You are on page 1of 15

KEBERKESANAN PERSEPSI GURU SEKOLAH JENIS TAMIL LADANG

CHEMOR TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM


PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)

PRABAKARAN A/L SHANMUGAM


PURNIMA A/L KRISHNAN
ASHOK PILLAI A/L KUPPUSAMY
UTHAYACHANDRAN A/L PERUMAL
LETCHUMY A/L MUTHU@
MUTHUSAMY
SJK (T) Ladang Chemor, Perak
ABD2173@moe.edu.my

e) ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan persepsi guru-guru di Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Ladang Chemor, Chemor, Perak terhadap pelaksanaan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu dari segi aspek pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan
KBAT dalam pengajaran, sikap dan penilaian. Pelaksanaan aktiviti KBAT ini dapat
membantu guru- guru SJK (T) Ladang Chemor dalam memahami konsep KBAT. Kajian ini
berbentuk pemerhatian, ujian penilaian pra dan ujian penilaian pasca. Seramai 13 orang guru-
guru SJK (T) Ladang Chemor dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Chemor, Perak
Darul Ridzuan dipilih sebagai sampel kajian. Hasil tinjauan awal mendapati persepsi guru-
guru terhadap KBAT pada tahap rendah. Mereka masih keliru dan kabur terhadap konsep
kemahiran KBAT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan kemahiran berfikir
semasa PdPc, celik KBAT malah menjadikan PdPc lebih menarik dan menyeronokkan
secara mencapai objektif pembelajaran (OPEM) secara mudah. Guru-guru dapat menguasai
kemahiran KBAT dan memperoleh skor yang baik dalam ujian penilaian. Ia juga
meningkatkan kualiti pembelajaran.

Kata kunci: persepsi, KBAT, mudah mencapai OPEM


f) PENGENALAN

Kami guru-guru di sebuah sekolah kategori luar bandar di ladang iaitu SJK (T) Ladang
Chemor menghadapi masalah dalam melaksanakan kemahiran KBAT. Guru-guru sukar
mengenal pasti kemahiran KBAT. Ini telah menyebabkan mereka tidak dapat menguasai
konsep KBAT sepenuhnya dan sukar menjawab pentaksiran secara formatif iaitu soalan kuiz
menguji minda. Skor guru-guru juga tidak mencapai pada tahap yang memuaskan. Ramai
guru mempunyai persepsi bahawa soalan mengelirukan pada hal soalan memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif. Oleh itu, kami berkumpul mencari punca masalah untuk
menyelesaikan masalah guru-guru dalam kemahiran KBAT untuk memperbetulkan persepsi
guru terhadap KBAT.

g) Penyataan Masalah

Kami telah merumuskan masalah kajian iaitu sukar mengenal dan menguasai konsep KBAT.
Ia merujuk kepada kegagalan murid-murid tidak menguasai kemahiran KBAT tersebut.
Tambahan pula, objektif pembelajaran (OPEM) semasa PdPc implisit dan sukar difahami
oleh murid-murid.

Oleh itu, kami sebagai guru mencari idea dan cara efektif untuk guru-guru bagi
menyelesaikan masalah dalam kemahiran KBAT ini. Kami juga ingin membantu guru-guru
dengan cara yang paling mudah untuk menguasai kemahiran KBAT dalam setiap dokumen
PdPc rasmi yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

h) Objektif Kajian

Objektif Umum

Meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dalam kemahiran berfikir dalam kalangan guru SJKT
LADANG CHEMOR.

Objektif Khusus

(a) Mengenal pasti, memahami dan melaksanakan kemahiran berfikir secara efektif
(b) Membantu meningkatkan peratus kelulusan skor dalam ujian penilaian
Formatif

(c) Membantu menarik minat guru untuk melibatkan murid secara aktif melalui
Pembelajaran berpusatkan murid.
(d) Melahirkan amalan pembudayaan KBAT yang mudah diakses dan dicapai.

i) Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab 10 soalan uji minda dan 20 soalan soal selidik.

j) Metodologi

Cara Instrumen Responden / peserta kajian


Pelaksanaan
Langkah 1 Ujidiri KBAT 1. Kaedah Pelaksanaan Ujidiri KBAT digunakan untuk
12 Ogos melihat keberkesanan guru menjawab soalan secara
2020 bertulis.

Langkah 2 Soal Selidik 1. Soalselidik digunakan untuk melihat keberkesanan


September Pemahaman guru terhadap kemahiran KBAT .
2020

Jadual 1 Keputusan Uji diri KBAT


Guru Ujian Penilaian Ujian Penilaian
Pra Pos
1 2 6
2 2 5
3 5 8
4 2 5
5 3 6
6 2 5
7 5 9
8 5 9
9 3 7
10 3 6
11 4 8
12 5 9
13 2 8

10 soalan uji diri KBAT diberi kepada para guru untuk dijawab dalam masa 10 minit setiap kali.
Keputusan ujian pra menunjukkan pengurangan pencapaian berbanding dengan ujian pos. Tindakan
peneguhan konsep KBAT telah memberi kesan positif terhadap perspektif guru terhadap pemahaman
KBAT.
K) Analisis Data

Seramai 13 orang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Chemor telah dipilih
sebagai responden. Latar belakang responden adalah berdasarkan kepada jawapan responden
dalam set uji diri KBAT dan borang soal selidik ditunjukkan dalam Jadual. Set uji diri
dibekalkan untuk mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian atau tindakan susulan
berkaitan penguasaan KBAT.

Analisis deskriptif yang telah dijalankan menunjukkan 4 orang responden terdiri


daripada guru lelaki (22.2%) manakala guru perempuan pula adalah seramai 9 orang
(77.8%). Dapatan ini menunjukkan bilangan guru perempuan adalah melebihi 1/2 daripada
guru lelaki. Kajian ini juga mendapati tiada guru (0%) daripada 13 orang responden dalam
lingkungan 20-30 tahun, 4 orang guru (30.7%) guru berumur diantara 30-40 tahun dan 4
orang guru (30.7%) berumur di antara 41-50 tahun. 5 orang guru berumur 51 tahun ke atas.

Dalam analisis kelulusan ikhtisas terdapat 6 orang guru iaitu 46.1% mempunyai
kelulusan sijil Asas Perguruan, 6 orang guru bersamaan 46.1% mempunyai kelulusan
Diploma Pendidikan dan hanya 1 orang guru (7.6%) sahaja yang mempunyai sarjana
pendidikan. Analisis menunjukkan kebanyakan responden, iaitu 12 orang (92.3%)
mempunyai ijazah pendidikan, manakala yang selebihnya iaitu 1 orang guru (7.7%)
mempunyai kelulusan selain yang disebut di bawah.
Jadual 2 : A. Taburan Demografi Responden

Kriteria Kumpulan Frekuansi Peratus

1 Jantina Lelaki 4 30.7


Perempuan 9 69.2
2 Umur 20-30 tahun 0 0
31-40 tahun 4 30.7
41-50 tahun 4 30.7
51 tahunkeatas 5 38.4
3 Keturunan India 13 100
4 Kelulusan ikhtisas Sijilperguruan 6 46.1
KDPM 6 46.1
KPLI 1 7.6
5 Pengalaman mengajar 1-10 tahun 1 7.6
11-20 tahun 6 46.1
21-25 tahun 1 7.6
26 tahunkeatas 5 38.4
6 KBAT Pernah 10 76.9
Tidakpernah 3 23.8

Jumlah Responden 13 100

Setiap guru mempunyai tempoh pengalaman mengajar berbeza, analisis berkenaan


hal ini menunjukkan 1 orang guru (7.6%) mempunyai kurang dari 10 tahun pengalaman
mengajar, responden yang mempunyai tempoh mengajar selama 11-20 tahun seramai 6 orang
(46.1%), 11-25 tahun seramai 1 orang (7.6%) dan 26 tahun ketas seramai 5 orang iaitu
(38.4%). Guru yang mempunyai pengalaman mengajar antara 11 tahun hingga 20 tahun
adalah paling ramai dalam kalangan responden. Analisis soalselidik juga mendapati 53.1%
adalah perbezaan bagi jumlah responden yang pernah menghadiri kursus KBAT dan yang
tidak mengikuti kursus KBAT. Seramai 10 orang responden (76.9%) pernah menghadiri
kursus KBAT manakala yang selebihnya, 3 orang (23.8%) tidak pernah menghadiri kursus
KBAT. Jadual 2 menunjukkan profil responden secara umum.

Jadual 3. B Taburan aspek tahap pengetahuan responden terhadap KBAT

Kajian Pra Kajian Pos

BIL
Ya Tidak Ya Tidak
(bil) (bil) (bil) bil)
1 Saya mengetahui perbezaan diantara KBAR dan 5 8 10 3
KBAT.

2 Saya mengetahui bagaimana menerapkan KBAT 4 9 11 2


dalam pengajaran.
3 Saya mengetahui bagaimana menggunakan 3 4
10 9
pelbagai strategi dan teknik untuk mengajar
KBAT.
4 Saya mengetahui bagaimana mengajar 4 9 8 5
Bahasa Melayu dan kemahiran berfikir
dengan menggunakan pendekatan KBAT.
5 Saya mengetahui bagaimana menentukan isi 4 9 10 3
kandungan pelajaran berdasarkan pada
kebolehan murid.

Dalam semua 5 item yang dikemukakan dalam aspek tahap pengetahuan responden
terhadap KBAT, d i d a p a t i m a s i h p a d a t a h a p r e n d a h . I n i m e r u p a k a n
analisis yang didapati sebelum diberikan pendedahan.
Manakala selepas diberikan TOOLKIT PdP KBAT 2020 KPM
dan bahan taklimat KBAT Puan Kamariah dari JPN Perak
mndapati pencerahan yang jelas dan mengubah persepsi guru
tehadap KBAT.
Jadual 4. C. Tahap kemahiran pelaksanaan KBAT dalam pengajaran

Kajian Pra Kajian Pos

BIL Ya Tidak Ya Tidak


(bil) (bil) (bil) bil)
1 Saya merancang pelajaran untuk mengajar KBAT. 4 9 10 3

2 Saya menggunakan pelbagai strategi dan teknik 5 8 9 4


untuk mengajar.
3 Saya mengajar kemahiran berfikir dengan 3 4
menggunakan pendekatan penyebatian. 10 9

4 Saya melibatkan murid secara aktif dalam proses 4 9 10 3


Pengajaran dan pembelajaran bagi KBAT.
5 Saya mempunyai sumber-sumber yang mencukupi 5 8 11 2
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran KBAT.

Pandangan guru terhadap kemahiran pelaksanaan KBAT dalam pengajaran didapati kurang
efektif dalam menarik minat murid. Setelah melalui bengkel pengukuhan KBAT data
menunjukkan perubahan yang memberangsangkan. Ini jelas diperhatikan dalam keputusan
kajian pasca.
Jadual 5 . D. Taburan peratusan aspek sikap guru terhadap KBAT

Kajian Pra Kajian Pos

Ya Tidak Ya Tidak
BIL (bil) bil)
(bil) (bil)

1 Tanggungjawab guru adalah terhad kepada 3 10 11 2


sekolah dan masa di sekolah bagi mengajar
KBAT.
2 Saya mendapat kepuasan yang cukup dalam 5 8 10 3
mengajar KBAT.

3 Proses pengajaran-pembelajaran 10 11 2
3
Menjadi „monotonous‟ bila saya mengajar KBAT.

4 Pendekatan mengajar yang baru dan lebih berkesan 3 10 11 2


dikenali dari semasa ke semasa dalam mengajar
KBAT.
5 Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk 4 9 9 4
mengetahui lebih banyak dengan sendiri berkaitan
KBAT.

Pada awalnya , taburan peratusan aspek sikap guru terhadap KBAT terhad yang dapat diperoleh
daripada keputusan pra. Apabila diberikan pendedahan para guru mendapat kesedaran diri dan
bertekad mengubah persepsi mereka terhadap tingkah laku dan sikap.
Jadual 6 : E. Taburan aspek penilaian guru terhadap KBAT

Kajian Pra Kajian Pos

BIL Ya Tidak Ya Tidak


(bil) (bil) (bil) bil)
1 Kurikulum sedia ada menyediaka peluang untu 5 8 9 4
n k
mengajar KBAT.

2 Penggunaan buku teks membantu dalam pengajaran 4 9 11 2


KBAT.

3 Murid lebih berminat dengan aktiviti dan tugasan 3 2


9 10
berbentuk fakta yang mudah berbanding aktiviti dan
tugasan KBAT.
4 Murid kurang berminat dengan aktiviti KBAT dalam 4 8 8 4
bilik darjah.
5 Murid teragak-agak dalam memberikan jawapan 5 8 9 4
bagi
setiap soalan melibatkan KBAT.

Penilaian kendiri setiap guru didapati berbeza semasa kajian pra. Tanggapan ini dapat diubah sejajar
dengan objektif sebenar KBAT. Refleksi kendiri dapat memberikan peluang untuk mencerminkan
diri dan membuat perubahan dari masa ke masa.

k) Hasil Dapatan

Hasil kajian dalam bentuk analisis deskriptif menunjukkan persepsi berbeza pada
pemahaman guru terhadap KBAT, sebelum dan selepas kajian dilaksanakan. Hasil kajian
terperinci menunjukkan responden kebanyakannya memahami Konsep Cort oleh De Bono
dan aspek kognitif. Keberkesanan pengajaran guru banyak dipengaruhi oleh pemahaman guru
terhadap KBAT. Oleh itu, melalui kajian yang dijalankan didapati aspek tahap pengetahuan
guru terhadap KBAT, tahap kemahiran pelaksanaan KBAT, aspek sikap terhadap KBAT dan
aspek penilaian guru terhadap KBAT dinilai dan dianalisis secara terperinci. Guru-guru yang
dikehendaki mengajar KBAT melalui mata pelajaran sekolah perlu menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap, bukan sahaja bagi mata pelajaran sekolah malah
juga untuk KBAT. Hanya bila guru-guru berasa yakin tentang ilmu pengetahuan, kemahiran
pedagogi dan sikap yang mereka miliki untuk mengajar KBAT maka mereka akan
menyebatikan KBAT dalam pengajaran pembelajaran setiap subjek.Oleh itu, mereka dapat
memastikan pengajaran mereka yang berasaskan KBAT menepati objektif sebenar KBAT.

m) Perbincangan
Borko, Elliot dan Uchiyana (2002) juga menyokong kenyataan ini dengan menyatakan
bahawa jika para guru mempunyai tahap kefahaman meluas tentang sesuatu program
(kbat), maka hasil pelaksanaan sesuatu
sistem baru dalam pendidikan mampu mencapai hasil positif. Hasil kajian ini selari dengan
kajian Zamri, Norasmah dan Mohammed Sani (2008) yang menyatakan bahawa tahap
pengetahuan para guru dalam KBAT masih rendah. Namun demikian, dapatan kajian
bertentangan dengan kajian Nor Hazmaliza (2016) dan Tengku Fairus (2015) yang
mendapati bahawa tahap pemahaman guru tentang KBAT berada pada tahap tinggi.

Daripada aspek pengetahuan guru terhadap KBAT menunjukkan hasil positif.


Responden kebanyakannya mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang KBAT.
Guru-guru di dapati mempunyai pengetahuan yang tinggi terutamanya daripada segi cara
penerapan KBAT dalam pengajaran, melibatkan murid secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, mengembangkan potensi individu setiap murid dan
meningkatkan kemahiran berfikir murid ketika pertama kali memulakan pengajaran.
Pengetahuan guru yang mencukupi adalah perlu bagi memastikan keberkesanan
pengajaran berasaskan KBAT. Keperluan pengetahuan yang tinggi tentang KBAT
diperkuat dengan hasil pembincangan dengan responden yang menyatakan perlunya
mempunyai pengetahuan tinggi tantang KBAT kerana mereka sukar untuk menerapkan
KBAT dalam sekiranya mereka mempunyai pengetahuan yang rendah terhadap KBAT.

Daripada aspek pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, guru mempunyai kemahiran


yang tinggi dalam menggerakkan KBAT dalam sesi pengajaran. Hasil kajian menunjukkan
guru mempunyai tahap kemahiran pelaksanaan yang tinggi daripada aspek penentuan
kandungan pelajaran berdasarkan kepada kebolehan murid, penggunaan sumber
pengajaran-pembelajaran yang bertujuan untuk mengadakan sesi pengajaran pembelajaran
yang berkesan, melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi KBAT dan mempunyai sumber-sumber yang mencukupi bagi tujuan pengajaran-
pembelajaran KBAT. Hal ini diperkuat dengan sesi pembincangan dengan guru yang
kebanyakannya mempunyai sumber mencukupi bagi menjalankan KBAT dalam
pengajaran, dan mampu melibatkan murid secara langsung dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran KBAT.
Daripada aspek sikap guru terhadap KBAT juga menunjukkan tahap tinggi. Analisis
terperinci setiap item menunjukkan guru mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap
sekolah dan masa di sekolah bagi mengajar KBAT, tanggungjawab untuk mengetahui sendiri
dengan lebih banyak berkenaan KBAT dan memerlukan latihan berterusan dalam bidang
Pengajaran KBAT. Salah satu jalan bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam adalah
dengan penerapan pemikiran aras tinggi dalam proses pdp. Hal ini selari dengan kenyataan
Day (2004) yang menyatakan bahawa sikap guru di sekolah mempengaruhi pelaksanaan
sesuatu perubahan system dalam pendidikan.

Daripada segi penilaian terhadap KBAT, dapat menunjukkan bahawa penilaian


guru adalah berada pada tahap yang tinggi. Analisis terperinci pula menunjukkan para guru
mempunyai penilaian tinggi terhadap kurikulum sedia ada yang menyediakan peluang untuk
mengajar KBAT dan penggunaan buku teks dalam pdp melalui pendekatan KBAT. Hal ini
menunjukkan kurikulum sedia ada perlu dimanfaatkan oleh guru sepenuhnya dan
penggunaan material seperti buku teks dapat memangkinkan keberkesanan pdp KBAT.
Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru mengakui akan keberkesanan KBAT dalam
pdp untuk murid-murid sekolah rendah.

n) Kesimpulan

Pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana di bilik darjah


yang memberangsangkan murid-murid supaya mereka turut serta dalam keseluruhan proses
tersebut. Ini bermakna murid seharusnya terlibat secara langsung dari masa bahan ataupun
kandungan sukatan pelajaran dipilih untuk sesi pelajaran dan dalam pemilihan dan
pengendalian aktiviti pengajaran pembelajaran (Bereiter & Scardamalia,1987). Guru
haruslah menerima penglibatan murid yang aktif supaya murid menerima pengalaman yang
bermakna melalui proses pengajaran pembelajaran. Pengalaman yang bermakna akan
mendorong pelajar memikirkan tentang apa yang mereka belajar jauh lebih lama dari masa di
kelas.Guru mesti berusaha menukar amalan pengajaran pembelajaran di kelas mereka supaya
amalan tersebut benar-benar berbeza dari amalan di kelas konvensional. Inilah tuntutan
setiap inovasi yang dibawa ke dalam sistem pendidikan.
Hasil dapatan menunjukkan para guru mendapati lebih bermotivasi untuk
menjalakan aktiviti yang menjurus kepada kemahiran KBAT. Maka para murid juga
menunjukkan minat yang mendalam serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdPc.
Tambahan pula, guru bertambah komited untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang
berdasarkan kemahiran KBAT.
o) Cadangan

Guru-guru yang dikehendaki mengajar KBAT melalui mata pelajaran sekolah perlu
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap, bukan sahaja bagi mata
pelajaran sekolah malah juga untuk KBAT. Hanya bila guru-guru berasa yakin tentang ilmu
pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang mereka miliki untuk mengajar KBAT maka
mereka akan menyebatikan KBAT dalam pengajaran pembelajaran subjek.
Dalam konteks ini, kursus-kursus yang dikendalikan untuk menyediakan guru-guru
untuk mengajar KBAT perlu dirancang dengan teliti dengan mengambil kira dapatan kajian,
termasuk kajian ini, dan dikendalikan dengan cara yang profesional supaya kursus-kursus ini
meninggalkan kesan positif dan berkesan di kalangan guru-guru. Satu daripada aspek yang
perlu diberi perhatian dalam pengendalian kursus-kursus ini ialah perlu ada sesi-sesi ‘hands-
on’ yang cukup bagi guru-guru untuk merancang, mencuba, menilai dan belajar daripada
pengalaman mengajar KBAT melalui mata pelajaran. Tempoh setiap kursus dikendalikan juga
perlu diteliti supaya guru-guru mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap
untuk mengajar KBAT.
Guru-guru juga perlu diberi sistem sokongan (support system) untuk melaksanakan
inovasi ini di bilik darjah sekembalinya mereka ke sekolah masing-masing. Sistem sokongan
ini meliputi aspek-aspek seperti bahan rujukan, bahan resos untuk mengendalikan pengajaran
pembelajaran, dan wacana untuk guru-guru membincangkan isu-isu berkaitan dengan
pengajaran pembelajaran KBAT. Guru-guru juga perlu diberi kebebasan untuk membuat
keputusan masing-masing berhubung pendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran yang
mereka gunakan dalam pengajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa kreativiti guru dalam
mengendalikan pengajaran pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk
keperluan kurikulum yang begitu padat dan isu peperiksaan pusat.
p. Rujukan

- Abdul Rahim Abdul Rashid. 1999. Kemahiran berfikir merentasi kurikulum. Shah alam:
penerbit fajar bakti sdn. Bhd.

- Borko h., Elliot, r &Uchiyana, k. 2002. Professional development: a key to kentucky‟s


educational reform effort. Teaching and teacher education 18(8): 969-987. Day, c. 2004.
A passion of teaching. London: routledge.

- Farah AdlinaMokter. 2016. Keberkesanan pembelajaran berasakan masalah (pbm)


terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam karangan bahasa
melayu. Kertas projek sarjana pendidikan. Fakulti pendidikan, university kebangsaan
malaysia.

- Krejcie, r.v& Morgan, d.w. 1970. Determining size for research activities. Educational
and psychological measurement 30: 607-610.

- Madzanah osman. 2000. Pelaksanaan kemahiran berfikir dalam pengajaran bahasa


melayu di sekolah menengah. Tesis master sains, fakulti pengajian pendidikan, university
putera malaysia.

- Mohamad Khairi Othman &Asmawati Suhid. 2010. Peranan sekolah dan guru dalam
pembangunan nilai pelajar menerusi penerapan nilai murni: satusorotan. Malim-sea
journal of general studies 11.

- Mohd. Majid Konting. 2005. Kaedah penyelidikan pendidikan. E disi ke-7. Kuala
lumpur: dewan bahasa dan pustaka.

- Nasyimah Ismail. 2016. Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap kemahiran
berfikir aras tinggi (kbat) dalam pembelajaran komsas bahasa melayu. Tesis sarjana
pendidikan, kertas projek sarjana pendidikan. Fakulti pendidikan, UKM.

- Noor Rohana Mansor. 2003. Penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu. Dewan bahasa4: 22-26.
- Nor Hasmaliza Hasan. 2016. Persepsi guru bahasa melayu sekolah menengah
kebangsaan terhadap penerapan kbat dalam pengajaran dan pembelajaran. Tesis sarjana
pendidikan, fakulti pendidikan, university ke bangsaan malaysia.

- Rajendran, N. 1998. Teaching higher-order thinking skills in language classrooms: the


need for transformation of teaching practice. Doctoral dissertation, michigan state
university, east lansing, mi: michigan state university.

- Rajendran, N. 2000. Teaching higher-order thinking skills in classroom.


Http://www.hongkongforum/2000.htm[18Mac 2017].

You might also like