You are on page 1of 1

PERKAITAN ANTARA PERNIAGAAN DENGAN PENAWARAN BARANG & PERKHIDMATAN ,

BENTUK, PEMILIKAN, KLASIFIKASI DAN SKALA PERNIAGAAN

Sesebuah perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan atau kedua-duanya untuk


memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Saiz dan jenis produk yang ditawarkan boleh mempengaruhi bentuk pemilikan perniagaan
seperti milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad, koperasi, francais dan usaha sama.

Peniaga yg menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, biasanya memilih untuk


menubuhkan milikan tunggal atau perkongsian.

Apabila perniagaan semakin berkembang dan saiz pasaran semakin meluas, pemilikan
perniagaan tersebut boleh diubah kepada syarikat berhad.

Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala iaitu skala domestik dan skala antarabangsa.

Dengan perkembangan teknologi seperti internet, skala perniagaan tidak lagi dipengaruhi
oleh saiz perniagaan.

Perniagaan bersaiz kecil boleh menembusi pasaran global melalui internet yang akhirnya
dapat meningkatkan hasil dan keuntungan.

Terdapat 3 sektor dalam perniagaan iaitu sektor utama ( primer ), sektor kedua ( sekunder )
dan sektor ketiga ( tertier )

Hasil sektor utama seperti bahan mentah adalah untuk memenuhi pasaran domestik.

Biasanya dijual kepada pengilang tempatan untuk diproses menjadi barang siap dan barang
separuh siap.

Sektor kedua dan ketiga iaitu pengilangan dan perkhidmatan dapat memenuhi kedua-dua
pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.

Aktiviti perniagaan dapat membantu ketiga-tiga sektor untuk mengagihkan produk yang
ditawarkan yang akhirnya dapat menjana keuntungan.

You might also like