You are on page 1of 9

2

Bahagian A

(30 markah)

Arahan: Jawab semua soalan bahagian ini.

1. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk perniagaan

 Suatu perkongsian strategik antara dua atau lebih individu atau syarikat
 Kedua-dua pihak tersebut bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan
barang atau perkhidmatan dalam jangka masa yang tertentu

Berikan empat kelebihan bentuk perniagaan tersebut (4 markah)

(b) Nyatakan enam komponen asas perniagaan (6 markah)

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
3

2. (a) Rajah 1 berkaitan dengan tujuan perniagaan

Tujuan perniagaan

Bermotifkan untung X

Rajah 1

Jelaskan tiga kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi X (6 markah)

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
4

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan jenis rakan kongsi

Encik Azman ialah seorang yang aktif dalam menguruskan perniagaan pakaian
sukan yang dikongsi bersama Encik Fakhrul. Untuk melariskan perniagaan, mereka
menggunakan nama Encik Fakhrul, iaitu seorang pelakon terkenal. Encik Fakhrul
tidak mengeluarkan modal dan tidak terlibat dalam menguruskan perniagaan

Terangkan dua jenis rakan kongsi yang terdapat dalam perniagaan Encik Azman
(4 markah)

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
5

3. Situasi berikut berkaitan dengan keadaan ekonomi sesebuah Negara

Inflasi X
Satu fenomena kenaikan harga barang Satu keadaan kejatuhan harga barang
dan perkhidmatan secara berterusan dan perkhidmatan secara berterusan

(a) Apakah situasi X? (1 markah)

(b) Nyatakan faktor yang menyebabkan berlakunya situasi X? (2 markah)

(c) Nyatakan kesan situasi X kepada Negara (3 markah)

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
6

(d) Terangkan peranan kerajaan dalam menangani masalah situasi X (4 markah)

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
7

Bahagian C
(20 markah)
Soalan ini wajib di jawab.

4. Baca kes di bawah dengan lebih teliti.

Jenama Nasi Kak Wook menjadi mangsa ciplak perusahaan nasi Kak Wook
yang cukup terkenal di negeri ini memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-
undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan jenama itu tanpa kebenaran.
Meskipun sudah membuat pendaftaran cap dagangan dan memiliki hak eksklusif
dengan perbadanan Harta Intelek Malaysia( MyIPO) lima tahun lalu,nasi Kak Wook telah
menjadi mangsa tidak bertanggungjawab yang menciplak jenama itu bagi mengaut
keuntungan mudah.
Perniagaan nasi campur yang mula bertapak lebih 30 tahun lalu memiliki nama
kukuh di negeri ini menyebabkan ramai yang menciplak dan menggunakan jenama itu.
Mastura Ibrahim, pewaris perniagaan yang merupakan anak kepada Allahyarham Wook
Hassan mengatakan bahawa jenama Nasi Kak Wook sudah diciplak oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab sehingga boleh didapati di seluruh negeri ini bahkan menular ke
Kuala Lumpur dan Selangor.
Tambahnya lagi, dia menafikan sekeras-kerasnya bahawa selain daripada
enam cawangan Nasi Kak Wook di sekitar Kota Bahru dan tidak membuka sebarangan
cawangan lain termasuk banyak dibuka di Kuala Lumpur. Namun ramai pihak yang
menganggap ia adalah perusahaan yang sama. Ada pihak yang membuat aduan
kepada pihak berwajib supaya mengarahkan mereka membayar Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) kerana kononnya mereka memiliki puluhan cawangan seperti yang
didakwa.
Oleh itu, Mastura Ibrahim telah menghubungi pihak berkuasa dan terpaksa
beberapa kali ke pejabat kerajaan untuk menerangkan dan menujukkan bukti bahawa
hanya enam sahaja cawangan Nasi Kak Wook yang asal dan selain itu adalah tiruan.
Selain Jalan Telipot, cawangan Nasi Kak Wok terletak di Jalan Sultan Yahya
Petra, Bandar Baru Kubang Kerian,Pasir Hor, Bandar Satelit Pasir Tumboh dan Taman
Sari. Mastura yang juga berkata, lebih mengusutkan keadaan ada pihak yang cuba
mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti berhutang dan menyamar sebagai
pemilik Nasi Kak Wook, sekaligus mencalarkan imej perusahaan itu.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online,8 Mac 2018,
“Jenama Nasi Kak Wook jadi mangsa ciplak” oleh Siti Rohana Idris)

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
8

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut

(a) Nyatakan jenis perniagaan Kak Wook. (1 markah)

(b) Terangkan empat kelebihan perniagaan Kak Wook. (4 markah)

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
9

(c) Nyatakan dan jelaskan tiga bahagian fungsian yang terdapat dalam perniagaan nasi
Kak Wook. (9 markah)

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
10

(d) Jelaskan kesan kepada perniagaan nasi Kak Wook akibat menjadi mangsa ciplak.
(3 markah)

(e) Wajarkah Kak Wook menfranchaiskan perniagaan nasi beliau? Berikan alasan anda.
(3 markah)

***************************************KERTAS SOALAN TAMAT**************************************

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]

You might also like