You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG LING PULAU PINANG

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 3 SESI 2018/2019
EKONOMI 944/4
MASA : 1 JAM

Bahagian A

[30 markah]

Jawab LIMA soalan sahaja.

1. Huraikan tiga cara Bank Negara Malaysia dapat mengurangkan pengangguran kitaran. [6]

2. (a) Terangkan maksud upah wang dan upah benar. [2]

(b) Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan hubungan antara upah wang dengan upah [4]
benar.

3. Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan bagaimana indeks harga pengguna berwajaran [6]
dihitung.

4. Terangkan tiga ciri pemilikan tunggal. [6]

5. (a) Terangkan maksud perantara kewangan. [2]

(b) Jelaskan secara ringkas peranan bank perdagangan sebagai perantara kewangan. [4]

6. Terangkan perlaksanakan TIGA program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membasmi [6]
kemiskinan.

1
Bahagian B

[10 markah]

Jawab SATU soalan sahaja.

7. Rajah di bawah menunjukkan hasil cukai dan bukan cukai Kerajaan Persekutuan bagi tahun
2014 dan tahun 2016.
Tahun 2014 Tahun 2016

Malaysia: Hasil Cukai dan Bukan Cukai Kerajaan Persekutuan pada Tahun 2014 dan Tahun 2016

(a) Apakah maksud cukai langsung? Berikan dua contoh cukai langsung. [2]

(b) Nyatakan

(i) jenis/nama cukai yang memberi sumbangan paling tinggi pada tahun 2014 dan nilainya [1]

(ii) jenis/nama cukai yang memberi sumbangan paling tinggi pada tahun 2016 dan nilainya [1]

(c) Adakah anda bersetuju bahawa hasil bukan cukai Kerajaan Persekutuan telah merosot pada [3]
tahun 2016 berbanding dengan tahun 2014? Berikan alasan anda.

(d) Hitung peratusan pertumbuhan hasil cukai tidak langsung pada tahun 2016 berbanding [3]
dengan tahun 2014.

2
8. Jadual di bawah menunjukkan data eksport, import dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
Malaysia antara tahun 2015 hingga tahun 2017.

BUTIRAN 2015 2016 2017


EKSPORT (RM JUTA) 553 290 640 043 696 614
IMPORT (RM JUTA) 412 565 505 317 548 543
KDNK (RM JUTA) 629 885 674 946 709 261

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan eksport dan import? [2]

(b) Hitung eksport bersih bagi tahun 2016 dan tahun 2017. [2]

(c) (i) Hitung nisbah eksport tambah import kepada KDNK antara tahun 2015 hingga tahun [3]
2017.

(ii) Jelaskan arah aliran nisbah eksport tambah import kepada KDNK dalam tempoh [1]
tersebut.

(iii) Nyatakan keadaan darjah keterbukaan ekonomi Malaysia. [1]

(d) Hitung kadar pertumbuhan KDNK pada tahun 2017. [1]

disediakan oleh : disemak oleh disahkan oleh


En. Teng Boon Hoe : Pn. Yeoh Saw Seah : Pn. H'ng Siew Lee

You might also like