You are on page 1of 31

INSTITUSI LATIHAN

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA SUBJEK


UHW 3421 KEUSAHAWANAN
/ SUBJECT’S CODE & NAME

TAHAP/LEVEL 3 SEMESTER 4

NO DAN TAJUK MODUL /


M:01 ASAS PERNIAGAAN
MODULE TITLE AND NO.

NO. DAN NAMA SUB


01.01 ASAS PENGEDARAN
MODUL / SUB MODULE
01.02 STRUKTUR PERNIAGAAN DAN ISU PERUNDANGAN
NO. AND NAME

OBJEKTIF Pelajar-pelajar mesti boleh mengetahui dan memahami tentang


MODUL/MODULE Asas Perniagaan merangkumi Asas Pengedaran, Struktur
OBJECTIVE Perniagaan dan isu-isu perundangan dalam perniagaan.

ASAS PENGEDARAN, STRUKTUR PERNIAGAAN DAN ISU


TAJUK/TITLE
PERUNDANGAN
PENERANGAN/INFORMATION:

ASAS PERNIAGAAN
1.1 ASAS PENGEDARAN

1.1.1 TAKRIF PENGEDARAN


Saluran pengedaran ialah perjalanan yang diambil oleh produk bermula dari kilang
sehingga sampai kepada pengguna. Pengedaran secara terus (langsung) bermaksud
produk dihantar terus daripada pengeluar kepada pengguna tanpa menggunakan orang
tengah. Manakala pengedaran bukan langsung melibatkan peranan orang tengah
diantara pengeluar dan pengguna.
1.1.2 KAEDAH PENGEDARAN
Terdapat beberapa kaedah pengedaran untuk menyampaikan produk kepada pengguna.
Antaranya adalah seperti berikut.
i. Pengeluar ------------- Pengguna ( Tempahan pos dan mesin vendor )
ii. Pengeluar -------------- Peruncit ------------ Pengguna ( Pasaraya, hypermarket )
ii. Pengeluar --------- pemborong ------peruncit --------- ( pengguna Kedai runcit )
1.1.3 PEMILIHAN SALURAN PENGEDARAN
Proses pemilihan saluran pengedaran bukan proses mudah. Keadaan pasaran yang
semakin kompleks memerlukan usahawan memberi perhatian kepada beberapa faktor
sebelum membuat keputusan pemilihan saluran untuk menyampaikan produk keluaran
mereka kepada pengguna sasaran.
Antara faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:-
i. Faktor produk
• Nilai unit
Jika barangan yang dijual mempunyai margin yang kecil dan target pasaran yang meluas,
pengedaran secara terus menggunakan `vending machine’ adalah sesuai. Ia juga sesuai
bagi produk yang mempunyai kos unit yang besar dan tidak mampu untuk berada dalam
saluran pengedaran yang panjang.
• Hayat produk
Usahawan akan menggunakan saluran pengedaran yang lebih mudah bagi barangan
yang cepat rosak atau mempunyai hayat yang pendek. Contohnya produk yang
mempunyai permintaan bermusim, fesyen dan makanan.
ii. Faktor pasaran
• Jumlah pelanggan
Pengedaran terus dari pengeluar sesuai untuk pasaran dimana jumlah target pelanggan
adalah kecil. Untuk pasaran yang mempunyai bilangan pelanggan yang lebih peranan
orang tengah dan peruncit diperlukan.
• Kedudukan geografi pasaran
Pemasaran terus adalah tidak sesuai jika melibatkan jarak yang jauh antara pengeluar
dan pengguna. Pengeluar dari luar Negara menggunakan khidmat agen untuk
memasarkan produk mereka di Malaysia.
• Saiz tempahan
Pengeluar akan menggunakan khidmat peruncit dan bukannya pemborong jika jumlah
pesanan/tempahan yang diterima dalam jumlah yang besar. Pesanan dalam kuantiti yang
besar membolehkan peruncit menikmati harga yang lebih murah kerana kebiasaannya
pengeluar akan memberikan diskaun bagi pesanan kuantiti besar.
• Faktor firma/syarikat
Kedudukan kewangan, kekuatan pasukan pemasaran dan polisi syarikat juga
mempengaruhi pemilihan saluran pengedaran. Firma yang mempunyai kedudukan
kewangan yang kukuh mampu mewujudkan pasukan pemasaran yang kuat dengan itu
saluran pemasaran boleh dilakukan sendiri dan produk dapat disampaikan kepada
pengguna secara terus.
Terdapat firma yang percaya pengedaran efektif hanya dapat dilakukan oleh orang
tengah. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk menggunakan saluran pengedaran
sedemikian.
• Faktor orang tengah
Faktor orang tengah meliputi polisi, kesesuaian dari segi pengalaman, perkhidmatan yang
ditawarkan dan kepelbagaian produk yang diedar.
Terdapat orang tengah yang hanya bersetuju jika hak ekslusif pengedaran hanya kepada
mereka. Ini menyebabkan usahawan mempunyai pilihan yang terhad.

1.1.4 PERANAN ORANG TENGAH (MIDDLEMEN)


Orang tengah menghubungkan pengeluar dan pengguna. Kedudukan pengeluar yang
jauh daripada pengguna menyebabkan peranan orang tengah menjadi penting.
Penggunaan orang tengah melibatkan kos kerana orang tengah akan mengenakan caj
kepada pengeluar atau membeli pada harga yang murah. Pengedaran secara terus
menghapuskan peranan orang tengah justeru dapat menjimatkan kos. Bagaimanapun
kebanyakan pengeluar tidak mampu menjalankan kedua-dua peranan – pengeluar dan
orang tengah, kerana kekurangan sumber tenaga mahir dan masa terhad. Oleh itu
peranan orang tengah sentiasa relevan.
Orang tengah merangkumi pemborong, agen, broker dan perunit. Peranan mereka
adalah seperti dibawah:-
i. Pemborong
• Bertindak sebagai pembeli bagi pihak pengguna
• Membeli dalam kuantiti yang besar dan menukarkan kepada kuantiti yang lebih
kecil untuk edaran peruncit
• Membuat simpanan stok sehingga barangan di tempah/dihantar kepada pembeli.
Pengeluar tidak perlu memikirkan ruang penyimpanan di premis mereka.
• Menyedia khidmat kewangan. Pemborong akan membayar tunai kepada pengeluar
dan memberi kredit kepada peruncit.
• Menjalankan aktiviti promosi, khidmat lepas jualan dan memberi maklumat
pasaran yang berguna kepada pengeluar.

ii. Agen dan broker


• Menemukan pembeli dan penjual
• Agen bekerja untuk penjual dan pada masa tertentu bekerja untuk pelanggan
serta dibayar komisyen
• Menyalurkan maklumat pasaran kepada penjual dan pembeli (pelanggan)
• Broker – agen yang tidak menyimpan produk
• Bertindak bagi pihak penjual walaupun ada masa mereka mewakili pembeli
iii. Peruncit
• Menyampaikan produk kepada pengguna
• Memberi perkhidmatan kepada pengguna akhir dan pada masa yang sama
perkhidmatan kepada pemborong dan pengeluar.
• Terdapat peruncit tanpa kedai/tempat seperti jualan pintu-ke-pintu, jualan pos,
teleshopping, mesin vending dan e-tailing.

1.1.5 KESIMPULAN
Pengedaran adalah elemen penting dalam campuran pemasaran. Kegagalan
dalam memilih saluran pengedaran yang efektif memberi kesan kepada jualan
perniagaan. Usahawan perlu bijak mengenalpasti dan memilih saluran yang
bersesuaian dengan jenis perniagaan mereka. Tiada gunanya produk dihasilkan
berkualiti tinggi dan mempunyai pembungkusan yang menarik tetapi tidak dapat
sampaikan kepada pelanggan dengan efektif.
1.2 STRUKTUR PERNIAGAAN DAN PERUNDANGAN

1.2.1 BENTUK PERNIAGAAN

1.2.1.1 Perniagaan Milik Tunggal

 Perniagaan milik tunggal ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan


1956 (Pindaan 1978).

 Ia adalah jenis perniagaan yang paling mudah di daftarkan dan mudah


ditamatkan.

 Pemilik perniagaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap modal, urusan


dan penamatan perniagaan.

 Antara kelemahan Perniagaan Milik Tunggal :

o Sukar mendapatkan pinjaman secara besar-besaran dari bank-bank


atau institusi kewangan untuk membiayai perniagaan.

o Tiada kesinambungan di dalam perniagaan milik tunggal. Sekiranya


pemilik meninggal dunia, perniagaan tersebut akan terhenti begitu
sahaja kecuali ada individu yang sanggup mengambilalih untuk
meneruskan perniagaan tersebut.

o Tanggungjawab dan liabiliti pemilik perniagaan tidak terhad. Jika


perniagaan tersebut gagal, segala aset perniagaan akan digunakan
untuk membayar hutang yang ditanggungnya dan jika hutang-
hutang tersebut masih berbaki pemilik dikehendaki menyelesaikan
semua hutang tersebut.

1.2.1.2 Perniagaan Perkongsian

 Perniagaan ini wujud secara perkongsian, melibatkan dua rakan kongsi atau lebih.
Meskipun saiz perniagaan ini lebih besar dari perniagaan milik tunggal, namun
ianya masih dikategorikan sebagai perniagaan kecil-kecilan. Bentuk urus niaganya
lebih tertumpu kepada peruncitan, perumahan, pengangkutan dan perkhidmatan
professional.
 Untuk menubuhkan perniagaan ini, bakal rakan kongsi mestilah sama-sama
bersetuju membuat satu perjanjian yang mengariskan syarat dan cara di dalam
mengendalikan perniagaan tersebut.

 Antara maklumat penting yang perlu ada di dalam perjanjian perkongsian adalah:

o Nama ahli yang berkongsi

o Jenis perniagaan yang diceburi

o Modal perniagaan dan sumbangan modal ahli-ahli

o Kaedah pengagihan keuntungan

o Keadaan yang membawa kepada pemansuhan perkongsian.

 Di Malaysia, sekiranya penubuhan perkongsian perniagaan tidak


disertai dengan sebarang pembentukan perjanjian yang sah
dikalangan ahli kongsi, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956,
memperuntukan peraturan untuk diguna pakai oleh semua ahli

 Setiap ahli perkongsian berhak di dalam perniagaan dan


menanggung secara sama rata terhadap sebarang kerugian yang
dialami.

 Semua ahli tidak mempunyai hak ke atas faedah modal sebelum


keuntungan ditentukan.

 Setiap ahli berhak atau turut serta di dalam pengurusan harian


perniagaan.

 Semua ahli perkongsian tidak berhak menuntut ganjaran dari kerja-


kerja yang dilakukan di dalam sesebuah perkongsian.

 Ahli-ahli tidak dibenarkan membawa masuk ahli baru ke dalam


perkongsian tanpa kebenaran semua ahli yang sedia ada.
 Jika berlaku perselisihan faham di dalam urusan perniagaan,
keputusan perlu dibuat berdasarkan pungutan suara dikalangan
rakan kongsi. Sekiranya hendak menukar jenis perniagaan,
persetujuan dari semua ahli diperlukan untuk urusan pertukaran
perniagaan tersebut.

 Semua rekod perkongsian mestilah disimpan ditempat perniagaan


atau di pejabat perniagaan yang didaftarkan. Setiap ahli
perkongsian berhak melihat dan memeriksa maklumat yang
terkandung di dalamnya.

 Kebaikan Perkongsian

o Kekurangan modal tambahan dapat di atasi melalui


sumbangan dari ahli perkongsian. Dengan ini perniagaan
akan terus berkembang seterusnya menghasilkan
keuntungan yang lebih tinggi.

o Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh ahli berupaya


melancarkan urusan perniagaan seterusnya melengkapkan
pengurusan perkongsian dengan lebih cekap dan kuat.

o Perkongsian perniagaan tidak tertakluk kepada pembayaran


cukai, sebaliknya cukai dikenakan kepada pemiliknya.
Sekiranya perkongsian melibatkan ramai ahli, sudah tentu
syer keuntungan untuk setiap ahli rendah. Apabila
pendapatan ahli rendah, maka cukai yang perlu dibayar juga
rendah.

 Kelemahan Perkongsian

o Setiap ahli kongsi bertanggungjawab secara individu dan


bersama ke atas segala tanggungan dan liabiliti perniagaan.

o Sekiranya perniagaan mengalami kerugian sehingga


memaksa penutupan , kesemua ahli terpaksa
bertanggungjawab membayar hutang perkongsian yang
ditanggungnya.

o Seseorang ahli perkongsian tidak dibenarkan menarik keluar


modal sahamnya kecuali setelah mendapat persetujuan dari
semua ahli yang lain. Walau bagaimanapun sekiranya ahli
tersebut menjualkan syernya kepada pihak yang boleh
menggantikannya, ia boleh berbuat demikian, namun ianya
tertakluk kepada syarat perkongsian.

o Perbezaan pendapat dan perselisihan faham yang berlaku


dikalangan ahli boleh menyebabkan perkongsian dibubarkan.
Contoh rakan kongsi pecah amanah terhadap harta syarikat.

1.2.1.3 Syarikat Sendirian Berhad

 Syarikat adalah entiti berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-


kurangnya dua orang, yang boleh memiliki harta, merangka kontrak
perjanjian dan menggaji kakitangan. Semua syarikat di Malaysia
tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.

 Syarikat merupakan sebuah entiti yang berasingan dan terpisah


daripada ahli dan pemegang saham.

 Ciri- ciri Syarikat Sendirian Berhad

o Sesebuah syarikat mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri


(berasingan dari pemiliknya/ pemegang saham).

o Sesebuah syarikat boleh mendakwa dan didakwa.

o Tanggungan oleh pemilik adalah terhad kepada jumlah


sumbangan saham.

o Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.

o Pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab


pengurusan perniagaan.
o Tanggungjawab pemegang saham adalah terhad kepada
sumbangan modal sahaja.

o Perjalanan operasi syarikat adalah dalam kawalan Suruhanjaya


Syarikat.

o Pelbagai jenis cukai terpaksa dibayar.

o Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah.

1.2.1.4 Koperasi Berhad


 Syarikat koperasi adalah syarikat yang ditubuhkan berlandaskan kepada
pembahagian keuntungan bersama. Ini bermakna keuntungan yang
diperolehi oleh syarikat koperasi menjadi modal pusingan semula kepada
syarikat tersebut.

 Urusniaga perdagangan yang dijalankan adalah melalui sirkulasi/peredaran


pendapatan bulanan kepada ahli yang mencarum. Syarikat koperasi
mempunyai ahli-ahli seumur hidup yang melaluinya akan dikenakan syarat
serta mendapat faedah dari keahliannya. Contoh Koperasi Awam Berhad,
Koperasi Tentera, Koperasi Polis dan lain-lain

 Ciri-ciri koperasi

o Koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi


keperluan anggota-anggotanya;
o Koperasi bukannya berunsurkan politik. Anggotanya tidak boleh
menggunakan koperasi sebagai tempat berpolitik;
o Koperasi bukannya Kesatuan Pekerja (TradeUnion) . Konsep
koperasi ialah tolong menolong antara satu sama lain, bukannya
dengan cara berjuang menuntut hak-hak dari majikan;
o Koperasi bukannya badan kebajikan;
o Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan
koperasi berdasarkan Akta, Peraturan dan Undang-Undang Kecil
Koperasi;
o Syer dan yuran disumbangkan oleh anggota sebagai modal
menjalankan perniagaan koperasi;
o Setiap anggota mempunyai hak yang sama dalam membuat
keputusan mengenai masa depan koperasi;
o Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal dan atau
yurannya sahaja;
o Koperasi mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada
anggota terlebih dahulu daripada mencari keuntungan semata-mata.
1.2.3 ISU PERUNDANGAN

1.2.3.1 PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU


Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan,
profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat
keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa
pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah
peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). Perniagaan yang boleh
didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu
meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan adalah
seperti berikut:
1. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
2. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh sekurang kurangnya dua (2) orang
dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.

PROSEDUR PENDAFTARAN
1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.
a) Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu
memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai,
Ramasamy a/l Mutusamy.
b) Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan
daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu.
Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.
2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi
maklumat seperti berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
3. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik
dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi.
4. Pemilik / semua rakan kongsi perlu hadir untuk urusan pendaftaran atau secara online
melalui perkhidmatan Ezbiz Online di laman web ezbiz.ssm.com.my.
5. Dokumen yang perlu dilampirkan:
a) Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan
Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan
(Kementerian/Jabatan Pendidikan)
b) Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan
oleh Pendaftar Perniagaan

6. SYARAT
1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
7. FI PENDAFTARAN
1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad
pengenalan – RM30.00.
2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan
nama tred - RM60.00.
3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

8. PANDUAN AM
 Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh
permulaan perniagaan.

 Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan
tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

 Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-


undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
 Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari
waktu pembayaran dibuat.

 Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah


melakukan suatu kesalahan di bawah Akta

 Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak
melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun
atau kedua-duanya.

 Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat


kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti
perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah
didaftarkan di SSM.
1.2.3.1 PANDUAN PENDAFTARAN SYARIKAT
1. Keperluan Untuk Pemerbadanan Syarikat

 Pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 boleh dilakukan oleh


individu yang berhasrat membentuk syarikat. Keperluan asas adalah:

 Syarikat persendirian – sekurang-kurangnya seorang pengarah yang


mempunyai tempat kediaman utama di Malaysia dan satu anggota syarikat
(pemegang saham); atau

 Syarikat awam – sekurang-kurangnya dua orang pengarah yang mempunyai


tempat kediaman utama di Malaysia dan satu anggota syarikat (pemegang
saham)

2. Prosedur Pemerbadanan Syarikat

 Keperluan mendapat kelulusan nama syarikat dari SSM.

 Permohonan memperbadankan syarikat adalah secara atas talian (online)


menggunakan salah satu daripada dua (2) kaedah pemerbadanan iaitu:

 Direct Incorporation – gabungan permohonan nama dan proses pemerbadanan


syarikat; atau

 Name reservation – Menyerah simpan permohonan pemerbadanan dalam


tempoh masa 30 hari atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang
dibenarkan oleh Pendaftar (maksimum 180 hari) selepas nama diluluskan.

3. Maklumat pemerbadanan yang perlu dilengkapkan adalah seperti yang berikut:

 Nama syarikat yang dicadangkan

 Status syarikat persendirian atau awam

 Jenis perniagaan yang dicadangkan

 Alamat pejabat berdaftar

 Alamat Perniagaan
 Maklumat Pengarah dan Anggota

 Pengakuan daripada Pengarah dan Anggota

 Perakuan Pematuhan daripada individu yang bertanggungjawab atas


pemerbadanan

 Dokumen tambahan (jika ada)

4. Fii Pendaftaran

 Syarikat Berhad mengikut saham RM1,000.00

 Syarikat Berhad Mengikut Jaminan RM3,000.00


1.2.3.2 PANDUAN PENDAFTARAN KOPERASI BERHAD

1. Menghubungi SKM

Pemohon boleh menghubungi SKM Negeri/Wilayah untuk mendapatkan borang


permohonan penubuhan koperasi atau dimuat turun dari laman web SKM

2. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja

 Selepas mendapatkan kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa


Penaja seramai sekurang-kurangnya 10 orang hendaklah dibentuk. Tempoh
kebenaran penubuhan koperasi ialah selama 3 bulan.

 Antara tugas Jawatankuasa Penaja ialah:

 Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota;

 Menyediakan Undang-Undang kecil koperasi dengan mengikut contoh


undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM;

 Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif


penubuhan koperasi;

 Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan


nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-
masing. Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang-
kurangnya 50 orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota
sebelum Mesyuarat Agung Permulaan diadakan;

 Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat


SKM.
3. Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan

Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa Penaja menetapkan satu tarikh bagi


mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi yang perlu diadakan dalam
tempoh tiga bulan dari tarikh kelulusan penubuhan koperasi.
4. Menyerahkan dokumen-dokumen Permohonan Pendaftaran Koperasi kepada
Ketua Pendaftar

5. Bagi tujuan pendaftaran, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan:

 Borang pemohonan mendaftar koperasi yang ditandatangani oleh sepuluh (10)


orang Jawatankuasa Penaja;

 Tiga (3) naskah Undang-undang Kecil yang ditandatangani oleh sepuluh (10)
orang Jawatankuasa Penaja;

 Minit Mesyuarat Agung Permulaan ditandatangani sekurang-kurangnya (50)


orang bakal anggota yang hadir.

 Dokumen-dokumen pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar


Negeri tidak lewat daripada tujuh (7) hari selepas Mesyuarat Agung
Permulaan diadakan.
BORANG PENDAFTARAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL DAN PERKONGSIAN
BORANG PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
PERNIAGAAN
BORANG PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU
BORANG PERUBAHAN MAKLUMAT
PERNIAGAAN
BORANG PENAMATAN PERNIAGAAN
BORANG PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU -
NAMA TRED
BORANG PENDAFTARAN KOPERASI BERHAD
Borang Permohonan
SKM-KPK 01-(Pindaan 2/2011)

SURAT PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI

Alamat:
e-mel :

Tarikh:

Pengarah,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Negeri …....................................

Melalui:
Pegawai
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Daerah/Wilayah...........................

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI

Dimaklumkan bahawa, kami seperti nama tersebut di bawah memohon untuk


menubuhkan sebuah koperasi bagi tujuan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:-
a)
b)
c)
2. Berikut ini kami kemukakan butiran mengenai koperasi yang akan

ditubuhkan:-
1. Nama koperasi yang dicadang :

i) Pilihan pertama :
ii) Pilihan kedua :
b) Kawasan operasi koperasi :

(kawasan di mana koperasi boleh mendapat anggotanya.


Contoh: Daerah Johor Bahru, Taman Perumahan Indera
Mahkota 2, Kuantan, Pahang, Negeri Perlis, Seluruh
Malaysia)
c) Bilangan bakal anggota : ___________

d) Kumpulan sasar bakal anggota : ______________

Sekian.
Kami yang benar,
Penaja I Nama : Tandatangan
No. K/P :
Alamat : (Jawatankuasa Penaja)
e-mel :
No. Telefon :

Penaja II Nama : Tandatangan


No. K/P :
Alamat : (Jawatankuasa Penaja)
e-mel :
No. Telefon :

Penaja III Nama : Tandatangan


No. K/P :
Alamat : (Jawatankuasa Penaja)
e-mel :
No. Telefon :
Panduan Menyediakan Surat Permohonan

1. Surat permohonan hendaklah dihantar kepada Pengarah SKM Negeri


melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Alamat pejabat SKM
Negeri/Wilayah/Daerah boleh didapati melalui laman web SKM iaitu
www.skm.gov.my .
2. Para 1, nyatakan aktiviti yang akan dilaksanakan seperti Jadual A di bawah.

3. Para 2(a), cadangkan dua nama yang bersesuaian, sekiranya nama


pertama mempunyai persamaan dengan koperasi lain yang telah didaftarkan,
nama kedua akan digunapakai.

4. Para 2(b), nyatakan kawasan operasi koperasi. Kawasan operasi yang


meliputi satu negeri atau dua negeri atau seluruh Malaysia hendaklah
menggunakan undang-undang kecil perwakilan.
5. Para 2(c), nyatakan bilangan bakal anggota yang akan menganggotai
koperasi. Bilangan minimum anggota bagi mendaftarkan sesebuah koperasi
asas ialah 50 orang.
6. Para 2(d), nyatakan kumpulan sasar bakal anggota. Contoh: kakitangan
kerajaan/swasta/bank, kakitangan dan pekerja kilang/ladang, petani, nelayan,
belia, wanita, ibu/bapa tunggal, penduduk taman perumahan/kondominium, ahli
kariah masjid, pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah menengah,
keluarga Haji Ali, golongan Orang Kelainan Upaya, dll.
7. Surat permohonan hendaklah ditandatangani oleh tiga orang penaja.

8. Suruhanjaya Koperasi Negeri akan memberi jawapan ke atas permohonan


penubuhan koperasi yang lengkap dalam tempoh 14 hari. Bagi permohonan yang
memerlukan kelulusan Ibu Pejabat, jawapan akan diberi dalam tempoh 30 hari
dari tarikh terima tertakluk kepada maklumat yang lengkap.
Kod Kertas USK 4621/M:01/KP(1/1) Muka surat : 31 drpd 31

Rujukan
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
2. Ab. Aziz Yusof Prinsip Keusahawanan-prentice Hall Pearson Education.
3. Jaafar Muhamad – Asas Pengurusan Perniagaan – Terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd 1993

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan


Versi 2.0 (2016)

You might also like