You are on page 1of 4

SULIT

PERNIAGAAN NAMA:
KERTAS 2 KELAS :
OGOS
2021
2 JAM 15 MINIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021

PERNIAGAAN
KERTAS 2
TINGKATAN 5

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
2. Jawab lima soalan daripada Bahagian A, dua soalan daripada Bahagian B dan soalan wajib
di Bahagian C.
3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam
kurungan.
4. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat.
Kemudian tulis jawapan yang baru.
5. Mulakan jawapan bagi setiap soalan pada helaian yang baru.
6. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak termasuk muka hadapan

Markah Markah Markah Markah


Bahagian penuh Diperolehi Bahagian penuh diperolehi

1 10 7 15

2 10 B 8 15

A 3 10 9 15

4 10 Markah Bahagian B / 30

5 10 C 10 20

6 10 Markah Bahagian C / 20

Markah Bahagian A /50 A+B+C /100

1
SULIT

BAHAGIAN A (50 markah)


Arahan : Jawab lima soalan sahaja

1. (a) Jelaskan maksud perniagaan [4 markah]


(b) Bezakan barang dan perkhidmatan [6 markah]

2. (a) Jelaskan tujuan perniagaan untuk:


i) Organisasi bermotifkan untung
ii) Organisasi bukan bermotifkan untung [4 markah]
(b) Puan Najlaa memulakan perniagaan menjual kek dan roti secara kecil-kecilan.
Apakah bentuk milikan perniagaan yang sesuai digunakan oleh Puan Najlaa?
Jelaskan proses penubuhan milikan perniagaan tersebut. [6 markah]

3. (a) Senaraikan empat kelebihan perniagaan milikan tunggal. [4 markah]


(b) Nyatakan tiga ciri-ciri fraincais [3 markah]
(c) Nyatakan tiga kelebihan perniagaan bersaiz besar [3 markah]

4. (a) Terangkan peranan kerajaan pusat dalam menangani isu-isu berkenaan


perniagaan dari aspek:
i) promosi
ii) kewangan [6 markah
(b) Nyatakan empat matlamat undang-undang perlindungan pengguna. [4 markah]

5. (a) Berikan tiga peranan pihak berkuasa tempatan? [6 markah]


(b) Senaraikan empat contoh Pihak Berkuasa Tempatan. [4 markah]
6. (a) Gambar di bawah menunjukkan perniagaan yang diceburi oleh Encik Razali.

Dengan memberikan contoh, terangkan tiga ciri lokasi yang sesuai bagi mencapai
sasaran jualan. [6 markah]
(b) Terangkan dua jenis stok. [4 markah]
2
SULIT

BAHAGIAN B (30 markah)


Arahan : Jawab dua soalan sahaja

1. Maklumat di bawah berkaitan dengan Puan Jamilah, seorang pengusaha yang menghasilkan
kerepek

Di Tanjong Karang, sebuah syarikat pengusaha kerepek, Jamilah Enterprise amat dikenali
oleh masyarakat setempat. Perniagaan Puan Jamilah menghasilkan pelbagai jenis kerepek
dan perisa seperti kerepek pisang asli, kerepek pisang keju, kerepek keladi dan kerepek
sukun. Beliau menggupah seramai 15 orang pekerja di kilangnya. Secara purata, syarikatnya
mendapat hasil jualan tahunan sebanyak RM 520,000.

a) Apakah jenis perniagaan Puan Jamilah? [1 markah]


b) Jelaskan empat kepentingan keuntungan hasil jualan kepada Puan Jamilah. [4 markah]
c) Terangkan kelebihan perniagaan milikan tunggal kepada Puan Jamilah . [10 markah]

2. (a) Jelaskan empat jenis milikan perniagaan. [8 markah]


(b) Terangkan proses pendaftaran penubuhan perniagaan dalam bentuk carta
aliran. [7 markah]

3. (a) Terangkan tiga jenis pelepasan cukai yang diberikan kepada peniagaan. [6 markah]
(b) Terangkan tiga peranan MATRADE. [3 markah]
(c) Huraikan dua daripada tiga aspek perkembangan aktiviti dalam perniagaan [6 markah]

3
SULIT

BAHAGIAN C (20 markah)

Arahan : Jawab soalan kajian kes di bawah. Soalan ini wajib dijawab.

1.

Encik Wafi telah memulakan perniagaan Restoran Ayam Penyet selepas mendapat wang
caruman KWSP selepas dia bersara dari pekerjaannya. Sejak membuka restoran dua tahun
lepas, beliau telah mengalami kerugian hampir RM 100 000. Beliau gagal menarik pelanggan
untuk berkunjung ke restorannya kerana persaingan daripada beberapa restoran yang
berdekatan. Beliau tidak bijak melatih pekerja dari segi kekemasan dan cara melayan pelanggan.
Malah, beliau kurang arif dari segi pengurusan kewangan dan penyimpanan rekod kewangan
yang sistematik. Rakannya mencadangkan agar beliau menutup restoran tersebut dan
memulakan perniagaan Nasi Ayam Penyet berjenama “Restoran Nasi Ayam Penyet Baroqah”
yang dimiliki oleh Syarikat Nasi Ayam Penyet Baroqah Berhad. Rakan beliau percaya Syarikat
Nasi Ayam Penyet Baroqah Berhad dapat membantu Encik Wafi Berjaya. Ini kerana jenama ini
sudah terkenal di seluruh negara.

a) Nyatakan bentuk perniagaan yang dicadangkan oleh rakan Encik Wafi. [1 markah]
b) Pada pendapat anda, patutkah Encik Wafi menerima cadangan rakannya?
Berikan alasan anda. [9 markah]
c) Nyatakan kebaikan dan kekurangan perniagaan tersebut. [4 markah]
d) Bagaimana cara untuk Encik Wafi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan
restorannya agar lebih maju dan dapat menarik pelanggan. [6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like