You are on page 1of 7

SMJK CHUNG LING PULAU PINANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 3 2019

PENGAJIAN AM 900/3
(Dua Jam)

Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B


dan Bahagian C.
BAHAGIAN A
[15 Markah]
Jawab semua soalan. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka Pilihan.

1. Yang manakah objektif dasar luar Malaysia?


I. Menjamin kedaulatan negara
II. Menggalakkan kemasukan pelabur asing
III. Membantu penyelesaian masalah negara lain
IV. Menjamin kestabilan politik peringkat global

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

2.

 Dasar luar yang aktif pada peringkat serantau dan antarabangsa


 Dasar luar yang dinamik dan berkembang

Ciri dasar luar Malaysia di atas dipengaruhi oleh perubahan


A. ideologi politik parti yang memerintah C. status ekonomi negara
B. kepimpinan negara D. lokasi pentadbiran kerajaan pusat

3. Untuk mengekalkan semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota, Pertubuhan
Negara-Negara Asia Tenggara telah
A. menubuhkan pakatan ketenteraan
B. menganjurkan forum serantau ASEAN
C. memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota

1
D. menyelesaikan masalah domestik negara anggota secara aman

4. “Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali” bertujuan untuk


A. mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara
B. menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear
C. menyelesaikan Pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
D. menjamin pertumbuhan dan kestabilan ekonomi di Asia Tenggara

5. Yang manakah matlamat Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?


A. membentuk pasaran bebas
B. memperjuangkan hak asasi manusia
C. menyelesaikan pertikaian politik dalam kalangan negara anggota
D. mewujudkan peluang baharu dalam hubungan perdagangan

6. Tujuan Malaysia menyokong pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN adalah


untuk
I. Menghapuskan sekatan perdagangan negara anggota
II. Menguasai pasaran produk perkilangan
III. Menembusi pasaran global
IV. Meningkatkan daya saing negara

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

7.

 Memberi kerjasama dalam isu kelestarian alam


 Menyertai misi keamanan ke negara yang bergolak

Untuk menjayakan matlamat tersebut, Malaysia menyertai


A. Pertubuhan Negara Komanwel C. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
B. Pertubuhan Persidangan Islam D. Pergerakan Negara Berkecuali

2
8.

 Memberikan bantuan membangunkan keupayaan negara-negara Selatan


 Menghantar delegasi untuk perkongsian pengalaman pembangunan.

Malaysia menganggotai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atas dasar ingin


I. merapatkan hubungan sesama negara anggota
II. membantu negara anggota dalam bidang pertahanan
III. merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara negara anggota
IV. meningkatkan dan mengukuhkan proses pelbagai hala untuk kepentingan bersama
A. I dan III C. II dan III
B. I dan IV D. II dan IV
9.

 Malaysia menjadi sasaran penyeludupan dadah


 Kegiatan pemerdagangan manusia semakin berleluasa

Apakah punca berlakunya masalah di atas?


A. Sempadan laut dan darat Malaysia yang luas
B. Pintu masuk negara mudah dibolosi
C. Permintaan yang tinggi dalam kalangan negara terlibat
D. Hukuman yang ringan kepada pelaku kesalahan tersebut

10. Projek SEAMEO yang manakah ditempatkan di Malaysia?


A. Pusat pendidikan Latihan Wilayah C. Pusat Pendidikan Sains dan Matematik
B. Pusat Inovasi dan Teknologi D. Pusat Kajian Bahasa Inggeris

11. Yang manakah pernyataan yang benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu keganasan
antarabangsa?
A. Memusnahkan tapak gerakan kegiatan keganasan

3
B. Membenarkan Amerika Syarikat bertindak sebagai kuasa unipolar
C. Menyokong penggunaan ketenteraan dalam menangani keganasan
D. Menyelesaikan masalah penduduk Palestin

12.

 Forum pertukaran pendapat


 Memperjelas amalan kehidupan antara benua

Perkara di atas dibincangkan dalam


A. Dialog Utara Selatan C. Mesyuarat Asia- Eropah
B. Forum Serantau ASEAN D. Sidang Kemuncak Asia Timur

13.

 Peningkatan suhu dunia


 Pencairan ais di Artartika
 Kenaikan aras laut

Yang manakah langkah yang dilaksanakan oleh Malaysia untuk menangani isu di atas?
I. Mematuhi Protokol Cartagena
II. Mewujudkan pembangunan lestari
III. Menggunakan teknologi mesra alam
IV. Meminimumkan penggunaan sumber tenaga
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

14. Yang manakah isu yang terangkum dalam Protokol Montreal?


A. Ancaman penipisan ozon C. Ancaman pencemaran jerebu
B. Ancaman bekalan makanan dunia D. Ancaman kemusnahan sumber semula jadi

4
15. Malaysia menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia ialah untuk
A. menentang dasar perlindungan
B. mendapatkan bekalan tenaga buruh
C. memperoleh pinjaman pembangunan
D. memperjuangkan dasar ekonomi yang telus

Bahagian B [15 markah]


Jawab satu soalan sahaja.
16 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, buat analisis tentang perkembangan jenayah
siber yang berlaku pada tahun-tahun yang dinyatakan mengikut jenis kes di Malaysia. Jelaskan
langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini.
MALAYSIA: PERANGKAAN JENAYAH SIBER MENGIKUT JENIS
KES PADA TAHUN 2017 DAN TAHUN 2018

Tahun 2017 *2018


Jenis Kes Bilangan (Kes) Bilangan (Kes)
Pengintipan 172 83
Penipuan 966 750
Kecurian maklumat 723 574
Penggodaman 388 613
Penyebaran virus 569 880
Jumlah 2818 2900
* Anggaran
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Massa 13 – 19 Disember 2017)

17 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan tenaga buruh asing yang terdapat di
Malyasia mengikut jantina pada tahun 2016 dan tahun 2017 dan kemukakan kesan-kesan
negatif dari aspek sosial akibat kedatangan mereka.

MALAYSIA: KEMASUKAN TENAGA BURUH ASING DARI NEGARA


TERPILIH MENGIKUT JANTINA PADA TAHUN 2016 DAN TAHUN 2017

Tahun 2016 2017


Lelaki Perempuan Jumlah Lelaki Perempua Jumlah
Negara (orang) (orang) (orang) (orang) n (orang)
(orang)
5
Indonesia 56550 988300 1044850 265440 757780 1023220
Bangladesh 600800 299310 900110 948450 33880 982330
Thailand 53730 22900 76630 63190 25800 88990
Filipina 15520 24400 39920 13000 20700 33700
Jumlah 726600 1334910 2061510 1290080 838160 2128240

(Dipetik dan disesuaikan daripada


Laporan Tenaga Buruh, Perdana Menteri, 2018)

Bahagian C [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

18 Perkembangan dasar luar menunjukkan Malaysia komited untuk menegakkan keadilan dan
kesejahteraan sejagat dengan mengemukakan pelbagai isu atau tuntutan di peringkat
antarabangsa. Bincangkan.

19 Kerjasama Malaysia dengan negara anggota ASEAN yang lain dalam pelbagai aspek dapat
menggalakkan pembangunan ekonomi dan keselamatan serantau. Huraikan kerjasama
tersebut.

20 Kini, teknologi robotik yang berkembang luas di seluruh dunia memang mempunyai
kepentingan dalam pelbagai bidang. Huraikan.

SELAMAT MENJAWAB !

6
Penggubal: Masniza
Chua Geok Kuan
Low Siew Ping

Penyemak: Lye Tuck Sing


Phuah Geok Bee
Emalina

You might also like