You are on page 1of 25

NOVEL

Novel ialah prosa cereka yang panjang


Istilah novel diambil dari bahasa Inggeris
Perkataan ini berasal dari bahasa Itali, iaitu
novella yang bermaksud satu benda kecil yang
baru
Perkataan tersebut disingkatkan menjadi novel
sahaja, yang bermaksud baru
Dengan demikian dapatlah dikatakan bahawa
novel ialah prosa cereka yang panjang dan baru
SIFAT NOVEL
Mengisahkan peristiwa dan tindakan, iaitu hal-
hal yang dialami dan dilakukan oleh manusia
Kejadian-kejadian berlaku ke atas manusia dan
akan dialami oleh manusia pula
Dialog
Segala kejadian yang digambarkan berlaku
pada satu-satu tempat dan masa tertentu
Mengemukakan satu-satu pandangan hidup
atau persoalan tentang kehidupan
JENIS NOVEL
Novel perwatakan
Perlukisan dan perkembangan watak
Novel psikologi
Jiwa watak
Novel peristiwa
Peristiwa-peristiwa menarik tetapi mungkin tidak
berhubungan
Novel resaman
Penceritaan tentang adat resam satu-satu
masyarakat pada satu masa dan tempat tertentu
Novel sejarah
Melibatkan aspek sejarah dan adat resam
Novel sosial
Persoalan masyarakat
Novel politik
Soal-soal politik
Novel lawan alam
Kisah kawasan-kawasan tertentu
SEJARAH
PERKEMBANGAN NOVEL
SEBELUM MERDEKA ( 1920-AN)
Novel yang pertama lahir dalam
kesusasteraan melayu ialah hikayat
Faridah Hanum yang diterbitkan dalam 2
jilid pada tahun 1925 dan 1926
Novel kedua ialah berjudul Kawan Benar
yang ditulis oleh Ahmad Rashid Talu
SIFAT-SIFAT NOVEL TAHUN 1920-
AN

Persoalan dan tema


Bersifat didaktif
Pertembungan Barat dan Timur
Kahwin paksa
Imansipasi wanita
Teknik naratif
Plot cerita terdiri daripada 3 bahagian iaitu
awal, tengah dan akhir
Berlatar belakangkan zaman sebelum perang
dunia kedua
Banyak berkisar pemandangan desa
SELEPAS MERDEKA ( 1960-AN 1970)

Lebih daripada 250 buah novel dihasilkan


pada tahun 1965-1967
Perkembangan ini disebabkan oleh:
Bertambahnya bilangan penulis dan pencetak
yang menaikkan lagi pertambahan novel
Kemajuan pendidikan dan kesusasteraan
Peraduan mengarang dan hadiah sastera
SIFAT-SIFAT NOVEL TAHUN 1960-AN

Tema dan persoalan


Mengenai peperangan dan kesan perang
Pergolakan politik dan semangat nasionalisme
Mengenai falsafah, keagamaan dan
ketuhanan
Mengenai keremajaan
Mengenai masalah kewanitaan
Ketidakadilan sosial dan kepincangan hidup
bermasyarakat
Teknik naratif
Mempunyai beberapa teknik yang menarik
seperti tegangan, suspens, imbas kembali
dan monolog
Terdiri daripada individu berbilang bangsa dan
watak yang tak terbatas dan juga watak yang
ditonjolkan sesuai dengan persoalan yang
diketengahkan
CERPEN
Salah satu kesusasteraan yang paling
diminati
Dianggap sebagai sebuah kisah atau
naratif yang melukiskan dengan indah
watak-watak dalam satu pergelutan atau
pertikaian yang mempunyai satu
penyelesaian yang khusus
SIFAT CERPEN
Tergolong dalam bentuk kesusasteraan
cereka yang pendek yang merupakan
kesusasteraan yang paling tua
Cerpen berlainan daripada bentuk-bentuk
novel, sketsa, peristiwa, rangka lakon,
ringkasan cerita, cerita teladan ataupun
biografi.
CIRI-CIRI CERPEN YANG UTAMA
Cerpen itu adalah sebuah kisah atau
cerita berbentuk prosa
Cerpen mesti menonjolkan hanya satu
kesan
Cerpen mengisahkan dengan agak
terperinci suatu peristiwa atau suasana
Cerpen memperlihatkan adanya unsur-
unsur dramatik
SEJARAH
PERKEMBANGAN CERPEN
SEBELUM MERDEKA ( 1920-AN )
Cerpen pertama yang diterbitkan ialah
Kecelakaan Pemalas yang dihasilkan oleh Nor
Ibrahim/Madrasi oleh majalah PENGASUH
Kemudian PENGASUH menyiarkan sebanyak
25 cerpen hingga tahun 1923
Perkembangan cerpen banyak bergantung
kepada perkembangan media cetak
Para penulis terdiri daripada pelbagai golongan
iaitu golongan penulis guru dan penulis
wartawan
CIRI-CIRI CERPEN AWAL
Cerpen bersiri
Disiarkan secara bersiri kerana panjang
Latar luar negara
Diambil dari luar negara seperti China dan
Indonesia, tetapi struktur penceritaan dan
gaya bahasa bercorak tempatan
Unsur lucu
Mempunyai unsur-unsur lucu
Ada juga bersifat didaktif
SIFAT-SIFAT CERPEN TAHUN 1920-AN

Tema dan persoalan


Moral dan kebebasan
Nasionalisme
Ekonomi
Pengembaraan dan penyiasatan
Teknik naratif
Lebih kepada bentuk rencana dan
mementingkan isi atau persoalan
Plot terbahagi kepada tiga iaitu permulaan,
pertengahan dan peleraian
Pentun dan sajak banyak digunakan sebagai
pembuka cerita
Berlatar belakangkan Tanah Melayu serta
melibatkan kota-kota besar dan desa
SELEPAS MERDEKA ( 1960-AN 1970-AN )

Perkembangan cerpen amat pesat dan


berkaitan secara langsung dengan
pertumbuhan dan perkembangan akhbar
dan majalah
Hampir setiap minggu cerpen disiarkan
dalam media massa
SIFAT-SIFAT CERPEN TAHUN 1960-AN

Tema dan persoalan


Keruntuhan moral
Kemisikinan
Perpaduan kaum
Kanak-kanak
Teknik naratif
Berlatar belakangkan alam Melayu khasnya
Tanah Melayu
Kebanyakan melibatkan latar luar bandar
Mengambil masa selepas perang iaitu dari
tahun selepas pendudukan Jepun
Banyak menyentuh watak-watak dari
golongan bawahan yang menetap di
kampung
Plot cerita adalah secara langsung iaitu
pengarang bercerita kepada pembaca
Perbezaan Cerpen dan Novel
hal-hal dikemukakan dalam cerpen lebih singkat dan padat berbanding novel
perkembangan cerita dalam cerpen lebih cepat berbanding novel
ruang lingkup atau litup cerpen terbatas dan terpilih dengan persoalan-
persoalan yang lebih khusus; dalam novel lebih luas dan memerlukan
huraian yang panjang
cerpen meninggalkan satu kesan perasaan sedangkan novel lebih daripada
satu
cerpen meninggalkan satu kesatuan kesan sedangkan novel lebih daripada
satu
cerpen menampilkan satu plot, tetapi novel banyak plot dan anak-anak plot
watak dan latar dalam cerpen terhad berbanding novel
Masa diperlukan untuk membaca cerpen singkat

You might also like