You are on page 1of 1

Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kelemahan firma monopoli

dalam hal yang berikut:


a) Kecekapan pengeluaran
b) Kecekapan peruntukan sumber
c) Lebihan pengguna [10]

a) Tidak mencapai kecekapan pengeluaran


Kecekapan pengeluaran berlaku apabila tingkat keluaran
keseimbangan dihasilkan pada ketika kos purata mencapai titik
minimum, iaitu pada Q2 unit.
Firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana
pada tingkat keseimbangan, firma monopoli mengeluarkan keluaran
pada ketika kos purata (AC) sedang menurun iaitu pada Q1 unit, dan
bukannya pada Q2 unit yang meminimumkan kos purata (AC)

b) Tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber


Kecekapan peruntukan sumber berlaku apabila tingkat keluaran
keseimbangan dihasilkan pada ketika harga menyamai kos sut
(P=MC), pada Q2 unit.
Firma monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber
kerana pada tingkat keseimbangan, firma monopoli mengeluarkan
keluaran pada tingkat harga yang lebih tinggi daripada kos sut (P >
MC) iaitu pada harga P1 berbanding kos sut pada P0.

c) Menunjukkan lebihan pengguna


Pada tingkat keseimbangan, firma monopoli mengenakan harga
yang  tinggi iaitu P1 dan  tingkat keluaran yang rendah iaitu Q1 unit.
Keadaan ini menyebabkan lebihan pengguna yang dinikmati adalah
kecil, iaitu sebesar P1AE1.

You might also like