You are on page 1of 6

TEKUN

TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali


sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah
merupakan agensi di bawah
Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi yang diwujudkan pada 9
November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN
Nasional adalah untuk menyediakan
kemudahan pembiayaan secara mudah
dan cepat kepada bumiputera untuk memula
dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Kini TEKUN Nasional dibawah
Kementerian Pembangunan
Usahawan.
Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan
keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan
yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini
TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta
peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan
sokongan serta Jaringan Usahawan.
Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan
menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan
peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat
kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ).
Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera
dalam bidang ekonomi akan tercapai

SKIM PEMBIAYAAN TEKUN NIAGA

1.Skim Pembiayaan Mikro kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara mikro.(KECIL)

a) skim pembiayaan kecil (SPK) boleh pinjam rm 10000 hingga rm 50000 dalam tempoh 5

tahun shj

b) skim pembiayaan sederhana (SPS)-rm50000 hingga rm100000 dalam temph 10 tahun

###### PENTING (PILIH SALAH SATU SKIM INI)

INSTITUT KEUSAHAWANAN TEKUN


NASIONAL
Diterbitkan pada: 08/04/2016
Dikemaskini pada: 13/04/2018
Latar Belakang
Institut Keusahawanan TEKUN Nasional (IKTN) telah diwujudkan pada tahun 2010 sebagai sebuah
entiti latihan pembangunan usahawan di bawah TEKUN Nasional bagi melengkapkan peranan
TEKUN Nasional sebagai sebuah agensi pembangunan usahawan bumiputera yang bukan hanya
menyediakan modal perniagaan, tetapi juga terlibat secara langsung dalam pembangunan dan
kecemerlangan usahawannya.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan keusahawanan yang unggul di Malaysia.
Misi
Menyediakan program latihan keusahawanan yang berkualiti kepada usahawan, kakitangan dan
bakal-bakal Usahawan TEKUN.
Objektif

 Melaksanakan program-program latihan kemahiran keusahawanan kepada


usahawan-usahawan TEKUN.
 Melaksanakan program-program latihan pengurusan keusahawanan kepada
kakitangan TEKUN Nasional.
 Melaksanakan program pembudayaan keusahawanan di kalangan masyarakat
umum dan bakal-bakal usahawan di Malaysia.
 Menjalankan aktiviti kajian & pembangunan, pengumpulan maklumat dan penerbitan
keusahawanan.
 Menyediakan khidmat perundingan dalam bidang latihan dan pembangunan
keusahawanan.
Program Tumpuan
1. Latihan Pembangunan Usahawan TEKUN :-

 Seminar Asas Keusahawanan – Meningkatkan pengetahun dan kefahaman para


usahawan TEKUN tentang matlamat penubuhan TEKUN Nasional, strategi & teknik
pemasaran berkesan serta pengurusan kewangan perniagaan yang cekap.
 Kursus Keusahawanan Lanjutan – Meningkatkan kemahiran keusahawanan dari
segi ‘soft skills’ dan ‘hard skills’ mengikut tahap dan keperluan usahawan.
 Seminar Pra Pinjaman – Memberi pengetahuan kepada bakal-bakal peminjam
TEKUN Nasional berhubung produk-produk pinjaman sedia ada serta cara-cara
penyediaan dokumen permohonan pinjaman yang tepat.
 Seminar Keusahawanan Awam – Meningkatkan daya saing usahawan kecil dan
sederhana menerusi perkongsian maklumat, idea dan strategi perniagaan terkini
yang mampu melonjakkan prestasi perniagaan mereka.
2. Latihan Pembangunan Warga Kerja TEKUN Nasional :-

 Kursus Induksi – Meningkatkan kefahaman warga kerja baru berkaitan fungsi,


pentadbiran dan operasi TEKUN Nasional.
 Kursus Kemahiran Kerja / Reskilling – Meningkatkan kemahiran, kualiti &
produktiviti warga kerja TEKUN Nasional.
 Kursus Peningkatan Kendiri – Meningkatkan pengetahuan dan kualiti diri warga
kerja TEKUN Nasonal.
 Kursus Kepimpinan & Pengukuhan Pasukan – Meningkatkan kualiti kepimpinan
dan semangat kerja berpasukan warga kerja TEKUN Nasional.
 TEKUN Certified Credit Executive (TCCE) – Meningkatkan kemahiran pengurusan
kredit warga kerja TEKUN Nasional.
 Kursus ‘Train The Trainer’ (TTT) – Meningkatkan kemahiran pengendalian latihan
kepada warga kerja yang terlibat secara langsung dalam latihan keusahawanan.
Galeri
 Latihan Usahawan
 Latihan Warga Kerja

6.2.1 MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION Sdn. Bhd (Agensi dibawah Kementerian
Telekomunikasi & Multimedia)

Ekonomi Digital adalah persaingan yang setara yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia
dari pelbagai lapisan masyarakat.

Program dan inisiatif kami adalah untuk semua rakyat Malaysia dan dirancang untuk membuka jalan
pendapatan tambahan, menyediakan latihan kemahiran baru dan menawarkan peluang untuk
berkembang dalam Ekonomi Digital yang baru

. Oleh itu, menjadi keperluan penting kepada Malaysia untuk memacu beberapa teras utama seperti
penerimaan digital, teknologi keusahawanan dan inovasi. Bakat teknologi merupakan fokus utama
untuk memacu Ekonomi Digital ke hadapan.

Memastikan semua orang menggunakan digital bermaksud setiap anggota masyarakat kita mesti
menggunakan teknologi digital. Kita perlu memanfaatkan kemajuan teknologi untuk meningkatkan
kepantasan perniagaan dan perkhidmatan kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup.

Mempromosikan keusahawanan digital adalah jalan yang sangat penting bagi Malaysia untuk
meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan. Kita perlu mempercepat
pertumbuhan keusahawanan digital dan inovasi untuk mendorong Malaysia menuju ke peringkat
global.

Menjadikan Malaysia sebagai pusat ekonomi digital memerlukan kumpulan modal insan dengan
kemahiran dan latihan yang betul. Kami memperhebatkan usaha kami untuk mengembangkan bakat
teknologi yang diperlukan yang akan mentakrifkan semula Ekonomi Digital kami.

Negara yang sejahtera adalah negara di mana warganya bekerjasama untuk kebaikan bersama.
Kami berhasrat untuk memperkasakan rakyat Malaysia muda dan tua melalui kaedah digital untuk
meningkatkan produktiviti mereka, menghasilkan negara yang lebih baik untuk kita semua.

ANTARA PROGRAM DALAM MDEC

A) Program eRezeki

Program eRezeki membolehkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah,


menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui
platform crowdsourcing secara atas talian. Peserta eRezeki akan dipadankan dengan
kerja-kerja digital bersesuaian dengan skil masing-masing.

Daftar dengan eRezeki sekarang. Sebaik sahaja anda terlatih dan berkelayakan, akan
ada tugas yang sesuai dengan kecekapan anda
B) GLOW PEMULIH

Program GLOW PEMULIH bertujuan untuk membantu golongan pekerja yang


diberhentikan kerja, dipotong gaji melebihi 50% dan graduan menganggur yang
terkesan berikutan pandemik COVID-19. Program GLOW PEMULIH mensasarkan para
peserta untuk berjaya menjadi seorang ‘digital freelancer’ sepenuh masa yang akan
melaksanakan tugasan-tugasan kerja dari pasaran global sebagai sumber pendapatan
utama / primer mereka

c) E-DAGANG ?
e-dagang telah menjadi topik penting yang dibincangkan dalam tempoh beberapa tahun
kebelakangan ini merangkumi aktiviti membeli-belah dalam talian hingga e-pemasaran. Namun
demikian, apakah maksud sebenarnya e-dagang?

Secara ringkasnya, ia merujuk kepada pembelian dan penjualan produk secara dalam talian dan
perkhidmatan yang menyokong aktiviti tersebut termasuk pemasaran, pengembangan platform
penjualan dalam talian, perkhidmatan penghantaran dan banyak lagi.

e) KENALI “EBERKAT MARKETPLACE”

eBerkat Marketplace menyediakan capaian mudah kepada perkhidmatan kewangan digital khususnya
kepada komuniti B40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro.

Satu platform tunggal kolaberasi bersama syarikat-syarikat teknologi kewangan (FINTECH) bagi komuniti
B40 dan PKS Mikro, untuk mengakses pelbagai perkhidmatan teknologi kewangan digital seperti
Pembiayaan Mikro, Pelaburan Mikro serta Insuran Mikro

6.2.2
INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi (MEDAC) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui
program-program latihan dan bimbingan.
Selaras dengan tagline “Memperkasa Usahawan Hari Esok”, INSKEN memastikan program-
program yang dianjurkan adalah berdasarkan keperluan dan permintaan industri dengan
kerjasama pengamal industri, profesional dan agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan
ekosistem keusahawanan negara.

ADA 2 PROGRAM INSKEN IAITU (IBC & BEP)


INSKEN Bumiputera
Business Coaching (IBBC)
Sebuah program bimbingan komprehensif dari individu dan tokoh berpengalaman dalam
industri. Program ini memberi akses kepada anda untuk belajar dan menimba pengalaman dari
tokoh industri selama 4 bulan. Tujuan akhirnya adalah membantu meningkatkan kemahiran anda
di samping melonjak pertumbuhan dan prestasi bisnes.

Ada kursus yg ditawarkan

-kursus asas keusahawanan

-kursus pemasaran media sosial

-pengurusan dan pemasaran media sosial

-penghasilan video pemasaran di media sosial

-teknik mudah membuat website perniagaan

Latihan untuk perniagaan


 Spa
 Penjagaan selepas pantang
 Service air cond
 Dobi
 Khidmat pengasuh

Bumiputera Business Enhancement Programme (BBEP)

Bumiputera Business Enhancement Programme merupakan inisiatif untuk mengenal pasti


bantuan dan juga keperluan yang diperlukan oleh usahawan bagi meningkatkan prestasi bisnes.
Kaunselor Bisnes (Biskaunselor) INSKEN akan ditugaskan membimbing usahawan bagi
meningkatkan skala perniagaan melalui “Pelan Penambahbaikan Perniagaan Berstruktur” dalam
tempoh empat bulan.

Ada 3 Modul yang ditawarkan iaitu:

Bengkel bersama Biskaunselor


Coaching bersama Biskaunselor
Latihan teknikal perniagaan
6.2.3 Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0?
Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal.
Program ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi
peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat
penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.
Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 juga merupakan kesinambungan Program TEKUN
Mobilepreneur 1.0 dan 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020.
Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 3.0 disediakan kepada peserta untuk tujuan berikut:

 Pembelian motosikal
 Baik pulih motosikal
 Pendaftaran bersama syarikat e-hailing
 Modal pusingan

6.2.4 Program Pembangunan Usahawan Siswazah ( PPUS )


1. TEKUN menyediakan program pinjaman untuk membantu golongan siswazah yang
telah menamatkan pengajian / telah bekerja dan berminat untuk memulakan
perniagaan tetapi kekurangan modal. Program ini adalah merupakan satu inisiatif
pembiayaan berinovatif ( Innovative Financing ) yang melibatkan pewujudan peluang
peniagaan, latihan & pembiayaan pinjaman secara berpakej
 

You might also like