You are on page 1of 4

BAB 1 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

1. Maklumat berikut berkaitan dengan pengelolaan sumber manusia


Merupakan dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman
pelaksanaan tugas dan fungsi tertentu

Apakah dokumen tersebut?


A Rancangan perniagaan C Indeks Pencapaian Utama (KPI)
B Sistem Tepat Masa (JIT) D Standard Prosedur Operasi (SOP)

2. Antara yang berikut, yang manakah dianggap faedah dalam pekerjaan?


I Elaun
II Gaji asas
III Kemudahan cuti
IV Biasiswa pendidikan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

3. Perniagaan yang manakah sesuai untuk mengamalkan stuktur organisasi


berdasarkan matriks?
A Agensi pengiklanan C Kilang roti dan kek
B Institusi kewangan D Pengeluar kereta

4. Apakah maksud gaji?


A Elaun, bonus dan komisen yang di bayar kepada pekerja tetap syarikat
B Bayaran yang dibayar kepada kakitangan yang bekerja lebih daripada lapan
jam
C Bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja
D Bayaran tetap yang di bayar kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga
5. Pernyataan berikut adalah berkaitan gaji.
Encik Maalim bekerja sebagai penjaga stor di sebuah kilang yang dibayar gaji
asas RM4000 sebulan. Kadar caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan
bahagian majikan ialah 12%.

Berapakah jumlah caruman KWSP Encik Maalim dalam sebulan?


A RM 440 C RM 920
B RM 480 D RM 780

6 Apakah yang dimaksudkan tentang pengurusan sumber manusia?


A Pengurusan modal awal yang digunakan untuk perniagaan
B Pengurusan rekod kewangan sesebuah organisasi perniagaan
C Pengurusan aset yang berbentuk ketara untuk dimanfaatkan organisasi bagi
menjalankan perniagaan
D Pengurusan modal insan yang memfokuskan kepada keperluan tenaga kerja
dan pembahagian kerja

7 Apakah kepentingan pengurusan sumber manusia?


A Tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi
B Menjaga kebajikan pekerja cemerlang
C Menambah bilangan pekerja sambilan
D menggalakan kretiviti pekerja

8 Maklumat berikut berkaitan dengan aspek pengelolaan sumber manusia.


Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan maklumat tersebut?
I Struktur Organisasi
II Penghargaan dan hukuman
III Penempatan kerja dan fasiliti
IV Standard prosedur operasi tugas
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

9 Maklumat berikut berkaitan dengan kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan


oleh sebuah syarikat
Syarikat MMT Berhad ingin melantik seorang pegawai pemasaran yang baharu.
calon yang dipilih mestilah memiliki ijazah dalam bidang berkaitan dan pernah
berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang pemasaran.

Apakah kemahiran tersebut?


I Berpengalaman dalam industri tertentu
II Keberkesanan mencapai sasaran
III Berpengetahuan tentang produk
IV Kelayakan yang bersesuaian

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

10 Maklumat tersebut berkaitan dengan ciri sejenis struktur organisasi.


• Pengelompokan tugas mengikut kemahiran individu dalam bidang
pengeluaran, pemasaran dan kewangan.
• Kebanyakan perniagaan kecil mengamalkan struktur organisasi ini kerana
mudah dibentuk.

Apakah struktur organisasi tersebut?


A Struktur organisasi berdasarkan fungsi
B Struktur organisasi berdasarkan produk
C Struktur organisasi berdasarkan matriks
D Struktur organisasi berdasarkan geografi
SOALAN ESEI
1. Terangkan tiga aspek pengelolaan sumber manusia yang perlu dilaksanakan
oleh sebuah syarikat pembinaan.
[ 6 markah ]
2. Maklumat berikut berkaitan sebuah syarikat.
Syarikat Pengangkutan Cekap Sdn Bhd ditubuhkan pada 30 Disember 2018.
Pada awalnya struktur organisasi Syarikat Pengangkutan Cekap Sdn Bhd
terdiri daripada seorang pengurus besar dan seorang pengurus bagi setiap
jabatan iaitu pembinaan dan kewangan. Pada Mei 2019 satu lagi jawatan baru
ditubuhkan iaitu pengurus pemasaran dan sumber manusia

(i) Apakah jenis struktur organisasi Syarikat Pengangkutan Cekap Sdn Bhd.
[ 1 markah ]
(ii) Lakarkan jenis struktur organisasi tersebut. [ 3 markah ]
(iii) Jelaskan ciri-ciri jenis struktur organisasi di 2(i). [ 4 markah ]

Disediakan oleh

………………….……………….
Puan Noor Ismaiza binti Ismail
Ketua Panitia Perniagaan
SMK Kelapa Sawit

You might also like