You are on page 1of 95

Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA


1.1.1 Pengenalan kepada perniagaan

a. Definisi perniagaan:
Perniagaan ialah aktiviti menjual dan membeli barang atau perkhidmatan pada masa, harga
dan kuantiti tertentu dengan tujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna di
samping dapat memaksimumkan keuntungan.

b. Perniagaan Dan Bukan Perniagaan – sem 1 U13


Terdiri dari dua jenisi :
i) Organisasi perniagaan
ii) Organisasi bukan perniagaan

Perbezaan antara perniagaan dengan bukan perniagaan.


Dimensi Organisasi perniagaan Bukan perniagaan
Matlamat/objektif Lebih mementingkan Lebih mementingkan
keuntungan berbanding kebajikan masyarakat
memenuhi kebajikan
masyarakat
Aktiviti Mencipta dan memasarkan Mengadakan pelbagai
barangan dan perkhidmatan kegiatan yang berfaedah
di pasaran untuk golongan tertentu
dengan tujuan tertentu
Kawalan Ditubuh di bawah Akta Ditubuhkan di bawah akta
penubuhan Syarikat dan Suruhanjaya pertubuhan dan persatuan
Syarikat Malaysia atau Akta
Perkongsian dan Akta
Koperasi
Modal Sumbangan daripada rakan Sumbangan daripada yuran
kongsi, simpanan sendiri, ahli serta derma daripada
pelabur-pelabur dan syer persendirian dan orang
ramai
Contoh Syarikat MAS Bhd, Syarikat Persatuan Bulan Sabit
Telekom (M) Bhd, Syarikat Merah Malaysia, Pasukan
Nestle (M) Bhd Pengakap, Persatuan Kanser
Malaysia, dan lain-lain.

1.1.2 Perniagaan Dan Untung - stp07/10/u15


1. Maksud untung:
a. Untung ialah lebihan hasil jualan setelah ditolak dengan segala
perbelanjaan atau kos perniagaan.
b. Jumlah hasil – jumlah kos = untung atau lebihan pendapatan
c. Contoh : Ali menjual sebiji burger ayam berharga RM3.50 dengan kos
seunit ialah RM2.00. Jika kuantiti burger yang dijual ialah 50 biji
berapakah untung yang diperolehi oleh Ali?
d. Jenis untung ada 2:
- Untung kasar
- Untung bersih

Misha/smkk/2020 1
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

2. Kepentingan untung kepada perniagaan ialah:


a. Sebagai sumber modal
- Digunakan untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka
cawangan atau membesarkan lagi perniagaan yang sedia ada
Restoran ayam penyet membuka cawangannya di Brunei Darulsalam

b. Menarik dan mendorong pelabur


- Suatu dorongan kepada usahawan bagi meningkatkan usaha di
samping menambahkan lagi keuntungan perniagaan. Restoran ayam
penyet mendapat rakan kongsi baru dari Singapore

c. Sebagai lambang kepada kejayaan perniagaan


- Meningkatkan reputasi perniagaan atau imej perniagaan dalam
kalangan pesaing dan juga masyarakat. Jenama Restoran Ayam
Penyet dikenali di rantau Asia Tenggara

d. Ganjaran atau pulangan dalam bentuk dividen


- Meningkatkan motivasi pekerja bekerja dengan lebih produktif
pemberian bonus atau ganjaran daripada majikan membantu
meningkatkan lagi motivasi pekerja. Pekerja diberi ganjaran bonus
sebulan.

e. Meningkatkan penggunaan teknologi dalam pengeluaran dan operasi


perniagaan.
- Pertambahan teknologi membantu perniagaan bersaing dengan
produk yang sedia ada di pasaran. Membeli mesin komputer bagi
memaksimumkan pengeluaran.

f. Melaksanakan tanggungjawab sosial


- Kewajipan yang perlu dijalankan oleh pihak pengurusan perniagaan
dalam membuat keputusan demi menjaga kepentingan masyarakat
dan perniagaannya. Dengan memberi bantuan derma dan tajaan
kepada rumah anak yatim, rumah orang tua dan kemudahan rekreasi
kepada masyarakat.

1.1.3 Peranan Perniagaan – stpm 2021


1. Peranan perniagaan terhadap pengguna

 Menyediakan barangan dan perkhidmatan/produk untuk memenuhi


keperluan dan kehendak pengguna di pasaran
 Mempelbagaikan pilihan barangan dan perkhidmatan di pasaran
 Contohnya : pasaraya TANGI menyediakan pelbagai jenis barang keperluan
harian pengguna dengan harga yang berpatutan.
 Menyediakan perkhidmatan selepas jualan
 Menjual barang dan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan
 Menggalakkan inisiatif keusahawanan dengan melibatkan pengguna
setempat menjadi pembekal.

Misha/smkk/2020 2
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

2. Peranan perniagaan terhadap Masyarakat


 Mewujudkan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk
menjalankan usaha perniagaan.
 Membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan pendapatan yang
stabil dapat berbelanja mengikut keperluan.
 Pembangunan masyarakat dengan menyediakan peluang untuk menceburi
perniagaan melalusi sistem bekalan dan jualan.
 Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dengan menawarkan
pelbagai pilihan barangan dan perkhidmatan.
 Melindungi alam sekitar dengan mengelak berlakunya pencemaran.
 Menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) terhadap masyarakat dari segi
kebajikan seperti menderma, tajaan biasiswa dan sebagainya

3. Peranan perniagaan terhadap Ekonomi


 Meningkatkan pendapatan kerajaan dengan mengenakan cukai keuntungan
atas syarikat.
 Mengurangkan kadar pengangguran
 Mengembangkan industri sokongan atau industri sampingan seperti industri
kecil dan sederhana.
 Mewujudkan penempatan baharu di kawasan di mana perniagaan
dijalankan.

4. Peranan perniagaan terhadap Negara


 Membantu meningkatkan tabung modal dan simpanan negara serta
mengurangkan kadar inflasi
 Mengurangkan kadar pengangguran dengan menawarkan peluang
pekerjaan kepada masyarakat
 Bayaran cukai perniagaan digunakan untuk menyediakan kemudahan awam
oleh pihak kerajaan
 Hubungan perniagaan sehala dan dua hala memberi imej yang baik dalam
negara dan luar negara

1.1.4 Faktor-faktor Pengeluaran


Faktor pengeluaran ialah sumber atau input yang digunakan untuk mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan.
1. Bahan mentah
- Merujuk kepada input-input yang akan digunakan dalam proses
pengeluaran bagi menghasilkan sesuatu produk.
- Melibatkan semua input yang digunakan dalam proses pengeluaran
- Meliputi semua sumber perhutanan, pertanian, perusahaan, galian serta
lautan
- Cth : bijih timah, kayu balak, kelapa sawit dan koko

2. Modal insan
- Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan
atau perniagaan
- Terdiri dari buruh mahir dan kurang mahir
- Menddapat gaji atau upah
Misha/smkk/2020 3
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

- Contohnya : pekerja syarikat, buruh binaan, pekerja kilang, petani, jurutera,


kerani, guru tuisyen dan lain-lain

3. Modal
- Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada
syarikat.
- Terdiri dari bentuk wang atau aset
- Contohnya : kenderaan, rumah, mesin dan peralatan

4. Keusahawanan
- Orang yang membentuk perniagaan/ orang yang menggabungkan faktor-
faktor pengeluaran dan menjadikan sebagai output dalam pengeluaran
- Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan
- Contohnya : Kemahiran pengurusan dan ilmu pengetahuan

5. Teknologi
- Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan. Kaedah
menjalankan aktiviti perniagaan mengikut perkembangan semasa
persekitran perniagaan.
- Penggunaan kaedah seperti mesin, jentera, komputer dan lain-lain
membantu R&D perniagaan
- Memudahkan hubungan komunikasi sumber manusia.
- Contohnya : jentera, mesin, komputer, mesin faks dll

1.1.5 Proses-proses Perniagaan*stp 05/u15


i. Input
- Sumber yang dikenali sebagai bahan mentah digunakan dalam pengeluaran
barangan
- Pengeluaran tayar kereta menggunakan input bahan mentah seperti susu
getah, mesin, buruh dan asid

ii. Proses tambah nilai/ proses transformasi


- Pengumpulan bahan mentah diproses dengan menggunakan mesin dan alat-
alat serta pekerja yang mahir untuk menghasilkan barangan.
- Dari getah diproses menjadi tayar, tilam dan sebagainya.

iii. Output
- Hasil terakhir dari barang yang diproses menjadi barang siap atau separuh
siap.
- Dari getah dijadikan tayar dan siap untuk dipasang atau dijual bagi
mendapatkan keuntungan

iv. Proses pemasaran


- Penjenamaan dan pembungkusan dilakukan ke atas output bagi
membezakan produk di pasaran
- Proses pemasaran berlaku daripada pengeluar kepada pengguna

Misha/smkk/2020 4
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

- Jurujual diupah bagi memperkenalkan produk dan mendorong pembelian


oleh pembeli Melibatkan perkhidmatan pengangkutan dan sistem logistik
yang lain bagi memudahkan pengedaran barangan di pasaran.

v. Untung atau rugi


- Untung ialah lebihan hasil ketas kos
- Rugi ialah kekurangan hasil berbanding kos
- Untung merupakan ganjaran kepada usahawan

proses
input output
tambah nilai
Dengan rajah jelaskan proses
perniagaan bagi produk
perabot. [20m]
untung atau proses
rugi pemasaran

Rajah : Proses Perniagaan

1.1.6 Cabaran perniagaan


i. Globalisasi
- Persaingan sengit dari segi kualiti, harga dan persembahan produk
serta mobiliti pekerja yang dihadapi oleh perniagaan
- Globalisasi buruh mahir ke luar negara menyebabkan syarikat
tempatan kekurangan buruh mahir

ii. Bentuk pemilikan perniagaan


- Jenis entiti perniagaan banyak memberi saingan kepada
perniagaan milikan tunggal dan perkongsian yang melibatkan
modal yang kecil sahaja berbanding dengan entiti syarikat sdn bhd
dan syarikat berhad
- Kedai nasi ayam anis tidak dapat bersaing denagn syarikat KFC
disebabkan kekurangan modal.

iii. Tenaga kerja


- Pihak perniagaan menghadapi kekurangan tenaga mahir dan
mobilasi tenaga mahir kepada perniagaan yang memberi upah atau
ganjaran yang lebih lumayan.
- Cabaran kepada perniagaan adalah untuk mengekalkan tenaga
mahir dengan memberi latihan yang secukupnya serta ganjaran
kewangan dan bukan kewangan yang bersesuaian bagi
mengekalkan tenaga mahir yang sedia ada.
- Dengan demikian produktiviti perniagaan dan prestasi perniagaan
akan meningkat daya saing syarikat dan negara.

iv. Sumber semakin berkurangan

Misha/smkk/2020 5
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

- Memerlukan perniagaan mencari alternatif lain bagi


menggantikannya. Perniagaan perlu melakukan inovasi untuk
mempelbagaikan fungsi sesuatu produk dan mengurangkan
pembaziran sumber.
- Contoh kekurangan sumber asli, getah asli digantikan dengan getah
tiruan.

v. Konsep perniagaan antarabangsa


- Penglibatan syarikat domestik dalam pasaran antarabangsa
mewujudkan pelbagai syarikat antarabangsa membuka
cawangan di seluruh negara.
- Syarikat multi nasional yang berjaya semakin meluaskan
empayar pasaran ke luar negara.

vi. Pekerjaan jarak jauh


- Perkembangan teknologi yang semakin canggih memberi
peluang kepada pekerja menggunakan kaedah yang lebih
cekap dengan menggunakan bantuan teknologi seperti sidang
video dan sebagainya.
- Cabaran kepada perniagaan pekerja melakukan kerja dari
rumah tanpa perlu ke pejabat melalui jaringan komputer dan
internet.

vii. Peningkatan kemajuan teknologi


- Perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin penddek,
perlu kemahiran teknologi, perlu modal tinggi
- Pengurus perlu lebih cekap bertindak balas terhadap sebarang
perubahan persekitaran perniagaan supaya mampu bersaing
dengan perniagaan lain.

viii. Peningkatan Tanggungjawab sosial


- Perniagaan bertanggungjawab terhadap kepentingan
tanggungjawab sosial terutamanya mematuhi peraturan alam
sekitar dan undang-undang perniagaan.
- Di samping itu membantu kebajikan sosial seperti bantuan,
sumbangan derma dan menyokong aktiviti atau program yang
dijalankan oleh kerajaan untuk masyarakat.
- Cabaran pengurus ialah mereka perlu prihatin terhadap
keperluan golongan orang kekurangan upaya (OKU) yang
bekerja.
- Pengambilan buruh kanak-kanak adalah dilarang sama sekali

ix. Kepekaan terhadap isu alam sekitar


- Cabaran kepada pengurus menjaga kepentingan alam sekitar
dengan menggunakan bahan mesra alam, mematuhi peraturan

Misha/smkk/2020 6
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

pembuangan sisa toksik, mengurangkan pembaziran sumber


dan kaedah memproses barang secara cekap dan berkesan

x. Sistem perniagaan islam


- Perniagaan ekonomi Islam mula mendapat tempat dalam
kalangan ekonomi dunia.
- Cabaran kepada pihak pengurusan menyediakan khidmat
pelanggan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan yang
beragama Islam.
- Produk yang disediakan perlulah mematuhi keperluan mereka
yang beragama Islam.
- Contoh dari segi pemprosesan makanan dan minuman yang
halal dan bersih Sistem perbankan yang memenuhi hukum
syarak bebas dari riba’ dan sebagainya.

xi. Blok perdagangan


- Blok perdagangan diwujudkan bagi membantu ekonomi
negara serantau yang menjadi ahli anggotanya.
- Namun bagi mereka yang bukan ahli anggota adalah satu
halangan dan kekangan yang dihadapi dalam menjalankan
perniagaan dalam negara rantau tersebut.

xii. Perubahan faktor persekitaran


- Perniagaan perlu peka kepada persekitaran perniagaan yang
sentiasa mengalami perubahan.
- Seperti perubahan yang berlaku melibatkan kos bahan mentah,
teknologi, pasaran dan perundangan.

xiii. Perubahan demografi Penduduk


- peningkatan pendapatan boleh guna penduduk menyebabkan
perniagaan akan berusaha mengeluarkan produk bagi
memenuhi keperluan dan kehendak golongan isi rumah yang
mempunyai kuasa beli yang agak tinggi untuk berbelanja,
keperluan mengikut jantina, taraf sosial dan sebagainya.

1.2 Persekitaran perniagaan


1.2.1 Persekitaran umum stp’ 2018, 13,

Misha/smkk/2020 7
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Maksud : persekitaran umum merujuk kepada unsur-unsur di luar organisasi yang


memberikan tekanan dan mempengaruhi persekitaran tugas perniagaan , operasi serta
prestasi perniagaan.

Pengaruh persekitaran umum terhadap perniagaan:


Bil Fakta Huraian Contoh
1 Persekitaran  Risiko dan ketidakpastian pasaran  Penempatan pasaraya
Ekonomi  Dinamik/ perubahan-perubahan hanya sesuai di
pasaran kawasan yang ramai
 Kedudukan pasaran wang yang penduduk dan
tidak menentu mempunyai
 Keadaan-keadaan /pertumbuhan pendapatan tinggi dan
dan kemelesetan ekonomi mampu beli
 Pusingan perniagaan

2 Persekitaran  Merujuk kepada keadaan sesebuah  Sistem politik


Politik dan negara yang dipengaruhi fahaman demokrasi, laissez
perundangan politik yang memerintah. faire, sosialis dan
 Melibatkan peraturan, kawalan, komunis.
sokongan dan galakan kerajaan  Dasar yang
serta sistem percukaian yang dilaksanakan oleh
mempengaruhi perniagaan. kerajaan memberi
 Keadaan politik hura hara jaminan kepada
membawa kesan buruk kepada pelancong untuk
perniagaan. melancong di Malaysia.
 Kelonggaran peraturan kemasukan  Cukai dikenakan
pelabur dalam negara keatas pusat hiburan,
menggalakan pertumbuhan kedai minuman keras
ekonomi negara dan pusat mainan
video .
3 Persekitaran  Hubungan kait nili budaya sosial  barangan halal wajib
Sosiobudaya amalan sesuatu kaum bagi masyarakat Islam.
– stp 08  Perlindungan dan tanggungjawab  Budaya melayu dengan
sosial yang dipegang sesuatu berpakaian sopan
bangsa  Menggunakan tangan
 Merujuk kepada perubahan bila makan nasi.
populasi penduduk dan etika  Daun pisang
perniagaan yang dijalankan. digunakan sebagai
 Perniagaan juga tidak melanggar aroma dalam hidangan
peraturan adat resam sesebuah makanan
negara tersebut.

4 Persekitaran  Ancaman yang diberikan oleh  Pasaran monopoli –


Persaingan perniagaan yang mengeluarkan sukar masuk pasaran,
dan jaringan produk yang sama atau oengganti tiada daya saing
– stp 2013p1 dan pada pasaran yang sama  Pasaran monopolistik
dengan produk usahawan. – boleh masuk pasaran

Misha/smkk/2020 8
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

 Jenis struktur pasaran seperti  Pasaran oligopoli –


monopoli, persaingan oligopolistik daya saing tinggi
dan monopoli.  Pasaran persaingan
 Persaingan mempengaruhi sempurna – boleh
perniagaan. saing, daya saing tinggi
 Persaingan harga mempengaruhi
perniagaan.
5 Persekitaran  Sebarang perubahan penggunaan  Penggunaan robotech
Teknologi – sains yang membolehkan manusia dalam pengeluaran
stp 08 melakukan sesuatu yang baru atau produk kereta.
membentuk tugas atau prosedur
kerja
 Dikaitkan dengan penciptaan
kaedah baru melalui kegiatan
penyelidikan dan pembangunan
(R&D).
 Dapat membantu meningkatkan
produktiviti.
 Menjimatkan masa pengeluaran
syarikat.
 Mengurangkan kos perniagaan
 Memperbaiki kualiti produk
 Meningkatkan kemampuan daya
saing sesebuah perniagaan
6 Persekitaran  Kemudahan asas yang disediakan  Sistem pengangkutan
Prasarana untuk membantu aktiviti jalanraya yang baik
perniagaan. membantu perniagaan
 Dapat menyumbangkan kepada menghantar bekalan
pertumbuhan aktiviti pernigaaan.
 Jaringan pengangkutan air, udara
dan darat
 Kemudahan awam yang lain
seperti bekalan air, elektrik dan
komunikasi.
7 Persekitaran  Merujuk kepada faktor-faktor  Aktiviti eksport
Antarabangsa seperti dasar perdagangan, Malaysia menjual
undang-undang perniagaan yang minyak kelapa sawit ke
melibatkan dua buah negara atau negara China
lebih  Import – Malaysia
 Konsep globalisasi dan dunia membeli beras dari
tanpa sempadan mempengaruhi Thailand
perniagaan  Entreport – Singapura
 Hubungan dua hala wujud melalui mengimport durian
aktiviti perkhidmatan, dari Malaysia dan
pengeluaran, pembuatan, eksport membungkus serta
dan import. melabel kemudian
mengeksport semula

Misha/smkk/2020 9
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

ke Taiwan.

1.2.2 Persekitaran tugas (pihak-pihak yang berkepentingan):


Maksud: merupakan unsur-unsur persekitaran yang secara langsung
mempengaruhi dan memberi kesan kepada operasi dan prestasi perniagaan.

Pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan:


Bil Fakta Huraian Contoh
1 Pelanggan  Merupakan pembeli produk/pengguna  Ali membeli sabun
produk atau perkhidmatan untuk kegunaan
 Perubahan citarasa pelanggan keluarganya.
mempengaruhi jenis keluaran, harga dan
kualiti yang dikeluarkan oleh pengguna.
 Tanggungjawab perniagaan terhadap
pelanggan:
- Memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan berdasarkan citarasa
pelanggan
- Memberi maklumat penuh/label
tentang barangan
- Tidak menyorok barang untuk
tujuan keuntungan
- Menawarkan barang pada harga
yang berpatutan
- Menawarkan barang atau
perkhidmatan yang selamat kepada
pengguna
Pembiaya  Merupakan pihak/golongan/individu  Pihak Ambank
yang memberi pinjaman memberi pinjaman
 Pinjaman tinggi membolehkan kepada Syarikat
pembesaran perniagaan Abi Sdn Bhd
2 Pesaing  Merujuk kepada perniagaan lain yang  Persaingan
*12 sama mengeluarkan produk dan monopolistik
perkhidmatan yang sama bagi pengguna. seperti produk
 Persaingan harga dan produk sabun, shampoo
mempengaruhi harga dan kualiti produk dan beras
yang dihasilkan oleh perniagaan.
 Memaksa perniagaan melakukan inovasi
untuk mengatasi persaingan.
3 Pekerja  Menyumbangkan kemahiran dari segi  Menyediakan
fizikal dan juga mental. suasana tempat
 Tindakan pekerja mempengaruhi kerja yang selamat
kejayaan atau kegagalan sesebuah dan sesuai.
perniagaan.  Mengadakan
 Perniagaan perlu mendapatkan pekerja program
yang cekap dan mahir supaya kerja dapat pembangunan staf
dilakukan dengan berkesan. dan motivasi.

Misha/smkk/2020 10
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

 Sumbangan kemahiran oleh pekerja


dapat meningkatkan produktiviti serta
mempengaruhi perniagaan.
 Tanggungjawab perniagaan terhadap
pekerja:
- Perniagaan perlu meningkatkan
kemahiran pekerja dengan memberi
latihan dan bimbingan
- Menyediakan ganjaran kewangan
dan bukan kewangan yang
sepatutnya
- Menyediakan tempat kerja yang
harmoni

4 Pemodal  Merupakan penyumbang modal yang  Pihak bank dan


terdiri daripada institusi institusi kewangan
kewangan/individu/ rakan kongsi dll lain
 Sumbangan modal yang tinggi dan  Orang perorangan
berkekalan memastikan kelangsungan yang memiliki
perniagaan modal yang banyak
 Pemodal ialah pelabur yang
menyumbangkan modal atau keperluan
kewangan perniagaan ke dalam
perniagaan mereka.
 Meliputi pelabur atau pemegang saham
dan pihak bank yang menawarkan
kemudahan pinjaman.
 Jika perniagaan mendapat untung
banyak pelaburan juga banyak dan ini
dapat meningkatkan pelaburan dan juga
keuntungan.
 Tanggungjawab perniagaan terhadap
pemodal:
- Perniagaan memaksimakan
kekayaan pemodal yang melaburkan
wang mereka dengan memberikan
bayaran dividen yang tinggi
- Kegagalan membayar dividen yang
tinggi akan menyebabkan pelabur
akan menarik diri dari perniagaan

Misha/smkk/2020 11
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

5 Kerajaan  Pihak yang mentadbir sesebuah negara  Seperti galakan


dan bertanggungjawab untuk pemakaian topi
melaksanakan dasar-dasar serta keledar.
menguatkuasakan undang-undang  Taraf perintis
negara. kepada para
 Kerajaan perlu memberikan galakan pelabur, pelepasan
insentif yang berpatutan bagi cukai dan promosi
menggalakkan perkembangan sesuatu pelaburan.
industri.  Kempen belilah
 Dasar yang dibuat oleh kerajaan boleh barangan tempatan
mempengaruhi persekitaran perniagaan  Kempen satu
seperti cukai yang dikenakan kepada komputer satu
syarikat ianya meningkatkan kos operasi keluarga
perniagaan.
 Undang-undang yang dibuat oleh
kerajaan dapat mengawal tindak tanduk
perniagaan bagi menjamin kesejahteraan
sosial dan masyarakat.
 Tanggungjawab perniagaan terhadap
kerajaan:
- Firma perlu mematuhi segala
peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh kerajaan seperti
membayar cukai.

6 Pembekal  Pihak yang membekalkan input/bahan  Pembekal BERNAS


mentah. kepada perniagaan
 Bahan mentah, barang separuh siap dan runcit dan
peralatan yang dibekalkan berterusan pasaraya.
memastikan kelancaran proses
pengeluaran dan penjualan.
 Jika barang yang dibekalkan berkualiti
dan menepati sistem piawai maka
produk yang dikeluarkan mempengaruhi
imej perniagaan.
 Tanggungjawab perniagaan terhadap
pembekal:
- Membuat perjanjian yang adil
dengan menyatakan syarat-syarat
kontrak dengan jelas
- Membuat bayaran dengan cepat
untuk barang yang dibeli seperti
yang dijanjikan
- Bekerjasama dan menjalinkan
hubungan yang baik dengan
pembekal
- Membayar hutang kepada pembekal
tepat pada masanya

Misha/smkk/2020 12
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

7 Masyarakat  Masyarakat perlu membeli dan  Golongan komuniti


menyokong produk yang dikeluarkan Taman Seroja
oleh peniaga. menggunakan
 Sebagai pekerja yang menawarkan perkhidmatan
tenaga kerja dan menyediakan tenaga kedai gunting
buruh rambut dan salon
 Sebagai pelabur yang menyumbangkan di situ
modal
 Sebagai pembekal yang membekalkan
bahan mentah
 Tanggungjawab perniagaan terhadap
masyarakat:
- Perniagaan tidak boleh
mencemarkan alam sekitar
- Tidak boleh menaikkan harga barang
sewenang-wenangnya
- Perlu menjalankan tanggunjawab
sosial seperti menderma, gotong
royong dll

1.2.3 Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan.


Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan seperti di bawah:

Bil Fakta Huraian Contoh


1 Pelanggan  Perniagaan perlu memenuhi  Barangan
keperluan dan kehendak penguna. keperluan harian
 Perlu keluarkan barangan yang  Rumah
berkualiti dan denga harga yang  Kereta
berpatutan.  Perkhidmatan
 Memberi maklumat penuh tentang kecantikan
barangan dan perkhidmatan.
 Menawarkan barang dan
perkhidmatan yang selamat
 Menjalankan kaedah
promosi/pemasaran yang jujur
terhadap pelanggan
 Sebagai tempat rujukan kepada
pelanggan
2 Pesaing  Menjaga kepentingan pesaing seperti  Perusahaan batik
tidak sengaja menawarkan harga yang  Syarikat pemaju
lebih rendah daripada pesaing. perumahan
 Mengadakan persaingan sihat bagi  Syarikat
menghasilkan barangan dan Kosmetik
perkhidmatan yang berkualiti kepada Sendayu Tinggi
pengguna. dengan Syarikat
 Mengamalkan nilai moral yang baik Felisa
tidak mencemarkan nama pesaing.
Misha/smkk/2020 13
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

3 Pekerja  Mewujudkan suasana tempat kerja  elaun makan


yang selesa dan selamat.  elaun
 Menjaga kebajikan pekerja dari segi pengangkutan
cuti, perubatan dan sebagainya  bayaran gaji tepat
 Bersikap adil dalam pengambilan pada masa
pekerja dan juga penilaian prestasi.  kenaikan pangkat
 Mengambil kira idea serta pandangan
pekerja
 Membayar upah yang berpatutan
4 Pembiaya dan  Membayar hutang kepada pembiaya  Syarikat
pemodal mengikut syarat perjanjian dan kewangan
memberi pulangan yang berpatutan  Orang
kepada pemodal dalam bentuk perseorangan
dividen
 Menggunakan sumber kewangan
dengan cekap dan bertanggungjawab
 Membekalkan maklumat yang
diperlukan oleh pembiaya dan
pemodal.
5 Kerajaan  Perniagaan perlu membayar cukai  Cukai syarikat
barangan dan perkhidmatan tepat  Cukai import
pada masanya dan jumlahnya  Cukai eksport
 Melaksanakan perniagaan mengikut  Cukai
undang-undang dan peraturan perkhidmatan
 Menyokong dasar kerajaan seperti
pengenaan harga syiling dan harga
lantai.
6 Pembekal  Membayar kredit perdagangan pada  Pengedar bahan
tempoh yang telah ditetapkan mentah susu
 Memastikan perjanjian jual beli telah getah
dipersetujui  Pengedar kayu
 Menjalinkan hubungan baik antara jati
dua pihak bagi memastikan operasi
pengeluaran tidak terjejas.

1.3 Entiti perniagaan – stp ’04,05,07


1.3.1 Jenis Entiti perniagaan
Jenis entiti perniagaan ialah:
Bil Entiti/jenis Huraian Contoh
1 Pemilikan  Sesebuah perniagaan yang  Kedai Dobi Adam
tunggal dimiliki dan dikawal oleh  Kedai Gunting
hanya seorang individu Rambut Amy
 Nasmie Entreprise
2 Perkongsian  Sejenis perniagaan yang  Klinik Ahmad dan
dibentuk secara gabungan dan rakan-rakan
persetujuan antara dua atau  Klinik Lin dan Chong
lebih individu Wei.

Misha/smkk/2020 14
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

3 Syarikat  Satu unit perniagaan yang  Sy. Gula Sdn Bhd


terdiri daripada individu-  Sy Telekom (M) Bhd
individu yang  Sy. TNB Bhd
menyumbangkan modal
dalam bentuk saham biasa
dan bersetuju untuk
berkongsi untung dan rugi
4 Koperasi  Satu organisasi perniagaan  Koperasi Pengguna
yang ditubuhkan secara  Koperasi Insurans
sukarela untuk menjaga  Koperasi Perumahan
kepentingan ahli-ahlinya  ANGKASA
berdasarkan kepada falsafah
kerjasama.

1.3.1.1 Perbezaan ciri-ciri entiti perniagaan


Ciri-ciri/ Milikan
Perkongsian Koperasi Syarikat
dimensi tunggal
Milikan / Dimiliki oleh Dimiliki oleh 2 Dimiliki oleh Syarikat Sdn
keahlian seorang hingga 20 orang sekurang- Bhd dimiliki
individu pekongsi bagi kurangnya 100 oleh 2 hingga 50
sahaja perkongsian biasa orang ahli dan orang
profesional 2 tidak terhad pemegang syer
hingga 30 pekongsi jumlah ahlinya Syarikat Awam
Bhd dimiliki
oleh 2 hingga
tiada terhad
bilangannya
Tujuan Mendapat Mendapat untung Menjaga Mendapat
untung maksimum kebajikan ahli dan untung
maksimum mendapat untung maksimum
maksimum
Pendaftara Suruhanjaya SSM Suruhanjaya SSM
n Syarikat Koperasi Malaysia
Malaysia(SS
M)
Akta - Akta Perkongsian Akta Koperasi Akta Syarikat
1974 1993 1965
Sumber Modal Modal pekongsi Yuran ahli, jualan Jualan syer
kewangan pemilik dan untung syer kepada ahli kepada
sendiri perniagaan dan untung pemegang syer
dan untung
Modal - - Tiada had dan Had modal telah
saham boleh ditambah ditetapkan
dari masa ke ketika
semasa pendaftaran
syarikat. Tiada
saham terbitan
Misha/smkk/2020 15
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

baru boleh
dilakukan jika
had tersebut
telah dicapai
Pembahagi Individu Mengikut syarat Dibahagikan Dibahagikan
an untung menikmati perjanjian kepada ahli dalam kepada ahli
semua perkongsian yang bentuk dividen dalam bentuk
keuntungan dipersetujui mengikut jumlah dividen
tanpa Jika tiada syer dibeli mengikut
berkongsi perjanjian dibuat jumlah syer
dengan orang keuntungan dibeli
lain dibahagikan sama
rata
Kawalan Dikawal dan Dikawal oleh Dikawal dan Dikawal dan
pengurusan diusahakan semua pekongsi diurus oleh diurus oleh
oleh pemilik tetapi diuruskan lembaga pengarah lembaga
itu sendiri oleh pekongsi aktif yang dipilih dalam pengarah dipilih
dan dibantu mesyuarat agung dalam
oleh ahli tahunan. mesyuarat
keluarga Semasa pemilihan agung tahunan
setiap ahli
koperasi
mempunyai satu
undi tidak kira
jumlah syer yang
dimiliki
Liabiltii Tidak terhad Tidak terhad Terhad pada syer
Terhad kepada
melibatkan Semua pekongsi yang modal yang
harta berkongsi dilaburkannyadilaburkannya
peribadi jika menanggung sahaja. sahaja
menanggung kerugian dan
kerugian bagi melibatkan harta
menjelaskan peribadi.
hutang
Cukai Perlu Tidak dikenakan Cukai yang Cukai
membayar cukai perniagaan dikenakan ialah perniagaan
cukai tetapi cukai cukai perorangan bergantung
pendapatan pendapatan sahaja jumlah
perseoranga perorangan keuntungan
n syarikat
Contoh Kedai Dobi Klinik Keluarga Koperasi Nelayan RHB Bank
Ali Berhad
1.3.1.2 Perbezaan Ciri-Ciri Syarikat Sendirian Dengan Syarikat Awam Berhad

Fakta Syarikat Sdn Bhd Syarikat Awam Berhad

Dimiliki oleh 2- 50 orang Dimiliki oleh 2 hingga tiada


Pemilikan
pemegang syer had

Misha/smkk/2020 16
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Syer boleh dipindah milik dengan Syer-syer boleh dipindah


Pegangan syer
persetujuan pemegang syer lain milik dengan bebas
Dilantik daripada pemegang syer Lembaga pengarah tidak
dan mesti sekurang-kurangnya semestinya dilantik daripada
seorang pengarah menguruskan pemegang syer dan sekurang-
Lembaga pengarah
syarikat kurangnya dua orang
pengarah menguruskan
syarikat.
Perlu ada perkataan Sdn Bhd Perkataan Berhad adalah
Pendaftaran adalah sebahagian daripada sebahagian daripada nama
syarikat syarikat
Tidak perlu melaporkan kepada Perlu mengumumkan laporan
Laporan prestasi
pemegang syer. kewangan kepada orang
syarikat
ramai.

1.3.1.3 Langkah penubuhan entiti perniagaan

Entiti Huraian Contoh


Pemilikan tunggal  Mesti didaftarkan dibawah Kedai Bunga Melati
Suruhanjaya Syarikat Malaysia Coffee Corner
 Membuat permohonan dengan Entreprise
menggunakan borang PNA
 Mendaftarkan nama perniagaan
dnegan menggunakan Borang A
 Perlu membayar yuran pendaftaran
 Mendapatkan sijil perakuan
pendaftaran (Borang D) dan
mempamerkannya

Perkongsian  Mesti didaftarkan dengan SSM  Klinik Lin dan


 Membuat permohonan dengan Chong wee
menggunakan Borang PNA 42  Peguambela &
 Membuat permohonan Peguamcara
mendaftarkan perniagaan dengan Misha&partners
menggunakan borang A dengan
menyatakan perkara-perkara yang
berikut dalam borang tersebut:
o Nama dan alamat ahli rakan
kongsi
o Tempoh perkongsian
o Sumbangan modal oleh
setiap rakan kongsi
o Nisbah pembahagian
untung
o Tanggungjawab dan kuasa
setiap rakan kongsi

Syarikat berhad ada  Ditubuhkan dibawah akta syarikat  Contoh syarikat sdn

Misha/smkk/2020 17
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

dua jenis: 1965 bhd – Coca Cola Sdn


1. Syarikat  Perlu didaftarkan di bawah SSM Bhd, Karangkraf Sdn
Sdn Bhd  Perlu membuat bayaran yuran Bhd.
2. Syarikat pendaftaran perniagaan yang
awam berasaskan modal dibenar
berhad  Membuat permohonan dengan
1. menggunakan Borang 13a
 Perlu mengemukakan beberapa
dokumen semasa pendaftaran iaitu:
o Tatawujud syarikat
dokumen penubuhan
syarikat
o Taturus syarikat, tentang
peraturan dan prosedur
pengurusan syarikat
o Borang 6 (perakuan
pematuhan)
o Borang 48A (akuan
berkanun perlantikan
pengarah/penaja)
o Borang 48F (perakuan
sebelum perlantikan
sebagai setiausaha)
 Serahan dokumen
 Mendapatkan dan mempamerkan
sijil perakuan pemerbadanan
Syarikat (Borang 9)

Syarikat awam  Langkah penubuhan adalah sama  Maybank Bhd


berhad dengan syarikat Sdn Bhd kecuali:  RHB Bank Bhd
o Tatawujud syarikat  Ajinomoto Bhd
pembatalan seksyen 15,  Kfc (M) Bhd
akta syarikat 1965  Telekom Bhd
o Mendapatkan kelulusan
suruhanjaya sekuriti
berkaitan prospektus dan
penyenaraian saham di
bursa saham
o Peruntukan borang
permohonan saham dan
prospektus
o Peruntukan saham akan
dibuat melalui cabutan jika
saham dipohon melebihi
jumlah yang ditawarkan
o Mendapatkan sijil perakuan
perniagaan oleh SSM.

Misha/smkk/2020 18
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Koperasi  Perlu didaftarkan dengan pendaftar  Koperasi guru-guru


koperasi atau suruhanjaya Koperasi Semenanjung
Malaysia  Koperasi Polis
 Perlu membentuk jawatankuasa Berhad
penaja yang terdiri sekurang-  Koperasi Peladang
kurangnya 10 orang dan Berhad
bertanggungjawab menyediakan
jenis aktiviti koperasi, minit
mesyuarat, mencari ahli sekurang-
kurangnya 100 orang
 Perlu mengadakan mesyurat agung
 Mohon pendaftaran koperasi kepada
pendaftar negeri
 Mendapatkan sijil perakuan

1.3.1.4 Kebaikan dan keburukan perniagaan pemilikan tunggal [kbat/kbkk]

Dimensi Kebaikan Dimensi Keburukan


Penubuhan Mudah ditubuhkan dimana Jangka Perniagaan jarang kekal
pemilik hanya perlu hayat lama jika pemilik meninggal
mendaftar dengan perniagaan dunia perniagaan mudah
Suruhanjaya Syarikat dibubarkan.
Malaysia tanpa melibatkan
dokumen yang banyak.
Modal Memerlukan modal yang Sukar Pernigaan tidak mampu
kecil sahaja. Senang berkembang berkembang dengan baik
diperolehi daripada saudara disebabkan kekurangan
mara, sahabat handai dan modal pertumbuhan.
simpanan sendiri.
Kawalan Bebas mengurus dan Kekurangan Kekurangan tenaga mahir
pengurusan mengawal serta membuat tenaga kerja dalam pengurusan
keputusan sendiri tanpa yg mahir perniagaan terutamanya
terikat dengan mana-mana dalam membuat keputusan.
pihak.
Keuntunga Untung milik sendiri tanpa Risiko Risiko liabiliti adalah tidak
n perlu dikongsi oleh pihak liabiliti terhad jika perniagaan
lain. tidak terhad mengalami kerugian.
Sebarang kerugian akan
melibatkan harta peribadi.
Cukai Tidak dikenakan cukai Cukai Semakin banyak untung
syarikat hanya dikenakan pendapatan semakin banyak cukai yang
cukai persendirian atau perorangan dikenakan ke atas pemilik
perorangan sahaja.

1.3.1.5 Syarat dalam Akta Perkongsian 1974 jika tiada perjanjian yang dibuat antara
rakan kongsi.
Misha/smkk/2020 19
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

1. Keuntungan dan kerugian dibahagikan sama rata.


2. Sebarang pertikaian dan salah faham perlu diselesaikan melalui undi majoriti.
3. Kemasukan rakan kongsi baru mesti mendapat persetujuan rakan kongsi yang
lain.
4. Pekongsi hendaklah menjalankan pengurusan perniagaan bersama-sama.
5. Gaji dan faedah atas modal tidak akan dibayar kepada rakan kongsi.
6. Pinjaman yang diberikan kepada rakan kongsi akan dikenakan faedah.

1.3.1.6 Kebaikan dan kelemahan perniagaan perkongsian

Bil Kebaikan Kelemahan


1 Modal mudah diperolehi dan Liabiliti tidak terhad bagi pekongsi biasa.
dikumpulkan mengikut jumlah rakan Ianya melibatkan harta peribadi jika
kongsi perniagaan mengalami kerugian.
2 Tanggung risiko secara bersama, Keterusan perniagaan tidak terjamin. Jika
sama ada risiko kerugian dan berlaku kepada salah seorang rakan
sebagainya. Beban risiko semakin kongsi meninggal dunia, gila atau muflis.
berkurangan.
3 Cukai perniagaan tidak dikenakan Perkongsian untung. Untung terpaksa
hanya dikenakan cukai perorangan dikongsi dengan orang lain mengikut
sahaja. perjanjian.
4 Pengkhususan dapat dilaksanakan Percanggahan pendapat sering berlaku.
pengurusan lebih cekap Perselisihan pendapat akan berlaku ini
menjejaskan perniagaan.
5 Perkongsian kemahiran dan Pembaziran sumber berlaku disebabkan
kepakaran yang berlainan. Kerja kepakaran dan kemahiran yang lebih
dilakukan mengikut kebolehan dan kurang sama.
kepakaran masing-masing dapat
meningkatkan produktiviti.

1.3.1.7 Kebaikan dan kelemahan Koperasi

Kebaikan Kelemahan
1. Mementingkan kebajikan sosial ahli. 1. Operasi kurang agresif kerana lebih
2. Tidak wujud monopoli kuasa. Semua mementingkan kebajikan ahli daripada
ahli berhak bersuara. keuntungan koperasi.
3. Beban cukai yang rendah. Hanya 2. Pengurusan kewangan terikat dengan
dikenakan cukai pendapatan akta dikawal oleh Jabatan
perorangan sahaja. Pembangunan Koperasi.
4. Modal saham boleh ditingkatkan dari 3. Sukar ditubuhkan kerana ia
masa ke semasa. memerlukan ahli sekurang-kurangnya
5. Pembahagian dividen yang sama rata. 100 orang ahli.
6. Kerjasama perpaduan dapat dibentuk. 4. Modal yang terhad kerana sumbangan
dari ahli yang kebanyakan
berpendapatan rendah.

1.3.1.8 Kebaikan dan kelemahan Syarikat

Kebaikan Kelemahan
Misha/smkk/2020 20
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

1. Mudah mendapat modal dari jualan 1. Beban cukai yang tinggi 28% daripada
syer syarikat. keuntungan syarikat.
2. Liabiliti terhad pada modal yang 2. Kawalan undang-undang dan
dilaburkan sahaja. Kerugian syarikat peraturan yang ketat mengikut Akta
tidak akan melibatkan harta peribadi. Syarikat 1965.
3. Perniagaan mampu berterusan dan 3. Pemisahan pemilikan dan pengurusan
tidak mudah dibubarkan. 4. Tiada rahsia bagi Syarikat Awam Bhd.
4. Pengkhususan dapat dilaksanakan Laporan kewangan bukanlah rahsia
dengan baik. lagi.
5. Pengurusan syarikat lebih cekap dan 5. Kesukaran memindahkan syer bagi
berkesan dengan mengupah pengurus Syarikat Sdn Bhd
yang profesional.

1.3.2 Aktiviti perniagaan

1. Aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran = aktiviti yang menghasilkan barangan


fizikal untuk dijual.

Bil Jenis Huraian Contoh


Aktiviti mengeluarkan hasil sumber  Industri perikanan
1 Ekstraktif bahan mentah dari alam semulajadi  Industri
perlombongan
Barangan Barang yang dibeli oleh pengguna  Kereta
2 konsumer/penggu akhir untuk kegunaan sendiri,  Rumah
na keluarga atau kegunaan organisasi.  Pisang goreng
 Perniagaan yang melibatkan  Pisang diproses dan
pembuat menjual barang / ditambah nilai
 keluarannya kepada pembuat / dijadikan kek untuk
 syarikat lain dan barangan dijual semula
tersebut diproses seterusnya/
3 Barangan industri  transformasi / tambah nilai bagi
dijual semula
 Barang yang dibeli oleh peniaga
untuk tujuan dijual semula
untuk menjadi barang siap/

Aktiviti untuk menghasilkan produk  Susu getah diproses


dengan memproses dan untuk dijadikan
menggunakan sumber-sumber sarung tangan.
4 Pembuatan
seperti bahan mentah, manusia,
mesin dan teknologi untuk
memenuhi kehendak pelanggan.
Aktiviti mencantum bahan-bahan  Pemasangan kereta
Pemasangan /
5 yang dihasilkan supaya membentuk proton di kilang
pembinaan
satu barang siap untuk dipasarkan siap untuk pasaran.
2. Aktiviti Perkhidmatan = merupakan produk yang tidak ketara menyumbangkan
kepakaran demi memenuhi kehendak pelanggan.
Misha/smkk/2020 21
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Jenis Huraian
Aktiviti menjual pelbagai jenis barang keperluan harian dalam
Runcit kuantiti yang kecil.
Cth: Kedai Runcit Sri Murni
Aktiviti perniagaan yang melibatkan pembelian barang dengan
kuantiti yang banyak/pukal oleh pemborong dan kemudian
Borong menjual semula kepada peruncit atau pelanggan dalam kuantiti
yang lebih kecil.
Cth : Pasaraya Borong Mydin
Aktiviti pembiayaan atau pinjaman oleh pihak-pihak pembiaya
untuk tujuan perniagaan ataupun persendirian.
Kewangan
Cth: Maybank, AgroBank, institusi kewangan kerajaan serta
badan-badan swasta dan badan berkanun.
Aktiviti yang menyediakan kepakaran dan kemahiran khusus yang
Profesional ditawarkan oleh sesebuah syarikat perniagaan.
Cth: perkhidmatan guaman, Syarikat Jurubina,
Aktiviti memindahkan barangan dari satu tempat ke tempat lain
Pengangkutan yang memerlukannya.
Contoh, lori, keretapi, kapal terbang dan lain-lain.
Aktiviti perniagaan yang menawarkan tempat penginapan,
makanan dan minuman, serta kemudahan rekrasi untuk
Perhotelan
pelancong.
Cth : Hotel Sri Malaysia, Hotel Hilton
Aktiviti perniagaan yang menawarkan pendidikan dan ilmu
Perkhidmatan pengetahuan kepada orang ramai.
pendidikan Seperti kolej ASA, pusat tuisyen Budi, pusat latihan teknikal dan
Universiti TAR College.
1.3.3 Sektor Perrniagaan
1.3.3.1 Perbezaan Diantara Sektor Awam, Swasta Dan Badan Berkanun

Dimensi Sektor awam Sektor swsta Badan berkanun


Konsep Merujuk kepada Merujuk kepada Perbadanan kerajaan yang
pembangunan yang syarikat tempatan atau ditubuhkan dibawah Akta
dijalankan oleh syarikat asing yang parlimen atau enakmen
kerajaan dijalankan dan dimiliki negeri dan mempunyai
secara persendirian entiti berasingan daripada
perkhidmatan awam
Tujuan Tujuan – Mendapat keuntungan Membantu kerajaan
melaksanakan maksimum melaksanakan dasar dan
dasar-dasar dan mengawal kegiatan
mengawal kegiatan ekonomi negara
ekonomi negara

1.3.3.2 Peranan Sektor Awam

Misha/smkk/2020 22
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Fungsi / Peranan agensi kerajaan kepada perniagaan – stpm 2008


1. Perniagaan dapat beroperasi secara sah melalui pendaftaran Suruhanjaya Syarikat
Malaysia.
2. Mendapat kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, perkhidmatan jalanraya
dan elektrik
3. Mendapat kawasan atau lokasi perniagaan yang bersesuaian.
4. Mendapat sumber pembiayaan atau kewangan perniagaan bagi mengembangkan
perniagaan.
5. Mendapat garis panduan menjalankan aktiviti perniagaan dengan bantuan agensi
MARA
6. Mendapat peluang perniagaan di luar negara seperti bantuan dari pihak agensi
MATRADE.
7. Mendapat faedah dari penyelidikan dan pembangunan produk seperti SIRIM.
8. Memberi khidmat nasihat/ bimbingan dan latihan seperti MARA.
9. Mendapat peluang perniagaan dalam negeri seperti bekalan, pembinaan dan
perkhidmatan.

Fungsi / Peranan sektor awam dalam pembangunan ekonomi negara

Fakta Huraian Contoh


1. Melaksanakan Dasar fisikal dan dasar Kerajaan melaksanakan
dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi belanjawan kurangan iaitu
kewangan masalah inflasi dan deflasi meningkatkan perbelanjaan
kerajaan dan mengurangkan
cukai untuk mengatasi
kemelesetan ekonomi
Undang-undang Akta kawalan barangan dan
2. Menguatkuasaka
dikuatkuasakan untuk harga barang kawalan
n undang-undang
mengawal aktiviti sektor
swasta supaya selari dengan
matlamat kerajaan

3. Menawarkan Barangan dan perkhidmatan Perkhidmatan polis, hospital


barangan dan awam disediakan untuk dan sebagainya.
perkhidmatan mengagihkan kekayaan
awam ekonomi setara
Cukai dikenakan keatas Cukai perkhidmatan
individu dan perniagaan Cukai syarikat
untuk mengagihkan kekayaan Cukai import
4. Mengenakan
ekonomi secara setara Tarif
cukai
Bertujuan untuk merapatkan Cukai perorangan
jurang perbezaan pendapatan
golongan kaya dan miskin
Projek yang dijalankan Pembinaan hospital, jalanraya
5. Menjalankan berisiko tinggi yang tidak dan empangan
projek berisiko mampu dilaksanakan oleh
tinggi sektor swasta.
Melibatkan kos yang tinggi.

Misha/smkk/2020 23
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

6. Memberi bantuan Bantuan berupa subsidi dan Agensi kerajaan serta


dan galakan pinjaman diberi kepada perbadanan yang memberi
untuk usahawan muda bantuan seperti agensi MARA
mempercepatkan Membantu usahawan dalam dan Perbadanan Nasional
perkembangan pengeluaran barangan atau Berhad.
ekonomi perkhidmatan

Fungsi / Peranan sektor awam dalam menjaga kebajikan masyarakat ialah:


1. Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti kemudahan pengangkutan, elektrik, air,
telekomunikasi, perkhidmatan keselamatan, kemudahan pendidikan, kemudahan
perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.
2. Mengamalkan monopoli semulajadi seperti melaksanakan projek berisiko atau projek yang
memerlukan modal dan kepakaran yang tinggi dan memastikan agar dapat menikmati
faedah skel ekonomi bidangan
3. Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar fiskal dan kewangan seperti menentukan kaedah
percukaian yang sesuai atau memberi bantuan subsidi dan pinjaman serta membentuk dasar
belanjawan yang fleksibel.
4. Penguatkuasaan undang-undang dan kawalan seperti mengawal dan memantau aktiviti
swasta dan menggubal akta dan peraturan
5. Mengeluarkan lesen dan mengenakan tindakan atau mendakwa mereka yang tidak
mematuhi peraturan undang-undang
6. Mewujudkan peluang pekerjaan sepeti mengurangkan kadar pengangguran dengan
meningkatkan taraf hidup rakyat dengan meningkatkan kuasa beli pengguna.

1.3.3.3 Fungsi / Peranan sektor swasta – stp’03/u15


Fakta Huraian Contoh
1. Mewujudkan Perniagaan yang dijalankan Pembinaan kilang
peluang memerlukan tenaga kerja yang industri kecil dan
perniagaan ramai sederhana membuka
Peluang pekerjaan dapat peluang pekerjaan
diwujudkan mengurangkan kadar kepada masyarakat
pengangguran. setempat.
2. Meningkatkan Dengan menjelaskan cukai syarikat Cukai import dan
pendapatan yang sepatutnya, kerajaan eksport, duti kastam dan
kerajaan mempunyai pendapatan yang lain-lain.
membolehkan pembangunan
negara dibuat.
3. Mengembangkan Industri huluan dapat mewujudkan Industri perabot telah
industri banyak, industri hiliran mewujudkan industri
sampingan rotan dan kayu jati serta
industri sampingan yang
lain.
4. Meningkatkan Perniagaan membantu Jalanraya, hospital, klinik
kemudahan awam mewujudkan kemudahan desa dan sekolah.
pengangkutan, perhubungan dan
kemudahan awam yang lain.
Cukai yang dibayar dapat memberi

Misha/smkk/2020 24
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

bantuan pembangunan kepada


masyarakat setempat.
5. Mewujudkan Mewujudkan bandar-bandar baru. Bandar Baru Bangi,
penempatan baru Aktiviti perniagaan dijalankan Bandar Tasik Permaisuri
dengan pesat.
6. Menawarkan Melalui persaingan antara Jualan perabot, pakaian
produk berkualiti perniagaan, pelanggan dapat dan kereta
dengan harga menikmati pelbagai jenis barang
berpatutan dan perkhidmatan yang berkualiti
dengan harga berpatutan.
Kehendak dan kepuasan pelanggan
dapat dipenuhi.

1.3.3.4 Peranan Badan Berkanun


Maksud : badan berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah
akta parlimen atau anakmen negeri, contohnya Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

Peranan badan berkanun ialah:


1. Melibatkan diri dalam bidang sosioekonomi yang tidak diceburi oleh sektor swasta.
2. Meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi melalui bantuan
kewangan.
3. Melibatkan diri dalam sektor industri berat yang tidak mampu dilaksanakan oleh sektor
swasta.
4. Membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan awam dan melaksanakan projek
kerajaan.
5. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan ciptaan baru yang
dapat memberi faedah kepada masyarakat.

1.3.4 Tahap Perniagaan

Misha/smkk/2020 25
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

1.Pengeluaran primer 2.Sekunder 3.Tertier


 Aktiviti ekonomi yang  Aktiviti ekonomi yang  Aktiviti perniagaan
mengeluarkan sumber menggunakan bahan mentah yang menghasilkan
semulajadi dari tempat asal yang dihasilkan oleh aktiviti produk tidak ketara
dan aktiviti menggunakan primer dan menukarkannya atau menyediakan
sumber tersebut dalam kepada bentuk lain seperti perkhidmatan.
bentuk asal barang siap atau separuh  Contoh
 Contoh aktiviti pertanian, siap perkhidmatan
perikanan, pembalakan dan  Contoh pemprosesan susu insurans,
perlombongan. getah kepada kepingan pelancongan,
getah dan tayar. pendidikan dan lain-
lain
4.Huluan 5.Hiliran
 Aktiviti perniagaan utama atau teras yang  Aktiviti perniagan yang terlibat selepas
diwujudkan oleh sesebuah organisasi. bahan mentah diperoleh daripada aktiviti
 Melibatkan pengeluaran bahan mentah dan perniagaan huluan.
berasaskan bahan mentah.  Contoh industri minyak perniagaan
 Contoh bagi industri minyak perniagaan hilirannya ialah minyak masak.
huluannya ialah memproses kelapa sawit.
6.Perniagaan domestik – stp07 7.Perniagaan Antarabangsa
 Aktiviti perniagaan yang dijalankan di dalam  Aktiviti perniagaan yang melibatkan
negara tanpa melibatkan sempadan dengan sempadan negara dengan negara lain.
negara lain.  Termasuk perniagaan import, eksport dan
 Melibatkan perniagaan runcit dan borong entreport.
 Menggunakan matawang yang sama  Melibatkan dokumen yang banyak
 Pasaran yang lebih sempit  Pasaran yang lebih luas
 Melibatkan dokumen yang sedikit  Melibatkan pertukaran matawang asing
 Contoh industri pertanian yang melibatkan  Contoh Malaysia mengeksport minyak
jualan buah-buahan tempatan kelapa sawit ke negara China.

I-THINK : PETA MINDA

1. Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan. [7]

Misha/smkk/2020 26
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

2. Galurkan langkah-langkah dalam proses perniagaan. [5]


3. Senaraikan lima faktor persekitaran tugas yang mempengaruhi perniagaan. [5]

4.
Jenis persekitaran
yang
mempengaruhi
sesebuah
perniagaan

ANALISA SOALAN STPM

STPM 2021/U2020

1. Huraikan peranan perniagaan terhadap:


(a) Pengguna [2]
(b) Masyarakat [2]
Misha/smkk/2020 27
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

(c) Ekonomi [2]

2. Nyatakan empat ciri koperasi. [4]

12. Jelaskan tanggungjawab perniagaan kepada lima pihak berkepentingan. [20]

STPM 2020/U19
1. Huraikan tiga kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. [6]
2. Berdasarkan rajah 1 di bawah, huraikan proses X, Y dan Z. [6]

X Proses Tambah Y
Nilai

Z Pemasaran

Rajah 1: Proses Perniagaan

12. Jelaskan lima faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan di Malaysia. [15]

STPM 2019/U2018
1. Jelaskan dua akitiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan. [6]
2. Huraikan tahap perniagaan dari perspektif yang berikut:
(a) Huluan dan hiliran [2]
(b) Domestik dan antarabangsa [2]

STPM 2018/ U2017


1. Nyatakan empat peranan peruncit kepada pengguna di kawasan yang berhampiran. [4]
2. Huraikan tiga faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan. [6]

STPM 2017/U2016
1. Berikan takrif barangan dan perkhidmatan beserta contoh. [4]
2. Nyatakan tiga ciri koperasi dan tiga ciri syarikat perkongsian. [6]

STPM 2016/U2015
1. Huraikan satu kepentingan untung kepada pemilik perniagaan dan satu kepentingan untung
kepada negara. [4]
2. Jelaskan dua langkah terakhir mengikut urutan dalam proses perniagaan bagi sebuah kilang
pembuatan basikal. [6]
3. Terangkan dua peranan sektor swasta kepada ekonomi di Malaysia. [6]
4. Jelaskan enam persekitaran tugas yang terlibat dalam perniagaan pembuatan roti. [18]

STPM 2015
1. Nyatakan tiga kebaikan perniagaan kepada masyarakat dan tiga kebaikan perniagaan kepada
negara. [6]
2. Huraikan persekitaran tugas yang berikut:
i. Pembiaya [2]
ii. Pelanggan [2]
3. Huraikan tiga sebab kilang pemprosesan kelapa sawit tidak sesuai dibina di kawasan
perumahan.
[6]
Misha/smkk/2020 28
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

4. Dengan bantuan gambarajah, jelaskan proses pengeluaran bagi pengeluaran perabot. [20]

STPM U2014
1. Takrifkan keuntungan dan berikan tiga kepentingannya kepada perniagaan. [4]
2. Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam proses pembuatan perabot. [6]
3. Huraikan tahap huluan dan tahap hiliran bagi pengeluaran sesuatu produk pengguna. [4]
4. Nyatakan enam pihak yang mempunyai hubungan langsung dengan operasi perniagaan dan
huraikan tanggungjawab perniagaan kepada pihak-pihak tersebut. [13]

STPM 2014 – SEM 1/STPM 2013-USEM1


1. Terangkan perbezaan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan.[6]
2. Nyatakan lima kekurangan perniagaan milikan tunggal. [5]

PA21/PTS
1. Round Table
2. Share Your View
3. Think Pair Share

SOALAN RAMALAN:
1. Lima faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan [20]
2. Berikan maksud untung dan nyatakan tiga kepentingan untung kepada negara. [6]
3. Jelaskan tiga langkah terakhir mengikut urutan dalam proses perniagaan bagi sebuah
kilang pembuatan basikal. [6]

3.0 PEMASARAN
3.1 Pendekatan Pemasaran
3.1.1 Orientasi Pengurusan Pemasaran
A. Definisi dan peranan pemasaran

Misha/smkk/2020 29
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan melaksanakan konsepsi
penentuan harga promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan berlaku pertukaran
yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi.

B. Konsep teras dalam pemasaran


Fakta Huraian Contoh
Keperluan Keperluan manusia yang terhasil secara Makanan, tempat tinggal
semula jadi dalam diri manusia yang boleh dan pakaian
dipengaruhi oleh aktiviti pemasaran.
Kehendak Keperluan manusia yang terbentuk oleh Kereta mewah, rumah
budaya dan personaliti seseorang individu besar dan barangan
mewah.
Permintaan Kehendak manusia tidak terhad tetapi Mendapatkan
kemampuan adalah terhad. Permintaan adalah perkhidmatan pendidikan
bergantung kepada kemampuan kewangan yang terbaik.
dan kuasa beli pengguna.
Produk Melibatkan barang yang nyata dan tidak nyata Kereta – barang nyata
yang bagi memenuhi keperluan dan kehendak Insurans – barang yang
pengguna. Barang yang tidak nyata lebih tidak nyata.
kepada perkhidmatan dan idea yang
ditawarkan oleh penjual kepada pengguna.
Pertukaran Tindakan atau langkah yang perlu dibuat oleh Pembelian kereta
pengguna untuk mendapatkan barang atau memerlukan sebahagian
produk. Proses pertukaran membolehkan bayaran wang
pemasar memindahkan barang kepada
pengguna terakhir.
Urusniaga Urusniaga yang melibatkan dua pihak untuk Harga RM1.50
mendapatkan sesuatu yang bernilai yang membolehkan pengguna
diperlukan oleh mereka. mendapatkan sebotol air
mineral.
Nilai Perbezaan antara faedah memiliki dan Tiket penerbangan MAS
menggunakan produk yang dibeli dengan kos kelas ekonomi berbeza
untuk mendapatkannya dengan kelas pertama
Pasaran Merupakan tempat pertemuan di antara Barang boleh ditawar di
penjual dan pembeli membuat pertukaran, pasar borong tapi tidak di
penawaran barangan dan produk pada harga pasaraya
dan masa yang telah dipersetujui

Kepentingan pemasaran:
1. Membantu perniagaan meningkatkan keuntungan
2. Memperluaskan syer pasaran produk serta mencapai kepimpinan pasaran terhadap produk
yang ditawarkan dalam pasaran
3. Boleh melakukan penjenamaan semula sesuatu produk
4. Memperkenalkan produk sedia ada dipasaran yang baharu.

3.1.2 Pendekatan Pemasaran Dan Proses Pemasaran *


Misha/smkk/2020 30
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

3.1.2.1 Pendekatan pemasaran – stp’09/


(a) Pendekatan pengeluaran
 Pengguna lebih menggemari dan akan memilih produk yang mudah diperoleh dan
murah
 Pengeluaran menekankan fungsi pengeluaran dan bukan pemasaran
 Pengeluar akan cuba berusaha mencapai kecekapan pengeluaran yang tinggi dan
mengurangkan kos pengeluaran agar harga jualan adalah rendah
 Produk mudah dibeli oleh pelanggan
 Cth : Barang keperluan asas seperti beras dan gula

(b) Pendekatan penjualan


 Pendekatan ini mengandaikan pengguna perlu dipujuk sebelum mebeli barang atau
produk
 Pengeluar perlu membuat promosi besar-besaran bagi menarik pengguna
 Cth : Promosi jualan digunakan bagi menjual produk yang tidak dicari seperti
ensaiklopedia, insurans dan sebaginya

(c) Pendekatan produk


 Pengguna lebih menggemari produk yang berkualiti baik, berprestasi tinggi dan
mempunyai ciri rupa yang inovatif
 Pengeluar memberikan tumpuan kepada penghasilan produk yang bermutu tinggi
serta penekanan ke arah kepada usaha pembetulan dan pembaikan produk yang
berterusan
 Pengeluar terlalu mementingkan kualiti dan prestasi produk yang dihasilkan
mungkin boleh
 mengabaikan keperluan atau masalah sebenar yang dihadapi oleh pengguna
 cth : Tempahan kereta yang memenuhi citarasa pengguna dan berkemampuan
membeli

(d) Pendekatan pemasaran moden


 Menekankan kepada usaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak dan
kepentingan pengguna
 Pengeluar menumpukan kepada pasaran pembeli iaitu menentukan keperluan dan
kehendak pengguna terlebih dahulu
 Kemudian aktiviti pemasaran, pengeluaran produk, pengedaran, penentuan harga
dan promosi akan dibentuk
 Cth : Strategi campuran digunakan bagi memasarkan kereta Proton kepada
pengguna

(e) Pendekatan pemasaran kemasyarakatan


 Menerangkan tugas pengeluar adalah menentukan keperluan serta memberi
kepuasan kepadapengguna di samping meningkatkan kesejahteraan kepada
pengguna
 Mengambil kira kehendak pengguna pada jangka masapendek dengan
kesejahteraan pengguna pada jangka masa panjang.
 Pengeluar perlu mematuhi soal etika dan sosial semasa membuat keputusan
pemasaran

Misha/smkk/2020 31
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

 Pengeluar mampu memaksimumkan keuntungan dengan menjaga kebajikan


pengguna dalam jangka masa panjang
 Cth : Kontraktor menjual rumah yang telah siap di bina kepada pengguna dengan
harga dan kualiti serta mengikut tempoh dalam perjanjian.

3.1.2.2 Proses Pemasaran (stpm 08/


Maksud : Merujuk kepada proses menilai peluang-peluang pemasaran, memilih
sasaran pasaran, membina campuran pemasaran dan mengurus usaha pemasaran.

(a) Menilai peluang- peluang pemasaran


- Melibatkan aktiviti penyelidikan pemasaran untuk mengumpulkan maklumat
tentang persekitaran pemasaran seperti demografi, ekonomi, sosial, budaya,
teknologi dan sebagainya yang akan mempengarui jualan atau saiz pasaran produk
dan keuntungan syarikat
- Cth : ekonomi yang stabil mempengaruhi pengguna membeli barang dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah perniagaan.

(b) Memilih sasaran pasaran


- Melibatkan aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan peletakan pasaran.
Peringkat ini amat penting dalam menentukan sejauh mana proses pemasaran yang
dijalankan dapat membantu organisasi mencapai keseluruhan objektif strategik.
- Cth : perniagaan menawarkan produk pakaian bayi di kawasan Taman seroja
memandangkan kawasan tersebut berdekatan dengan hospital.
(c) Membina campuran pemasaran
- Merujuk kepada gabungan elemen campuran pemasaran iaitu produk, harga,
promosi dan pengedaran bagi mempengaruhi permintaan produk
- Contoh : perniagaan menetapkan harga yang bersesuaian dengan produk yang
ditawarkan kepada pengguna.
(d) Mengurus usaha pemasaran
- Organisasi perlu mengawal sumber pemasaran, melaksanakan dan menyelaras
sumber pemasaran. Membentuk jabatan pemasaran dengan cekap dan
berkesan.
- Contoh :

3.1.3 Pendekatan Strategik – kk14


Maksud:
Satu proses pembentukan dan penyesuaian objektif serta kemampuan organisasi dengan
peluang pemasaran yang sering berubah.

3.1.3.1 Pendekatan Strategi Pemasaran:


A) Analisis Portfolio Perniagaan (Matriks BCG )(Stp 2017/
Matriks BCG atau mengikut Kumpulan Pakar Perunding Boston dibahagikan kepada 4
kuadran yang menunjukkan jenis unit perniagaan strategik yang berlainan.

Misha/smkk/2020 32
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Tinggi Bintang Tanda tanya

Kadar pertumbuhan
pasaran
Rendah Lembu kontan Anjing

Tinggi Rendah
Syer pasaran relatif

Rajah : Matriks BCG

Fakta Huraian
Bintang  Unit perniagaan strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan
pasaran dan syer pasaran relatif yang tinggi.
 Ianya memerlukan pelaburan yang besar untuk membiayai
pertumbuhan yang pesat dan mengatasi pesaing yang lain
Lembu kontan  Unit perniagaan strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan
pasaran yang rendah tetapi syer pasaran relatif yang tinggi.
 Lembu kontan menghasilkan tunai yang banyak untuk organisasi
supaya dapat menyokong unit perniagaan strategik yang lain.
 Jika lembu kontan mulai hilang syer pasaran relatif organisasi perlu
melabur wang yang lebih banyak bagi mengekalkan syer
pasarannya.
Tanda tanya  Unit perniagaan strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan
pasaran yang tinggi tetapi syerpasaran relatif yang rendah.
 Tanda tanya memerlukan tunai yang banyak untuk mengekalkan
kedudukannya dalam pasaran tersebut.
Anjing  Unit perniagaan strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan
pasaran dan syer pasaran relatif yang rendah.
 Anjing biasanya menjana keuntungan yang rendah atau mengalami
kerugian.
 Organisasi harus mempertimbangkan sama ada ia perlu
mengekalkan unit perniagaan tersebut ataupun tidak dengan alasan
baik

B) Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang Dan Ancaman (SWOT)- Stp 2007/


1. Analisis SWOT digunakan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
yang akan dihadapi oleh sesebuah perniagan
2. Analisis SWOT mengambil kira kekuatan dan kelemahan faktor dalaman perniagaan
manakala peluang dan ancaman dianggap sebagai faktor luaran kepada syarikat.
3. Tujuan utama SWOT ialah untuk mengambil kesempatan daripadakekuatan syarikat dan
meminimumkan kelemahannya dan cuba mengelak ancaman yang akan dihadapi oleh
perniagaan

Fakta Huraian Contoh


Kekuatan Pihak pengurusan perlu menilai  Kekuatan syarikat adalah seperti
Misha/smkk/2020 33
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

kekuatan syarikat dan diberi jenama produk yang telah lama


tumpuan terlebih dahulu dikenali oleh pengguna,
 modal syarikat yang banyak, syer
pasaran yang kuat,
 produk yang inovatif,
 kualiti produk yang baik,
 hubungan baik dengan pembekal
dan
 saluran pengedaran yang cekap
Kelemahan Merupakan faktor dalaman  Jenama yang kurang dikenali,
yang boleh menjejaskan  Modal yang terhad
perkembangan syarikat.  Masalah syer pasaran yang kecil
 Kos pengeluaran yang tinggi
 Produk kurang berkualiti
 Imej syarikat lemah
 Lokasi perniagaan yang tidak
strategik
Peluang Perlu mengenalpasti peluang  Mencari segmen pasaran baru
yang wujud di persekitaran  Membentuk strategi pemasaran yang
perniagaan. cekap seperti pemasaran melalui
internet
 Melihat kelemahan pesaing
Ancaman Mengesan pelbagai ancaman  Kemasukan pesaing baharu
yang akan dialami oleh syarikat.  Pengenalan produk baharu yang
inovatif oleh pesaing
 Persaingan harga dengan pesaing
 Peningkatan cukai terhadap produk
syarikat

KEKUATAN KELEMAHAN
Faktor
dalam

(S) (W)
an

PELUANG ANCAMAN
Faktor
luaran

(O) (T)

Rajah analisis SWOT

3.1.3.2 Strategi Dan Objektif Pemasaran – Stpm 14/KK14

Fakta Huraian Contoh


Penembusan  Memberikan tumpuan kepada penjualan  Produk kamera yang
pasaran produk sedia ada ke pasaran yang sedia berfungsi sebagai smart
ada camera menjadi tumpuan
 Tujuan penembusan pasaran adalah kepada pengguna dan
untuk: dapat mengekalkan jenama
1. Mengekalkan atau produk dalam pasaran

Misha/smkk/2020 34
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

meningkatkan bahagian
pasaran produk semasa dengan
menggunakan strategi harga,
saluran pengedaran
pengiklanan dan promosi jualan
2. Menguasai pasaran
pertumbuhan
3. Menstruktur pasaran matang
Pembangunan  Merujuk kepada suatu strategi  Samsung memperkenalkan
pasaran pertumbuhan dengan perniagaan Galaxy 12 yang dapat
bertujuan untuk menjual produk yang menarik minat pengguna
sedia ada ke dalam pasaran baru. dan meningkatkan pasaran
 Strategi boleh dilakukan dengan
mengubah dimensi produk atau
pembungkusan baru, mencari saluran
pengedaran baru, dasar perbezaan
harga bagi menarik pelanggan yang
berbeza dan
 mewujudkan segmen pasaran baru.
Pembangunan  Merujuk kepada strategi pertumbuhan  Produk Shamppo keluaran
produk perniagaan yang bertujuan untuk Unilever dipasarkan di
memperkenalkan produk baru kepada seluruh negara Asia bagi
pasaran sedia ada meluaskan pasaran dan
 Dengan cara mengubah suai proudk meningkatkan pengeluaran
atau menghasilkan prouk baru bagi produk
menarik pelanggan dalam pasaran sedia
ada
Pempelbagaian  Bermaksud strategi pertumbuhan  Syarikat Sani Ekspress
perniagaan yang bertujuan untuk cuba menceburkan diri
memasarkan produk baru dalam dalam bidang perhotelan
pasaran baru yang sebelum ini dikenali
 Strategi yang berisiko kerana sebagai syarikat
perniagaan mempunyai sedikit atau Pengangkutan pantai timur
tiada pengalaman langsung yang terkemuka di
Malaysia.

3.1.3.3 Sasaran Pasaran dan campuran pemasaran serta pelaksanaan dan penilaian
1. Sasaran pasaran
- Merujuk kepada sekumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan
kehendak yang sama dan akan dijadikan oleh pemasar untuk memasarkan
produk kepada mereka

2. Campuran pemasaran
- Campuran pemasaran melibatkan konsep 4p iaitu produk, penetapan harga,
pengedaran dan promosi
- Gabungan 4p digunakan dalam meningkatkan permintaan dan pengeluaran bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

Misha/smkk/2020 35
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

3. Pelaksanaan
- Melibatkan aktiviti menggunakan strategi pemasaran secara berterusan dengan
berkesan oleh jabatan pemasaran organisasi bagi mencapai objektif pemasaran.

4. Penilaian
- Merupakan kawalan pemasaran yang melibatkan proses pengukuran dan
penilaian keputusan strategi pemasaran dan kemudian mengambil tindakan
pembetulan demi memastikan objektif pemasaran organisasi dapat dicapai.

3.2 Gelagat pengguna


3.2.1 Model gelagat pengguna (stpm 2018/u17,
Maksud : Merujuk kepada proses yang dilalui oleh pengguna dalam membuat keputusan belian,
menggunakan dan melupuskan barangan yang dibeli juga faktor-faktor yang mempengaruhi
keputusan belian dan penggunaan produk.

Rangsangan
Rangsangan pemasaran Rangsangan persekitaran
Produk Ekonomi
Pengedaran Budaya
Penetapan harga Teknologi
promosi Politik

Kotak hitam pembeli


Proses keputusan pembelian

Respons pembeli

Misha/smkk/2020 36
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Pilihan produk
Pilihan jenama
Pilihan pengeluar
Masa pembelian
Jumlah pembelian

Rajah : Model Gelagat Pengguna

A. Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna / gelagat pembelian pengguna – *Stp

Faktor budaya Huraian Contoh


Budaya  Nilai asas kehidupan berasaskan kepada  Masyarakat melayu
perkongsian makna, adat dan tradisi dalam lebih suka memilih
kalangan masyarakat makanan yang pedas
 Ianya mempengaruhi sikap, kepercayaan, berbanding dengan
kehendak dan keutamaan terhadap sesuatu masyarakat cina yang
idea, aktiviti dan produk. gemar masakan sup
Faktor sosial  Merujuk taraf sosial yang menentukan  Ahli keluarga dan
bagaimana individu atau kumpulan diiktiraf status sosial
dalam sesuatu masyarakat.
Individu  Faktor demografi seperti umur, pendidikan,  Warga tua lebih selesa
bangsa, jantina, saiz keluarga memakai pakaian yang
sopan berbanding
golongan remaja
Psikologi  Mempengaruhi pembelian pengguna dari  Dari segi pembelian
aspek motivasi, persepsi, personaliti, sikap, pengguna memenuhi
pembelajaran atau pengalaman keperluan fisiologi
dahulu sebelum
membeli barang lain.
Situasi  Dikenali juga sebagai faktor persekitaran  Pengguna membeli
yang menentukan keputusan dan corak lebih banyak pada
pembelian pengguna musim perayaan
 Contoh pembelian mengikut musim berbanding pada hari
perayaan, cuti sekolah, pembelian di kebiasaan
kompleks beli belah adalah berbeza dengan
pasar raya biasa.
Kumpulan  Kumpulan individu yang membentuk sikap.  Pengguna membeli
rujukan Tingkah laku dan gaya hidup seseorang raket badminton yang
misalnya ahli politik, ahli sukan dan artis dan sama seperti Dato’ Lee
sebagainya Chong wei
 Pengguna akan terikut dengan gaya
kumpulan tersebut
Keluarga  Ahli keluarga mempunyai pengaruh yang  Pengeluar
kuat terhadap corak pembelian keuarga menawarkan produk
 Pengeluar perlu memahami corak pembelian mengikut keperluan
pengaruh suami, isteri dan anak-anak serta kitaran hayat
kitaran hayat keluarga yang merujuk kepada keluarga. Contoh ibu

Misha/smkk/2020 37
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

tahap bujang, perkahwinan, kelahiran anak yang baru melahirkan


dan membesarkan anak. anak keperluan
terhadap produk ibu
dan bayi.

3.2.2 Jenis –jenis keputusan pembelian


1. Proses pembelian produk pengguna
2. Proses pembelian produk baharu
3. Proses pembelian produk industri

A. Proses Pembelian Produk Pengguna – Stp 04 S2c. – Kajian Kes Keperluan Kereta Kecil
Fakta Huraian
i. Mengenalpasti  Proses pembelian konsumer bermula bila pengguna menyedari
keperluan akan keperluan sebuah kereta untuk menghantar anaknya ke
sekolah.
 Ada perbezaan keinginan dengan keperluan
 Faktor luaran mempengaruhi pengguna memenuhi keperluan
ii. Mencari  Pengguna perlu mencari maklumat berkenaan dengan harga,
maklumat bentuk, saiz dan kelebihan.
 Maklumat boleh diperolehi dari sumber dalaman atau luaran. Juga
dari sumber komersial, peribadi dan awam.
iii. Menilai alternatif  Pengguna perlu menilai alternatif setelah mendapat maklumat yang
cukup.
 Beberapa alternatif perlu dibentuk
 Untuk menilai produk tersebut
 Adalah perlu bagi menentukan keputusan pengguna untuk memilih
barang tersebut ataupun tidak.
iv. Membuat  Selepas penilaian pengguna akan memilih sama ada membeli
keputusan ataupun tidak bergantung kepada alternatif yang dibuat.
 Jika keperluan kereta tersebut adalah perlu maka pengguna akan
memutuskan untuk membeli.
 Jika alternatif kereta tersebut adalah mahal maka pengguna
mungkin menolak untuk membuat pembelian.
v. Gelagat selepas  Merujuk kepada langkah-langkah selepas pembelian.
belian.  Pengguna memilih perkhidmatan selepas jualan seperti kemudahan
servis kereta dan jaminan pembelian kereta daripada pembelian
tersebut.
 Pemasar akan menggunakan perkhidmatan selepas jualan bagi
memastikan pengguna senang hati dan memenuhi keperluan
pelanggan.

B. Proses pembelian produk baharu


Fakta Huraian
1. Menyedari  Pengguna sedar tentang wujudnya produk baru.
 Dan tidak mempunyai maklumat yang cukup seperti siapa
pengeluarnya, harga dan tempatnya.
Misha/smkk/2020 38
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

2. Meminati  Pengguna mencari maklumat tentang produk melalui sumber


peribadi, komersial dan pengalaman.
3. Menilai  Membuat pertimbangan sama ada hendak mencuba produk
tersebut ataupun tidak.
4. Mencuba  Mencuba produk tersebut sebelum membuat keputusan
membelinya
5. Menerima/  Pengguna akan membeli produk tersebut jika berpuas hati dan
menolak sebaliknya.

C. Proses pembelian produk industri


Fakta Huraian
1. Mengenalpasti  Kehendak dan keperluan timbul akibat dari faktor dalaman dan juga
masalah dan luaran.
keperluan  Pengguna sedar perbezaan keperluan dan keinginan.
2. Mengenalpasti  Pihak pengurusan akan menentukan ciri atau kriteria produk industri
keperluan organisasi yang diperlukan dengan membuat spesifikasi produk seperti harga,
kuantiti, kualiti, ciri, jenama dan sebagainya.
3. Menentukan spesifikai  Pihak pengurusan akan mencari maklumat tentang produk industri
produk yang dapat memenuhi spesifikasi yang dikehendaki dan kemudian
membuka tender dan menilai alternatif pembekal yang terbaik
4. Mencari pembekal  Pihak pengurusan akan mencari pembekal yang dapat memenuhi
spesifikasi yang dikehendaki. Pembekal yang layak memberi harga yang
berpatutan dan jadual penghantaran reputasi pembekal dan
perkhidmatan yang dibekalkan.
5. Membuka tender  Pihak pengurusan membuka tender kepada semua pembekal yang layak
dan yang terbaik akan dipilih oleh pihak syarikat.
6. Memilih pembekal  Pihak pengurusan akan memilih pembekal yang mampu memberi
harga, produk dan mengikut syarat pengurusan dengan baik
7. Memesan produk  Pihak pengurusan akan mula berunding dengan pihak pembekal bagi
mendapatkan bekalan produk yang dikehendaki mengikut harga,
kuantiti dan kualiti, mengikut jadual dan syarat pembayaran.
8. Menilai prestasi  pihak pengurusan akan mula menilai keberkesanan pembekal dalam
pembekal membantu proses pengeluaran syarikat.
 Pihak pengurusan perlu membuat keputusan sama ada meneruskan
hubungan dengan pembekal bagi operasi pengeluaran seterusnya
ataupun tidak.

3.3 Penyelidikan Pemasaran


A. Maksud penyelidikan pemasaran
Maksud : merupakan satu proses mereka bentuk mengumpul, menganalisis dan
melaporkan data yang relevan secara sistematik tentang situasi pemasaran spesifik yang
dihadapi oleh organisasi.

B. Kepentingan penyelidikan pemasaran

Misha/smkk/2020 39
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

1. mendapat maklumat perubahan citarasa pengguna


2. mengatur strategi pemasaran yang lebih berkesan
3. meluaskan pasaran/ meningkatkan jualan dan keuntungan
4. mengenal pasti pengguna baru dan mengekalkan pengguna sedia ada
5. mengatasi persaaingan.

C. Langkah-langkah penyelidikan pemasaran


Fakta Huraian
A. Mengenal pasti masalah dan  Penyelidik akan mengenalpasti dan mengkaji secara
menetapkan objektif terperinci masalah pemasaran yang wujud dalam
penyelidikan organisasi atau persekitaran.
 Masalah tersebut akan diterjemahkan kepada objektif
yang spesifik
B. Membentuk rancangan  seperti jenis maklumat yang diperlukan, sumber
penyelidikan maklumat, tempoh pengumpulan maklumat, kos yang
terlibat, serta kaedah pengumpulan dan penganalisaan
maklumat.
C. Melaksanakan penyelidikan  Data yang dikumpul harus relevan, tepat, diterima umum
dan menganalisis data dan tidak bersifat berat sebelah.
 Analisis data boleh dibuat dalam bentuk kuantitatif
ataupun kualitatif
 Data diproses membantu syarikat membuat keputusan
yang lebih tepat
D. Menginterprestasikan dan  Penyelidik akan mentafsir, merumus dan melaporkan
melapor penemuan hasil penyelidikan pemasaran kepada pengurusan
organisasi dalam bentuk yang boleh difahami bagi
membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan.

3.4 Segmentasi
Maksud segmentasi ialah satu proses mengenalpasti segmen pasaran, memilih satu atau
lebih segmen pasaran, serta membangunkan produk dan campuran pemasaran yang khusus
untuk setiap segmen tersebut.

3.4.1 Segmentasi Pasaran


A. Maksud
Segmentasi pasaran ialah proses membahagikan pasaran yang besar kepada segmen
pasaran atau kumpulan pengguna yang lebih kecil mengikut keperluan, lokasi,
pendapatan atau gelagat pembelian.

B. Asas-asas segmentasi pasaran ialah :

Fakta Huraian

Misha/smkk/2020 40
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

1. Geografi  Melibatkan faktor muka bumi, cuaca, iklim, bandar, desa dan lain-lain.
 Ia mempengaruhi bidang pekerjaan, tahap kemudahan sedia ada dan tahap
pendapatan di kawasan yang berlainan.
 Contoh : cuaca iklum yang sejuk di negara Eropah menyebabkan pengguna
memilih baju sejuk pada musim tersebut.

2. Demografi  Melibatkan umur, jantina, agama, bangsa, pendidikan, taraf perkahwinan dan
lain-lain.
 Ia mempengaruhi keperluan, kadar penggunaan dan gelagat pembelian
seseorang.
 Umur – melibatkan usia pengguna sama ada kanak-kanak, bayi, remaja, belia,
dewasa dan warga emas.
 Contoh : Bayi amat memerlukan pampers dan permintaan semakin tinggi
apabila warga tua juga mula membuat permintaan terhadap produk pampers

3. Psikografi  Melibatkan kelas sosial, gaya hidup dan personaliti. Ia mempengaruhi


keperluan, kadar penggunaaan dan gelagat pembelian.
 Kelas sosial – merangkumi gaya hidup golongan kelas bawahan, pertengahan
dan atasan.
 Contohnya : golongan pertengahan lebih gemar memiliki kenderaan
sederhana berbanding kelas atasan yang gemar mendapatkan kereta mewah.
4. Gelagat  Melibatkan pengetahuan, sikap dan tindak balas seseorang terhadap sesuatu
pengguna keluaran.
 Gelagat boleh dilihat melalui kelakuan pengguna dengan kekerapan
menggunakan produk atau berlaku pengulangan pembelian produk.
 Contoh : pengguna yang setia terhadap jenama tertentu. Contoh golongan
wanita amat peka pada jenama pakaian yang digemari mengikut keselesaan
dan citarasa.
5. Faedah /  Penekanan kepada faedah yang boleh dinikmati pengguna apabila
manfaat menggunakan sesuatu produk.
produk  Contohnya penggunaan shampoo bukan sahaja melembutkan rambut malah
merapikan rambut.

3.4.2 Sasaran Pasaran ( Penyasaran pasaran)


Maksud : merupakan kumpulan pengguna sedia ada atau bakal pengguna yang disasarkan
untuk membeli produk yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan.

Ada empat strategi yang digunakan iaitu:


1. Pemasaran tidak dibezakan
- Produk yang sama dipasarkan kepada semua segmen pasaran dengan
menggunakan strategi pemasaran yang sama.
- Strategi pemasaran massa secara menyeluruh.
- Menggunakan strategi campuran pemasaran yang sama seperti produk, promosi,
pengedaran dan penentuan harga yang sama.
- Minuman pepsi yang menggunakan strategi pemasaran yang sama

2. Pemasaran tertumpu
Misha/smkk/2020 41
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

-
Hanya satu segmen pasaran dipilih.
-
Pemasaran yang terhad, satu atau dua segmen yang dipilih
-
Menggunakan strategi pemasaran yang sama bagi segmen yang dipilih.
-
Cth : Kereta porche yang menggunakan strategi kepada golongan yang
berpendapatan tinggi
3. Pemasaran dibeza
- Menentukan beberapa segmen yang dipilih
- Menggunakan strategi campuran pemasaran yang berbeza bagi setiap pasaran
- Kereta perdana kepada golongan pendapatan tinggi, kereta wira golongan
berpendapatan sederhana tinggi dan kereta kancil untuk golongan berpendapatan
sederhana

4. Pemasaran mikro
- Satu segmen pasaran yang spesifik dipilih.
- Merupakan satu amalan sasaran pasaran yang menyesuaikan produk serta
rancangan pemasaran untuk memenuhi cita rasa pengguna atau lokasi yang
spesifik.
- Jenis pemasaran mikro ada 2 iaitu:
i. Pemasaran individu – aktiviti pemasaran yang akan menyesuaikan
produk dan rancangan pemasaran mengikut keperluan dan
citarasa pengguna secara individu. Contohnya perniagaan tukang
kasut, tukang emas yang mengeluarkan produk mengikut citarasa
pengguna.
ii. pemasaran tempatan – melibatkan penyesuaian jenama dan
promosi untuk memenuhi keperluan dan kehendak kumpulan
pengguna tempatan seperti bandar, kawasan perumahan atau
kedai yang tertentu.

3.4.3 Perletakan Pasaran – Stpm 2005 S2b


1. Definisi : merujuk kepada proses membentuk segmen yang berasingan bagi sesuatu
produk dan membentuk campuran pemasaran yang teliti. Ianya mengandaikan
pengguna membandingkan ciri-ciri utama produk sesebuah syarikat dengan produk
pesaing.

2. Peranan Perletakan Pasaran


1. Mendefinisikan produk kepada penggguna.
2. Membantu pengguna mengingati produk yang berada di pasaran.
3. Menyampaikan ciri-ciri produk yang relevan kepada pengguna.
3. Proses Peletakan Pasaran
Fakta Huraian Contoh
Menentukan pasaran  Pasaran sasaran terdiri daripada Misalnya pasaran kereta
sasaran sekumpulan pengguna yang Proton menarik pengguna
mempunyai ciri-ciri dan keperluan yang berpendapatan
yang sama yang ingin disasarkan oleh rendah dan sederhana
pengeluar dengan menggunakan
 Pengeluar menilai pelbagai segmen strategi pemasaran bagi
dalam pasaran tertentu memasuki pasaran kereta.

Misha/smkk/2020 42
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

 Pengeluar akan mengenalpasti dan


memilih segmen pasaran yang akan
ditembusi
Menyesuaikan  Pengeluar berusaha mengetahui dan Kereta PROTON akan
produk dengan memahami kehendak dan keperluan menyediakan pelbagai
pasaran pengguna apabila melakukan reka bentuk dan ciri-ciri
pembelian. bagi memenuhi kehendak
 Pengeluar mengeluarkan produk yang pengguna seperti warna,
bersesuaian dengan cita rasa pengguna keselamatan, aksesori dan
yang berada dalam pasaran harga yang berpatutan.
Mengkomunikasikan  Pengeluar akan memperkenalkan Ciri-ciri produk seperti
ciri-ciri produk produk yang ditawarkan kepada rekabentuk, warna, fungsi
pengguna di pasaran sasaran dan sebagainya akan
 Produk diperkenalkan melalui dimaklumkan kepada
komunikasi pemasaran seperti pengguna bagi menarik
pengiklanan, promosi jualan dan jualan minat pengguna
bersemuka bagi menyedarkan wujud melakukan pembelian.
produk baru kepada pengguna

 Strategi Peletakan Pasaran


1. Atribut produk
- Peletakan produk berdasarkan ciri-ciri istimewa produk yang tidak ada
pada produk lain
- Minyak rambut yang bukan sahaja dapat merapikan rambut malah
menghitamkan rambut.
2. Manfaat
- Produk pengeluar menawarkan faedah atau nilai terbaik yang dapat
menarik minat pengguna
- Kereta Viva Perodua bukan sahaja mampu milik malah dapat menjimatkan
penggunaan minyak petrol
3. Kekerapan penggunaan
- Kekerapan penggunaan produk dalam pasaran bergantung kepada jenis
produk yang ditawarkan dan diperlukan oleh pengguna.
- Barang keperluan harian dan barang penjagaan diri banyak digunakan oleh
pengguna.
4. Pengguna
- Merujuk kepadapihak yang membeli produk yang dikeluarkan oleh
pemasar dalam sesuatu pasaran yang telah dipilih.
- Pengguna akan memilih produk berdasarkan ciri-ciri produk yang
bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pengguna.
- Restoran Mc Donalds menjadi tumpuan remaja dan golongan belia kerana
makanan yang menepati cita rasa mereka.
5. Klasifikasi produk
- Produk pengguna boleh diklasifikasikan kepada produk mudah beli,
barangan istimewa, dan barangan tidak dicari.
- Kategori produk tersebut mempunyai aras permintaan yang berbeza dan
strategi pemasaran yang berbeza.

Misha/smkk/2020 43
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

- Bagi barang mudah beli pemasar perlu mencari kelebihan produknya dari
segi jenama berbanding dengan pesaing. Contohnya ubat gigi colgate
dengan ubat gigi Darlie.

3.4.4 Perbezaan Segmentasi, Sasaran, Peletakan Pasaran – Stp’14


Aspek Segmentasi pasaran Sasaran pasaran Peletakan pasaran
Konsep  Pembahagian pasaran  Penyasaran dibuat  Persepsi pengguna
yang besar dan selepas pemetakan terhadap sesuatu
hetergen kepada pasaran dibuat produk berbanding
pasaran yang lebih  Membuka peluang dengan produk
kecil berdasarkan kepada syarikat untuk pesaing
kepada keperluan yang memasarkan barangan
sama dan tawaran atau produk kepada
yang terdapat dalam bakal-bakal pengguna
sesuatu campuran yang dikenalpasti.
pemasaran.
 Ia di lakukan sebelum
penyasaran pasaran
dibuat.
Langkah  Mengenal pasti asas  Mengenal pasti  Mengenalpsti
pelaksanaan segmentasi untuk strategi pengukuran strategi perletakan
pasaran daya tarikan untuk untuk segmen
 Membangunkan profil segmen pasaran pasaran
segmen pasaran  Memilih segmen  Membentuk suatu
sasaran campuran
pemasaran untuk
setiap segmen
pasaran.
Asas/  Geografi  Pemasaran tidak  Atribut produk
strategi  Demografi dibezakan  Manfaat
 Psikografi  Pemasaran dibezakan  Kekerapan
 Gelagat pengguna  Pemasaran tertumpu  Pengguna
 Manfaat produk  Pemasran mikro  Klasifikasi produk
 Harga dan kualiti
Kepentinga  Meningkatkan  Memilih segmen  Mempengaruhi
n kecekapan pemasaran pasaran yang paling persepsi pengguna,
dengan memfokuskan menguntungkan jangkaan, nilai dan
aktiviti pemasaran  Mengelakkan diri faedah yang sanggup
kepada kumpulan daripada segmen dibayar oleh mereka
pengguna tertentu pasaran yang tidak demi memperoleh
 Menghadapi sebarang berpotensi dan penuh produk pengeluar
perubahan dalam dengan persaingan  Membentuk suatu
permintaan pasaran  Menilai potensi strategi pemasaran
dengan lebih permintaan produk yang kompetitif demi
berkeyakinan dan mengenalpasti mengatasi pesaing
 Memaksimumkan produk pesaing dalam lain dalam pasaran
penggunaan sumber segmen pasaran  Meningkatkan
Misha/smkk/2020 44
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

pemasaran yang kelebihan daya saing


terhad dan pengeluar semasa
memastikan dan masa depan
peruntukan sumber dalam pelbagai aspek
dengan lebih cekap pemasaran
dan berkesan

3.5 Campuran Pemasaran – Stp2000/2006/2007


Maksud campuran pemasaran ialah kombinasi pemboleh ubah pemasaran yang meliputi produk,
harga, pengedaran dan promosi yang boleh dikawal oleh pemasar untuk digunakan sebagai alat
dalam perancangan taktikal pemasaran.

3.5.1 Produk

Fakta Huraian
Maksud produk  Sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk pembelian dan
penggunaan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Contoh
produk fizikal, produk perkhidmatan, idea, informasi, orang, organisasi dan
tempat.
Ciri-ciri  Produk ketara – produk yang boleh dilihat seperti warna, saiz, berat serta
harga. Contoh kereta.
 Produk tidak ketara – tidak boleh dilihat seperti kepuasan, kecekapan,
keberkesanan dan penyelesaian. Contoh – perkhidmatan gunting rambut.
Tiga komponen  Produk teras – meliputi semua faedah yang ingin didapati daripada pembelian
produk sesuatu produk.
 Produk ketara – produk sebenar merangkumi semua sistem yang terdapat pada
produk tersebut.
 Produk sampingan/tambahan – faedah-faedah tambahan yang diperlukan oleh
pengguna termasuk jenama, layanan jurujual dan perkhidmatan selepas jualan.
Jenis-jenis produk  Produk pengguna – produk yang dibeli oleh individu atau isi rumah untuk
kegunaan peribadi atau sendiri.
 Produk perniagaan/industri – produk yang dibeli oleh konsumer perniagaan
untuk tujuan digunakan dalam operasi syarikat, pengeluaran barangan lain
atau untuk dijual semula kepada pihak lain.

A. Perbandingan produk fizikal dan produk perkhidmatan

Dimensi/ciri-ciri Produk fizikal Produk perkhidmatan


Ketaraan Ketara – boleh dilihat dan boleh Tidak boleh disentuh dan tidak ketara,
disentuh, dirasa dan dihidu tidak boleh dilihat, dihidu dan dirasa
Simpanan Boleh disimpan Tidak boleh disimpan
Boleh diasingkan Boleh dipisahkan antara Tidak boleh dipisahkan antara penyedia
penyedia dengan penerima dengan penerima
Kepelbagaian Pengeluaran produk serupa dan Pengeluaran servis tidak sama
seragam bergantung kepada orang yang

Misha/smkk/2020 45
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

memberikan servis, perasaan pemberi


servis dan masa servis.
Contoh Produk ketara seperti buku, Pendidikan, perkhidmatan insurans,
kereta, kamera, beg, kasut dan perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan
sebagainya penerbangan, perkhidmatan kecantikan
dan sebagainya.

B. Ciri-Ciri Produk/Tahap Produk:

Fakta Huraian Contoh


Produk teras Faedah utama atau kepuasan yang Pengguna yang membeli kamera
diperoleh oleh pengguna daripada bagi mendapatkan gambar
pembelian dan penggunaan sesuatu
produk atau tujuan utama pembelian
Produk sebenar Ciri-ciri yang dimiliki oleh produk Jenama yang menjadi tumpuan
untuk menyokong faedah utama seperti pembeli bagi kamera ialah Canon
reka bentuk, kualiti, jenama dan atau Nikon
pembungkusan
Produk tambahan Produk sampingan merujuk kepada Perkhidmatan selepas jualan,
faedah tambahan yang diperoleh oleh pemasangan dan waranti bagi
pengguna selepas pembelian dan kamera.
penggunaan sesuatu produk

C. Klasifikasi produk – stp 2006,2011


1. Produk Pengguna:
Produk mudah Produk beli Produk Produk tidak
Fakta
beli belah istimewa dicari
Kelakuan pembeli Jenis produk yang Jenis produk yang Pengguna Pengguna tidak
salalu dibeli oleh tidak selalu dibeli mengutamakan tahu atau
pengguna dengan oleh pengguna jenama sudah tahu
melakukan dan perancangan perbandingan produk jenis ini
pembelian serta perlu dibuat harga dan mutu tidak
merta tanpa dahulu dengan tidak dibuat merancang
membuat membandingkan tetapi ada usaha untuk membeli.
perbandingan harga dan mutu untuk
harga dan mutu produk. mendapatkan
produk adalah produk.
sama.
Harga Murah Sederhana mahal Mahal Berbeza
mengikut
produk
Pengedaran Secara intensif di Secara selektif di Secara selektif di Strategi
merata-rata tempat terpilih tempat khusus pengedaran
tempat berbeza
mengikut
produk
Promosi Pengiklanan dan Pengiklanan Pengiklanan Pengiklanan
Misha/smkk/2020 46
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

promosi jualan jualan peribadi yang agresif


dan promosi dan jualan
jualan peribadi
Contoh Ubat gigi, berus Kereta, rumah, Jam rolex, kereta Insurans,
gigi dan minyak mewah, kapal pendidikan,
masak terbang mewah komputer
peribadi

2. Produk Perindustriaan

Fakta Huraian Contoh


Bahan dan bahagian  Komponen utama dalam Sumber asli bahan mentah dari
pengeluaran produk. perut bumi seperti arang batu,
 Terbahagi kepada sumber berlian, emas dan bijih timah
asli dari bahan galian dan Manakala hasil pertanian seperti
hasil pertanian bijirin, buah-buahan, binatang
ternakan.
Barang modal  Merupakan barangan yang Butang baju bagi pakaian, alat
digunakan untuk ganti kamera, bateri bagi kereta
menghasilkan produk siap dan sebagainya
Bahan pemasangan/  Produk tahan lama yang Bangunan kilang, jentera, mesin,
barangan modal membantu melicinkan kenderaan dan komputer
operasi pengeluaran.
 Kos pemasangan adalah
sangat mahal
Perkakas aksesori  Digunakan dalam operasi Lampu, mesin faks, mesin kira,
pengeluaran dan barangan bahan pencuci, alat tulis dan
ini bukan sebahagian sebagainya.
daripada produk siap
 Selalunya dijual melalui
orang tengah kerana
pasarannya tidak tertumpu
di sesuatu kawasan.
 Produk ini dijual dalam
pelbagai saiz, harga dan
kapasiti dengan penekanan
diberikan ke atas ketahanan
produk

D. Keputusan produk individu


Lima elemen yang menentukan keputusan produk individu - Atribut Produk, Penjenamaan,
Pembungkusan, Pelabelan dan Khidmat Sokongan

Fakta Huraian

Atribut produk Melibatkan kualiti, ciri dan reka bentuk produk:


(a) Kualiti produk – keupayaan sesuatu produk untuk menjalankan

Misha/smkk/2020 47
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

fungsinya dan berdaya saing dalam pasaran. Contoh: pengeluaran


kereta Volvo menekankan aspek kualiti dari segi tahan lasak atau
ketahanan keretanya.
(b) Ciri produk – merupakan strategi persaingan yang boleh
meningkatkan daya saing sesuatu produk dalam pasaran sasaran.
Pengeluaran mampu memperkenalkan ciri produk yang baharu
dan unik boleh membezakan produknya dari pesaing lain.
(c) Reka bentuk produk – meliputi gaya produk secara luaran dan
fungsi atau kegunaan produk. Reka bentuk yang baik boleh
menarik minat pengguna. Contohnya jenama Polo, Bonia dan
Master menarik minat pengguna kerana rekabentuk dan kualiti
produknya lebih baik dari produk pesaing.
Penjenamaan  Jenama merupakan nama, istilah, simbol, tanda atau rekabentuk yang
membentuk identiti firma dan produk keluaran.
 Jenama menggambarkan kualiti sesuatu produk yang boleh
menambahkan nilai kepada produk tersebut.
 Contohnya kereta mewah seperti BMW, Ferari, Porsche dan sebagainya.
 Jenama juga dapat membezakan produk pengeluar dengan produk
pesaing
 Tujuan penjenamaan adalah untuk mengenali produk, menggalakan
pembelian, mempromosikan jenama dan mengekalkan kualiti output
sesuatu produk secara konsisten.
Pembungkusan  Aktiviti mereka bentuk dan mengeluarkan bekas atau bungkusan
untuk produk.
 Pembungkusan berfungsi untuk menyimpan produk dan melindungi
produk daripada kerosakan sebelum diagihkan kepada pengguna
 Pembungkusan yang mempunyai rekabentuk yang menarik boleh
menarik perhatian pengguna terhadap produk, menghuraikan produk
kepada pengguna, mempromosikan produk pengeluar dan
meningkatkan daya saing serta hasil jualan.
Pelabelan  Merupakan penerangan ringkas dalam bentuk nota atau grafik mudah
yang dilekatkan pada bungkusan produk
 Label membekalkan maklumat penting tentang sesuatu produk seperti
jenama produk, nama dan alamat pengeluar atau pengimport, tarikh
pengeluaran, tarikh luput, kandungan produk, serta cara penggunaan
produk.
Khidmat  Merupakan perkhidmatan sampingan kepadaproduk sebenar
sokongan  Contoh : perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan pengangkutan dan
pemasangan, waranti, penyelenggaraan berkala serta perkhidmatan
selepas jualan.

E. Keputusan Barisan/LiniProduk, 2011

Maksud : Lini produk ialah sebarisan produk yang lebih kurang sama jenisnya atau yang
berkaitan antara satu sama lain yang dijual oleh sesebuah syarikat perniagaan.

Empat aspek keputusan lini produk:


Misha/smkk/2020 48
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Fakta Huraian Contoh


Kepanjangan lini  Bilangan produk yang terdapat dalam  Cth produk NESTLE
produk lini produk
 Lini produk yang panjang mempunyai
bilangan produk yang lebih banyak
Pemodenan lini  Merupakan usaha memperbaiki  Perisian komputer
produk kualiti dan meningkatkan nilai lini microsoft sentiasa
produk dengan teknologi terkini memperkenalkan versi
baru.
Keutamaan lini  Merujuk kepada aktiviti memilih  Kamera jenama NIKON
produk satuatau beberapa produk dalam diberi potongan harga
liniproduk dan memberikan lense bagi menarik
keutamaan kepada produk perhatian pembeli
berkenaan.
 Bertujuan menarik perhatian
pengguna terhadap produk tersebut
dan seterusnya meningkatkan jualan
pengeluar
Pengurangan lini  Melibatkan usaha menggalakan  Jualan kereta PROTON,
produk jualan atau permintaan bagi produk pengeluar memberi
yang lemah dalam lini produk melalui potongan harga dan
pengiklanan dan promosi aksesori tambahan bagi
menarik minat pengguna
membuat belian.
F. Keputusan campuran produk-2011

Kedalaman campuran
Kelebaran campuran produk Ketekalan produk
produk
Bilangan barisan/lini produk yang Bilangan item produk yang Kaitan antara beberapa
ditawarkan kepada konsumer terdapat dalam sesuatu barisan produk dari segi
barisan produk kesamaan penggunaan,
pengedaran pembeli serta
harga
Contoh : produk Keluaran Nestle Contoh produk NESTLE
yang mengeluarkan beberapa jenis minuman seperti yogurt,
produk seperti minuman, cokelat, perisa strawberry, orange
makanan, produk tenusu atau produk dan sebagainya.
Avon

G. Kitaran hayat produk –stp 2018/u17

Fakta Huraian Contoh

Misha/smkk/2020 49
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Definisi Satu konsep yang


menunjukkan sejarah
jualan sesuatu
produk yang meliputi
empat peringkat iaitu
pengenalan,
pertumbuhan ,
matang dan
kemerosotan.

Peringkat pengenalan  Kadar pertumbuhan rendah kerana pengguna tidak menyedari


(I) kewujudan produk
 Permintaan terhadap keluaran sedikit atau jualan rendah
 Pengeluar hanya mendapat pulangan modal atau rugi
 Kos seunit adalah tinggi
 Tiada atau terlalu sedikit persaingan
Strategi : Pemasar perlu melakukan promosi secara intensif untuk
memperkenalkan keistimewaan produk baru kepada pengguna bagi
membentuk keyakinan mereka terhadap produk
Peringkat pertumbuhan  Kadar pertumbuhan meningkat kerana pengguna telah menyedari
(II) kewujudan produk dan mula membelinya
 Permintaan pengguna terhadap keluaran meningkat dan
menunjukkan jualan meningkat
 Untung yang diperolehi semakin meningkat
 Kos seunit semakin berkurang disebabkan pemasar mengeluarkan
banyak keluaran bagi meminimakan kos.
 Persaingan mula wujud pada tahap ini.
Strategi : Pemasar masih perlu melakukan promosi scara intensif dari
segi melakukan perbezaan produk dari segi penjenamaan,
pembungkusan dan ciri-ciri fizikal produk untuk mendapatkan pasaran
yang luas.
Peringkat kematangan  Kadar pertumbuhan stabil kerana kebanyakkan pengguna telah
(III) membeli produk tersebut.
 Permintaan pengguna terhadap keluaran stabil manakala jualan
semakin stabil.
 Untung adalah tinggi disebabkan banyak permintaan daripada
pengguna.
 Kos seunit paling minimum
 Persaingan semakin sengit
Strategi : Pemasar perlu menjalankan promosi untuk mengekalkan
permintaan dan kesetiaan pengguna terhadap produk itu seperti
melakukan pengiklanan berulang, promosi jualan dengan memberi
diskaun dan sebagainya.
Peringkat kemerosotan  Kadar pertumbuhan menurun kerana pengguna telah jemu dengan
(IV) produk.
 Permintaan berkurang kerana pengguna mencari pilihan lain dan
Misha/smkk/2020 50
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

jualan semakin berkurang.


 Untung menurun menyebabkan firma mula mencari pasaran baru
 Kos seunit meningkat semula
 Persaingan harga berlaku untuk menarik pengguna
 Pemasar perlu menjalankan promosi secara kecil-kecilan untuk
tujuan penghabisan stok dan menjalankan penyelidikan dan
pembangunan untuk mencipta produk baru
Strategi : Namun kitaran hayat boleh dipanjangkan dengan cara
memasarkan produk di pasaran baru, mengubahsuaikan produk sedia
ada dari segi saiz dan pembungkusan mengikut perubahan dan
citarasa pengguna atau mencari kegunaan lain untuk produk itu
seperti ubat gigi diperkenalkan sebagai mempunyai kegunaan lain iaitu
boleh memutihkan gigi.

3.5.1 Pengedaran/pengagihan
A. Pengenalan saluran agihan

Fakta Huraian
Definisi Pengantara bagi pemindahan barangan dari pusat pengeluaran kepada
konsumer di lokasi dan masa yang dikehendaki.
Fungsi saluran (a) Mengumpul dan membekalkan maklumat yang berkaitan dengan
pengedaran pengguna, pesaing serta faktor lain dalam persekitaran pemsaran
kepada pengeluar
(b) Menjalankan promosi untuk menarik minat pengguna terhadap
produk pengeluar
(c) Mengadakan perhubungan yang baik dengan pengguna semasa
dan pengguna berpotensi
(d) Membekalkan kemudahan penyimpanan di gudang dan
perkhidmatan pengangkutan bagi produk fizikal
(e) Mengadakan perundingan dengan pengeluar untuk mencapai
persetujuan tentang harga dan syarat tawaran lain supaya proses
pengagihan produk kepada pengguna boleh berjalan dengan
lancar.
(f) Menanggung semua risiko yang mungkin berlaku semasa
menjalankan aktiviti pengagihan.

B. Tingkah laku saluran agihan *


Fakta Huraian Contoh
Konflik mendatar  Konflik yang berlaku di antara  Pengedar kereta di Kota
firma diperingkat yang sama Bharu membuat
dalam saluran agihan seperti pengiklanan potongan
antara dua peruncit harga di Kuala Terengganu
dan mengundang rasa
tidak puas hati dalam
kalangan pengedar kerana
jualan melampaui
Misha/smkk/2020 51
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

sempadan negeri.
Konflik menegak  Konflik yang berlaku antara  Pengeluar memberi hak
beberapa tahap yang berbeza kepada pemborong untuk
dalam saluran yang sama. mengedar barangan tapi
Misalnya pengeluar dengan dalam masa yang sama
pemborong. Sebab berlaku pengeluar membuat jualan
adalah salah faham dan secara terus kepada
perbezaan matlamat. pengguna.

C. Rekabentuk saluran agihan


Fakta Huraian
Saluran agihan Gabungan satu atau lebih ahli saluran agihan bermula daripada
berdimensi menegak pengeluar dan berakhir dengan penguna.
Ada dua jenis:
i. Saluran terus atau langsung
ii. Saluran tidak terus atau tidak langsung
Saluran agihan Merujuk kepada jumlah ahli saluran yang mengendalikan sesuatu
berdimensi mendatar produk pada satu peringkat yang sama dalam suatu saluran agihan.
Ada tiga reka bentuk:
i. pengagihan intensif – merujuk kepada kegiatan pengagihan yang
meluas. Contoh pengedaran bagi produk majalah
ii. pengagihan selektif – melibatkan pengedaran barang beli belah,
barang istimewa dan barang industri. Contoh pengedaran
kenderaan pacuan empat roda permintaan sedikit tetapi
menyumbang kepada sebahagian besar daripada nilai jualan.
iii. Pengagihan ekslusif – melibatkan pengedaran barangan mewah.
Misalnya kereta mewah Porsche hanya untuk mereka yang
berkemampuan dan bercita rasa tinggi.

D. Proses Reka Bentuk Sistem Saluran Agihan

Fakta Huraian
Menganalisis keperluan  Pemasar akan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
pengguna kehendak dan keperluan pengguna.
 Misalnya, lokasi jualan yang sering menjadi tumpuan pelanggan
dan jarak perjalanan antara lokasi jualan dengan tempat
kediaman pengguna dan
 masa yang perlu diambil untuk menghantar produk kepada
pengguna
Membentuk objektif dan Pemasar perlu mengambil kira faktor seperti:
kekangan saluran agihan (a) ciri produk yang dipasarkan sama ada tahan lama atau cepat
rosak agar reka bentuk saluran pengagihan yang dipilih
membolehkan produk dihantar kepada pengguna dengan
lebih cepat dan selamat
(b) saiz organisasi dan kedudukan kewangan organisasi
(c) kesanggupan orang tengah untuk melaksanakan tugas yang

Misha/smkk/2020 52
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

dipertanggungjawabkan
(d) jenis dan rekabentuk saluran pengagihan yang digunakan
oleh pesaing
(e) faktor persekitaran seperti faktor politik, ekonomi, sosial
dan budaya setempat
Mengenal pasti alternatif (a) Langkah dan cara terbaik untuk membentuk saluran
saluran agihan pengagihan.
(b) Saluran pengagihan bergantung kepada peranan dan
bilangan orang tengah yang terlibat.
Menilai alternatif saluran Reka bentuk saluran pengagihan akan dinilai berdasarkan kriteria
agihan berikut:
(a) Ekonomi, sama ada membawa keuntungan kepada
organisasi ataupun tidak
(b) Pengawalan terhadap jurujual, ejen, anak syarikat dan orang
tengah yang menjalankan tugas pengedaran

E. Pengurusan Logistik
Maksud : merujuk kepada aktiviti pengurusan, penyimpanan(pergudangan), pengendalian,
serta pengangkutan bahan mentah dan produk akhir daripada peringkat bahan mentah dan
produk akhir daripada peringkat pengeluaran hingga peringkat penggunaan pada kos yang
minimum dan dalam masa yang ditetapkan.

Kepentingan logistik
1. Menyediakan perkhidmatan yang cekap kepadapengguna untuk mendapatkan produk
pada kos yang minimun
2. Pengurusan logistik yang baik boleh membantu menjimatkan kos pengagihan dan
menawarkan suatu pakej pengagihan pada harga yang lebih rendah kepada pengguna
3. Memudahkan proses pengawalan inventori dan memastikan tahap inventori adalah
mencukupi serta berpatutan
4. Menyediakan perkhidmatan penyimpanan, iaitu menyimpan barangan akhir selepas
proses pengeluaran di gudang sebelum dijual
5. Membolehkan penghantaran produk dari kilang ke gudang, pengantara pemasaran dan
pengguna.

Keputusan pengurusan logistik melibatkan empat proses utama iaitu:


Fakta Huraian
Pemprosesan  Memastikan aktiviti penerimaan pesanan, pengedaran produk dan
pesanan pergutipan bayaran dijalankan dalam masa yang singkat dan tepat
 Hal ini dapat meningkatkan kepuasan pengguna
 Dengan adanya bantuan teknologi komunikasi, pemprosesan pesanan
boleh dilakukan dengan cepat dan berkesan
Pergudangan  Aktiviti menyimpan produk akhir digudang sebelum diagihkan kepada
pengguna
 Fugsi pergudangan yang berkesan dapat memastikan jumlah produk
yang mencukupi dibekalkan ke pasaran pada masa yang tepat dan
tempat yang betul.
Kawalan inventori  Pengeluar harus mengawal tahap inventori supaya berada pada paras
Misha/smkk/2020 53
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

yang optimum iaitu tidak berlebihan dan berkurangan


 Jika inventori berlebihan maka syarikat akan menanggung kos
penyimpanan yang tinggi
 Jika ineventori berkurangan syarikat akan mengalami kehabisan stok
yang boleh menjejaskan pemasaran produk.
 Kaedah just-in-time perlu digunakan oleh pengeluar memastikan
inventori sentias berada pada paras yang optimum
Pengangkutan  Merujuk kepada aktiviti pemindahan bahan mentah, barang separuh siap
atau output siap dari pusat pengeluaran hinggalah kepada pengguna
 Boleh memilih pelbagai jenis pengangkutan sama ada darat, udara, air
dan laut serta saluran paip.
 Jenis pengangkutan yang digunakan adalah bergantung kepada saiz
muatan, lokasi dan kos pengendalian.

F. Peruncitan
Maksud : aktiviti menjual produk pengguna secara terus kepada pengguna untuk kegunaan
persendirian

Jenis peruncitan:
i. Perucit kecil-kecilan
ii. Peruncit besar-besaran

Peranan peruncit
(i) Menjual pelbagai jenis produk keperluan pengguna
(ii) Menjual dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna
(iii) Memberi khidmat nasihat seperti kaedah penggunaan barangan dan sebagainya
(iv) Menyampaikan maklumat kepada pemborong dan pengeluar
(v) Melakukan kerja-kerja akhir seperti memecahkan pukal, menimbang dan menyukat
(vi) Menyediakan perkhidmatan selepas jualan

G. Pemborong
Maksud : Aktiviti membeli produk secara pukal daripada pengeluar atau pengilang dan
menjual semula kepadaperuncit dalam kuantiti yang kecil.

Fungsi pemborong:
1. Sebagai orang tengah yang menghubungkan pengeluar dengan peruncit
2. Menambah nilai produk dengan menyediakan perkhidmatan pembungkusan,
pengredan dan pengangkutan
3. Menyediakan kemudahan pergudangan kepada pengeluar dan peruncit
4. Membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit
5. Menyediakan kemudahan kredit dan perkhidmatan teknikal kepada peruncit

Misha/smkk/2020 54
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

6. Membekalkan maklumat pasaran kepada peruncit

Ada tiga jenis kumpulan pemborong


1. Pemborong saudagar
2. Broker dan ejen
3. Pejabat jualan dan cawangan jualan pengeluar

3.5.3 Penetapan harga


A. Maksud harga
Fakta Huraian
Definisi  Harga ialah nilai yang ditetapkan bagi sesuatu produk dalam pasaran
dan harus dibayar oleh pengguna dengan wang sekiranya pengguna
memilih untuk membeli produk tersebut.

B. Faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga – stp 03*


Fakta Huraian
Objektif pemasaran  Sering digunakan oleh syarikat ialah penakatan, pemaksimuman,
keuntungan, pemimpinan pasaran dan kualiti produk.
 Penakatan ialah tindakan untuk memastikan perniagaan terus
beroperasi. Dengan mewujudkan permintaan pada harga yang rendah
dan dapat menampung kos pengeluaran operasi untuk memastikan
perniagaan terus hidup.
 Untuk memaksimumkan untung harga yang ditetapkan mestilah
menghasilkan keuntungan, aliran tunai atau pulangan ke atas
pelaburan.
 Pemimpinan pasaran – dapat dicapai dengan meletakkan harga pada
paras yang rendah untuk menggalakkan peningkatan permintaan
terhadap produk.
 Objektif kepimpinan produk pula syarikat perlu mengeluarkan
produk yang berkualiti dari segi prestasi harga tinggi yang dikenakan
akan menarik perhatian pengguna yang mementingkan kualiti.
Objektif penentuan  Pemasar yang ingn mendapatkan syer pasaran yang tinggi akan
harga menetapkan harga yang rendah supaya jualan dan keuntungan dapat
ditingkatkan.
 Jika pemasar menetapkan harga yang tinggi bagi produk yang tidak
banyak dalam pasaran adalah untuk mendapatkan untung yang
maksimum.
Strategi campuran  Dengan mengambil kira reka bentuk produk, bentuk pengedaran dan
pemasaran jenis promosi yang dilakukan.
 Produk yang berkualiti syarikat akan menetapkan harga yang tinggi.
Kos pengurusan  Kos menjadi penentu utama dalam peletakan harga barangan.
pemasaran  Kos terdiri daripada kos tetap dan kos berubah.
 Jika kos tetap dan kos berubah tinggi harga akan ditentukan pada
peringkat yang tinggi.
 Harga yang ditetapkan hendaklah dapat menampung kos
pengeluaran, pengedaran dan jualan produk serta kos penghantaran.
 Kos perunit sesuatu keluaran akan ditentukan oleh kuantiti yang
Misha/smkk/2020 55
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

dikeluarkan. Jika kuantiti barang yang dikeluarkan adalah tinggi maka


kos perunit akan menjadi rendah.
Pertimbangan  Pengurus lini dan pengurus jabatan akan menetapkan harga yang
organisasi berpatutan.
 Sekiranya harga yang menjadi persaingan utama bagi syarikat maka
diwujudkan jabatan harga dan pengurus bertanggungjawab
meletakkan harga yang terbaik bagi produk syarikat dan memastikan
keuntungan dapat dicapai.
Faktor luaran  Jenis struktur pasaran juga mempengaruhi penentuan harga keluaran.
Pasaran dan  Struktur pasaran terdiri daripada pasaran persaingan sempurna,
permintaan monopoli, monopolistik dan oligopolistik.
 Harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran.
 Dalam pasaran persaingan sempurna pemasar tidak berkuasa untuk
menentukan harga keluarannya. Harga tertakluk kepada interaksi
antara permintaan dan penawaran di pasaran.
 Pasaran monopoli pula pengeluar berhak menetapkan harga keluaran
tetapi jumlah permintaan ditentukan oleh pengguna di pasaran.
 Penentuan harga juga bergantung pada keanjalan permintaan barang
tersebut.
Persaingan  Harga juga dipengaruhi oleh pesaing. Strategi penentuan harga
memberi kesan kepada bentuk persaingan dalam pasaran.
 Jika mempunyai produk yang sama dengan pesaing syarikat perlu
menetapkan harga yang lebih kurang sama dengan harga pesaing.
Keadaan ekonomi  Kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan harga komoditi jatuh
negara dan dunia dibawah paras harga pasaran.
 Keadaan politik dalam negara jika berlaku rusuhan harga produk akan
menajdi mahal
 Jika keadaan politik stabil harga akan menjadi rendah
 Kerajaan juga mempunyai polisi undang-undang kepada produk
tertentu ini juga mempengaruhi harga tersebut. Contoh penetapan
cukai yang tinggi terhadap rokok ini memaksa pemasar mengenakan
harga yang tinggi terhadap produk tersebut.

C. Pendekatan Penentuan Harga Secara Umum*Stp03/2013

Fakta Huraian
A. Penentuan harga Melibatkan dua pendekatan iaitu :
berdasarkan kos i. Penentuan harga tokokan dan
ii. Penentuan harga pulangan modal dan harga untung
sasaran
i. Penentuan harga  Harga ditentukan dengan menambahkan margin untung yang
tokokan kos dikehendaki ke atas kos pengeluaran produk tersebut. Ia sesuai
digunakan apabila pengeluar terpaksa .
Misha/smkk/2020 56
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

 Contoh tokokan kos sebanyak 20% margin keuntungan keatas


jualan maka harga tokokan adalah:-
Harga tokokan = kos seunit /(1- pulangan yang diinginkan ke atas
jualan)
= RM16 / ( 1- 0.2)
= RM20.00
untung seunit = RM20 – RM16 = RM4.00
ii. Penentuan harga  Syarikat cuba menentukan harga yang dapat memberikan
pulangan modal dan pulangan modal atau untung sasaran yang telah ditetapkan
harga untung sasaran dengan menggunakan analisa pulang modal
 TPM = kos tetap / (hg jualan – kos berubah)
 TPM = KT + US / Hg jualan – KB
B. Penentuan harga  Kaedah menetapkan harga dengan menggunakan persepsi
berdasarkan nilai pembeli tentang nilai produk dan bukan kos penjual sebagai
penentunya.
 Syarikat akan menganalisis keperluan pengguna dan persepsi
nilai terhadap sesuatu produk dan disesuaikan kepada persepsi
nilai yang telah dikenal pasti.
 Contoh sebungkus nasi lemak adalah berbeza harganya di sebuah
gerai berbanding harga di sebuah hotel terkemuka, harga ini
menurut persepsi pengguna.
C. Penentuan harga  Pengguna membuat penilaian harga bagi produk dengan
berdasarkan pesaing membuat perbandingan harga yang ditawarkan oleh pesaing.
 Ada 2 jenis penentuan harga pesaing iaitu penentuan harga kadar
lini dan penentuan harga bida tertutup.
(i) Penentuan harga kadar lini – pemasar akan mengkaji harga
produk pesaing dalam pasaran. Pemasar boleh memilih untuk
menetapkan harga yang lebih tinggi, sama atau lebih rendah
daripada harga produk pesaing. Contoh harga kereta axia dengan
harga kereta iris.

(ii) Penentuan harga bida – pemasar akan sentiasa peka


terhadap tindak tanduk pesaing dalam menentukan harga bida
untuk sesuatu kontrak atau tender. Contohnya untuk
mendapatkan kontrak pemasar meletakkan harga yang lebih
rendah dari harga yang ditawarkan oleh pesaing namun harga
tersebut mestilah lebih dari jumlah kos bagi menjamin prestasi
kewangan.

D. Penentuan Harga Produk Baru

Fakta Huraian
i. Harga penarahan  Digunakan untuk produk baru di pasaran dengan meletakkan
pasaran harga pengenalan yang tinggi untuk menarik pembeli yang tidak
mementingkan harga tetapi kualiti produk.
 Strategi yang digunakan oleh syarikat adalah untuk
Misha/smkk/2020 57
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

mendapatkan untung dengan cepat sebelum pesaing memasuki


pasaran.
ii. Harga penembusan  Meletakkan harga yang rendah untuk menembusi pasaran lebih
produk luas.
 Tujuan adalah untuk membina syer pasaran yang besar dan
membentuk kesetiaan pengguna terhadap jenama tersebut.
 Membolehkan syarikat mengeluar produk dalam jumlah yang
banyak dan kos seunit menjadi rendah.
 Contoh harga kereta kancil.

3.5.4 Promosi
A. Maksud dan tujuan promosi
Maksud : aktiviti-aktiviti yang memberitahu, menarik dan mempengaruhi pengguna tentang
kebaikan keluaran dan cuba memujuk pengguna sasaran untuk membeli.

B. Tujuan promosi ialah:


Fakta Huraian
Memperkenalkan produk  Pemasar cuba menyedarkan pengguna tentang kehadiran
baru sesuatu barang dan perkhidmatan baru dalam pasaran melalui
promosi.
Mempengaruhi dan  Cuba mempengaruhi dan memujuk minat pembeli untuk
memujuk pengguna membeli produk tersebut.
 Menambah keyakinan pembeli terhadap produk tersebut.
Meningkatkan jualan dan  Membantu meningkatkan permintaan terhadap sesuatu produk
keuntungan dalam pasaran dan meningkatkan jualan serta keuntungan.
Mengekalkan syer pasaran  Dapat mengekalkan permintaan pengguna terhadap produk
dalam pasaran sama ada pengguna setia atau pengguna baru.
 Memberi kepuasan yang maksimum kepada pengguna.
Mengekalkan imej produk  Dapat membantu mengekalkan imej produk dengan
menunjukkan faedah yang dapat dinikmati oleh pengguna
dengan produk tersebut.
Bersaing dengan produk  Untuk bersaing dengan produk lain dengan menonjolkan
lain kelebihan produk supaya dikenali oleh pengguna.
Meluaskan pasaran  Promosi yang berkesan dapat menyedarkan pengguna tentang
kewujudan produk baru dalam pasaran dan dapat meluaskan
pasaran.

B. Langkah-langkah dalam memperkembangkan komunikasi promosi yang berkesan


Fakta Huraian
1. Mengenal pasti  Audiens terdiri daripada bakal pembeli, pengguna sedia ada, pembuat
sasaran audiens keputusan belian dan mereka yang mempengaruhi belian tersebut.
 Terdiri daripada individu, kumpulan masyarakat dan yang mempengaruhi
keputusan pemasar.
2. Menentukan objektif  Adalah untuk mendorong pengguna membuat belian.
komunikasi
Misha/smkk/2020 58
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

 Perlu mengetahui tahap kesediaan pembelian iaitu kesedaran,


pengetahuan, keinginan, keutaman, keyakinan dan keputusan.
3. Mereka bentuk mesej  Perlu memasukan ciri-ciri AIDA(attention, interest, desire dan action)
 Mesej perlu jelas untuk menarik minat dan perhatian pengguna untuk
membeli barang.
 Kandungan mesej, struktur mesej dan format mesej perlu ditentukan bagi
menarik perhatian pengguna.
4. Memilih  Dua bentuk saluran media iaitu komunikasi secara peribadi dan
media/saluran komunikasi secara bukan peribadi.
komunikasi  Komunikasi peribadi merujuk hubungan secara langsung kepada
pengguna. Contoh penggunaan alat telefon, internet, fax dan sebagainya.
 Komunikasi bukan peribadi adalah hubungan secara tidak langsung
bermakna pemasar melibatkan penggunaan media untuk berhubung
dengan pengguna. Contoh iklan, majalah, surat khabar, televisyen dan
sebagainya.
5. Mendapatkan  Mengukur kesan rancangan promosi terhadap pengguna dan tingkah laku
maklumbalas seperti mendapatkan tentang mesej, kekerapaan mendengar atau
melihatnya, faktor mana yang diingati oleh mereka dan sebagainya.

C. Penetapan belanjawan promosi


Fakta/kaedah Huraian
Mengikut kemampuan  Belanjawan dibuat oleh syarikat berdasarkan kepada kemampuan
syarikat.
 Masalah kepada syarikat kecil tidak mempunyai kewangan yang
mencukupi.
 Peruntukan diambil daripada baki pendapatan setelah ditolak
dengan semua perbelanjaan.
Peratusan jualan  Belanjawan promosi ditentukan berdasarkan sejumlah peratusan
daripada jualan semasa atau jualan yang dijangka.
 Dibuat berdasarkan pengalaman dan mengikut jangkaan masa
depan.
 Digunakan oleh syarikat-syarikat dalam industri.
Kaedah bersaing  Belanjawan promosi dibuat dengan memadankan perbelanjaan
promosinya dengan pesaing.
Kaedah objektif dan  Berdasarkan kepada objektif promosi syarikat
tugas  Aktiviti yang perlu untuk mencapai objektif dan anggaran kos
untuk melaksanakan aktiviti tersebut

D. Campuran promosi
Fakta Huraian
Jualan bersemuka  Promosi yang melibatkan interaksi peribadi antara penjual dengan
pembeli
 Sesuai untuk pelbagai jenis barangan beli belah dan barangan industri
 Objektifnya ialah:
i. Mencari bakal pembeli
ii. Menukar bakal pembeli kepada pembeli

Misha/smkk/2020 59
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

iii. Memastikan pembeli berpuas hati dengan membuat lawatan


susulan
 Sebarang aktiviti yang menawarkan insentif jangka pendek untuk
mendorong tindakan terus daripada konsumer, syarikat-syarikat atau
orang tengah untuk membuat belian.
 Objektif promosi jualan ialah :
i. Meningkatkan kesedaran jenama
ii. Membentuk jualan tanpa dirancang
iii. Menggalakkan pengguna mencuba produk baru
iv. Memberi pilihan produk yang banyak kepada pengguna
Promosi jualan- v. Menggalakkan belian ulangan
sem1/2013  Alat promosi jualan ialah:
o Sampel percuma
o Kupon
o Rebat
o Peraduan
o Tawaran istimewa
o Potongan harga
o Pameran perdagangan
 Komunikasi tidak langsung yang dibayar oleh pihak pengeluar atau
penaja yang dikenal pasti untuk memperkenalkan, mempromosilan dan
meningkatkan jualan produk
 Objektifnya ialah :
i. Memperkenalkan atau memberitahu pengguna tentang produk
baru atau sedia ada
ii. Memujuk pengguna membeli produk
iii. Mengingatkan pengguna tentang produk sedia ada
iv. Meningkatkan jualan produk
Pengiklanan
 Bentuk-bentuk pengiklanan :
i. Pengiklanan produk – fokus kepada jualan produk yang
mempromosikan ciri-ciri, faedah dan kegunaan produk. Contoh
komputer riba.
ii. Pengiklanan institusi – promosi bertemu kepada pembentukan
imej sesuatu ketegori produk, sesebuah syarikat atau sesuatu
industri dan bukan jualan sesuatu jenama. Contoh syarikat
yang menukar kepada nama syarikat baru yang memerlukan
pengiklanan jenis ini.
Perhubungan  Komunikasi yang dibentuk untuk mengekalkan imej syarikat yang baik.
awam Mengekalkan hubungan dengan pemegang saham dan menerangkan
matlamat syarikat.
 Objektif:
i. Mengekalkan imej syarikat yang baik
ii. Mengekalkan hubungan dengan pemegang saham
iii. Menerangkan matlamat syarikat
iv. Membuat liputan tentang sesebuah syarikat dan produknya,
kakitangan atau tindakan yang diambil oleh syarikat
 Publisiti – liputan dalam media massa tentang sesebuah syarikat dan

Misha/smkk/2020 60
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

produknya, kakitangan atau tindakan yang diambil oleh syarikat


tersebut

E. Konsep dan tujuan komunikasi pemasaran bersepadu (IMC)


Maksud : melibatkan penggabungan dan penyelarasan saluran komunikasi pemasaran untuk
menyampaikan mesej yang jelas tentang syarikat, jenama, dan produk kepada pengguna sasaran
Tujuan IMC:
1. Mengurangkan kekeliruan pengguna tentang mesej yang disampaikan oleh syarikat melalui
pelbagai saluran komunikasi pemasaran.
2. Memberitahu peluang kepada pengguna untuk memahami bagaimana syarikat beroperasi di
samping meningkatkan keyakinan terhadap jenama dan produk yang ditawarkan.
3. Meningkatkan permintaan serta jualan produk dan seterusnya memperoleh keuntungan yang
lumayan.

ANALISIS SOALAN STPM

STPM 2012
1h) Nyatakan tiga peringkat kitaran hayat produk.
[3]
2a) Jelaskan tiga kepentingan aktiviti promosi dalam sesebuah organisasi perniagaan.
[9]
2b) soalan kes:
i. Apakah langkah komunikasi berkesan yang digunakan oleh SyarikatStormy Shoes,
dalam mempromosikan produk syarikatnya? Jelaskan.
[10]
ii. Huraikan dua bentuk saluran komunikasi yang boleh digunakan oleh kedua-dua
syarikat untuk mempromosikan produk mereka.
[6]
5b) Encik Roger ialah pengurus jualan bagi Ice Cold Sdn Bhd. Beliau bercadang untuk menjual peti ais
yang berharga RM3500 seunit. Kos berubah ialah 50% daripada harga jualan dan kos tetap adalah
sebanyak RM 220 000.
i. Hitung titik pulang modal.
[2]
ii. Hitung jumlah kos operasi pada titik pulang modal.
[2]
iii. Andaikan IceCold Sdn Bhd ingin meperoleh pendapatan bersih sebanyak RM150 000,
berapakah bilangan peti ais yang perlu dijual?
[2]
iv. Sekiranya Encik Roger menganggarkan bahawa jumlah maksimum unit peti ais yang
boleh dijual sebulan adalah 380 unit, hitungkan untung atau rugi pada jumlah unit
tersebut. [4]

STPM SEM1/2013
1e. Jelaskan bagaimana ciri sosial, jarak lokasi pasaran sasaran dan kemudahan pengangkutan boleh
mempengaruhi pemilihan lokasi restoran makanan segera.
[6]

Misha/smkk/2020 61
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

1f. Terangkan bagaimana sesebuah syarikat penerbangan boleh menggunakan strategi pengedaran
dan penentuan harga dalam menawarkan perkhidmatannya di pasaran.
[6]
2a) jelaskan empat jenis promosi jualan yang sesuai digunakan bagi menarik pelanggan dalam
sesuatu perniagaan.
[12]

STPM -2014 SEM1/U13


1. Huraikan dua pendekatan pemasaran.
[4]
2. Jelaskan maksud strategi pemasaran tidak dibezakan dan strategi pemasaran tertumpu.
[6]
3. Kajian kes: (i) Jelaskan strategi pembangunan pasaran, pembangunan produk dan
pembelpagaian dalam strategi pemasaran yang digunakan oleh Syarikat Elham-Q.
[15]
(ii) Jelaskan tiga campuran promosi yang telah digunakan bagi memasarkan bihun sufi.
[15]
4. Jelaskan empat langkah penyelidikan pemasaran.
[20]

STPM U2014
1. Lakarkan matriks portfolio perniagaan seperti yang diketengahkan oleh Boston Consulting group
(BCG).

[6]
STPM 2015
1. Nyatakan langkah-langkah dalam proses pemasaran.
[4]
2. Nyatakan empat langkah yang pertama dalam proses membuat keputusan pembelian produk
industri. [4]
3. Jelaskan maksud kelebaran lini produk dan kedalaman lini produk.
[6]

Kajian kes: AVON


2a) Jelaskan dua pembolehubah asas segmentasi yang diaplikasikan oleh Avon Cosmetics Malaysia
(ACM). [10]

STPM 2016/U2015
1. Huraikan dua hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran.
[4]
2. Huraikan tiga aktiviti dalam proses pemasaran.
[6]
3. Senaraikan empat strategi penyasaran pasaran (market targeting).
[4]
Soalan pilihan

Misha/smkk/2020 62
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

3b) Jelaskan enam strategi pelarasan harga yang boleh dilaksanakan dalam aktiviti pemasaran
sesebuah organisasi.
[18]

STPM 2017
1. Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi penetapan harga.
[6]
2. Syarikat BPK Sdn Bhd menanggung kos tetap untuk jualan pakaian sukan sebanyak RM360000
setahun. Kos berubah seunit pakaian tersebut ialah sebanyak RM17.00. Jumlah jualan pakaian sukan
dijangka ialah sebanyak 120 000 unit. Tokokan atas kos ialah sebanyak 20%.
Berdasarkan harga tokokan kos dalam petikan di atas, hitung
(i) Kos setiap unit pakaian
[3]
(ii) Harga jualan setiap unit pakaian
[2]
3. Huraikan empat strategi pemasaran berdasarkan campuran pemasaran.
[16]
4. Huraikan strategi pemasaran berasaskan matriks portfolio perniagaan seperti yang diketengahkan
oleh Boston Consulting Group (BCG).
[16]

STPM 2018/U17
1. Huraikan dua elemen yang terdapat dalam model gelagat pengguna.
[4]
2. Jelaskan dua perbezaan antara segmentasi pasaran, sasaran pasaran dan peletakan pasaran.
[6]
3. Jelaskan saluran agihan produk yang digunakan oleh Lenovo. Kk/14.
[14]
4. Terangkan empat peringkat kitaran hayat sesuatu produk.
[16]

I-THINK : PETA MINDA

1. Nyatakan lima pendekatan pemasaran. [5]

Lima pendekatan

2. Nyatakan faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna.


[5]
Lima faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna ialah:

Misha/smkk/2020 63
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

1.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
2.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
3.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
4.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
5.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………

3. Berikan lima asas segmentasi pasaran.


[5]
1.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
2.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
3.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
4.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
5.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………

4. Huraikan langkah-langkah yang terlibat dalam proses pemasaran. [6]


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
……..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……

Misha/smkk/2020 64
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

…..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………

Kajian kes: STPM


Bihun ‘Sufi’

2(a) Elham-Q Malaysia Sdn Bhd ialah sebuah syarikat pengeluar bihun Muslim yang pertama di
Malaysia. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 2009. Syarikat ini mengeluarkan bihun berjenama sufi.
Pada tahun 2012, Elham-Q meraikan pengeluaran peket bihun sufi yang ke sepuluh juta. Kejayaan ini
adalah disebabkan oleh faktor strategi pemasaran yang mantap.

Elham-Q menggunakan pendekatan pengiklanan yang cukup komprehensif bagi melariskan


penjualan bihun sufi, antaranya melalui pengiklanan produk di media radio, televisyen serta menaja
program, seperti di TV3, TV9 dan Tv Alhijrah. Pengiklanan melalui media cetak pula adalah melalui surat
khabar dan majalah. Syarikat menggunakan perkhidmatan duta sebagai jurucakap produk ini, di samping
menjalinkan hubungan mesra dengan pelanggan melalui facebook. Tawaran diskaun secara mingguan
pada setiap hari jumaat juga dilaksanakan oleh syarikat.

Kini, Elham-Q telah memasuki tahun ketiga dengan pasaran yang lebih besar. Selain meluaskan
pasaran ke negara Eropah dan Timur Tengah, bihun sufi juga disasarkan untuk dipasarkan ke seluruh
negara China pada masa hadapan. Sebuah kilang baharu di Nilai dijangka siap dibina dan mula beroperasi
pada tahun 2013 bagi menampung pasaran yang lebih besar. Produk baharu juga akan ditambah dalam
tempoh terdekat dengan kolaborasi beberapa usahawan. Produk terbaru 2-mis Sufi, iaitu perencah serba
guna yang sesuai untuk pelbagai jenis hidangan telah pun dilancarkan. Peluang kepada usahawan lain
untuk bergabung di bawah jenama produk Sufi sentiasa terbuka. Satu daripada impian pemilik Elham-Q
adalah ingin mengetengahkan syarikatnya melalui pembukaan restoran jenama Malaysia di Australia,
China dan India. Restoran tersebut menggunakan 100% produk dari Malaysia.

(Disesuaikan daripada wawancara dengan CEO Elham-Q Malaysia Sdn Bhd,


Majalah Niaga Edisi 22 dan www.bihunsufi.com.my yang dicapai pada 10 oktober 2012)

2(a) Berdasarkan kes diatas,

Misha/smkk/2020 65
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

(i) Jelaskan strategi pembangunan pasaran, pembangunan produk dan pempelbagaian dalam
strategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat Elham-Q.
[15]
(ii) Jelaskan tiga campuran promosi yang telah digunakan bagi memasarkan bihun sufi.
[15]

2(b) Jelaskan empat langkah penyelidikan pemasaran.


[20]

PA21/PTS
1. Fan-N-Pick
2. Round Table
3. Spin-N-Think

4.1 Peranan Dan Objektif Kewangan

Maksud pengurusan kewangan ialah aktiviti yang melibatkan perancangan, penyusunan dan
pengawalan ke atas segala aspek kewangan dengan cekap supaya matlamat kewangan sesebuah
perniagaan dapat dicapai. Contohnya matlamat kewangan perniagaan ialah meningkatkan kekayaan
pemegang saham dengan berusaha untk memaksimumkan keuntungan perniagaan.

4.1.1 Kepentingan pengurusan kewangan – stpm

1. Membuat perancangan kewangan


 Menentukan objektif kewangan yang hendak dicapai dengan jelas bagi
memaksimumkan kepentingan pemilik organisasi
2. Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang ditetapkan
Misha/smkk/2020 66
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

 Bajet kewangan perlu diagihkan mengikut peruntukan setiap jabatan yang terlibat
sepert jabatan pengeluaran, jabatan pemasaran dan jabtansumber manusia
3. Mengawal penggunaan kewangan setiap jabatan
 Pengawalan penggunaan kewangan penting untuk memastikan perbelanjaan
digunakan mengikut bajet yang telah diluluskan. Semua rekod perbelanjaan di
simpan untuk diaudit oleh jabatan kewangan
4. Mengelakkan berlakunya penyelewengan kewangan
 Bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan di mana perbelanjaan melebihi
daripada peruntukan.

4.1.2 Peranan Pengurus kewangan


1. Membuat perancangan kewangan berasaskan keperluan perniagaan untuk beroperasi dan
peluang pelaburan yang ada.
 Pengurus kewangan perlu membuat ramalan kewangan untuk jangka pendek dan
jangka panjang dari segi amaun dan tempoh pembiayaan yang diperlukan.
2. Menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik.
 Analisis adalah perlu untuk memilih sumber terbaik kewangan berdasarkan kos dan
pembiayaan yang sesuai.
3. Mengurus dana secara berkesan.
 Pengurus kewangan perlu menilai dan memilih sumber pembiayaan.
 Pengurus kewangan boleh memperoleh sumber kewangan melalui pembiayaan
modal dan membuat pinjaman.
 Pengurus kewangan perlu mengenal pasti kombinasi pembiayaan.
 Sumber terbaik melibatkan kos kewangan yang paling rendah dan risiko yang
berpatutan.
4. Mengurus struktur aset
 Pengurus kewangan perlu membuat keputusan pemilikan jenis aset perniagaan
 Pemilikan aset bukan semasa yang banyak akan meningkatkan risiko kecairan di
mana syarikat menghadapi masalah membayar perbelanjaan operasi kerana aset ini
sukar untuk ditukarkan kepada tunai
5. Mengawal dan menyelaras sumber dana
 Pengurus kewangan perlu berkomunikasi dan bekerjasama dengan pengurus-
pengurus di jabatan lain supaya operasi organisasi dapat berjalan dengan cekap.
 Pengurus kewangan harus memastikan sumber kewangan yang diperuntukkan
kepada jabatan dalam organisasi digunakan secara cekap dan berkesan.

4.1.3 Peranan Pengurusan Kewangan


1. Merancang hal-hal yang berkaitan dengan kewangan organisasi
a. Menentukan matlamat kewangan yang ingin dicapai oleh organisasi seperti
meramal jumlah hasil yang bakal diterima, kos operasi yang bakal dibayar dan
keuntungan yang akan diterima.
b. Menentukan portfolio pelaburan yang dapat menjanakan pulangan yang terbaik
untuk organisasi.

Misha/smkk/2020 67
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

c. Merancang cara terbaik untuk menggunakan dana yang ada untuk mencapai
matlamat organisasi.
2. Mengagihkan sumber kewangan
a. Menyusun dan mengagihkan sumber kewangan kepada jabatan-jabatan dalam
organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar matlamat
organisasi tercapai.
3. Mengawal penggunaan sumber kewangan
a. Memastikan sumber yang diperuntukan kepada jabatan tidak digunakan sewenang-
wenangnya.
b. Melakukan kerja pengauditan iaitu memeriksa dokumen-dokumen perniagaan dan
rekod kewangan untuk memastikan maklumat yang dicatat adalah tepat, lengkap
dan boleh dipercayai.
c. Mengelakkan berlakunya penipuan dan penyelewengan.

4.1.4 Kaitan Pengurusan kewangan dengan bidang lain


1. Hubungan jabatan kewangan dengan jabatan jualan dan pemasaran
a. Jabatan jualan dan pemasaran memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan
aktivit-aktiviti pemasaran sebarang maklumat perbelanjaan akan dihantar kepada
jabatan kewangan bagi meluluskan dana tersebut.
b. Hasil jualan yang diperoleh oleh jawabatan jualan dan pemasaran merupakan
sumber kewangan utama dan diserahkan kepada jabatan kewangan.

2. Hubungan jabatan kewangan dengan jabatan pengeluaran


a. Jabatan pengeluaran memerlukan sumber kewangan daripada jabatan kewangan
untuk membeli bahan-bahan mentah, mesin-mesin dan belanja pengeluaran yang
lain.
b. Anggaran kos jabatan pengeluaran diperlukan oleh jabatan kewangan bagi
membuat perancangan kewangan syarikat.

3. Hubungan antara jabatan kewangan dengan jabatan perakaunan


a. Jabatan kewangan memerlukan penyata kewangan yang disediakanoleh jabatan
perakaunan bagi membuat keputusan kewangan.
b. Jabatan perakaunan menyerahkan penyata kewangan kepada jabatan kewangan.

4. Hubungan jabatan kewangan dengan jabatan sumber manusia


a. Jabatan sumber manusia menyediakan kos pembayaran bagi personel dan staf dan
diserahkan kepada jabatan kewangan.
b. Jabtan kewangan memerlukan anggaran kewangan untuk memebuat perancangan
kewangan bagi jabatan sumber manusia.

Misha/smkk/2020 68
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

4.1.5 Objektif kewangan


Jadual : Perbandingan antara objektif kewangan
Memaksimumkan keuntungan syarikat Memaksimumkan kekayaan pemegang saham
Tidak menyeluruh kerana hanya Lebih menyeluruh dan tidak tertumpu kepada
mementingkan keuntungan semasa keuntungan semata-mata
Bersifat jangka pendek Bersifat jangka panjang
Tidak mengambil kira risiko Mengambil kira nilai masa wang
Hayat perniagaan pendek kerana Hayat perniagaan lebih panjang kerana syarikat
mementingkan keuntungan sahaja mempunyai matlama yang lebih menyeluruh

4.2 Penyata Kewangan


Jenis penyata kewangan utama
Fakta Huraian
Penyata pendapatan  Ringkasan yang menunjukkan hasil, belanja dan untung rugi
sesebuah syarikat dalam tempoh masa tertentu.
Kunci kira-kira  Penyata yang menyenaraikan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
pada satu masa tertentu.
Penyata aliran dana  Penyata yang menunjukkan punca perolehan dan
penggunaan dana bagi suatu tempoh tertentu.

4.2.1 Pihak Yang Berkepentingan Terhadap Penyata Kewangan Syarikat – Stpm 2004
Fakta Huraian
Pemilik/pemegang saham  Memastikan pelaburan diguna dengan baik dalam perniagaan
untuk menghasilkan keuntungan.
 Memastikan sama ada hendak mengekalkan pemegang saham
atau menambahkan pegangan saham.
Pelabur/bakal pelabur  Para pelabur yang berminta dengan pencapaian syarikat
kerana kedudukan kewangan mempengaruhi harga saham
syarikat.
 Pelabur akan mengekalkan pegangan saham jika syarikat
menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh.
Pemiutang/bank/pembekal  Keupayaan memberi kredit terhadap syarikat yang
mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memberi
kepercayaan pihak pembiaya untuk memberi pinjaman modal
dan sebagainya.
Agensi kerajaan  Asas pengiraan cukai pendapatan bagi setiap tahun.
 Digunakan oleh Jabatan Statistik Kementerian Pembangunan
Usahawan untuk melihat pencapaian syarikat dalam
perniagaan.
Para pekerja  Berminat mengetahui kedudukan syarikat untuk tuntutan
bonus bagi setiap tahun, kenaikan gaji dan sebagainya.

4.2.2 Analisis Penyata Kewangan


4.2.3 Nisbah kewangan
Nisbah Huraian
Nisbah Kecairan Nisbah yang mengukur tahap kecairan aset yang dimiliki sesebuah

Misha/smkk/2020 69
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

perniagaan dalam aspek kecepatan aset dapat ditukarkan kepada


tunai. Melibatkan dua nisbah iaitu nisbah semasa dan nisbah cept
(a) Nibah semasa
- Mengukur peratusan aset semasa daripada liabiliti
semasa
- Aset semasa ialah harta yang mudah ditukar kepada
bentuk tunai
- Liabiliti semasa ialah hutang yang perlu dijelaskan
dalam jangka masa singkat
- 2: 1 adalah yang terbaik. Jika terlalu tinggi seperti 4:1
bermakna aset semasa tidak digunakan secara
maksimum kurang baik.
- Formula : Nisbah Semasa = Aset semasa
Liabiliti semasa
(b) Nisbah cepat
- Nisbah ini menunjukkan bagaimana firma dapat
memenuhi tuntutan jangka pendek tanpa menjual stok.
- Menunjukkan keupayaan firma dalam menguruskan
kewangannya dalam jangka pendek.
- Ianya mengambil kira aset-aset yang boleh ditukar
kepada tunai dengan cepat. Nisbah yang ideal ialah 1:1

- Formula : Nisbah cepat = Aset semasa – inventori


Liabiliti semasa

Nisbah Kecekapan Maksudnya: menilai sama ada aktiviti perniagaan harian telah
dijalankan secara berkesan oleh organiasi atau sebaliknya.
(a) Tempoh kutipan hutang [TKH]
- Mengukur tempoh masa yang diambil oleh penghutang
untuk menjelaskan hutangnya kepada firma.
- Jika tempoh kutipan hutang semakin lama, semakin
tidak cekap syarikat dalam mengutip hutang.
Aset belum terima@penghutang X 365 hari
- Formula: Jualan kredit
TKH

(b) Pusing ganti inventori


- Mengukur berapa kali stok diganti. Nisbah ini
bergantung kepada jenis perniagaan. Lebih tinggi lebih
baik menunjukkan perniagaan cekap menguruskan
stok.
- Pusing ganti stok semakin tinggi ini bermakna kecairan
syarikat bertambah baik dan keuntungan meningkat.
Jika pusing ganti inventori adalah rendah ini
bermaksud syarikat memegang terlalu banyak stok dan
kecairan adalah rendah.
Misha/smkk/2020 70
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

- Stok purata = Stok awal+stok akhir /2


Kos jualan
- Formula PGI = Stok purata
Nisbah Penggearan Maksudnya ialah menilai keupayaan firma untuk
menguruskan hutangnya terhadap pihak yang memberi
pinjaman sebagai satu sumber pembiayaan yang penting
dalam menjalankan aktiviti perniagaan.
(a) Nisbah hutang atas aset
- Menunjukkan sejauh mana aset firma dibiayai melalui
hutang
- Jika nisbah ini tinggi, ini bermaksud firma terdedah
kepada risiko kebankrapan.
- Formula:
- Nibah hutang atas aset = Jumlah liabiliti
Jumlah aset

(b) Nisbah hutang ekuiti


- Nisbah ini menunjukkan kebergantungan pembiayaan
melalui hutang jangka panjang
- Nisbah yang tinggi menunjukkan modal syarikat
banyak disumbangkan oleh hutang-hutang jangka
panjang
- Formula :
- Nisbah hutang ekuiti = Jumlah hutang
Jumlah ekuiti

Nisbah Keberuntungan Maksudnya mengukur keberkesanan aktiviti perniagaan


firma dalam menjana keuntungan ianya menggambarkan
pencapaian operasi, risiko dan kesan pembiayaan melalui
hutang
(a) Margin untung kasar
- Untung kasar = jualan – kos barang yang dijual
- Nisbah ini menunjukkan kecekapan syarikat
menetukan harga jualan dan mengawal harga barang
niaga atau bahan mentah yang dibeli untuk jualan.
- Jika nisbah tinggi bermaksud ia adalah memuaskan. Jika
nisbah ini rendah ia dianggap tidak memuaskan kerana
kos jualan tinggi dan harga jualan rendah.
- Formula:
- Margin Untung kasar = untung kasar x 100
Jualan

(b) Margin untung bersih


- Ialah jumlah sen keuntungan bagi setiap ringgit jualan.
- Jika nisbah tinggi, ianya menunjukkan syariakt berjaya
meningkatkan keuntungan bagi setiap RM jualan
- Formula :
- Margin utng bersih = untung bersih sebelum cukai

Misha/smkk/2020 71
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Jualan
(c) Pulangan atas aset
- Mengira untung bersih yang dapat dihasilkan bagi
setiap ringgit yang telah dilaburkan.
- Formula:
- Pulangan atas aset = untung bersih x 100
Jumlah aset

(d) Pulangan atas ekuiti (ROE)


- Menunjukkan kecekapan syariakt menggunakan wang
pemegang saham untuk pelaburan
- Formula :
Pulangan atas ekuiti = Untung bersih
Jumlah ekuiti pemilik

4.3 Sumber (pembiayaan) dan Penggunaan Dana


4.3.1 Sumber Dana
Fakta Pembiayaan ekuiti Pembiayaan hutang
Definisi  Sumbangan dan daripada  Dana yang diperolehi daripada
perniagaan sama ada dalam pihak luar yang perlu dibayar
bentuk saham biasa ataupun balik apabila sampai tempoh
perolehan tertahan. matangnya.
Kebaikan  Pemilik mempunyai hak  Senang dan mudah untuk
tuntutan terhadap syarikat. memperolehi pinjaman.
 Tidak perlu membayar balik  Kos modal yang rendah dan
dan tidak perlu membayar faedah yang dibayar dapat
faedah. ditolak daripada cukai.
 Pemilik mempunyai kuasa  Kuasa pengurusan syarikat
untuk melantik pihak tidak akan diganggu oleh
pengurusan. pemiutang.
Kelemahan  Memakan masa yang panjang  Perlu membayar balik pokok
untuk menerbitkan saham. pinjaman pada masa yang
 Kos modal yang lebih tinggi ditetapkan.
kerana dividen yang dibayar  Meningkat perbelanjaan
tidak dapat ditolak daripada syarikat dengan kadar bunga
cukai. pinjaman yang tinggi.
 Sukar untuk mendapatkan dana  Tindakan undang-undang oleh
yang cukup jika ekonomi tidak pembiaya / pihak kewangan
baik dan prestasi syarikat tidak jika gagal membayar pinjaman.
menggalakkan.
Jenis  Saham biasa  Pembiayaan hutang jangka
 Perolehan tertahan panjang
 Pembiayaan hutang jangka
pendek
Contoh  Syer yang diterbitkan oleh  Bon – kemudahan pinjaman
syarikat untuk mendapatkan yang mana peminjam

Misha/smkk/2020 72
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

dana daripada pelabur atau menerbitkan sekuriti hutang


pemilik syarikat [jangka pjg]
 Debentur – pinjaman yang
diperoleh melalui terbitan
sekuriti kepada orang awam
oleh syarikat swasta [jgka pjg]
 Overdraf – pinjaman jangka
pendek
 Pemfaktoran – pinjaman jangka
pendek
 Penerimaan jurubank –
pinjaman jangka pendek
 Trust receipt – pinjaman jangka
pendek
 Pinjaman berjangka – pinajman
jangka pendek yang diberi
kepada syarikat untuk
membayar dalam bentuk
berkala.

4.3.2 Jenis-Jenis Pembiayaan Hutang


Fakta Pembiayaan jangka pendek – Pembiayaan jangka panjang -
stpm’00-s6b stpm02-1e
Definisi Pinjaman yang perlu dijelaskan Pinjaman yang mempunyai tempoh
dalam tempoh kurang dari satu matang melebihi satu tahun.
tahun.
Jenis pinjaman 1. Kredit dagangan 1. Pinjaman tetap atau
2. Kredit pusingan bertempoh
3. Overdraf 2. Terbitan sekuriti
4. Surat kredit
5. Pemfaktoran
Kelebihan 1. Tempoh masa pendek – 1. Pinjaman yang banyak
senang mengawal membolehkan syarikat
penggunaan. menggunakan untuk pelaburan
2. Tidak memerlukan cagaran. yang menguntungkan.
3. Kos memproses adalah 2. Tempoh yang diberi untuk
rendah. membayar balik adalah lebih
4. Tidak mengambil masa yang lama.
agak lama. 3. Dapat mengembangkan
5. Mudah untuk membayar balik perniagaan dengan lebih baik.
pinjaman kadar bunga yang
rendah. Stpm – 00s6d

4.3.2 Penggunaan Dana


Penggunaan dana Penggunaan dana jangka Penggunaan dana jangka
mengikut keperluan masa pendek masa panjang
semasa
Digunakan untuk Digunakan untuk membiayai Membiayai perbelanjaan
Misha/smkk/2020 73
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

membiayai keperluan keperluan modal kerja. Cth modal, iaitu pelaburan dalam
semasa termasuk perbelanjaan operasi aset tetap seperti membeli
menyelesaikan akaun perniagaan seperti belian tanah, bangunan, jentera dan
belum bayar. bahan mentah, belanja am dan kenderaan.
pentadbiran, kadar bayaran,
belanja am, belanja sewa dan
sebagainya.

4.4 Perancangan kewangan (Bajet)


Fakta Huraian
Definisi Suatu perancangan kewangan yang menganggarkan penerimaan tunai
dan pembayaran tunai bagi beberapa tempoh yang telah ditetapkan.
Kegunaan/kepentingan 1. Dapat mengukur keupayaan untuk berniaga
belanjawan tunai 2. Penerimaan wang tunai dapat dianggarkan
3. Dapat merancang pelaburan pelaburan secara teratur sekiranya
terdapat lebihan wang tunai
4. Sebagai panduan untuk perbelanjaan sebenar.
Penerimaan tunai  Pendapatan yang diterima secara tunai hasil daripada operasi
jualan, syarat kredit dan penerimaan hutang.
Pembayaran tunai  Segala perbelanjaan tunai yang dikeluarkan untuk menampung
operasi perniagaan seperti pembayaran gaji, deposit bahan
mentah dan pembayaran hutang kepada pemiutang.
Lebihan tunai  Aliran tunai bersih diperolehi apabila penerimaan tunai melebihi
daripada pembayaran tunai.
 Ini dikenali sebagai lebihan tunai.
Kurangan tunai  Berlaku apabila jumlah pembayaran tunai melebihi daripada
jumlah penerimaan tunai .
 Ini dikenali sebagai kurangan tunai atau defisit tunai.
Kebaikan lebihan tunai 1. Syarikat mampu mengembangkan perniagaan.
2. Mampu melaburkan modal dalam pelaburan yang boleh membawa
keuntungan.
3. Pegangan tunai syarikat adalah kukuh membolehkan syarikat
mencari peluang perniagaan lain.
Langkah kurangan tunai – 1. jualan secara tunai
 perniagaan sepatutnya menjalankan aktiviti jualan secara
tunai
 dapat meningkatkan aliran tunai ke dalam perniagaan
2. Tempoh jualan kredit
 sekiranya pengurus menjalankan jualan kredit perlu tetapkan
tempoh yang pendek kepada pembekal
 tempoh bayaran pendek dapat meningkatkan aliran masuk
tunai dalam perniagaan.
3. Belian kredit
 Syarikat boleh membuat pinjaman jangka pendek iaitu
overdraf bank bagi menampung aliran tunai syarikat.
4. Memendekkan kredit penghutang jadi syarikat dapat mengumpul
tunai dengan cepat.

Misha/smkk/2020 74
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

5. Melambatkan pembayaran hutang kepada penghutang


membolehkan syarikat menggunakan dana yang ada untuk
keperluan yang lebih penting.
6. Mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting.
7. Membuat jualan secara tunai dan mengurangkan jualan kredit.
Sumber penerimaan tunai (a) Jualan tunai
(b) Kutipan daripada penghutang
(c) Jualan aset tetap
(d) Penerimaan faedah
(e) Terbitan saham
Sumber pembayaran tunai (a) Bayaran kepada pemiutang
(b) Perbelanjaan modal
(c) Kos overhead
(d) Cukai pendapatan dan insurans

Contoh Penyata Aliran Tunai.


BELANJAWAN TUNAI UNTUK TIGA BULAN MULAI FEBRUARI HINGGA APRIL 2006
PERKARA FEB MAC APRIL
A. Penerimaan Tunai
Jualan tunai 24000 32000 20000
Penghutang 80000 96000 128000
Jualan lori lama 5000
Jumlah penerimaan tunai 109000 128000 148000
B. Pembayaran Tunai
Belian tunai 40000 30000 30000
Pemiutang 35000 40000 30000
Belanja Upah 12000 16000 10000
Belanja pengangkutan 4000 4000 4000
Belanja pentadbiran 25000 25000 25000
Pembelian lori dan ansuran 12000 2000 2000
Jumlah Pembayaran Tunai 128000 117000 101000
C. Aliran Tunai bersih (19000) 11000 47000
D. + Baki tunai awal 10000 (9000) 2000
E. Lebihan (kurangan) tunai (9000) 2000 49000

4.5 Pengurusan Risiko dan Insurans


4.5.1 Pengurusan Risiko Dan Kepentingannya
Definisi  Suatu kontrak atau perjanjian ganti rugi antara penginsurans dengan
sidinsurans dimana penginsurans memberikan perlindungan insurans
kepada sidinsurans dan sebagai balasan sidinsurans membuat bayaran
berkala kepada penginsurans.
Peranan  Memberi perlindungan dan jaminan kepada perniagaan daripada risiko
kebakaran, kemalangan, kecurian dan lain-lain risiko.
 Memberi pampasan kepada perniagaan yang diinsuran untuk menutupi
kerugian yang dialami apabila berlakunya risiko yang diinsuranskan.
 Memberi sumbangan kepada negara dengan membuka peluang pekerjaan
Misha/smkk/2020 75
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

kepada rakyat .
Risiko insurans  Ada dua jenis risiko iaitu:
1. risiko yang boleh dinsuranskan
- risiko yang kemungkinan berlakunya dapat ditentukan secara kaedah
statistik atau perangkaan.
- Cth : kematian, kebakaran, kemalangan, ketidakjujuran atau pecah
amanah dan kecurian
2. risiko yang tidak boleh diinsuranskan.
- Risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat ditentukan secara
perangkaan.
- Cth : kes bencana alam, kemarau, gunung berapi, peperangan, hutang
lapuk dan kemelesetan ekonomi
Prinisp insurans a. Prinisp kepentingan yang boleh diinsuranskan.
b. Prinsip penuh percaya.
c. Prinsip ganti rugi.
d. Prinsip doktrin punca terdekat.
Tambahan  Ada tiga tambahan prinsip insurans iaitu:
prinsip insurans 1. prinsip caruman –
2. prinsip subrogasi –
3. prinsip insurans limpah
Prinisp takaful  Insurans secara islam berlandaskan prinsip al-mudharabah iaitu perjanjian
perkongsian.
 Al- mudharabah – perkongsian untung – berhak mendapat untung daripada
bahagian tabungan atas pelaburan.
 Al-tabarru’ – konsep bersedekah – sebahagian daripada untung yang
diperoleh akan disedekahkan kepada rakan peserta yang menghadapi
musibah.
 Insurans konvensional wujud unsur-unsur yang tidak mengikut hukum
syariat islam kerana:
1. Al-gharar (tiada penjelasan dalam perjanjian) tidak diberitahu
bagaimana wang mereka dilaburkan.
2. Al –maisir (perjudian) butiran perjanjian tidak jelas timbul unsur-unsur
ketidakpastian yang sering menggalakkan spekualsi dan perjudian.
3. Al-riba(bunga/faedah) pelaburan yang melibatkan bunga dan faedah
yang dilarang oleh islam.
Jenis-jenis  Dua jenis insurans iaitu :-
insurans 1. insurans am
2. insurans hayat
 Insurans am:
1. Insurans kemalangan peribadi
a. Insurans pampasan pekerja
b. Insurans liabiliti awam
2. Insurans kenderaan bermotor
3. Insurans kebakaran
4. Insurans perkapalan/penerbangan
 Insurans hayat
1. Insurans nyawa
2. insurans penyakit
Misha/smkk/2020 76
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

3. hilang upaya
4. kematian
5. pendapatan semasa persaraan
Bentuk Ganti 1. Penginsurans akan membayar dalam bentuk tunai setimpal dengan jumlah
rugi kerosakan ataupun melindungi kos tersebut.
2. Menggantikan barang yang rosak atau hilang dengan barangan baru.
3. Pembaikan kerosakan iaitu syarikat insurans akan membayar terus kepada
syarikat yang membaiki kerosakan yang dialami oleh sidinsurans.
4. Pembinaan semula bangunan yang musnah akibat kebakaran.

4.5.2 Jenis Risiko insurans

Bi Risiko boleh diinsuranskan Risiko tidak boleh diinsuranskan


l
1 Risiko yang mempunyai kekerapan Risiko yang mempunyai kekerapan kejadian yang
kejadian yang dapat dijangka dan diramal tidak boleh dijangka.
berasaskan pengalaman lalu.
2 Penginsurans dapat menentukan premium Penginsurans tidak dapat menentukan premium
dengan menggunakan maklumat statistik kerana tidak mempunyai maklumat statistik.
yang dapat dikumpul.
3 Contoh : kebakaran, kemalangan, kecurian Contoh : peperangan, gempa bumi, kemelesetan
dan lain-lain. ekonomi dan lain-lain.

4.5.3 Prinsip-prinsip Insurans

Fakta Huraian Contoh


Ganti rugi  Merujuk pemberian ganti rugi atau Tiga prinsip ganti rugi tambahan:
pampasan mengikut nilai lindungan 1. caruman dan sumbangan
atau nilai kerugian yang dialami sahaja. 2. subrogasi
 Jumlah ganti rugi yang dibayar adalah 3. limpah
nilai yang terendah antara nilai
lindungan iaitu jumlah nilai ganti rugi
sahaja.

Doktrin punca  Perlindungan yang diberi bagi kerugian Ali membeli insurans kebakaran
terdekat yang dialami atas risiko yang namun gudangnya mengalami
diinsuranskan sahaja. kecurian maka Ali tidak layak
 Kerugian yang dialami bukan dari mendapat ganti rugi kecurian
risiko yang diinsuranskan tidak akan kerana tidak dilindungi.
dibayar ganti rugi.
Kepentingan  Menekankan sidiinsurans mesti A tidak boleh menuntut ganti rugi
boleh mempunyai kepentingan ke atas harta bagi kereta B kerana tidak
diinsuranskan atau nyawa yang diinsuranskan. mempunyai hubungan dengannya
 Bermaksud sidinsurans akan kerana A tidak mengalami kerugian
mengalami kerugian jika risiko yang sebaliknya kereta B.
diinsuranskan itu berlaku.
Misha/smkk/2020 77
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Penuh percaya  Memerlukan sikap jujur antara A menuntu ganti rugi keatas risiko
mutlak penginsurans dan sidinsurans dalam kesihatan dirinya dan A telah
memberi maklumat. menyembunyikan penyakit kronik
 Ganti rugi tidak akan diberi jika yang dihadapi maka pihak
maklumat yang diterima oleh pengisurans tidak akan memberi
penginsurans adalah tidak benar ganti rugi tersebut keran A
menyembunyikan maklumat diri.

ANALISIS SOALAN STPM

STPM 2013 Sem 1


1. Berikan maksud penyata pendapatan dan penyata aliran dana dan jelaskan dua kegunaan bagi
setiap penyata tersebut.
[6]
2. Jelaskan prinsip kepentingan yang boleh diinsuranskan dan berikan satu contoh bagaimana
prinsip ini boleh diguna pakai oleh syarikat insurans.
[4]

STPM 2014/U2013
1. Huraikan tiga kegunaan penyata kewangan bagi sesebuah syarikat.
[6]
2. Berikan empat elemen bajet tunai.
[4]

STPM U2014
1. Senaraikan empat tindakan bagi mengatasi kekurangan tunai.
[4]

STPM 2015
1. Senaraikan empat kepentingan pengurus kewangan.
[4]

STPM 2016/U2015
1. Berikut ialah maklumat aset dan liabiliti Syarikat BSS Sdn bhd pada 31 Disember 2013:
Jumlah aset semasa RM 55 800
Jumlah aset tetap RM 31 500
Liabiliti semasa RM 22 000
Inventori RM 8 500
Liabiliti jangka panjang RM 15 200
Akaun belum terima RM 10 800
Jualan RM 49 000
Kos barang dijual RM 23 400

Berdasarkan maklumat di atas, hitung nisbah yang berikut:


(i) Nisbah semasa [2]
(ii) Nisbah cepat [2]

Misha/smkk/2020 78
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

(iii) Pusing ganti inventori [2]

STPM 2017/U16
1. Huraikan tiga prinsip insurans.
[6]
2. Huraikan dua kaitan antara fungsi unit kewangan dengan fungsi unit perakaunan.
[4]

STPM 2018/U17
1. Huraikan tiga peranan pengurus kewangan terhadap fungsi pengurusan perniagaan yang
lain, [6]
2. Jelaskan nisbah kewangan seperti berikut:
(i) Nisbah kecairan [2]
(ii) Nisbah kecekapan [2]

I-THINK : PETA MINDA

1. Nyatakan enam cara mengatasi masalah kurangan tunai.


[6]

LANGKAH
MENGATASI
MASALAH TUNAI

3. Nyatakan tiga prinsip tambahan bagi memastikan prinsip ganti rugi dipatuhi. [3]
a.
b.
c.

Aktiviti PA21/PTS
1. Round Table
2. Share Your View
3. Gallery Walk

Misha/smkk/2020 79
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

5.0 Sumber Manusia


5.1 Pengurusan Sumber Manusia

Definisi : Merujuk kepada penerapan objektif, falsafah, polisi, amalan dan prosedur yang dilakukan
oleh organisasi dalam pengurusan sumber manusia

5.2 Kepentingan pengurusan Sumber Manusia


1. merancang keperluan sumber manusia supaya organisasi mempunyai bilangan tenaga pekerja
yang cukup bagi memastikan aktiviti pengeluaran berjalan dengan lancar.
2. Memastikan pengambilan tenaga pekerja yang bersesuaian dan dipilih mengikut kemahiran
dan keperluan syarikat.
3. membangunkan sistem pembayaran ganjaran dan pampasan yang adil bagi memastikan tahap
motivasi pekerja adalah tinggi.
4. merancang skim kesihatan dan keselamatan
5. menyediakan program latihan dan pembangunan yang dapat meningkatkan daya saing pekerja

Misha/smkk/2020 80
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

ke arah pencapaian matlamat.

5.3 Peranan Pengurus Sumber Manusia

Fakta Huraian
 Menjaga perhubungan pekerja dan industri.
 Mewakili organisasi untuk menyelesaikan pertikaian industri dan kesatuan
Pengantara sekerja.
 Perhubungan antara pekerja dan organisasi akan disampaikan oleh pengurus
sumber manusia.
 Menilai prestasi pekerja.
 Mentadbir sistem ganjaran sama ada sesuai untuk menarik pekerja lain
Penilai prestasi
menyertai organisasi dan memastikan pekerja yang cekap dapat di kekalkan
dalam organisasi.
 Menyusun program keselamatan dan menyiasat kemalangan.
Penyelaras
 Mengawal perkhidmatan kesihatan pekerja.
 Menjalankan latihan dan pembangunan.
Fasilitator
 Menjamin syarikat mempunyai tenaga kerja yang cekap.
Perancang  Merancang hal-hal penstafan seperti mengambil atau memberhentikan
program pekerja, membayar gaji.
penstafan  Memastikan keperluan tenaga kerja adalah berdasarkan rancangan.

5.4 Fungsi Jabatan Sumber Manusia

Fakta Huraian
 Menyediakan penghuraian kerja dan spesifikasi pekerja bagi
Melakukan
mengenalpastikan pekerja yang sesuai dengan tugas tertentu.
pengambilan dan
 Menyediakan data tentang keperluan dan jenis sumber manusia pada masa
pemilihan pekerja
depan untuk mendapatkan calon yang layak untuk mengisi sesuatu jawatan.
Mewujudkan  Mengenalpasti dan menguruskan ketidakpuasan pekerja.
perhubungan  Mengadakan perundingan bersama untuk mencari penyelesaian dan
industri yang baik mengekalkan hubungan baik dengan wakil kesatuan sekerja.
Memastikan  Menyusun program keselamatan dan kesihatan.
keselamatan dan  Menyiasat kemalangan tempat kerja dan mengawal perkhidmatan kesihatan
kesihatan pekerja pekerja.
 Melibatkan pelaksanaan program induksi untuk pekerja baharu
Latihan dan  Program latihan kemahiran untuk pekerja sedia ada dan pekerja baharu
pembangunan  Meningkatkan keupayaan dan kebolehan pekerja untuk menerima
tanggungjawab baharu dalam aspek penyeliaan dan pengurusan organisasi
Mengadakan  Membentuk satu struktur upah dan mewujudkan skim insentif.
sistem ganjaran  Mengadakan khidmat nasihat tentang faedah sampingan.

5.5 Cabaran Pengurusan Sumber Manusia

Misha/smkk/2020 81
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Fakta Huraian
 Pekerja perlu sentiasa diberi latihan untuk meningkatkan kemahiran seiring
Perubahan
dengan perubahan teknologi.
teknologi
 Memastikan pekerja dapat berdaya saing bagi mencapai matlamat organisasi.
 Pengurus perlu memastikan keperluan pusat penjagaan kanak-kanak, masa
Peningkatan
bekerja yang lebih fleksibel dan lain-lain kemudahan.
peranan wanita
 Perlu memberi perhatian terhadap masalah diskriminasi jantina, gangguan
disektor pekerjaan
seksual dan masalah lain yang menjejaskan prestasi wanita.
 Pengambilan buruh asing yang berlainan budaya dan latar belakang semakin
diperlukan.
Migrasi buruh  Pengurus perlu memberi latihan dan mendedahkan budaya organisasi dan
negara syarikat kepada buruh asing supaya dapat menyesuaikan diri dengan
organisasi.
 Pengurus perlu memastikan peluang kenaikan pangkat, peluang pekerjaan
dan peluang lain yang sama diberi kepada semua pekerja tidak kira jantina,
Kepelbagaian
kaum, golongan tidak bernasib baik dan lain-lain.
tenaga kerja
 Dilakukan berdasarkan kemahiran dan kebolehan memberi sumbangan
kepada organisasi.
 Struktur organisasi berubah mengikut keperluan.
Penstrukturan
 Perubahan dalam bidang tugas sentiasa berlaku untuk mempertingkatkan
semula organisasi
kemahiran pekerja untuk disesuaikan dengan perubahan.
 Kehadiran buruh asing yang begitu banyak dan datang dari pelbagai budaya
dan latar belakang menyebabkan pihak pengurusan perlu merancang
Buruh asing memberi latihan dan pembangunan yang sesuai.
 Contoh latihan berkomunikasi, latihan sikap dan sahsiah diri mengikut
budaya timur dan sebagainya
 Pihak majikan terikat dengan pengambilan buruh mengikut Akta Buruh dan
Penguatkuasaan
perlu mematuhi garis panduan yang telah diberi oleh kerajaan
undang-undang
 Pengambilan buruh asing pelru mengikut undang-undang yang ketat oleh
buruh yang ketat
kerajaan
 Pekerja perlu sentiasa dilatih bagi memastikan mereka berdaya saing dengan
pekerja asing.
Globalisasi
 Perlu prihatin dengan mobiliti pekerja, masalah sosial pekerja asing dan
masalah lain yang membawa kepada kesan negatif kepada organisasi.

5.6 Pengurusan Sumber Manusia Strategik


1. Menarik pengambilan sumber manusia mengikut keperluan semasa oleh organisasi dalam
jangka pendek atau jangka masa panjang
2. Membangunkan latihan dan pembangunan sumber manusia berdasarkan keperluan pekerja
dan organisasi
3. Mengekalkan tenaga sumber manusia dengan kenaikan pangkat mengikut penilaian prestasi
dan mengikut kadar upah dan ganjaran yang sesuai.

5.2 Perancangan Sumber Manusia


Definisi
Misha/smkk/2020 82
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Proses mengkaji keperluan sumber manusia organisasi dan menyusun langkah-langkah


untuk memenuhi permintaan ini.

5.2.1 Proses Perancangan Sumber Manusia – sem 1-2013

Bil Fakta Huraian


1 Melaksanakan analisis  Melibatkan huraian kerja dan speseifikasi kerja
kerja
2 Penentuan keperluan  Meramal sumber tenaga kerja dalaman dan luaran
 Meramal keperluan organisasi dari aspek kuantiti dan kualiti
pekerja
 Menggunakan carta penggantian atau inventori kemahiran
untuk menentukan keperluan organisasi terhadap sumber
manusia.
3 Mengambil tindakan bagi  Merekrut pekerja baru bagi mengisi kekosongan jawatan
memenuhi keperluan  Memberi latihan tambahan bagi pekerja yang kurang cekap
yang telah dikenalpasti  Membenarkan pekerja bekerja lebih masa apabila ada
tempahan tambahan

5.2.2 Kaedah penentuan keperluan sumber manusia


Fakta Huraian Contoh
Meramal sumber Merujuk kepada pekerja yang Kerani, ketua stor yang ada
dalaman sedang berkhidmat dalam peluang untuk kenaikan pangkat
organisasi dan sebagainya
Meramal sumber luaran Merujuk kepada calon atau Siswa atau pekerja dari syarikat
pekerja dari luar organisasi lain yang berminat mengisi
kekosongan jawatan dalam
syarikat tersebut
Carta penggantian Satu teknik peramalan sumber Jadual penggantian.
manusia yang menghuraikan
struktur sesebuah organisasi
berkaitan dengan pelbagai
pekerjaan pengurusan dan
profesional
Inventori kemahiran Pusat pengumpulan data pekerja
yang mengandungi aspek
kemahiran, kebolehan, minat
kerjaya dan pengalaman pekerja.

Faktor-Faktor Penentuan Keperluan Sumber Manusia:


Fakta Huraian
Perubahan teknologi Dengan perkembangan teknologi maklumat dan bidang sains tenaga
kerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT semakin
diperlukan
Perubahan sosioekonomi Keadaan ekonomi mempengaruhi pengambilan tenaga buruh. Ekonomi
meleset pengurangan sumber manusia berlaku
Jika ekonomi meningkat pengambilan sumber manusia meningkat
Pertumbuhan perniagaan Jika terdapat banyak syarikat mejalankan perniagaan baharu maka
permintaan terhadap tenaga kerja akan meningkat.
Misha/smkk/2020 83
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Faktor politik dan Merujuk kepada tindakan pemimpin dan anggota pentadbiran negara.
perundangan Berkaitan dengan dasar kerajaan kepada masyarakat dan boleh
mempengaruhi operasi perniagaan.
Contoh: dasar penswastaan dan dasar industri berat mempengaruhi
pengambil pekerja yang mahir dalam bidang berkaitan.
Pengurangan Penamatan kontrak adalah keputusan yang diambil oleh majikan
perkhidmatan dalam menamatkan kontrak pekerja. Penamatan pekerja ini
membolehkan majikan mengambil pekerja baru dan memilih pekerja
yang lebih mahir

5.2.3 Pengambilan Sumber Manusia


5.2.3.1 Proses pengambilan sumber manusia

Fakta Huraian Contoh


1. Menarik minat Aktiviti yang dilakukan oleh Tindakan menarik minat:
pengurusan sumber manusia bagi 1. Iklan
menarik minat bakal calon pekerja 2. Hebahan umum
untuk berkhidmat dalam sesebuah 3. Head-hunting
organisasi. 4. Walk-in

2. Pemilihan* Proses membuat pemilihan atau Proses pemilihan:


pengambilan pekerja yang terbaik 1. Borang permohonan
dan memenuhi syarat daripada 2. Semakan rujukan
sejumlah calon yang telah 3. Temu duga
memohon untuk mengisi jawatan 4. Ujian penilaian / pemilihan –
yang ditawarkan ujian poligraf, ujian kecerdasan,
ujian fizikal, ujian trengkas, ujian
kesihatan, ujian penglihatan dan
ujian
3. Penawaran kerja Dilakukan selepas selesai proses Mengadakan sesi temuduga atau ujian
pemilihan. Pihak organisasi akan kepada calon yang ditawarkan kerja.
menawarkan kerja kepada calon Antara syarat tawaran kerja ialah:
terbaik atau paling layak dengan 1. jawatan yang ditawarkan
menghantar tawaran rasmi kepada 2. tarikh mula bekerja
calon tersebut. 3. gaji
4. waktu bekera
5. faedah/ganjaran sampingan
6. syarat2/peraturan kerja
7. sumbangan kwsp
8. cuti tahunan dan cuti sakit
4. Induksi* Kursus atau program orientasi Contoh :
yang diadakan untuk pekerja  Melawat persekitaran organisasi
baharu.  Suai kenal dengan staf lama
Tujuan induksi:  Pendedahan dengan tugas dan
1. mengurangkan perasaan huraian kerja
bimbang dalam kalangan pekerja
baharu

Misha/smkk/2020 84
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

2. memupuk hubungan yang


harmoni dalam kalangan pekerja
3. meningkatkan keyakinan bekerja
dan membentuk tanggapan yang
positif

Sumber tenaga buruh


Jenis sumber-sumber tenaga buruh

Sumber dalaman Sumber luaran


 Terdiri daripada pekerja yangsedang  Terdiri daripada tenaga luaran daripada individu
bekerja dengan organisasi berkenaan. yang tidak bekerja dalam organisasi berkenaan.
 Diperolehi dengan menampal notis  Terdiri daripada pelajar-pelajar, penduduk-
keperluan pekerja atau kenaikan penduduk di kawasan kampung, pekerja-pekerja
pangkat atau gantian kepada pekerja luar dan individu yang mengiklan.
yang akan bersara.  Diperolehi dengan mengiklan dalam surat khabar,
mendapatkan khidmat agensi perunding.
 Pengambilan siswazah yang akan menamatkan
pengajian di institusi pengajian tinggi.
Kebaikan Kebaikan
1. Tidak memerlukan kos yang 1. Idea baru.
banyak. 2. Pekerja yang lebih berpengetahuan dalam
2. Pekerja yang sedia ada memenuhi penggunaan teknologi.
keperluan pihak pengurusan. 3. Lebih produktif.
3. Pekerja lebih mahir dan setia.
4. Pekerja yang sedia ada mempunyai
pengalaman yang luas dan
berkemahiran.
5. Pengetahuan yang sedia ada
pekerja tidak memerlukan latihan
dan pembangunan yang khusus.
Kelemahan Kelemahan
1. Memiliki idea lama yang mungkin 1. Kos meningkat bagi latihan dan
memberi kebosanan kepada syarikat. pembangunan pekerja.
2. Pekerja yang tidak produktif. 2. Perlukan orientasi kerja.
3. Kurang bermotivasi dalam 3. Mengambil masa yang agak lama untuk
melaksanakan tugas disebabkan mahir.
menjadi kebiasaan dalam melakukan 4. Kesilapan dan kelemahan pekerja akan
kerja. berlaku pada peringkat awal.
4. Kenaikan pangkat menyebabkan kerja 5. Pekerja yang tidak setia.
yang ditinggalkan kosong dan tiada
yang layak.
5. Pekerja lebih dikenali dan disenangi.

Misha/smkk/2020 85
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

6. Mudah membuat perancangan jangka


panjang bagi pembangunan kerjaya
pekerja.

Aspek Pemilihan*
Proses pemilihan pekerja
Fakta Huraian
Borang  Merupakan borang yang ringkas dan padat.
pemohonan  Memberikan maklumat tentang butir-butir peribadi pemohon.
 Kelayakan akademik dan ikhtisas.
 Pengalaman kerja pemohon.
 Minat dan kegiatan sosial yang diserta.
Semakan  Pemohon diminta menyenaraikan inidvidu-indiviu tertentu dalam borang
rujukan permohonan bagi tujuan semakan rujukan.
 Syarikat akan menghubungi sumber-sumber yang diberikan bagi mengesahkan
maklumat yang diberikan oleh pemohon diberikan adalah betul.
Temuduga  Proses pertukaran maklumat antara pihak organisasi dengan calon yang
memenuhi syarat jawatan.
 Pengurus akan mengambil semua maklumat berhubung dengan pengalaman,
kemahiran, komunikasi, personaliti calon dan idea.
 Calon juga dimaklumkan akan tugas dan gaji serta waktu berkeja dan suasana
tempat kerja.
Ujian  Bagi mengenalpasti calon yang benar-benar memiliki pengetahuan, kebolehan,
kemahiran dan keupayaan yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan
yang ditawarkan.
 Boleh dijalankan secara objektif dan praktikal.
 Contoh ujian kecerdasan fizikal calon, ujian kepantasan dalam menaip dan ujian
kognittif iaitu mengukur keupayaan pengetahuan calon.

Penawaran kerja*
Calon akan dimaklumkan mengenai syarat perkhidmatan dalam surat tawaran tersebut. Maklumat yang
lazim terapat dalam surat tawaran adalah seperti berikut:
a) Nama jawatan
b) Tempoh percubaan dan pengesahan jawatan
c) Gaji yang bakal diterima oleh calon
d) Faedah dan ganjaran
e) Tempat kerja dan waktu bekerja
f) Hak majikan dan pekerja seperti pemberian notis penamatan perkhidmatan

Induksi
Merupakan satu kursus yang diberikan kepada pekerja yang baru mendapat pekerjaan atau diberikan
tanggungjawab baru supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan dan memahami
persekitaran organisasi.

Tujuan program induksi


a) Membantu pekerja menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran tempat kerja yang baharu
b) Memperkenalkan pekerja baru kepada ketua dan pekerja lain

Misha/smkk/2020 86
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

c) Menerangkan polisi, prosedur dan peraturan organisasi kepada pekerja


d) Menerangkan struktur organisasi kepada pekerja
e) Menerangkan aspek-aspek penting yang berkaitan dengan skop kerja atau jawatan kepada
pekerja.
Kandungan program
a) Berkaitan dengan maklumat organisasi
b) Pekerja diperkenalkan kepada pihak pengurusan bawahan dan atasan
c) Pekerja akan diberi penerangan berkaitan dengan ganjaran, insentif kewangan dan bukan
kewangan
d) Pekerja akan diberi penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab kerja, waktu bekerja,
keadaan tempat kerja dan syarat perkhidmatan pekerja
Masalah pelaksanaan
a) Penceramah kurang berpengalaman dalam menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan
program termasuklah keupayaan untuk menggunakan bahasa yang jelas, menarik dan mudah
difahami supaya tidak membosankan pekerja
b) Penyelia mungkin tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya untuk memberi kebenaran
kepada pekerja mereka dalam menyertai program induksi
c) Kekurangan maklumat dan pegetahuan pegawai induksi mengenai perkara tertentu
d) Program induksi melibatkan kos pengendalian yang tinggi seperti perbelanjaan untuk
menempah tempat induski, bayaran kepada penceramah, penginapan dan bahan makluamat
yang perlu dicetak
e) Proses pengambilan pekerja yang berterusan dalam organisasi menyukarkan pihak
pengurusan untuk memilih masa yang sesuai bagi mengadakan program induksi

5.3 Latihan Dan Pembangunan


5.3.1 Maksud:
Proses peningkatan kemahiran untuk memenuhi keperluan semasa yang boleh menyumbang ke arah
pencapaian matlamat organisasi dan keperluan unutk memenuhi masa hadapan.

5.3.2 Peranan dan kepentingan


Fakta Huraian
Meningkatkan  Latihan yang mencukupi mebolehkan pekerja mendapat kemahiran
produktiviti pekerja untuk meningkatkan produktiviti kerja.
 Kerja lebih cekap dan dapat mengurangkan kesilapan.
 Produktiviti meningkat.
Meningkatkan  Kerja dapat dilakukan oleh pekerja.
kepuasan kerja  Pekerja mendapat kepuasan kerja yang dibuat berjaya di capai.
Meningkatkan motivasi  Dapat meningkatkan motivasi pekerja dengan latihan yang diberi.
pekerja  Perkeja lebih bersemangat untuk melakukan kerja.

Merasakan bahawa  Pekerja rasa dihargai latihan yang diberikan meningkatkan


mereka dihargai penghargaan syarikat kepada pekerja.

5.3.3 Faedah program latihan kepada syarikat ialah:


1. Dapat mengekalkan pekerja yang terbaik.
2. Membentuk reputasi sebagai organisasi yang mementingkan aspek pembangunan
pekerja.

Misha/smkk/2020 87
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

3. Mengurangkan kesilapan pekerja dan meningkatkan motivasi pekerja.

5.3.4 Pembentukan dan pelaksanaan program

Fakta Huraian
Penilaian keperluan  Keperluan kepada organisasi – keperluan keseluruhan organisasi
latihan dengan kumpulan dan budaya kerja.
o Kelemahan organisasi.
o Kekaburan tentang visi dan misi
o Kekaburan tentang strategi organisasi
o Keperluan latihan bagi setiap jabatan
o Perubahan objektif organisasi
o Kekurangan daya saing organisasi
 Keperluan kepada pekerjaan – berkaitan dengan pengetahuan dan
kemahiran sesuatu pekerjaan.
o Perubahan fungsi kerja
o Perubahan teknologi
o Perbezaan kemahiran yang diperlukan
o Keperluan untuk meningkatkan standard prestasi
 Keperluan kepada individu – merujuk kecekapan pekerja
o Pekerja tidak mencapai prestasi yang ditetapkan
o Rungutan daripada pelanggan terhadap individu
tertentu
o Pembangunan kerjaya individu
Objektif latihan  Objektif latihan perlu ditetapkan
 Bentuk objektif dapat membantu bentuk program latihan yang
akan diberikan, jenis-jenis kemahiran yang akan diajar, bilangan
individu terlibat, jangka masa latihan dan kandungan latihan.
Pelaksanaan program  Ada 4 langkah iaitu
o Memilih pelatih
o Menentukan kurikulum latihan
o Menentukan belanjawan atau perbelanjaan latihan
o Memilih jurulatih
Penilaian  Dilakukan untuk menentukan sama ada program latihan mencapai
objektif latihan atau tidak.
 Sama ada berlaku perubahan yang positif atau sebaliknya kepada
organisasi dan juga perubahan sikap pekerja.

5.3.5 Jenis Latihan Yang Dikendalikan


Fakta Huraian
Latihan sambil  Pelatih dilatih sambil menjalankan kerja itu sendiri.
bekerja  Pelatih dapat mengetahui kesilapan yang dibuat.
Pusingan kerja  Menukarkan pekerja kepada pekerjaan yang lain selepas
melakukan pekerjaan yang sama selama beberapa tempoh
yang ditetapkan.
Tugas-tugas khas  Pekerja diberi tugas-tuags tertentu yang mencabar kebolehan

Misha/smkk/2020 88
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

dan kemahiran pekerja tersebut.


Latihan perantisan  Pekerja baru akan bekerja dengan pekerja yang lebih mahir
dan melihat bagaimana mereka bekerja.
 Sesuai untuk juruteknik.
Latihan di luar kerja  Pekerja boleh menghadiri kursus atau seminar seperti seminar
motivasi, kepimpinan,pengurusan ketengangan dan
sebagainya.
Kaedah simulasi  Pelatih akan mempelajari teknik bekerja sebenar dengan
menggunakan model yang sama dengan peralatan sebenar
seperti juruterbang.
Teknik alat pandang  Penggunaan alat-alat yang bleh membantu pelatih
dengar meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam
bidang kerja.
 Seperti video, internet dan sebagainya.

5.4 Penilaian Prestasi

A. Definisi
 Penilaian yang dibuat secara sistematik terhadap kemampuan pekerja untuk mencapai
standard pekerjaan yang telah ditetapkan.

B. Peranan dan kepentingan/ faedah – stpm 2000s1f/2001s2b

Fakta Huraian
Ganjaran pampasan  Menjadi satu asas kukuh dalam kenaikan pangkat, kenaikan
gaji dan pemberian bonus.
Kawalan sumber  Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan
manusia tepat berkaitan dengan pemberhentian dan amaran kepada
pekerja, penentuan bidang kerja dan penentuan
tanggungjawab.
Latihan dan  Menentukan keperluan bidang kerja, latihan, tujuan diadakan
pembangunan dan tempoh percubaan bagi pekerja baru.
Maklum balas  Dapat memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang
keberkesanan pemilihan, latihan dan prestasi pekerja.
Perancangan organisasi  Laporan prestasi pekerja memberi maklumat kepada pihak
pengurusan tentang kekuatan sumber manusia yang ada untuk
perkembangan organisasi masa depan.

C. Ciri-ciri penilaian yang berkesan – stpm2001s2b


a) Dilakukan secara berterusan
b) Berdasarkan penghuraian kerja Perlu dijelaskan dalam bentuk
ayat yang lengkap.
c) Dibuat dengan adil untuk semua
d) Penilai tahu apa yang patut dibuat
e) Penilai tahu teknik menilai dengan betul
f) Bebas dari sifat berat sebelah dan pilih kasih

Misha/smkk/2020 89
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

D. Masalah dalam penilaian dan cara mengatasi – stpm2001s2b


Masalah penilaian Langkah mengatasi
 Kurang objektif  Menetapkan piawai.
o Penilaian prestasi sukar o Piawai merupakan tanda
diukur atas perkara yang aras yang digunakan untuk
subjektif. dijadikan tahap pengukuran
o Contoh hal budi bahasa, kepada prestasi pekerja.
kerajinan dan sebagainya. o Setiap unsur yang dinilai
boleh ditetapkan mengikut
merit penilaian bagi semua
pekerja.
 Penilaian berdasarkan satu faktor  Gunakan beberapa senarai semak yang
sahaja mengandungi faktor-faktor yang diambil
o Kecenderungan memusat kira dalam proses penilaian mengikut
penilaian yang dibuat oleh jawatan dan bidang kerja.
penilai akan menimbulkan
kebimbangan kepada penilai.
 Faktor organisasi  Penyeragaman proses penilaian boleh
o Sistem penilaian prestasi ditetapkan oleh pihak organisasi supaya
organisasi yang lemah kan semua perkara dalaman dan luaran
mewujudkan semasa diambil kira dalam proses
ketidakberkesanan proses penilaian.
penilaian.
o Contoh perubahan
persekitaran dan teknologi
tidak diambil kira dalam
sistem penilaian.

5.5 Pampasan
5.5.1 Maksud:
Faedah dan ganjaran yang diberikan kepada pekerja sebagai bayaran dan nikmat setelah
memberi sumbangan tenaga dan buah fikiran kepada organisasi.

Faedah merujuk kepada pemberian majikan kepada pekerja dalam bentuk kewangan dan
bukan kewangan berdasarkan kontrak yang dipersetujui antara pekerja dengan majikan.

5.5.2 Tujuan pampasan diberikan:


1. Bertujuan untuk menarik perhatian bakal pekerja untuk berkhidmat di dalam organisasi
2. Dapat memberi motivasi kepada pekerja untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.
3. Dapat mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran
4. Dapat mengurangkan kadar lantik henti yang sering berlaku
5. Membiayai kos hidup atau sara hidup pekerja
6. Mewujudkan hubungan harmoni antara pekerja dengan majikan

5.5.3 Nilai dan bentuk ganjaran yang diberikan akan memberi kesan kepada organisasi dari segi:
 Kadar lantik henti pekerja – sama ada semakin ramai pekerja keluar atau setia dengan
organisasi
Misha/smkk/2020 90
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

 Kepuasan kerja – ganjaran yang diberi memberi kepuasan kepada pekerja


 Pengrekrutan dan pemilihan – mengurangkan atau meningkatkan proses pemilihan pekerja
 Motivasi – meningkatkan dan mengurangkan motivasi pekerja
 Pencapaian matlamat – matlamat organisas tercapai jika pekerja tidak bayak memberi
masalah kepada organisasi
 Budaya kerja – meningkatkan budaya kerja yang cemerlang jika sistem pampasan yang
diberikan meyakinkan pekerja.

5.5.4 Faedah dan ganjaran – stpm 2018

Pampasan bentuk kewangan Pampasan bentuk bukan kewangan


 Gaji – ganjaran wang yang diberi bagi  Kemudahan perubatan – diberi kepada
setiap tempoh tertentu. Contoh sebulan setiap pekerja contoh sakit bersalin, surat
 Upah – diberi berdasarkan jumlah hari cuti dan sebainya
atau jam bekerja. Berdasarkan sistem  Anugerah perkhidmatan cemerlang
upah  Kemudahan rumah dan kenderaan syarikat
 Komisen jualan – berdasarkan jumlah  Cuti bergaji tahunan, cuti sakit, cuti kahwin
jualan yang dibuat. Diberikan kepada dan sebagainya
agen jualan  Peluang melanjutkan pelajaran –
 Bonus tahunan – berdasarkan prestasi meningkatkan kerjaya pekerja
syarikat setiap tahun dan bergantung  Insuran – menjamin keselamatan pekerja
kepada jumlah keuntungan syarikat contoh insurans nyawa
pada hujung tahun  Kemudahan pakaian
 Elaun – elaun kerja lebih masa, elaun  Kemudahan surau
memangku jawatan, elaun perpindahan  Elaun makan
dan sebagainya
 Pencen – ganjaran bagi pekerja bila
tamat tempoh perkhidmatan
 Tabung KWSP - simpanan semasa
bekerja dan boleh diambil untuk akaun
tertentu sahaja sehingga tempoh
perkhidmatan tamat pekerja boleh
mengeluarkan semuanya.

5.5.5 Penentu-penentu pampasan kepada pekerja, mengikut situasi berikut:-


1. Kemampuan syarikat
o Sama ada syarikat mampu memberikan ganjaran selain daripada gaji ataupun tidak.
o Biasanya bergantung kepada jumlah keuntungan yang diperolehi syarikat dalam tahun
berkenaan.
o Ganjaran seperti bonus tahunan, elaun percutian dan sebagainya.
2. Permintaan dan penawaran buruh
o Bergantung kepada jumlah permintaan dan penawaran buruh dalam perniagaan tersebut.
Jika jumlah bilangan pekerja sedikit maka keperluan ganjaran adalah lebih dan sebaliknya.
o Jika keperluan pekerja yang kebanyakannya adalah pekerja mahir, ganjaran upah atau gaji
mungkin meningkat.
3. Ekuiti dalaman dan luaran

Misha/smkk/2020 91
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

o Keperluan ekuiti dalaman yang banyak membolehkan perniagaan memberi ganjaran yang
baik kepada pekerja.
o Jika pegangan ekuiti pelabur asing lebih banyak maka ganjaran yang diberi adalah sedikit.
4. Bentuk tugas
o Bentuk dan jenis tanggungjawab yang diberi oleh syarikat membezakan jenis ganjaran yang
diperolehi oleh pekerja.
o Jenis tugas sama ada sukar atau senang membezakan bentuk ganjaran yang diberi oleh
majikan.
5. Peraturan undang-undang kerajaan
o Undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan oleh kerajaan mempengaruhi ganjaran
yang diberi kepada pekerja.

5.6 Tindakan disiplin

Definisi : hukuman yang dikenakan terhadap pekerja yang melanggar peraturan organisasi.

Antara salah laku:


1. Ponteng kerja
2. Sering datang lewat ke tempat kerja
3. Memfitnah rakan kerja
4. Menyebarkan maklumat sulit syarikat kepada orang luar
5. Menyalahguna peralatan syarikat untuk kegunaan peribadi
6. Sengaja tidak mengikut arahan
7. Tidak menyiapkan kerja yang diberikan.

Tindakan disiplin
a) Disiplin positif – merujuk tindakan awal untuk memperbetulkan salah laku pekerja
berkenaan melalui kaunseling dan nasihat
b) Disiplin progresif – tindakan berperingkat yang dikenakan terhadap pekerja yang gagal
mengubah gelagat mereka setelah disiplin positif diberikan.

Proses disiplin :
a) Perbincangan formal
b) Amaran lisan
c) Amaran bertulis
d) Tindakan disiplin
Bentuk tindakan disiplin ialah :
1. Teguran – pihak pengurusan hanya memberi teguran kepada pekerja supaya tidak
meneruskan perbuatan yang melanggar peraturan syarikat.
2. Amaran bertulis – diberi kepada pekerja yang melanggar peraturan secara berterusan
oleh majikan.
3. Kehilangan faedah kerja – majikan boleh menarik balik faedah yang diberi kepada
pekerja berkenaan bagi menghalang pekerja meneruskan lagi perbuatan tersebut.
4. Penurunan pangkat – majikan boleh menurunkan jawatan pekerja berkenaan.
5. Pemecatan – majikan boleh memecat pekerja tersebut daripada syarikat berkenaan jika
pekerja masih meneruskan perbuatan yang boleh membawa kemerosotan prestasi kerja
dan organisasi.

Misha/smkk/2020 92
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Skim kemudahan penamatan perkhidmatan


a) Secara wajib – pekerja berumur 58 tahun (bersara wajib)
b) Sukarela – pilihan pekerja untuk bersara awal
c) Diberhentikan – pekerja ditamatkan disebabkan oleh penutupan syarikat, penyusunan
semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat.

5.7 Perhubungan Industri


Maksud : merujuk kepada hubungan antara pekerja atau kesatuan sekerja dengan majikan.

A. Peranan Dan Kepentingan


1. Mengurangkan kos yang ditanggung akibat kemalangan.
2. Memastikan kelancaran perjalanan operasi organisasi akibat kejadian kemalangan yang
diminimumkan.
3. Mengelakkan penderitaan yang dialami oleh pekerja dan keluarganya yang tidak dapat dinilai
kosnya.

Fungsi, peranan dan kepentingan kesatuan sekerja


1. Mengadakan perundingan yang melibatkan pekerja dan majikan
2. Memperjuangkan nasib pekerja dan melindungi hak pekerja
3. Mewakili pekerja dalam tindakan perusahaan
4. Menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan kepada pekerja
5. Mengekalkan faedah sedia ada

Kaedah mengekalkan hubungan harmoni antara majikan dengan pekerja – sem1/13


a) Pekerja boleh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada pihak pengurusan sebulat
suara dan berbincang tentang jalan penyelesaian
b) Pembayaran gaji yang sama rata dan tiada diskriminasi antara pekerja
c) Kenaikan pangkat berdasarkan senioriti

ANALISA STPM

STPM 2013 SEM 1


1. Terangkan proses perancangan sumber manusia. [6]
Misha/smkk/2020 93
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

2. Jelaskan bagaimana kesatuan sekerja dapat meningkatkan perhubungan yang harmoni antara
majikan dengan pekerja. [6]

STPM 2014-SEM 1/U2013


1. Berikan empat kepentingan pengurusan sumber manusia kepada organisasi perniagaan. [4]
2. Huraikan dua masalah dalam melaksanakan penilaian prestasi pekerja. [4]
STPM U2014
1. Huraikan latihan sambil kerja dan latihan di luar kerja. [4]
2. Huraikan dua jenis ujian pemilihan yang sesuai untuk mencari calon yang terbaik bagi jawatan
pramugara dan pramugari dalam sesebuah syarikat penerbangan. [4]
3. Huraikan tiga faktor penentu pemberian pampasan oleh majikan kepada pekerja. [6]

STPM 2015
1. Huraikan tiga kepentingan latihan dan pembangunan. [6]
2. Huraikan dua masalah dalam tindakan disiplin. [4]
3b) (i) Huraikan tujuh cabaran dalam pengurusan sumber manusia. [14]
(ii) Nyatakan enam tindakan yang perlu diambil oleh seseorang pengurus sumber manusia bagi
membantu stafnya menghadapi cabaran yang dikemukan dalam (b)(i). [6]

STPM 2016/U2015
1. Huraikan dua aspek analisis kerja. [4]
2. Huraikan tiga skim kemudahan penamatan perkhidmatan yang digunakan oleh sesebuah
organisasi. [6]

Soalan kajian kes : IBM


2a) Jelaskan bagaimana inisiatif yang diberikan oleh IBM dapat meningkatkan semangat kerja. [21]
2b) Terangkan pelan latihan dan pembangunan kerjaya yang dilaksanakan di IBM. [11]

STPM 2017/U16
1. Huraikan tiga aspek di bawah pengurusan sumber manusia strategik. [6]
2. Terangkan dua kepentingan maklumat penilaian prestasi bagi pembangunan pekerja. [4]

STPM 2018/U17
1. Terangkan sumber dalam dan sumber luaran yang digunakan dalam perekrutan pekerja. [4]
2. Huraikan tiga jenis ganjaran dalam bentuk kewangan. [6]

STPM 2019/U18
1. Jelaskan dua aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan. [6]
2. Huraikan tahap perniagaan dari perspektif berikut:
(a) Huluan dan hiliran [2]
(b) Domestik dan antarabangsa [2]

STPM 2020/U19
1. Huraikan tiga kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan. [6]
2. Berdasarkan rajah 1 di bawah, huraikan proses X, Y dan Z. [6]

X Proses Tambah Y
Nilai
Misha/smkk/2020 94
Bab 1: Perniagaan Dan Persekitarannya

Z Pemasaran

Rajah 1: Proses Perniagaan

12. Jelaskan lima faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan di Malaysia. [15]

STPM 2021/U2020

1. Huraikan peranan perniagaan terhadap:


(a) Pengguna [2]
(b) Masyarakat [2]
(c) Ekonomi [2]

2. Nyatakan empat ciri koperasi. [4]

Misha/smkk/2020 95

You might also like