You are on page 1of 10

PRA PSPM SET 2

EKONOMI (AE015)
MIKROEKONOMI
SEMESTER 1
SESI 2021/2022
PENSYARAH PEMBIMBING : MOHAMAD YUSAINI BIN MOHAMED YUSOFF

Soalan Objektif (30 markah)


Jawab semua soalan.
Masa yang dicadangkan ialah 90 minit.

BAB 1 – 5 SOALAN

1 Antara yang berikut, yang manakah yang akan berlaku dalam sistem ekonomi
pasaran bebas?

A Guna tenaga penuh tercapai.


B Kerajaan menghakmilik syarikat swasta
C Tingkat harga ditentukan oleh bekalan wang.
D Upah ditentukan oleh permintaan dan penawaran buruh. .

1
2 Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah
negara yang menghasilkan barang perkilangan dan barang pertanian

Barang perkilangan

Barang pertanian
0 Q
Yang manakah pernyataan yang benar

A Kenaikan harga barang perkilangan.


B Suatu keadaan yang menunjukkan pengangguran dan inflasi.
C Suatu kemajuan dalam teknologi keluaran barang perkilangan.
D Kecekapan yang berganda dalam barang pertanian

3 Masyarakat terpaksa membuat pilihan kerana

A kehendak manusia yang tidak terhad.


B sumber ekonomi yang terhad.
C tiada pembaziran dalam penggunaan sumber ekonomi.
D tidak mahu menunjukkan keadaan lebihan penawaran.

4 Barang percuma ialah barang yang

A dibekalkan oleh kerajaan kepada orang ramai secara percuma.


B kos sutnya sifar dan penawarannya terhad.
C diperolehi tanpa bayaran.
D kos lepasnya sifar.

2
5 Sekiranya perbelanjaan ke atas barang modal dan barang pengguna dalam
sebuah ekonomi bertambah sehingga ke titik di mana negara itu berada di keluk
kemungkinan pengeluarannya, maka

A perbelanjaan ke atas barang modal dan barang pengguna tidak boleh


ditambah.
B penambahan selanjutnya hanya dapat dibuat menerusi penyerapan sumber
– sumber yang masih belum digunakan.
C masyarakat dalam ekonomi tersebut telah mencapai peruntukan sumber
yang optimum.
D penambahan pengeluaran sebilangan barang – barang hanya boleh di buat
dengan mengurangkan pengeluaran barang – barang yang lain.

BAB 4 – 3 SOALAN

6 Hukum utiliti sut berkurangan menyatakan

A semakin banyak suatu barang digunakan, semakin tinggi utiliti sut yang
diperolehi.
B tambahan utiliti semakin berkurangan apabila semakin banyak suatu barang
itu digunakan.
C tambahan jumlah utiliti semakin kurang bagi setiap tambahan seunit kuantiti
yang digunakan.
D tambahan utiliti sut yang diperolehi semakin kurang, apabila semakin banyak
kuantiti suatu barang yang digunakan.

7 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti yang dibeli dengan


jumlah utiliti bagi barang X dan barang Y.

Kuantiti Jumlah utiliti Jumlah utiliti


(unit) barang X barang Y
1 6 16
2 11 28
3 15 37
4 18 44

Seorang pengguna yang rasional membeli 4 unit barang X pada harga RM1.00
seunit. Pengguna tersebut juga membeli 3 unit barang Y. Berapakah harga seunit
barang Y apabila pendapatan ialah RM31.00?

A RM1.00
B RM3.00
C RM7.00
D RM9.00

3
8 Kesemua berikut menerangkan keadaan apabila pengguna memaksimumkan
utiliti kecuali

A utiliti sut per RM yang sama bagi kedua-dua barang.


B utiliti sut adalah sama bagi kedua-dua barang.
C hanya terdapat satu kombinasi barang yang memaksimumkan utiliti.
D semua pendapatan dibelanjakan ke atas kedua-dua barang tersebut.

BAB 5 – 8 SOALAN

9 Jadual di bawah menunjukkan hubungan satu firma dengan kos dan output.

Output/ Jumlah Kos tetap Jumlah kos


unit kos purata purata
X 300 3.33 10.00
Y 390 2.50 9.75

Berapakah unit output yang diwakili oleh X?

A 20
B 30
C 40
D 50

10 Kos purata jangka panjang bagi suatu firma menjadi semakin kecil apabila bidang
pengeluaran diperbesarkan kerana

A faktor tetap digunakan secara cekap.


B firma mendapat saingan daripada firma-firma lain.
C firma itu dapat menghalang kemasukan firma-firma lain.
D firma itu mendapatkan faedah daripada ekonomi dalaman.

11 Dalam pengeluaran jangka pendek, apabila keluk kos sut sedang meningkat dan
keluk kos berubah purata sedang menurun, maka keluk kos sut berada

A di atas keluk kos purata.


B di bawah keluk kos purata.
C di bawah keluk kos tetap purata.
D di antara keluk kos berubah purata dan keluk kos purata

4
12 Yang manakah di antara pernyataan berikut tidak benar mengenai kos sut?

A Kos sut mempunyai kaitan dengan faktor berubah.


B Kos sut sama dengan kos purata apabila kos purata adalah minimum.
C Kos sut adalah lebih besar daripada kos purata apabila kos purata menurun.
D Kos sut merupakan tambahan kepada jumlah kos apabila satu unit keluaran
bertambah.

13 Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara output dengan kos purata.

Output/ Jumlah kos


unit purata
8 19.50
9 19.10
10 19.00
11 19.00
12 21.40

Kos purata adalah sama dengan kos sut pada tingkat ouput

A 8.
B 9.
C 10.
D 11.

14 Yang manakah di antara pernyataan berikut benar apabila keluk kos purata
sebuah firma menurun?

A Keluk kos sut itu mesti menaik.


B Keluk kos sut firma itu mesti berada di bawah keluk kos puratanya.
C Keluk kos sut itu mesti memotong keluk kos puratanya pada titik minimum.
D Keluk kos sut firma itu mesti menurun tetapi berada di atas keluk kos
puratanya.

15 Sebuah firma dapat mencapai tingkat keupayaan pengeluaran yang maksimum


dengan mengeluarkan output pada tingkat

A Kos purata sedang naik.


B Kos sut sama dengan kos purata.
C Kos sut sama dengan hasil sut.
D Kos purata sama dengan hasil purata.

5
16 Keluk kos purata jangka panjang beralih ke atas kerana

A tak ekonomi luaran berlaku.


B tak ekonomi dalaman berlaku.
C pulangan bertambah kurang berlaku.
D ekonomi bidangan dalaman

BAB 6 – 14 SOALAN
PPS (6 SOALAN)

17 Rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk kos dan hasil bagi sebuah firma
persaingan sempurna.
Harga
MC
AC
F
P1
AVC
P2 G
P3 K
P4 J

Output
Q2 Q1

Untung firma ini ialah

A FGP2P1 .
B 0P2GQ1.
C 0P1FQ1.
D P4P2GJ.

18 Yang manakah di antara pernyataan berikut benar apabila firma persaingan


sempurna berada pada tingkat keseimbangan jangka panjang?

A kos purata berada pada tingkat maksimum.


B Kos purata berada pada tingkat minimum.
C Hasil purata berada pada tingkat minimum.
D Hasil purata berada pada tingkat maksimum.

6
19 Sekiranya firma Pasaran Persaingan Sempurna mempunyai keluk hasil sut
menyamai keluk kos sut yang bersilang di titik keluk kos berubah purata, maka
dalam jangka panjang firma ini mengalami.(PSPM 09/10)

A untung normal.
B untung lebih normal.
C untung kurang normal dan teruskan operasi.
D untung kurang normal dan tutup operasi

20 Firma Pasaran Persaingan Sempurna terpaksa menutup operasinya jika keluk


hasil (PSPM 09/10)

A di titik minimum keluk kos purata.


B di titik minimum keluk kos berubah purata.
C di bawah titik minimum keluk kos berubah purata.
D di bawah titik minimum keluk kos purata dan di atas keluk kos berubah
purata.

21 Sebuah firma PPS mempunyai jumlah kos tetap RM4 000 dan kos berubah purata
RM4.00. Harga keluaran ialah RM4.10 dan firma mengeluarkan 10 000 unit.
Dalam keadaan ini, firma dapat menutupi (PSPM 10/11)

A semua kos tetap dan kos berubah.


B semua kos tetap dan sebahagian kos berubah.
C semua kos berubah dan sebahagian kos tetap.
D sebahagian kos tetap dan sebahagian kos berubah.

7
22 Rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC) dan hasil purata
(AR) bagi firma PPS. (PSPM 10/11)

Harga/kos
(RM)

MC AC

5 P = AR

keluaran (unit)
0 5 6

Berdasarkan rajah di atas, jumlah kerugian firma ini pada tingkat keseimbangan
ialah

A RM3.00.
B RM8.00.
C RM15.00.
D RM18.00

MONOPOLI (4 SOALAN)

23 Pernyataan bahawa “Suatu Monopoli boleh menetapkan harganya atau outputnya


tetapi tidak kedua-dua sekali” ini membayangkan bahawa monopoli ini

A Dikawal oleh keluk permintaan.


B tidak berkemampuan mengawal untungnya.
C mendapatkan untung yang sama pada tingkat harga.
D Tidak dapat mengenal tentang kedudukan keluk penawarannya.

8
24 Jadual berikut menunjukkan permintaan ke atas barangan yang dikeluarkan oleh
sebuah syarikat monopoli. (PSPM 06/07)

Harg Kuantiti
a
8 600
7 800
6 1000
5 1200
4 1400
3 1600
2 1800
1 2000

Jika syarikat ini meningkatkan outputnya daripada 1 000 kepada 1 200 unit,
jumlah hasil

A meningkat sebanyak RM200


B meningkat sebanyak RM1200
C berkurang sebanyak RM200
D tidak berubah.

25 Rajah berikut menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), hasil purata (AR)
dan hasilsut (MR) bagi firma monopoli. (PSPM 09/10)
Harga/kos (RM)

MC
AC

20
18
10

MR AR
0 10 Keluaran (unit)

Berdasarkan rajah di atas, jumlah untung firma ini pada tingkat keseimbangan
ialah

A RM20.
B RM80.
C RM100.
D RM180.

9
26 Jika firma monopoli berada dalam keseimbangan pada tingkat keluaran 1 500 unit.
Kos sut RM20, kos purata RM30 dan tingkat harga RM35 seunit. Berapakah
jumlah hasil firma tersebut? (PSPM 11/12)

A RM45 000
B RM52 500
C RM22 500
D RM7 500

PP BERMONOPOLI (4 SOALAN)

27 Sebuah firma persaingan bermonopoli dapat menjual 10 unit komputer seminggu


dengan harga RM10000 seunit. Apabila ia mengurangkan jualannya kepada 8 unit
seminggu, ia dapat menjual pada harga RM11 000 seunit. Hasil sut jualan unit ke
10 ialah

A RM1000.
B RM2000.
C RM3000.
D RM6000.

28 Dalam jangka masa panjang, sebuah firma persaingan bermonopoli hanya


beroperasi apabila harga

A menyamai kos purata dan kos sut.


B lebih besar daripada kos purata dan kos sut.
C lebih besar daripada kos purata tetapi menyamai kos sut.
D menyamai kos purata tetapi lebih besar daripada kos sut.

29 Dalam jangka masa pendek, firma pasaran persaingan bermonopoli akan


mengalami kerugian apabila

A hasil purata lebih kecil daripada kos sut.


B hasil purata lebih besar daripada kos sut.
C hasil purata lebih kecil daripada kos purata.
D hasil purata lebih besar daripada kos purata.

30 Firma pasaran persaingan bermonopoli memaksimumkan keuntungan apabila

A kos sut menyamai hasil sut.


B kos purata menyamai hasil purata.
C mengeluarkan output pada kos purata minimum.
D mengenakan harga yang tinggi untuk output firma tersebut.

10

You might also like