You are on page 1of 13

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

SEKTOR PEMBELAJARAN

UNIT TVET

MODUL LATIHAN MATA PELAJARAN EKONOMI TAHUN 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID 19

SENARAI NAMA JURULATIH UTAMA MATA PELAJARAN

EKONOMI NEGERI JOHOR

BIL NAMA PEJABAT/SEKOLAH


ENCIK SAHIBUL BAHRIN BIN AHMAD
1 PENOLONG PENGARAH TVET
PENYELIA MATA PELAJARAN
2 PN HJH ASMAH BINTI HJ OTHMAN SMK(P) SULTAN ABU BAKAR
3 PN NORHASLINA BINTI HASHIM SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT
4 PN NURUL HANIZA BINTI ANUAR SMK(P) SULTAN ABU BAKAR MUAR
5 EN MUHAMMAD HAFIZ BIN JUSOH SMK BANDAR SERI ALAM P.GUDANG
6 EN NIK MAZLIEHAFIZAN BIN NIK HASSAN SMK DATO' PENGGAWA TIMUR, MASAI PASIR,PG
7 PN NORLINDA BINTI MUNASIR SMK ADELA,KOTA TINGGI
8 PN RASNA BINTI JUNUS SMK DATO' SULAIMAN BATU PAHAT
9 EN MOHD RIZAL BIN JALIL SMK TUN SULAIMAN NINAM SYAH MUAR
10 PN NORAZRA BINTI MOHAMAD SUKOR SMK UNGKU HUSIN MERSING
11 PN NORIZAH BINTI HASSAN SMK KANGKAR PULAI KULA
12 EN ASRUL FADHLI BIN JAILAN SMK LKTP BELITONG

LATIHAN EKONOMI 2020 - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19


DISEDIAKAN JURULATIH UTAMA MATA PELAJARAN EKONOMI NEGERI JOHOR

BAB 4 – 4.2 EKSTERNALITI

SOALAN OBJEKTIF (10 SOALAN)

1. Apakah faedah sosial yang akan timbul apabila kerajaan negeri menggalakkan
penggunaan lebih banyak basikal di Johor?

A. Kos pengangkutan yang lebih tinggi


B. Kadar pengangguran yang rendah
C. Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah
D. Kadar pencemaran udara yang lebih tinggi

2. Gambar di bawah menunjukkan aktiviti pengeluaran botol minuman sebuah firma.

Pilih kesan eksternaliti yang negatif daripada aktiviti pengeluaran di atas.


I Pembebasan asap kilang yang bertoksik
II Peluang pekerjaan yang lebih banyak
III Penggunaan teknologi yang moden
IV Kesesakan lalu lintas
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3. Gambar di bawah menunjukkan aktiviti pengeluaran mi kuning menggunakan mesin


manual.

Pilih kesan eksternaliti yang positif bagi aktiviti pengeluar tersebut.

I Menyebabkan kesesakan lalu lintas


II Tidak membebaskan asap bertoksid ke udara
III Kos pengeluaran yang tinggi
IV Mewujudkan peluang pekerjaan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan IV
D. III dan IV

4. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang eksternaliti negatif?


I Perbezaan antara kos sosial dengan kos persendirian
II Perkembangan penyelidikan dan pembangunan
III Pertambahan infrastruktur
IV Pencemaran alam sekitar

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5. Antara berikut, yang manakah merupakan eksternaliti negatif kesan daripada aktiviti
pengeluaran ?
I Ekosistem yang seimbang
II Pertambahan peluang pekerjaan
III Pelepasan asap dari kilang getah
IV Pembuangan sampah oleh kilang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6. Apakah kesan subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan?


A Meningkatkan kos pengeluaran
B Menambahkan tingkat keluaran
C Mengurangkan daya saing
D Menaikkan harga barang di pasaran

7. Faedah sosial daripada kempen berkongsi kereta ialah


I Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah
II Kadar penggunaan minyak petrol yang tinggi
III Kos perubatan yang semakin meningkat
IV Kadar pencemaran alam sekitar yang rendah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8. Antara yang berikut, manakah yang merupakan tindakan kerajaan untuk mengawal kesan
eksternaliti negatif?
I Mengehadkan pengeluaran lesen
II Menentukan penempatan firma
III Menjalankan pemantauan oleh agensi kerajaan
IV Memberikan subsidi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

9. Kerajaan boleh meningkatkan faedah sosial dengan memberi subsidi kepada


A pengguna kereta persendirian
B pengguna kuasa solar
C pengguna kenderaan berat
D pengguna alat penghawa dingin

10. Apakah kos sosial yang timbul daripada pembinaan sebuah kilang pembuatan baja kimia di
kawasan perumahan Desa Cemerlang, Pasir Gudang?
A Pencemaran udara yang berleluasa
B Kadar kesesakan lalu lintas rendah
C Pembinaan jalan raya yang lengkap
D Peluang pekerjaan bertambah

Skema jawapan:- (Soalan Objektif)


1 C 2 B 3 C 4 D 5 D
6 B 7 B 8 A 9 B 10 A

BAB 4 - 4.2 EKSTERNALITI

BAHAGIAN A

1. a. Berdasarkan keratan akhbar di bawah berkaitan dengan eksternaliti.

KUALA LUMPUR 1
Ogos - Orang ramai di
pantai barat
Semenanjung Malaysia
dan Sarawak mula
berhadapan dengan
masalah jerebu hari ini
susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia.

Utusan Malaysia 1 Ogos 2019

Terangkan kos sosial kepada penduduk di kawasan sekitar [6 markah]

b. Maklumat di bawah berkaitan pembinaan menara berkembar Petronas

Jelaskan faedah sosial yang diperoleh dari pembinaan menara berkembar Petronas.

[4 markah]
2. a. Maklumat di bawah berkaitan pencemaran sungai yang berlaku

Kawasan yang terjejas susulan pencemaran toksik di Sungai


Kim Kim

Mengapa ekternaliti negatif perlu ditangani oleh kerajaan?


[4 markah]
b. Gambar di bawah menunjukkan suatu fenomena yang berlaku dalam negara.

Kadar penggunaan kenderaan bermotor di jalan raya telah


menunjukkan berlakunya peningkatan yang amat besar pada
masa kini.
i. Apakah maksud kos sosial dalam konteks ekonomi? [2 markah]
ii. Jelaskan kos sosial yang akan ditanggung akibat daripada fenomena di atas.
[ 4 markah]

Skema jawapan (Bahagian A)

No. Jawapan Markah


1a. Kos sosial kepada penduduk di kawasan sekitar ialah:
F1 menyebabkan penyakit berkaitan pernafasan 1
H1terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk ubat 1
H2 perbelanjaan barang kehendak kurang 1
H3 taraf hidup jatuh. 1

F2 produktiviti kerja jatuh 1


H1 persekitaran tempat kerja tidak selesa 1

F3 tidak dapat melakukan aktiviti riadah 1


H1 menyebabkan hubungan ahli keluarga renggang 1
H2 banyak masa dihabiskan di rumah 1
H3 melayari Internet/menonton video 1
H4 kurang kemahiran sosial 1
Max 6m
(3F +3H)
1b Faedah sosial yang diperoleh dari pembinaan menara berkembar
Petronas ialah:
H1 Kedatangan pelancong dengan melihat landskap Imej negara 1
meningkat
H2 Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan meningkat 1
H3 seperti Kedai makan/pengangkutan/pemandu pelancong 1
H4 Kadar jenayah berkurang kerana penggangur kurang 1
H5 Pengunjung dapat hilangkan stres atau tekanan berkunjung 1
tempat tersebut
Max 4m
2a Ekternaliti negatif perlu ditangani oleh kerajaan kerana

H1Penduduk sekitar tidak boleh menggunakan air untuk kegunaan 1


domestik kerana bahan toksik yang mencemarkan sungai.
H2Penduduk sekitar menghadapi bau busuk akibat pereputan 1
bangkai
ikan. 1
H3Pemancing atau nelayan menghadapi hasil tangkapan ikan yang
berkurang. 1
H4 Nelayan atau pekerja lain yang mencari rezeki dari sungai
terpaksa 1
berhenti kerja menyebabkan pengangguran bertambah
H5 Firma pelancongan atau perkhidmatan inap desa mengalami 1
kerugian. 1
H6 Pencinta alam sekitar mendapati pandangan landskap merosot. 1
H7 Keluarga mengehadkan aktiviti rekreasi di tepi sungai.
H8 Tingkat kesihatan penduduk sekitar terjejas dan kos perubatan 1
meningkat. 1
H9 Masalah kesihatan menyebabkan produktiviti buruh berkurang.
H10 Penduduk sekitar mengalami kadar jenayah meningkat kerana 1
kurang peluang pekerjaan. Max 4m
H11 Pihak kerajaan terpaksa menambahkan peruntukan kewangan
untuk pencegahan jenayah.

2b. H1 Kos sosial merupakan kesan eksternaliti negatif kepada pihak ke tiga 1
i iaitu kos kepada pihak ketiga yang tidak termasuk dalam harga pasaran

H2 Contoh: pembuangan sisa toksik kilang ke dalam sungai 1


menyebabkan
pencemaran alam sekitar / contoh lain Max 2m

ii ii. kos sosial yang akan ditanggung akibat daripada fenomena di atas
ialah
H1 pembebasan asap menyebabkan pencemaran udara 1
H2 meningkatkan kos hidup 1
H3 perbelanjaan untuk perubatan meningkat 1
H4 kesesakan lalulintas berlaku 1
Max 4m
LATIHAN EKONOMI 2020 - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19
DISEDIAKAN JURULATIH UTAMA MATA PELAJARAN EKONOMI NEGERI JOHOR

Bab 4 - 4.2 Eksternaliti

BAHAGIAN B

1. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu tindakan kerajaan.

Larangan merokok di restoran, premis makanan bermula 1 januari 2019

Sungai Petani : Kementerian kesihatan (KKM) mengeluarkan arahan


larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini
berkuatkuasa 1 januari 2019.
Menurutnya, selain kawasan yang sedia maklum seperti tempat awam dan
bangunan kerajaan, arahan larangan merokok kini membabitkan semua
restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan di tepi
jalan.
Sumber: Berita Harian, Khamis 11 Okt 2018

(a) Terangkan dua jenis eksternaliti yang terlibat dalam pernyataan di atas.
[4 markah]
(b) Cadangkan tindakan yang perlu kerajaan laksanakan untuk memastikan larangan
merokok berjaya dilaksanakan.
[7 markah]
(c) Bersetujukah anda dengan tindakan kerajaan dalam petikan di atas.
Kemukakan alasan anda.
[9 markah]
2 Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat penerbangan di Malaysia.

AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik berdasarkan


Pertumbuhan Mutlak Penumpang (Asia Tenggara) dalam Anugerah Changi
Airline Singapura 2019 baru-baru ini. Hal ini merupakan pengiktirafan ke atas
peningkatan 4.1 peratus penumpang yang dibawa ke Singapura pada tahun 2018.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura Logan Velaitham berkata bahawa
AirAsia telah mengembangkan Singapura menjadi hab ketiga terbesar dengan
kira-kira 40 penerbangan sehari dari bandar-bandar di Malaysia, Indonesia,
Thailand dan Filipina.
Sumber : Bernama Mei 01, 2019

(a Mengapakah AirAsia dianggap sebagai sebuah syarikat [4 m]


) multinasional?

(b Jelaskan kesan eksternaliti yang mungkin wujud ekoran daripada tindakan AirAsia
)
mengembangkan hab di rantau Asia Tenggara. [7 m]

(c Bagaimanakah kerajaan mengawal selia syarikat-syarikat penerbangan di


) Malaysia?
[9 m]

Skema jawapan ( Bahagian B)

1(a) Eksternaliti positif


H1 Merujuk kepada faedah sosial iaitu sejumlah faedah atau manfaat yang
diperoleh oleh masyarakat hasil daripada pengeluaran atau penggunaan 1
sesuatu barang dan perkhidmatan
1
H2 Faedah sosial meliputi faedah peribadi dan faedah luaran 1
H3Contoh

Eksternaliti negatif
H1Merujuk kepada kos sosial iaitu kos sebenar sesbuah firma, individu 1
atau
kerajaan atas aktiviti pengeluaran atau penggunaan 1
H2 Kos sosial meliputi kos peribadi dan kos luaran 1
H3 Contoh [max: 4
m]
(b) H1Kerajaan perlu mengawal dan memantau aktiviti melalui undang- 1
undang dan peraturan.
H2 kawalan terhadap rokok adalah mengikut Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau menerusi Akta Makanan 1983 di bawah peraturan-peraturan 1
tertentu.
H3 Mengubal akta baru bagi mengurangkan masyarakat merokok. 1
H4 Mengenakan kompaun kepada mereka yang masih merokok di tempat 1
awam
H5 Kerajaan boleh mengenakan tindakan kepada peniaga yang meletakkan
rokok dibelakang kaunter walaupun ia berbentuk pengiklanan. 1
H6 menempatkan penguat kuasa di kawasan larangan 1
H7 Meningkatkan kempen cth: pemakanan sihat/ bahaya merokok/ 1
menggalakkan peniaga memberi nasihat kepada pengguna supaya tidak 1
merokok di kawasan larangan juga diadakan. 1
H8 Membanteras penyeludupan rokok
H9 Meningkatkan kawalan disempadan negara 1
H10 Kerajaan perlu menaikan cukai rokok 1
H11 Harga rokok akan meningkat 1
H12 Permintaan rokok akan berkurang [max: 7m]

(c) Tahap 1 [1-3 markah]


- Pengetahuan yang terhad tetang kesan positif atas tindakan oleh
kerajaan
- Menyenaraikan fakta/isi sahaja tanpa huraian
- Pernyataan / keterangan umum

Tahap 2 [4-6 markah]


- Fakta dan huraian/ idea masih tepat / betul / logik / berkaitan
- Keterangan bercampur – tepat dan kurang tepat
- Keterangan / jawapan hanya satu sisi
- Menyatakan pendirian

Tahap 3 [7-9 markah]


- Mengemukakan idea / pandangan yang bernas, kreatif dan rasional
berkaitan tindakan oleh kerajaan
- Fakta tepat, lengkap
- Keterangan betul, sangat jelas, matang dan mendalam
- Keterangan / jawapan dua sisi
- Contoh yang releven

Soalan Butiran Markah


2(a) H1 Firma besar yang mempunyai cawangan di negara lain 1
H2 Singapura 1
H3 Beroperasi di beberapa negara secara serentak 1
H4 Beroperasidi Malaysia,Indonesia,Thailand, Filipina 1
&
Singapura
H5 Semua cawangan dikawal oleh firma induk di negara asal 1
H6 Berlaku pemindahan teknologi antara cawangan di negara 1
yang
berbeza
H7 Pasaran yang luas 1
[Mak. 4m]
(b) Eksternaliti positif / faedah sosial
H1 Meningkatkan taraf pengangkutan di rantau Asia Tenggara 1
H2 Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan 1
H3 Mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan / pelaburan 1
antarabangsa
H4 Meluaskan pasaran 1
H5 Meningkatkan pendapatan penduduk / negara 1
H6 Meningkatkan taraf hidup penduduk setempat 1
H7 Menikmati perkhidmatan pada harga yang lebih rendah / 1
murah
Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai
H8 Menggalakkan mobiliti tenaga buruh 1
H9 Menggalakkan pemindahan teknologi 1
H10 Meningkatkan daya saing 1
H11 1
Eksternaliti negatif / kos sosial
H12 Syarikat penerbangan lain menghadapi persaingan sengit 1
H13 Kemasukan budaya negatif dari luar negara 1
H14 Keselamatan negara terancam 1
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah.)
[Mak. 7m]

2(c) Tahap 1 [1 – 3 markah]


 Calon dapat menyenaraikan fakta secara ringkas tentang [Mak. 9m]
peranan kerajaan dalam mengawal selia eskternaliti negatif
 Memberi huraian yang ringkas
 Penjelasan terhad kepada tindakan kerajaan.
Contoh jawapan :
- Undang-undang dan peraturan
- Kawalan harga
- Pemberian subsidi kepada pengeluar tempatan
- Pengenaan cukai ke atas
Tahap 2 [4 – 6 markah]
 Calon dapat menghuraikan setiap fakta dengan menggunakan
contoh
yang sesuai.

You might also like