You are on page 1of 9

PRA PSPM SET 2

EKONOMI (AE015)
MIKROEKONOMI
SEMESTER 1
SESI 2021/2022

Soalan Objektif (30 markah)


Jawab semua soalan.
Masa yang dicadangkan ialah 90 minit.

1 “Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah ekonomi sentiasa


tidak dapat memenuhi kehendak masyarakat”.Pernyataan tersebut
menggambarkan konsep

A pilihan
B kos lepas
C kekurangan
D permintaan

2 Antara yang berikut, yang manakah merupakan barang awam?

A Kesihatan
B Pendidikan
C Pertahanan
D Pengangkutan

3 Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang


tidak terhad menyebabkan.

A masyarakat terpaksa membuat pilihan dan menghadapi kos lepas


B masyarakat mempunyai keupayaan membeli yang semakin tinggi
C masyarakat mengalami masalah kekurangan barang dan perkhidmatan
D masyarakat dapat memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan
sesuatu barang

4 Manakah yang berikut tidak dapat diterangkan oleh keluk kemungkinan


pengeluaran

A Konsep kos lepas.


B Konsep perubahan harga barang
C Konsep kecekapan pengeluaran
D Konsep pembaziran sumber yang ada

2
5 Dalam sistem ekonomi pasaran bebas , masalah asas ekonomi “bagaimana
barang hendak dikeluarkan” ditentukan oleh

A jumlah pendapatan masyarakat.


B jumlah barang yang ada di pasaran.
C gelagat perbelanjaan masyarakat.
D pengeluaran barang berdasarkan intensif buruh

6 Seorang pengguna akan memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan


satu barang apabila

A utiliti sut sama dengan harga.


B utiliti sut per ringgit adalah sama.
C jumlah utiliti sut adalah maksimum.
D jumlah utiliti per ringgit adalah minimum

7 Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti barang Z pada setiap tingkat output.

Output Jumlah Utiliti


(unit) (util)
1 30
2 46
3 58
4 66
5 70

Sekiranya harga barang Z ialah RM12 seunit, output yang memaksimumkan


utiliti ialah

A 2 unit.
B 3 unit.
C 4 unit.
D 5 unit

8 Apabila harga suatu barang jatuh, pengguna akan

A menambahkan penggunaan barang tersebut supaya utiliti sutnya


berkurang.
B menambahkan penggunaan barang tersebut supaya utiliti sutnya
meningkat.
C mengurangkan penggunaan barang tersebut supaya utiliti sutnya
berkurang.
D mengurangkan penggunaan barang tersebut supaya jumlah utilitinya
meningkat

3
9 Antara berikut, yang manakah menyebabkan kos purata berada dalam
keadaan meningkat atau menurun?

A Kos tetap purata menurun.


B Kos tetap purata meningkat.
C Kos berubah purata meningkat.
D Kos berubah purata menurun.

10 Hukum pulangan berkurangan mengandaikan bahawa fungsi pengeluaran


menggunakan

A satu input tetap


B dua input tetap
C buruh yang mahir
D tingkat teknologi canggih

11 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata(AC) dan keluk kos
berubah purata (AVC).

Kos (RM)

20 AC
AVC

16
10
X

0 10 12 Output(unit)

Berapakah nilai X?

A RM7.67
B RM 8.33
C RM 10.00
D RM 22.00

4
12 Faedah ekonomi bidangan dalaman dalam suatu proses pengeluaran mungkin
disebabkan oleh

A ekonomi integrasi.
B strategi pemasaran yang berkesan.
C sistem pengangkutan yang efisien.
D pemusatan firma-firma di kawasan perindustrian.

13 Data- data di bawah menunjukkan kos-kos sebuah firma

Jumlah kos berubah = RM7,200.00


Kos tetap purata = RM20.00
Kos purata = RM100.00
Hitung output firma tersebut

A 60 unit
B 75 unit
C 90 unit
D 120 unit

14 Dalam teori pengeluaran , jangka pendek merujuk kepada keadaan apabila

A kos pengeluaran terdiri daripada kos tetap dan kos sut


B pengeluaran dilakukan dengan semua input boleh ditambah.
C pengeluaran yang melibatkan tempoh masa kurang daripada setahun.
D pengeluaran melibatkan penggabungan input tetap dan input berubah.

15 Hukum pulangan berkurangan berlaku apabila

A tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output


berkurangan.
B tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output
bertambah pada kadar sama.
C tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output
bertambah pada kadar bertambah.
D tambahan satu unit input ke atas input tetap menyebabkan output
bertambah pada kadar berkurangan

5
16 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah
purata (AVC ) dan keluk kos sut (MC) bagi sebuah firma.

Kos/Hasil MC
(RM)
AC
AVC
20.00

12.00
0
7.00

000 100 Keluaran ( unit )

Berapakah jumlah kos tetap firma ini pada tingkat keluaran 100 unit?

A RM 700
B RM 800
C RM 1300
D RM 2000

17 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut ( MC ) dan hasil sut ( MR )
sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna.

Harga/Kos
( RM ) MC

MR

0 Q0 Q1 Q2 Q3 Output ( unit )
Output yang memaksimumkan untung firma ialah

A Q0
B Q1
C Q2
D Q3

6
18 Firma dalam pasaran persaingan sempurna akan bertindak meningkatkan
output apabila

A hasil sut melebihi kos sut firma.


B hasil sut adalah lebih kecil daripada kos sut firma.
C jumlah hasil melebihi jumlah kos yang ditanggung firma.
D jumlah hasil menunjukkan peningkatan yang sangat ketara

19 Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos bagi sebuah firma di dalam pasaran
persaingan sempurna.

Kuantiti keluaran Jumlah kos


(unit) (RM)
0 10
1 50
2 58
3 64
4 82
5 110
6 148

Jika hasil purata firma ini ialah RM18.00, berapakah kuantiti output
keseimbangan?

A 3 unit.
B 4 unit.
C 5 unit.
D 6 unit.

20 Sebuah firma persaingan sempurna akan menyediakan barang X dengan harga


RM4.00 seunit sehingga 450 unit dengan kos purata RM3.00 dan kos berubah
purata ialah RM2.00. Berapakah untung maksimum yang akan dinikmati oleh
firma tersebut jika 450 unit ialah output keseimbangan?

A RM450.00.
B RM500.00.
C RM900.00.
D RM1,800.00.

7
21 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos berubah purata (AVC) dan
keluk kos sut (MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi firma
persaingan sempurna dalam jangka panjang.

Harga/kos
( RM ) MC

AVC

P MR = AR

0 Q Q1 Q2 Q3 Kuantiti ( unit )

Berapakah kuantiti output pada titik tutup firma ?

A OQ.
B OQ1.
C OQ2.
D OQ3

22 Jadual dibawah menunjukkan kos-kos bagi sebuah firma persaingan sempurna.

Output Kos tetap Kos berubah Kos


(unit) Purata purata purata
(RM) (RM) (RM)
1 120 60 180
2 60 40 100
3 40 30 70
4 30 26.25 56.25
5 24 28 52
6 20 35 55

Jika harga pasaran ialah RM15, berapakah output keseimbangan firma dalam
jangka pendek?

A 2
B 3
C 4
D sifar

8
23 Pengiklanan memainkan peranan penting untuk meningkatkan jualan dalam

A pasaran persaingan bermonopoli.


B pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli.
C pasaran persaingan bermonopoli dan pasaran monopoli.
D pasaran persaingan sempurna dan pasaran persaingan bermonopoli.

24 Berikut adalah ciri – ciri perbezaan antara firma pasaran persaingan sempurna
dengan firma monopoli kecuali

A jenis barangan.
B kecekapan pengeluaran.
C kecekapan peruntukkan.
D keuntungan firma jangka panjang

25 Antara yang berikut, yang manakah tidak dapat membezakan antara firma
persaingan sempurna dengan firma monopoli dalam jangka panjang ?

A Jenis keluaran.
B Matlamat firma.
C Kecekapan peruntukkan.
D Keuntungan jangka panjang

26 Firma pasaran persaingan sempurna berbeza dengan firma monopoli dari segi

A Dalam jangka panjang firma pasaran persaingan sempurna mendapat


untung normal, manakala firma monopoli mendapat untung lebih normal
B Keluaran firma pasaran persaingan sempurna merupakan tiada pengganti,
manakala keluaran firma monopoli mempunyai pengganti yang sempurna.
C Firma pasaran persaingan sempurna mempunyai kuasa mutlak dalam
menentuka harga, manakala firma monopoli tiada kuasa menentukan
harga.
D Keluk permintaan firma pasaran persaingan sempurna berbentuk tidak
anjal sempurna, manakala keluk permintaan firma monopoli berbentuk
anjal

9
27 Rajah di bawah menunjukkan keluk – keluk kos sut (MC), hasil sut (MR) dan
hasil purata (AR) sebuah firma.

Harga ( RM )

MC

P
Q

S R

AR

MR

0 Kuantiti ( unit )
Firma ini akan memperolehi untung normal sekiranya kos purata menyentuh
titik

A P
B Q
C R
D S

28 Ciri utama yang membezakan antara pasaran persaingan bermonopoli dengan


pasaran lain ialah

A persaingan harga.
B persaingan bukan harga.
C matlamat pengeluaran.
D keuntungan jangka panjang

29 Dalam jangka panjang, titik keseimbangan sebuah firma persaingan


bermonopoli menghadapi keadaan

A kos purata sama dengan kos sut.


B harga lebih tinggi daripada kos sut.
C kos purata lebaih tinggi daripada hasil purata.
D hasil sut menjadi lebih tinggi daripada hasil purata.

30 Pada tingkat keseimbangan jangka panjang, firma pasaran persaingan


bermonopoli mengeluarkan output pada

A kos sut minimum.


B kos purata sedang menurun.
C tingkat kecekapan pengeluaran
D tingkat kecekapan peruntukan sumber

10

You might also like