You are on page 1of 28

BAB 2

Memilih dan
Memulakan
Perniagaan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

 Definisi PKS di Malaysia


 Kepentingan PKS
 Faktor pemilihan pemilikan perniagaan
 Jenis-jenis pemilikan perniagaan
 Kebaikan dan kelemahan setiap jenis pemilikan perniagaan
 Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan usaha
niaga (penilaian asas)
 Pendaftaran Perniagaan (Milikan Tunggal@Perkongsian)
DEFINISI PKS DI MALAYSIA
 Sejak tahun 2005, satu definisi seragam yang diluluskan oleh
Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah diguna
pakai oleh semua Kementerian dan agensi, institusi kewangan
dan pengawal selia yang terlibat dalam program pembangunan
PKS.
 Memandangkan terdapat perubahan dalam ekonomi seperti
inflasi harga, perubahan struktur ekonomi dan perubahan trend
perniagaan sejak tahun 2005, satu kajian semula definisi telah
dilakukan pada tahun 2013.
 Mesyuarat MPPK ke-14 pada bulan Julai 2013 telah meluluskan
definisi baharu PKS yang merangkumi semua sektor iaitu
perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan
perlombongan & pengkuarian.
 Entrepreneur berasal daripada bahasa Perancis ‘entreprendre’
(seseorang yang sanggup memikul @ mencuba)- Richard Cantillon
(1775)
 Kamus Dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan,
perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau
menyempurnakan sesuatu pekerjaan
 Usahawan ialah individu atau kumpulan individu yang menubuhkan
atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari
masa ke semasa demi kemakmuran masyarakat dan negara.
 Keupayaan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan,
menghasilkan idea-idea perniagaan, memperkenalkan sesuatu yang
baru dan melakukan inovasi
Pembuatan Perkhidmatan

Bagi sektor
Bagi sektor pembuatan,
perkhidmatan dan
PKS ditakrifkan sebagai
sektor lain, PKS
firma yang mempunyai
ditakrifkan sebagai
jualan tahunan tidak
firma yang mempunyai
melebihi RM50
jualan tahunan tidak
juta ATAU bilangan
melebihi RM20
pekerja sepenuh masa
juta ATAU bilangan
tidak melebihi 200
pekerja sepenuh masa
orang.
tidak melebihi 75 orang.
Sumber : SMECorp
KEPENTINGAN PKS
Kepentingan
PKS

Sumbangan kepada
Sumbangan kepada
Usahawan/
Negara
Masyarakat

Peluang Peluang Mengurangkan Pengagihan Mengukuhkan


menceburi menggunakan pengangguran pendapatan struktur asas
bidang kebolehan, daya negara industri negara
perusahaan cipta dan kreativiti
individu
Mengurangkan
Tabungan Latihan kepada
Mewujudkan import barang
Memenuhi dalam pekerja dan
peluang pengguna
keperluan dan ekonomi pengusaha
pekerjaan
kehendak
masyarakat
Sumbangan PKS kepada
Usahawan/Masyarakat
• PKS mewujudkan banyak peluang pekerjaan kerana
Mewujudkan peluang PKS lebih bersifat intensif buruh.
pekerjaan • Pekerja yang tidak mahir dan kurang pendidikan
berpeluang mendapatkan pekerjaan dalam PKS.

• Masyarakat tempatan dapat menikmati pelbagai jenis


Memenuhi keperluan barang yang bermutu pada harga yang murah.
dan kehendak • Negara dapat mengurangkan pergantungan kepada
masyarakat barang-barang yang diimport.
• PKS memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk
menyertai sektor perindustrian.
• Seseorang ahli masyarakat dapat mendalami selok-
Peluang menceburi belok perniagaan dengan melibatkan diri dalam PKS.
bidang perusahaan • Masyarakat juga boleh memperoleh kemahiran dan
pengetahuan dan seterusnya menjadi seorang
usahawan dan bukan hanya sebagai pekerja sahaja.

• Seseorang yang kreatif, mempunyai daya tahan yang


Peluang tinggi dan pandai mengurus boleh menyumbang
menggunakan kepada pembangunan negara.
kebolehan, daya • Mereka dapat menyumbangkan kepada kemajuan
cipta dan kreativiti negara dengan menggunakan potensi yang sedia ada
individu pada mereka.
Sumbangan PKS kepada Negara

Mengurangkan pengangguran

• PKS merupakan industri yang bersifat intensif buruh.


• Penggunaan buruh yang ramai secara langsung mewujudkan banyak peluang
pekerjaan dan seterusnya mengurangkan pengangguran.

Meningkatkan tabungan dalam ekonomi

• Pengusaha PKS biasanya memulakan dan membiayai perniagaan dengan


simpanan sendiri.
• Sekiranya ramai usahawan yang mengamalkan sifatjimat cermat dan
menabung sebagai persediaan untuk membuka perniagaan sendiri,
semestinya kadar tabungan negara akan meningkat.
• Oleh yang demikian, PKS dapat membantu meningkatkan jumlah tabungan
dalam ekonomi.
Pengagihan pendapatan negara

• Kewujudan PKS dapat mengurangkan ketaksamaan jurang pendapatan


penduduk.
• Kewujudan PKS dapat memberikan peluang pekerjaan kepada pekerja yang
kurang pendidikan dan kemahiran, seterusnya membantu mengurangkan
ketidakseimbangan dalam pengagihan pendapatan.

Latihan kepada pekerja dan pengusaha

• Oleh kerana PKS tidak mengamalkan pengkhususan secara meluas,


pengusaha dan pekerja terpaksa mempelajari pelbagai jenis aspek
perniagaan dari pengeluaran hingga ke pemasaran.
Mengukuhkan struktur asas industri negara

• PKS dapat menyediakan pelbagai jenis barang keperluan industri berat.


• Barang seperti lampu, papan litar dan sebagainya tidak lagi perlu diimport
kerana ianya dikeluarkan oleh PKS dalam negara.
• Hal ini mampu mengukuhkan struktur industri negara dan menstabilkan
imbangan dagangan Malaysia.

Mengurangkan import barang pengguna

• Banyak barang pengguna dikeluarkan oleh pengusaha PKS tempatan,


Contohnya pelbagai jenis barang makanan, barangan tekstil dan sebagainya.
• Kita tidak perlu lagi bergantung kepada barang import untuk menikmati
barang-barang tersebut.
FAKTOR PEMILIHAN
PEMILIKAN PERNIAGAAN
Sebelum memulakan sebarang perniagaan, perkara-perkara berikut
perlu diteliti:
 Apakah jenis milikan perniagaan yang terdapat di Malaysia?
 Apakah Implikasi setiap jenis milikan perniagaan?
 Apakah keperluan tatacara perundangan?
 Mengapakah pemilihan jenis milikan perniagaan dianggap penting?
 Apakah bentuk milikan perniagaan yang terbaik?
 Dalam memilih sesuatu milikan perniagaan, seseorang usahawan atau
bakal usahawan perlu ingat bahawa tidak ada satu bentuk milikan
perniagaan yang TERBAIK. Apa yang dianggap terbaik bergantung
kepada keperluan seseorang pemilik atau bakal pemilik perniagaan
berkenaan
Persoalan-persoalan berikut boleh dijadikan panduan bagi
membentuk perniagaan yang terbaik.
 Adakah anda merancang untuk memperkembangkan perniagaan di
masa hadapan?
 Berapakah keperluan modal untuk memulakan perniagaan dan untuk
masa hadapan?
 Setakat manakah anda berkehendakkan tahap kawalan dalam proses
membuat keputusan perniagaan anda kehendaki?
 Adakah anda sanggup berkongsi idea dan potensi keuntungan
perniagaan dengan orang lain yang boleh membantu membangun dan
menjayakan perniagaan?
 Apakah pertimbangan percukaian yang dianggap penting?
 Apakah sumber pendapatan yang ada dan bagaimanakah ia dilindungi?
 Sekiranya perniagaan gagal, sejauh manakah anda sanggup
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang-hutang yang
ditinggalkan oleh perniagaan?
 Adakah penting perniagaan diteruskan sekiranya anda tidak
berkemampuan atau meninggal dunia?
 Siapakah yang akan mendapat manfaat tunggal atau yang paling
besar daripada hasil kejayaan perniagaan?
 Sanggupkah anda mengambil semua risiko dan dengan itu mengaut
semua keuntungan jika berjaya?
 Bolehkah anda mematuhi peraturan dan prosedur birokrasi
berkaitan dengan pemilikan perniagaan?
 Apakah reaksi anda terhadap peraturan kerajaan dan keperluan-
keperluan dokumentasi?
JENIS-JENIS PEMILIKAN
PERNIAGAAN

Milikan Tunggal
• Merupakan bentuk milikan perniagaan yang mudah bagi perniagaan baharu.
• Memerlukan keperluan perundangan yang minimum.
• Seorang pemilik boleh mempunyai ramai pekerja.
• Terhad hanya kepada rakyat Malaysia.

Perkongsian
• Minimum 2 orang, maksimum 20 orang ahli perkongsian.
• Ahli-ahli perkongsian perlu ada perjanjian secara bertulis.
• Terhad hanya kepada rakyat Malaysia.
• Perkongsian Am mempunyai liabiliti tidak terhad.
• Perkongsian Terhad mempunyai liabiliti terhad .
Koperasi
• Sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang aktif.
• Penubuhan koperasi tertakluk di bawah akta Koperasi 1993.
• Ahli mendapat keuntungan melalui dividen jika koperasi mendapat
keuntungan.
• Daftar syarikat koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Sendirian Berhad (Sdn Bhd)


• Syarikat perniagaan dengan syer terhad tidak melebihi 50 orang.
• Mereka bersama-sama berkongsi modal perniagaan dan bekerjasama
membentuk syarikat perniagaan.
• Syer perniagaan tidak boleh dijual kepada awam .

Syarikat Awam Berhad


• Syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
• Bilangan pemilik minimum adalah 2 orang dan maksimum adalah tidak
terhad.
• Liabiliti atau hutang adalah terhad.
KEBAIKAN DAN
KELEMAHAN SETIAP JENIS
PEMILIKAN
Jenis Pemilikan
Perniagaan
PERNIAGAAN
Kelebihan Kelemahan

Milikan Tunggal  Mudah untuk ditubuhkan dan  Liabiliti tidak terhad


dibubarkan  Risiko kerugian ditanggung sendiri
 Modal yang kecil  Jika pemilik meninggal dunia, perniagaan
 Perniagaan mudah diuruskan tidak boleh diteruskan
 Kentungan dinikmati sendiri  Pengurusan organisasi dan operasi
 Kadar cukai yang rendah diuruskan sendiri oleh pemilik
Perkongsian  Dapat kumpul modal lebih banyak  Liabiliti tidak terhad
 Agihan dan berkongsi risiko  Pembuatan keputusan melibatkan semua
perniagaan ahli
 Ahli kongsi berkongsi kepakaran,  Mudah berlaku konflik
idea, pengetahuan dan kemahiran  Pembubaran perniagaan jika berlaku ahli
 Mudah ditubuhkan tarik diri atau meninggal dunia
 Kadar cukai yang rendah
Jenis Pemilikan Kelebihan Kelemahan
Perniagaan

Koperasi  Kebajikan ahli koperasi adalah  Kejayaan koperasi bergantung kepada


terjaga pengurusan ahli lembaga pengarah
 Ahli koperasi berhak mengundi
lembaga pengarah.
 Mendapat keuntungan dalam bentuk
dividen
 Liabiliti ahli adalah terhad
Sendirian Berhad  Liabiliti terhad  Kos penubuhan yang tinggi
 Pengumpulan modal yang lebih  Kadar cukai yang tinggi
banyak  Pemegang syer perniagaan terhad kepada
 Laporan kewangan tidak perlu 50 orang
dihebahkan kepada awam  Pembubaran perniagaan adalah rumit
 Jangka hayat perniagaan yang lebih
lama
Awam Berhad  Saham syarikat boleh dijual beli di  Dikenakan pelbagai jenis cukai
bursa saham  Penubuhan syarikat yang sukar
 Saham syarikat boleh dibeli oleh  Penyata kewangan perlu diumumkan
orang awam kepada orang ramai
 Jangka hayat perniagaan yang  Pembubaran perniagaan adalah rumit
panjang
 Diberi keutamaan untuk dapatkan
pinjaman
FAKTOR YANG PERLU
DIPERTIMBANGKAN
SEBELUM
MEMULAKAN USAHA NIAGA
 Keperluan(PENILAIAN
& kehendak pengguna ASAS)
-Usahawan perlu mengkaji pasaran pengguna bagi mengenal pasti apa yang mereka
inginkan & perlukan
-Idea perniagaan ini boleh juga datang dari segi perubahan struktur penduduk,
pendapatan, & cita rasa penduduk.
-Mestilah berasaskan kehendak & keperluan pengguna & masyarakat.
 Ruang permasalahan yang terdapat di pasaran
-Peluang pasaran berlaku apabila masih terdapat ruang atau kesempatan untuk
menawarkan b+p yang dapat memenuhi permintaan & cita rasa pengguna.
-Proses memerhati & meneliti perubahan & arah aliran dalam perniagaan adalah
penting kepada usahawan bagi mengambil kesempatan terhadap peluang perniagaan
dalam pasaran.
 Modal
-Usahawan perlu mengetahui peruntukan modal yang diperlukan bagi memulakan
& menjalankan sesebuah perniagaan.
-Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz, jenis perniagaan &
lokasi perniagaan yang hendak dijalankan.
-Modal perniagaan boleh diperoleh daripada: Simpanan Peribadi / Rakan
kongsi /Institusi Perbankan / Keluarga
-Usahawan perlu mengemukakan satu kertas rancangan perniagaan yang
menerangkan mengenai jenis perniagaan, masa pembayaran balik & jumlah aset.
 Minat, pengetahuan & pengalaman
-Usahawan perlulah mempunyai pengetahuan & pengalaman dalam perniagaan
yang ingin diceburinya, kerana ianya dapat memudahkan usahawan itu
menguruskan perniagaannya dengan bijak & berkesan.
-Minat yang mendalam terhadap perniagaan yang dijalankan boleh mendorong
usahawan untuk berusaha dengan lebih gigih & daya saing.
 Jenis & saiz perniagaan
-Ia perlulah bersesuaian dengan minat, kebolehan, pengetahuan & pengalaman
usahawan tersebut.
Pada awalnya, saiz perniagaan yang kecil memerlukan modal kecil & lebih
mudah untuk dimulakan serta diuruskan. Sebaliknya jikalau saiz perniagaan lebih
besar.
 Lokasi perniagaan
-Lokasi yang dipilih perlulah strategik & bersesuaian dengan jenis perniagaan yang
ingin dijalankan.
-Selain daripada itu, pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor -faktor lain
seperti modal yang diperuntukkan, kos sewa beli tapak perniagaan, persaingan,
kemudahan infrastruktur serta undang – undang
 Persaingan di dalam industri yang sama
-Menubuhkan perniagaan di tempat yang mempunyai persaingan yang ketat tidak
dapat menarik minat orang ramai dan boleh merugikan usahawan itu sendiri.
 Sumber bekalan daripada pembekal
-Usahawan perlu tahu pembekal mana yang menawarkan diskaun dan kredit yang
lebih baik.
-Memastikan sumber bekalan sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan dan
keperluan pelanggan.
 Undang – undang & peraturan
-Usahawan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
-Usahawan juga harus mendaftarkan perniagaan yang akan dijalankan kepada pihak
tertentu kecuali penjaja gerai yang hanya perlu mendapatkan lesen berniaga daripada
pihak berkuasa tempatan.
-Jenis-jenis akta perniagaan seperti: Akta Perihal Dagangan/Akta Kawalan Harga
/Akta Kawalan Bekalan
PENDAFTARAN PERNIAGAAN
(MILIKAN
TUNGGAL@PERKONGSIAN)

 Pendaftaran perniagaan bagi jenis pemilikan tunggal dan


perkongsian adalah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Perkara ini perlu diketahui oleh masyarakat Malaysia yang ingin
memulakan perniagaan. Segala maklumat boleh diperoleh daripada
pautan http://www.ssm.com.my/. Maklumat perniagaan ini juga
perlu diambil berat oleh masyarakat awam supaya mereka tidak
ditipu oleh sendikit pihak perniagaan yang tidak bertanggungjawab.
 Bagi memudahkan proses pendaftaran, anda boleh ikuti langkah-
langkah berikut dan pelajari cara mendaftar dengan merujuk kepada
Panduan Pendaftaran Perniagaan Baru
Tayangan Video Berkenaan Jenis
Pemilikan Perniagaan dan Pendaftaran
Perniagaan di Malaysia

 https://fb.watch/mVf-CW82EJ/?mibextid=KZAQMH
Tugasan Pelajar untuk Mendaftar
Perniagaan

 Setiap ahli kumpulan perlu mendaftar perniagaan di sini:


https://bit.ly/UPSIPRENEUR

 Setiap ketua kumpulan perlu mendaftar perniagaan di sini:


https://ezbiz.ssm.com.my/
Apa yang telah
kita pelajari?

Terima kasih

You might also like