You are on page 1of 5

1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

FFP DAN MASALAH EKONOMI

SPM 2013
1 (a) Situasi di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Abu.

Sempena hari keusahawanan sekolah, Abu yang memiliki


kupon bernilai RM5, ingin menonton tayangan gambar
berharga RM3. Dia juga ingin meyaksikan pertunjukkan silap
mata berharga RM4.
Bagaimanakah Abu menyelesaikan masalah tersebut. [5 markah]
Masalah yang dihadapi oleh Abu ialah masalah kekurangan kupon. Kedua-dua
tersebut memerlukan RM7 malahan Abu hanya mendapat kupon sebanyak
RM5. Maka Abu terpaksa membuat pilihan sama ada memilih menonton tayangan
gambar atau menyaksikan pertunjukkan silap mata. Sekiranya Abu memilih
menyaksikan pertunjukkan silap mata demi memaksimumkan kepuasan, maka kos
lepas Abu ialah menonton tayangan gambar.

SPM 2017

1 (a) Situasi berikut berkaitan dengan faktor pengeluaran.


 Siva dan Firdaus merupakan dua sahabat karib. Siva seorang pelajar
pintar yang sering memperoleh anugerah cemerlang daripada dekan
fakulti manakala Firdaus berprestasi sederhana tetapi mempunyai minat
mendalam untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan.
 Selapas empat tahun tamat pengajian di university, Firdaus Berjaya
menubuhkan syarikat kejuruteraann Bina Alam di Melaka.
 Tiga tahun kemudian, Siva bekerja sebagai jurutera kanan di syarikat
tersebut.
Bandingkan faktor pengeluaran yang terdapat dalam situasi di atas. [7 markah]
Kedua-duanya merupakan faktor pengeluaran. Kedua-duanya menerima ganjaran
faktor. Siva merupakan seorang buruh malahan Firdus merupakan seorang usahawan.
Siva ialah individu yang menyumbangkan tenaga manusia yang produtif dari segi
fizikal atau mental dalam proses pengeluaran. Firdus ialah individu yang
menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan. Siva menerima ganjaran upah tetapi Firdus menerima ganjaran untung.
Siva bekerja dengan orang lain malahan Firdus bekerja dengan sendiri. Siva tidak
Berani menghadapi risiko tetapi Firdus berani menghadapi risiko. Siva berkerja dengan
Waktu bekerja tetap malahan Firdus bekerja dengan waktu bekerja tidak tetap.
SPM 2019

1 Jelaskan usahawan sebagai sumber ekonomi dalam proses pengeluaran.


[4 markah]
Usahawan merupakan individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor
pengeluaran yang lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Usahawan
bertujuan untuk mencapai pengeluaran output yang maksimum atau meminimumkan
kos pengeluaran untuk memperoleh untung yang maksimum. Usahawan ialah seorang
yang kreatif, inovatif, berani menghadapi risiko dan tidak mudah berputus asa.
Contohnya, Firdaus berjaya menubuhkan sebuah syarikat.
DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.
2 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

SPM 2020
1 (a) Beri takrif ilmu ekonomi. [2 markah]
Ilmu ekonomi mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukan
sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.

4 Johnny telah mewarisi kekayaan ayahnya dalam bentuk simpanan tetap dan 5 hektar
tanah yang bernilai RM350 000. Johnny merancang memajukan tanah tersebut
dengan memulakan projek ternakan lembu dan ladang kelapa sawit. Modal yang
diperlukan bagi kedua-dua projek tersebut adalah seperti berikut :

Projek Keperluan modal


Ternakan lembu RM330 000
Ladang kelapa sawit RM300 000

(a) Jelaskan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Johnny. [5 markah]


Masalah yang dihadapi oleh Johnny ialah masalah kekurangan modal. Kedua-
dua projek tersebut memerlukan RM630000 malahan Johnny hanya mendapat
peruntukan sebanyak RM350000. Maka Johnny terpaksa membuat pilihan sama
ada melaksanakan projek ternakan lembu atau projek ladang kelapa sawit. Sekiranya
Johnny memilih untuk melaksanakan projek ternakan lembu demi memaksimumkan
keuntungan, maka kos lepas Johnny ialah projek ladang kelapa sawit.

SOALAN TAMBAHAN

1 Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan dua sumber ekonomi.

Gambar 1 Gambar 2
Gambar 1 Gambar 2
Bandingkan antara Gambar 1 dan Gambar 2 dari segi ekonomi. [4 markah]
Gambar 1 ialah buruh. Buruh merupakan sumbangan tenaga manusia yang produktif dari
segi fizikal atau mental dalam proses pengeluaran. Gambar 2 ialah usahawan. Usahawan
merupakan individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor pengeluaran yang
lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.


3 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

2 Gambar berikut menunjukkan dialog berkaitan masalah kekurangan bagi


Syarikat Kerepek Ranggup.
Keluasan kawasan
Bagaimana kita ladang kita dah
nak tanam pisang berkurang kerana
dan ubi kayu jika lot belakang sudah
tak cukup tanah dibina bengkel.

Bagaimanakah syarikat tersebut menyelesaikan masalah tersebut? [5 markah]


Masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut ialah masalah kekurangan faktor pengeluaran.
Kedua-dua faktor pengeluaran tersebut memerlukan tanah untuk ditanam malahan syarikat
tersebut tidak mempunyai tanah yang mencukupi kerana lot belakang sudah dibina
bengkel. Maka syarikat tersebut terpaksa membuat pilihan sama ada menanam tanam
pisang dan ubi kayu atau membina bengkel. Sekiranya syarikat terseut memilih
untuk menanam tanam pisang dan ubi kayu demi memaksimumkan keuntungan, maka kos
lepas syarikat tersebut ialah bengkel.

3 Jadual berikut menunjukkan anggaran perbelanjaan kerajaan bagi dua buah projek.

Projek Jambatan Dewan Serba Guna


Tangjung Piai Komuniti Serdang
RM1.5juta RM1.15juta

Kerajaan tidak mampu membina kedua-dua projek tersebut serentak kerana peruntukan
yang ada hanya RM2 juta.
Bagaimana kerajaan menyelesaikan masalah tersebut. [6 markah]
Masalah yang dihadapi oleh kerajaan ialah masalah kekurangan. Kedua-dua projek
tersebut memerlukan 2.65 juta ringgit malahan kerajaan hanya mendapat peruntukan
sebanyak RM2 juta. Maka kerajaan terpaksa membuat pilihan sama ada melaksanakan
projek pembinaan jambatan Tangjung Piai atau projek pembinaan Dewan Serba Guna
Komuniti Serdang. Sekiranya kerajaan memilih untuk membina jambatan Tangjung Piai
Demi memaksimumkan kebajikan masyarakat, maka kos lepas kerajaan ialah projek
Dewan Serba Guna Komuniti Serdang.

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.


4 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN KKP

SPM 2018

1 (a) Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah ekonomi.

Barang A

●X

0 Barang B

Jelaskan keadaan kombinasi pengeluaran di titik X. [3 markah]


Titik X berada di luar lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran. Titik X
menunjukkan ketidakupayaan ekonomi. Faktor pengeluaran yang sedia ada dalam
ekonomi tidak cukup untuk mengeluarkan kombinasi pengeluaran ini.

SPM 2020

(c) Rajah satu berkaitan dengan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP).


Barang X(unit)

700 a

300 b

0 Barang Y(unit)
100 200

Jelaskan implikasi perubahan titik kombinasi pengeluaran tersebut. [6 markah]


Maksimum 6 markah
Apabila kombinasi beralih dari A ke B, tambahan 100 unit Barang Y, menyebabkan
700 - 300 = 400 unit Barang X. Ini menunjukkan kos lepas semakin meningkat kerana
jumlah Barang X yang dilepaskan semakin meningkat apabila tambahan pengeluaran
Barang Y. Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung menunjukkan
semakin banyak barang hendak dikeluarkan maka semakin banyak barang lain harus
dilepaskan. Ini menunjukkan kos lepas yang semakin meningkat. Jika firma
Mengeluarkan 100 unit Barang X, maka 400 unit Barang Y akan dilepaskan.

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.


5 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

SOALAN TAMBAHAN

(a) Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi suatu firma.
Pakaian (ribu helai)

V
40 W
39
32 X

20 Y

0 10 15 20
Kasut (ribu pasang)
(i) Jelaskan implikasi jika firma menukar kombinasi pengeluaran dari X ke W.
[2 markah]
Apabila kombinasi beralih dari X ke W, tambahan 7 unit pakaian, menyebabkan
15 - 10 = 5 unit kasut. Ini menunjukkan kos lepas semakin meningkat kerana jumlah
kasut yang dilepaskan semakin meningkat apabila tambahan pengeluaran pakaian.
Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung menunjukkan semakin banyak
barang hendak dikeluarkan maka semakin banyak barang lain harus dilepaskan.

(ii) Jelaskan kombinasi pasaran pada titik Y. [3 markah]


Kombinasi titik Y pada keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) menunjukkan pilihan
yang mungkin dibuat oleh sesebuah ekonomi. Titik ini menunjukkan keluaran telah
berada pada tahap maksimum. Tambahan pengeluaran kasut akan berlaku jika
pengeluaran pakaian dilepaskan.

DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB,JB.

You might also like