You are on page 1of 2

UJIAN SARINGAN Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, ujian merupakan pemeriksaan untuk mengetahui buruk baiknya keaslian

seseuatu perkara dan merupakan percubaan untuk memeriksa sesuatu hal. Manakala, saringan ialah penapisan, tapisan atau acara dan sebagainya untuk memilih yang baik, elok dan lain-lain. Ujian saringan merupakan mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam kemahiran asas bahasa Melayu khususnya dan subjek-subjek lain seperti Matematik amnya. Ujian ini diadakan untuk menilai semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Antara bentuk dan skop yang terdapat dalam ujian saringan ialah ujian bertulis, merangkumi apa yang sepatutnya telah dipelajari, keputusan Ujian Pelepasan KIA2M, IPP3M dan Ema boleh diguna pakai. Pentadbiran ujian pula dilaksanakan secara berkumpulan. Malah, murid-murid tersebut juga mestilah dalam keadaan selesa dan jauh dari gangguan. Terdapat juga masa yang dihadkan semasa ujian saringan diadakan. Selain itu, murid-murid dikehendaki membawa keperluan alat tulis yang lengkap. Kriteria pemilihan murid ini pula mestilah murid yang gagal ujian saringan, disamping jumlah murid yang telah ditentukan serta yang mampu diurus oleh guru. Selain itu, guru juga perlu mengenal pasti jenis masalah yang dihadapi murid. Pengetahuan dan pemahaman mengenai ujian saringan perlu diberi kepada seseorang guru. Hal ini demikian kerana, pemahaman mengenainya akan

memudahkan guru untuk menjalankan ujian saringan dan seterusnya mengenalpasti murid-murid yang bermasalah. Ujian saringan dapat membantu seorang guru dalam melaksanakan program pemulihan di sekolah kerana apabila ujian dijalankan secara tidak langsung guru dapat memerhati cara murid-murid menjawab soalan, disamping mengenal pasti aras kesukaran soalan yang dijawab oleh murid. Terdapat banyak ujian saringan yang diadakan di sekolah seperti KIA2M

You might also like