You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG LING PULAU PINANG

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1 SESI 2019/2020
EKONOMI 944/1
MASA : 2 JAM

BAHAGIAN A : [20%]
Jawab SEMUA soalan.

1. Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad menyebabkan
A. wujud jurang agihan pendapatan.
B. pengguna sukar mencapai kepuasan maksimum.
C. firma sukar menentukan jenis barang yang dikeluarkan.
D. suatu barang hanya boleh ditambah dengan mengurangkan barang lain.

2. Jadual di bawah menunjukkan kemungkinan pengeluaran barang pertanian dan barang perkilangan bagi
sebuah ekonomi.
Pilihan A B C D E
pertanian 0 20 40 60 80
perkilangan 200 180 150 110 0
Berapakah kos lepas jika pengeluaran beralih dari titik D ke titik B?
A. 1.75 unit barang pertanian C. 0.75 unit barang perkilangan
B. 0.57 unit barang pertanian D. 0.57 unit barang perkilangan

3. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi tong gas.

Jika harga gas dapur merosot, maka


A. keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1. C. kuantiti diminta berubah daripada Q0 kepada Q1.
B. keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D2D2. D. kuantiti diminta berubah daripada Q1 kepada Q0.

4. Keluk penawaran bagi perabot tempatan akan beralih ke kanan jika


A. harga perabot import merosot. C. cukai terhadap perabot import diturunkan.
B. harga perabot tempatan meningkat. D. cukai terhadap perabot tempatan diturunkan.

5. Andaikan fungsi permintaan dan fungsi penawaran barang X masing-masing ialah Qd = 40 – 2P dan
Qs = a + 3P, dengan
Qd = kuantiti diminta (unit),
Qs = kuantiti ditawarkan (unit) dan
P = harga (RM).
Berapakah nilai a jika kuantiti keseimbangan ialah 28 unit?
A. 6 B. 10 C. 20 D. 30
1
6. Permintaan terhadap suatu barang adalah anjal apabila
A. perubahan kuantiti diminta adalah lebih besar daripada perubahan harga.
B. perubahan kuantiti diminta adalah lebih kecil daripada perubahan harga.
C. peratusan perubahan kuantiti diminta adalah lebih kecil daripada peratusan perubahan harga.
D. peratusan perubahan kuantiti diminta adalah lebih besar daripada peratusan perubahan harga.

7. Persamaan penawaran bagi barang Y ialah Qs = 10 + 20P, dengan Qs ialah kuantiti ditawarkan (unit)
dan P ialah harga (RM).
Berapakah keanjalan penawaran apabila harga barang Y naik dari RM2.00 ke RM3.00?
A. 0.05 B. 0.80 C. 2.50 D. 5

8. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga barang P dengan kuantiti diminta barang P, Q dan R.
Kuantiti diminta pada barang
Harga barang P
P Q R
10 15 20 12
12 10 15 14
Jika harga barang P naik dari RM10 ke RM12, nilai keanjalan permintaan silang antara barang P dengan barang
Q dan R masing-masing ialah
A. –1.67 dan 1.22 B. –1.25 dan 0.833 C. –0.15 dan 0.25 D. –0.12 dan 0.15

9. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran bagi suatu barang.

Pada tingkat keseimbangan, lebihan pengguna ialah


A. RM36 B. RM54 C. RM234 D. RM288

10. Beban cukai jualan akan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna apabila
A. permintaan kurang anjal. C. penawaran tak anjal sempurna.
B. permintaan anjal sempurna. D. permintaan tak anjal sempurna.

11. Yang manakah penyataan yang benar apabila kerajaan menjalankan dasar harga maksimum?
A. Jumlah hasil pengeluar meningkat C. Harga lebih tinggi daripada harga pasaran
B. Kerajaan membeli lebihan penawaran D. Wujud lebihan permintaan pada harga maksimum

12. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat output dengan jumlah kos berubah bagi sebuah firma.
Tingkat output 1 2 3 4 5 6 7
Jumlah kos berubah 10 18 24 28 34 54 66
Kos sut adalah lebih besar daripada kos berubah purata selepas unit output ke
A. 3 unit B. 4 unit C. 5 unit D. 6 unit

2
13. Ekonomi bidangan dalaman akan menyebabkan
A. kos purata jangka panjang semakin menurun sehingga mencapai tahap minimum.
B. kos purata jangka panjang sama dengan kos sut jangka panjang pada suatu tingkat output tertentu.
C. kos puratajangka panjang semakin meningkat sehingga mencapai tahap maksimum.
D. kos purata jangka panjang mencapai tahap minimum pada suatu tingkat output tertentu.

14. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata, keluk kos berubah purata, keluk kos sut, keluk hasil
sut dan keluk hasil purata bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Berapakah jumlah kos berubah pada tingkat keseimbangan?


A. RM100 B. RM125 C. RM300 D. RM375

15. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata, keluk kos berubah purata, keluk kos sut, keluk hasil
sut dan keluk hasil purata bagi sebuah firma.

Firma mencapai keuntungan maksimum dengan mengeluarkan output sebanyak


A. 140 unit dan mengalami kerugian sebanyak RM280. C. 160 unit dan mengalami kerugian sebanyak RM480.
B. 140 unit dan mengalami kerugian sebanyak RM420. D. 160 unit dan mengalami kerugian sebanyak RM800.

16. Yang manakah penyataan yang benar tentang keseimbangan firma pasaran persaingan sempurna dalam
jangka panjang ?
A. Output keseimbangan dicapai pada tingkat harga sama dengan kos purata minimum
B. Firma mendapat untung normal kerana harga sama dengan kos berubah purata
C. Output keseimbangan dicapai pada tingkat harga yang lebih tinggi daripada kos sut
D. Finna mendapat untung lebih normal kerana hasil purata lebih tinggi daripada kos purata

17. Kedai peralatan Puan Siti menanggung kos tetap purata sebanyak RM 16, kos purata sebanyak RM20, dan
jumlah kos sebanyak RM8000. Berapakah jumlah kos berubah dan jumlah peralatan yang dikeluarkan oleh
Puan Siti?
A. RM6400 dan 400 unit C. RM1600 dan 400 unit
B. RM4000 dan 200 unit D. RM 1500 dan 200 unit

3
18. Dalam jangka panjang, firma pasaran persaingan bermonopoli menikmati untung normal kerana
A. hasil sut sama dengan kos purata. C. firma bebas masuk dan keluar dari industri.
B. firma menikmati ekonomi bidangan. D. berjaya menjalankan persaingan bukan harga.

19. Gambar rajah di sebelah menunjukkan keluk kos sut, keluk kos purata, keluk hasil sut dan keluk hasil purata
bagi pasaran monopoli.

Jika kerajaan mengawal monopoli dengan menetapkan harga sama dengan kos sut, monopoli akan
A. mengalami kerugian sebanyak P1P2 seunit output.
B. memperoleh keuntungan sebanyak P0P2 seunit output.
C. mengalami kerugian sebanyak P0P2 seunit output.
D. mernperoleh keuntungan sebanyak P0P3 seunit output.

20. Gambar rajah di sebelah menunjukkan keluk keluaran hasil purata, keluk keluaran hasil sut dan keluk kos sut
faktor bag[ sebuah firma.

Pada tingkat keseimbangan, firma mendapat keuntungan sebanyak


A. RM10 B. RM20 C. RM40 D. RM50

4
Bahagian B
[40 markah]

Jawab EMPAT soalan sahaja.

21. (a) Dengan bantuan gambar rajah, terangkan bagaimana keseimbangan pasaran barang X tercapai apabila
wujud lebihan permintaan barang X di pasaran. [3]

(b) Andaikan barang Y merupakan barang pengganti bagi barang X. Dengan bantuan gambar rajah,
terangkan kesan terhadap keseimbangan pasaran barang Y apabila penawaran barang X meningkat. [7]

22. (a) Beri definisi lebihan pengguna dengan lebihan pengeluar. [2]

(b) Dengan bantuan gambar rajah, terangkan kesan terhadap lebihan pengguna dalam pasaran komputer
riba jika

(i) kerajaan mengurangkan cukai jualan terhadap komputer riba. [4]

(ii) pengeluaran komputer riba berkurang atas sebab yang tertentu. [4]

23. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan bahagian subsidi yang dinikmati oleh pengguna dan pengeluar
jika

(a) keluk penawaran adalah anjal [5]

(b) keluk penawaran adalah kurang anjal [5]

24. (a) Bezakan antara kos tetap dengan kos berubah. [4]

(b) Dengan gambar rajah yang sesuai , terangkan hukum pulangan berkurangan. [6]

25. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan sempurna akan meneruskan
operasi atau memberhentikan operasi apabila mengalami kerugian. [10]

26. (a) Jelaskan konsep berikut:

(i) Keluaran hasil purata [2]

(ii) Keluaran hasil sut [2]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, terangkan bagaimana firma – menentukan kuantiti
buruh yang harus digunakan untuk mendapat keuntungan maksimum. [6]

5
Bahagian C
[20 markahl

Jawab DUA soalan sahaja.

27. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi suatu barang.

Harga (RM) 1 2 3 4 5
Permintaan (unit 300 250 200 150 100
Penawaran (unit) 120 160 200 240 280

(a) (i) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran pasaran.
Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan. [3]

(ii) Berapakah jumlah hasil pengeluar pada tingkat keseimbangan? [2]

(b) Jika kerajaan memberi subsidi sebanyak RM1 seunit, [2]

(i) lukis keluk penawaran baru pada kertas graf yang sama [1]

(ii) berapakah harga dan kuantiti keseimbangan baru? [1]

(iii) hitung jumlah hasil pengeluar [2]

(iv) hitung jumlah perbelanjaan kerajaan [1]

6
28. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk hasil purata, keluk hasil sut, keluk kos purata dan keluk kos
sut bagi sebuah firma monopoli.

(a) (i) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan? [2]

(ii) Hitung jumlah keuntungan firma. [2]

(iii) Hitung lebihan pengguna. [2]

(b) Jika kerajaan mengawal monopoli dengan menetapkan harga optimum sosial,

(i) berapakah harga dan kuantiti keseimbangan? [2]

(ii) hitung nilai keanjalan permintaan harga [2]

7
29. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk keluaran hasil sut dan keluk keluaran hasil purata bagi sebuah
firma dalam pasaran persaingan sempurna.

(a) (i) Berapakah kuantiti buruh yang harus digunakan oleh firma untuk mencapai keseimbangan? [1]

(ii) Hitung jumlah keuntungan firma pada tingkat keseimbangan. [2]

(b) Jika kadar upah melebihi RM50, apakah tindakan yang harus diambil oleh firma? [2]

(c) (i) Lukis keluk permintaan buruh dalam kertas graf. [2]

(ii) Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan keluk permintaan buruh berbentuk demikian. [3]

disediakan oleh : disemak oleh disahkan oleh


En. Teng Boon Hoe : Pn. Yeoh Saw Seah : Pn. H'ng Siew Lee

You might also like