You are on page 1of 15

LATIH TUBI PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

MUHAMAD SYAHIR BIN MOHD NOOR


6 RENDAH 2

KEUSAHAWANAN

1.Definisi
(a)Peniaga:
Seseorang yang menceburi perniagaan untuk mendapatkan keuntungan tetapi tidak
menunjukkan keinginan untuk mengembangkan perniagaannya.Penglibatan peniaga
dalam sesebuah perniagaan adalah untuk menjalankan aktiviti jual beli sahaja dan
mementingkan keuntungan semata-mata.

(b)Usahawan:
Seseorang yang memulakan sesuatu atau sentiasa mencuba atau mencipta sesuatu yg
baharu.Usahawan harus memiliki ciri kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yg
baru.Usahawan juga boleh melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan,mewujudkan
pasaran,sanggup menghadapi risiko dan berusaha untuk menjayakan perniagaanya.

(c)Pengurus:
Orang yang bertanggungjawab menjalankan fungsi perniagaan ,merancang,mengorganisasi,
mengarah dan mengawal supaya matlamat yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi
tercapai.

2.Teori keusahawanan dan pengasasnya.


(i) Pendekatan ekonomi:
Keusahawanan menekankan aspek keuntungan dan kekayaan.

Pengasas:
(a)Cantillon:
Melihat usahawan sebagai kelas masyarakat yang penting dan merupakan pelaku
ekonomi yang utama.
(b)Israel Kirzner:
Menyokong sistem perdagangan bebas melihat usahawan sebagai seseorang yg kpd
peluang-peluang keuntungan melalui proses pertukaran.

(ii)Pendekatan psikologi:
Menjelaskan dari aspek ciri-ciri personaliti seseorang usahawan iaitu:
(a)keperluan kepada pencapaian seperti positif,bijak menyelesaikan masalah,bermatlamat
dan dapat menerima maklum balas.
(b)lokus kawalan iaitu dari segi luaran(persekitaran) dan dalaman(masa depan boleh
dibentuk)
(c)kecenderungan mengambil risiko yang berkait rapat dengan penerokaan baru yg berisiko
tinggi dan memerlukan modal yang berisiko.

Pengasas:
(a)McCelland:
Seseorang usahawan mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi dan berani memikul
tanggungjawab.
(b)De Vries(model psikodinamik):
Seseorang individu sentiasa hidup dalam keadaan tertekan mendorongnya utk menjadi
usahawan.

(iii)Pendekatan sosiologi:
Mengandungi faktor-faktor sosial iaitu:
(a)pengalihan negatif:
Penyisihan seseorang individu atau kumpulan individu daripada masyarakat terasing
(b)tempoh pengalihan:
Seseorang yang berkedudukan tertentu biasanya menjadi usahawan.Antaranya
pendatang asing yang dilihat sebagai orang luar dalam masyarakat.
(c)tarikan positif:
Datang daripada bakal rakan kongsi,keluarga,pelabur dan lain-lain.
(d)tarikan negatif:
Laluan kerjaya yang menawarkan peluang kegiatan keusahawanan atau pendidikan yg
diperlukan utk menjadi usahawan.

Pengasas:
(a)Max Wiber:
Unsur keagamaan sebagai asas kejayaan seseorang usahawan.Kajian beliau berasakan
kejayaan penganut agama Prostestan dalam bidang ekonomi.
(b)Everet Hagen:
Usahawan lahir daripada kalangan orang bawahan yang tidak puas hati dgn kepincangan
masyarakat pada masa itu.
3.Sumber idea baru:
(a)Pelanggan:
Pihak yang akan membeli dan menggunakan keluaran yang dihasilkan oleh usahawan.
Usahawan boleh membuat tinjauan dan kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas
tentang keluaran sedia ada atau jenis keluaran yg diperlukan oleh pelanggan dlm pasaran
Usahawan akan membuat penambahbaikan & pengubahsuaian uk memenuhi cita rasa &
kehendak pelanggan.

(b)Produk sedia ada:


Keluaran yang sedia ada dalam pasaran dan boleh digunakan sebagai sumber idea baru utk
menghasilkan sesuatu pruduk baru.Produk baru dapat dihasilkan dgn melakukan inovasi &
pengubahsuaian serta penambahbaikan terhadap keluaran sedia ada.

(c)Saluran pengedaran:
Merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan idea perniagaan kerana mereka ini dekat &
sudah biasa dan peka dengan perniagaan.Contoh,pemborong,ejen,peruncit & sebagainya.

(d)Penyelidikan dan pembangunan:


Usaha mencari dan menghasilkan idea baru atau mengatasi sesuatu masalah perniagaan
secara saintifik.Kegiatan penyelidikan dan pembangunan boleh djalankan oleh tenaga pakar
dalam sesuatu bidang perniagaan atau dengan mendapatkan khidmat drpd pihak luar.

(e)Pesaing:
Usahawan boleh memerhatikan dan membuat penyelidikan ke atas produk sedia ada atau
produk baru yang dikeluarkan oleh pesaing mereka.Usahawan boleh mengaplikasikan atau
meniru hasil pemerhatian dan penyelidikan yang telah dilakukan.

(f)Dasar kerajaan:
Kerajaan akan mengawal perkembangan ekonomi dalam sesuatu sektor atau bidang
perniagaan melalui undang-undang dan dasar kerajaan yg dikuatkuasakan.Peranan kerajaan
ini seterusnya dapat menentukan hala tuju sesuatu sektor atau bidang perniagaan dalam
perniagaan.
4.Kaedah menjana idea:
(a)Kumpulan fokus:
Sekumpulan individu yang menyumbang maklumat dalam format yg berstruktur.Mereka ini
terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.Kaedah yg bukan sahaja utk
penjanaan idea semata-mata malah kaedah yg terbaik untuk menyaring idea dan konsep
baru.

(b)Sumbangsaran:
Kaedah kumpulan yang mendapatkan idea dan penyelesaian baru.Ia berasaskan kpd
kenyataan bahawa manusia boleh dirangsang untuk utk menjad lebi kreatif.Sesi
sumbangsaran ini menyeronokkan kerana ia tidak didominasi oleh seseorang individu.

(c)Analisis inventori masalah:


Kaedah mendapatkan idea akan penyelesaian baru dengan menfokuskan masalah2.
Kaedah ini lebih berkesan kerana ianya mengaitkan produk yg telah dikenal pasti dgn
masalah yang dicadangkan dan seterusnya memperolehi idea produk baru.

(d)Menjalankan tinjauan:
Kaedah temu bual dengan orang ramai dan dapatan daripada temu bual akan dirumuskan.
Melibatkan tinjauan secara formal dan tidak formal.Tinjauan formal dilakukan melalui soal
selidik orang ramai sementara tidak formal pula perbualan dgn rakan & keluarga.

5.Strategi memulakan perniagaan serta kelebihan & kelemahannya:


(a)Memulakan perniagaan sendiri:
Usahawan perlu memilih dan memutuskan jenis perniagaan yang ingin diceburi.Pembuatan
keputusan pada peringkat ini banyak bergantung pada kemahiran & pengetahuan usahawan
usahawan mengenai persaingan dalam persekitaran perniagaan.

kelebihan keburukan
1.kebebasan membuat keputusan 1.tiada rekod terdahulu
2.peluang untuk membangunkan imej 2.tiada pelanggan sedia ada
3.peluang pilihan keaslian produk 3.usaha yang memakan masa
(b)Mengambil alih perniagaan sedia ada:
Pengambilalihan perniagaan boleh dilakukan dengan menganti atau mewarisi
perniagaan keluarga.

kelebihan keburukan
1.Meneruskan tradisi 1.mewarisi masalah yang lalu
2.modal sedia ada 2.liabiliti sedia ada
3.pembekal sedia ada 3.sukar melakukan perubahan inovasi

(c)Francais:
Kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan dimana sebuah syarikat induk memberi hak
kpd syarikat lain atau individu untuk memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut
berlandaskan suatu kaedah tertentu dilokasi atau kawasan yg ditetapkan dalam jangka masa
yg berlandaskan.

kelebihan Keburukan
1.sistem perniagaan adalah berisiko 1.bayaran yang terlalu besar bagi
Rendah mendapatkan hak keatas jenama
produk
2.kaedah pengurusan yg baik & cekap 2.ianya tertakluk kepada peraturan &
kaedah pengoperasian yg ditentukan
oleh francaisor
3.terdapat bantuan dari segi 3.terdapat segelintir francaisor yg
pengurusan,nasihat & modal mengambil kesempatan dgn
mengaut keuntungan dgn menipu
francaisi

(d)Perikatan strategik:
Merupakan satu ikatan secara sukarela antara 2 syarikat atau pekongsi dlm tempoh tertentu
yg bertujuan utk mencapai objekif ekonom,iaitu mendapat keuntungan dgn lebih cepat &
lebih cekap daripada melakukannya sendiri.

kelebihan Keburukan
1.berkongsi teknologi 1.kesukaran mencapai persetujuan
2.memperolehi kemahiran 2.wujud ketidakpercayaan antara
pekongsi atau syarikat
3.berkongsi kepakaran 3.ketidakserasian antara pekongsi
6.Jenis modal:
(a)Modal tetap:
Modal yg diperlukan oleh usahawan utk membeli aset perniagaan yg akan digunakan dlm
proses pengeluaran produk & perkhidmtan.Wang yg dilaburkan oleh syarikat utk membeli
aset tetap akan terbeku disitu & tidak boleh digunakan utk membeli tujuan lain.

(b)Modal kerja:
Mewakili dana semasa perniagaan dalam jangka masa pendek.Ia digunakan utk membayar
gaji,membayar bil & digunakan utk masa kecemasan.

(c)Modal pertumbahan;
Modal ini dierlukan apabila perniagaan berkembang atau perniagaan menukar arah tujuan
asalnya.

7.Sumber2 modal formal:


Melibatkan proses pendokumentasian yg rumit.Sumber modal formal dapat diperoleh drpd
pihak bank,syarikat kewangan dan syarikat kredit.Prosedur mendapakan sumber modal
formal memerlukan perikatan perjanjian secara rasmi antara pihak pembiaya dgn pihak
peminjam.

(a)Hutang:
Pembiayaan kewangan melalui pinjaman yg melibatkan pembayaran balik pokok pinjaman
berserta faedah pada akhir tempoh matang.Pinjaman dalam bentuk hutang boleh dibuat
drpd bank,syarikat kewangan,vendors,pemfaktoran,pinjaman jangka masa panjang,sewa
beli,pinjaman hartanah perbadanan & syarikat kredit.

(b)Ekuiti:
Sejumlah modal yg dikeluarkan oleh pemilik utk dilaburkan dalam perniagaan.Pelabur akan
menanggung segala risiko jika usaha teroka yg diusahakan gagal tetapi jika perniagaan
mereka berjaya keuntungan akan dikecapi.Modal ekuiti boleh diperoleh drpd simpanan
sendiri,sumbangan & rakan kongsi.
8.Sumber modal tidak formal:
Tidak melibatkan proses permohonan & pendokumentasian yg rumit.Lazimnya diperoleh
drpd pihak dalaman dlm sesebuah organisasi perniagaan & tidak terdedah kpd risiko yg
tinggi.

(a)Modal teroka:
Modal yg disumbangkan oleh usahawan pd peringkat permulaan perniagaan.Usahawan akan
melaburkan sejumlah wang dlm perniagaannya utk memperoleh keuntungan pd msa

(b)Ekuiti:
Pendapatan tertahan ialah keuntungan yg tidak diagihkan kpd pemegang saham.Pendapatan
tertahan merupakan ekuiti yg digunakan dlm kitaran operasi perniagaan atau dilaburkan
semula utk meningkatkan keuntungan sesebuah syarikat.

(c)Hutang:
Pinjaman modal drpd rakan & saudara-mara.Sumber pembiayaan ini diperoleh atas dasar
talian persahabatan yg rapat & perhubungan darah dlm kalangan ahli keluarga.Peminjam
perlu membayar balik segala hutang manakala pemberi hutang berhak membuat tuntutan
tuntutan untuk mendapatkan semula wangnya.

9.(a)Modal ekuiti:
Mewakili pelaburan peribadi pemilik perniagaan dan juga dikenali sebagai modal berisiko
kerana pelabur menanggung risiko kehilangan wang mereka jik perniagaan mereka gagal.
Modal ekuiti terbahagi kpd 2 iaitu:
(i)ekuiti dalaman:
Merujuk kpd pemilik dlm modal teroka baru,ekuiti asal dtgnya drpd modal asas
pengasas atau pemilik asal,pelaburan sendiri.
(ii)ekuiti luaran:
-pelabur persendirian(menyediakan keperluan kewangan utk penubuhan awal
perniagaan sehinggalah ke tahap pertumbuhan perniagaan)
-modal teroka(sekumpulan individu yg melabur kpd 1 badan atau org professional yg
menolong mereka membuat pelaburan atau keputusan)
-penawaran awam(memohon utk disenarai di bursa saham dan juga pasaran saham.

(b)Modal hutang:
Merujuk kepada sumber pembiayaan yg dipinjamkan drpd pihak lain atau luar organisasi.
Kebiasaannya modal hutang akan dibayar bersama-sama dgn faedahnya sekali faedahnya
sekali.Antara sumbernya adalah:
1.bank perdagangan & bank saudagar
2.agengsi2 kerajaan
3.penawaran saham awam
10.

Jenis/masalah yg dihadapi Jenis/bantuan yang disediakan


1.Usahawan yg terlibat dlm Indrustri Khidmat nasihat & rundingan(Kementerian
Kecil & Sederhana(IKS) ingin Pembangunan Usahawan & lain2)
memperkembangkan perniagaan
tetapi tidak mempunyai ilmu
pengetahuan & kemahiran
keusahawanan dlm bidang perniagaan
yg cukup.
2.Kebanyakan usahawan muda Bantuan kewangan(Majlis Amanah
menghadapi masalah kewangan untuk Rakyat,Bank Pembangunan Malaysia lain2)
memulakan sesebuah perniagaan.

11.Rancangan perniagaan:
Merupakan dokumen bertulis secara terperinci perniagaan yg akan dijalankan,mengandungi
maklumat tentang organisasi,pelunjuran kewangan,pemasaran,pengeluaran & pembiayaan.
Rancangan perniagaan memperincikan tujuan sesuatu usaha penerokaan perniagaan.
Rancangan perniagaan turut menerangkan operasi & menerangkan operasi & jenis aktiviti
perniagaan yg akan dijalankan serta dikenali sebagai kertas kerja atau cadangan pinjaman.

12.Tujuan/kepentingan rancangan perniagaan kepada:


(i)usahawan:
Menggunakan rancangan perniagaan sebagai suatu garis panduan bagi menentukan hala tuju
perniagaan yg akan dijalankan.Salah satu hala tuju perniagaan perlu ditetapkan ialah
matlamat perniagaan yg ingin dicapai.Matlamat yg jelas secara terperinci dapat membantu
usahawan utk mencapai kejayaan dalam perniagaanya.

(ii)pembiaya:
Menggunakan rancangan perniagaan yg disediakan oleh usahawan utk meluluskan pinjaman
pinjaman yg dipohon.Analisis aliran tunai dan prrofoma akaun akan digunakan utk melihat
keupayaan syarikat membayar balik pinjaman,membina keyakinan pembiaya terhadap
syarikat & kemampuan membayar balik pinjaman yg dibuat.
(iii)pembekal:
pembekal merupakan pihak yg akan membekalkan bahan mentah dan keperluan kpd
perniagaan.Ketepatan drpd aspek masa,kuantiti & kualiti bahan mentah akan
mempengaruhi pengeluaran.Rancangan perniagaan digunakan oleh pembekal utk
memberikan kredit perniagaan.Hanya perniagaan yg berpotensi utk berjaya akan mendapat
kemudahan kredit perniagaan.Kredit perniagan yg baik sgt diperlukan oleh usahawan
kerana
kerana dapat membantu modal kerja perniagaan.

KOPERASI & OBBU

1.Maksud koperasi:
Perkataan koperasi berasal drpd perkataan Inggeris,iaitu ‘co-operation’ yg bermaksud
‘bekerja bersama-sama’.Koperasi merupakan suatu bentuk pertubuhan ekonomi yg
ditubuhkan oleh sekumpulan individu.Koperasi juga sebuah organisasi yg sebuah organisasi
yg mementingkan prinsip kerjasama & kebajikan bersama antara ahli untuk mencapai
matlamat yg sama.

2.Prinsip2 koperasi:
(a)Keanggotaan secara terbuka sukarela:
Keahlian sesebuah koperasi hendaklah secara sukarela dan terbuka tanpa sebarang sekatan
atau diskriminasi dar segi sosial,politik atau agama kpd semua org yg boleh menggunakan
menggunakan perkhidmatan & sanggup menerima tanggungjawab keahlian.Ini bermakna
koperasi tidak boleh mengenakan halangan kpd mana-mana individu utk menyertainya selagi
individu tersebut layak mengikut Akta Koperasi 1993.

(b)Pengurusan secara demokrasi oleh anggota:


Hal ehwal sesebah koperasi hendaklah ditadbir oleh mereka yg dipilih atau dilantik dgn cara
yg dipersetujui oleh ahli2 koperasi berkenaan.Bagi koperasi asas,ahli2nya mempunyai hak
mengundi yg sama(iaitu 1 undi bagi setiap org ahli) & mereka turut serta membuat
membuat keputusan2 yg berkaitan dgn koperasi mereka.Bagi koperasi atasan & menengah,
pentadbirannya hendaklah dijalankan berasaskan demokrasi dlm bentuk yg bersesuaian.
c)Faedah atau pulangan atas modal yg terhad:
Modal saham yg disumbangkan ahli hendaklah menerima 1 kadar faedah atau pulangan yg
terhad,jika ada.Dalam pengsytiharan dividen koperasi,kadar dividen adalah terhad iaitu tidak
melebihi 6% bagi koperasi bank & kredit & 10% bagi koperasi lain.

(d)Pembahagian lebihan yg saksama:


Segala lebihan(keuntungan) jika ada,yg dihasilkan melalui aktiviti2 ekonomi yg dijalankan
oleh sesebuah koperasi adalah kepunyaan ahli koperasi itu & seharusnya dibahagikan dgn
ahli.

(e)Galakan kpd pendidikan koperasi:


Pendidikan koperasi membolehkan ahli2 mengetahui prinsip2 koperasi & teknik2 utk
menguruskan koperasi.Pendidikan koperasi diberi kpd ahli bagi membolehkan mereka
mereka memainkan peranan yg lebih berkesan dalam pengurusan koperasi.

(f)Kerjasama aktif sesame koperasi yg berdaftar:


Setiap organisasi koperasi digalakkan utk berkerjasama dlm menjalankan sebarang kegiatan
koperasi di peringkat tempatan,kebangsaan & antarabangsa.Kerjasama g kukuh antara
organisasi kerjasama yg kukuh antara semua organisasi koperasi akan meningkatkan
kedudukan & imej koperasi dlm sesebuah negara & seterusnya memberi kesan positif
terhadap ekonomi secara keseluruhan.

(g)Prihatin terhadap masyarakat:


Segala pembangunan yg ingin dilakukan terhadap masyarakat perlulah
dilakukan secara berterusan.Segala yg ingin dilakukan mestilah mendapat
persetujuan dari ahli2 & anggota2nya.
3.Proses penubuhan koperasi

Proses penubuhan koperasi

Pemohonan kpd Jabatan


Pembangunan Koperasi(SKM)

Penubuhan jawatankuasa
penaja

Mengadakan mesyuarat
agung penubuhan

Penyerahan dokumen
pendaftaran

Pengeluaran sijil
pendaftaran
4.Proses penubuhan pertubuhan

Proses penubuhan pertubuhan

Mesyuarat penubuhan

Pendaftaran

Pengeluaran sijil pendaftaran

5.Kelebihan koperasi berbanding dgn pertubuhan:

Aspek Koperasi Pertubuhan


Memberikan perkhidmatan Mengutamakan faedah ahli
Motif & kebajikan kpd ahli dari & kepentingan masyarakat
segi meningkatkan taraf sahaja tanpa bermotifkan
sosioekonomi keuntungan
Yuran ahli dan penjualan Yuran ahli tetapi perlu
Sumber kewangan saham mencari penaja yg mampu
memberi sumbangan
kewangan kpd organisasi
6.kelebihan koperasi berbanding dgn organisasi bermotif untung:

Aspek Koperasi Organisasi bermotif untung


Kawalan pengurusan Diletakkan di bawah Diletakkan di bawah
tanggungjawab ahli lembaga tanggungjawab lembaga
koperasi yg dilantik dlm pengarah yg dipilih oleh
mesyuarat agung tahunan pemegang saham semasa
berdasarkan prinsip demokrasi mesyuarat agung tahunan.
iaitu 1 undi tanpa mengira Undian bergantung pd jumlah
jumlah pegangan saham unit saham yg dimiliki
Keuntungan Tidak dikenakan cukai Dikenakan cukai di atas
keuntungan yg diperoleh

7.Jenis2 koperasi,aktiviti & contoh:

Jenis-jenis Aktiviti Contoh


Koperasi Kredit & Menyediakan kemudahan kredit Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Bank penerimaan deposit &
perkhidmatan perbankan lain
dgn kadar yg lebih baik kpd ahli
berbanding bkn ahli.
Koperasi Pengguna Membekalkan barangan & Koperasi Kedai Buku UM Berhad
perkhidmatan yg bermutu
melalui kedai2 runcit,pasar mini
& lain2.
Koperasi Memajukan projek perumahan Koperasi Perumahan Guru2
Perumahan bagi memenuhi permintaan Melayu
ahli2 utk mendptkan rumah
sendiri yg selesa dgn harga
berpatutan.Tertumpu kpd
rumah2 kos rendah &
sederhana.
8.Jenis2 OBBU,aktiviti &contoh:

Jenis –jenis Aktiviti Contoh


Belia Menumpukan kegiatan yg Perak Youth Club,Majlis Belia
memberi manfaat kpd belia dgn Negeri Johor
penglibatan aktif golongan
tersebut
Kebajikan Keahlian terdiri drpd Kelab Lions Butterworth,Club
sukarelawan yg bergiat tegas Rotary Ipoh
dgn membuat amal & memberi
sumbangan kpd golongan
tertentu yg memerlukan
bantuan
Kebudayaan Keahlian tertumpu kpd golongan Majlis Teater Negeri
yg berminat dl kebudayaan & Kelantan,Persatuan Silat
dgn itu kegiatan utamanya Kebangsaan Negeri Selangor
adalah mempromasikan aktiviti
kebudayaan

9.Perbezaan koperasi &OBU

Aspek Koperasi Organisasi bermotif untung


Modal saham Tiada had & boleh ditambah dari Had modal dibenarkan telah
Semasa ke semasa ditetapkan ketika
pendaftaran.Sekiranya had
tersebut telah dicapai,tiada
saham baru yg boleh diterbitkan
Pengurusan Lebih tertumpu kpd pemasaran Lebih kpd barangan dan
pemasaran keahlian koperasi perkhidmatan yg ditawarkan
Pembayaran Tidak boleh 10% kecuali dgn Tiada had dan bergantung kpd
dividen kebenaran ketua pendaftar prestasi syarikat.Lembaga
Pengarah akan memutuskan
sama ada dividen diberi atau
tidak
10.Persamaan koperasi & OBBU:

Aspek Koperasi OBBU


Keanggotaan Keahlian sesebuah koperasi Keahlian sesebuah pertubuhan
secara terbuka hendaklah secara sukarela dan bukan bermotifkan untung
sukarela terbuka tanpa sebarang sekatan adalah tanpa tekanan atau
atau diskriminasi dari segi paksaan dari mana2 pihak.
social,politik atau agama kpd Pertubuhan tidak menghalang
semua org yg boleh Individu yg berminat utk
menggunakan perkhidmatan & menyertai pertubuhan
sanggup menerima berkenaan.
tanggungjawab keahlian.Ini
bermakna koperasi tidak boleh
mengenakan halangan kpd
mana-mana individu utk
menyertainya selagi individu
tersebut layak mengikut Akta
Koperasi 1993.

Pengurusan secara Hal ehwal sesebah koperasi Organisasi bukan bermotifkan


demokrasi oleh hendaklah ditadbir oleh mereka untung adalah pertubuhan yg
anggota yg dipilih atau dilantik dengan bersifat demokrasi.Di tadbir oleh
cara yg dipersetujui oleh ahli2 mereka yg dipilih atau dilantik
koperasi berkenaan.Bagi secara persetujuan ahli2.
koperasi asas,ahli2nya
menpunyai hak mengundi yg
sama(iaitu 1 undi bagi setiap
org ahli) & mereka turut serta
membuat keputusan2 yg
berkaitan dgn koperasi mereka.
Bagi koperasi atasan &
menengah,pentadbirannya
hendaklah dijalankan
berasaskan demokrasi dlm
bentuk yg bersesuaian.

You might also like