You are on page 1of 107

BAB 1 : TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN

Pengenalan

Perniagaan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan

antara penjual yang mendapat keuntungan dan pembeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak.

Konsep asas perniagaan melibatkan enam komponen, iaitu:

1. barang dan perkhidmatan; 4. keuntungan perniagaan;

2. memuaskan keperluan dan kehendak pengguna; 5. penjual dan pembeli;

3. pertukaran nilai; 6. kontrak perniagaan .

Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu:

1 . aktiviti berasaskan barang; - menjual barang nyata / boleh disentuh,dilihat,dirasa

2 . aktiviti berasaskan perkhidmatan. - memberikan perkhidmatan/keselesaan/kepuasan

Organisasi Bermotif Untung (OBU) ialah:

organisasi yang mengeluar kan serta menjual barang dan perkhidmatan

dengan bermotifkan keuntungan.

Contohnya -- butik baju, kedai kek, pasaraya.. (mana2 kedai runcit atau syarikat yg jual barang/perkhidmatan untuk
keuntungan)
Organisasi Bukan Bermotif Untung (OBBU):

merupakan organisasi seperti persatuan, kelab, dan badan amal

ditubuhkan untuk memenuhi keperluan awam

seperti -rumah kebajikan untuk yatim piatu, golongan kurang berkemampuan, dan warga tua.

MERCY Malaysia,

BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN

1. MILIKAN TUNGGAL

• sejenis perniagaan yang ditubuhkan , dimiliki, dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu.

Proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang mempunyai premis tetap adalah seperti yang berikut:

mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan di SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

isi borang carian nama (pna42)

Isi borang A (borang maklumat perniagaan)

bayar fi (rm30 untuk nama sendiri / rm60 untuk nama trend

dapat borang D (sijil pendaftaran perniagaan)

mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) .


Jika mempunyai premis / kedai

Kelebihan milikan tunggal ialah:

Kekurangan milikan tunggal ialah:

• · memerlukan modal yang kecil;

• · pemilik menanggung liabiliti yang tidak

• · mudah ditubuhkan, dikawal, dan diuruskan ;

terhad;

• · pemilik bebas mentadbir perniagaan;

• · modal yang terhad

• · keuntungan dikenakan cukai pen9apatan individu;

- menyekat perkembangan perniagaan ;

• · mempunyai insentif untuk bekerja keras;

• · tiada pembahagian dan pengkhususan kerja;

• · boleh meletakkan perniagaan berhampiran dengan rumah

- Semua kerja perlu diuruskan sendiri atau

pelanggan;

dengan beberapa org pekerja

• · mernpunyai hubungan rapat dengan pelanggan;

• · perniagaan mungkin tidak berterusan;

• · memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan.

-jika berlaku kematian, gila, muflis - perniagaan

akan terbubar

• · pemilik menanggung beban kerja yang

banyak.
1
Perkongsian ialah milikan yang ditubuhkan melalui kerjasama antara dua atau lebih individu bagi menJalankan
sesuatu perniagaan.

Perkongsian ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Perkongsian 1961 dan didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956.

Bilangan rakan kongsi adalah antara 2 hingga 20 orang.

Namun, bagi perkongsian yang melibatkan profesionseperti peguam, jumlah maksimum rakan kongsi tidak boleh
melebihi 50 orang.

Jenis rakan kongsi yang wujud dalam perniagaan perkongsian:

1.

· rakan kongsi berhad;

4.

· rakan kongsi aktif;

2.

· rakan kongsi lelap;

5.

· rakan kongsi nominal (namaan).

3.

· rakan kongsi biasa;


Jenis-jenis perkongsian : Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT):

• 1. perkongsian biasa • · entiti berasingan;

• 2. perkongsian berhad; • · liabiliti terhad;

• 3. perkongsian liabiliti terhad (PLT). • · hayat berterusan.

Kelebihan perniagaan perkongsian ialah:

· mudah ditubuhkan;

· dapat mengumpul modal yang lebih banyak

· berbanding perniagaan milikan tunggal

· Risiko perniagaan dapat disebarkan dalam kalangan rakan kongsi;

KLASIFIKASI PERNIAGAAN

SAIZ PERNIAGAAN
2
Kelebihan perniagaan bersaiz KECIL:

kos overhed yang rendah;

cepat menyelesaikan rungutan pelanggan;

fleksibel dari segi membuat perubahan dan kos upah yang rendah.

Kekurangan perniagaan bersaiz KECIL:

menanggung kos pengeluaran yang tinggi;

kurang berdaya saing;

sukar untuk menarik pekerja yang mahir serta berpengalaman dan masalah sumber kewangan.

Cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz KECIL:

pemilik menanggung bebanan kerja yang berat;

strategi untuk mengekalkan pelanggan lama dan mendapatkan pelanggan baharu;

cabaran untuk memastikan pekerja sentiasa bermotivasi dan mengawal kos overhed yang mungkin menjadi
berlebihan.

Kelebihan perniagaan bersaiz SEDERHANA:

mudah ditubuhkan berbanding perniagaan bersaiz besar;

fleksibel dari segi membuat perubahan;


(c) semangat bekerja dalam pasukan kuat dan kedudukan kewangan dapat dirahsiakan.

Kekurangan perniagaan bersaiz SEDERHANA:

sukar untuk melatih pekerja menghadapi cabaran ;

tidak dapat menawarkan peluang kerjaya yang menarik untuk pekerja dan wujud jurang hubungan antara majikan
dengan pekerja.

Cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz SEDERHANA:

untuk meningkatkan hasil berbanding perniagaan bersaiz kecil dan besar;

persaingan dengan perniagaan besar untuk mendapatkan pekerja yang pakar dan berpengalaman;

menghadapi pelbagai peraturan dan perundangan kerajaan.

Kelebihan perniagaan bersaiz BESAR:

menikmati ekonomi bidangan di mana kos seunit keluaran dapat diminimumkan;

dapat menguasai pasaran;

dapat mengamalkan pengkhususan dengan mengupah tenaga pekerja yang pakar dan berpengalaman.

Kekurangan perniagaan bersaiz BESAR:

komunikasi kurang berkesan kerana terdapat pelbagai hierarki dalam pengurusan;


birokrasi kerana wujud polisi dan pelbagai peraturan dalam organisasi;

risiko kerugian kerana pengaruh ekonomi dan politik.

Cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz BESAR:

ketidakpastian pasaran kerana perubahan yang kerap dalam ekonomi global, politik, teknologi, dan perundangan;

menghadapi persaingan dalam mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman;

menghadapi cabaran dalam meningkatkan keuntungan serta perundangan;

peraturan kerajaan untuk melindungi hak pelbagai pihak.

3
Sektor Perniagaan

• Sektor perniagaan dapat digolongkan seperti yang berikut:


4
Skala Perniagaan

Merupakan kawasan pasaran. Skala perniagaan boleh digolongkan kepada domestik dan antarabangsa:

• pasaran domestik

melibatkan penjualan barang dan perkhidmatan dalam negara,

iaitu secara tempatan yang melibatkan penduduk tempatan.

Ia melibatkan perniagaan runcit dan borong.

terdiri daripada skala tempatan, negeri dan kebangsaan

• pasaran antarabangsa

melibatkan penjualan dan pembelian barang yang merentasi sempadan negara,

iaitu antara satu negara dengan negara lain.

Ia melibatkan kegiatan import, eksport, dan entrepot.

terdiri daripada zon dan global

Skala perniagaan domestik dan antarabangsa adalah seperti yang berikut:


Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi, dan Skala Perniagaan

Sesebuah perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan atau kedua-duanya untuk memenuhi keperluan dan

kehendak pengguna.

Saiz serta jenis produk yang ditawarkan boleh mempengaruhi bentuk pemilikan perniagaan yang ditubuhkan oleh
peniaga sama ada milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad, atau koperasi.

Peniaga yang ingin menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan biasanya memilih untuk menubuhkan milikan
tunggal atau perkongsian.

Apabila perniagaan semakin berkembang dengan saiz pasaran yang semakin luas, pemilikan perniagaan tersebut
boleh diubah kepada syarikat berhad.

Dengan perkembangan teknologi

seperti internet, skala perniagaan tidak lagi dipengaruhi oleh saiz perniagaan.

Perniagaan yang bersaizkecil juga boleh menembusi pasaran global dengan menjual produk melalui internet.
Justeru, meningkatkan hasil dan keuntungan.

• Terdapat tiga sektor dalam perniagaan, iaitu

Sektor utama (primer),

sektor kedua (sekunder),

sektor ketiga (tertier) .

5
Hasil sektor utama:

seperti bahan-bahan mentah

untuk memenuhi pasaran domestik,

biasanya dijual kepada para pengilang tempatan ]

untuk diproses menjadi barang siap dan separuh siap.

Hasil sektor kedua dan ketiga,

iaitu perkilangan dan perkhidmatan

dapat memenuhi kedua-dua pasaran tempatan dan antarabangsa .

Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia

Sektor perniagaan di Malaysia dapat dibahagikan kepada:

sektor utama, sektor kedua, dan sektor ketiga.

Corak perkembangan sektor perniagaan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang berikut.
6
NOTA BAB 2 TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

1. Peranan Kerajaan dalam Menangani lsu-isu Tempatan, Negara, dan Serantau

Kerajaan memainkan peranan yang penting untuk membantu perniagaan bersaing di peringkat domestik dan
antarabangsa melalui beberapa kementerian dan agensi.

Antara agensi tersebut ialah:

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI);

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE);

Bank Negara Malaysia (BNM).

Peranan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan

1. Peranan kerajaan pusat

• Aspek perundangan

o kerajaan pusat bertanggungjawab menggubal undang-undang berkaitan dengan pendaftaran dan peraturan
perniagaan, perlindungan pengguna, dan pelepasan cukai.

• Aspek kewangan

kerajaan pusat membantu peniaga mendapatkan pelbagai sumber kewangan


untuk memulakan dan memajukan perniagaan.

Tumpuan khas diberikan kepada peniaga kecil kecilan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

o melalui agensi pembiaya seperti :

Majlis Amanah Rakyat (MARA),

Bank Pembangunan dan lnfrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB),

Amanah lkhtiar Malaysia,

TEKUN

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).

• Aspek perkembangan aktiviti perniagaan

iaitu aktiviti perniagaan ditumpukan kepada aktiviti promosi, latihan dan pembangunan,

MATRADE (promosi)

MARA (latihan dan pembangunan)

MPC (latihan dan pembangunan)

serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

SIRIM (barangan eletrik)


MARDI (pertanian)

MPOB (kelapa sawit)

TNB RESEARCH (berkaitan tenaga elekrtik)

2. Peranan kerajaan negeri

Mewujudkan kawasan industri;

Menjalin kerjasama dengan sektor swasta;

Menarik pelabur tempatan dan asing;

Membentuk syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN);

Menyediakan skim galakan kepada sektor swasta untuk mengusahakan sesuatu jenis pertanian.

7
3. Peranan Kerajaan Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

• Menyediakan kemudahan infrastruktur;

• Mewujudkan pusat-pusat perniagaan dan perdagangan;

• Mengawal kesihatan dan keselamatan awam;

• Melaksanakan tanggungjawab sosial, terutama dalam penyediaan kemudahan awam seperti taman rekreasi.

4. Peranan kerajaan dari aspek pertumbuhan ekonomi

• Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi dan
antaranya ialah:

Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Untuk memajukan ekonomi,

kerajaan membantu pertumbuhan ekonomi setempat, memperkukuh ekonomi melalui pelaksanaan:

dasar fiskal

dasar kewangan

menggalakkan perniagaan eksport dengan menyediakan pelbagai galakan - contohnya : elaun eksport.

Peranan kerajaan dari aspek guna tenaga


Guna tenaga penuh:

bermakna: - kadar pengangguran kurang daripada 4 %.

Terdapat empat jenis pengangguran, iaitu:

pengangguran bermusim,

Bekerja dlam tempoh masa tertentu/jangka masa pendek

pengangguran teknologi,

Tenaga manusia digantikan dengan mesin

pengangguran kitaran,

Disebabkan oleh kemelesetan ekonomi

pengangguran struktur.

Disebabkan perubahan dalam dasar

Cara kerajaan mengatasi pengangguran:

pengangguran bermusim

memberi insentif kepada pihak perniagaan


seperti pengecualian cukai

untuk membenarkan pekerja terus bekerja;

pengangguran teknologi

membenarkan penggunaan mesin-mesin moden

hanya untuk proses tertentu

yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh;

pengangguran kitaran

o melaksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi ke melesetan ekonomi;

pengangguran struktur

membuat perancangan ekonomi

sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan global.

8
6. Peranan kerajaan dari aspek ekonomi

lnflasi

satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

disebabkan oleh permintaan yang melebihi penawaran di pasaran;

inflasi tolakan kos :

lnflasi yang berlaku disebabkan oleh kenaikan pengeluaran kos barang dan perkhidmatan

Kerajaan memainkan peranan mengawal inflasi dengan cara :

galakan pelaburan - untuk meningkatkan jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan;

memberi subsidi kepada pengeluar -supaya tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran ;

meningkatkan kadar faedah

melaksanakan dasar kerajaan - seperti mengutip duti eksport terhadap barang eksport.

(b) Deflasi

suatu keadaan kejatuhan hargabarang dan perkhidmatan secara berterusan

disebabkan oleh kejatuhan dalam permintaan oleh pengguna

pengguna tidak mampu membeli barang di pasaran ;


kesannya ialah:

kuasa beli penduduk menurun

kerana kehilangan pekerjaan dan

ini seterusnya akan membantutkan aktiviti perniagaan;

kerajaan memainkan peranan mengatasi masalah deflasi dengan cara :

menurunkan kadar cukai;

memberi khidmat nasihat dan mengadakan perundangan -untuk membantu peniaga menggunakan sumber secara
optimum;

menurunkan kadar faedah;

melaksanakan dasar fiskal.

Trend Persekitaran Perniagaan

• bermaksud : o suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan

o yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran perniagaan .

Pasaran :

merupakan suatu keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli

pada suatu tingkat harga dan masa


yang dipersetujui oleh keduadua pihak.

Pasaran terdiri daripada:

pasaran untuk semua (mass market) ; - cth : makanan, pelancongan

pasaran produk; cth : barang keperluan harian,sos,tomato,sabun

pasaran kewangan. Cth: bon, sekuriti

9
Apabila ekonomi berkembang, permintaan daripada pengguna dari dalam dan luar negara akan meningkat
dan membawa kepada trend yang berikut dalam negara:

guna tenaga - dalam semua sektor (akan meningkat), iaitu :

• sektor utama,

• sektor kedua,

• sektor ketiga

pendapatan perniagaan - akan meningkat

• kerana hasil jualan dan keuntungan akan meningkat;

3. negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi

kerana pembayaran cukai oleh perniagaan akan digunakan oleh kerajaan

untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan masyarakat dan ekonomi.

Undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan

• Digubal dan dilaksanakan dengan tujuan:

untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Boleh memberikan kesan terhadap aspek persekitaran

seperti kesihatan dan keselamatan, pekerjaan, maklumat, perancangan, perlindungan pengguna, persaingan,
pengiklanan, undang undang syarikat, serta persekitaran.
Antara akta berkaitan dengan aspek-aspek berkenaan ialah:

1.

Akta Kontrak 1950;

5.

Akta Syarikat 1965;

2.

Akta Jualan Barangan 1957;

6. Akta Pekerjaan 1955

3.

Akta Sewa Beli 1967;

7.

Akta Perhubungan lndustri 1967

4.

Akta Perkongsian 1961; ;

8.

Akta Hak Cipta 1987.

Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan

Para peniaga perlu peka kepada perubahan dalam persekitaran yang melibatkan faktor dalaman dan faktor luaran.

Kedua-dua faktor ini boleh dikaji dengan melakukan analisis kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses), peluang
(opportunities), dan ancaman (threats) (SWOT) yang dihadapi oleh organisasi.

Analisis SWOT dapat digunakan untuk menggubal strategi perniagaan untuk merealisasikan visi, misi, dan objektif
perniagaan.
10
Faktor dalaman

merujuk kepada faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat

boleh memberi kekuatan (S) dan kelemahan (W) kepada sesebuah organisasi.

FAKTOR

Huraian

DALAMAN

• Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengurus atau majikan

Gaya

• untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya.

pengurusan

• Antaranya ialah gaya pengurusan laissez-faire, gaya pengurusan sokongan, gaya

pengurusan sederhana, gaya pengurusan autokratik, dan gaya pengurusan demokratik.

• Sumber manusia yang mencukupi dan berkemahiran tinggi akan menjadikan

Sumber

• perniagaan menjadi lebih berdaya saing.

manusia

Sumber manusia boleh dibahagikan kepada sumber manusia dalaman dan sumber manusia

luaran.
T

• Sistem teknologi maklumat yang cekap dan berkesan

Teknologi

• membolehkan organisasi menjalankan urusan perniagaan dengan pembekal dan pelanggan

maklumat

dengan segera dan tepat.

• Keputusan perniagaan dapat dibuat dengan serta-merta.

• Strategi pemasaran yang baik dan kukuh dapat mempengaruhi permintaan pengguna

Pemasaran

terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.

• Hal ini melibatkan elemen-elemen campuran pemasaran, iaitu produk, pengedaran, promosi,

dan harga.

• Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah bermutu dan dapat memenuhi keperluan

Pengeluaran

dan kehendak pengguna.

• Dengan adanya penyelidikan dan pembangunan, perniagaan dapat meningkatkan


Penyelidikan

mutu keluaran dan memperkenalkan keluaran baharu di pasaran.

dan

• Melalui penyelidikan pemasaran, perniagaan dapat mengetahui cita rasa pengguna dan trend

pembangunan

pasaran.

• Struktur kewangan organisasi yang kukuh

Kewangan

• membolehkan sumber kewangan digunakan secara optimum untuk memajukan perniagaan.


11
(b) Faktor luaran (faktor yang boleh memberi peluang (O) dan ancaman (T) kepada sesebuah syarikat).

F.LUARAN

HURAIAN

• Peraturan dan undang-undang untuk melindungi pengguna, masyarakat, dan alam sekitar

(Undang-

• boleh memberi kesan kepada cara perniagaan diuruskan, kos operasi dan peletakan harga,

undang )

serta cara promosi produk.

S (Sosiobudaya

• Cara hidup pengguna yang dipengaruhi oleh budaya dan agama serta umur

• dan jantina boleh memberi kesan kepada permintaan sesuatu barang yang dikeluarkan

oleh perniagaan.

E (Ekologi)

• Melibatkan isu alam sekitar serta kekurangan sumber-sumber

• seperti bahan mentah dan tenaga yang diperlukan dalam proses pengeluaran.

P (Politik)

• Dasar dan polisi kerajaan dilaksanakan melalui undang-undang yang

• boleh membawa kesan positif atau negatif kepaaa perniagaan.

• Keadaan ekonomi yang meningkat

(Ekonomi)

• dapat meningkatkan prestasi perniagaan dan begitulah sebaliknya.


• Perkembangan dan perubahan teknologi

T (Teknologi )

• membolehkan perniagaan meningkatkan mutu dan jenis keluaran dan

• hal ini seterusnya dapat meningkatkan peluang pasaran.

3. Analisis faktor dalaman dan faktor luaran

Analisis dalaman dan luaran terhadap sesebuah organisasi perniagaan boleh dilakukan dengan menggunakan analisis
SWOT.

Analisis SWOT bertujuan:

menilai kesan perubahan persekitaran dalaman dan luaran

mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan.

• Kekuatan (S) dan kelemahan (W):

merupakan komponen untuk menganalisis faktor dalaman

Peluang (O) dan ancaman (T):

merupakan komponen untuk menganalisis faktor luaran

Faktor dalaman

melibatkan kekuatan (S) dan kelemahan (W) organisasi .

Contoh kekuatan (S) ialah:


jenama yang sedia terkenal,

sumber kewangan yang kukuh dan sebagainya

Contoh kelemahan (W) ialah:

pekerja yang kurang mahir dan teknologi yang rendah.

Faktor luaran

melibatkan peluang (O) dan ancaman (T).

Contoh peluang (O) ialah:

perkembangan ekonomi dan bantuan kerajaan.

Contoh ancaman (T) ialah:

muncul pesaing baharu,

perundangan dan peraturan baharu kerajaan

mungkin memberi kesan negatif kepada kos pengeluaran

12
Penggunaan Matriks SWOT

STRATEGI

HURAIAN

Kekuatan - Peluang

Kekuatan merujuk pada keunikan yang ada pada faktor dalaman perniagaan yang boleh

( S - O)

digunakan untuk merebut peluang yang wujud ekoran daripada perkembangan faktor luaran.

Kelemahan - Peluang

Kelemahan merujuk pada kekurangan yang dihadapi perniagaan disebabkan oleh faktor

dalaman. Kelemahan ini boleh menggugat perkembangan perniagaan. Oleh itu, pihak

( W - O)

pengurusan perniagaan perlu mengambil langkah yang proaktif supaya peluang perniagaan

yang wujud disebabkan oleh faktor luaran dapat direbut oleh perniagaan.
Kekuatan - Ancaman

Kekuatan perniagaan yang dimiliki oleh faktor dalaman perniagaan dapat digunakan dalam

( S - T)

strategi menghadapi ancaman yang wujud disebabkan oleh perkembangan faktor luaran.

Kelemahan - Ancaman

Kekurangan yang dihadapi oleh perniagaan seperti kekurangan tenaga pakar memberi ancaman

(W-T)

kepada perniagaan ekoran tindakan pesaing dalam pasaran. Perniagaan perlu menjalinkan

kerjasama dengan pihak lain supaya setiap kelemahan dapat diatasi.

Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap Organisasi Perniagaan

1 . Pasaran

kesan terhadap pasaran boleh dilihat dari aspek:


cita rasa, fesyen, dan gaya hidup menyebabkan

barang lama hilang permintaan di pasaran;

kemasukan barang import yang lebih murah bersaing dengan produk tempatan;

pembangunan teknologi yang menyebabkan barang lama hilang permintaan.

2. Trend

kesan perubahan dari aspek trend meliputi:

• guna tenaga

iaitu penurunan dalam guna tenaga

akan menyebabkan kadar pengangguran yang meningkat

seterusnya menyebabkan pengurangan kutipan cukai pendapatan oleh kerajaan;

pendapatan

jumlah pendapatan boleh guna yang bertambah

akan meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan

hal ini akan merancakkan ekonomi.

pertumbuhan ekonomi
trend pertumbuhan yang semakin meningkat

akan memberi kesan positifterhadap perniagaan,

contohnya: peningkatan dalam permintaan - akan meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.

Undang-undang

kesan perubahan dari aspek undang-undang adalah seperti yang berikut:

1. melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan

contohnya: Akta Kontrak 1950 dan Akta Jualan Barangan 1957

melindungi peniaga daripada penipuan dalam urus niaga seharian yang boleh merugikannya jika peruntukan dalam
sesuatu perjanjian dilanggar oleh satu pihak yang lain.

13
mewujudkan sistem perniagaan secara adil o contohnya: Akta Persaingan 2010

• bertujuan mewujudkan keadaan di mana perniagaan bersaing secara adil dalam pasaran

• syarikat dilarang menyalahgunakan kedudukan dominan di pasaran untuk mendapat kelebihan persaingan
yang menindas syarikat yang lemah.

melindungi hak semua pihak di dalam perniagaan

o contohnya: Akta Hak Cipta 1987

digubal oleh kerajaan bertujuan memberi perlindungan terhadap pemilik karya-karya

berkaitan sastera, muzik, dan seni terhadap perlanggaran hak oleh pihak lain

di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.


14
NOTA BAB 3: PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

Setiap organisasi perniagaan perlu mempunyai visi, misi, dan objektif yang selari dengan jenis perniagaan.

Visi, misi, dan objektif (VMO) o merupakan unsur utama perancangan strategik yang menetapkan hala tuju organisasi
o untuk mencapai kejayaan dan memacukan kelangsungan perniagaan dalam jangka panjang. o

Ketiga-tiga unsur perancangan (VMO):

▪ ini dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi dalam membuat keputusan dan tindakan perniagaan.

o Unsur perancangan strategik :

UNSUR

KETERANGAN

PERANCANGAN

STRATEGIK

(a) Visi

• Merupakan falsafah pengwujudan organisasi

• Melibatkan fokus masa hadapan dan perancangan jangka panjang Penting untuk membuat

keputusan dan tindakan bagi memastikan hala tuju perniagaan berada dalam landasan yang tepat

• Contoh : visi sebuah suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami beraspirasi untuk membentuk

masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi'


(b) Misi

• Merupakan satu pernyataan ringkas tentang matlamat utama penubuhan

organisasi

• Dibentuk sebagai ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat

Contoh : misi bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan berusaha secara berterusan

untuk menjadi penerbit buku terulung dalam negara dan memenuhi permintaan semua lapisan

masyarakat di Malaysia '

(c) Objektif

• Merupakan pernyataan khusus tentang bagaimana visi dan misi akan dicapai

• Membantu organisasi mencapai matlamat dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa

panjang

• Contoh : objektif bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan menerbitkan

sekurang-kurangnya 75 judul buku ilmiah dan 720 judul buku bukan ilmiah setiap tahun untuk lima

tahun bermula dari tahun 2017 hingga 2027 '

Perbandingan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan yang Berbeza


• Visi, misi, dan objektif (VMO) organisasi bermotif untung (OBU)

adalah berbeza daripada VMO organisasi bukan bermotif untung (OBBU) dan pertubuhan sukarela .

• OBU

biasanya ditubuh dan dikawal oleh pihak swasta o untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

VMO organisasi jenis ini bertujuan memaksimumkan keuntungan bagi pemilik.

OBU didaftarkan di bawah Pendaftar Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

• OBBU

terdiri daripada persatuan, kelab, pertubuhan,dan yayasan

yang menjalankan perniagaan dengan matlamat utama

untuk menjaga kebajikan ahli, masyarakat, dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

OBBU didaftarkan dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah berbeza dengan pertubuhan sukarela.

Pertubuhan sukarela merupakan organisasi yang menjalankan aktiviti secara sukarela dengan masyarakat menjadi
pelanggan utama.

15
• Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan

Objektif sesebuah organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau bukan perniagaan boleh dibahagikan kepada dua,
iaitu: ·

objektif jangka pendek;

objektif jangka panjang.

Setiap objektif ini perlu memenuhi seperti yang berikut.

UNSUR

KETERANGAN

Spesifik (Specific)

Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus dan

• boleh diukur secara kuantitatif,

(Measurable) Boleh

• iaitu dalarn bentuk angka, nombor, masa, dan wang ringgit.

M
• Objektif yang ditetapkan boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif serta

diukur

boleh dibandingkan dengan pencapaian pada sebelum dan selepas sesuatu

aktiviti perniagaan dilaksanakan .

A Boleh dicapai(Attainable)

Sesuatu objektif yang ditetapkan hendaklah berdasarkan sasaran yang

boleh dicapai.

Munasabah • (Realistic)

Sesuatu objektif yang ditetapkan haruslah munasabah dan

• perlu mengambil kira beberapa faktor

• seperti sumber manusia dan kewangan dalam organisasi.


• Justeru, objektif yang ditetapkan itu tidak mustahil untuk dicapai.

T Jangka masa (Time frame)

• Penentuan objektif perlu ada penetapan jangka masa yang perlu dicapai.

• Contohnya, setahun, tiga tahun, atau lima tahun.

Tujuan Penetapan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan

• Visi dan misi

dapat membantu sesebuah organisasi mencapai matlamat penubuhannya

dalam jangka panjang.

• penetapan objektif

jangka pendek dan jangka panjang

yang selari dengan visi dan misi

membantu dalam mencapai perancangan strategik organisasi.

• Visi
merupakan komponen pengurusan strategik dan untuk mencapainya

mengambil masa sekurangkurangnya lima tahun.

Hal ini boleh mendorong semua pihak yang terlibat memahami dan bekerjasama

serta bertindak berdasarkan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

• Misi

pula dibentuk selepas penetapan visi

merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa ini.

bertujuan memudahkan pihak pengurusan mengagihkan sumber

seperti bahan mentah, sumber manusia, dan kewangan secara cekap dan berkesan kepada bahagian dan unit
perniagaan

agar mencapai matlamat yang ditetapkan.

16
• Pernyataan objektif

akan menjelaskan perkara yang perlu dicapai dan

ia perlu selaras dengan pembentukan visi dan misi organisasi .

• Objektif

merupakan asas kepada pencapaian visi dan misi.

Sesuatu objektif mestilah - SMART:

spesifik,

boleh diukur,

boleh dicapai,

munasabah,

ada jangka masa.

o lndikator yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi perniagaan

(A) TITIK PULANG MODAL (TPM)

Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh
bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung.

Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu tidak mendapat untung dan juga tidak rugi.
TPM penting kerana dapat membantu perniagaan mengetahui sama ada perniagaan dapat terus beroperasi atau
tidak serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam pasaran.

Formula TPM

TPM = __________Kos tetap (KT)__

Harga juaIan seunit (H) - Kos berubah seunit (KB)

Contoh 1:

Syarikat Pasu Bunga Sendirian Berhad mengeluarkan pasu bunga untuk pasaran seluruh negara.

Kos tetap (KT) yang ditanggung syarikat ialah RM300 000.

Harga jualan (H) setiap pasu ialah RM5 dan kos berubah seunit (KB) ialah RM3.

Berapakah kuantiti yang perlu dikeluarkan oleh syarikat agar balik modal?

TPM = Kos tetap

Harga juaIan seunit - Kos berubah seunit

TPM = _______RM300 000

RM5 – RM3

TPM = 150 000 unit


17
Contoh 2:

Fahmi merupakan pemilik Z’F Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk pelbagai
program syarikat dan agensi kerajaan. Fahmi telah memperoleh satu kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia
untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama
kontrak ialah Fahmi perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema berkenaan dengan sewa tahunan RM6000. Fahmi
tidak memerlukan sebarang alatan tetapi beliau perlu membeli bahan-bahan seperti gegelung plastic berharga 20 sen
seunit, klip berharga 10 sen seunit dan kertas photo berharga 10 sen seunit. Fahmi bercadang untuk menjual rantai
kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun. Hitungkan:

Titik Pulang Modal

Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci

Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci

a. Titik pulang modal (TPM)

Titik pulang modal =

____Kos tetap______

harga - kos berubah

Kos tetap

Kos berubah

• sewa kedai : RM6 000


• Gegelung plastik : RM 0.20

Harga jualan seunit : RM 8.00

• Klip : RM 0.10

• Kertas foto : RM 0.10

Jumlah = RM 0.40 seunit

Titik pulang modal

____Kos tetap______

harga - kos berubah

Titik pulang modal (TPM)

___RM 6000

RM 8.00 – RM 0.40
789.47 atau 789 unit

Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci

Keuntungan = Jumlah Hasil - Jumlah Kos

(kuantiti xHarga) – (Kos Tetap+Kos Berubah)

(1000 X RM 8.00) – RM 6 000 + (1000 X RM0.40)

RM1 600

Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci

(kuantiti xHarga) – (Kos Tetap+Kos Berubah)

(2 500 X RM 8.00) - (RM 6 000 + 2 500 X RM 0.40)

RM13 000
18
Contoh 3:

Kos tetap

Sewa sebulan : rm15,000

Gaji tetap : rm50,000

Kos berubah:

• bagi sepasang kasut : RM50

Harga jualan :

• bagi sepasang kasut : RM100

i. Titik pulang modal = ____Kos tetap______

harga - kos berubah

TPM = __RM___ _________+ RM_____ __

RM – RM

= ___RM

RM

= _______________pasang
Jumlah kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun 2017 ialah:

= ______________ pasang x 12 bulan

= pasang

ii. Peningkatan 20% kos berubah pengeluaran kasut:

Kos berubah bagi sepasang kasut = ______________________

TPM = __RM

RM - RM

= RM

RM

_______ pasang
19
Contoh 4:

Kos tetap

Sewa sebulan : rm10,000

Gaji tetap : rm24,000

Kos berubah:

bagi sepasang kasut : RM50

Harga jualan :

bagi sepasang kasut : RM100

i. TPM =

Titik pulang modal = ____Kos tetap______

harga - kos berubah


Contoh 5:

Kos tetap: RM50 000

Kos berubah: RM60 seunit

Harga seunit: RM100

Hitungkan:

i. Titik pulang modal TPM = ______Kos tetap

Harga – kos berubah


20
** Kalau dalam bentuk nilai, jawapannya ?

ii. Jumlah kos pada titik pulang modal (TPM)

Jumlah kos (JK)

= Kos tetap (KT) + kos berubah (KB)

= RM +( x RM60)

RM

Keuntungan atau kerugian yang diperoleh jika menjual 3 000 unit

Untung = Jumlah Hasil – Jumlah Kos

= (Harga x Kuantiti) - (Kos Tetap + Kos Berubah) = (RM x ) - (RM50,000 + ( x RM

=
= RM

(B)PERTUMBUHAN PERNIAGAAN

merujuk kepada hasil yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan

seterusnya mendatangkan keuntungan perniagaan .

Untung ini boleh digunakan untuk membuka cawangan baharu dan

membesarkan perniagaan sedia ada.

(C)PEMAKSIMUMAN KEUNTUNGAN ORGANISASI

berupaya mengunakan sumber-sumber perniagaan

seperti bahan mentah, modal, modal insan, dan teknologi dengan cekap.

Penggunaan sumber dengan cekap dapat meminimumkan pembaziran serta kos pengeluaran dan

hal ini dapat memaksimumkan keuntungan dalam jangka panjang.

(D) DAYA SAING

merujuk kepada kemampuan perniagaan terus kekal dalam industri berbanding dengan para saing.

Antara faktor yang menentukan daya saing dan kemampuan bertahan organisasi perniagaan dalam sesuatu industri
ialah:

kewangan;
jaringan;

sumber manusia;

pemasaran;

teknologi.

21
(E) SYER PASARAN

merujuk kepada bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding dengan pesaing dalam industri yang sama,

contohnya industri kereta.

Jika menguasai syer pasaran,

maka perniagaan berkenaan boleh menjadi pemimpin dan berkemampuan

untuk terus kekal dan meraih keuntungan yang lebih besar dalam jangka masa panjang.

JUALAN

melalui urus niaga jual beli antara penjual dengan pembeli, penjual akan memperoleh keuntungan

sementara pembeli mendapat kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.

Penjual boleh menggunakan pelbagai campuran promosi seperti jualan murah, diskaun harga, sampel, dan peraduan
untuk menarik dan memujuk pengguna membeli barang dan PERKHIDMATANNYA .

(G) PENYEDIAAN PERKHIDMATAN

untuk menarik minat pengguna agar membeli barang dan perkhidmatan,

perniagaan pada masa kini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:

pembelian atas talian;

penghantaran barang ke rumah;


kemudahan pembayaran;

membaik pulih barang rosak.

Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif

• Keadaan persekitaran dalaman dan luaran perniagaan yang sentiasa berubah boleh mempengaruhi pencapaian
matlamat dan objektif perniagaan.

Kegagalan mencapai matlamat dan objektif boleh memberi kesan negatif kepada perniagaan, iaitu:

jualan merosot ;

tidak mampu membayar kos perniagaan;

gagal dalam persaingan;

imej perniagaan terjejas;

tidak mampu mengembangkan perniagaan.

Antara langkah-langkah yang boleh digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk mengatasi masalah
kegagalan mencapai matlamat dan objektif ini ialah:

mengurangkan kos;

menurunkan harga produk;

mempelbagaikan produk yang ditawarkan;


mengurangkan pembayaran dividen kepada pemegang saham;

menggunakan kaedah atau teknologi baharu dalam pengeluaran;

menyemak semula matlamat perniagaan.

Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan

Faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan terdiri daripada:

faktor dalaman

faktor luaran

22
2. Berikut menunjukkan dalaman dan faktor luaran.

Faktor Dalaman

Faktor Luaran

• Merupakan sumber unik

• Merupakan persekitaran luaran

• yang dimiliki oleh perniagaan

• yang merangkumi persekitaran umum perniagaan

Aplikasi SWOT

• Kekuatan (S) (+)

Ringkasan / hafalan (GST 3PK)

• Kelemahan (W) (-)

Faktor dalaman

• Peluang (O) (+)

• Gaya pengurusan

• Ancaman (T) (-)

• Sumber manusia

• Teknologi maklumat
• Pemasaran

• Pengeluaran

• Penyelidikan dan pembangunan

Faktor luaran

• Kewangan

• Undang-undang

• Sosiobudaya

• Ekologi

• Politik

• Ekonomi
• Teknologi
23
BAB 4: BAHAGIAN-BAHAGIAN FUNGSIAN UTAMA DALAM ORGANISASI PERNIAGAAN

Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan

1. Fungsian

merujuk kepada pengelompokan tugas

berdasarkan fungsi asas organisasi seperti :

• pentadbiran, • pengurusan sumber manusia,

• kewangan, • teknologi maklumat

• komunikasi • penyelidikan dan pembangunan (R & D),

• pembelian, • pengeluaran,

• pemasaran, • pengagihan,

• perkhidmatan pelanggan, • jualan.

2. Struktur organisasi perniagaan merupakan:

Susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian

yang terdapat dalam sesebuah organisasi perniagaan.

Struktur organisasi:
dibahagikan mengikut bahagian fungsian

supaya setiap ahli dalam organisasi mengetahui:

kedudukan,

tanggungjawab, dan

spesifikasi tugas masing-masing

agar dapat mencapai visi, misi, dan objektif (VMO) perniagaan yang telah ditetapkan.

3. Carta organisasi merujuk kepada:

• struktur organisasi yang dipamerkan dalam bentuk hierarki dan

• menggambarkan aspek penting seperti pembahagian kerja, hubungan antara ketua dengan pekerja, jenis tugas,
dan

hierarki atau peringkat pengurusan.

4. Tujuan bahagian fungsian adalah seperti yang berikut:

• Penumpuan pada bidang tugas sahaja

• mengikut kemahiran dan pengkhususan.

• Berupaya meningkatkan kemahiran

• kerana melakukan tugas yang sama dalam sesuatu jabatan yang sama
• Memudahkan usaha melatih pekerja baharu

• kerana bidang pengkhususan yang sama.

• Dapat menjimatkan kos dan memudahkan pengurusan

• kerana dapat berkongsi sumber yang sama.

Peranan BAHAGIAN FUNGSIAN PENTADBIRAN

• ialah menjalankan urusan dalam organisasi seperti:

• menerima, dan

• mengurus,

• menyimpan rekod serta

• menyediakan dokumen syarikat

• mengurus mesyuarat.

24
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

• Pengurusan sumber manusia merujuk kepada:

aktiviti perancangan sumber manusia,

pengrekrutan,

penilaian prestasi, dan

kebajikan pekerja.

Tujuan Pengurusan Sumber Manusia ialah:

• adalah untuk memastikan organisasi:

mempunyai keperluan sumber manusia yang mencukupi,

membangunkan sumber manusia yang berdaya saing, serta

memastikan tenaga kerja kekal dalam organisasi - pembayaran gaji dan upah yang kompetitif selain

memberikan motivasi agar produktiviti pekerja terus meningkat.

Bahagian fungsian sumber manusia memainkan empat peranan utama, iaitu:

perancangan sumber manusia;

latihan dan pembangunan;


perkhidmatan pekerja dan kebajikan;

perhubungan industri.

KEWANGAN

Pengurusan kewangan merujuk kepada: o aktiviti merancang,

o menyusun, mengarah, dan

o mengawal segala aspek pembiayaan dan perbelanjaan o dalam sesebuah organisasi perniagaan.

Bahagian fungsian kewangan bertujuan:

Memastikan bahawa sumber kewangan:

diagihkan dan dibelanjakan dalam aktiviti yang boleh menjana keuntungan dan

sentiasa berada dalam keadaan yang mencukupi

agar operasi perniagaan berjalan lancar dan tidak tergendala.

Peranan pengurus kewangan adalah seperti yang berikut:

• membuat perancangan kewangan,

o iaitu keperluan dan penggunaan dana organisasi;

mengagihkan sumber kewangan kepada jabatan-jabatan lain dalam organisasi o secara cekap dan berkesan;

mengawal kewangan setiap bahagian


o untuk memastikan bahawa dana digunakan secara cekap o tanpa sebarang pembaziran .

25
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

• Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) : o merangkumi penggunaan teknologi komputer o seperti : teknologi

perisian untuk:

* mengubah, * memindahkan,

* memproses, * menyimpan, dan

melindungi semua maklumat

yang diperlukan dalam sesebuah organisasi perniagaan secara selamat, mudah, cepat, dan tepat.

• Tujuan bahagian fungsian ICT ialah:

Membolehkan operasi perniagaan dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan;

Memudahkan komunikasi dalaman antara semua stat menggunakan intranet dan komunikasi luaran

seperti melakukan e-dagang dan e-pemasaran

melalui penggunaan internet; o Menyimpan maklumat dan data organisasi

Seperti: maklumat sumber manusia, kewangan, penjualan, dan pembelian;

Mempercepat urus niaga pemiagaan dengan pelbagai pihak luar dan

seterusnya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perjalanan perniagaan yang membawa kepada peningkatan
keuntungan perniagaan.
Peranan bahagian fungsian ICT adalah seperti yang berikut:

memastikan keselamatan sistem pada setiap masa;

sentiasa memantau untuk memastikan bahawa hanya pengguna yang dibenarkan sahaja mengakses sistem;

mewujudkan dan mengendalikan sistem simpanan bagi data kritikal dalam keadaan kecemasan;

membantu dan melatih stat menyelesaikan masalah penggunaan perisian baharu;

memantau dan mensyorkan kepada pihak pengurusan sistem dan perisian terkini mengikut perkembangan dan
pemakaian semasa yang dapat membantu operasi perniagaan;

membantu pengguna dalam organisasi berhadapan dengan masalah dan aplikasi komputer.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R & D)

melibatkan pembangunan produk baharu dan penambahbaikan produk yang sedia ada.

Tujuan R & D ialah :

membantu organisasi menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan berdaya saing dalam pasaran

dengan membangunkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
JUALAN

• Bahagian fungsian jualan bertujuan:

o Memastikan jumlah sasaran jualan yang telah ditetapkan dengan objektif perniagaan tercapai .

• Peranan bahagian fungsian jualan:

menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan dengan barang jualan ▪ seperti jenis, spesifikasi, dan kualiti;

menyediakan sebut harga dan melakukan rundingan dengan pengguna tentang kadar diskaun dan terma jual beli;

memberikan nasihat teknikal kepada pengguna dan menyemak serta mengemas kini rekod pengguna.

26
PEMBELIAN

Bahagian tungsian pembelian memastikan pembelian

bahan mentah, komponen dan stok barang niaga secara bijak dan sistematik agar memberi kesan positif terhadap
keuntungan perniagaan.

Peranan bahagian tungsian pembelian:

menentukan kuantiti dan spesitikasi barang yang dibeli adalah tepat;

memilih pembekal yang sesuai;

memastikan barang diterima tepat pada masanya.

Tatacara pembelian:
PENGAGIHAN

• Bahagian fungsian pengagihan bertanggungjawab untuk:

o memastikan setiap barang yang dikeluarkan diterima oleh pengguna pada tempat dan masa yang betul. o mengenal
pasti dan menentukan saluran agihan yang sesuai mengikut jenis keluaran dan memastikan

pengangkutan yang digunakan sesuai dengan barang agar tidak berlaku kerosakan, pembaziran masa, dan kos.

• Empat jenis saluran agihan utama yang biasa digunakan dalam mengagihkan produk kepada pengguna,
iaitu:

▪ Pengeluar → Pengguna

▪ Pengeluar → Peruncit → Pengguna

▪ Pengeluar →Pemborong → Peruncit → Pengguna ▪ Pengeluar → Ejen →Peruncit → Pengguna

KHIDMAT PELANGGAN
Bahagian fungsian khidmat pelanggan pula bertujuan: o memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Bahagian fungsian ini bertanggungjawab untuk:

menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang dan perkhidmatan

dengan cara menyediakan pakar mengikut jenis produk yang disediakan oleh organisasi berkenaan.

27
PENGELUARAN

• Bahagian fungsian pengeluaran:

bertanggungjawab menghasilkan produk

mengikut mutu dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan merupakan proses menghasilkan barang
melalui proses transformasi penukaran input kepada output bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Pengurus pengeluaran bertanggungjawab:

untuk melaksanakan:

kawalan terhadap input (kawalan awalan),

proses transformasi (kawalan semasa) ,

output (kawalan selepas) .


(a) Kawalan awalan

• memastikan semua unsur input dalam keadaan baik dan mempunyai kualiti

• sebelum proses transformasi dimulakan.

(b) Kawalan semasa

• melakukan kawalan semasa proses pengeluaran

• dengan memastikan proses pengeluaran berjalan lancar, pekerja bekerja dengan cekap, dan

• memantau serta membaik pulih mesin yang rosak semasa operasi berjalan.

(c) Kawalan selepas

menjalankan pemeriksaan secara manual dan automatik terhadap produk yang dikeluarkan

agar memenuhi kualiti yang telah ditetapkan.


28
PEMASARAN

• suatu aktiviti :

mencipta nilai produk,

penentuan harga,

promosi, dan

pengedaran produk

bagi menggalakkan berlaku pertukaran

yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan

mencapai objektif organisasi.

Tujuan bahagian fungsian pemasaran adalah: o Untuk melakukan pertukaran antara dua pihak, o iaitu pembeli
dan penjual.

matlamat bahagian fungsian ini ialah:

mencipta permintaan bagi produk keluaran organisasi

agar dapat meningkatkan jualan dan keuntungan.

Strategi pemasaran - mengandungi dua unsur, iaitu:

(a) sasaran pasaran


• kumpulan pengguna yang berpotensi membeli dan menggunakan produk yang dikeluarkan oleh organisasi.

• Kumpulan ini mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi cita rasa, tahap pendapatan, tahap pendidikan, umur, dan
sebagainya . ·

(b) campuran pemasaran

• beberapa strategi yang direka bentuk dan diuruskan oleh pemasar

• bagi tujuan menghasilkan proses pertukaran nilai

• yang dapat memaksimumkan kepuasan pengguna .

Unsur-unsur campuran pemasaran ini ialah:

1. produk, 3. pengagihan, dan

2. harga, 4. promosi.

Matlamat bahagian fungsian pemasaran ialah

- Mewujudkan dan meningkatkan permintaan .

Peranan bahagian fungsian pemasaran:

• mempromosikan produk melalui pelbagai media pengiklanan seperti:

o televisyen, o majalah
o radio, o surat khabar, , dan

o katalog;

mendapat dan mengemaskinikan profil pelanggan yang sedia ada o untuk membuat sasaran pasaran;

menjalankan penyelidikan pemasaran

o untuk mendapat maklum balas pengguna tentang ciri ciri produk yang ada di pasaran.

29
PEMBANGUNAN PRODUK DAN PASARAN BAHARU

• Pembangunan produk merujuk kepada:

suatu aktiviti dan strategi pertumbuhan kepada perniagaan yang sedang dijalankan

bertujuan - memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada.

Langkah-langkah pembangunan produk baharu

• adalah seperti yang berikut.

• Strategi pembangunan pasaran:


merupakan usaha mencari pasaran baharu

bagi tujuan memasarkan produk yang sedia ada.

ini dapat membantu perniagaan menguasai pasaran yang lebih besar dan

mengelakkan daripada terperangkap dalam pasaran sedia ada yang sudah tepu.

Pasaran baharu boleh diteroka sama ada dalam pasaran domestik atau pasaran antarabangsa .

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

• Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan:

o salah satu proses:

▪ pengaliran, ▪ penyebaran,

▪ pemprosesan, dan ▪ penyimpanan maklumat

menggunakan perantaraan teknologi .

ICT menjadi suatu keperluan kepada setiap perniagaan

untuk menjalankan aktiviti perniagaan serta

memberi peluang kepada perkembangan perniagaan.


Tujuan penggunaan teknologi maklumat seperti yang berikut:

memudahkan sistem operasi perniagaan;

mernperoleh maklumat dengan mudah dan cepat;

memperluaskan skop perniagaan;

memudahkan aktiviti kewangan dan perakaunan;

menjadikan operasi perniagaan lebih cekap dan berkesan;

meluaskan pasaran ke tahap global;

mewujudkan hubungan dan jaringan yang lebih luas;

mempercepat sistem pengeluaran dan pengedaran.

30
PERKAITAN ANTARA BAHAGIAN FUNGSIAN DENGAN ORGANISASI LUAR, ALIRAN MAKLUMAT, DAN

ALIRAN BARANG

Antara kaedah mengaplikasikan maklumat dalam perniagaan ialah:

1. e-pemasaran,

2. e-dagang,

3. e-government,

4. e-banking,

5. penggunaan Iaman sosial,

6. penggunaan e-mel.

Tujuan interaksi dengan organisasi luar adalah:

Untuk mewujudkan komunikasi antara perniagaan dengan organisasi luar

seperti pihak pembekal, pelabur, agensi kerajaan, dan pelanggan.

• Kepentingan interaksi dengan organisasi luar:

mewujudkan jaringan perniagaan agar mengukuhkan sistem operasi dan kelangsungan perniagaan dalam pasaran;

mengukuhkan hubungan baik sedia ada agar dapat membantu peningkatan dalam pencapaian matlamat perniagaan;

menjalin kerjasama strategik;


membolehkan perniagaan menambahkan potensi surnber perniagaan seperti pembekalan bahan mentah dan
kepakaran.
31
• Aliran maklumat merupakan:

suatu proses komunikasi yang melibatkan aktiviti pemindahan maklumat

daripada sesebuah organisasi perniagaan kepada perniagaan lain.

• Proses komunikasi dapat dijelaskan melalui rajah di bawah ini.


(a) Penghantar

--

akan mencipta maklumat daripada pencetusan idea(

(b) Enkod (encode)

--

melibatkan pengolahan terhadap sesuatu idea sedia ada(tulisan, gambar dan

pertuturan)

(c) Saluran

--

kaedah yang digunakan untuk menghantar mesej( audio, visual dan bertulis)

(d) Dekod

--

proses pihak penerima menterjemahkan mesej yang dihantar oleh penghantar.

(e) Penerima

--

pihak yang menerima mesej yang dihantar oleh penghantar.

(f) Maklum balas

--

tindak balas penerima terhadap mesej yang diterima(tulisan atau kata, isyarat badan

atau mimik muka)

(g) Gangguan

--

unsur luaran yang mempengaruhi proses komunikasi


32
• AIiran barang dan perkhidmatan merujuk pada:

suatu proses pemindahan barang dan perkhidmatan o daripada sesebuah organisasi perniagaan kepada perniagaan
lain.

Aliran barang dan perkhidmatan adalah seperti yang berikut.


Interaksi yang wujud antara perniagaan melibatkan perniagaan kecil dan perniagaan besar, iaitu: o perniagaan
kecil :

▪ mempunyai bahagian fungsian yang sedikit dan ▪ berinteraksi secara formal dan tidak formal.

▪ Pengurus:

• mudah menjalankan tugas memantau segala aktiviti staf

• berkaitan dengan penjualan, pembelian, pengedaran barang, dan penerimaan bayaran daripada pelanggan.

o perniagaan besar:

▪ mempunyai banyak bahagian fungsian dengan ramai staf, ▪ justeru komunikasi antara bahagian-bahagian

▪ ini adalah lebih formal dan mengambil masa yang lebih panjang.
33

You might also like