You are on page 1of 3

01 Laporan Kajian Tindakan ADS Tahun 2022

NAMA GURU: NURUL KHAIREYAH HAKIMAH BINTI KATNIN

SUBJEK: EKONOMI

STANDARD PELAJARAN: 1.1.6 IMPLIKASI PILIHAN YANG DIBUAT OLEH INDIVIDU, FIRMA, DAN KERAJAAN DARI ASPEK KOS LEPAS

CADANGAN TAJUK: PENGGUNAAN APLIKASI MIRO (ONLINE WHITEBOARD) UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM
MENGHURAI ESEI EKONOMI BAGI KELAS 4SS

MEREFLEK Dalam ujian selaras 1 yang lepas, didapati seramai 13 daripada 21 pelajar tingkatan 4SS tidak boleh jawab soalan esei dengan baik. Guru dapati pelajar tidak
dapat menjelaskan implikasi pilihan yang dibuat oleh unit ekonomi dari aspek kos lepas dengan huraian yang berkaitan. 13 orang pelajar ini memperolehi markah
2 atau 3 daripada 9 markah penuh yang diperuntukan bagi soalan esei. Dimana tahap huraian jawapan pelajar adalah berada pada tahap 1(mengikut penandaan
peperiksaan SPM). Manakala 8 orang pelajar lagi memperolehi markah 4 dan 5 markah bagi setiap soalan dan tahap huraian jawapan pelajar berada pada tahap
2.

Berdasarkan pemerhatian guru, pelajar lemah dalam mengingat dan mengaitkan fakta beserta huraian lanjutan yang menyebabkan sukar mencapai tahap 2
TINJAUAN (markah 4-6) dan tahap 3 (markah 7-9) dalam soalan esei. Pelajar lelaki kurang gemar menyediakan nota ringkas dan catatan penting untuk mengingat fakta.
AWAL Pelajar hanya bergantung bahan dari buku teks dan membacanya pada saat akhir sebelum peperiksaan.

Kajian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:


MERANCANG i) Ujian Pre
- Menilai keputusan 21 pelajar 4ss dalam ujian Selaras 1
- Guru menggunakan keputusan ujian selaras 1. 19 pelajar yang lemah telah dikenalpasti.

ii) Aktiviti Apps MIRO dengan menggunakan ipad dan smart TV


- Kelas terlibat : 4 Sains Sosial
Cadangan Intevensi : Pdp Subjek ekonomi 4SS (13 Jun – 30 Jun 2022)
Jumlah pelajar : 21 Orang

- 8 pelajar yang cemerlang akan bertindak sebagai guru muda membantu pelajar menggunakan apps MIRO.
- 19 pelajar akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dimana setiap kumpulan akan mempunyai seorang mentor (guru muda)
- Pelajar akan di invite oleh guru dalam Apps MIRO (online whiteboard).
- Pelajar akan dibimbing oleh guru dan guru muda menggunakan Apps MIRO.

iii) Ujian pos


- Ujian topikal (kertas 2-esei)

1/3
01 Laporan Kajian Tindakan Tahun 2022
Berdasarkan tarikh pelaksanaan yang telah dijadualkan, pelajar tingkatan 4 Sains Sosial seramai 21 orang telah terlibat dalam pelaksanaan kajian tindakan yang
mengambil 1 masa jam setiap kali pdp bagi subjek ekonomi. Guru memperkenalkan aplikasi MIRO (online whiteboard) menerusi apple tv kepada pelajar. Guru
BERTINDAK memberikan satu soalan esei yang berkaitan sub topik. Guru muda turut membantu guru membimbing rakan pelajar dalam menggunakan aplikasi ini.

Pelajar diminta untuk mengemukakan fakta yang berkaitan dalam menjawab soalan yang diberi. Penyediaan tapak brainstorming dalam apps ini membantu
pelajar mengembangkan idea dari aras sederhana ke tahap yang lebih tinggi. Pada peringkat awal pelaksanaan , didapati pelajar masih kekok dan tidak berani
menulis jawapan masing-masing kerana bimbang malu sekiranya jawpaan yang diberikan tidak tepat memandangkan rakan pelajar lain boleh melihat jawapan
yang diberikan oleh rakan-rakan.Namun setelah 3 minggu aktiviti ini dilaksanakan, pelajar didapati semakin selesa dan mahir menggunakan aplikasi ini dalam
membincangkan sesuatu isu atau topik ekonomi.

Bagi melihat keberkesanan penggunaan aplikasi ini, satu ujian pos telah diberikan kepada pelajar. Ujian pos ini dilaksanakan bagi melihat keberkesanan aplikasi
ini dalam membantu pelajar mengembangkan huraian jawapan berdasarkan fakta ekonomi yang telah diberikan.

Berdasarkan analisis yang diperolehi dalam ujian pos,didapati 86% pelajar 4ss Berjaya memperolehi markah tahap 3 iaitu 7-9 markah. Ini jelas menunjukkan
aplikasi ini dan kemudahan apple pencil dan apple tv boleh membantu meningkatkan kemahiran menulis esei ekonomi pelajar. Pelajar juga dilihat lebioh
seronok dan aktif dalam aktiviti perbincangan dalam kumpulan mahupun aktiviti individu. Malah paparan online whiteboard ini juga dapat membantu guru
untuk membuat pentaksiran terhadap tahap penguasaan pelajar.

MEMERHATI Markah Markah


7 12
6
6 10
10
5
4 8
4
3 3 3 6 5
3
2 4
2 3
2
1 2 1

0 0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Bil Pelajar Bil Pelajar

Analisis ujian selaras 1 (Ujian Pra) Analisis ujian Pos

2/3
01 Laporan Kajian Tindakan Tahun 2022
https://youtu.be/OwwIWWFBjDU
PAUTAN
VIDEO

PAUTAN SEMUA/CONTOH
HASIL PELAJAR

LAMPIRAN
(GAMBAR,
GRAF DAN
SEBAGAINYA)
Membantu isi rumah membeli

Isi rumah dapat max kepuasan

3/3nnnnnn Nota: Laporan hendaklah dimuat naik dalam format PDF di pautan ‘shared folder’ yang diberikan
nnnnnnnnn

You might also like