You are on page 1of 11

PEMARKAHAN SKRIP JAWAPAN PELAJAR

PENGENALAN
Pemarkahan skrip jawapan pelajar atau calon dalam menjawab
soalan terutamanya soalan berbentuk subjektif memerlukan satu
pendekatan atau kaedah. Soalan subjektif, khususnya karangan, boleh
menjadi alat pengukuran yang berkesan jika dilengkapkan dengan
peraturan memberi markah (PMM) yang sesuai, diperiksa oleh pemeriksa
yang cekap dan ada penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa. PMM,
kecekapan pemeriksa dan penyelarasan pemeriksaan adalah perkara
mesti jika ujian itu ialah ujian pencapaian dan pemeriksanya lebih daripada
seorang. Keperluan PMM pula tetap menjadi perkara mesti bagi soalan
esei walaupun pemeriksanya hanya seorang. Berbagai-bagai faktor di luar
dan di dalam diri si pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi
kebolehpercayaan pemarkahannya.
Tugasan ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan.
Tumpuan perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan.
Beberapa contoh PMM karangan dikemukakan. Sebagai melengkapkan
tugasan ini, dibincangkan juga teknik memarkah, penyelarasan dan
beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.
KRITERIA PEMARKAHAN SKRIP JAWAPAN
Memeriksa skrip jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan
menilai yang memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam
pemarkahan jawapan esei berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan
soalan. Kriteria ini terbahagi kepada tiga seperti yang berikut.
(i)
Kriteria kandungan yang merujuk kepada penguasaan
maklumat dan fakta yang berkaitan mengikut kehendak
soalan
(ii)
Kriteria pengolahan yang merujuk kepada kemahiran
menghuraikan maklumat, fakta dan idea secara logik dan
matang serta penggunaan bahasa yang tepat
(iii)
Kriteria proses yang merujuk kepada aspek ketepatan,
kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian, dan
kreativiti dalam teknik penulisan

KAEDAH PEMARKAHAN ANALITIK


Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana
kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit
jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah
diuntukkan kepada unsur-unsur penting mengikut pemberatannya. Unsur-
unsur penting yang merangkum kriteria kandungan, pengolahan, dan
proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna
bahawa jika unsur-unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam
jawapan pelajar, maka tinggilah markah yang akan diberikan kepadanya.
Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi
atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan keber sepaduan unsur-
unsur berkenaan.
Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya
bagi soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan
berstruktur. Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk soalan esei jawap

PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM)


Sebelum memeriksa karangan, kita perlu menyediakan PMM. Bagi
ujian sumatif contohnya seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR), PMM telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab

Pada umumnya, terdapat dua kaedah pemarkahan jawapan esei yang


digunakan sama ada secara berasingan atau secara gabungan oleh
pemeriksa. Kaedah pemarkahan tersebut ialah kaedah analitik (analisis /
perincian ) dan kaedah holistik (atau global , impresif, tanggapan ) (Abdul
Aziz (1993: 155). Pemarkahan holistik boleh digabungkan dengan
pemarkahan analitik, dan boleh dinamakan kaedah eklektik.

KAEDAH PEMARKAHAN ANALITIK


Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana
kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit
jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah
diuntukkan kepada unsur-unsur penting mengikut pemberatannya. Unsur-
unsur penting yang merangkum kriteria kandungan, pengolahan, dan
proses itu dikesan dan diberi markah secara berasingan. Ini bermakna
bahawa jika unsur-unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam
jawapan pelajar, maka tinggilah markah yang akan diberikan kepadanya.
Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi
atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan keber sepaduan unsur-
unsur berkenaan.
Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya
bagi soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan
berstruktur. Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk soalan esei jawapan.

terhad. Skema pemarkahan yang dihuraikan secara terperinci


memudahkan pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat. Oleh itu
keobjektifan serta kebolehpercayaan ujian esei dapat ditingkatkan.

Penyediaan skema pemarkahan analitik

1. Kaedah ini memerlukan


(i) penyediaan satu garis panduan atau satu senarai unsur-unsur utama
yang perlu dimasukkan sebagai jawapan yang paling baik bagi soalan itu;
(ii) penentuan bilangan poin yang akan diberi untuk
setiap unsur utama;
2. Jawapan pelajar yang sepadan dengan jawapan yang dikehendaki akan
diberi markah penuh; yang langsung tidak sepadan tidak akan diberi
sebarang markah;
3. Sebahagian daripada markah penuh boleh diberi sekiranya
jawapan tidak tepat sepenuhnya;
4. Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan
berapakah markah akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang
tepat itu
Contoh Skema Pemarkahan Analitik

Contoh A

Soalan:
Huraikan perubahan keadaan jirim dan tenaga yang berlaku
apabila ais mencair.
[15]
Skema pemarkahan:
─ perubahan keadaan jirim berlaku ..........1
─ pepejal cecair .........1
─ zarah-zarah dalam ais berada di kedudukan tetap ..........2
─ bergetar dan berputar di kedudukan tersebut ..........1 + 1
─ dengan memperoleh tenaga haba ..........1
─ zarah bergetar lebih kuat ..........1
─ apabila memperoleh tenaga haba yang mencukupi,
ikatan-ikatan antara zarah terputus ..... 3 atau 0
─ proses pencairan berlaku dan cecair terbentuk ..........1
─ kandungan tenaga meningkat ..........1
─ zarah-zarah mempunyai lebih banyak tenaga kinetik.......... 1 + 1

15

Contoh B
Markah diuntukkan kepada isi-isi penting berdasarkan kandungan skema
pemarkahan.
Soalan :
Berdasarkan teori Piaget, nyatakan dua perkara yang harus diberi
perhatian dalam pengajaran matematik kepada murid-murid sekolah
rendah. [4 markah]

Skema pemarkahan:
(i) Penggunaan alat bantu mengajar yang banyak
(ii) Penggunaan cara pertanyaan-penemuan
(iii) Pewujudan situasi pengajaran dan pemelajaran yang sebenar
(2 perkara × 2 markah = 4 markah)

Contoh C
Soalan : Jelaskan, dengan memberikan contoh, masalah-masalah
utama yang dihadapi oleh penduduk bandar raya.
[12 markah]

Skema pemarkahan :

(1) Masalah perumahan. Persaingan guna tanah di bandar menyebabkan


harga rumah tinggi - mewujudkan fenomena setinggan. (3 markah)
(2) Masalah persaingan, pengangguran, dan kemiskinan bandar akibat
migrasi penduduk yang tidak berkemahiran dan berkelulusan secara
berlebihan dari luar bandar. (3 markah)
(3) Masalah sosial seperti jenayah, pelacuran, penyakit berjangkit, dan
yang berkaitan di lokasi-lokasi tertentu. (3 markah)
(4) Masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan jumlah
kenderaan. (3 markah)
(5) Masalah kesihatan akibat pencemaran alam sekitar: udara, air, bau,
dan bunyi dari kenderaan, perindustrian dan pembakaran sampah /
pelupusan sisa domestik. (3 markah)
(6) Masalah kekurangan kemudahan asas dan kemudahan sosial.
Kekurangan kawasan hijau kerana pembinaan bertempatan, bangunan,
jalan raya, medan letak kereta dan lain-lain menyebabkan bandar menjadi
panas - pulau haba. Masalah pengurusan bandar yang berkaitan dengan
pembetungan,
pemprosesan kumbahan, perparitan (banjir kilat) dan lain-lain. (3 markah)

(mana-mana 4 masalah × 3 markah = 12 markah

Contoh D
Soalan : Anemia sel sabit dan sindrom Down disebabkan oleh mutasi.
Bagi setiap kecacatan tersebut, jelaskan jenis mutasi yang terlibat.
[10 markah]
Skema Pemarkahan :
─ Anemia sel sabit - mutasi gen 1
─ penggantian bes 1
─ kod triplet/kodon asid amino keenam 1
─ pada rantaiβ hemoglobin 1
─ asid glutamik diganti oleh valina 1
─ hemoglobin normal A menjadi hemoglobin S 1
─ bentuk eritrosit/sifat sel darah merah berubah 1
─ menjadi lebih rapuh/kurang cekap mengangkut O2 1

Kelebihan Kaedah Pemarkahan Secara Analitik


(i) Skrip jawapan boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang
berpengalaman memeriksa dan yang tidak begitu menguasai bidang
berkenaan.
(ii) Skrip jawapan memadai diperiksa sekali sahaja.
(iii) Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian
markah dengan tepat.
(iv) Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan
markah, oleh sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa
pencapaian pelajar tinggi atau rendah.
(v) Dapat membantu guru mengenal pasti secara spesifik
kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar; dan menyampaikan
maklumat ini kepada pelajar secara spesifik.
(vi) Pemarkahan lebih objektif. Ketekalan dapat dikekalkan
sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

Kelemahan Kaedah Analitik


(i) Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip
jawapan.
(ii)Pemeriksaan dilakukan secara fakta dan tiada penekanan pada
kemahiran penulisan.
(iii) Pemeriksaan boleh bersifat negatif, iaitu markah yang
diuntukkan bagi sesuatu aspek ditolak apabila pelajar membuat
kesilapan dalam aspek tersebut.
KAEDAH PEMARKAHAN HOLISTIK
Holistik atau Global bermaksud menyeluruh. Pemarkahan jawapan
dengan kaedah holistik untuk menentukan pencapaian pelajar dalam ujian
subjektif didasarkan pada andaian bahawakeseluruhan lebih penting
daripadabahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Kaedah ini
menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan.
Oleh itu kaedah ini sesuai digunakan untuk memeriksa karangan bahasa
dan mudah dilaksanakan kerana skema pemarkahan yang terperinci tidak
disediakan.
Cara ini amat subjektif, memerlukan pemeriksa yang cukup mahir
dan berkebolehan membaca secara kritikal. Amat subjektif bermakna
kebolehpercayaan pemarkahan amat rendah. Bagaimanapun,
kebolehpercayaan pemarkahan pemeriksa itu dapat ditinggikan sedikit
melalui penyelarasan antara para pemeriksa dan penyediaan model
jawapan untuk rujukan bersama.
Pemarkahan juga boleh melalui perbandingan. Dengan teknik ini
pemeriksa membaca karangan berkenaan sekali lalu dan menyusunnya
mengikut kualiti. Karangan terbaik diletakkan di atas dan yang paling lemah
diletakkan di bawah sekali. Kesemua karangan itu dibaca sekali lagi untuk
memastikan kedudukannya. Kemudian ditentukan peratus A, B, C dan

seterusnya. Teknik bandingan ini sesuai untuk memarkah esei panjang


seperti kerja projek. Teknik ini juga sesuai untuk memilih esei, cerpen,
sajak, novel dan lain-lain bagi sesuatu peraduan, terutamanya pada
peringkat saringan.
Dalam pemarkahan kaedah holistik ini, ada dua jenis kaedah yang
lazim digunakan iaitu secaraordi nal dannomi nal.

1. Kaedah Ordinal
Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan
kaedah
ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:
(i) Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.
(ii) Menyusun skrip-skrip jawapan
Pelajar mengikut prestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan di atas dan
prestasi terburuk diletakkan di bawah.
(iii) Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred
A, B, C, D dan E sebagainya.
(iv) Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan
berdasarkan peratusan pelajar yang telah dipertimbangkan untuk setiap
gred.

2. Kaedah Nominal
Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu
mengikuti langkah-langkah yang berikut:
(i) Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada
menggunakan markah atau gred. Misalnya, gred A = Cemerlang, B =
Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan kriteria kandungan,
kriteria pengolahan, dan kriteria proses.
(ii) Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu
untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar,
berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.
(iii) Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk
menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut
berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan.
(iv) Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat
pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang telah diberikan.

Proses pemarkahan secara holistik amat subjektif sifatnya. Oleh sebab itu
pemarkahan cara ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman serta
menguasai bidang berkenaan. Ciri keobjektifan pemarkahan secara holistik
ini dapat ditingkatkan dengan mengadakan mesyuarat penyelarasan antara
ketua pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa. Pada mesyuarat itu
pemeriksa akan diberi taklimat dan panduan tentang cara memeriksa skrip
jawapan dan kemudian berlatih memeriksa beberapa contoh skrip
jawapan. Dengan cara ini, perselisihan dalam pemberian markah dan
penentuan gred antara pemeriksa dapat dikurangkan. Dengan yang
demikian, mutu pemeriksaan skrip jawapan esei dapat dikawal dan
keobjektifan ujian itu dapat ditingkatkan.

http://www.scribd.com/doc/6938792/PEMARKAHAN-KARANGAN

You might also like