You are on page 1of 8

BAB 3: ASAS KEUSAHAWANAN

Pengertian Keusahawanan
Maksud usahawan ialah seseorang yang memulakan atau mengusahakan sesuatu
perniagaan atau perusahaan. Usahawan ialah seseorang yang berkemampuan dalam
mereka cipta sesuatu produk baru atau mengubahsuaikan produk sedia ada hingga
memperoleh keuntungan serta produk ciptaannya dapat memenuhi kehendak serta cita
rasa orang ramai.
Dalam erti kata lain, usahawan sememangnya peniaga. Sebaliknya,
peniaga tidak semestinya usahawan. Hal ini dapat digambarkan melalui
rajah seperti yang berikut.
Peniaga Usahawan
(a) Membeli dan menjual barangan atau (a) Berusaha mereka cipta dan
perkhidmatan sedia ada. mengubahsuaikan barangan serta
perkhidmatan baru yang lebih
bernilai.
(b) Menceburi perniagaan dalam b) Merancang dan berusaha untuk
pasaran sedia ada. mewujudkan pasaran baru.
(c) Mementingkan keuntungan jangka (c) Mementingkan keuntungan jangka
pendek. panjang selain mengutamakan
sumbangan dan bakti kepada
masyarakat dan negara.
(d) Hanya sanggup menghadapi risiko (d) Sanggup menghadapi risiko yang
yang terhad besar.
(e) Berpuas hati dengan pencapaian (e) Sentiasa berusaha
sedia ada. mengembangkan perniagaan t
sedia ada.
(f) Skala operasi lebih kecil dengan (f) Skala operasi mungkin kecil pada
pengendalian pengurusan yang peringkat awal tetapi berpotensi
statik. untuk berkembang pada masa
hadapan.

CIRI UTAMA USAHAWAN


Mengenal Pasti Ciri Utama Usahawan
Usahawan merupakan antara penggerak ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, usahawan harus
memiliki ciri-ciri tertentu. Antaranya termasuklah kreatif, inovatif, sanggup menghadapi risiko,
bijak mengambil peluang, dan mempunyai daya usaha yang berterusan.

Kreatif
Kreatif bermaksud kebolehan mengilhamkan dan mereka cipta sesuatu produk atau
perkhidmatan yang baru dan belum ada di pasaran.

Inovatif
Inovatif bermaksud kemampuan mengubahsuaikan nilai dan kualiti sesuatu produk di pasaran
hingga menjadi lebih baik dan sempurna.

Sanggup Menghadapi Risiko


Risiko yang mungkin dihadapi oleh usahawan termasnklah produknya tidak laku di pasaran,
persaingan yang sengit, kerugian, dan sebagainya.

Bijak Mengambil Peluang


Usahawan haruslah bijak mengambil peluang dengan tindakan yang pantas dan berkesan. Dia
mestilah bijak memilih dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baru yang dapat
memberikan keuntungan

Mempunyai Daya Usaha yang Berterusan


Usahawan perlu berusaha terus untuk memajukan dan mengembangkan perniagaannya.
Usahawan juga tidak mudah berputus asa jika menghadapi masalah dalam bidang yang
diceburinya.
Kelebihan Menjadi Usahawan berbanding dengan Makan Gaji
Kriteria Usahawan Makan Gaji
a) Pendapatan besar pulangan atau Menerima gaji bulann dan
semakin kuat daya pendapatannya. pertambahan pendapatan
usaha, semakin berdasarkan pada prestasi
menerima gaji tetap kerja
pada setiap buian
b) Tugas/Tanggungjawab bidang tugas meliputi bidang tugas terhad,
semua aspek berdasarkan jawatan yang
disandang
c) Waktu bekerja fleksibel mengikut masa yang
ditetapkan
d) Membuat keputusan sendiri majikan
e) Kreativiti bebas berkreativiti untuk kreativiti tersekat oleh
memastikan kejayaan pelbagai peraturan yang
perniagaan ditetapkan
f) Risiko sanggup menghadapi risiko tidak sanggup menghadapi
(risiko tinggi) risiko (risiko rendah)

BIDANG KEGIATAN USAHAWAN


Terdapat pelbagai bidang perniagaan yang boleh diceburi oleh usahawan. Bidang-bidang ini
terbahagi kepada tiga, iaitu pengeluaran, perkhidmatan, dan pemasaran atau agihan.

Bidang Pengeluaran
Bidang pengeluaran yang diceburi oleh usahawan ialah yang berkaitan dengan aktiviti
menghasilkan bahan mentah, barang separuh siap, dan barang siap. Usahawan berperanan
mengurus faktor-faktor pengeluaran seperti modal, bahan, dan buruh.
Bidang pengeluaran terbahagi kepada kegiatan ekstraktif, pertanian, perkilangan, dan
pembinaan.

A. Bidang Pengeluaran
1.Ekstraktif
Ekstraktif ialah kegiatan mengeluarkan bahan mentah daripada alam semula jadi seperti aktiviti-
aktiviti perlombongan, pembalakan, dan perikanan.
2. Pertanian
Pertanian merupakan kegiatan mengeluarkan bahan mentah dengan cara bercucuk tanam dan
berternak.
3. Perkilangan
Bahan mentah yang diperoleh melalui kegiatan ekstraktif dan pertanian dapat diproses menjadi
barang separuh siap dan barang siap. Pemprosesan bahan mentah ini dilakukan di tempat yang
khusus, iaitu di kilang.
4. Pembinaan
Pembinaan adalah kegiatan membina, memasang, atau membangunkan hasil perkilangan
menjadi satu produk siap dan boleh terus digunakan.

B. Bidang Perkhidmatan
Bidang perkhidmatan merujuk kepada kegiatan menawarkan perkhidmatan secara langsung
kepada pengguna. Perkhidmatan yang ditawarkan boleh dalam bentuk kepakaran,
pengetahuan, kemahiran, dan tenaga kepada pelanggan. Antara contoh perkhidmatan
termasuklah perkhidmatan kewangan, perubatan, pelancongan, pendidikan, dan sebagainya.

C. Bidang Pemasaran atau Agihan


Pemasaran atau agihan adalah kegiatan menyalurkan barang-barang dan perkhidmatan
daripada pengeluar hinggalah kepada pengguna terakhir, iaiti orang ramai. Dalam bidang
pemasaran, usahawan boleh menceburi aktiviti perniagaan sebagai pengeluar, pemborong, dan
peruncit atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sokongan atau bantuan agihan seperti
komunikasi, pengangkutan, pergudangan, dan sebagainya.
Agensi Kerajaan yang Membantu Usahawan
Ada pelbagai agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu j bakal usahawan. Agensi-
agensi ini diberi tanggungjawab untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran dalam pelbagai
bidang. Antara agensi-agensi kerajaan tersebut termasuklah:

(a) Majlis Amanah Rakyat (MARA)


MARA ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
MARA banyak memberikan sumbangan kepada bakal usahawan dan
usahawan sedia ada dengan cara:
(1) memberikan latihan dan bimbingan secara teori dan amali;
(2) menyediakan prasarana seperti ruang niaga, kedai, kompleks
perniagaan dan pejabat, arked, serta bengkel perusahaan;
(3) membiayai perniagaan dengan memberikan pinjaman modal.

(b) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC);


MEDEC ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah kelolaan Institut Teknologi Mara
yang kini dikenal sebagai Universiti Teknologi Mara. Fungsinya ialah
memberikan latihan dan pendidikan, membuat penyelidikan keusahawanan,
dan memberikan khidmat perundingan serta nasihat kepada usahawan.

(c) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA);


MIDA berperanan memajukan dan menyelaraskan segala aktiviti yang berkaitan
dengan pembangunan perindustrian. Selain itu, MIDA turut memberikan khidmat
nasihat kepada kementerian dan kerajaan negeri tentang dasar dan strategi
pembangunan perindustrian. Badan ini juga bertanggungjawab mengurus
permohonan lesen, perlindungan tarif, pemberian taraf perintis, dan pelepasan
cukai import.

(d) UDA Holdings Berhad (UDA);


Fungsi UDA Holdings Berhad ialah merancang dan melaksanakan projek-
projek pembangunan di kawasan bandar dan pinggir bandar. Untuk itu, UDA
turut menyediakan infrastruktur, kawasan petempatan, kawasan perdagangan,
serta kawasan perindustrian untuk kemudahan usahawan.

(e) Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI);


MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pelbagai hasil pertanian
negara. Tujuannya adalah untuk membantu meningkatkan produktiviti
pertanian. Selain itu, MARDI mengadakan kursus-kursus tentang teknologi
pertanian dan produk baru pertanian kepada usahawan.

(f) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM


BERHAD);
SIRIM BERHAD adalah syarikat milik penuh kerajaan di bawah Kementerian
Kewangan yang mula beroperasi pada 1 September 1996. Antara fungsinya
termasuklah menentukan dan memastikan produk di pasaran menepati
piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi serta memastikan tiada
penyelewengan dari segi kualiti serta menjalankan penyelidikan dan
menyampaikan maklumat tentang pembangunan dan perubahan teknologi.

(g) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).


MPOB ditubuhkan dengan matlamat untuk menggalakkan, membangunkan, dan
memajukan industri kelapa sawit negara. Berfungsi menjalankan penyelidikan dan
pembangunan dalam bidang biologi, kejuruteraar dan pemprosesan, serta
pembangunan produk

(h) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)


MLVK adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber
Manusia. Agensi ini berperanan mengurus dan mengawal kualiti kemahiran
negara. Beberapa skim latihan ditawarkan kepada orang ramai untuk melahirkan
sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang
kepada pembangunan industri negara.

JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN

Bimbingan dan Latihan


Pelbagai kementerian terlibat dalam usaha memberikan bimbingan dan latihan perniagaan dan
keusahawanan. Malah usaha ini telah dilakukan sejak peringkat sekolah rendah hingga
peringkat sekolah menengah lagi melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu,
Perdagangan, Ekonomi, dan Prinsip Akaun. Di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan
swasta pula, pelbagai kursus dalam bidang perniagaan dan keusahawanan di peringkat sijil,
diploma, ijazah, dan sebagainya turut ditawarkan.
Agensi-agensi kerajaan yang terlibat ialah
a)Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN) - Pengetahuan perniagaan
b)Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia(MEDEC)-Pengurusan perniagaan
c)Pusat Giat Mara (PGM) -Merekodkan simpan kira dan perakaunan
d)Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Motivasi
e)Institut Latihan Perindustrian (ILP) -Latihan semasa bekerja
f)Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) -Latihan kemahiran dan persijilan

Prasarana
Prasarana atau kemudahan asas amat penting disediakan, bukan saja di kawasan petempatan
tetapi juga di kawasan yang dibangunkan sebagai pusat perdagangan dan perindustrian. Antara
prasarana tersebut termasuklah kemudahan bekalan elektrik, air, jalan raya, komunikasi, premis
perniagaan, dan sebagainya. Agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
prasarana yang berkaitan ialah
a) UDA Holdings Berhad (UDA) • Premis perniagaan (MARA, UDA, PKEN)
b) Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Kawasan perindustrian (MARA, UDA, PKEN)
c) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) •Bekalan air, elektrik, komunikasi, (JBA,
d) Jabatan Bekalan Air (JBA) TNB,TELEKOM)
e) Jabatan Kerja Raya (JKR) •Rangkaian jalan raya (Lembaga
Lebuhraya Malaysia, JKR, Pihak
Berkuasa Tempatan)
f) Agensi kerajaan yang diswastakan tetapi
kerajaan masih mempunyai kepentingan
seperti:
• Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TELEKOM)

Kajian dan Penyelidikan


Aspek kajian dan penyelidikan amat penting kerana inputnya dapat meningkatkan kualiti dan
daya saing sesuatu produk. Agensi kerajaan yang berkaitan serta jenis kajian dan penyelidikan
yang dijalankan adalah seperti yang berikut.
a) Institut Piawaian dan Penyelidikan • mengawal dan menetapkan mutu keluaran industri
Perindustrian Malaysia (SIRIM) mengikut standard piawaian yang ditetapkan
b) Lembaga Minyak Sawit Malaysia • membuat kajian serta membangunkan dan
(MPOB) memajukan keluaran industri kelapa sawit
c) Institut Penyelidikan Getah Malaysia • membuat kajian tentang produk yang berkaitan
(RRIM) dengan getah
d) Institut Penyelidikan dan • membuat kajian tentang produk pelbagai hasil
Pembangunan Pertanian pertanian
Malaysia (MARDI)
e) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia • membuat kajian tentang hasil-hasil laut dan air
tawar (LKIM) (sungai, kolam, dan tasik)
f) Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) • mewakili kerajaan dalam pengurusan dan
pemberian subsidi kepada penanam padi, mengurus Skim
Pengilang Padi Bumiputera, dan membeli
padi daripada petani pada harga yang
berpatutan
Pinjaman Kewangan
Kewangan memang merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh bakal usahawan
dan usahawan sedia ada. Masalah kewangan menyebabkan usahawan kekurangan modal
untuk meneroka bidang perniagaan baru dan mengembangkan perniagaannya. Agensi kerajaan
yang terlibat serta jenis bantuan yang disalurkan adalah seperti yang berikut.
a) Majlis Amanah Rakyat (MARA) • Skim pinjaman MARA
b) Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan • Pinjaman berpenggal MIDF
Malaysia Berhad (MIDF)
c) Bank Pertanian Malaysia Berhad (BPM) • Skim Rancangan Berniaga Kecil-kecilan.
d) Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia
Berhad (BPIMB)
e) Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (SJKM) • Skim menjadi penjamin kepada usahawan
yang ingin membuat pinjaman daripada
institusi kewangan

Galakan dan Insentif


Kerajaan turut memberikan pelbagai galakan dan insentif kepada usahawan bagi memastikan
mereka mempunyai daya saing dan terus kekal dalam pasaran. Antara galakan dan insentif
yang diberikan termasuklah seperti yang berikut.

Taraf Perintis • Bermaksud memberikan pengecualian cukai perniagaan selama


beberapa tahun kepada syarikat yang baru sehingga perniagaannya
maju dan stabil.
Duti Import • bermaksud mengenakan cukai terhadap barang yang dibeli dari luar negeri.
• Bertujuan menaikkan harga barang import di pasaran tempatan dan
memberikan peluang kepada barang tempatan untuk bersaing.
Kuota • Bermaksud mengehadkan jumlah pembelian barang dari luar negeri yang
hendak dijual di pasaran tempatan.
• Bertujuan melindungi barang dalam negeri daripada persaingan dengan
barang
import.
Galakan Eksport •Memberikan bantuan kepada usahawan tempatan supaya dapat meluaskan
pasaran produk mereka di luar negara.
• Contoh galakan yang diberikan ialah mengurangkan cukai eksport supaya
barang dalam negara dapat bersaing dengan barang luar negara serta
menganjurkan pameran dan lawatan.
Embargo • Bermaksud dasar pemulauan terhadap barang dan perkhidmatan dari negara
tertentu.

You might also like