You are on page 1of 15

BAHAGIAN A

(50 markah)
Jawab lima soalan sahaja.

1. (a) Berikan definisi organisasi bermotifkan untung dan organisasi bukan bermotifkan untung. [2 markah]

(b) Gambar 1 menunjukkan dua jenis pemilikan perniagaan.

Gambar 1

Nyatakan perbezaan kedua-dua pemilikan perniagaan di atas dari segi jenis pemilikan, bilangan pemilik,
modal dan kawalan pengurusan. [8 markah]

2. (a) Berikut merupakan perbualan antara dua orang suri rumah tangga di sebuah pasar raya.

Pn. Anora : Keseluruhan harga barang di pasar raya ini telah menurun.

Pn. Siti : Bukan pasar raya ini sahaja, pasar raya di seluruh negara juga sama.
Harga barang telah menurun secara berterusan sejak tahun yang lepas .

(i) Apakah masalah ekonomi tersebut? [1 markah]

(ii) Apakah kesan masalah ekonomi tersebut terhadap rakyat sesebuah negara? [3 markah]

(iii) Jelaskan peranan kerajaan dalam membendung masalah ekonomi di atas. [6 markah]

1
3. (a) Terangkan ciri-ciri objektif perniagaan. [10 markah]

4. (a) Gambar 2 menunjukkan perbualan antara Encik Daud dan Encik Farid berkaitan dengan bahagian fungsian
dalam organisasi.

Gambar 2

(i) Apakah bahagian fungsian X? . [1 markah]

(ii) Nyatakan empat peranan bahagian fungsian X. [4 markah]

(iii) Apakah bahagian fungsian Y? [1markah]

(iv) Nyatakan empat peranan bahagian fungsian Y. [4 markah]

5. (a) Senaraikan enam peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan. [6 markah]

(b) Huraikan struktur organisasi berikut:

(i) Struktur organisasi berdasarkan fungsi. [2 markah]

2
(ii) Struktur organisasi berdasarkan pelanggan. [2 markah]

6. (a) Rajah 1 menunjukkan satu agensi kerajaan.

Rajah 1

(i) Apakah agensi kerajaan tersebut? [1 markah]

(ii) Berikan tiga dana yang disediakan oleh agensi kerajaan ini. [3 markah]

(b) Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penyata pendapatan yang disediakan oleh Perniagaan ABC.

Perniagaan ABC
Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018
RM
Jualan 200 000
Tolak: Kos jualan 90 000
P 110 000
Tolak: Belanja operasi 60 000
Untung bersih 50 000

(i) Apakah P? [1 markah]

(ii) Nyatakan tiga jenis nisbah asas yang boleh digunakan untuk menilai sesebuah perniagaan. [3 markah]

(iii) Hitung peratusan margin untung bersih Perniagaan ABC. [2 markah]

3
BAHAGIAN B
(30 markah)
Jawab dua soalan sahaja.

7. (a) Huraikan kelebihan menjadi usahawan kepada diri, keluarga dan masyarakat. [9 markah]

(b) Rajah 2 menunjukkan kombinasi pemboleh ubah pemasaran.

Rajah 2

(i) Apakah yang dimaksudkan X? [2 markah]

(ii) Terangkan empat elemen yang terkandung dalam X. [4 markah]

4
8. (a) Gambar 4 menunjukkan satu daripada tanggungjawab Encik Mansor.

Gambar 4

(i) Apakah sijil X yang dimaksudkan oleh Encik Mansor? [1 markah]

(ii) Apakah tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh Encik Mansor setelah memperoleh sijil X? [6 markah]

(b) Jelaskan empat kaedah promosi. [8 markah]

9. (a) Maklumat berikut menunjukkan format rancangan perniagaan bagi Hamdun Sdn. Bhd. .

Hamdun Sdn. Bhd

Format Rancangan Perniagaan

Muka surat hadapan


Muka surat senarai kandungan
*Pengenalan dan ringkasan eksekutif
*S
*T
*Latar belakang ahli kongsi
*U
*Objektif projek
*Rancangan pentadbiran
*V
*Rancangan pemasaran
*Rancangan kewangan
*W
*Lampiran

5
(i) Apakah S? [1 markah]

(ii) Apakah T? [1 markah]

(iii) Apakah U? [1 markah]

(iv) Apakah V? [1 markah]

(v) Apakah W? [1 markah]

(b) Huraikan lima kepentingan menyediakan rancangan perniagaan. [10 markah]

BAHAGIAN C
(20 markah)
Soalan ini wajib dijawab.

10. Baca dengan teliti kes di bawah.

Jenama Satay Ayam Ceria menjadi mangsa tiruan

Perniagaan Satay Ayam Ceria di Seberang Perai, Pulau Pinang yang cukup terkenal di negeri ini memberi
amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan jenama
itu tanpa sebarang kebenaran.

Meskipun sudah membuat pendaftaran cap dagangan dan memiliki hak eksklusif dengan Perbadanan
Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tujuh tahun lalu, perniagaan Satay Ayam Ceria telah menjadi mangsa pihak
tidak bertanggungjawab yang menciplak jenama itu bagi mengaut keuntungan mudah.

Perniagaan satay ayam yang mula bertapak lebih 25 tahun lalu memiliki nama utuh di negeri ini
6
menyebabkan ramai yang meniru dan mengguna pakai jenama itu. Muhamad Arif pewaris perniagaan
yang merupakan anak kepada Allahyarham Salleh Yaakob mengatakan bahawa jenama Satay Ayam
Ceria sudah diciplak oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga boleh didapati di seluruh negeri ini
bahkan menular ke Kedah dan Perak.

Tambahan lagi, dia menegaskan sekeras-kerasnya bahawa dia tidak membuka sebarang cawangan
di negeri-negeri lain kecuali Pulau Pinang tetapi didapati banyak perniagaan dibuka di Kedah dan
Perak. Namun, ramai yang menganggap ia adalah perniagaan yang sama.

Oleh itu, Muhamad Arif telah dihubungi oleh pihak berkuasa dan terpaksa beberapa kali ke pejabat
kerajaan untuk menerangkan dan menunjukkan bukti bahawa hanya 4 sahaja cawangan Satay Ayam Ceria
yang asal dan selainnya adalah tiruan.

Cawangan Satay Ayam Ceria terletak di Jalan Simpang Ampat, Jalan Raja Uda, Jalan Perai
dan Jalan Bukit Tambun. Muhamad Arif juga berkata, keadaan menjadi lebih kusut apabila ada pihak
yang mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti berhutang dan menyamar sebagai pemilik
Satay Ayam Ceria sekaligus mencalarkan imej perusahaan itu.

Berdasarkan kes ini, jawab soalan-soalan yang berikut.

a) i. Nyatakan jenis perniagaan Satay Ayam Ceria. [1 markah]

ii. Jelaskan dua kelebihan jenis milikan perniagaan di atas. [4 markah]

b) i. Apakah prosedur mengurus sumber teknologi di atas. [1 markah]

ii. Terangkan mengenai sumber teknologi tersebut. [3 markah]

c) Terangkan dua bahagian fungsian utama yang terdapat dalam perniagaan Satay Ayam Ceria. [3 markah]

d) Jelaskan kesan kepada perniagaan Satay Ayam Ceria akibat daripada menjadi mangsa tiruan. [4 markah]

e) Wajarkah perniagaan Satay Ayam Ceria menfrancaiskan perniagaannya. [4 markah]


Berikan alasan anda.
-------------------------------------------------------------KERTAS SOALAN TAMAT-----------------------------------------------------
JAWAPAN

1. (a) * Organisasi bermotifkan untung


Terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan dengan objektif
utama iaitu untuk mendapatkan keuntungan.

*Organisasi bukan bermotifkan untung


Organisasi yang memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan,
keagamaan, sosila dan budaya. [2
markah]

(b)

7
Aspek Kedai bunga Aini Kedai Perabot Hanif & Hafiq
Jenis pemilikan Milikan tunggal Perkongsian
Bilangan pemilik Seorang individu 2 – 20 orang, 2- 50 orang atau 2
hingga tiada had bilangan
maksimum rakan kongsi
Modal Modal kecil Modal besar
Kawalan pengurusan Pemilik Rakan kongsi
[8
markah]

2. (a)
(i) Deflasi [1
markah]

(ii) *Membantutkan aktiviti perniagaan


*Penduduk kehilangan pekerjaan
*Kuasa beli penduduk menurun [3
markah]

(iii) * Menurunkan kadar cukai


Bagi mengatasi deflasi, kerajaan mengurangkan kadar cuaki yang dibayar oleh pengguna supaya dapat
meningkatkan pendapatan boleh guna penduduk. Kesannya, pengguna boleh berbelanja lebih bagi
merangsangkan aktiviti perniagaan
.
* Memberikan khidmat nasihat dan perundangan
Pihak kerajaan berperanan untuk memdidik para peniaga sgar menggunakan setiap sumber secara
optimum dalam aktiviti perniagaan untuk meningkatkan jumlah aktiviti eksport ke negara serantau.

*Dasar kewangan negara


Deflasi juga dapat diatasi dengan menurunkan kadar faedah supaya pengguna mengurangkan simpanan
di bank dan meningkatkan perbelanjaan. Kerajaan juga menggunakan peruntukan undang-undang dan
beberapa dasar perrcukaian seperti menurunkan cukai eksport untuk menggalakkan aktiviti perniagaan
pada peringkat antarabangsa. [6
markah]

3. *Spesifik (Specific)
Spesifik merupakan ciri objektif yang menekankan bahawa pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara
khusus.

*Boleh diukur (Measureable)


Boleh diukur merujuk pada objektif yang telah ditetapkan dapat dibandingkan dengan pencapaian pada
sebelum dan selepas sesuatu aktiviit perniagaan dilaksanakan.

8
*Boleh dicapai (Attainable)
Boleh dicapai ialah satu penentuan objektif berdasarkan sasaran yang boleh dicapai jika pekerja
menggembleng tenaga sepenuhnya berdasarkan sumber yang ada.

*Munasabah (Realistic)
Munasabah bermaksud penetapan objektif menjurus kepada peluang yang tidak mustahil untuk mencapainya.

*Jangka Masa (Time Frame)


Jangka masa merupakan satu tempoh masa yang perlu ada dalam sesuatu penentuan objektif perniagaan.
[10 markah]

4. (a)

(i) Bahagian fungsian X ialah pengeluaran . [1 markah]

(ii) *Menghasilkan barang dan perkhidmatan


*Memenuhi keperluan dan kehendak
*Menukarkan input kepada output
*Bertanggungjawab kepada kawalan awalan, kawalan semasa dan kawalan selepas. [4 markah]

(iii) Bahagian fungsian Y ialah pemasaran. [1markah]

(iv) *Mengemaskinikan dan mempromosikan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran.
* Menghasilkan dan mengedarkan bahan publisiti seperti katalog.
*Mendapatkan dan mengemaskinikan profil pelanggan yang sedia ada untuk membuat sasaran
pasaran.
*Mempromosikan barang dan perkhidmatan melalui pelbagai cara pengiklanan dan kaedah promosi
seperti akhbar, televisyen dalam talian, mel terus, penajaan serta pertunjukkan dan pameran
perdagangan.
*Menjalankan penyeliaan pasaran untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan produk atau
perkhidmatan yang telah berada dalam pasaran atau produk yang berpotensi untuk dipasarkan.
[4 markah]

5. (a) *Keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerrjaan dan deskripsi tugas.
*Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran.
*Prestasi pasukan

9
*Latihan peningkatan kemahiran
*Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni
*Pemantapan budaya professional
*Menggalakkan kreativiti dan inovasi
[6 markah]
(b)

(i) *Digunakan secara meluas oleh kebanyakan organisasi kerana mudah dibentuk dan dipraktikkan.
*Diwujudkan berdasarkan kepadda ffungsi utama dalam organisasi seperti pemasaran, pengeluaran,
kewangan, penyelidikan dan pembangunan serta pengurusan sumber manusia.
* Menempatkan individu mengikut kemahiran atau kepakaran dalam fungsi tertentu.
[2 markah]

(ii) *Struktur organisasi ini diwujudkan berdasarkan kepada keperluan dan kehendak pelanggan syarikat
tersebut.
*Biasanya wujud dalam organisasi yang menawarkan perkhidmatan.
*Penempatan pekerja adalah bergantung kepada kepakaran mengikut jenis perkhidmatan yang
ditawarkan kepada pelanggan.
[2
markah]

6. (a)
(i) Agro Bank [1
markah]

(ii) *Modal Usahawan 1 Malaysia (MUS1M-i)


*Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-I (Tawarruq)
*Program Agropreneur Muda (PAM) [3 markah]

(b)
(i) P ialah Untung kasar [1
markah]

(ii) * Nisbah keberuntungan


*Nisbah kecairan
*Nisbah kecekapan [3
markah]

(iii) Peratusan margin untung bersih = Untung Bersih × 100% [2 markah]


Jualan

= 50 000 × 100%
200 000

= 25 %

10
7. (a) * Diri
-Membentuk diri untuk sentiasa berfikiran positif, berdisiplin, bebas mengeluarkan idea dan cekap
menguruskan masa.
-Mewujudkan sikap berdikari
-Sumber pendapatann diri dan keluarga

*Keluarga
-Peluang untuk membuka perniagaan baharu.
-Mempunyai kelebihan yang dapat diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.
-Memupuk minat keusahawanan dalam kalangan ahli keluarga.

*Masyarakat
-Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
-Memberikan pelbagai produk dan perkhidmatan
-Membuka peluang pekerjaan
-Mewujudkan ketenteraman dengan mengurangkan kadar jenayah. [9 markah]

(b)
(i) *Campuran pemasaran
-Terdiri daripada produk, tempat, harga dan promosi yang memainkan peranan penting dalam menjayakan
sesuatu perniagaan. [2
markah]

(ii) * Produk
-Produk terdiri daripada barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

*Tempat (Agihan)
-Strategi tempat dan saluran pengedaran untuk menyalurkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna.

*Harga
-Penetapan harga perlu mengambil kira semua kos yang terlibat seperti kos operasi, pengeluaran,
pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, pemasaran, pengiklanan serta gaji pekerja.

*Promosi
-Promosi merupakan bentuk komunikasi yang digunakan untuk memberitahu dan memujuk pengguna
membeli produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan.
[4 markah]

11
8. (a)
(i) Sijil Perakuan Pendaftaran [1 markah]

(ii) *Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran perniagaan dan lesen perniagaan di tempat yang boleh dilihat
dengan jelas.
*Mempamerkan papan tanda perniagaan yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
tempatan.
*Nama dan nombor penddaftaran perniagaan tertera pada dokumen rasmi perniagaan seperti resit, invois
dan nota serahan.
*Memperbaharui sijil perakuan perniagaan bila-bila masa sebelum tempoh 30 hari selepas pemerbadanan
sesebuah syarikat.
*Mendaftarkan perubahan maklumat perniagaan dalam masa 30 hari dari tarikh perubahan (jika terdapat
perubahan)
*Menamatkan pendaftaran perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perniagaan.[6 markah]

(b) *Pengiklanan
-Kaedah ini merupakan satu sara komunikasi pemasaran yang dirancang khas untuk memberitahu dan
memujuk pengguna membeli sesuatu produk atau perkhidmatan.

*Jualan langsung
-Merupakan satu kaedah jualan yang melibatkan interaksi dan pertemuan secara peribadi antara jurujual
dengan bakal pelanggan.

*Promosi jualan
-Promosi jualan melibatkan pelbagai jenis insentif untuk menarik minat pengguna agar menambahkan belian
mereka bagi tempoh tertentu.

*Publisiti
-Merupakan maklumat yang disalurkan melalui media massa mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan.
Kos siaran biasanya ditanggung oleh pihak media massa.
[8
markah]

9. (a)
(i) S ialah tujuan rancangan perniagaan [1 markah]

(ii) T ialah latar belakang [1 markah]

(iii) U ialah kedudukan tapak projek [1 markah]


12
(iv) V ialah rancangan operasi [1 markah]

(v) W ialah penutup [1 markah]

(b)*Memberi peluang kepada usahawan menilai projek yang dirancang dengan teliti.
-Sebarang kesilapan ketika menguruskan perniagaan dapat dikurangkan kerana rancangan perniagaan yang
disediakan dijadikan sebagai garis panduan dalam hala tuju pengurusan perniagaan.

*Merancang keprluan sumber perniagaan


-Keperluan sumber perniagaan adalah seperti sumber manusia, sumber fizikal dan sumber pembiayaan.
Perancangan yang teliti dalam merrancang dan mengagihkan keperluan sumber perniagaan dapat membantu
perniagaan beroperasi dengan lebih sistematik dan lebih jelas.

*Menjangka risiko dan masalah yang timbul semasa melaksanakan projek perniagaan
-Risiko dan masalah yang bakal timbul dalam perniagaan seperti kekurangan modal dan pemilihan lokasi yang
tidak strategik dapat dikurangkan.

*Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang berdaya maju atau tidak
-Gambaran bahawa projek yang dijalankan berpotensi berdaya maju dapat membantu menyakinkan pihak
seperti pelabur, bank dan pihak berkepentingan untuk pelaburan atau pembiayaan.

*Meyakinkan pihak pelabur atau bank


-Kemampuan perniagaan untuk menjelaskan segala hutang perniagaan dapat ditunjukkan dengan melihat kos
yang terlibat dan kadar keuntungan yang diproleh. [10 markah]

SKEMA PEMARKAHAN PERNIAGAAN (BAHAGIAN C)


10. i. H1: Milikan tunggal [1 markah]
a)
ii. H1: modal yang kecil daripada simpanan pemilik 1
H2: pinjaman daripada saudara mara 1
H3: pinjaman daripada institusi kewangan / agensi kerajaan 1
H4: mudah diuruskan 1
H5: saiz perniagaan yang kecil 1
H6: beban cukai rendah 1
H7: cukai pendapatan perseorangan 1
H8: bebas membuat keputusan 1
13
H9: keputusan dibuat oleh pemilik sahaja 1
(mana-mana 4H) [4 markah]
b) i. H1: paten [1 markah]
ii. H1: hak eksklusif untuk suatu reka cipta / satu produk / satu proses untuk 1
menghasilkan sesuatu yang baharu
H2: semua reka cipta hendak dipatenkan mestilah yang belum dizhairkan 1
oleh mana-mana syarikat
H3: hak cipta dilindungi undang-undang 1
H4: usahawan boleh mendaftar paten melalui Perbadangan Harta Intelek 1
Malaysia (MyIPO)
H5: pendaftaran paten di Malaysia hanya melayakkan perlindungan di 1
Malaysia sahaja [3 markah]
(mana-mana 3H)

c) F1: bahagian fungsian pengeluaran 1


H1: menjalankan aktiviti menjual satay ayam yang istimewa 1
F2: bahagian fungsian pemasaran 1
H2: menjalankan aktiviti-aktiviti promosi bagi tujuan melariskan jualan satay 1
ayam 1
F3: bahagian fungsian pengagihan 1
H3: melakukan aktiviti pengagihan satay ayam kepada pelanggan [3 markah]

( 2F+1H)
d) H1: kesan menjadi mangsa tiruan 1
H2: jualan merosot 1
H3: perniagaan hanya mampu mengeluar dan menjual setakat yang diterima 1
sahaja 1
H4: imej perniagaan akan jatuh akibat daripada kelemahan dalam pengurusan 1
H5: perniagaan akan menghadapi kesukaran dalam usaha untuk 1
mengembangkan perniagaan 1
(mana-mana [4 markah]
4H)
e) F1: wajar 1
H1: mempunyai sumber tenaga pakar yang mencukupi dan berkebolehan 1
untuk melaksanakan tugas
H2: mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung 1
tambahan kos 1
H3: perniagaan dapat berkongsi risiko dan tanggungjawab dengan francaisi

atau
1
F2: tidak wajar 1
H1: memadai dengan sumber tenaga yang sedia ada 1
H2: tindakan yang perlu diambil ialah memperbaiki kelemahan perniagaan
atau mengenalpasti punca kepada kegagalan tersebut 1
H3: boleh menjejaskan reputasi francaisor sekiranya francaisi tidak mematuhi
kualiti satay ayam yang ditetapkan [4 markah]
14
(1F+3H)

15

You might also like