You are on page 1of 5

1. Dalam gambar rajah di bawah, PQ ialah keluk kemungkinan pengeluaran.

Pertambahan satu unit barang perkilangan akan menyebabkan


A. pengurangan pengeluaran barang pertanian menjadi sifar
B. pengurangan pengeluaran yang sama bagi barang pertanian
C. pengurangan pengeluaran yang semakin kecil bagi barang pertanian
D. pengurangan pengeluaran yang semakin besar bagi barang
pertanian

2. Penyataan yang berikut menunjukkan perbezaan antara sistem ekonomi perancangan pusat dengan sistem ekonomi
pasaran bebas kecuali
A. yang diutamakan ialah barang keperluan asas, bukan barang mewah
B. pemilik sumber dibayar dengan bayaran maksimum, bukan bayaran minimum
C. semua keputusan ekonomi ditentukan oleh pihak perancangan pusat, bukan oleh kuasa
permintaan dan penawaran
D. tujuan pengeluaran adalah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat, bukan
memaksimumkan kepuasan individu

3. Yang manakah yang berkaitan dengan masalah “bagaimana barang hendak dikeluarkan”?
A. Kerajaan mengurangkan subsidi minyak.
B. Kerajaan menggalakkan pengeluaran eksport
C. Firma meningkatkan pengeluaran barang pengganti import.
D. Firma menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan.

4. Apabila sumber ekonomi terhad, untuk menambah suatu barang maka


A. semakin sedikit barang lain yang dikeluarkan
B. semakin sedikit sumber ekonomi yang menganggur
C. semakin banyak barang penggenap yang dikeluarkan
D. semakin tinggi kepuasan yang diperoleh oleh masyarakat

5. Yang manakah yang akan menyebabkan keluk permintaan teh beralih ke kiri ?
A. Kenaikan harga teh B. Penurunan harga gula C. Penurunan harga kopi D. Kenaikan pendapatan pengguna

6. Faktor yang menyebabkan pengurangan permintaan pasaran terhadap barang X ialah peningkatan harga
A. barang modal B. barang neutral C. barang bawahan D. barang penggenap

7. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran kereta.


Peralihan keluk penawaran kereta dari SoSo ke S1S1 mungkin
disebabkan oleh peningkatan

A. harga kereta

B. subsidi petrol
C. cukai eksais kereta
D. bilangan pengedar kereta

8. Kuantiti barang Z yang ditawarkan akan bertambah apabila


A. harga barang Z meningkat C. harga input barang Z meningkat
B. permintaan barang Z bertambah D. pendapatan pengguna bertambah

9. Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang masing-masing ialah
P = 50 – 2Q, P = 10 + 3Q,
dengan P ialah harga (RM) dan Q ialah kuantiti (unit). Jika persamaan permintaan berubah menjadi p = 40 – 3Q,
harga keseimbangan akan
A. menurun sebanyak RM3.00 C. meningkat sebanyak RM25.00
B. menurun sebanyak RM9.00 D. meningkat sebanyak RM34.00
10. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta barang T serta kuantiti diminta bagi barang U.
Harga (RM) Kuantiti diminta barang T (unit) Kuantiti diminta barang U (unit)
2.00 12 10
4.00 9 12
6.00 3 14
Jika harga barang T meningkat daripada RM2.00 kepada RM4.00, berapakah nilai keanjalan silang bagi barang U?
A. -0.25 B. -0.20 C. 0.20* D. 0.25

11. Yang berikut ialah faktor yang menyebabkan ekonomi bidangan dalaman kecuali
A.pengurusan yang lebih efektif C. penempatan firma dalam lokasi strategik
B. penggunaan mesin yang semakin cekap D. penyelidikan dan pembangunan dalam firma

12. Firma dikatakan beroperasi dalam jangka pendek apabila


A. menggunakan modal yang kecil B.beroperasi kurang daripada satu tahun
C. pengeluaran dibuat secara besar-besaranD.terdapat input tetap dalam pengelurannya

13. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos sut(MC), keluk hasil purata(AR), dan
keluk hasil sut (MR) bagi pasaran persaingan sempurna dan pasaran monopoli.
Pada tingkat keseimbangan, perbezaan jumlah
hasil antara pasaran persaingan sempurna
dengan pasaran monopoli ialah

A. RM500.00

B. RM1000.00
C. RM1500.00
D. RM2500.00

14. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC),keluk kos berubah purata(AVC), keluk kos sut(MC),
keluk hasil purata(AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek.
Pada tingkat keseimbangan firma akan
mengalami kerugian sebanyak

A. RM30.00

B. RM39.00*

C. RM50.00

D. RM78.00

15. Jadual di bawah menunjukkan output dan jumlah kos bagi sebuah firma.
Output (unit) Jumlah kos Jika harga output ialah RM15.00 per unit, berapakah tingkat output
(RM) yang memaksimumkan untung firma ini?
7 100 A.8 unit
8 110 B.9 unit
9 122 C.10 unit*
10 137 D.11 unit
11 155
12 176
16. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), keluk kos berubah purata (AVC), keluk kos sut
(MC), keluk hasil purata (AR), dan keluk hasil sut (MR) bagi pasaran monopoli.

Pada tingkat keseimbangan, firma itu mengalami

A. untung lebih normal sebanyak P0P1RE

B. untung kurang normal sebanyak PoP2SE

C. untung kurang normal sebanyak P2P3TS

D. untung lebih normal sebanyak P1P2SR

17. Penyataan yang manakah yang benar tentang keanjalan permintaan faktor?
A. Permintaan terhadap pekerja am lebih anjal kerana mudah diganti.
B. Permintaan terhadap pengurus jualan anjal kerana kepakarannya yang tinggi.
C. Permintaan terhadap pengurus jualan tak anjal kerana tidak ada masalah mobiliti.
D. Permintaan terhadap pekerja am tak anjal kerana peratusan kos yang diperlukan rendah.

18. Jadual di bawah menunjukkan bilangan buruh dan jumlah keluaran fizikal bagi barang X
Bilangan buruh (unit) Jumlah keluaran fizikal barang X (unit)
0 0
1 20
2 35
3 45
4 50
5 52
Andaikan harga barang X ditetapkan pada RM5.00 per unit dan upah buruh ialah RM25.00 per unit. Bilangan
buruh yang memaksimumkan keuntungan ialah
A. 2 unit B. 3 unit C. 4 unit D. 5 unit

19. Yang manakah tindakan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah yang tidak akan menimbulkan pengangguran?
A. kerajaan menetapkan tingkat upah yang lebih tinggi daripada upah pasaran.
B. Kesatuan sekerja bertindak menghadkan penawaran buruh di pasaran.
C. Kesatuan sekerja mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan upah.
D. Kesatuan sekerja bertindak meningkatkan daya pengeluaran buruh.

20. Dalam gambar rajah di bawah, DD dan SS masing-masing ialah keluk permintaan dan keluk penawaran buruh
bagi sebuah firma.
Jika kesatuan sekerja berjaya menuntut upah
minimum, maka jumlah upah

A. bertambah sebanyak RM45 000


B. bertambah sebanyak RM50 000

C. berkurang sebanyak RM100 000


D. berkurang sebanyak RM150 000
21. Terangkan masalah asas ekonomi dalam pengeluaran kereta Proton di negara Malaysia. [10]

22. Ketidakstabilan dalam ekonomi menyebabkan kerajaan campur tangan dalam ekonomi.
Bincangkan pernyataan ini. [10]

23. a) Bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [2]
b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas permintaan minyak
kelapa sawit sekiranya
i. harga minyak kelapa sawit turun [4]
ii. cukai pendapatan perseorangan meningkat [4]

24. Dengan menggunakan gambar rajah berangka, terangkan kesan terhadap jumlah hasil
sekiranya
a) Cukai import terhadap kereta dinaikkan [5]
b) Harga perabot antik turun [5]

25. a) Apakah yang dimaksudkan dengan kecekapan peruntukan sumber dan kecekapan
pengeluaran [2]
b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan konsep kecekapan peruntukkan sumber dan
kecekapan pengeluaran yang berlaku dalam firma pasaran persaingan sempurna dan
pasaran monopoli pada tingkat keseimbangan [8]

26. Dengan menggunakan contoh berangka, bezakan antara


a) kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar [4]
b) untung ekonomi dengan untung perakaunan [3]
c) upah wang dengan upah benar [3]

27. Jadual di bawah ini menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y bagi sesebuah negara.

Kombinasi A B C D E F
Barang X (unit) 0 10 20 30 40 50
Barang Y (unit) 75 60 45 30 15 0

a) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk kemungkinan pengeluaran. [2]


b) Nyatakan jenis kos lepas tersebut dan hitung jumlah kos lepas sekiranya pengeluaran
barang X bertambah daripada 20 unit kepada 40 unit. [2]
c) i. Bolehkah kombinasi 40 unti barang X dan 30 unit Barang Y dikeluarkan. Jelaskan [2]
ii. Apakah yang berlaku jika negara ini mengeluarkan kombinasi 20 unit barang X dan 30 unit
barang Y? [2]
d) Pada graf yang sama, tunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran yang baru sekiranya berlaku
bencana alam di negara ini. Jelaskan [2]

28. Persamaan untuk permintaan dan penawaran bagi suatu barang adalah seperti berikut:
P = 40 – 2Qd
P = 20 + 0.5Qs
dengan Qd = Kuantiti diminta (unit)
Qs = Kuantiti ditawar (unit)
P = Tingkat harga (RM)
a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang tersebut. [2]
b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM2.00 terhadap seunit barang X,
i. Tentukan fungsi penawaran yang baharu. [1]
ii. Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang tersebut selepas cukai dikenakan. [2]
iii. Hitung lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai dikenakan. [3]
c) Selain cukai kerajaan, nyatakan dua faktor yang boleh menyebabkan peralihan keluk penawaran. [2]
29. Jadual di bawah ini menunjukkan bilangan buruh dan jumlah keluaran fizikal (TPP) bagi sesebuah
firma.

Buruh (Orang) Jumlah Keluaran Fizikal (unit)


0 0
1 50
2 120
3 240
4 320
5 350

a) Hitung keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut pada setiap tingkat buruh jika
harga jualan ialah RM 2 per unit. [2]
b) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk keluaran hasil purata dan
keluk keluaran hasil sut [3]
c) Jika tingkat upah ialah RM60, hitung tingkat penggunaan buruh. [2]
d) Jika upah dinaikan kepada RM140, hitung penggunaan buruh baharu. [2]
e) Berdasarkan (d) di atas, nyatakan kesan kenaikan upah tersebut terhadap pasaran buruh. [1]

You might also like