You are on page 1of 11

KESAN PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK MAGIK

DALAM KEMAHIRAN MENDARAB

AZIZI BIN SUBELI1


HU LAEY NEE2

ABSTRAK
Ramai murid menghadapi masalah dalam mempelajari kemahiran mendarab dalam
Matematik. Punca masalah ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam sifir.
Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan kaedah kotak magik dalam
mempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam
kemahiran mendarab. Pengkaji juga mengkaji masalah-masalah yang wujud semasa
pengaplikasian kaedah ini dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban.
Lima peserta dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini
adalah Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, temubual, pemerhatian, dan dokumen.
Data yang dikumpul kemudian dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati
bahawa kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian
pelajar dalam sifir 6 sehingga sifir 9, kemahiran mendarab, dan sikap pelajar. Dapatan
kajian juga menunjukkan terdapat lima masalah yang wujud berikutan dengan
pengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban iaitu (1) peserta keliru tentang arah
menghitung petak kecil dalam mencari jawapan menggunakan kaedah kotak magik, (2)
peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina kotak magik, (3)
nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi ditulis besar, (4) peserta
cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis nombor dengan
betul, dan (5) kesilapan dalam proses mengumpul semula.

ABSTRACT
Many students are facing the problems in learning the multiplication skills in
mathematics. This is caused by the pupils problem in the times tables. Thus, this study
was conducted to determine the effect of magic box method in learning times tables 6 to 9
and applied the method in multiplication skills. The researcher also reviewed the
problems that existed when the method is applied in solving problems involving
multiplication. Five participants are involved in this study. The instruments used in this
study are Pre-Test, Post Test, Progressive Test, interviews, observations, and documents.
The data collections were analyzed descriptively. The results showed that the magic box
method brought a positive impact on student achievement in times tables 6 to 9,
multiplication skills and attitudes. The findings also shows that there are five problems
that exist due to the application of magic box method in learning multiplication which are
(1) participants confused about the direction of counting small parcels while searching
the answer using the magic box, (2) participants confused where to start writing the
number in constructing the magic box, (3) the number in the box that should be written in
small number was written in big number, (4) the participants are careless in the process
of adding two digits numbers and careless in writing the numbers correctly, and (5)
errors in the process of grouping.

PENDAHULUAN

Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk
dikuasai oleh murid khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan dalam menguasai
subjek ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatif kepada
pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. Dalam mencapai status negara maju
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah dibuat oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di Malaysia bagi
memenuhi keperluan negara di masa hadapan. Dalam perubahan dasar tersebut, ia
turut melibatkan subjek Matematik. Hal ini kerana, Matematik dianggap sebagai satu
subjek yang amat penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah
rendah.
Ramai guru sekolah menyatakan Matematik sukar dipelajari oleh murid-
murid. Ramai murid gagal dalam menguasai Matematik dengan baik kerana
menghadapi masalah dalam menguasai konsep operasi asas. Terdapat empat operasi
asas dalam Matematik. Operasi asas tersebut adalah tambah, tolak, darab, dan
bahagi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), antara perkara yang
menjadi fokus adalah membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran
tersebut. Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah sangat
penting kerana ia merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih komplek di
dalam subjek Matematik itu sendiri dan juga menjadi asas dalam menguasai subjek-
subjek lain seperti subjek Sains. Kemahiran matematik tidak hanya diaplikasi dalam
subjek Matematik. Sebaliknya, kemahiran matematik diaplikasi di dalam subjek-
subjek dan bidang-bidang lain termasuk dalam urusan seharian manusia.
Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang
sukar dikuasai murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan
murid bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan
kemahiran mendarab. Pada dasarnya, punca masalah ini adalah kerana murid
bermasalah dalam menghafal sifir. Cooper (1994) menyatakan
“The number facts of multiplication are more difficult for some
students because the patterns are less obvious and the number are
larger. However, there are students who count the addition facts but
know the multiplication facts. This phenomena occurs because the
students are instruct to memorize the multiplication facts, but are
allowed to count the addition facts.”

FOKUS KAJIAN

Selalunya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu
bagaimana menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab kerana mereka
lemah dalam sifir. Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak
adalah berguna dalam mempelajari pendaraban. Oleh itu, kajian ini memfokus
kepada satu kaedah iaitu kaedah kotak magik dalam membantu murid untuk
menguasai sifir daripada sifir 6 sehingga sifir 9 seterusnya dapat menjawab soalan
pendaraban melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Pendekatan kaedah
kotak magik yang digunakan pengkaji dalam kajian ini ada diperkenalkan dalam
Modul Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5 Kementerian Pelajaran Malaysia
(2004).
Kotak magik adalah grid yang mengandungi susunan nombor tertentu bagi
tujuan pendaraban. Kotak magik tersebut terdiri daripada sembilan petak. Dalam
petak-petak berkenaan, nombor-nombor tertentu disusun bagi tujuan pendaraban.
Pendaraban menggunakan kaedah kotak magik sebenarnya mengaplikasikan corak
nombor dalam memudahkan pendaraban kerana ia melibatkan susunan nombor yang
membentuk corak nombor yang tertentu. Berikut merupakan kotak magik bagi sifir 6
sehingga sifir 9.

2
Azizi Subeli & Hu Laey Nee

2 4 6 1 2 3
4 2 2 4 6

8 0 2 4 5 6
4 3 1 1 3 5

4 6 8 7 8 9
5 3 1 2 4

Rajah 1: Kotak magik sifir 6 Rajah 2: Kotak magik sifir 7

2 4 6 1 2 3
7 6 5 8 7 6

8 0 2 4 5 6
4 4 3 5 4 3

4 6 8 7 8 9
2 1 2 1

Rajah 3: Kotak magik sifir 8 Rajah 4: Kotak magik sifir 7

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu:

a. Menilai keberkesanan pengaplikasian kaedah kotak magik terhadap


pencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9.
b. Menilai keberkesanan kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran
mendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digit dan 1 digit.
c. Mengenal pasti masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah kotak
magik dalam menyelesaikan soalan darab melibatkan nombor 5 digit dengan
2 digit dan 1 digit.

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:

a. Adakah pengaplikasian kaedah kotak magik mendatangkan kesan yang


positif terhadap pencapaian murid dalam sifir 6 sehingga sifir 9?
b. Adakah kaedah kotak magik berkesan dalam membantu murid mempelajari
kemahiran mendarab yang melibatkan nombor 5 digit dengan nombor 2 digit
dan 1 digit?
c. Apakah masalah yang wujud dalam pengaplikasian kaedah kotak magik
dalam menyelesaikan soalan darab yang melibatkan nombor 5 digit dengan 2
digit dan 1 digit?

3
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

KUMPULAN SASARAN

Peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah murid Tahun 5 di sebuah
sekolah di Miri. Kajian ini melibatkan lima orang murid iaitu dua orang murid lelaki
dan tiga orang murid perempuan. Kesemua peserta yang terlibat dalam kajian ini
adalah berumur sebelas tahun.
Berdasarkan markah penilaian akhir tahun 2009, pencapaian peserta-peserta
kajian dalam subjek Matematik adalah dalam kategori sangat lemah di mana
kesemua peserta yang dipilih dalam kajian ini memperolehi markah kurang daripada
40%. Melalui maklumat daripada guru subjek Matematik yang mengajar mereka,
peserta-peserta ini merupakan murid yang memang dalam kategori lemah di dalam
kelas mereka.

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian ini berbentuk kajian tindakan dan pengkaji menggunakan model Kurt
Lewin sebagai panduan melaksanakan kajian. Model Kurt Lewin melibatkan lima
langkah utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan,
melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas
segala tindakan. Kerangka konseptual kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.
Dalam mengenal pasti aspek amalan, pengkaji telah mengenal pasti aspek
amalan dengan menggunakan tiga kaedah iaitu menemubual guru subjek Tahun 5
secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dan menganalisis markah penilaian akhir tahun 2009.
Selepas masalah dikenal pasti, satu pelan tindakan bagi mengatasi masalah
telah direkabentuk. Tindakan seterusnya adalah memilih strategi untuk
menyelesaikan masalah yang wujud dan mengenal pasti instrumen bagi proses
pengumpulan data. Sebelum sesi rawatan dijalankan, pengkaji telah menjalankan
Ujian Pra ke atas peserta-peserta kajian.
Langkah seterusnya adalah memberi rawatan menggunakan strategi yang
telah ditentukan. Dalam langkah ini, kaedah kotak magik telah dipilh oleh pengkaji
bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Rawatan bagi kitaran pertama
melibatkan lima sesi manakala rawatan bagi kitaran kedua hanya melibatkan dua
sesi. Langkah seterusnya bagi memenuhi reka bentuk kajian tindakan mengikut
model Kurt Lewin adalah membuat penilaian terhadap strategi yang telah dipilih dan
dijalankan ke atas peserta kajian. Tujuan penilaian tersebut adalah bagi menentukan
keberkesanan strategi atau rawatan yang telah diberikan terhadap peserta. Penilaian
bagi kajian ini dibuat dengan menganalisis data mengikut alat kajian yang telah
ditetapkan.
Selepas membuat penilaian, langkah seterusnya dalam model Kurt Lewin
adalah membuat refleksi terhadap rawatan yang telah diberikan terhadap peserta
kajian. Selepas mengambil kira data yang telah dikumpul dan keputusan daripada
data yang telah dikumpul, pengkaji meneruskan satu lagi kitaran bagi
penambahbaikan dan untuk mengatasi masalah yang wujud dari kitaran pertama.
Selepas kelemahan dalam kitaran pertama itu dikenalpasti, pengkaji menjalankan
kitaran kedua. Penggunaan strategi diperbaiki dalam kitaran kedua. Strategi yang
diperbaiki adalah dari segi bagaimana membina kotak magik dengan pantas,

4
Azizi Subeli & Hu Laey Nee

penekanan kepada saiz kotak magik yang sesuai dan penekanan dalam membuat
anak panah yang lebih sesuai bagi mengelak kekeliruan.

MENGENAL PASTI ASPEK MERANCANG


AMALAN - Menyelesaikan masalah
- Pernyataan masalah dengan menggunakan kaedah
a. Temubual tidak rasmi kotak magik.
b. Pemerhatian tidak berstruktur - Pengumpulan data
c. Analisis markah Ujian Akhir a. Ujian Pra
Tahun 2009. b. Ujian Pasca
c. Ujian Progresif
d. Temubual
e. Pemerhatian
f. Dokumen

Kitaran
Seterusnya TINDAKAN/IMPLEMENTASI
- Melaksanakan strategi yang
telah dipilih

REFLEKSI

- Menganalisis dan menilai MELIHAT KESAN TINDAKAN


- Membuat refleksi mengenai - Menganalisis data
keberkesanan tindakan menggunakan;
berdasarkan data yang dikumpul a. Ujian Pra
b. Ujian Pasca
c. Ujian Progresif
d. Temubual
e. Pemerhatian
f. Dokumen

(Diadaptasi dari Bahagian Pendidikan Guru, 2002)


Rajah 5: Kerangka Konseptual

CARA PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, enam instrumen telah digunakan pengkaji untuk membuat
pengumpulan data iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca, Ujian Progresif, Temubual,
Pemerhatian, dan dokumen.
Ujian Pra mengandungi seratus soalan berkenaan dengan sifir 2 sehingga sifir
9 diberikan kepada peserta dimana soalan tidak mengikut urutan sifir tertentu

5
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

manakala Ujian Pasca mengandungi seratus soalan yang hanya melibatkan sifir 6
sehingga sifir 9. Namun begitu, bagi menguji kebolehan peserta kajian dalam sifir 6
sehingga sifir 9 hanya 48 soalan sahaja yang terlibat. Oleh itu, terdapat soalan-soalan
yang berulang dan tidak mengikut urutan sifir yang berkenaan. Bagi Ujian Progresif,
hanya lima soalan yang telah dikemukakan. Soalan Ujian Progresif ini melibatkan
soalan pendaraban nombor 5 digit dengan 1 digit dan 2 digit.
Bagi instrumen temubual, sembilan soalan temubual telah digunakan oleh
pengkaji untuk mendapatkan maklum balas peserta kajian terhadap penggunaan
kaedah kotak magik dalam mempelajari sifir dan kemahiran mendarab. Dalam kajian
ini juga, pemerhatian telah dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Pemerhatian yang digunakan adalah berbentuk pemerhatian tidak berstruktur.
Perkara yang diperhatikan adalah seperti sikap dan kesilapan peserta dalam
mengaplikasikan kaedah kotak magik. Selain itu, dokumen dalam bentuk hasil kerja
peserta kajian iaitu latihan juga merupakan sebahagian daripada data dalam kajian
ini. Hasil kerja peserta disemak dan dianalisis bagi mengesan masalah yang timbul
semasa penggunaan strategi kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran
mendarab.

CARA MENGANALISIS DATA

Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam kajian ini dianalisis menggunakan peratusan
dan min. Setiap soalan membawa pemberat sebanyak 1%. Bagi menentukan markah
setiap peserta, kaedah yang digunakan adalah dengan menentukan sama ada peserta
menjawab setiap soalan dengan jawapan yang betul atau salah. Setiap soalan yang
dijawab salah akan menyebabkan markah ditolak 1%. Ujian Progresif dalam kajian
ini juga dianalisis menggunakan peratusan dan min. Setiap soalan membawa
pemberat 20%. Markah yang diperolehi peserta adalah ditentukan melalui sama ada
jawapan yang diberikan adalah betul atau salah.
Data yang diperolehi melalui temubual telah dianalisis berdasarkan respon
peserta-peserta kajian. Pengkaji akan menilai sama ada peserta memberikan maklum
balas yang positif ataupun negatif terhadap setiap soalan yang diajukan. Bagi
menganalisis hasil pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji akan menilai sama
ada murid menunjukkan minat atau tidak terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Pengkaji juga menganalisis apakah kesilapan yang
dilakukan murid dalam menjawab soalan pendaraban. Proses memerhati kesilapan
murid dalam menjawab soalan pendaraban dilakukan semasa murid membuat
latihan.
Hasil kerja peserta sepanjang kajian dianalisis untuk mengesan masalah yang
timbul semasa penggunaan strategi kaedah kotak magik dalam mempelajari
kemahiran mendarab. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh peserta dalam
menjawab soalan dinilai dan ditemakan mengikut jenis kesilapan yang sama.

DAPATAN KAJIAN

Kesan Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik Terhadap Pencapaian

Jadual 1 menunjukkan perbezaan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca dalam
kitaran pertama kajian.

6
Azizi Subeli & Hu Laey Nee

Jadual 1: Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Peserta Ujian Pra (%) Ujian Pasca 1(%) Perbezaan Markah (%)
P1 51 97 46
P2 64 93 29
P3 62 100 38
P4 50 87 37
P5 76 92 16

Daripada Jadual 1, didapati bahawa terdapat perbezaan markah yang telah


dicapai oleh kesemua peserta kajian. Perbezaan adalah positif dimana berlaku
peningkatan markah oleh kesemua kelima-lima peserta kajian. Bagi peserta P1,
peningkatan markah yang dicapai adalah sebanyak 46%, peserta P2 adalah sebanyak
29%, peserta P3 adalah sebanyak 38%, peserta P4 adalah sebanyak 37% , dan peserta
P5 adalah sebanyak 16%.

Jadual 2: Markah Ujian Pasca bagi kitaran pertama dan kitaran kedua

Peserta Ujian Pasca 1 (%) Ujian Pasca 2 (%) Perbezaan Markah (%)
P1 97 94 3
P2 93 89 4
P3 100 100 0
P4 87 98 11
P5 92 100 8

Jadual 2 menunjukkan perbandingan markah Ujian Pasca kitaran pertama


dengan kitaran kedua kajian. Dalam ujian tersebut, seorang peserta mengekalkan
markah yang sama, dua orang peserta telah mencapai peningkatan markah manakala
dua orang peserta telah mencapai penurunan markah. Peserta P1 dan peserta P2 telah
memperolehi penurunan markah iaitu sebanyak 3% bagi peserta P1 dan 4% bagi
peserta P2. Peserta P4 dan peserta P5 pula telah memperolehi peningkatan markah
iaitu sebanyak 11% bagi peserta P4 dan 8 % bagi peserta P5. Bagi peserta P3,
prestasi yang cemerlang telah dikekalkan dengan mendapat markah 100% dalam
Ujian Pasca bagi kedua-dua kitaran kajian.

Jadual 3: Markah Ujian Progresif bagi kitaran pertama dan kitaran kedua

Peserta Ujian Progresif 1 Ujian Progresif 2 Perbezaan Markah (%)


(%) (%)
P1 100 60 40
P2 60 100 40
P3 60 100 40
P4 60 60 0
P5 80 100 20

Jadual 3 menunjukkan perbandingan markah Ujian Progresif kitaran pertama


dan kitaran kedua kajian. Berdasarkan analisis data bagi Ujian Progresif seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3, tiga orang peserta telah mencapai peningkatan markah
dalam kedua-dua kitaran kajian, seorang peserta mengekalkan markah kitaran

7
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

pertama dalam kitaran kedua kajian, dan seorang peserta telah mencapai penurunan
markah kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Peserta yang mendapat
peningkatan markah adalah peserta P2 iaitu sebanyak 40%, peserta P3 sebanyak
40%, dan peserta P5 20%. Peserta yang mengekalkan markah kitaran pertama dalam
kitaran kedua adalah peserta P4 manakala peserta yang mendapat penurunan markah
pula adalah peserta P1. Markah yang dikekalkan peserta P4 dalam kedua-dua kitaran
kajian adalah 60% manakala penurunan markah yang dialami peserta P1 adalah
sebanyak 40%.

Jadual 4: Min markah setiap ujian

Jenis ujian Min (%)


Ujian Pra 60.6
Ujian Pasca kitaran pertama 93.8
Ujian Pasca kitaran kedua 96.2
Ujian Progesif kitaran pertama 72.0
Ujian Progresif kitaran kedua 84.0

Jadual 4 pula menunjukkan min markah bagi semua jenis ujian yang
dijalankan dalam kajian ini. Min markah yang dicapai oleh kelima-lima peserta
kajian dalam Ujian Pra adalah sebanyak 60.6% dan meningkat sehingga 93.8% dan
96.2% dalam Ujian Pasca kitaran pertama dan kitaran kedua kajian. Min markah
Ujian Progresif kitaran pertama pula adalah 72.0% dan meningkat sehingga 84.0 %
dalam kitaran kedua kajian. Jika dibuat perbandingan, berlaku peningkatan min
sebanyak 33.2% dalam Ujian Pra dengan Ujian Pasca kitaran pertama kajian. Min
markah Ujian Pasca telah meningkat lagi sebanyak 2.4% dalam kitaran kedua jika
dibandingkan dengan min markah kitaran pertama kajian. Jika dibuat perbandingan
Ujian Progresif pula, min markah telah meningkat sebanyak 12.0% bagi kedua-dua
kitaran kajian.

Kesan Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik Dalam Mempelajari Kemahiran


Mendarab

Hasil analisis instrumen temubual dan pemerhatian mendapati pengaplikasian


kaedah kotak magik dalam mempelajari kemahiran mendarab memberikan kesan
yang positif kepada peserta dimana kaedah tersebut berkesan dalam membantu
peserta dalam mempelajari kemahiran mendarab yang melibatkan nombor 5 digit
dengan 2 digit dan 1 digit.
Daripada temubual didapati bahawa empat daripada lima peserta malas
menghafal sifir. Keempat-empat peserta tersebut menyatakan bahawa kaedah kotak
magik yang diperkenalkan dalam kajian ini mudah difahami, dapat memberi lebih
keyakinan dalam menjawab soalan pendaraban, dapat membantu menyelesaikan
soalan melibatkan operasi darab, mereka memahami dan suka menggunakan kaedah
tersebut, dapat menjawab soalan melibatkan operasi darab walaupun tidak hafal sifir,
dan mereka lebih berminat dengan subjek matematik setelah mempelajari kaedah
tersebut. Namun, seorang peserta yang rajin menghafal sifir menyatakan bahawa
kaedah kotak magik mudah difahami dan suka menggunakan kaedah tersebut tetapi
kaedah tersebut tidak menambah keyakinan beliau dalam menjawab soalan
pendaraban dan minat beliau terhadap subjek matematik tetap sama selepas
diperkenalkan dengan kaedah kotak magik.

8
Azizi Subeli & Hu Laey Nee

Hasil pemerhatian mendapati, peserta-peserta kajian telah menunjukkan sikap


yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka didapati lebih
berminat dan bermotivasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
disamping mereka nampak ceria dan seronok sepanjang preoses pengajaran dan
pembelajaran. Semua peserta juga didapati suka mempelajari subjek matematik
dimana mereka suka menghadiri kelas kajian dan mereka sentiasa patuh dengan
arahan guru. Apabila diberi arahan untuk menyelesaikan soalan di papan hitam,
mereka didapati berebut untuk pergi ke hadapan dan menyelesaikan soalan tersebut.

Masalah Pengaplikasian Kaedah Kotak Magik

Hasil analisis data mendapati terdapat lima masalah yang wujud berikutan
pengaplikasian kaedah kotak magik dalam pendaraban melibatkan nombor 5 digit
dengan 2 digit dan 1 digit. Masalah-masalah tersebut adalah:
1. Peserta keliru tentang arah menghitung petak kecil dalam mencari jawapan
menggunakan kaedah kotak magik.
2. Peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina kotak
magik.
3. Peserta menulis nombor dalam kotak magik yang sepatutnya ditulis kecil tetapi
ditulis besar.
4. Peserta cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis
nombor dengan betul.
5. Peserta melakukan kesilapan dalam proses mengumpul semula yang seterusnya
menyebabkan jawapan akhir menjadi salah.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Daripada dapatan kajian didapati bahawa pengaplikasian kaedah kotak magik


telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian murid dalam sifir 6
sehingga sifir 9. Kesan ini ditunjukkan melalui dapatan bahawa berlaku peningkatan
dalam min markah dalam semua jenis ujian yang dijalankan kepada peserta kajian
dalam kedua-dua kitaran kajian. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan Yusniza
Mohamad Yusoff (2004) dan Rizal Jusoh (2005) dimana berlaku peningkatan dalam
Ujian Pra dan Ujian Pasca setelah kajian dijalankan ke atas responden.
Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah kotak magik adalah berkesan
dalam membantu murid mempelajari kemahiran mendarab melibatkan nombor 5
digit dengan nombor 2 digit dan 1 digit. Hasil analisis temubual dan pemerhatian
yang mendapati setelah diperkenalkan dengan kaedah kotak magik, peserta yang
tidak hafal sifir lebih seronok, ceria, dan suka mempelajari subjek matematik.
Mereka juga didapati yakin bahawa kaedah tersebut dapat membantu mereka
menyelesaikan soalan darab walaupun mereka tidak hafal sifir. Dapatan ini adalah
selaras dengan dapatan Faddren Jingan (2006) yang mendapati kaedah yang
diperkenalkannya dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari Matematik. Hasil
kajian ini juga senada dengan dapatan Aida Ibrahim (2006) yang mendapati telah
berlaku peningkatan dari segi minat, sikap, dan pencapaian murid dalam Matematik
setelah tindakan dijalankan ke atas responden kajiannya.
Melalui analisis, dirumuskan bahawa terdapat lima masalah dalam
pengaplikasian kaedah kotak magik dalam menyelesaikan soalan darab yang
melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Masalah-masalah berkenaan

9
Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE 2010)

adalah berhubungkait dengan arah menghitung petak kecil, tempat mula menulis
nombor semasa membina kotak magik, saiz nombor, proses penambahan dua
nombor dan menulis nombor dengan betul, dan kemahiran mengumpul semula.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Untuk kajian lanjutan, beberapa cadangan telah disarankan seperti berikut:

1. Kajian boleh dilanjutkan kepada murid-murid dalam tahun lain seperti Tahun 4
dan Tahun 3 memandangkan kajian ini hanya melibatkan murid Tahun 5.
2. Kaedah kotak magik ini boleh dilanjutkan kepada sifir 2 sehingga sifir 9
memandangkan kajian ini hanya melibatkan sifir 6 sehingga 9 untuk tahap murid-
murid yang berbeza.
3. Pengaplikasian kaedah kotak magik ini boleh dilanjutkan untuk melibatkan
pendaraban menggunakan digit pendarab yang lebih besar.

RUMUSAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan kaedah kotak
magik dalam mempelajari sifir 6 sehingga 9 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah
tersebut dalam kemahiran mendarab. Hasil analisis kajian, didapati kaedah kotak
magik telah mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian dan sikap pelajar.
Kajian ini juga telah mengesan beberapa masalah yang timbul dalam
mengaplikasikan kaedah kotak magik.

RUJUKAN
Aida Ibrahim. (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab melalui
Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13.
Bahagian Pendidikan Guru. (2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan Untuk
Maktab/Institut Perguruan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital
Dissertations. [Online]. Available: http//www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/
search/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_0
=Alternative+Math+Techniques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExtSe
arch_SearchType_0=kw&_pageLabel=RecordDetails&objectId=0900019b8009ece4&accno=E
D376355&_nfls=false. [2010, Mac 23].
Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah Sifir dalam
Prosiding Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan
Tun Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 10-16.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Modul Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rizal Jusoh. (2005). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 9 Melalui Teknik Bermain Sambil
Belajar dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun 2005. Diterbitkan oleh
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan Maktab Perguruan Perlis:
Maktab Perguruan Perlis, 173-185.
Yusniza Mohamed Yusoff. (2004). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Angka Melebihi 2 Digit
Dengan 2 Digit Bagi Murid-murid Tahun 4. Jurnal Kajian Tindakan Guru 2004: Maktab
Perguruan Perlis, 115-127.

Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak,
Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.
Email: 1ajiji87@yahoo.com, 2huln1234@gmail.com

10
Azizi Subeli & Hu Laey Nee

Penulisan Rujukan Kajian ini:

Azizi Subeli & Hu, Laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik Dalam Kemahiran
Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010). Diterbitkan oleh
Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak: Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak, 31-41.

11

You might also like