You are on page 1of 4

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGUASAAN SIFIR BAGI MURID-MURID SEKOLAH

RENDAH (TAHAP 2)


ABSTRAK

Membaca sifir merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam matapelajaran Matematik. Ia adalah asas
dalam sesuatu pengiraan. Untuk menguasai matapelajaran matematik dengan baik murid-murid perlu
menguasainya.Kegagalan menguasai sifir akan menyebabkan kesukaran murid untuk menyelesaikan masalah
matematik. Sehubungan itu satu kajian telah diadakan bagi mengetahui kebolehan murid dalam membaca sifir
dengan baik. Berdasarkan ujian diagnostic yang telah dijalankan keatas 35 orang murid Tahun 5 didapati
seramai 10 orang murid begitu lemah dalam bacaan sifir 2 hingga 12. Bagi membendung masalah ini, saya telah
mengambil langkah menjalankan pengumpulan data melalui pemerhatian, ujian saringan , tindakan susulan dan
ujian pasca. Melalui kajian ini saya begitu mengharapkan masalah lemah menguasai bacaan sifir dapat diatasi
bagi meningkatkan prestasi murid dalam matapelajaran matematik.
Selain itu saya mengharapkan murid-murid ini dapat bersaing dengan rakan-rakan yang lain serta dapat
mengikuti sessi pembelajaran dalam kelas biasa. Didapati ada peningkatan hasil Ujian Pasca berbanding ujian
pra/diagnostik.

ISU KAJIAN

Matapelajaran Matematik merupakan matapelajaran teras yang perlu dipelajari samada di sekolah Kebangsaan
mahupun di sekolah jenis kebangsaan . Di samping itu kemahiran matapelajaran Matematik terutamanya
penguasaan sifir sangat penting dalam kehidupan seharian . Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dilakukan di dalam kelas saya, didapati kebanyakan murid Tahun 5 tidak menguasai kemahiran membaca sifir
dengan baik. Keadaan ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar
seperti murid kurang megikuti kemahiran yang diajar dengan baik/berkesan.

REFLEKSI ISU KAJIAN

Berdasarkan isu ini saya telah membuat tinjauan awal. Antaranya ialah menjalankan pemerhatian, Ujian
Diagnostik, dan Ujian Saringan kepada seramai 35 orang murid di dalam kelas saya.
Hasil daripada ujian tersebut didapati 10 orang daripada mereka tidak menguasai kemahiran sifir. Ini
disebabkan mereka tidak menguasai konsep sifir. Oleh yang demikian focus kajian saya adalah meningkatkan
penguasaan kemahiran sifir 2 hingga 12 di kalangan murid-murid tersebut dengan aktiviti yang telah saya
rancang.





OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut;

1. Mengenalpasti fokus kajian untuk masalah penguasaan sifir di kalangan murid tahun 5.
2. Merancang tindakan untuk mengatasi masalah bacaan sifir dan penulisan sifir.
3. Menilai keberkesanan tindakan untuk meningkatkan penguasaan bacaan sifir.


KUMPULAN SASARAN

Berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan di dapati 10 orang murid iaitu 4 lelaki dan 6 orang
perempuan tidak menguasai sifir dengan baik, dimana 2 orang berada ditahap yang sangat lemah.


INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang saya gunakan dalam kajian ini ialah Ujian Diagnostik , Ujian Saringan dan Ujian Pasca .
Instrumen ini dipilih berdasarkan perbincangan di kalangan ahli panitia Matematik yang telah dijalankan pada
08- 09 Februari 2006.

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Minggu Pertama

1. Ujian Diagnostik
2. Ujian Saringan

Bulan Pertama

1. Murid lemah akan membaca sifir selama 5 minit setiap kali sessi pembelajaran bermula bagi setiap
subjek samada melihat teks ataupun tidak.
2. Murid lemah akan diajar konsep asas sifir oleh guru matematik secara latih tubi semasa kelas biasa
ataupun tambahan.

Bulan Kedua

1. Borang sifir yang perlu ditandatangani oleh guru bagi pengesahan penguasaan sifir
oleh murid-murid berkenaan. Dilakukan oleh murid dengan cara membaca sifir di
hadapan guru. Sekiranya guru berpuashati maka tandatangan akan diturunkan pada
sifir yang telah dibaca. Ia dilakukan pada bila-bila waktu semasa sessi persekolahan.

2. Murid lemah akan membaca sifir selama 5 minit setiap kali sesi pembelajaran bermula
bagi setiap subjek samada melihat teks ataupun tidak.
3. Murid lemah akan diajar konsep asas sifir oleh guru matematik secara latih tubi semasa kelas biasa
ataupun tambahan.


Bulan Ketiga

1. Borang sifir yang perlu ditandatangani oleh guru bagi pengesahan penguasaan sifir
oleh murid murid berkenaan. Dilakukan oleh murid dengan cara membaca sifir di
hadapan guru. Sekiranya guru berpuashati maka tandatangan akan diturunkan pada
sifir yang telah dibaca. Ia dilakukan pada bila-bila waktu semasa sessi persekolahan.

2. Murid lemah akan membaca sifir selama 5 minit setiap kali sessi pembelajaran
bermula bagi setiap subjek sama ada melihat teks ataupun tidak.

3. Murid lemah akan diajar konsep asas sifir oleh guru matematik secara latih tubi semasa
kelas biasa ataupun tambahan.

4. Pengenalan Konsep JSPG ( Jadual Sifir Pelbagai Guna) . Sebagai Pengukuhan

5. Ujian Pasca.


PENGUMPULAN DATA

Kajian ini menggunakan instrument-instrumen berikut:

Ujian Diagnostik
Tarikh : 14 Februari 2006
Masa yang diberi : 30 Minit
Jumlah Soalan : 20 Soalan

Ujian Saringan :
Tarikh : 15 Februari 2006
Masa yang diberi : 1 Jam
Jumlah Soalan : 40 soalan

Ujian Pasca
Tarikh : 22 Mei 2006
Masa yang diberi : 90 minit
Jumlah Soalan : 121 Soalan

Soalan Pra dan Pasca adalah berbeza . Ini bertujuan untuk mengetahui samada murid dapat atau belum
menguasai kemahiran sifir. Rasional soalan yang berbeza kerana ujian diagnostic dan saringan hampir sama.


KEPUTUSAN (ANALISIS DATA)

JADUAL : Markah Ujian Saringan dan Ujian Pasca


Ujian PRA /SARINGAN ( Sebelum tindakan diambil )
SIFIR CTN
BIL NAMA 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
01 ABU X X X X X X X X X
02 SAMAD X X X X X X X X X
03 ALI X X X X X X X X X X X Lemah
04 RAHMAT X X X X X X X X X X
05 KAMAL X X X X X X X X X X
06 KHALID X X X X X X X X X X
07 SHARIFAH X X X X X X X
08 WATI X X X X X X X X
09 SALMAH X X X X X X X X X X X Lemah
10 KEMARIAH X X X X X X X X X



Ujian Pasca ( Selepas Tindakan diambil )
SIFIR CTN
BIL NAMA 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
01 ABU
02 SAMAD
03 ALI X X X X X X X
04 RAHMAT X
05 KAMAL
06 KHALID X
07 SHARIFAH
08 WATI
09 SALMAH X X X X X X X
10 KEMARIAH














REFLEKSI TINDAKAN

Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan saya dapati ada kemajuan dalam penguasaan sifir dikalangan 10
orang responden tersebut. Ketika saya menjalankan kajian
Ini terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi . Antara masalah yang saya hadapi ialah kekangan masa.
Saya terpaksa membahagikan masa untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa, kursus-kursus dan kajian
tindakan ini.Di samping itu saya juga menghadapi pelbagai karenah daripada murid-murid tersebut yang
kebanyakan malas, nakal dan selalu ponteng sekolah.Namun segala rintangan dapat diatasi berkat kesabaran dan
komitmen guru-guru serta ibu bapa.
Walau bagaimanapun terdapat 2 orang murid yang masih belum 100 % menguasai sifir. Justeru itu kajian
tindakan yang memasuki fasa 2/ gelungan 2 perlu dilaksanakan sejurus selepas ini.

You might also like