You are on page 1of 15

Nama: ……………………………………………………………………….. Kelas: …………….. Tarikh: ………………….

Bab 1: Perniagaan & Persekitarannya


1. Beri maksud perniagaan. [2]
Aktiviti ……………………………. dan ………………………. barang dan …………………bagi memenuhi keperluan dan
……………………. pengguna dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

2. Nyatakan empat elemen asas dalam perniagaan. [4]


a. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
b. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...
c. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
d. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………...

3. Lengkapkan jadual di bawah. [14]


Dimensi / Ciri Organisasi Perniagaan Organisasi Bukan Perniagaan
Memaksimumkan keuntungan sebagai Menjaga kepentingan dan kebajikan
pulangan kepada pemilik perniagaan. sosial ahli-ahli yang menganggotai
organisasi tersebut.

Menjalankan proses pengeluaran, Menjalankan aktiviti kemasyarakatan /


penghasilan / penjualan barang & aktiviti sosial seperti kempen, kursus,
perkhidmatan. dan ceramah.

Diperoleh daripada modal / pelaburan, Diperoleh daripada kutipan yuran ahli,


pemiik perniagaan, simpanan peribadi, derma / tajaan sesuatu pihak lain,
pinjaman kewangan dan keuntungan sumbangan masyarakat dan geran.
perniagaan.

Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan


1965, Akta Perkongsian 1974, Akta 1966.
Koperasi 1993.

Didaftarkan di Pejabat Pendaftar Didaftarkan di Pendatar Pertubuhan.


Syarikat.

Dikenakan cukai. Tidak dikenakan cukai.

Hak mengurus organisasi bergantung Hak mengurus organissasi melalui


kepada pihak pemilik saham terbanyak. pasukan pengurusan yang dipilih
secara demokrasi.

4. Beri maksud untung. [2]


Keuntungan ialah jumlah ………………………. jualan / pendapatan melebihi jumlah …………………………. / jumlah kos
perniagaan.

1
5. Kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. [5]
Fakta (Umum) Huraian
Memastikan perniagaan kekal dan terus beroperasi di pasaran.

Sebahagian keuntungan perniagaan digunakan untuk kebajikan masyarakat yang


boleh mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap perniagaan dalam jangka
panjang.

Keuntungan yang diperoleh boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan.

Perniagaan yang sentiasa mendapat keuntungan yang besar menunjukkan


perniagaan diruskan dengan baik.

Keuntungan yang besar dan dividen yang tinggi menjadi daya tarikan kepada pelabur
untuk melabur ke dalam perniagaan tersebut.

6. Huraikan kepentingan keuntungan kepada pemilik perniagaan. [4]


Fakta (Umum) Huraian
Pemilik perniagaan, pengusaha / usahawan dan pelabur akan menerima dividen /
hasil keuntungan.

Menunjukkan gambaran status /imej pemilik perniagaan kepada masyarakat.

Pemilik perniagaan akan berkerja dengan lebih kuat.

Memberikan kepuasan kepada pemilik perniagaan hasil daripada kerja yang


dilakukan sendiri.

7. Huraikan peranan perniagaan terhadap pengguna. [5]


Fakta (Umum) Huraian
Perniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan yang boleh
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Perniagaan menawarkan pelbagai pilihan barangan / perkhidmatan


kepada pengguna supaya mereka mendapat kepuasan atas pilihan
mereka.

Perniagaan menawarkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti


bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Perniagaan menyediakan barangan / perkhidmatan yang mampu


dimiliki oleh pengguna.
Perniagaan menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti waranti
barangan, penghantaran barang ke rumah dan sebagainya.

8. Huraikan peranan perniagaan terhadap masyarakat. [6]


Fakta (Umum) Huraian
Perniagaan menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan bagi
memenuhi citarasa pengguna pada harga yang berpatutan.
Perniagaan membuka ruang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

2
Upah & gaji yang diterima boleh digunakan untuk membiayai keperluan
harian.

Perniagaan menggunakan sebahagian keuntungannya untuk


melaksanakan program bercorak kemasyarakatan seperti biasiswa,
tajaan dan sebagainya.

Perniagaan perlu memastikan segala aktiviti menghasilkan barang atau


perfkhidmatan tidak mencemarkan alam sekitar.

Perniagaan yang berkembang pesat boleh mewujudkan peluang


perniagaan sampingan dan pelaburan kepada masyarakat.

Kewujudan sesebuah perniagaan di sesuatu tempat dapat meningkatkan


kemudahan infrastruktur dan pembangunan masyarakat setempat.

9. Huraikan peranan perniagaan terhadap ekonomi. [6]


Fakta (Umum) Huraian
Pertumbuhan perniagaan memerlukan pekerja untuk menguruskan
perniagaan. Kesannya, ia dapat mengurangkan kadar pengganguran dan
meningkatkan kuasa beli pengguna melalui pendapatan yang diterima.

Pertumbuhan perniagaan boleh meningkatkan pendapatan negara


melalui kutipan cukai atas keuntungan perniagaan.

Pertumbuhan perniagaan sesuatu tempat menjadi kawasan tersebut


sebagai kawasan penempatan baharu.

Perniagaan yang berkembang memerlukan industri sokongan untuk


membekal bahan mentah.

Perniagaan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi


keperluan dan kehendak pengguna pada harga yang berpatutan serta
berkualiti.

Perkembangan perniagaan sesuatu tempat menyebabkan kemudahan


awam dipertingkatkan untuk melancarkan perjalanan atau urusan
perniagaan.

10. Huraikan peranan perniagaan terhadap negara. [5]


Fakta (Umum) Huraian
Segala aktiviti perniagaan yang dijalankan akan meningkatkan
pendapatan negara melalui kutipan cukai, lesen dan sebagainya. Hasil
pendapatan negara ini boleh digunakan untuk membangunkan
infrastruktur negara.

Perniagaan yang berkembang memerlukan tenaga pekerja yang ramai


dan ini dapat mengurangkan masalah pengangguran serta
meningkatkan guna tenaga dalam negara.

Perniagaan yang besar akan membuka peluang perniagaan dan


mewujudkan sokongan dan baharu.

3
Perniagaan yang berkembang akan meningkatkan pertumbuhan dan
merancakkan ekonomi negara.
Perniagaan yang maju akan memberi pulangan yang besar dan akan
menarik minat pelabur.

11. Jelaskan faktor-faktor pengeluaran. [10]


Fakta (Khusus) Huraian Contoh
 Merupakan segala input yang digunakan Kayu balak digunakan sebagai salah
dalam proses pengeluaran. satu input untuk membuat perabot.
 Segala aset yang digunakan untuk dilaburkan Wang tunai, mesin, bangunan,
dalam perniagaan. peralatan, jentera, dsb.
 Segala usaha kepakaran / kemahiran yang Pekerja mahir, pekerja separa mahir,
disumbangkan oleh individu dalam dan pekerja tidak mahir.
memproses pengeluaran.
 Suatu kaedah, tatacara / peralatan yang Penggunaan telefon pintar
digunakan oleh individu untuk melakukan memudahkan peniaga berkomunikasi
sesuatu kerja atau tugas dengan baik. dengan pemborong, pengguna, dsb.
 Segala kemahiran dan keupayaan individu Usahawan memiliki ciri inovatif dan
untuk menggabungkan faktor-faktor kreatif untuk menghasilkan produk
pengeluaran dan menguruskan sesuatu yang belum wujud dalam pasaran.
perniagaan.

12. Berikan maksud proses perniagaan. [2]


 merupakan aktiviti ……………………….. nilai yang dijalankan dalam proses ………………………….. bermula
daripada …………………….. menjadi ………………………. yang bertujuan memaksimumkan
……………………………………………. .

13. Huraikan proses perniagaan. [10]


Fakta (Khusus) Huraian Contoh
1 Merupakan faktor-faktor pengeluaran Bahan mentah, modal insan,
yang digunakan untuk pengeluaran teknologi, dsb.
produk.

2 Proses menukarkan input kepada Penghasilan kain daripada kapas


output dengan menggunakan faktor- yang diproses menjadi barang akhir
faktor pengeluaran.Ia melibatkan iaitu kain yang pelbagai warna dan
perubahan pada bentuk, rupa, warna, corak.
dsb.

3 Produk siap atau separuh siap yang Penghasilan kain daripada kapas
dihasilkan daripada proses yang diproses.
pengeluaran.

4 Merujuk kepada pengagihan produk Sebuah kilang kain menawarkan


siap atau separuh siap kepada kain dengan harga yang telah
pengguna sasaran. ditetapkan, mempromosi kain, dsb.

5 Untung merupakan lebihan hasil KIlang kain dapat membesarkan


setelah ditolak kos manakala rugi pula operasi perniagaannya dengan
berlaku apabila kos melebihi hasil. menggunakan keuntungan yang
diperoleh.

4
14. Huraikan perkembangan perniagaan pada masa kini. [8]
Fakta (umum) Huraian
1  kemajuan sesebuah perniagaan pada masa kini bergantung
kepada kecekapan pengurusan, kreativiti, dan inovasi
seseorang usahawan.
 Penyelidikan & pembangunan (R&D) dalam menghasilkan
produk amat penting supaya boleh bersaing dalam pasaran di
samping kemajuan teknologi.

2  Peningkatan dalam penggunaan teknologi seperti teknologi


robotik dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam
pengeluaran.

3  Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi membantu


dalam meningkatkan aktiviti perniagaan di dalam dan di luar
negara.
 Contoh: kelebihan penggunaan internet memudahkan kegiatan
perdagangan dijalankan melalui perdagangan elektronik / e-
dagang.

15. Jelaskan perkembangan perniagaan pada masa depan. [12]


Fakta (umum) Huraian
1  Merujuk kepada dunia tanpa sempadan iaitu persaingan yang
wujud dari segi harga, kualiti produk, budaya dan sebagainya pada
masa kini.
 Contoh, kemasukan produk import ke dalam negara tanpa sekatan
seperti kereta akan mengancam pasaran kereta tempatan.

2  Peningkatan teknologi dari semasa ke semasa menyebabkan


banyak perubahan berlaku seperti penciptaan kaedah dan teknik
pengeluaran baharu.
 Contoh, peningkatan aktiviti penyelididkan dan pembangunan
dalam menghasilkan produk yang berdaya saing dalam pasaran.

3  Perniagaan yang prihatin dengan kebajikan masyarakat akan


melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai salah satu langkah
strategi jangka panjang perniagaan.
 Contoh, memberi biasiswa, menaja program kemasyarakatan, dsb.

4  Sistem ini mendapat tempat di dalam dunia perniagaan dan ia


dilaksanakan supaya dapat menarik lebih ramai pelabur dan
pelanggan.
 Contoh, sistem Perbankan Islam, Kewangan Islam.

5  Perniagaan perlu meningkatkan kreativiti dan inovasi produk bagi


menangani masalah sumber yang semakin berkurangan.
 Contoh, perniagaan perlu meningkatkan kecekapan pengeluaran
supaya sumber yang sedia ada dapat digunakan secara cekap dan
berkesan bagi mengelak pembaziran.

5
6  Perniagaan perlu peka terhadap alam sekitar dengan cara
menghasilkan produk yang tidak memberi kesan buruk kepada
alam sekitar.
 Contoh, pengilang melupuskan sisa bahan buangan kilang dengan
cara mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak
penguasa.

7  Kewujudannya mmeudahkan aktiviti perniagaan dijalankan dalam


kalangan ahli blok / kesatuan tersebut bertujuan untuk menjaga
kepentingan ahli.
 ia merupakan batasan kepada negara bukan ahli untuk terlibat
dalam perniagaan antarabangsa.
 Contoh, Kesatuan Eropah (EU), AFTA, NAFTA.

8  Peningkatan wanita dalam sektor pekerjaan telah meningkatkan


taraf ekonomi keluarga. Hal ini bermakna isi rumah mempunyai
kuasa beli yang tinggi.
 Perniagaan harus berusaha mencipta pelbagai jenis produk bagi
memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
 Perniagaan juga harus memastikan persekitaran dan suasana kerja
adalah sesuai untuk mengelakkan konflik seperti diskriminasi
jantina dalam pekerjaan, gangguan seksual, dsb.
 Contoh, ramai wanita menjadi pengurus, pengusaha, dan pekerja.

16. Senaraikan persekitaran perniagaan yang mempengaruhi prestasi perniagaan. [2]


a. persekitaran …………………………………
b. persekitaran …………………………………

17. Jelaskan faktor-faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan. [14]


Fakta (khusus) Huraian
1  berkaitan tentang sistem ekonomi, tukaran wang asing, kadar
faedah, dan situasi ekonomi.
 perubahan ekonomi mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan
pengguna. Jika ekonomi meleset, pendapatan pengguna jatuh, dan
kuasa beli menurun. Kesannya, perbelanjaan pengguna jatuh dan
aktiviti perniagaan merosot.
 Contohnya, perniagaan menjual kereta mewah hanya sesuai
dijalankan di kawasan pendudk berpendapatan tinggi.

2  Persaingan merupakan aktiviti antara perniagaan yang mengeluarkan


barang dan industri yang sama dengan menggunakan pelbagai
strategi.
 Jaringan merupakan hubungan yang dibuat secara formal melalui
perjanjian / pakatan startegik antara firma dengan pihak lain.
 Contoh, Hua Wei memberi persaingan yang sengit terhadap pengeluar
telefon pintar Samsung dan Apple.

3  merupakan adat resam, nilai-nilai, kepercayaan dan agama yang


diamalkan dalam sesebuah negara.
 Aspek ini mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna. Perniagaan
harus mengenal pasti cita rasa dan gaya hidup masyarakat setempat

6
sebelum menawarkan sesuatu produk.
 Contohnya, budaya masyarakat Barat amat mementingkan
pemakanan yang berkhasiat dan berkalori rendah, maka peratusan
kalori yang tercatat pada pembungkus produk makanan sangat
penting. Bagi umat Islam pula, tanda halal pada makanan yang dijual
adalah penting sebelum membuat sesuatu pembelian.

4  Politik merupakan keadaan yang berlaku dalam sesebuah negara dan


fahaman yang dibawa oleh parti yang memerintah.
 Perundangan merupakan undang-undang yang digubal dan ditetapkan
oleh pihak yang memerintah sesebuah negara.
 Contohnya, undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan
seperti menentukan masa operasi pusat hiburan, dsb.

5  Merujuk kepada suatu kaedah, tatacara / peralatan yang digunakan


oleh individu untuk melakukan sesuatu kerja / tugas dengan baik.
 Contohnya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam perniagaan seperti e-mel, e-dagang, sidang video, dsb akan
memudahkan pihak perniagaan untuk menghubungi pelanggan.

6  Merupakan kemudahan / infrastruktur yang disediakan untuk


memudahkan aktiviti perniagaan beroperasi.
 Contohnya, kemudahan awam seperti bekalan elektrik dan air dapat
membantu kelancaran proses pengeluaran.

7  Merupakan aktiviti perniagaan yang melepasi sempadan sesebuah


negara. Operasi perniagaan antarabangsa meliputi import, eksport,
tukaran asing, dsb.
 Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) membolehkan
sesebuah syarikat di Malaysia mengeksport produk ke negara-negara
anggota seperti Filipina pada kadar tarif yang lebih rendah.

18. Jelaskan faktor-faktor persekitaran tugas yang mempengaruhi perniagaan. [16]


Fakta (khusus) Huraian
1  merupakan pihak yang membeli dan menggunakan barang serta
perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan.
 Kesan /Implikasi:
 permintaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan akan mempengaruhi keupayaan syarikat
untuk beroperasi.
 perubahan citarasa pelanggan juga akan mempengaruhi jenis
keluaran, harga, dan kuantiti yang dikeluarkan oleh
perniagaan.
2  merupakan pihak yang menawarkan bekalan bahan mentah, barang
separuh siap dan barang siap kepada sesebuah perniagaan untuk
mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang diperlukan oleh
pelanggan.
 Kesan /Implikasi:
 hubungan yang baik antara peniaga dengan pembekal adalah
penting untuk menjamin bekalan berterusan pada harga yang
berpatutan, bekalan yang berkualiti, penghantaran bekalan
dengan segera, dan pemberian tempoh kredit yang panjang.

3  merupakan pihak yang menyediakan dana atau sumber kewangan

7
sebagai pinjaman untuk perniagaan menjalankan operasinya.
 Kesan /Implikasi:
 mempengaruhi keupayaan organisasi untuk meneruskan
operasi melalui dana yang diberikan.
 keupayaan perniagaan membayar balik pinjaman akan
memberi kesan kepada pembiaya.

4  merupakan pihak yang menyumbangkan dana / sumber kewangan


dalam perniagaan dan mengharapkan pulangan yang positif terhadap
pelaburan yang dibuat.
 Kesan /Implikasi:
 sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan memastikan
kelangsungan perniagaan dalam pasaran.

5  merupakan pihak yang menjalankan perniagaan lain yang sama /


hampir sama dalam industri yang sama dan perlu bersaing untuk
mendapatkan syer pasaran.
 Kesan /Implikasi:
 persaingan yang sihat akan meningkatkan kecekapan
pengeluaran dan dan memberi manfaat kepada pengguna.
 perniagaan akan melakukan inovasi dalam pengeluaran bagi
mengahadapi pesaing.
6  merupakan pihak yang mempunyai kuasa untuk mentadbir bagi
sesebuah negara dan melaksanakan tanggungjawab seperti
menggubal dasar, penguatkuasaan undang-undang, dsb.
 Kesan /Implikasi:
 kerajaan mempengaruhi aktiviti perniagaan melalui
penguatkuasaan undang-undang perniagaan bagi
memastikan pernaigaan beroperasi dengan adil serta
menjaga kepentingan pengguna.

7  merupakan pihak / individu yang menyumbang tenaga fizikal,


mental, masa dsb untuk melaksanakan kerja-kerja dalam perniagaan.
 Kesan /Implikasi:
 perniagaan perlu sensitif terhadap keperluan pekerja dan
menjaga kebajikan meraka agar produktiviti kerja tidak
terjejas.

8  merupakan pihak / komuniti yang tinggal dalam sesuatu kawasan dan


mempunyai kepentingan secara langsung terhadap sesebuah
perniagaan.
 Kesan /Implikasi:
 pandangan masyarakat terhadap perniagaan dari pelbagai
aspek seperti imej perniagaan, tanggungjawab sosial,
hubungan komuniti, dll amat mempengaruhi jualan sesebuah
perniagaan.

19. Berikan maksud persekitaran umum dan persekitaran tugas. [4]


Maksud persekitaran umum
 merujuk kepada persekitaran .................. sesebuah organisasi yang memberi kesan
tidak ..................................................terhadap aktiviti dan prestasi sesebuah organisasi perniagaan.

Maksud persekitaran tugas


 merujuk kepada pihak-pihak yang ...................................... atau mempunyai pengaruh
secara ............................. terhadap operasi dan prestasi perniagaan.

8
20. Huraikan tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan. [16]
Fakta (khusus) Huraian
1 Pelanggan  menawarkan ……… ………..dan ………….. yang selamat dan berkualiti
dengan harga berpatutan.
 mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang memenuhi citara
pengguna
 mengagihkan barangan tepat pada masa, kualiti, dan kuantiti yang
sesuai.
2 Pembekal  menjaga hubungan yang baik dengan pembekal.
 mematuhi perjanjian dan syarat-syarat kontrak yangdipersetujui.
 membayar ……………….. perniagaan pada masa yang ditetapkan.
3 Pembiaya  memberikan ………………………….yang tepat dan benar seperti yang
dikehendaki oleh pembiaya.
 patuh dan akur dengan syarat pinjaman pembiaya.
4 Pemodal  mengagihkan ………………………………… dan dividen secara adil.
 pengurusan perniagaan yang efektif akan meningkatkan nilai saham
dan dividen untuk dibayar kepada pemodal.
5 Pesaing  bersaing secara ……………. dengan pesaing.
 saling menyokong dan menjalankan kerjasama strategik dengan
pesaing.
6 Kerajaan  mematuhi peraturan dan undang-undang perniagaan yang
ditetapkan oleh kerajaan.
 memastikan perniagaan didaftar dan mempunyai lesen perniagaan.
 membayar …………….. perniagaan yang ditentukan melalui keuntungan
yang diperoleh.
7 Pekerja  menawarkan skim gaji, upah, dan pampasan yang adil kepada pekerja.
 menyediakan program peningkatan ……………………… pekerja.
 sentiasa menghargai pekerja dan menjaga kebajikan pekerja.
8 Masyarakat  menjaga kelestarian alam sekitar dalam penghasilan produk.
 menjalankan tanggungjawab …………………….. melalui bantuan, derma,
dan penajaan kepada program kemasyarakatan.
 mewujudkan peluang …………………………….. kepada masyarakat
setempat.

21. Huraikan perbezaan antara milikan tunggal dengan perkongsian. [16]


Ciri Milikan Tunggal Perkongsian
1 orang sahaja yang memiliki perniagaan. 2 – 20 orang bagi perkongsian biasa.
2 – 30 orang bagi perkongsian profesional.
Modal disumbangkan oleh pemilik Modal disumbangkan oleh rakan-rakan
perniagaan iaitu daripada hasil simpanan kongsi mengikut jumlah yang dipersetujui.
sendiri / pinjaman daripada pihak lain.
Segala pengurusan perniagaan diuruskan Segala pengurusan perniagaan diuruskan
oleh pemiliknya dan dibantu oleh oleh rakan kongsi biasa yang aktif. Namun,
keluarga. setiap keputusan perlu mendapat
persetujuan bersama.
Keuntungan / kerugian akan ditanggung Keuntungan / kerugian akan diagihkan
oleh pemilik perniagaan. mengikut perjanjian perkongsian yang
telah dipersetujui.
Dikawal di bawah Akta Pendaftaran Dikawal di bawah Akta Perkongsian 1961 &
Perniagaan 1956 & Pendaftar Perniagaan Pendaftar Perniagaan di Suruhanjaya
di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat Malaysia (SSM).
Perniagaan akan terbubar apabila pemilik Perniagaan akan terbubar apabila salah
perniagaan telah meninggal dunia. seorang ahli meninggal dunia, muflis, tidak
siuman, mendapat persetujuan ahli dsb.

9
**Persamaan antara milikan tunggal dengan perkongsian.
Peniaga akan dikenakan cukai pendapatan perseorangan sahaja.

Tanggungan perniagaan ini tidak terhad iaitu harta peribadi pemilik akan digunakan
untuk membayar hutang jika perniagaan gagal / muflis.

22. Huraikan kebaikan pemilikan tunggal. [5]


a. Mudah ditubuhkan kerana tidak terikat pada syarat-syarat yang ketat.
b. Kebebasan bertindak dan membuat keputusan kerana tidak perlu berunding atau mendapat
persetujuan daripada orang lain.
c. Keuntungan yang diperoleh akan dinikmati oleh pemilik sahaja.
d. Tiada cukai keuntungan perniagaan. Pemilik hanya akan membayar cukai pendapatan persendirian
yang lebih rendah.
e. Mewujudkan hubungan mesra dengan pelanggan kerana menawarkan perkhidmatan layan peribadi
dan kemudahan kredit yang fleksibel.
f. Maklumat sulit perniagaan dapat dirahsiakan daripada pengetahuan pihak lain.

23. Nyatakan lapan butiran kandungan surat ikatan perjanjian perkongsian. [4] STPM 2013
 nama perkongsian
 nama rakan k...................
 jenis p........................... yang dijalankan oleh perkongsian
 Lokasi, tempat / a.............. perkongsian
 jumlah m................... yang dilaburkan oleh setiap rakan kongsi dalam perkongsian
 t.............. perkongsian
 tanggungjawab setiap rakan kongsi
 k............ setiap rakan kongsi
 jumlah ambilan setiap rakan kongsi
 jumlah g............ yang dibayar kepada rakan kongsi aktif

24. Huraikan kebaikan penubuhan sebuah perkongsian. [5]


a. Modal yang lebih banyak dapat dikumpulkan berbanding dengan pemilikan tunggal.
b. Mudah ditubuhkan kerana tiada syarat yang ketat.
c. Kemahiran dan kepakaran yang berlainan dapat dikumpulkan dan digabungkan antara rakan kongsi.
d. Risiko perniagaan dapat ditanngung bersama oleh semua rakan kongsi.
e. Pengkhususan kerja dapat dijalankan antara rakan kongsi, mengurangkan beban kerja.
f. Tiada cukai keuntungan syarikat. Cukai pendapatan perseorangan dikenakan terhadap setiap rakan
kongsi yang lebih rendah.

25. Huraikan perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad. [16]
Ciri Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
Dihujung nama syarikat perlu ada Dihujung nama syarikat perlu ada perkataan
perkataan ‘Sendirian Berhad’. ‘Berhad’.

Minima 2 orang hingga 50 orang Minima 2 orang dan tiada had maksimum
pemegang saham. pemegang saham.

Pemegang saham syarikat terdiri daripada Pemegang saham syarikat terbuka kepada
kumpulan orang perseorangan seperti orang ramai yang berminat untuk melabur.
ahli keluarga, saudara, atau rakan.

Ia menjadi tangggungjawab pemegang Ia menjadi tanggungjawab pemegang


saham terutama pemegang saham saham atau orang luar yang terdiri daripada
majoriti. golongan majoriti.

10
Setiap pemindahan hak milik saham Setiap pemindahan hak milik saham tidak
syarikat perlu mendapat persetujuan perlu mendapat persetujuan daripada
daripada pemegang saham lain. pemegang saham lain.

Syarikat ini tidak dibenarkan Syarikat ini dibenarkan menyenaraikan


menyenaraikan saham di bursa saham. saham di bursa saham.

**Persamaan antara Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad.

L..............................
 tanggungan perniagaan ini adalah terhad iaitu hanya setakat modal dan harta syarikat sahaja akan
digunakan untuk membayar hutang jika perniagaan gagal / muflis.

A...............................................................
 keuntungan akan diagihkan dalam bentuik dividen dengan kadar tertentu berdasarkan jumlah saham
dan keuntungan syarikat.

C.........................
 perniagaan ini dikenakan cukai keuntungan syarikat.

P...................................................
 perniagaan ini dikawal / termaktub di bawah Akta Syarikat 1965.

26. Huraikan kebaikan penubuhan sebuah Syarikat. [5]


a. modal yang lebih besar untuk perkembangan perniagaan melalui penjualan saham syarikat.
b. liabiliti terhad setakat modal yang disumbangkan oleh pemilik.
c. Survival yang tinggi kerana perniagaan akan terus kekal terpisah daripada pemiliknya. Jika berlaku
kematian / penarikan diri pemilik, perniagaan masih boleh diteruskan.
d. Entiti berasingan kerana syarikat boleh didakwa dan mendakwa atas namanya.
e. Pengkhususan berlaku dalam pengurusan iaitu pengurusan kewangan, pemasaran, sumber manusia,
dsb.

27. Huraikan ciri-ciri bagi sebuah koperasi. [5]


Ciri Huraian
Bilangan minimum seramai 50 orang keahlian sebagai pembeli saham koperasi dan
tiada had maksimum.
Diperoleh melalui penjualan saham kepada ahli dan pungutan yuran daripada ahli
koperasi.
Diuruskan dan ditadbir oleh anggota lembaga koperasi yang dilantik oleh ahli-ahli
koperasi semasa mesyuarat agung tahunan.
Dikawal oleh Akta Koperasi 1993.

Liabiliti terhad

Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen dan bonus

Tiada cukai dikenakan.

28. Senaraikan dua aktiviti perniagaan. [2]


a. aktiviti perniagaan berasaskan ........................................................................
b. aktiviti perniagaan berasaskan ........................................................................

11
29. Jelaskan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran. [15]
Fakta (khusus) Huraian
 merupakan aktiviti mengeluarkan bahan mentah daripada perut bumi iaitu
daratan / lautan tanpa mengubah bentuk asal.
 contoh: pembalakan, perladangan, penternakan, carigali minyak , dsb.
 merupakan proses pengeluaran barang siap untuk kegunaan pengguna akhir.
 contoh: tepung, garam, gula, dsb.
 merupakan pengeluaran barangan keperluan industri dalam bentuk barangan
separuh siap atau barangan siap yang dibeli untuk tujuan dijual semula atau
diproses semula bagi menghasilkan barangan baharu / barangan yang dibeli
untuk membantu aktiviti perniagaan.
 contoh: tepung yang dibeli untuk menghasilkan roti, simen digunakan untuk
membina bangunan, dsb.
 merupakan aktiviti memproses bahan mentah untuk menghasilakn baragan
siap atau separuh siap.
 contoh: getah diproses untuk dijadikan tayar, kapas diproses untuk dijadikan
kain, dsb.
 merupakan aktiviti memasang komponen pada sesuatu barang bagi
menghasilkan barang siap.
 contoh: pemasangan komponen elektrik dipasang untuk menghasilkan telefon
pintar, komputer, televisyen, dsb.

30. Jelaskan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan. [15]


Fakta (khusus) Huraian
 melibatkan aktiviti mendapatkan bekalan barang daripada pemborong dan
menjualnya kepada pengguna akhir dengan kuantiti yang kecil.
 antara tugas peruncit ialah memecah pukal, peragaan barang, melayan
pelanggan, dan menawarkan perkhidmatan kepas jualan.
 contoh: kedai runcit, KK Super Mart, 7-Eleven, Giant, Tesco, MR DIY, Mydin,
KFC, McDonald, Bata, dll.
 melibatkan aktiviti membeli secara pukal daripada pengeluar dan menjual
semula dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit.
 antara tugas pemborong ialah aktiviti memecah pukal, membungkus semula
barangan dalam kuantiti yang kecil, dan menghantar barang kepada peruncit.
 contoh: pasar borong, Alibaba Online, Sebor, Habour, dll
 melibatkan aktiviti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan kewangan
kepada pengguna seperti pelaburan ekuiti, pentediaan kemudahan kredit,
pertukaran wang asing, perbankan, insurans, dsb.
 contoh: Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, Bank Rakyat,
Public Bank, dsb.
 melibatkan aktiviti perkhidmatan yang khusus seperti guaman, perakaunan,
percukaian, pengauditan, dsb.
 individu yang terlibat mempunyai kemahiran dan kepakaran berkaitan bidang
yang diceburi.
 contoh: Ernst & Young, PwC, KPMG, KPJ, BMC, Prudential, dsb.
 melibatkan aktiviti perniagaan yang menawarkan tempat penginapan,
makanan & minuman, serta kemudahan rekreasi bagi pelancong tempatan /
asing.
 contoh: Tune Hotel, Hotel JW Marriot, Hilton, dsb.
 melibatkan aktiviti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan pendidikan
kepada penuntut secara sambilan / sepenuh masa.
 contoh: pusat tuisyen, sekolah swasta, pusat latihan teknikal, dsb.

31. Huraikan perbezaan antara aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran dengan berasaskan perkhidmatan.
Dimensi /ciri Perniagaan berasaskan pengeluaran Perniagaan berasaskan perkhidmatan

12
Perniagaan menghasilkan barang Perniagaan menghasilkan barang tak
nampak dalam bentuk fizikal sperti nampak tetapi dapat memberi kepuasan
warna dan saiz. kepada pengguna.
Mmemerlukan dua aktiviti aktiviti Aktiviti perniagaan ini hanyalah
menghasilkan barangan dan aktiviti perkhidmatan secara langsung seperti
perkhidmatan bagi memasarkan aktiviti perkhidmatan kewangan dan
barangan kepada pelanggan seperti perubatan kepada pengguna.
aktiviti perkhidmatan peruncitan.
Menggunakan peranan orang Lebih fokus kepada kemahiran dan
tengah dalam mendapat input untuk kepakaran individu dalam menyampaikan
menjalankan aktiviti pengeluaran. perkhidmatan secara langsung kepada
penggguna.

32. Huraikan sektor-sektor perniagaan. [20]


Dimensi /Ciri Sektor Swasta Sektor Awam Sektor Badan Berkanun
Definisi Perniagaan yang dimiliki organisasi yang dimiliki, agensi kerajaan yang
oleh seorang individu / dibiayai dan diurus ditubuhkan di bawah Akta
berkumpulan dan sepenuhnya oleh pihak Parlimen / Enakmen Negeri
menjalankan operasi kerajaan dalam melaksanakan bagi melaksanakan dasar-
perniagaan untuk tujuan dasar kerajaan yang dasar dan tanggungjawab
mendapatkan keuntungan bermatlamatkan kebajikan terhadap aktiviti kerajaan
yang maksimum. rakyat dan pembangunan secara khusus.
negara.
Huraian  meliputi bentuk  jenis perkhidmatan yang  matlamat penubuhan
perniagaan seperti disediakan ialah adalah untuk
milikan tunggal, pendidikan, perubatan, melaksanakan aktiviti
perkongsian, syarikat, keselamatan, infrastruktur, penting yang dapat
koperasi. dsb. menyumbang kepada
 meliputi aktiviti pembangunan negara.
pengeluaran dan  merupakan entiti yang
perkhidmatan yang terpisah daripada
menggunakan faktor- perkhidmatan awam dan
faktor pengeluaran. mempunyai lebih
kebebasan untuk
menjalankan aktiviti
seperti syarikat swasta.
 mempunyai badan
pengurusan tersendiri
seperti Lembaga, Majlis,
dsb.
 contoh: Perbadanan
Pembangunan Bandar
(UDA), Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri
(PKEN), Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KSWP),
dsb.
Peranan  menghasilkan barangan  menyediakan kemudahan  mewakili kerajaan dalam
dan perkhidmatan bagi awam untuk rakyat yang menjalankan aktiviti
memenuhi kehendak tidak dapat disediakan oleh memantau / mengawal
pengguna. sektor swasta. selia terhadap sektor
 mewujudkan peluang  merancakkan swasta bagi memastikan
pekerjaan dalam aktiviti pertumbuhan sektor- aktiviti perniagaan
pengeluaran dan sektor penting dalam mematuhi undang-undang
perkhidmatan. negara melalui pemberian dan peraturan yang telah
 menyumbang insentif tertentu. ditetapkan.

13
pendapatan kerajaan  mengeluarkan lesen &  membantu kerajaan
melalui kutipan cukai permit bagi membolehkan dalam melaksanakan
keuntungan perniagaan rakyat menjalankan aktiviti dasar-dasar yang
bagi membangunkan perniagaan secara sah serta menyumbang kepada
ekonomi negara. tidak bercanggah dengan pembangunan ekonomi
 meneroka dan dasar / kepentingan negara.
membangunkan kawasan ekonomi negara.  menyediakan kursus dan
baharu melalui  menggubal & kemudahan latihan
pembukaan kilang /aktiviti melaksanakan dasar-dasar kepada pekerja bagi
perniagaan. fiskal dan kewangan seperti melahirkan tenaga kerja
menentukan kaedah yang mahir dan terlatih.
percukaian, pemberian  meningkatkan penglibatan
subsidi, pembentukan bumiputera dalam bidang
belanjawan, dsb. ekonomi melalui bantuan
 menjalankan kewangan.
penguatkuasaan undang-
undang dan kawalan
seperti mengawal &
memantau aktiviti swasta /
awam serta menjamin
kepentingan pengguna.

33. Jelaskan tahap-tahap perniagaan dari persepektif berikut. [20]


Peringkat
Definisi Huraian Contoh
Proses:
 merupakan aktiviti  bahan mentah pada  pembalakan, perikanan,
pengekstrakan sumber peringkat ini perlu diproses penternakan,
semula jadi / bahan terlebih dahulu sebelum perlombongan, carigali
mentah daripada perut dapat digunakan oleh minyak, perladangan, dsb.
bumi tanpa mengubah pelanggan.
bentuk asalnya.
 merupakan aktiviti  melibatkan aktiviti  kapas diproses untuk
pemprosesan bahan pembuatan / perkilangan dijadikan benang, tebu
mentah yang dihasilkan dan ia mewujudkan nilai diproses untuk dijadikan
daripada tahap primer tambah terhadap keluaran. gula, batu kapur diproses
kepada barang siap atau menjadi simen, dsb.
separuh siap.
 merupakan perniagaan  perniagaan pada tahap ini  perkhidmatan perbankan,
yang melibatkan produk menjadi penyokong kepada perkhidmatan insurans,
tidak ketara / produk perniagaan tahap primer pengangkutan, dsb.
yang tidak perlu diproses dan sekunder supaya
lagi. produk dapat sampai
kepada pengguna akhir
dengan lancar.
Peringkat
Definisi Huraian Contoh
Industri:
 merujuk kepada aktiviti  ia merupakan aktiviti  Ladang getah menjadi
perniagaan yang perniagaan yang berlaku aktiviti huluan kerana ia
melibatkan perniagaan terlebih dahulu sebelum menghasilkan getah yang
ekstraktif yang perniagaan dapat digunakan sebagai input
mengeluarkan bahan dijalankan dan menjadi oleh pengeluar tayar
mentah atau barang aktiviti teras yang wujud kenderaan.
separuh siap sebagai input dalam organisasi.
untuk menghasilkan
barang siap.
 merujuk kepada aktiviti  aktiviti perniagaan ini  pengilang kasut

14
perniagaan yang berlaku wujud selepas berlakunya menjalankan aktiviti hiliran
bagi memproses input aktiviti perniagaan huluan. kerana pengilang kasut
yang diperoleh daripada membeli getah daripada
perniagaan huluan bagi kilang pengeluar getah
menghasilkan barang siap yang menjalankan aktiviti
atau separuh siap dan huluan.
boleh dijual kepada
pengguna akhir dan
industri.
Peringkat
Definisi Huraian Peranan
Pasaran:
 merupakan perniagaan  tidak dikenakan cukai asing  menyumbang terhadap
yang beroperasi di dalam kerana perniagaan menjual sumber pendapatan
sesebuah negara dan produk kepada penduduk negara melalui kutipan
menggunakan mata wang tempatan dan mempunyai cukai keuntungan
tempatan dan produk cita rasa yang hampir sama. perniagaan.
yang dihasilkan adalah  mewujudkan peluang
untuk pasaran tempatan pekerjaan dalam kalangan
sahaja. rakyat dan mengurangkan
kadar pengangguran.
 mewujudkan peluang
perniagaan / industri
sampingan dalam negara
bagi merancakkan
pertumbuhan ekonomi
dalam negara.
 membangunkan modal
insan dengan
menyediakan kemudahan
latihan dan pembangunan
bagi menghasilkan pekerja
yang berkemahiran serta
terlatih.
 menjimatkan pertukaran
mata wang asing melalui
penggunaan sumber
tempatan dan
mengurangkan pengaliran
keluar mata wang asing.
 merujuk kepada  pelbagai strategi digunakan  meningkatkan
perniagaan yang untuk memasarkan produk pendapatan negara
melibatkan kegiatan ke luar negara kerana melalui kutipan cukai
eksport, import, dan perniagaan turut import dan eksport.
entreport antara dua atau menghadapi persaingan  memperbaiki imbangan
lebih buah negara dan daripada syarikat tempatan, pembayaran negara.
melibatkan penggunaan perundangan, ekonomi,  meluaskan pasaran
tukaran mata wang asing. sosiobudaya, dan sekaan- produk yang telah tepu
sekatan lain. dalam pasaran tempatan.
 meningkatkan kemasukan
pelabur asing dalam
sesebuah negara dan ini
boleh meningkatkan nilai
pelaburan serta modalk
asing.

15

You might also like