huraikan dua ciri individu glokal dengan contoh yang sesuai.


[4 markah]

c) Zang Toi merupakan seorang pereka fesyen Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Beliau sering menggunakan unsur-unsur kesenian dan kebudayaan tempatan dalam rekaannya.
Terangkan satu nilai universal yang diamalkan oleh Zang Toi.
[3 markah]

d) Apakah kesimpulan anda berdasarkan keseluruhan maklumat di atas?


[1 markah]
4. Teliti pendapat di bawah. SOALAN 2 UNIT 3 T5

Generasi muda pada masa kini kebanyakannya bersikap individualistik dan


materialistik. Terdapat juga antara mereka yang tidak berbudi bahasa, tidak beradab
sopan dan tidak berkeperibadian mulia. Mereka lebih mementingkan keseronokan
sehingga lupa akan nilai kerohanian.

a) Berdasarkan pendapat di atas, terangkan dua nilai universal yang perlu diamalkan oleh
generasi muda.
[4 markah]

b) Sekiranya nilai kerohanian diabaikan, apakah implikasinya terhadap keperibadian


individu?
[3 markah]

c) Anda ternampak seorang pengemis berkongsi makanannya dengan beberapa ekor


kucing di kaki lima sebuah bangunan.
Jelaskan perasaan anda.
[3 markah]

5. Gambar berikut menunjukkan satu kempen yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasidan
Multimedia Malaysia bagi membudayakan amalan “tidak pasti, jangan kongsi” dalam kalangan
masyarakat apabila menerima sesuatu maklumat.

SOALAN 2 UNIT 4 T5

a) Selain nilai rasional, huraikan satu nilai universal yang anda pelajari.
[3 markah]

b) Jelaskan tiga kesan penggunaan sumber dan penyebaran maklumat yang tidak sahih
kepada negara.
[3 markah]

c) Rakan anda menggunakan gambar profil palsu, iaitu gambar seorang pelakon Korea di
akaun Instagramnya.
Jelaskan tindakan anda.
[4 markah]
Bahagian B
[10 markah]
SOALAN 2 ESEI UNIT 5 T5 Jawab satu soalan sahaja.

6. Gambar di bawah menunjukkan peti maklum balas perkhidmatan kaunter di sebuah


organisasi.

Pada pendapat anda, mengapakah peti maklum balas perkhidmatan kaunter seperti di atas
pentingdalam sesebuah organisasi? [10 markah]

7. Pernyataan berikut berkaitan dengan keunikan negara Malaysia. SOALAN ESEI UNIT 2 TING 5

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat berbilang kaum
seperti Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban, Kadazan dan lain-lain. Setiap kaum menganuti agama
dan kepercayaan masing-masing serta saling menghormati budaya pelbagai kaum. Hal ini
mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara.

Penularan budaya masyarakat global boleh menggugat keunikan masyarakat Malaysia.

Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas?


Huraikan justifikasi anda. [10 markah]
Bahagian C
[40 markah]
Jawab semua soalan

8. Gambar berikut berkaitan dengan perbankkan dalam talian.

(sumber: google image)

Anda menerima email yang menyerupai laman sesawang bank yang meminta anda untuk
mengemaskini maklumat akaun. Tanpa ragu-ragu anda terus mengemaskini maklumat peribadi
tersebut. Beberapa hari kemudian, pihak bank menghubungi anda untuk mengesahkan
pengeluaran sejumlah besar wang yang telah dibuat.

(a) Apakah perasaan anda apabila pihak bank meminta anda membuat pengesahan tersebut?
Jelaskan tindakan yang akan anda lakukan.

Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai-nilai universal yang dipelajari.

(10 markah)

(b) Teknologi maklumat dan komunikasi sangat penting pada masa kini. Huraikan cara anda
memanfaatkan teknologi dan komunikasi secara beretika.
(10 markah)
9. Maklumat di bawah adalah berkaitan dengan Akta Rahsia Rasmi.

Seksyen 9

(Sumber: Akta Rahsia Rasmi, 1972)

a) Berdasarkan akta di atas, huraikan perkara yang akan berlaku jika undang-undang seperti di atas
tidak diamalkan secara tegas di sesebuah negara berdasarkan kepada nilai universal yang
dipelajari?
( 10 markah )

b) Bincangkan peranan ajaran agama dan kepercayaan dalam pembentukan integriti individu.
(10 markah )

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. ……………………………………
(NORAZURA BT SHAHRUM) (ROSEMAERWATY BINTI YUSOF )
Guru Matapelajaran Ketua Bidang Kemanusiaan

You might also like