You are on page 1of 16

1 BENGKEL

KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK
MUDAH KELUK

PERMINTAAN

1 Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, jelaskan hukum permintaan. [7 markah]

Harga(RM)
D

P0

P1
D

0 Q0 Q1
Kuantiti(unit)

Jika harga naik dari P1 ke P0, kuantiti diminta berkurang dari Q1 ke Q0. Jika harga turun
dari P0 ke P1, kuantiti diminta bertambah dari Q0 ke Q1. Didapati hukum DD ialah apabila
harga barang naik maka permintaannya akan berkurang/sebaliknya. Wujud hubungan
songsang antara harga dengan kuantiti diminta.

2 Jadual berikut berkaitan dengan tingkat harga dan kuantiti diminta bagi Barang X.
Harga Kuantiti diminta
(RM) (unit)
10 25
20 20
30 15
40 10

(i) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan barang tersebut.
[Gunakan skala 2cm = RM10 pada paksi harga dan 2 cm = 5 unit pada paksi kuantiti]
[4 markah]
Harga(RM)
50 D

40 x
30 x

20 x

10 x
D
0 5 10 15 20 25 30
Kuantiti(unit)
2 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

(ii) Jelaskan hukum permintaan di 1(i). [4 markah]

Apabila harga naik dari RM10 ke RM40, kuantiti barang X diminta berkurang dari
25 unit ke 10 unit. Jika harga turun dari RM40 ke RM10, kuantiti diminta bertambah
dari 10 unit ke 25 unit. Didapati hukum DD ialah apabila harga barang naik maka
permintaannya akan berkurang/sebaliknya. Wujud hubungan songsang antara harga
dengan kuantiti diminta.

3 Jadual berikut menunjukkan permintaan terhadap suatu barang.

Harga (RM) Kuantiti (Unit)


1 60
2 40
3 20

(i) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan barang tersebut.
[4 markah]

Harga(RM)

D S
3 x
T
2 x
U
1 x
D
0 20 40 60
Kuantiti(unit)

(ii) Jelaskan pembentukan keluk permintaan di 3(ii) [4 markah]

Pada harga RM1, kuantiti diminta ialah 60 unit seperti yang ditunjukkan pada titik U.
Apabila harga naik dari RM2 ke RM3, maka kuantiti diminta berkurang dari 40 unit
dan 20 unit seperti yang ditunjukkan pada titik T dan U. Apabila titik-titik S, T dan
U disambungkan maka terbentuklah keluk permintaan. Keluk permintaan mencerun
ke bawah dari kiri ke kanan.
3 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK
4 Jadual berikut menunjukkan kuantiti permintaan Tara dan Farah untuk
suatu barang di pasaran.

(i) Berapakah kuantiti permintaan pasaran pada tingkat harga RM40? [1 markah]
Kuantiti permintaan pasaran ialah 50 unit/30 + 20 =50

(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis pembentukan keluk permintaan pasaran.
(Guna skala 2 cm = RM20 pada paksi harga dan 2 cm = 20 unit pada paksi kuantiti)
[4 markah]

(iii) Jelaskan pembentukan keluk permintaan di 3(ii). [4 markah]

Keluk permintaan pasaran(DPDP) diterbitkan daripada keluk permintaan Tara(DTDT)


dan keluk permintaan Farah(DFDF) yang dilukis secara mendatar pada setiap tingkat
harga. Pada harga RM20, kuantiti permintaan pasaran 70 unit ditunjukkan pada titik
A iaitu dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta Tara 40 unit dan
kuantiti permintaan Farah 30 unit.

Apabila harga meningkat dari RM40 ke RM60, permintaan pasaran semakin menurun
iaitu 50 unit dan 20 unit seperti yang ditunjukkan pada titik B dan C. Apabila titik-
titik A, B dan C disambungkan maka terbentuklah keluk DD pasaran. Keluk DD
pasaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keluk DD pasaran lebih landai
daripada keluk permintaan individu.
4 BENGKEL KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

Harga(RM) Harga(RM) Harga(RM)

DRahman DPasaran
DRahim
x C
60 60 x 60 x

B
40 x 40 x 40 x

A
20 x 20 x 20 x

DRahman
DRahim DPasaran
0 20 40 0 20 40 0 20 40 60 80

Kuantiti(unit) Kuantiti(unit) Kuantiti(unit)


5 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

PENAWARAN

5 Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, jelaskan hukum penawaran. [7 markah]


Harga(RM)

S
P0

P1
S

0 Q1 Q0
Kuantiti(unit)
Jika harga naik dari P1 ke P0, kuantiti ditawar bertambah dari Q1 ke Q0. Jika harga turun
dari P0 ke P1, kuantiti ditawar berkurang dari Q0 ke Q1. Didapati hukum SS ialah apabila
harga barang naik maka kuantiti ditawarkan akan meningkat/sebaliknya. Wujud hubungan
langsung antara harga dengan kuantiti ditawar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 Jadual berikut berkaitan dengan penawaran barang A oleh Syarikat Segak Bhd.

Harga(RM) Kuantiti ditawar(unit)


3 10
6 20
9 30
12 50

(i) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk penawaran barang tersebut.
[4 markah]

Harga(RM)

S
12 x

9 x
6 x
3 x
S
0 10 20 30 40 50 Kuantiti(unit)
6 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

(ii) Jelaskan hukum penawaran di 6(i) [4 markah]

Jika harga naik dari RM3 ke RM12, kuantiti ditawar Barang A bertambah dari 10 unit ke
50 unit. Jika harga turun dari RM12 ke RM3, kuantiti ditawar Barang A berkurang dari
50 unit ke 10 unit. Didapati hukum SS ialah apabila harga barang naik maka kuantiti
ditawarkan akan meningkat/sebaliknya. Wujud hubungan langsung antara harga dengan
kuantiti ditawar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7 Jadual berikut menunjukkan harga dan kuantiti ditawar bagi suatu barang.

Harga Kuantiti Ditawarkan


(RM) (unit)
10 40
20 100
30 120

(i) Lukiskan keluk penawaran bagi barang tersebut di atas kertas graf. [4 markah]

Harga(RM) S
W
30 x

V
20 x

U
10 x
S

0 20 40 60 80 100 120
Kuantiti(unit)

(ii) Jelaskan pembentukan keluk di 6(i). [4 markah]

Pada harga RM10, kuantiti ditawar ialah 40 unit seperti yang ditunjukkan pada titik
U. Apabila harga naik dari RM20 ke RM30, maka kuantiti ditawar bertambah dari
100 unit dan 120 unit seperti yang ditunjukkan pada titik V dan W. Apabila titik-titik
U, V dan W disambungkan maka terbentuklah keluk penawaran Keluk penawaran
mencerun ke atas dari kiri ke kanan.
7 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

8 Jadual berikut menunjukkan kuantiti yang ditawarkan oleh Firma A dan Firma B
bagi suatu barang pada pelbagai tingkat harga.

Harga Kuantiti Penawaran (Unit)


(RM) Firma A Firma B
4 5 10
8 10 20
12 20 30

(i) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk penawaran pasaran bagi
barang tersebut. [4 markah]

Harga(RM)

Sp
C
12 x

B
8 x
A
4 x
Sp
0 10 20 30 40 50 Kuantiti(unit)

(ii) Jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran di 8(i). [4 markah]


Keluk penawaran pasaran(SPSP) diterbitkan daripada keluk penawaran
Firma A(SASA) dan keluk penawaran Firma B (SBSB) yang dilukis secara mendatar
pada setiap tingkat harga. Pada harga RM4, kuantiti penawaran pasaran 15 unit
ditunjukkan pada titik A iaitu dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawar
Firma A ialah 5 unit dan kuantiti ditawar Firma B ialah 10 unit.

Apabila harga meningkat dari RM8 ke RM12, penawaran pasaran semakin bertambah
iaitu 30 unit dan 50 unit seperti yang ditunjukkan pada titik B dan C. Apabila titik-
titik A, B dan C disambungkan maka terbentuklah keluk SS pasaran. Keluk SS
pasaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Keluk SS pasaran lebih landai
daripada keluk penawaran firma.
8 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

9 Berikut adalah keluk penawaran FirmaA(SA), keluk penawaran FirmaB(SB) dan keluk
penawaran pasaran(SP).

Harga(RM) SA
SB SP
d
20 X X X

c
15 X X X

b
10 X X X

a
5 X X X

SA SB SP
0 4 8 12 16 20 24 28 32
Kuantiti (unit)

(i) Bina jadual hubungan antara harga dan kuantiti ditawar bagi rajah di atas.[5 markah]
Jadual penawaran Firma A, Firma B dan SS pasaran.
Harga Kuantiti ditawar Kuantiti ditawar Kuantiti SS
(RM) Firma A(SA)(unit) Firma B(SB)(unit) Pasaran(Sp)(unit)
5 4 8 12
10 6 10 16
15 8 12 20
20 10 16 26
- Bina jadual lengkap [1]
- mesti ada Harga(RM) dan kuantiti ditawar(seperti dalam jadual)
- Butiran pada harga
- Butiran Firma A *(1 salah ditolak 1m)
- Butiran Firma B *(1 salah ditolak 1m)
- Butiran Pasaran *(1 salah ditolak 1m)
[Maksimum 5 markah]

(ii) Jelaskan pembentukan keluk SpSp. [5 markah]


Keluk penawaran pasaran(SPSP) diterbitkan daripada keluk penawaran
Firma A(SASA) dan keluk penawaran Firma B(SBSB)yang dilukis secara mendatar
pada setiap tingkat harga. Pada harga RM5, kuantiti penawaran pasaran 12 unit
ditunjukkan pada titik a iaitu dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawar
Firma A 4 unit dan kuantiti penawaran Firma B 8 unit.

Apabila harga meningkat dari RM10, RM15 dan RM20, penawaran pasaran semakin
bertambah iaitu 16 unit, 20 unit dan 26 unit seperti yang ditunjukkan pada titik b, c
9 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK
dan d. Apabila titik-titik a, b , c dan d disambungkan maka terbentuklah keluk SS
pasaran. Keluk SS pasaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Keluk SS pasaran
lebih landai daripada keluk penawaran firma.

10 Jadual berikut menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran suatu barang
di pasaran.
Harga Kuantiti Barang(unit)
(RM) Permintaan Pasaran Penawaran Pasaran
30 160 40
40 130 70
50 70 130

(i) Lukiskan keluk keseimbangan pasaran di atas kertas graf.


[Gunakan skala 2cm = RM10 pada paksi harga dan 2 cm = 20 unit pada
paksi kuantiti] [5 markah]

(ii) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. [2 markah]
Harga keseimbangan - RM45
Kuantiti keseimbangan - 100 unit

(iii) Jelaskan keadaan pasaran barang tersebut pada tingkat harga RM30. [3 markah]

DD barang 160 unit, SS barang 40 unit. Berlaku lebihan DD/kurangan SS sebanyak


120 unit Harga cenderung naik. Pengguna akan mengurangkan permintaan dan
pengeluar akan menambahkan pengeluaran.
10 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

Harga(RM)

60

Dp S

50 x x
E
RM45

40 x x

30 x
Sp

20

10

0 20 40 60 80 100 120 140


11 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

11 Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran barang X.

Harga(RM)

D S
16 x x
E
12 x

8 x x

4 x x
S D
0 20 40 60 80 100 120
Kuantiti(unit)

(i) Huraikan keadaan pasaran di titik E. [3 markah]


Di titik E berlaku keseimbangan pasaran. Harga keseimbangan pasaran ialah RM12
dan kuantiti keseimbangan pasaran ialah 50 unit. Harga cenderung kekal. Keluk
permintaan bersilang dengan keluk panawaran. Kuantiti diminta sama dengan
kuantiti ditawar
Maksimum 3 markah

(ii) Jelaskan tindakan yang perlu dilakukan oleh pengeluar pada tingkat harga RM16?
[5 markah]

Pada harga RM16, kuantiti penawaran melebihi kuantiti permintaan. Maka berlaku
lebihan penawaran. Tindakan yang perlu dilakukan oleh pengeluar ialah
meningkatkan permintaan atau mengurangkan penawaran. Antara perkara yang boleh
dilakukan oleh pengeluar untuk mengurangkan permintaan ialah menurunkan harga
barang dan melakukan promosi yang berkesan seperti jualan murah, pemberian
hadiah percuma.
12 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

12 Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan keluk penawaran suatu barang.

Harga(RM) Harga(R
S0 S1
S
20 20
S0 S1
10
S
0 15 60 0 15 60
Kuantiti(unit) Kuantiti(unit)
Rajah 1 Rajah 2
Bezakan perubahan kuantiti barang tersebut bagi kedua-dua rajah di atas. [6 markah]

Perbezaannya ialah :
Rajah 1 Rajah 2
Perubahan dalam kuantiti ditawar Perubahan penawaran [1 + 1]
Berlaku pergerakan atas keluk SS Berlaku peralihan keluk SS ke kanan
[1 + 1]
yang sama / S0S0 ke S1S1
Ia disebabkan oleh harga barang itu Ia disebabkan oleh faktor bukan
harga iaitu dasar kerajaan/harga
faktor pengeluaran/ jangkaan harga [1 + 1]
masa depan/ cuaca/ matlamat
pengeluar/ tingkat teknologi
Harga barang itu turun/jatuh/ Harga barang tetap/RM20
[1 + 1]
dari RM20 ke RM10
Penguncupan penawaran Pertambahan penawaran [1 + 1]
13 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

PERUBAHAN KESEIMBANGAN

13 Kerajaan telah menambahkan pemberian subsidi kepada peneroka yang ingin menanam
semula pokok kelapa sawit. Dengan menggunakan rajah yang sesuai, jelaskan kesan
terhadap harga dan kuantiti keseimbangan kelapa sawit. [9 markah]

D0 S0
S1
E0
P0
E1
P1
S0
S1 D0
0 Q0 Q1 Kuantiti(unit)
Pemarkahan :
- paksi harga(RM) [1]
mesti ada origin 0
- paksi kuantiti [1]
- keluk D0D0 [1]
- keluk S0S0 [1]
- keluk S1S1 [1]
Maksimum 4 markah

- Keseimbangan pasaran asal dicapai apabila keluk permintaan D0D0


bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0.
- Harga dan kuantiti kesimbangan masing-masing P0 dan Q0.
- Pemberian subsidi menyebabkan penawaran bertambah maka keluk penawaran
beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1
- Pada harga P0 berlaku lebihan penawaran.
- Kesannya, harga akan jatuh ke P1.
- Keseimbangan pasaran baharu dicapai apabila keluk permintaan D0D0
bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1.
- Oleh itu, harga dan kuantiti kesimbangan yang baharu ialah P1 dan Q1
- Kesannya, apabila berlaku pertambahan penawaran manakala
permintaannya tetap
- akan menyebabkan harga keseimbangan menurun
- dan kuantiti keseimbangan meningkat
Maksimum 5 markah
14 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

14 Kedah terkenal dengan panggilan negeri “Jelapang Padi”. Banjir yang melanda negeri
Kedah baru-baru ini menyebabkan hasil padi terjejas sebanyak 40%.
(i) Lakarkan rajah keluk perubahan keseimbangan yang sesuai bagi pasaran beras.
[3 markah]
Harga(RM)
D0 S 1
E1 S0
P1
E0
P01
S1
S0 D0
0 Q1 Q0 Kuantiti(unit)
Pemarkahan :
- paksi harga(RM) [1]
mesti ada origin 0
- paksi kuantiti [1]
- keluk D0D0 [1]
- keluk S0S0 [1]
- keluk S1S1 [1]
- E0 / E1 [1]
Maksimum 3 markah
(ii) Huraikan kesan peristiwa tersebut terhadap harga dan kuantiti keseseimbangan
pasaran beras. [5 markah]

- Keseimbangan pasaran asal dicapai apabila keluk permintaan D0D0


bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0.
- Harga dan kuantiti kesimbangan masing-masing P0 dan Q0.
- Apabila berlaku banjir, penawaran akan berkurang, Maka keluk penawaran
beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1
- Pada harga P0 berlaku lebihan permintaan.
- Kesannya, harga akan naik ke P1.
- Keseimbangan pasaran baharu dicapai apabila keluk permintaan D0D0
bersilang dengan keluk penawaran S1S1 pada titik E1.
- Oleh itu, harga dan kuantiti kesimbangan yang baharu ialah P1 dan Q1
- Kesannya, apabila berlaku pengurangan penawaran manakala
permintaannya tetap
- akan menyebabkan harga keseimbangan meningkat
- dan kuantiti keseimbangan menurun
15 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

15 Kerajaan memberi bayaran bonus separuh bulan gaji kepada semua penjawat awam
pada tahun 2013. Dengan menggunakan rajah yang sesuai, jelaskan kesan ke atas
keseimbangan pasaran barang dan perkhidmatan. [8 markah]

Harga(RM)
D0 D1 S0

E1
P1 E0
P0

S0
D0 D1
0 Q0 Q1 Kuantiti(unit)

Pemarkahan :
- paksi harga(RM) [1]
mesti ada origin 0
- paksi kuantiti [1]
- keluk D0D0 [1]
- keluk S0S0 [1]
- keluk S1S1 [1]
- E0 / E1 [1]
Maksimum 3 markah

- Keseimbangan pasaran asal dicapai apabila keluk permintaan D0D0


bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0.
- Harga dan kuantiti kesimbangan masing-masing P0 dan Q0.
- Pemberian bonus oleh kerajaan menyebabkan permintaan bertambah, keluk
permintaan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1
- Pada harga P0 berlaku lebihan permintaan.
- Kesannya, harga akan naik ke P1.
- Keseimbangan pasaran baharu dicapai apabila keluk permintaan D1D1
bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E1.
- Oleh itu, harga dan kuantiti kesimbangan yang baharu ialah P1 dan Q1
- Kesannya, apabila berlaku pertambahan permintaan manakala
penawannya tetap
- akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan meningkat. [1]
Maksimum 5 markah
8 markah
16 BENGKEL
KECEMERLANGAN
EKONOMI : MUDAH KELUK

16 Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan ke atas keseimbangan
pasaran ayam jika berlaku penurunan harga ikan. [8 markah]

Harga(RM)
D0
D1 S0
E0
P0
P1 E1

S0
D0
D1
0 Q0
Q1 Kuantiti(unit)

Pemarkahan :
- paksi harga(RM) [1]
mesti ada origin 0
- paksi kuantiti [1]
- keluk D0D0 [1]
- keluk S0S0 [1]
- keluk S1S1 [1]
- E0 / E1 [1]
Maksimum 3 markah

- Keseimbangan pasaran asal dicapai apabila keluk permintaan D0D0


bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E0.
- Harga dan kuantiti kesimbangan masing-masing P0 dan Q0.
- Apabila harga ikan naik maka permintaan ayam berkurang. Maka keluk
permintaan beralih ke kiri dari D1D1 ke D0D0
- Pada harga P0 berlaku lebihan penawaran.
- Kesannya, harga akan turun ke P1.
- Keseimbangan pasaran baharu dicapai apabila keluk permintaan D1D1
bersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada titik E1.
- Oleh itu, harga dan kuantiti kesimbangan yang baharu ialah P1 dan Q1
- Kesannya, apabila berlaku pengurangan permintaan manakala
penawannya tetap
- akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan menurun.
Maksimum 5 markah
8 markah

You might also like