You are on page 1of 12

OPIAT

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan


pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi,
lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah
kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin :
Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi
menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf
tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang
bertukar daripada warna putih kepada coklat dan
kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menanjal
(elastic) apaila masih segar dan menjadi keras jika
terdedah kepada udara.
Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang
diperolehi setelah diproses daripada candu
mentah. Dalam pasaran gelap ia dikenali
sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin
sulfat atau morfin hidroklorik.
Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap
disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia.
Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih
pahit yang merupakan produk yang terhasil
daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai
kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara
semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun,
kebanyakan kodein di pasaran adalah yang
dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang
perubatan, kodein digunakan untuk melegakan
kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Opiat Sintetik
Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti
‘methadone’, ‘pethidine’, dipipanone’ dan
‘dextropropoxyphene’. Bahan-bahan ini
mempunyai sifat yang serupa dengan opiate dan
digunakan dalam bidang perubatan untuk
melegakan kesakitan. Kini ‘methadone’ digunakan
dalam rawatan penagihan opiat di negara kita
Amfetamin
Amfetamin adalah stimulant sintetik buatan manusia.
Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi
amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin
seperti methamphetamine (ice/syabu) dan
“Methylenedioxy Methamphetamine” adalah dadah
yang sangat berbahaya.
Methamphetamine
“Methamphetamine hydrochloride” merupakan satu
jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulant.
Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk
seperti tawas. Contoh “methamphetamine
hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah
syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak
mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di
Peru, Bolivia dan Colombia di Pergununga Andes, Amerika Selatan. Daun koka
banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di
samping negara-negara Eropah.
Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan
dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack”
adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk “granules”,
“Crack” mempunyai ketulenan
sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
MDMA
“Methaylenedioxy-methamphetamine” (MDMA)
merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia
dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan
daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk
dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa
pengguna muda.
Ganja/Kanabis
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua
jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis
sativa”. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas
seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia
merupakan bahan yang sangat kompleks dan
mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia
yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan
bahan psikoaktif yang utama.
Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna
terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga
bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara
memperlahankan fungsi dan reaksinya.
Penyalahgunaan alcohol bersama dadah boleh menyebabkan
pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan
tidak sedarkan diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara
berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

You might also like